tugasan kissm
TRANSCRIPT
Bahagian A
Soalan 1 (Perintah Am)
Berdasarkan perintah am bab B, pegawai-pegawai awam boleh membuat tuntut
belanjaan tertentu atas menjalankan tugas rasmi sahaja yang berkaitan dengan skop
tugas jawapan atau ibu pejabatnya, serta menghadiri kursus-kursus bagi meningkat
professional dan perkhidmatan, contoh elaun letak kereta dan tol, elaun harian, elaun
makan, elaun hotel, elaun berpindah rumah / bertukar, elaun-elaun berkursus dan
sebagainya.
Selain itu, kakitangan awam juga boleh menuntut elaun untuk ahli keluarganya
kerana tanggungan hidup bertambah, tidak senang dan menghadapi kesusahan kerana
arahan pejabat atas tugas-tugas tertentu, kecuali anaknya sudah berumur 21 tahun ke
atas, anaknya bercacatan, anak angkat yang berdaftar dan orang gajinya.
Berdasarkan perintah am bab C, pegawai-pegawai awam boleh memohon cuti
atas sebab-sebab yang munasabah dan diluluskan oleh ketua pejabatnya.Cuti-cuti
yang boleh dimohon ialah cuti rehat (tiada untuk guru), cuti separuh gaji dan cuti tanpa
gaji, cuti atas sebab perubatan, cuti sakit, cuti sakit lanjutan, cuti pemulihan, cuti Tibi,
Kusta dan Barah, cuti kerja Haji, cuti kerana berkursus dan sebagainya.
Pegawai awam boleh memohon cuti rehat mengikut kelayakannya kecuali guru,
contoh pegawai bergred DG41 yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun Cuma boleh
ambil cuti rehat 30 hari, manakala yang berkhidmat lebih daripada 10 tahun boleh ambil
35 hari cuti rehat.
Tapi bagi kes yang lain, contoh keluarga pegawai jatuh sakit dan perlu menerima
rawatan untuk beberapa hari pada tempoh masa pegawai berkhidmat, maka pegawai
tersebut boleh memohon cuti separuh gaji dengan syarat tidak melebihi 14 hari setahun
atas sebab kesihatan anak pegawai atau kesihatan sendiri atau cuti tanpa gaji jika
tiadanya lagi cuti rehat dan sudah mencapai limit bilangan cuti separuh hari untuk
sebab-sebab urusan diri dengan syarat ada kelulusan daripada ketua pejabatnya dan
tidak boleh melebihi 30 hari setahun dan 360 hari sepanjang masa tempoh pegawai itu
berkhidmat.
Berdasarkan Perintah Am Bab F, menyatakan bahawa pegawai atau
keluarganya boleh mendapat bayaran rawatan, ubatan, bekalan alat-alat ortopedik dan
anggota palsu percuma kecuali gigi palsu di hospital atau klinik kerajaan sahaja. Akan
tetapi kakitangan awam dan keluarganya mesti menerima rawatan perubatan di hospital
atau klinik yang terdekat dengan tempat tugasnya atau tempat tinggalnya, contoh bagi
kakitangan awam yang berkhidmat di Tangkak, Johor perlu mendapatkan rawatan di
hospital atau klinik kerajaan Tangkak mana yang terdekat dan kerajaan akan
membayar kos perubatan dan rawatan yang biasa untuk pegawai dan keluarganya.
Jika pegawai atau keluarganya tidak dapat menerima rawatan di tempatan
kerana tiadanya perkhidmatan tertentu dan pakar-pakar berkenaan, maka mereka
boleh membuat permohonan untuk menerima rawatan di tempat lain, contoh anak
pegawai awam yang bertugas di Sabah telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan
doktor pakar di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur dengan syarat adanya
pengesahan daripada pegawai perubatan tempatannya dan lembaga perubatan
bahawa negeri Sabah tiada perkhidmatan yang boleh merawat penyakit anaknya, dan
pegawai tersebut bukan saja boleh mendapatkan rawatan perubatan yang ditanggung
oleh kerajaan malah juga boleh menuntut elaun perjalanan seperti bayaran tambang,
tiket kapal terbang, tol dengan adanya resit sebagai bukti untuk membuat tuntutan
elaun perjalanan, tetapi kerajaan tidak akan menanggung kos membaiki, kerosakan dan
susut nilai kenderaan pegawai itu jika beliau menggunakan kenderaan sendiri untuk
menghantar anaknya berdasarkan perintah am bab B, c..
