ucapan yang berbahagia tan sri mohamad zabidi zainal ... · contoh, mereka nak ke pasar, kedai atau...
TRANSCRIPT
UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
PROGRAM SKSJ DUN PENAGA
17 JANUARI 2014, 10.30 PAGI
PULAU PINANG
2
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Transformasi dan
Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”
Terima kasih diucapkan kepada
pengacara majlis,
Yang Berbahagia Dato’ Seri Ismail
Ahmad
Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan
Malaysia
Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad
Zain Ahmad
Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga
3
Yang Berbahagia Dato’ Haji Hassan
Haji Yaacob
Pengarah Jabatan Pengangkutan
Jalan, Negeri Pulau Pinang
Ketua-Ketua Jabatan
Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan
Pengangkutan Jalan Malaysia
Pemimpin-Pemimpin Masyarakat
Tuan-Tuan Dan Puan-Puan para
hadirin yang saya kasihi sekalian.
4
2. Saya mengucapkan setinggi
kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapat kita bersama-sama di Majlis
Perasmian Penutup Program Satu
Komuniti Satu JPJ, Negeri Pulau
Pinang bersama rakyat di DUN
Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau
Pinang.
3. Di sini, saya ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan
syabas dan tahniah kepada JPJ dan
Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga
kerana telah berjaya menyediakan
perkhidmatan secara langsung
5
kepada penduduk setempat. Saya
percaya rakyat negeri Pulau Pinang
telah mendapat manfaat yang besar
daripada perkhidmatan yang
disediakan oleh JPJ dan agensi-
agensi lain yang turut sama dalam
program ini.
Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Tuan-
tuan dan Puan-puan sekalian,
4. Hari ini kita terus merintis jalan
gagah ke hadapan untuk menjadi
negara maju pada tahun 2020.
Kerajaan, di bawah panji “1Malaysia
“Rakyat Didahulukan, Pencapaian
6
Diutamakan”, melalui Dasar
Transformasi Negara akan terus
memastikan setiap penggubalan dan
pelaksanaan akan memberikan
keutamaan terbesar kepada rakyat.
5. Transformasi yang dibawa oleh
Kerajaan ini turut dilaksanakan di
peringkat Perkhidmatan Awam.
Kesejahteraan rakyat yang menjadi
kepentingan tertinggi Kerajaan jeIas
terpancar melalui gagasan
“Merakyatkan Perkhidmatan Awam”
yang dibawa oleh Yang Berbahagia
Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua
Setiausaha Negara.
7
6. Pelaksanaan agenda perubahan
dalam Perkhidmatan Awam ini telah
kita laksanakan melalui Kerangka
Kerja Transformasi Perkhidmatan
Awam yang berteraskan lima perkara
iaitu membangunkan bakat,
memperkasakan organisasi,
merakyatkan penyampaian
perkhidmatan, keterangkuman serta
kesepunyaan, serta pembudayaan
nilai-nilai murni.
7. Hari ini, perubahan berlaku
dengan begitu pantas. Ada kalanya
apa yang kita rancangkan dahulu
8
tidak lagi sesuai untuk dilaksanakan
pada masa kini lantaran perubahan
situasi semasa yang berlaku seperti
ekonomi dunia, teknologi maklumat
mahu pun bencana.
8. Isnin lalu, Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri telah
mengumumkan tiga strategi baharu
untuk memperkasakan ekonomi
kepada landasan yang lebih kukuh
iaitu pertama, memastikan
pertumbuhan ekonomi yang
seimbang, inklusif dan mampan;
Kedua: Meneruskan reformasi dan
konsolidasi fiskal; dan Ketiga:
9
menyediakan bantuan kepada rakyat
dan komuniti perniagaan bagi
membina semula infrastruktur yang
terjejas akibat banjir.
9. Dalam Perkhidmatan Awam juga
begitu. Pencapaian yang kita nikmati
hari ini tidak lagi boleh menjadi kayu
pengukur kepada kejayaan masa
hadapan. Sebaliknya, kita harus
sentiasa turun padang dan
mengadakan siri perjumpaan rapat
dengan rakyat sama ada di peringkat
agensi, NGO, golongan belia, wanita
dan pesara, mahu pun dengan
10
masyarakat yang tinggal di luar
bandar.
Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Tuan-
tuan dan Puan-puan yang saya kasihi
sekalian,
10. Saya ingin memuji pendekatan
yang saya ungkapkan sebagai
‘inisiatif mesra rakyat’ yang telah
dilaksanakan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan. Saya nak
ucapkan tahniah kepada Dato’ Sri
Ketua Pengarah JPJ dan seluruh
warga JPJ kerana telah ‘turun
padang’ melaksanakan inisiatif yang
11
benar-benar dekat di hati rakyat
seperti Program “Satu Komuniti Satu
JPJ” pada hari ini.
