tugasan edu

Upload: mark-wallace

Post on 11-Mar-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bimbingan dan kaunseling

TRANSCRIPT

(a) Sebagai guru bimbingan, anda telah bersedia mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dengan memberikan perkhidmatan bimbingan kaunseling kelompok. Bincangkan kriteria terbaik dalam pemilihan ahli kelompok anda?Isu keahlian dalam kelompok merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan. Ini kerana kejayaan kelompok dalam mencapai matlamatnya sangat bergantung kepada ahli-ahli yang terlibat dalam sesuatu kelompok. Ini menunjukkan pemilihan ahli dalam kelompok mestilah mengikut klasifikasi jenis kelompok yang hendak dilaksanakan dan kaedah kepimpinan yang akan digunakan oleh guru bimbingan dalam mengendalikan kelompok tersebut. Proses ini penting bagi mengumpulkan ahli yang boleh berinteraksi secara bermakna dan berkesan.Jumlah ahli / saiz kelompokUmur ahliJantina ahliPenetapan Jenis KelompokPenetapan Tujuan KelompokMasaTempat/LokasiPemimpin kelompok

(b) Sejauh manakah kaunseling kelompok boleh membantu ahli-ahli menyelesaikan masalah mereka?- pertemuan dengan ahli yang lain yang mempunyai masalah atau isu yang sama dapat memberikan perspektif yang lebih luas- dengan mendengar kepada ahli yang lain membolehkan seseorang itu memahami bahawa masalah boleh dikendalikan melalui pelbagai masalah- ahli lain boleh memberikan galakan dan sokongan emosi dengan perasaan kemanusiaan bahawa mereka semua berada dalam perahu yang sama. -

1 (a) Teori Pemusatan Insan merupakan teori yang menekankan kepentingan membina hubungan baik bersama kliennya. Teori ini adalah berdasarkan pendekatan humanistik. Huraikan LIMA pandangan teori ini terhadap manusia.Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan percaya mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Rogers menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya. Ia menolak anggapan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri,andainya wujud keadaan-keadaan yang sesuai.Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa keoada kebebasan dan berdikari. Sifatsifatyang ada pada manusia adalah seperti membina, bekerjasama, boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial. Perasaan-perasaan negatif yang terdapat pada manusia seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan.Manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau akan berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan berjaya. Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau disediakan dengan persekitaran yang menggalakkan, manusia akan berkembang dengan yakin ke arah nirwana kendiri menjadi apa sahaja yang dia inginkan. Jika manusia tidak menerima kasih sayang dan sokongan orang yang penting baginya, kemungkinan besar manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap orang lain tidak boleh dipercayai, serta mereka akan bersikap mempertahankan diri dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang. Persepsi seseorang tentang diri dan persekitaranya merupakan realiti baginya.1 (b) Rational Emotif Behavior Therapy (REBT) telah diperkenalkan oleh Albert Ellis. Asas penting pendekatan teori ini ialah penggunaan falsafah A-B-C-D.Bincangkan falsafah teori ini dan berikan contoh yang sesuai.Sebagai contoh : Seseorang yang mengalami kesedihan selepas diceraikan oleh suaminya. Kesedihan terjadi bukan kerana penceraian yang menyebabkan kesedihan tetapi kepercayaan individu itu tentang kegagalan kerana ditolak atau kehilangan pasangannya. Ellis telah menegaskan bahawa sebab utama kesedihan ialah bukan kerana peristiwa diceraikan (A). Oleh yang demikian manusia bertanggungjawab tentang kewujudan tindakan emosional dan gangguan. Ellis telah menunjukkan bagaimana manusia boleh mengubah kepercayaan tidak rasional secara langsung menyebabkan akibat gangguan emosional dirinya. Bagaimanakah emosional yang terganggu itu timbul? Dalam hal ini , Ellis telah menjelaskan bahawa individu yang mengalami gangguan kerana sentiasa berterusan mengulangi ayat-ayat yang tidak logikal. Misalnya , individu itu berkata : Saya sangat kecewa dengan kegagalan peperiksaan ini. Kegagalan saya semuanya berpunca dari kesilapan saya sendiri. Saya adalah merupakan manusia yang paling bodoh