Akan tetapi biasanya kerajaan tidak akan menanggung kos masuk wad untuk
pegawai awam.dan keluarganya, kecuali jika anak pegawai masih seorang anak murid
sekolah, maka bayaran masuk wad adalah percuma tapi cuma boleh masuk wad kelas
2 sahaja, tetapi pegawai tidak layak menuntut elaun makan lagi berdasarkan perintah
am, bab B, 7c dan bab F,3.
Kesimpulannya, anak pegawai boleh menerima rawatan perubatan biasa yang
percuma daripada hospital dan klinik kerajaan. Jika pegawai dan keluarganya perlu
menerima rawatan di luar tempatnya berkhidmat, beliau perlu mendapat pengesahan
daripada Lembaga Perubatan Dengan ada pengesahan itu, pegawai tersebut layak
menuntut elaun perjalanan Jika anak pegawai kerajaan masih belajar di sekolah,
anaknya boleh masuk wad kelas 2 secara percuma. Dengan itu, pegawai awam boleh
mengambil cuti rehat yang ada ataupun memohon cuti cuti separuh gaji tidak melebihi
14 hari setahun atau cuti tanpa gaji untuk urusan sendiri atau sebab kesihatan ahli
keluarganya dengan syarat tidak melebihi 30 hari setahun. Tetapi pengambilan cuti
separuh gaji atau cuti tanpa gaji akan menjejaskan prestasi pegawai sendiri dan akan
dicatatkan dalam penyata perkhidmatan pegawai berkenaan.
Bahagian B
Soalan 1 a (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, PKPA)
3 perbezaan di antara manual prosedur kerja (MPK) dan fail meja (FM):
1. Dokumen rujukan bagi peringkat jabatan atau individu / jawatan
MPK ialah dokumen rujukan peringkat jabatan / pejabat. Dalam MPK
menyatakan latarbelakang jabatan / pejabat, objektif penubuhan jabatan /
pejabat, carta organisasi, dan maklumat-maklumat penting tentang sesebuah
jabatan / pejabat. Contoh maklumat dalam MPK, sejarah jabatan / pejabat,
tujuan penubuhan jabatan / pejabat yang menetapkan keutamaan jangka
panjang pejabat / pejabat, misi dan visi jabatan / pejabat, carta organisasi
sesebuah jabatan / pejabat yang menunjukkan fungsi, aktiviti dan hirarki di dalam
sesebuah jabatan / pejabat supaya kakitangan jabatan / pejabat yang baru boleh
melihat satu gambaran yang jelas bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
jabatan / pejabat dan rantaian perintah dari pihak atasan kepada bawahan yang
menjalankan tugas. Selain itu, MPK juga amat berguna untuk sesebuah jabatan /
pejabat membuat penambahan atau pengurangan kakitangan, merancang
latihan dalam perkhidmatan kepada staf-staf daripada bahagian.
Manakala FM ialah dokumen rujukan bagi peringkat individu / jawatan.
Antara perkara dalam FM ialah objektif bahagian / unit dalam sebuah jabatan /
pejabat bagi jangka pendek, jelas dan boleh dicapai dan diukur. FM juga
merupakan satu asas membuat perancangan dan pembangunan projek
sesebuah bahagian untuk meningkatkan keberkesanan bahagian. FM
mengandungi juga carta organisasi bahagian supaya pegawai-pegawai boleh
merujuk pihak atasan mana yang berkenaan dan mengetahui kedudukan
jawatan sendiri dalam bahagian.