11. Hari ini, selain perkhidmatan
kaunter sedia ada, pelbagai
kemudahan lain telah ditambah baik
dan disediakan. Kita boleh lihat
perkhidmatan kaunter bergerak 1JPJ
yang disediakan di beberapa tempat
strategik iaitu kawasan-kawasan
tumpuan awam untuk rakyat
membuat transaksi pembayaran.
12. Antara perkhidmatan yang
disediakan di kaunter itu adalah
12
pembaharuan lesen memandu dan
motor, semakan saman, senarai
hitam, pembayaran saman,
permohonan ID portal orang awam
dan pindaan alamat. Kaunter
bergerak ini mendapat sambutan
yang menggalakkan kerana proses
pembayaran yang disediakan lebih
cepat dan memudahkan rakyat.
13. Saya masih ingat masa saya
muda-muda dulu, bila nak pergi buat
lesen, nak baharukan cukai jalan,
nak bayar saman, punyalah susah.
Sebab tempat nak bayar ini hanya
ada di pejabat-pejabat JPJ negeri
13
atau daerah sahaja. Itu pun kita kena
beratur panjang dari pagi sampai
tengahari barulah sampai giliran.
Kadang-kadang tu bila nak sampai
giliran kita, tengok-tengok pegawai
yang jaga kaunter dah nak tutup
kaunter. Perasaan kita masa tu
macam kata orang-orang tua “bagai
kaca terhempas ke batu”. Kecewa
sangat.
14. Tapi pada hari ini, keadaan
macam tu sudah tiada. JPJ kini
sudah ada di mana-mana tempat
yang sering dikunjungi oleh rakyat.
Kaunter JPJ juga boleh kita dapati di
14
Pusat Transformasi Bandar (UTC)
sebagai pusat sehenti agensi dan
jabatan Kerajaan Pusat, negeri dan
swasta.
15. UTC telah banyak memberikan
manfaat kepada rakyat. Pada
penghujung tahun 2014, Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri telah
menyatakan hasrat untuk
memperluaskan konsep UTC di
negeri-negeri bagi meningkatkan lagi
semua kualiti perkhidmatan, sama
ada untuk rakyat, pelabur dan
pelancong agar semua dapat
menikmati faedahnya.
15
16. UTC yang diwujudkan hasil
inisiatif menerusi Strategi Lautan
Biru Kebangsaan sudah dibuka di
Kuala Lumpur, Melaka, Pahang,
Perak, Kedah, Johor, Sarawak dan
Sabah, selain sebuah mini UTC
Sentul di ibu negara. Secara
keseluruhannya, lebih 7.5 juta
pengguna di semua UTC seluruh
negara menyatakan kepuasan
terhadap khidmat disediakan.
17. Di Pulau Pinang, walau pun tak
ada UTC, tapi kaunter 1JPJ akan
sentiasa bergerak ke kawasan-
16
kawasan yang dekat dengan rakyat.
Saya juga difahamkan, JPJ turut
melibatkan orang-orang muda
sebagai sukarelawan melalui
program “Skuad Muda 1JPJ”. Tahniah
saya ucapkan di atas usaha ini.
18. Salah satu contoh transformasi
yang dijalankan oleh JPJ ialah
berhubung pertukaran hak milik
kenderaan tanpa pengetahuan
pemilik asal. Berdasarkan prosedur
lama, pembeli baru perlu membawa
surat akuan sumpah di mana
terdapat ruang untuk berlakunya
penipuan. Sistem biometrik yang
17
baharu akan memastikan pemilik
asal perlu hadir bersama pemilik
baharu untuk mengesahkan transaksi
pertukaran hak milik adalah sah. Ini
dapat menangani isu penipuan yang
timbul dalam urusan pertukaran hak
milik.
19. Saya juga difahamkan sasaran
JPJ pada tahun 2015 ialah
menyediakan lima perkhidmatan
kaunter bergerak 1JPJ di setiap
negeri bagi membantu memudahkan
urusan rakyat. Program My Lesen
yang bakal dilaksanakan akan
menyediakan platform yang lebih
18
mudah untuk memberi lesen kepada
golongan muda. Ini merupakan satu
usaha yang boleh dipuji kerana ia
boleh membantu rakyat yang duduk
di kawasan luar bandar terutamanya
dari segi menjimatkan masa, kos dan
tenaga.
Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Tuan-
tuan dan Puan-puan yang saya kasihi
sekalian,
20. Perubahan dalam Perkhidmatan
Awam juga amat menitikberatkan
aspek integriti dalam kalangan
penjawat awam. Lebih-lebih lagi bagi
19
agensi penguatkuasaan seperti JPJ,
integriti menjadi asas utama yang
akan menjadikan JPJ sebagai sebuah
jabatan yang dihormati oleh rakyat.
