ucapan perutusan yang berbahagia tan sri mohamad zabidi
TRANSCRIPT
UCAPAN PERUTUSAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
MAJLIS TAKLIMAT
PENAMBAHBAIKAN PERGERAKAN
GAJI TAHUNAN MELALUI
PP BIL. 2/2015
27 MAC 2015, 9.15 PAGI
DEWAN PUTRA A, PICC
2
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Transformasi.
Salam “1Malaysia: Rakyat
Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”.
Yang Dihormati Saudara dan Saudari
Pengacara Majlis
Yang Berbahagia Dato’ Jalil Marzuki
Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Pembangunan)
3
Yang Berusaha Dr. Ahmad Jailani
Muhamed Yunus
Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Operasi)
Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Datin-
Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan
Pegawai Sumber Manusia Jabatan,
Kementerian, Pejabat-pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan-
badan Berkanun serta semua
yang hadir di majlis Taklimat
Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 2015 mengenai
Penambahbaikan Kaedah Pemberian
Pergerakan Gaji Tahunan Dalam
4
Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum-
Maksimum.
Alhamdullillah, bersyukur kita ke
hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah izin dan kurnia-Nya jua kita
dapat bersama-sama dalam majlis ini.
SENARIO SEMASA
2. Menurut Majalah HR Asia, Isu 22
2014, kita kini berada dalam zaman
‘VUCA’. ‘VUCA’ di sini merujuk kepada
Volatile - perubahan mendadak,
Uncertain - tidak menentu, Complex -
pelbagai isu yang saling berhubung
5
kait dan Ambiguous - samar-samar
atau sukar dijangka, zaman yang
menuntut pentadbiran untuk sentiasa
bersedia melaksanakan perubahan-
perubahan demi kesejahteraan rakyat
dan negara.
3. Sebagai contoh tahun lepas,
pelbagai dugaan telah melanda negara
yang memaksa kita untuk menyusun
semula perbelanjaan, seperti musibah
pesawat MH370 yang hilang dari
radar, pesawat MH17 ditembak jatuh
serta kejadian banjir besar di
beberapa negeri di Pantai Timur
seperti Kelantan, Terengganu
6
dan Pahang. Banjir tersebut
telah mengakibatkan kemusnahan
infrastruktur mencecah hampir RM2.9
billion. Peruntukan tambahan yang
keseluruhannya berjumlah RM3.29
billion telah disalurkan untuk kerja-
kerja baik pulih dan program
kebajikan mangsa banjir.
4. Kita juga terpaksa berhadapan
dengan ketidakstabilan ekonomi dunia
seperti harga minyak yang merudum
lebih 50% dan nilai ringgit yang turun
naik ketika ini. Semua ini telah
memaksa kita untuk meneliti semula
perancangan-perancangan yang telah
7
dibuat bagi memastikan pertumbuhan
dan ekonomi negara kekal kompetitif.
5. Sesungguhnya Kerajaan sentiasa
peka dan bersedia menghadapi
ketidaktentuan ekonomi yang
disebabkan oleh persekitaran global.
We have to always be prepared for the
worst. Langkah intervensi diambil
untuk memastikan defisit fiskal kekal
di bawah paras 3.5 peratus. Atas
sebab itu, pada 20 Januari 2015 lepas,
Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri telah mengumumkan
beberapa strategi bagi menghadapi
8
perubahan senario ekonomi dunia
ketika ini.
6. Dalam kita menyusun semula
keutamaan bagi menangani isu dan
cabaran yang memberi kesan kepada
ekonomi negara, ini tidak bermakna
Kerajaan tidak peka dan tidak prihatin
terhadap tuntutan dan keperluan
anggota Perkhidmatan Awam.
Kebajikan penjawat awam sentiasa
menjadi antara keutamaan Kerajaan,
lebih-lebih lagi dalam keadaan kos
sara hidup yang tinggi.
9
7. Responsif kepada perkara ini,
JPA telah menggariskan Kerangka
Transformasi Sumber Manusia supaya
dapat mengimbangi permintaan dari
penjawat awam, dengan penyampaian
perkhidmatan mengikut kehendak
rakyat. Kerajaan sentiasa menyemak
dasar dan pendekatan yang digunakan
bagi memastikan jentera pentadbiran
negara berada pada tahap yang
terbaik.
8. Namun demikian, segala tuntutan
yang dikemukakan perlu dikaji dengan
terperinci dengan mengambil kira
kemampuan kewangan negara. Dalam
10
masa yang sama, keprihatinan
Kerajaan ini adalah seiring dengan
pengharapan agar penjawat awam
terus mengekal dan membina ciri-ciri
kecemerlangan berpaksikan integriti.
