terengganu complete.docx

31
SEKOLAH menengah kebangsaan RANTAU SEJARAH AHLI KUMPULAN RISHALENI A/P RAJAN DARVINA A/P PALANY RAJEE A/P PRASATH SRI LETCHUMY A/P MURUGAYA KELAS : a!"ha NAMA GURU : PUAN NOHIDAH b#n$# sa#% INDEX

Upload: jeevaraman

Post on 02-Nov-2015

249 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH menengah kebangsaan RANTAU

SEJARAH

AHLI KUMPULAN

RISHALENI A/P RAJAN DARVINA A/P PALANY RAJEE A/P PRASATH SRI LETCHUMY A/P MURUGAYA

KELAS : 1 alpha NAMA GURU : PUAN NOHIDAH binti said

INDEX

1.1 Asal Usul1.2 Lagu Kebangsaan1.3 Keistimewaan dan Keunikan1.4 Kerajaan Awal1.5 Sejarah Terengganu1.6 Jata Kebesaran1.7 Bendera Negeri Terengganu 1.8 Sejarah Menteri Besar Terengganu1.9 Kesultanan Terengganu2.0 Peta

1.1 Asal usul nama Negeri Terengganu

Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan "Terangnya ganu", "Taring anu",dan "Terangan nu". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu dan juga dari penduduk Terengganu sendiri. "Terangnya ganu" ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan "Terang sungguh ganu di sini". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya".

Sementara itu "Taring anu" dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar (1839 1876). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang telah datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat, salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan "Taring anu" kerana ia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, di antara mereka di dalam rombongan ini dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di "Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.Terdapat dua kisah asal nama Terengganu yang melibatkan penduduk tempatan. pertamanya kisah "Taring anu" yang berlaku di tempat lain (bukan di hulu). Kisah ini menyatakan yang "Taring anu" berasal daripada sebatang taring sebesar gading gajah dijumpai di sebuah pulau kini dikenali sebagai Pulau Duyung berhampiran Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan kepada raja "taring anu tuanku". Dengan itu kuala sungai itu disebut sebagai Kuala Sungai Taring anu. Kemudiannya Kuala Sungai Terengganu. Sebuah kitab lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Kuala Sungai Terengan ini adalah pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulangalik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan samada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana? Mereka akan menjawab sama ada ke " Terangan ni " atau " Terengan nu". Dengan itu lama kelamaan muncullah Terengganu.

1.2 Lagu Kebangsaan

Allah daulatkan Tuanku SultanTerengganu Darul ImanAllah peliharakan Tuanku SultanSejahtera sepanjang zamanAllah rahmatkan Tuanku SultanMemerintah rakyat aman

1.3 Keistimewaan dan Keunikan Negeri Terangganu

Sebagai antara negeri terawal menerima pengaruh Islam seperti yang dibuktikan melalui penemuanBatu Bersurat, Terengganu mempunyai beberapa masjid yang kini sudah tua, berseni dan bersejarah.

Salah sebuah masjid berkenaan ialahMasjid Hiliranyang terletak di Jalan Hiliran,Terengganu.Masjid Hiliranmerupakan masjid pertama yang menjadi sekolah Arab di negeri ini.

Berdasarkan catatan sejarah,Masjid Hilirantelah wujud di antara zaman Sultan Terengganu pertama dari salasilah Johor iaituSultan Zainal Abidin I (7108-1733),Sultan Mansur I (1733-1794)danSultan Zainal Abidin II (1794-1808).

Antara keunikan yang terdapat di sini ialah kewujudan sebuah perigi yang dikenali sebagai Telaga Mandi Gajah Putih yang dipercayai dibina semasa pemerintahanSultan Zainal Abidin III (1881-1918).Menurut cerita lisan penduduk setempat, telaga itu dibina menggunakan putih telur, madu lebah, pasir, kapur tohor dan batu-bata.Alkisah, pembinaan telaga itu bertujuan untuk memandikan gajah putih kepunyaanSultan Zainal Abidin IIIyang dihadiahkan oleh Raja Siam,Raja Chulalongkornsebagai tanda persahabatan sempena lawatan baginda dan para pembesar negeri ke Siam.