21. Saya dimaklumkan dalam isu
pertukaran hak milik kenderaan, JPJ
telah melaksanakan sistem biometrik
bagi menjamin integriti pemohon
untuk mengelakkan penipuan
berlaku. Kalau ikut prosedur lama,
pembeli lama kena bawa surat akuan
sumpah pemilik asal bila nak buat
pertukaran hak milik.
20
22. Keadaan ini telah menimbulkan
banyak isu integriti seperti penipuan
berlaku sekaligus membuka ruang
kepada rasuah. Saya ucapkan
tahniah kerana melalui pemanfaatan
teknologi biometrik ini, maka JPJ
telah berjaya menutup ruang dan
peluang yang akan membawa kepada
isu-isu integriti.
23. Dalam usaha JPJ Merakyatkan
Perkhidmatan Awam, saya melihat
program Satu Komuniti Satu JPJ
ini turut menawarkan kemudahan
kepada masyarakat luar bandar
terutamanya warga emas untuk
21
memiliki Lesen Memandu Kelas B2
yang sah.
24. Kita tahu bahawa kalau orang
yang tinggal di luar bandar,
kebanyakan urusan mereka adalah
dalam jarak yang dekat. Sebagai
contoh, mereka nak ke pasar, kedai
atau masjid. Namun demikian,
peraturan tetap peraturan. Lesen
mesti dibawa sewaktu menunggang
motosikal. Memiliki lesen bermakna
memiliki pengesahan Kerajaan di
atas ilmu dan kemahiran asas
pemanduan.
22
25. Justeru itu, dengan adanya
program seperti ini, saya berharap
agar setiap pengguna jalan raya
sama ada di bandar atau luar bandar
dapat dapat mengamalkan konsep
pemanduan berhemah dan
mengamalkan segala aspek
keselamatan yang telah pun
diterapkan dalam latihan memandu.
Pematuhan kepada undang-undang
jalan raya juga amat penting bagi
memastikan pemandu dan semua
pengguna jalan raya yang lain
sentiasa selamat semasa
menggunakan jalan raya.
23
26. Penglibatan semua kaum dalam
program yang dilaksanakan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan ini
adalah selari dengan kehendak
Kerajaan melalui Gagasan 1 Malaysia
yang telah diperkenalkan oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri
kita. Ini sebahagian daripada hasrat
Kerajaan bagi menggerakkan negara
ke arah kecemerlangan dengan tema
“Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”.
27. Oleh itu, perkhidmatan yang
lebih cekap, pantas dan mesra perlu
dipertingkatkan bagi mewujudkan
24
perkhidmatan yang ceria dan murni.
Ini juga selaras dengan gagasan yang
dibawa oleh Yang Berbahagia Tan Sri
Ketua Setiausaha Negara dalam
Merakyatkan Perkhidmatan Awam.
Sebagai contohnya pada hari ini,
pihak JPJ turun padang untuk
memberikan perkhidmatan secara
langsung kepada rakyat bagi
memastikan segala urusan
dipermudahkan.
Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Tuan-
tuan dan Puan-puan yang saya kasihi
sekalian,
25
28. Saya memandang serius kepada
kadar kemalangan yang berlaku
sejak akhir-akhir ini yang semakin
meningkat dan membimbangkan.
Mengikut laporan yang dikeluarkan
oleh Institut Penyelidikan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia
atau MIROS, sebanyak 462,423 kes
kemalangan jalan raya membabitkan
6,917 kes kecelakaan maut
dilaporkan pada tahun 2013.
29. Saya menyarankan semua
agensi yang berkaitan terutamanya
JPJ agar meningkatkan lagi usaha-
usaha bagi mengurangkan kadar
26
kemalangan jalan raya. Di samping
itu masyarakat dan pengguna jalan
raya hendaklah sentiasa mematuhi
peraturan jalan raya agar sama-sama
dapat mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya yang tinggi di
negara kita.
30. Keinginan untuk membawa
negara menjadi sebuah negara maju
perlu dimulakan dengan kita semua
sebagai rakyat – sama ada sebagai
orang berniaga, penjawat awam,
pekerja swasta, pelajar mahu pun
pesara. Kata peribahasa Melayu
27
“bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat”.
31. Akhir kata saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pihak
penganjur dan tahniah kepada semua
peserta atas kejayaan mereka
memiliki lesen memandu.
32. Oleh itu, dengan lafaz
Bismillahhir rahmannir rahim, saya
merasmikan Majlis Penutup Program
Satu Komuniti Satu JPJ Bersama
JPMM DUN Penaga.
28
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatulahi
Wabarakatuh. Terima kasih.