2. Menerangkan fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab
MPK memberikan tuju arah yang jelas bagi sesebuah jabatan / pejabat
dan juga menetapkan tugas-tugas dan aktiviti-aktiviti utama bagi membolehkan
jabatan / pejabat memainkan peranan secara berkesan dan mencapai
objektifnya bagi jangka panjang. Contoh Jabatan Pendidikan Negeri, tugas dan
aktiviti utama JPN adalah merancang pelaksanaan dan pengurusan SPBT di
peringkat negeri, mengawal keperluan buku teks yang dipohon oleh sekolah,
menguruskan taklimat penentuan keperluan buku teks kepada Pengetua/Guru
Besar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan guru SPBT dan
banyak lagi.
FM menyatakan tugas, kuasa dan hubungan pegawai dengan pegawai-
pegawai yang lain dengan jelas supaya semua pegawai berkenaan boleh
mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka dengan jelas, mengetahui had-
had kuasa mereka. Contoh bagi unit ICT dalam Jabatan Pendidikan Negeri
Johor, mereka bertanggungjawab menginovasikan penggunaan ICT dalam
urusan jabatan, penggunaan ICT untuk menuntut ilmu pengetahuan di peringkat
sekolah di negeri Johor dan mengendalikan kursus-kursus mengenai
penggunaan ICT kepada pegawai-pegawai awam dan guru-guru dan
sebagainya.
3. Mengandungi maklumat mengenai semua aktiviti dan tugas-tugas bagi
satu-satu jawatan.
MPK mengandungi maklumat yang menyeluruh mengenai semua aktiviti
dalam jabatan mengikut proses dan rangkaian tindakan yang perlu secara
berturutan mengikut peraturan yang ditetapkan untuk melaksanakan sesuatu
aktiviti. Ini bertujuan mengelakkan berlaku kesilapan operasi dan perundangan
bagi pegawai baru, menunjukkan tindakan-tindakan yang lengkap untuk
menjalankan tugas, memendekkan masa latihan untuk kakitangan baru dan juga
melicinkan urusan harian. Selain itu, MPK juga menunjukkan carta aliran kerja
secara grafik atau gambarajah bagi tindakan-tindakan perlu dilalui dari peringkat
permulaan hingga sesuatu tugas selesai secara jelas dan ringkas. Tambahan
pula, MPK juga menunjukkan borang-borang digunakan untuk sesuatu
pengurusan, permohonan, pentadbiran dan sebagai bagi sesebuah jabatan dan
pejabat.
Manakala, FM mengandungi makluamat dan panduan untuk satu-satu
jawatan . Dalam FM menyatakan proses kerja dan senarai jawatan pegawai
yang boleh meluluskan sesuatu tindakan dan senarai undang-undang yang
berkaitan dan perlu disertakan dalam proses kerja atau sesuatu pengurusan.
Dengan adanya FM ini, pegawai baru boleh merujuknya untuk mengikut proses
kerja dan langkah-langkah yang perlu untuk mengurus sesuatu urusan dengan
betul, mengurangkan kesilapan dalam proses menjalankan tugasnya. Selain itu,
FM juga menunjukkan carta aliran kerja untuk menyenangkan pegawai baru
mengetahui langkah-langkah menjalankan tugasnya. Tambahan pula, FM
mengandungi senarai semak untuk memberi peringatan dan semakan ke atas
tindakan yang perlu pegawai berkena ambil untuk mengendalikan sesuatu aktiviti
kerja dan memudahkan pengawasan dan penilaian dilakukan oleh penyelia
berkenaan.
Kesimpulannya, perbezaan MPK dan FM adalah MPK diwujudkan untuk
meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti untuk satu jabatan / pejabat,
manakala FM diadakan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti
bagi individu, pegawai-pegawai atau satu jawatan untuk mencapai objektif
meningkatkan produktiviti jabatan / pejabat.