Telaga bersejarah itu kini dikelilingi benteng konkrit dan pada dindingnya diletakkan sebuah tempayan yang digunakan sebagai tempat gajah menyedut air untuk dijiruskan ke badannya.Hasil daripada kajian, Kampung Hiliran yang menjadi tapakMasjid Hiliranpada zaman dahulu diberi nama tersebut kerana di kawasan itu terdapat satu aliran sungai yang bertemu dengan hilir Sungai Terengganu.Pada zaman dahulu, aliran sungai yang dikenali sebagai Sungai Sri Nilam adalah sungai yang besar dan menjadi laluan utama peniaga dari kampung berhampiran menuju ke Pasar Besar Kedai Payang di kuala Sungai Terengganu.

Sungai Sri Nilamketika itu luas dan dalam sehingga perahu besar (kapal tradisional Terengganu) dapat berlabuh bahkan Kampung Hiliran juga dijadikan tempat persinggahan untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan.Namun,sekarang semua itu sudah berakhir dan kini tinggal hanya satu aliran sungai yang menyerupai aliran parit.

Masjid Hilirantelah menempa sejarah dalam pendidikan Islam terawal di negeri Terengganu. Sebagai orang islam khasnya muslimin menjadi tanggungjawab kita untuk mengumarahkan rumah yang mulia ini.Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha melakukan amal ibadat di rumah yang sangat mulia ini agar hidup kita sentiasa mendapat keredoanNya.

1.3.1 Gua Bewah

Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu kira-kira 578 meter dari aras laut, terdapatnya sebuah gua batu kapur yang mempunyai berbagai keistimewaan dan keunikan dari segi bentuk semulajadi yang wujud di dalam gua ini. Antaranya ialahbentuk burung unta dan lembaga manusia yang sedang sujud.Namun, di sebalik keistimewaan itu, tersingkap sejarah bahawa gua yang dikenali sebagai Gua Bewah ini adalah penempatan manusia di zaman Mesolitik dan Neolitik

Bewah bermaksud aktiviti kenduri-kendara . Terdapat beberapa gua batu kapur yang lain di sini seperti Gua Taat dan Gua Batu Tok Bidan.Gua Bewah juga dikenali sebagai Gua Tahi Kelawar . Najis burung kelawar menghasilkan tanah yang sangat subur khususnya di sekitar sepanjang tangga dari pelantar Bewah hingga ke pintu masuk gua dan kaya dengan tumbuhan keladi besar dan cili padi.Dalam usaha untuk memperkenalkan gua ini, Tanjung Bewah telah dibangunkan sebagai tapak perkhemahan yang lengkap. Tandas, pondok wakaf dan barbeque telah dibina bagi memudahkan pelawat Gua ini juga turut dikenali dikalangan pemancing yang datang untuk memancing di Tasik Kenyir.

Gua Bewah juga dilengkapi dengan sistem solar untuk menyalurkan kuasa elektrik bagi pencahayaan lampu di dalam gua berkenaan bagi kemudahan pengunjung yang berkunjung ke situ.

Di samping itu, kerajaan negeri membina laluan untuk memudahkan pergerakan pengunjung dan pengunjung juga boleh membawa lampu suluh kerana tidak semua kawasan di dalam gua berkenaan dilengkapi dengan lampu.

1.3.2 Artifak Di Gua Bewah

Pada 10 hingga 24 Julai 1976, Jabatan Muzium dan Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu telah melakukan ekskavasi bagi menyingkap kewujudan zaman prasejarah di sini.Artifak yang ditemui termasuklah rangka manusia, serpihan tembikar, kapak batu dan sisa makanan iaitu sisa tulang haiwan dan cengkerang-cengkerang siput sedut yang dipotong pada segmen ketiga.Titisan air menghasilkan pelbagai bentuk dan saiz formasi stalaktit dan stalakmit seperti burung unta dan lembaga manusia. Terdapat spesies endemik lipas ekor biru dan lumut hijau berkilauan.