2. Pelaksanaan proses kaunseling individu adalah dijalankan mengikut tahap-tahap tertentu, namun secara umumnya proses tersebut boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu sebelum, semasa dan selepas sesi kaunseling. (a) Berikan lima hujah anda mengapa persediaan dan tindakan prasesi perlu dilakukan.Beberapa perkara penting yang melibatkan persediaan sebelum sesi kaunseling hendaklah diberikan perhatian oleh pembimbing. Ia melibatkan dimana kaunseling diadakan? Kaunseling boleh dilakukan dimana-mana namun biarlah tempat yang tertutup, selesa dan tanpa gangguan yang dapat mewujudkan suasana teraputik bagi aktiviti kaunseling. Pembimbing boleh mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai kliennya agar dapat memberikan gambaran ringkas tentang diri klien melalui tindakan prasesi. Kad rekod latar belakang klien serta laporan sesi kaunseling atau rekod kes klien perlu disediakan. Penggunaan soal selidik atau semak masalah dapat membantu klien mengenalpasti isunya sebelum bersemuka dengan pembimbing atau pengamal kaunseling. Sebelum sesi, pembimbing boleh menyediakan borang laporan dan sebagainya serta merujuk keperluan organisasi tempat kerja jika sebarang prosedur perlu dipatuhi.Dalam tindakan prasesi, kaunselor juga seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien, ini berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Tingkah laku dan prestasi yang ditunjukkan oleh bakal klien hendaklah disenaraikan manakala tingkah laku standard dan prestasi yang dijangka juga perlu disediakan. Kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Dengan ini, klien akan mempunyai tanggapan pertama yang positif terhadap kaunselor. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan.Kaunselor dapat membina hubungan yang baik dengan klien bagi menggalakkan klien bercerita atau meluahkan perasan secara tidak langsung tanpa dipaksa. Hubungan yang baik dapat membantu kaunselor memahami masalah klien dengan lebih mendalam lagi. (b) Jelaskan lima tingkah laku bukan lisan klien semasa sesi kaunseling yang dapat membantu kaunselor untuk membuat interpretasi dengan lebih tepat. Ekspresi mukaSenyuman merupakan contoh ekspresi muka yang paling mudah. Senyuman bermaksud kepedihan dan rasa malu. Seorang kaunselor perlu tahu membezakan senyuman yang membawa makna mesra, pedih atau malu yang ditunjukkan oleh klien. Namun begitu, kaunselor perlu menunjukkan ekspresi senyuman mesra. Bahasa isyarat tanganBahasa isyarat tangan merupakan satu bentuk bahasa badan yang banyak digunakan dalam mana-mana budaya. Dalam konteks Malaysia, kaunselor perlu tahu bagaimana menginterpretasi isyarat-isyarat tersebut. Kontak mataDalam sesi kaunseling, adalah penting bagi kaunselor menggunakan kontak mata kerap kali dengan tujuan menunjukkan dia sedang mendengar dan memberi tumpuan terhadap kata kliennya. Klien yang berusaha mengelakkan kontak mata dengan kaunselor biasanya menunjukkan dia sedang berusaha menyembunyikan sesuatu yang tidak ingin disebut dalam katanya. Nada suaraNada suara lebih membongkar (maklumat) daripada air muka, kerana emosi kuat biasanya ditunjukkan melalui nada suara tinggi-rendahnya. Sebagainya, orang berperasaan sedih biasanya berucap dengan nada suara rendah dan perlahan-lahan; manakala orang berperasaan risau, biasanya berucap dengan kadar cepat dan meningkatkan suara dengan banyak kata silap. Pergerakan kepalaDalam kebanyakan budaya, anggukan kepala membawa maksud ya atau setuju. Kaunselor mahupun klien gunakan perkataan ya atau tidak secara lisan di samping anggukan kepala atau gelengan kepala.