tingkatan satu,urutan dan pola nombor

17
Trends and Issues in Education for Mathematical Sciences SME3023 Aktiviti Interaktif Tingkatan 1 Bab 2 Urutan dan Pola Nombor SEM 2 2011/2012 NAME MATRIC NO LEANDER JAMES D20091035061 AHMAD RAZIN B. AB KADIR D20091034981 1

Upload: ahmad-razin

Post on 27-Jun-2015

4.330 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tingkatan satu,urutan dan pola nombor

Trends and Issues in Education

for Mathematical Sciences

SME3023

Aktiviti Interaktif

Tingkatan 1

Bab 2 Urutan dan Pola Nombor

SEM 2 2011/2012

NAME MATRIC NO

LEANDER JAMES D20091035061

AHMAD RAZIN B. AB KADIR D20091034981

LECTURER’S NAME : PROF. DR. MARZITA PUTEH

1

Page 2: Tingkatan satu,urutan dan pola nombor

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3

2.0 Aktiviti Interaktif 4 - 5

3.0 Rancangan Pengajaran Harian 6 - 12

4.0 Penutup 13

2

Page 3: Tingkatan satu,urutan dan pola nombor

1.0 Pengenalan

Perkataan interaktif adalah berasaskan kepada perkataan interaksi dan aktif. Menurut Teuku Iskandar (1993) Interaksi membawa makna tindakan

atau perhubungan aktif antara satu sama lain. Manakala aktif pula membawa maksud cergas atau giat( bekerja dan brusaha). Oleh itu

pembelajaran interaktif merupakan pross pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa membina hubungan antara guru dengan pelajar dan antara

pelajar dengan pelajar. Mereka saling berusaha dengan cergas dalam bilik darjah berasaskan bahan pengajaran yang disediakan oleh guru.

Menurut Isma Ismail (2003), satu lagi aspek penting dalam pendidikan kognitif ialah berhujah. Iaitu pelajar tahu fakta, faham fakta

berkenaan, berupaya mensahihkan fakta itu dan kemudian berupaya menyampai pemikirannya seperti mempertahankan fakta dengan bahasa yang

kemasatau tidak kasar. Objektif pmbelajaran interaktif adalah untuk menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif yang mengutamakan kepada

proses komunikasi dan pembentukan personaliti pelajar, agar mreka rasa yakin terhadap potensi diri dan mampu ntuk berhujah didepan kelas

berasaskan pemikiran yang kritis dan kreatif. Menurut Browns dan Keller (1979) kualiti perhubungan merupakan faktor penting kepada kejayaan

atau keburukan sesuatu interaksi.

3

Page 4: Tingkatan satu,urutan dan pola nombor

2.0 Aktiviti Interaktif

Ilmu Matematik merupakan satu ilmu yang sangat indah sehinggakan flora dan fauna mempunyai hubungan yang sangat ketara

dengan Matematik. Contohnya corak-corak yang terdapat pada bunga, bentuk-bentuk siput dan daun pada tumbuh-tumbuhan

mempunyai kaitan dengan ilmu Matematik. Pusaran yang terdapat pada siput sebenarnya mempunyai kaitan dalam Bab dua Tingkatan

Satu iaitu Urutan dan Polar Nombor.

Dalam bab dua tingkatan satu ini iaitu Urutan dan Pola Nombor, para pelajar akan diajar mengenal dan melanjutkan urutan dan

pola nombor yang berbentuk dengan membilang secara menaik dan secara menurun dalam selang pelbagai saiz. Begitu juga dengan

corak yang ada pada siput, corak tersebut terhasil daripada Urutan bentuk yang pelbagai sehingga siput tersebut mempunyai bentuk

yang unik dan indah.

Bagi mengukuhkan lagi pemahaman pelajar tentang konsep Urutan dan Pola Nombor ini, kami sebagai guru telah membuat

satu aktiviti permainan yang melibatkan urutan dan pola nombor agar pelajar lebih faham konsep urutan dan pola nombor ini.

Aktiviti yang kami akan laksanakan ialah pelajar akan disuruh membentuk segi tiga, segi empat, pentagon, heksagon dan

heptagon dengan menggunakan batang mancis. Setelah pelajar selesai membentuk bentuk-bentuk tersebut, para pelajar akan diminta

mengira bilangan batang mancis yang digunakan untuk membentuk bentuk-bentuk tersebut.

4

Page 5: Tingkatan satu,urutan dan pola nombor

Akhir sekali, pelajar diminta mengenalpasti urutan dan pola nombor sehingga terbentuknya polygon itu. Contohnya, lihat

gambar rajah dibawah.

Urutan nombor 3, 5, 7,… menunjukkan bahawa senarai nombor ini diperoleh dengan menambah 2 kepada nombor sebelumnya.

Senarai nombor ini disebut sebagai senarai nombor berpola atau urutan nombor.

5

Page 6: Tingkatan satu,urutan dan pola nombor

4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Hari :

Masa :

Tarikh :

Tingkatan : 1 Digital

Jumlah Pelajar : / 27

Topik : Bab 2 Urutan Dan Pola Nombor

Sub Topik : Bab 2.1 Nombor Berpola

Objektif pembelajaran : Para pelajar akan diajar mengenal dan melanjutkan urutan dan pola nombor yang berbentuk

dengan membilang cara menaik dan secara menurun dalam selang pelbagai saiz

Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan mampu :

i. Para pelajar mampu menerangkan serta mengenal pola bagi satu urutan nombor yang

diberi.

