tutorial eko week 6 (sem 6)
TRANSCRIPT
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
1/39
TUTORIAL 6Menjelaskan perkaitan sektor
perkhidmatan dan pembangunan.
Disediakan Oleh:
Khairiah Bt Amir
Riza Nazira Bt Mohd Sabri
Pensyarah :
En. Chin Kuang Tiu
Subjek :
PSS 3112 (Semester 6)
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
2/39
Peranan Sektor Perkhidmatan dalam
Proses Pembangunan
Sektor perkhidmatan (sektor ketiga) penting
untuk menjalin dan menyelaraskan kegiatan
ekonomi sektor pertanian dan perindustrian.
Sudut ekonomi - menyumbang kepada KDNK,
guna tenaga dan eksport negara.
Sudut sosial menyediakan pelbagai
kemudahan kepada rakyat seperti kesihatan,
latihan dsb.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
3/39
Perubahan struktur ekonomi merupakan
syarat penting untuk membangun.
Sektor pertanian sektor industrisektor perkhidmatan.
Perubahan ini berlaku disebabkan oleh dua
faktor:
a) Peningkatan kepada KDNK, penciptaan
peluang pekerjaan dalam ekonomi
domestik dan kesan rantaian yangdiwujudkan oleh sektor ini dengan aktiviti
ekonomi lain dalam negara.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
4/39
b) Perkhidmatan yang tidak didagangkan
kepada perkhidmatan yang diperdagangkan
hasil dari perubahan dalam teknologikomunikasi.
Peningkatan dalam urusniaga antara pelbagai
industri dan ekonomi meningkatkan permintaanterhadap perkhidmatan terutamanya
perhubungan, kewangan dan pentadbiran.
Peningkatan taraf hidup dan pendapatanpenduduk meningkatkan kegiatan ekonomi dan
permintaan terhadap perkhidmatan
penggunaan
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
5/39
Perkhidmatan terbahagi kepada tiga :
a) Perkhidmatan baru
b) Perkhidmatan penggenapc) Perkhidmatan lama
Perkhidmatan baru permintaan untuknyaberhubung secara positif dengan pendapatan
per kapita (pendidikan, kesihatan, hiburan,perhotelan dan pelancongan).
Perkhidmatan penggenap berhubung secaralangsung dengan pembangunan sektorpembuatan, pertumbuhan pengeluaranbarangan perantaraan, perluasan pasaran danperbandaran.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
6/39
Perkhidmatan lama aktiviti-aktivitimemandu teksi, pembantu rumah dan tukang
cuci yang wujud dari ketidaksamaan dalamagihan pendapatan dan kekurangan peluangpekerjaan.
Sektor perkhidmatan meliputi bekalanelektrik, gas dan air, pengangkutan,pembinaan, perdagangan, hotel dan restoran,perbankan dan insurans, hartanah dan
pentadbiran awam. Item di atas boleh dikategorikan kepada dua
kumpulan;
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
7/39
a) Perkhidmatan yang digunakan secara langsung.
b) Perkhidmatan pertengahan atau perkhidmatan
pengeluar iaitu perkhidmatan untuk perusahaanperniagaan yang digunakan untuk menyokong
pengeluaran barangan dan perkhidmatan lain.
Isu dalam sektor perkhidmatan ialah masalah
defisit dalam akaun perkhidmatan terutama
dalam pembelian perkhidmatan termasuk
pengangkutan, insurans dan khidmat pakar
runding.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
8/39
Kebanyakan negara membangun mengalami
masalah peningkatan import bagi item-item
perkhidmatan sehingga melebihi nilai eksport.
Kesannya, ia telah menjejaskan kedudukan
akaun perkhidmatan imbangan pembayaran.
Di negara membangun, aktiviti perkhidmatan
pada awalnya lebih berbentuk tidak formal.
Melalui proses pembangunan, aktiviti tidak
formal ini menjadi kurang penting dan digantidengan perkhidmatan moden serta industri.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
9/39
Di negara berpendapatan rendah, sektor tidakformal penting dalam menyediakan peluang
pekerjaan kepada penduduk bandar. Contohnya, berniaga kecil-kecilan, tukang
sapu dan buruh kasar.
Di sub Sahara Afrika, sektor informalmembentuk 60% dari jumlah pekerjaanbandar.
Di kebanyakan negara membangun,
kekurangan aktiviti perkhidmatan dianggapsebagai halangan utama kepadapembangunan yang cekap.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
10/39
Kerajaan adalah pembekal penting dari segiperkhidmatan sosial dan kemudahan asas lainterutama infrastruktur.