Soalan 1 b (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, PKPA)
Tujuan utama MPK dan FM disediakan adalah meningkatkan produktiviti dan
kelancaran menjalankan kerja bagi setiap jabatan. Sebelum MPK dan FM
diperkenalkan, pegawai-pegawai sama ada baru dilantik atau bertukar dari pejabat atau
bahagian unit yang lain melaksanakan tugas baru masing-masing berasaskan
pengetahuan, pengalaman yang dipelajari daripada tunjuk ajar pegawai-pegawai lama,
akan tetapi tidak terjamin semua pegawai faham dan menjalankan tugas dengan cara-
cara yang betul dan mengikut prosedur yang betul dan juga berlaku penyelesaian tugas
yang lambat. Demi menyelesaikan masalah ini, MPK diperkenalkan sebagai dokumen
rujukan bagi setiap jabatan atau pejabat, dan FM sebagai dokumen rujukan kepada
pegawai.
MPK memberi tuju arah, objektif dan fungsi utama jabatan yang jelas kepada
pegawai-pegawai baru. Pegawai-pegawai boleh memahami halacara jabatannya,
mengetahui kenyataan jabatan mengenai apa yang hendak dicapai oleh jabatan,
supaya usaha yang dijalankan selaras dengan matlamat penubuhan jabatan. Contoh
bagi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, objektif penubuhan JPJ telah dinyatakan
secara jelas ialah Mewujud dan mentadbir sistem pendaftaran dan pelesenan semua
jenis kenderaan bermotor yang berintegriti, berkesan dan selamat, mewujud dan
mentadbir sistem latihan , pengujian dan pelesenan pemandu yang berkesan bagi
melahirkan pemandu kenderaan bermotor yang mahir , berdisplin dan berhemah, dan
misi yang hendak dicapai bagi jangka panjang ialah Memastikan pengangkutan jalan di
Malaysia adalah selamat dan efisyen serta memenuhi keperluan pelanggan dan
negara.
Justerus MPK mengandungi juga carta organisasi dan menunjukkan
pembahagian aktiviti dan kerja antara unit-unit jabatan dengan jelas secara grafik. Oleh
demikian, pegawai-pegawai yang baru bertugas boleh nampak jelas unitnya berada di
bawah sektor berkenaan dan ketua-ketua yang berkuasa dan bertanggungjawab.
Selain itu, MPK juga menggambarkan struktur yang menunjukkan fungsi, aktiviti dan
hirarki dalam sesebuah jabatan supaya semua kakitangan boleh nampak jelas aktiviti-
aktiviti yang dijalankan dan rantaian perintah. Sebagai contoh, carta organisasi bagi
Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan menunjukkan hirarki organisasi, sektor
bahagian dalam Jabatan dan ketua sektor bahagiannya, dan juga unit-unit di bawah
sesebuah sektor bahagian masing-masing. ( sila rujuk Gambarajah 1.1)
MPK mengandungi juga rangkaian prosedur pengurusan kerja dan pihak-pihak
atau pegawai yang bertanggungjawab bagi setiap aktiviti dan pengurusan secara
ringkas dan jelas. Ini boleh membantu pegawai baru lebih cepat memahami prosedur-
prosedur pengurusan kerja yang telah ditetap lebih cepat, mengelakkan berlaku
kesilapan dan melambatkan masa penyelesaian tugas. Sebagai contoh kita boleh rujuk
Gambarajah 1.1: Carta Organisasi Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
Sumber: http://www.moe.gov.my/jpwpkl/
carta aliran prosedur bagi pejabat pembangunan di bawah Majlis Perbandaran Pulau
Pinang (MPPP). (Gambarajah 1.2)
Gambarajah 1.2: Carta Organisasi Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
Sumber: http://www.mppp.gov.my/home
Manakala, FM ialah dokumen rujukan kepada sesuatu bahagian, unit, jawatan
dan pegawai individu. FM mengandungi peranan yang perlu dilaksanakan serta
mempunyai garis panduan bagi menjalankan tugas. Oleh itu, pegawai-pegawai yang
baru dapat lebih memahami tugas, bidang kuasa, tanggungjawab, dan peranan bagi
seseorang pegawai dalam sesuatu bahagian jabatan supaya mencapai objektif yang
selaras dengan matlamat penubuhan jabatan itu. Sebagai contoh unit kurikulum di
bawah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, fungsi utamanya ialah meningkatkan
prestasi akademik, memantau dan menyelia pengurusan akademik, menyebar
maklumat Kurikulum dan meningkatkan profesionalisme guru. Dan di dalamnya juga
menghuraikan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam setiap fungsi utama unit
tersebut, contoh bagi fungsi meningkatkan prestasi akademik, unit akademik perlu
merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar pendidikan berkaitan akademik
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, merancang, menyelaras
dan mengurus strategi pelaksanaan semua mata pelajaran di peringkat sekolah rendah
dan menengah, merancang, mengurus dan melaksanakan program-program dan
projek-projek khas yang berkaitan dengan peningkatan prestasi akademik, dan
merancang, menyelaras, mengurus dan menganalisis data dan maklumat berkaitan
pelaksanaan program akademik untuk tindakan susulan bagi tujuan penambahbaikan.