Pengalaman sedia ada : Nombor bulat.

Kaedah mengajar : Kaedah perbincangan, kerja berkumpulan, penerangan,berpusatkan guru,berpusatkan pelajar.

Strategi mengajar : Menggunakan bahan batang mancis

6

Page 7: Tingkatan satu,urutan dan pola nombor

Bahan bantu mengajar : Batang mancis

KBKK : Membuat perkaitan dan menjana idea.

Penerapan nilai : Keyakinan diri, kerjasama, mengambil perhatian.

7

Page 8: Tingkatan satu,urutan dan pola nombor

Langkah /

Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Penerapan

Nilai/KBKK/Strategi/

kaedah/BBMPeranan Guru Peranan Pelajar

Langkah 1

Set Induksi

( 15 Minit )

Konsep nombor berpola

Senarai nombor yang

mempunyai pola

tertentu disebut urutan

nombor.

Contohnya :

3, 5, 7, 9,…

4, 7, 10,13,…

Senarai nombor ini

disebut senarai

nombor berpola atau

urutan nombor

Guru menerangkan kepada

pelajar tentang konsep

nombor berpola

Guru memberikan

beberapa contoh

nombor berpola

kepada pelajar.

Pelajar memberikan

sepenuh perhatian semasa

guru menerangkan konsep

nombor berpola

Penerapan nilai :

mengambil perhatian

KBKK :

Menjana idea,

membuat perkaitan.

Kaedah:

berpusatkan guru

8

Page 9: Tingkatan satu,urutan dan pola nombor

Langkah 2

Perkembangan

Pengajaran

( 30 minit )

Aktiviti Nombor berpola :

Contohnya,

3,5,7,… merupakan contoh nombor berpola

Guru akan membuat satu

aktiviti yang berkaitan tentang

Nombor Berpola.

Guru mengedarkan

batang mancis kepada

setiap kumpulan

Guru meminta setiap

kumpulan menyusun

batang mancis

tersebut agar

membentuk beberapa

poligon.

Kumpulan 1

membentuk bentuk

segi tiga

Kumpulan 2

membentuk segi

empat

Kumpulan 3

membentuk

pentagon.

Setiap pelajar mengambil

bahagian terhadap aktiviti

yang dilakukan

Setiap ahli

kumpulan

bekerjasama

membentuk segi

tiga, segi empat,

pentagon, heksagon

dan heptagon

Setelah selesai, ahli

kumpulan mengira

bilangan batang

mancis yang

digunakan untuk

membina bilangan

polygon mengikut

urutan tersebut.

Pelajar mengaitkan

aktiviti yang

dilakukan dengan

Bahan Bantu Mengajar :

Batang mancis

Penerapan nilai :

kerjasama

KBKK:

Menjana idea,

membuat perkaitan.

Kaedah:

berpusatkan pelajar

belajar berkumpulan

perbincangan

9

Page 10: Tingkatan satu,urutan dan pola nombor

Kumpulan 4

membentuk

heksagon

Kumpulan 5

membentuk heptagon

Setelah selesai, guru

meminta setiap

kumpulan mengira

bilangan batang

mancis yang

diperlukan untuk

membentuk setiap

bilangan polygon

tersebut mengikut

urutan.

Guru meminta setiap

kumpulan mengaitkan

pelajaran hari ini

dengan aktiviti yang

dijalankan

nombor berpola.

10

Page 11: Tingkatan satu,urutan dan pola nombor

guru menerangkan bahawa

setiap bilangan batang mancis

yang diperlukan dalam

membentuk bilangan poligon

mengikut urutan tersebut ialah

nombor berpola

Langkah 5

Penutup

( 5 minit )

Ringkasan Pelajaran

konsep nombor

berpola

Guru meminta semua pelajar

membuat refleksi apa yang

dipelajari hari ini

Guru menerangkan semula

secara ringkas tentang

pembelajaran hari ini

Lampiran 1

Pelajar membuat refleksi

tentang apa yang dipelajari

Penerapan Nilai :

Mengambil perhatian

KBKK :

Menjana idea,

Kaedah:

Perbincangan

11

Page 12: Tingkatan satu,urutan dan pola nombor

Lampiran 1

12

Urutan dan Pola Nombor

Satu senarai nombor yang mengikut pola tertentu.

Contoh:

3,5,7,9,... 4,7,10,13,…

Urutan Nombor

Page 13: Tingkatan satu,urutan dan pola nombor

4.0 Penutup

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ilmu matematik ini sangat meluas sehingga banyak aktiviti yang boleh kita laksanakan bagi

menyeronokan lagi proses pengajaran dan pembelajaran kita selain daripada meningkatkan lagi kefahaman pelajar. Contohnya aktiviti

yang telah dilaksanakan iaitu membentuk poligon dengan menggunakan batang mancis.

Melalui aktiviti yang dilaksanakan ini, pelajar bukan sahaja memahami konsep urutan dan pola nombor tersebut dengan lebih

mendalam tetapi pada masa yang sama mereka bertukar fikiran untuk membentuk poligon tersebut sehingga satu urutan terbentuk

hasil daripada susunan batang mancis.

Selain daripada itu, pelajar dapat mengaitkan ilmu matematik tersebut dengan suasana alam sekeliling dimana sesuatu bentuk

terbentuk hasil daripada urutan serta pola nombor. Diharapkan agar terlaksananya aktiviti ini, para pelajar menghargai nilai matematik

tersebut dan dapat mengaplikasinya dalam kehiduan seharian.

13