Sektor perkhidmatan merupakan komponenpenting dalam ekonomi negara yangmenyumbang sebanyak 55% kepada KDNK pada2008 dengan 47.6% merupakan sumbangan
perkhidmatan bukan kerajaan. Di negara India, sumbangan sektor perkhidmatan
meningkat dari 33.8% pada 1970 kepada 39.2%pada 1986 dan dijangka meningkat kepada 42.8%
pada tahun 2000. Di negara maju, sumbangan sektor ini kepada
KDNK antara 55% hingga 65% (Peter Hess & ClarkRoss, 1997).
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
11/39
PERKEMBANGAN SEKTOR
PERKHIDMATAN SELEPAS MERDEKA
Sektor perkhidmatan meliputi sektor selain
daripada sektor pembuatan, perlombongan,
pembinaan, elektrik, gas dan air.
Namun, Malaysia meletakkan elektrik, gas, air
dan pembinaan sebagai sektor perkhidmatan.
Sektor perkhidmatan memainkan peranan
penting terutama dalam menyediakan
peluang pekerjaan kepada penduduk.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
12/39
Pada zaman sebelum merdeka, kepentingan
sektor ini tidak begitu menyerlah.
Semasa penjajahan, pembangunan sektor
perkhidmatan dianggap penting hanya untuk
menyediakan kemudahan mengangkut
sumber-sumber bahan mentah iaitu bijihtimah dan getah.
Komponen penting yang diberi perhatian oleh
penjajah ialah pengangkutan, perhubungan,kesihatan, pelajaran dan perkhidmatan
kewangan.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
13/39
Selepas merdeka, keadaan mula berubah.
Pada 1965, sektor perkhidmatan telah
menyumbangkan 37% kepada KDNK (WorldDevelopment Report, 1986).
Peranan sektor perkhidmatan turut meningkat
apabila Rancangan Lima Tahun Malaya Pertama
(1956-1960) dan Lima Tahun Malaya Kedua ( 1961-
1965) dilaksanakan.
Dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970),
kepentingan sektor perkhidmatan terus bertambahapabila usaha mempelbagaikan ekonomi untuk
mengurangkan masalah harga getah dan bijih timah
yang tidak stabil dipergiatkan.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
14/39
PERKEMBANGAN SEKTOR
PERKHIDMATAN SELEPAS DASAR
EKONOMI BARU (DEB) Dalam Rancangan Malaysia Pertama, ekonomi
bertambah dengan kadar 6.7% dan
pendapatan per kapita meningkat pada kadar3.5% setahun.
Namun, wujud masalah agihan pendapatan
yang tidak sama rata antara kaum Bumiputeradan bukan Bumiputera, bandar dan luar
bandar dan antara sektor pertanian dengan
perindustrian.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
15/39
Data 1970 menunjukkan 64.8% kaum
Bumiputera berada dalam keadaan miskin,
kaum India 39.2& manakala kaum Cina 29%. Dari segi pemilikan harta dan modal saham
syarikat, kaum Bumiputera hanya memiliki
2.4%, 27.2% kaum Cina manakala 63.3% milikasing.
Kadar kemiskinan yang tinggi, pembahagian
kekayaan tidak sama rata dan kadarpengangguran yang tinggi antara faktor
Peristiwa 13 Mei 1969.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
16/39
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) telah
dilancarkan bersama-sama DEB.
Dua matlamat DEB ialah:a) Menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum.
b) Menyusun semula masyarakat supaya tidak wujud
pengenalan kaum melalui aktiviti ekonomi.
Kaum Bumiputera digalakkan menyertai sektor
moden dan sektor perkhidmatan.
Agensi sedia ada dikemas kini dan agensi baru
ditubuhkanyang berfungsi sebagai penggalak
penyertaan Bumiputera dalam aktiviti
perdagangan.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
17/39
Kesan keseluruhan daripada DEB ialah pada
1970-an, peranan sektor perkhidmatan
semakin aktif apabila 1.1 juta pendudukterlibat dalam sektor ini atau mewakili 31.5%
daripada guna tenaga dalam negara.
Sektor perkhidmatan berterusan dalamRancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) dan
Rancangan Malaysia Keempat (1881-1985).
Krisis ekonomi yang berlaku pada awal 1980-an menyebabkan ekonomi tumbuh secara
perlahan.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
18/39
Namun, sumbangan sektor perkhidmatan
kepada KDNK meningkat kepada 45%.