Selain daripada itu, FM juga ada menyeranaikan senarai semak, borang yang
berkaitan dengan tugas pegawai, norma kerja dan senarai tugas harian bagi seseorang
pegawai, supaya pegawai diberi peringatan dan semakan ke atas tindakan yang perlu
diambil semasa menjalankan tugas, mengelakkan kecuaian, kelupaan, dan pertindihan
kerja yang membazirkan masa dan tenaga. Dengan secara langsung pegawai-pegawai
lebih mudah mengenali tugas hariannya dan tanggungjawab dengan sedikit tunjuk ajar
daripada pegawai-pegawai yang lebih berpengalaman, dan meningkatkan produktiviti
jabatan.
Kesimpulannya, saya menegaskan lagi MPK dan FM diperkenali adalah untuk
meningkatkan produktiviti jabatan, dan membantu pegawai yang baru dilantik lebih
senang mengendalikan tugas mereka dalam masa yang lebih singkat.
Kesimpulan
Kakitangan awam dan keluarganya memang mendapatkan kebajikan yang
sepenuhnya daripada kerajaan dengan syarat-syarat tertentu, seperti kes yang tersebut
anak kakitangan awam yang memerlukan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di
Kuala Lumpur perlu mendapatkan pengesahan daripada Lembaga Perubatan, jika tidak
dapat di tempatnya berkhidmat. Dengan ada pengesahan itu, pegawai tersebut layak
menuntut elaun perjalanan dan elaun pelbagai yang melayakkannya dan menerima
rawatan secara percuma atau ditanggung oleh kerajaan. Pegawai kerajaan boleh
memohon cuti rehat, (tiada untuk guru); jika tiada lagi cuti rehat, pegawai kerajaan
boleh memohon cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji atas sebab kesihatan ahli
keluarganya dan tidak lebih 30 hari setahun. Tetapi pengambilan cuti separuh gaji atau
cuti tanpa gaji akan menjejaskan prestasi pegawai sendiri dan akan dicatatkan dalam
penyata perkhidmatan pegawai berkenaan.Jika anak pegawai kerajaan masih belajar di
sekolah, anaknya boleh masuk wad kelas 2 secara percuma jika perlu dan kadar
bayaran wad adalah sama untuk pegawai atau ahli keluarganya.
MPK dan FM diperkenalkan demi meningkatkan produktiviti dan keberkesanan
jabatan untuk mencapai objektif penubuhannya. Perbezaan antara MPK dan FM adalah
MPK diwujudkan sebagai dokumen rujukan bagi jabatan untuk meningkatkan
kecekapan, keberkesanan dan produktiviti untuk satu jabatan / pejabat, manakala FM
ialah dokumen rujukan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti
bagi individu, pegawai-pegawai atau satu jawatan untuk mencapai objektif
meningkatkan produktiviti jabatan / pejabat, menerangkan fungsi utama, matlamat,
penubuhan jabatan dan tugas dan tanggungjawab bagi pegawai, menggandungi
rangkai kerja, aliran pengurusan, semakan dan borang yang berkaitan untuk
menjalankan sesuatu aktiviti dan tugas. Akhir sekali, MPK dan FM diperkenali adalah
untuk meningkatkan produktiviti jabatan, dan membantu pegawai yang baru dilantik
lebih senang mengendalikan tugas mereka dalam masa yang lebih singkat.