9. Salah satu perkara yang
dititikberatkan supaya penjawat
awam sentiasa progresif dalam
melaksanakan tugas-tugas yang
diamanahkan ialah dengan
memastikan dasar gaji, elaun dan
kemudahan kepada penjawat awam
sentiasa relevan dari semasa ke
semasa.
11
10. Hasil keprihatinan Kerajaan yang
sentiasa menambah baik dasar
disokong lagi dengan kecenderungan
positif rakyat yang memilih untuk
bekerja dengan Perkhidmatan Awam
disebabkan faedah-faedah saraan
seperti gaji dan elaun, di samping
kemudahan cuti dan perubatan.
SEJARAH GAJI PERKHIDMATAN
AWAM
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
12
11. Kita telah melalui pelbagai
transisi struktur gaji sejak tahun 1919
di bawah Suruhanjaya Gaji Bucknil
sehingga kini. Antara struktur gaji
yang terakhir diguna pakai ialah
jadual gaji matriks yang mula
diperkenalkan di bawah Sistem
Saraan Baru 1992, di mana terdapat
matagaji tetap yang ditentukan
melalui tangga dan peringkat gaji.
Struktur ini diguna pakai sehingga
tahun 2011. Kemudian struktur gaji
dipinda kepada struktur Gaji Minimum-
Maksimum dan terpakai sehingga kini.
13
12. Dari segi penambahbaikan gaji
pula, kalau dilihat dalam tempoh 15
tahun ke belakang, iaitu pada tahun
2000, Kerajaan telah memberi
pelarasan gaji kepada seluruh
penjawat awam dengan kenaikan
sebanyak 10%. Pada 1 Januari 2002,
sekali lagi kerajaan telah memberi
pelarasan gaji dengan kenaikan
sebanyak 10%.
13. Pada penghujung tahun yang
sama, Kerajaan telah membuat satu
semakan menyeluruh terhadap sistem
saraan dengan memberi kenaikan gaji
sebanyak RM110 kepada Kumpulan
14
Pengurusan Tertinggi, RM65 kepada
Kumpulan Pengurusan dan
Profesional, dan RM15 kepada
Kumpulan Sokongan.
14. Lima tahun selepas itu, berkuat
kuasa mulai 1 Julai 2007, Kerajaan
sekali lagi memberi kenaikan gaji
sebanyak 7% kepada Kumpulan
Pengurusan Tertinggi, 15% kepada
Kumpulan Pengurusan dan
Profesional, 25% kepada Kumpulan
Sokongan I, dan 35% kepada
Kumpulan Sokongan II. Pada tarikh
yang sama juga, kerajaan telah
menambah baik struktur Pergerakan
15
Gaji Tahunan bagi Kumpulan
Pengurusan Tertinggi.
15. Pada tahun 2012, Kerajaan telah
membuat penambahbaikan dari segi
struktur gaji dan memberi kenaikan
sebanyak 13% kepada penjawat awam
dalam Kumpulan Pengurusan dan
Profesional dan Kumpulan Pelaksana
serta amaun Kenaikan Gaji Tahunan
dijajarkan semula dan ditambah baik
dengan julat antara RM80 hingga
RM320. Bagi Kumpulan Pengurusan
Tertinggi kenaikan gaji diberi antara
7% hingga 9% dengan
16
penambahbaikan terhadap pemberian
Kenaikan Gaji Tahunan.
16. Kemudian, berkuat kuasa mulai 1
Januari 2013, Kerajaan telah memberi
penambahan terhadap amaun gaji
maksimum iaitu sebanyak Dua
Kenaikan Gaji Tahunan. Pada 1 Julai
2013, semua penjawat awam
mendapat pemberian kenaikan gaji
sebanyak Satu Kenaikan Gaji
Tahunan, di samping Kenaikan Gaji
Tahunan yang biasa diterima setiap
tahun. Dan pada 1 November 2013,
amaun gaji maksimum Kumpulan
Pengurusan dan Profesional dan
17
Kumpulan Pelaksana ditambah baik
lagi dengan penambahan tiga lagi
Kenaikan Gaji Tahunan pada gaji
maksimum.
17. Oleh itu, dalam tempoh 15 tahun
ke belakang ini, Kerajaan telah
melaksanakan sekurang-kurangnya
lapan kali penambahbaikan ke atas
gaji penjawat awam.