Pada 1990, sektor perkhidmatan merupakan
sektor utama yang menyumbang dari segi
jumlah pekerjaan iaitu sebanyak 45.2%
berbanding 23.9% dari sektor industri dan30.9% sektor pertanian.
Hal ini bererti, di antara tahun 1970-1990,
sektor perkhidmatan adalah sektor terbesaryang menawarkan pekerjaan baru.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
19/39
Sub Sektor Perkhidmatan Utama
Sektor perkhidmatan terdiri daripada :
- Perdagangan borong dan runcit
- Perkhidmatan kerajaan
- Kemudahan awam
- Pengangkutan
- Penyimpan dan perhubungan
- Kewangan
- Perkhidmatan lain
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
20/39
Perkembangan Sektor Perkhidmatan
Jangka Masa Kadar (%)
Rancangan MalaysiaKelima
5.7
Rancangan Malaysia
Keenam
8.0
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
21/39
3 Sub Sektor Perkhidmatan Utama
1.Perkhidmatan awam
2.Perdagangan borong dan runcit
(termasuk hotel dan restoran)3.Kewangan,insurans,hartanah dan
perkhidmatan perniagaan
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
22/39
Data Tahun 1990 : Sumbangan Sub Sektor
Perkhidmatan Kepada KDNK dan Gunatenaga.
Sub Sektor Perkhidmatan Peratus(%)
1. Perkhidmatan awam 25
2. Perdagangan borong
dan runcit (termasuk hotel
dan restoran)
26
3. Kewangan, insurans,
hartanah dan
perkhidmatan perniagaan
23
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
23/39
1970-1989 ; sumbangan keluaran dari sub
sektor perkhidmatan awam atau kerajaan
adalah antara 28.0% - 30.0%.
Perkembangan pesat sub sektor ini ekoran
dari dasar kerajaan di bawah DEB apabila
banyak perusahaan awam dan agensi-agensi
ditubuhkan.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
24/39
Walau bagaimanapun,peranan sub sektor ini
mula merosot pada akhir tahun 1980-an
apabila dasar penswastaan dilaksanakan pada
1983.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
25/39
Sub sektor kewangan, insurans, hartanah danperkhidmatan perniagaan adalah komponenketiga penting dalam sektor perkhidmatan.
Penubuhan Bank Negara- Menggalakkan perkembangan institusi kewangan
di Malaysia.
Pinjaman dan peruntukan tabungan dari bank-
bank perdagangan adalah salah satu sumbermodal yang digunakan untuk perkembangansektor-sektor lain.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
26/39
Fungsi Bank Perdagangan dan Syarikat Kewangan
- penerima deposit
- pemberi pinjaman
Fungsi Bank Saudagar
- pemberi khidmat dari segi pembiayaan sektor
koporat
- khidmat nasihat pengurusan pelaburan dan
kewangan
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
27/39
Pada awalnya penyumbang utama kepadapekerjaan datang dari sub sektor kewangan,insurans,hartanah dan perkhidmatan perniagaandiikuti oleh sub sektor kerajaan.
Akan tetapi,apabila DEB dilancarkan, sektorkerajaan telah muncul sebagai penyumbangutama dari segi pekerjaan.
Walaubagaimanapun, pada 1980-an, tempat initelah diambil alih oleh sektor perdaganganborong, runcit, hotel dan restoran.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
28/39
Dua faktor menjelaskan perkara tersebut :
1)Kemelesetan ekonomi dunia dipertengahan
1980-an telah memaksa kerajaan
membekukan pengambilan pekerja.
2)Pengurangan di dalam perbelanjaan
pembangunan awam serta dasar penswastaan
telah mengurangkan peranan sektor kerajaan.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
29/39
Data Tahun 1990 :
Peratus Keseluruhan Gunatenaga
Sub Sektor Peratus (%)
1.Perdagangan borong,
runcit, hotel danrestoran
18.7
2.Perkhidmatan awam 13.0
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
30/39
Industri pelancongan
- Bersifat intensif buruh
- Muncul sebagai industri yang menggunakan
paling banyak tenaga kerja di dunia terutamadi sektor perhotelan
Pada tahun 1988, terdapat 48,930 pekerja
yang terlibat dalam perhotelan Dijangka 10,400 pekerjaan baharu diwujudkan
sepanjang tahun 1990-an.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
31/39
Peranan Sektor Perkhidmatan Ke Arah
Pencapaian DEB
Sebelum DEB dilancarkan :
- 60.0 % gunatenaga Bumiputera terlibat dalamsektor pertanian manakala
- Sektor bukan pertanian @ sektor moden lebihdikuasai oleh kaum lain terutama Cina.