LIM CHUN JIA
841015-04-5137 (KPLI – BC (SK))
Refleksi Tugasan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) Bil.1/2011 &
Bil.2/2011
Bersyukurlah saya dapat menyempurnakan tugasan KISSM Penilaian Sepanjang
Kursus ini. Sebenarnya saya tidak faham sepenuhnya maklumat-maklumat yang sedia
ada dan yang saya kumpulkan daripada rakan-rakan saya. Oleh itu, saya terpaksa
mengambil banyak masa untuk membacakan maklumat yang berkenaan dan memilih
mana yang sesuai untuk soalan tugasan tersebut. Walaubagaimanapun, tugasan ini
telah memberikan saya satu peluang dan motif untuk membaca dan cuba
memahaminya sepanjang masa ini.
Melalui tugasan ini, saya dapat menimba sedikit sebanyak infomasi tentang
elaun-elaun dalam perkhidmatan bagi seorang kakitangan kerajaan, antaranya ialah
elaun perjalanan, bayaran letak kereta dan tol untuk pegawai semasa menjalankan
tugasan rasmi dalam dan di luar ibu pejabat, elaun harian untuk pegawai kerajaan yang
menjalankan tugasan rasmi yang lebih daripada 8 jam dan kurang daripada 24 jam,
elaun hotel, elaun makan dan pelbagai lagi. Saya juga mengetahui bahawa pegawai
perlu mengisi borang-borang atau baucer tertentu untuk menuntut elaun-elaun
berkenaan serta resit-resit untuk penuntutan. Justeru saya juga membaca dan
memahamkan tentang cuti-cuti yang ada kepada kakitangan kerajaan dan perubatan
yangpercuma kepada kakitangan kerajaan dan keluarga dengan syarat-syarat yang
tertentu.
Apabila menjawab soalan ini, saya rasa susah kerana maklumat-maklumat yang
ada mungkin sukar difahami, jawapan agak luas dan terlalu banyak jawapan boleh dibe
ri, contohnya bahagian A, soalan 1, saya kurang faham tuntutan elaun dalam
perkhidmatan dan syarat-syaratnya. Oleh itu, saya bertanya beberapa orang guru yang
saya kenal supaya mereka memberi sedikit penerangan tentang elaun-elaun dan
merujuk maklumat-maklumat yang ada untuk mencari jawapan sendiri. Bagi bahagian
B, soalan 1, MPK dan FM pula, saya menjawabnya agak senang, kerana saya boleh
faham daripada nota-nota dengan penjelasan yang perinci dan ringkas dan saya juga
boleh memberi contoh-contoh dalam laman web jabatan-jabatan perkhidmatan dan
memberi sedikit sebanyak maklumat yang berguna kepada saya.
Saya berasa gembira dengan hasil kerja saya dan akan mengingati jasa-jasa
baik yang mereka sudi membantu saya menyelesaikan tugasan ini. Kepuasan ini
memang tidak dapat diperolehi melalui wang ringgit. Saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan sekali lagi TERIMA KASIH kepada mereka.
BIBLIOGRAFI
1. (PDF) Perintah Am Bab B, Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan
2. (PPT) Perintah Am Bab B, Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan dan Tuntutan
3. (PDF) Perintah Am Bab C, Cuti
4. (PDF) Perintah Am Bab F, Perubatan
5. (PPT) Perintah Am Bab C, D dan F
6. (PDF) Dasar-Dasar Kerajaan
7. (PDF) PKPA Bil 8/91 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail
Meja (FM)
8. Laman web Jabatan Pendidikan Negeri Johor :
http://www.moe.gov.my/jpnjohor/v5/spa.php?bhs=bm&id=003
9. Laman web Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia :
http://portal.jpj.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=34&Itemid=11&lang=ms
10.Bertanya Cikgu Lim Chun Fei, Cikgu Fang Way Ting, Cikgu Tan Siow Mei untuk
memberi sedikit penerangan tentang Perintah Am.