18. Dalam masa mempertimbangkan
cadangan-cadangan penambahbaikan
gaji, elaun dan kemudahan seperti ini,
Kerajaan juga mengambil kira
18
kemampuan kewangan negara serta
komitmen-komitmen lain.
PENAMBAHBAIKAN PERGERAKAN
GAJI TAHUNAN
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
19. Oleh kerana keadaan zaman yang
‘VUCA’ ini, pendekatan penyusunan
semula keutamaan sumber manusia
adalah dengan berkiblatkan misi
untuk memangkin ekonomi dan
kestabilan keselamatan negara. Salah
satu langkah ialah menjadikan
19
penjawat awam lebih berdaya saing
untuk lebih berproduktiviti.
20. Pegawai-pegawai yang telah
berpengalaman lama dalam sektor
awam dianggap penting dalam
penjanaan semula ekonomi negara.
Jadi, golongan ini perlu diberi
perhatian supaya kita dapat
mengekalkan kepakaran, kemahiran
dan motivasi mereka dalam memberi
perkhidmatan.
21. Justeru itu, Kerajaan telah
membuat satu keputusan
transformatif yang akan melakarkan
20
sejarah baru dalam sistem saraan.
Penjawat awam tidak lagi terikat
dengan gaji maksimum seperti
pelaksanaan semasa, tetapi boleh
diberi kenaikan gaji yang secara
langsung dapat meningkatkan
motivasi, seterusnya produktiviti
penyampaian perkhidmatan.
22. Terdapat lima kelompok penjawat
awam, terutama mereka yang telah
mencapai gaji maksimum, yang akan
diberi Pergerakan Gaji Tahunan
dengan kadar tetap tiga peratus
daripada gaji maksimum skim
perkhidmatan masing-masing. Perkara
21
ini telah diumumkan sendiri oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri
dalam Majlis Perdana Perkhidmatan
Awam ke 13 yang lalu.
23. JPA telah memperhalusi syarat-
syarat dan peraturan pelaksanaan
pemberian Pergerakan Gaji Tahunan
ini dan dengan itu, akhirnya Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015
diterbitkan bagi membantu
melancarkan pelaksanaan dasar
Pergerakan Gaji Tahunan yang
ditambah baik ini. Pihak Cuepacs juga
telah dilibatkan dalam merangka
pekeliling ini melalui perbincangan
22
pada 6 November 2014. Ini selaras
dengan komitmen kita bagi
melaksanakan ‘engagement’ dengan
pihak-pihak berkepentingan, dalam
sesuatu penggubalan dasar baru.
24. Dengan mengambil pendekatan
turun padang, maka kita adakan
majlis ini untuk menyampaikan
kaedah pelaksanaan, peraturan dan
syarat Pergerakan Gaji Tahunan yang
ditambah baik ini sebentar lagi supaya
pihak Ketua Jabatan dapat memahami
sepenuhnya, dan dengan itu dapat
melaksanakannya dengan berkesan.
23
25. Pelaksanaan Pergerakan Gaji
Tahunan yang ditambah baik ini tidak
akan dapat dilaksanakan dengan
lancar sekiranya Kerajaan tidak
mendapat sokongan padu daripada
pihak Sumber Manusia Kementerian
dan Jabatan. Pihak Sumber Manusia
Kementerian dan Jabatan pula
haruslah bertindak sebagai fasilitator
bagi membantu memberi penerangan
kepada penjawat-penjawat awam
yang lain.
26. Dalam masa yang sama, kita
perlu memastikan produktiviti
dikekalkan atau ditambah baik,
24
walaupun peruntukan perbelanjaan
dikurangkan. Inilah masanya untuk
semua penjawat awam membuktikan
bahawa dalam kita berhadapan
dengan limited resources, kita masih
mampu memberikan yang terbaik bagi
memastikan misi untuk menjadi
negara maju tidak terjejas walau
sedikit pun.
PENUTUP
27. Akhir kata, saya yakin dan
percaya bahawa dengan
penambahbaikan Pergerakan Gaji
Tahunan berasaskan kadar tetap tiga
25
peratus daripada gaji maksimum ini,
penjawat awam mampu melonjakkan
prestasi yang lebih baik, mempunyai
iltizam yang teguh bagi melaksanakan
tanggungjawab yang murni untuk
menjayakan pelan transformasi ke
arah negara berpendapatan tinggi dan
maju, berdaya tahan dan berdaya
saing, dan mencapai hasrat Wawasan
2020.
28. Tanpa melengahkan masa, saya
serahkan kepada pengacara majlis
untuk agenda seterusnya.
26
Sekian. Wabillahitaufiq Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Terima kasih.