Apabila DEB dilaksanakan :
- Sektor perkhidmatan muncul sebagai sektor
bukan pertanian yang paling banyak menyerapgunatenaga Bumiputera.
- (Sila lihat Jadual )
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
32/39
Jadual 1: Peratus Penglibatan Gunatenaga
Bumiputera Dalam Sektor Perkhidmatan,
1985-1995Sub sektor Tahun Tahun Tahun
1985 (%) 1990 (%) 1995 (%)
Pembinaan 42.2 43.0 44.2
Elektrik, Gas, Air 70.7 69.8 70.1
Pengangkutan, Penyimpanan dan
Perhubungan
51.5 54.1 55.3
Perdagangan Borong dan Runcit,
Hotel dan Restoran
36.1 38.2 41.1
Kewangan, Insurans, Hartanah dan
Perkhidmatan Perniagaan
42.5 41.1 42.3
Perkhidmatan kerajaan 65.7 65.9 65.2
Perkhidmatan-perkhidmatan lain 65.7 66.9 67.0
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
33/39
Daripada Jadual 1, didapati kesemua sub sektor
(seperti yang dinyatakan) telah menyerap lebih
daripada 50.0 % gunatenaga Bumiputera.
Ini menunjukkan tanpa mengambil kira peringkatmana kaum Bumiputera bekerja dan apa jenis
pekerjaan yang diceburi didapati dengan
pelaksanaan DEB penyertaan Bumiputera dalamsektor bukan pertanian telah meningkat.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
34/39
Walau bagaimanapun, satu perkara yang tidak dapat
dinafikan ialah penglibatan gunatenaga Bumiputera
di dalam sektor moden masih lagi diperingkat
rendah.
Majoriti Bumiputera menyandang jenis jawatan yangmempunyai pendapatan atau gaji yang kecil.
Peratus penyertaan Bumiputera di peringkat tinggi
terutama dalam sektor swasta adalah rendah
terutama pada peringkat profesional, pengurusan
dan eksekutif.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
35/39
Kaum bumiputera hanya menguasai bidang
profesional yang disediakan oleh pihak
kerajaan iaitu guru dan jururawat.
Pekerjaan perkeranian dan perkhidmatan yang
memberikan pendapatan yang kecil juga
dikuasai oleh kaum Bumputera.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
36/39
Jadual 2 : Peratus Gunatenaga Bumiputera
Mengikut Pekerjaan, 1985-1995
Pekerjaan Tahun Tahun Tahun
1985 (%) 1990 (%) 1995 (%)
Profesional Yang
Berdaftar
22.2 29.0 32.3
Guru dan
Jururawat
64.2 68.1 71.7
Pentadbiran dan
Pengurusan
38.4 33.3 34.2
Perkeranian 54.1 54.9 55.0
Jualan 33.2 36.0 39.2
Perkhidmatan 61.6 61.5 63.5
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
37/39
RUMUSAN
Oleh itu, sewajarnya perhatian diberi kepadapembangunan sektor ini. Dasar perkhidmatan negara perludibentuk untuk mengenal pasti matlamat dan peranan yangperlu dimainkan oleh setiap sektor. Semua strategi yangdikemukakan dapat memberi kesan positif kepadapembangunan dan pertumbuhan negara,
- meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sektor-sektor lain,
- pembangunan kemahiran yang sesuai,
- mewujudkan pendapatan dan peluang pekerjaan di
kalangan pelbagai kumpulan etnik,- memperbaiki kebajikan serta aspek budaya negara,
- akhirnya menyediakan keselamatan negara sertaperlindungan individu.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
38/39
Bagi mencapai matlamat tersebut, dasar
perkhidmatan negara perlu mempunyai empat setdasar iaitu :
1. Dasar pembangunan perkhidmatan
2. Dasar pelaburan dan perkhidmatan
3. Dasar perdagangan dalam perkhidmatan
4. Dasar perkhidmatan import
Dengan cara ini, barulah sektor perkhidmatan dapat
mengambil alih peranannya sebagai penyumbangterbesar kepada pembangunan ekonomi negara
selepas era pasca industri tanpa mengalami banyak
halangan.
-
8/2/2019 Tutorial Eko Week 6 (Sem 6)
39/39
Rujukan
Nor Aini Haji Idris dan Ab. Razak Dan (2004).
Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan
Ekonomi. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.