Pada Mei 1956, arkeologis British, R.O.D. None yang bertugas di Muzium Perak pernah mengkaji gua itu dan menemui beberapa artifak penting zaman Neolitik termasuk kapak batu, kendi dan mangkuk tanah.

Arkeologis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu menemui rangka manusia yang dipercayai dari zaman Mesolitik berusia 8,000 hingga 11,000 tahun.Lebih 600 artifak seperti rangka manusia, tulang binatang, sisa makanan dan tembikar dipercayai berusia melebihi 10,000 tahun telah ditemui sepanjang pencarian ini dijalankan.

Artifak yang dijumpai ini akan dianalisis bagi mengetahui sama ada ia datang dari zaman Mesolitik atau Neolitik. Dari segi sejarah, penemuan artifak di Gua Bewah itu penting bagi memudahkan muzium mengetahui susur galur penduduk Terengganu.

1.3.3 Batu Bersurat Terengganu

Batu Bersurat Terengganuyang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakanbatu bersuratyang mempunyai ukiran yang paling tua dantulisan Jawipertama ditemui diMalaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai keTerengganusebelum1326atau1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat diKuala Berang,Hulu Terengganupada tahun 1899.

1.4 Kerajaan Awal Terengganu

1. Sejarah Terengganuyang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenaiTerengganuoleh saudagarCina, Chao Ju Kua pada tahun1225yang menyebut sebagai jajahan taklukPalembang.1. "Negarakartagama", tulisan Prapanca dariJawapada tahun1365, menyatakan bahawa Terengganu,PakadanDungundi bawah taklukanMajapahit. Berdasarkan buktiarkeologisepertikapak batudantembikaryang dijumpai di Gunung Bewah, terdapatmanusiatinggal di situ sejak4000 SM. PadaBatu Bersurat Terengganuterdapat pula catatan namaRaja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernamaMegat Panji Alamdan jugaTun Telanai.1. Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaanJohor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor,Laksamanadan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya,BendaharaHasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagaisultandi Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.1. Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialahSultan Zainal Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang Saujana" ialahputeraTun Habib Abdul Majid. Mengikut bukuTuhfat al-Nafis, karanganRaja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas perintahSultan Sulaiman Badrul Alam ShahJohor. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang (Raja Perempuan Mas Cayam), RajaPattani.1. Mengikut hikayat Johor sertaPahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar1688. Ketika berada diPattani, Tun Zainal Abidin dijadikananak angkatoleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang.1. Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun1708. Ini berdasarkanduit kupang emasTerengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal Abidin I tidak lama bersemanyam diTanjung Baru,Kuala Berang, berpindah keKota Batang Mahang, keLanggardan kePulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga,Kuala Terengganudan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (kini dipanggilKota Lama).1. Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaranSultan Mansur Ipada tahun1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun1794. Pada tahun1739, Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (17461760) daripada masa pemerintahannya diRiau, terlibat dalam persaingan di antara orangMelayudengan orangBugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalampolitikKelantanmembantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun1776.

1. Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (17941808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.

1. Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun1831mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.

1. Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (18761881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (18811918). Ketika pemerintahan baginda,Britishbeberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (19181920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (19201942).

1. walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad,16 Disember1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun1949dengan gelaran "Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke6 dari21 September1965hingga20 September1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu.1. Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun1979, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaranSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada15 Mei1998diSingapura. Dengan itu,takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda,Sultan Mizan Zainal Abidin .

1.5 Sejarah Negeri TerengganuMenurut cerita yang dikatakan dapat didengar daripada Marhum Baginda (Sultan Umar, Sultan Terengganu yang ke sembilan memerintah 1839-1875, kononnya pada zaman dahulukala sebelum negeri ini dikenali dengan Terengganu, ada suatu rombongan dari negeri Pahang mengembara di sebelah Ulu Terengganu kerana memburu. Apabila angkatan itu sampai ke sungai Terengganu Mati, seorang daripadanya ada berjumpa sebatang taring, kata seorang di antara mereka; "Taring apakah?, jawab seorang lain " Taring anu" kerana tidak ingat hendak menyebut namanya, dan kisah perbualan antara mereka habis begitu sahaja. Selang beberapa hari kemudian, kumpulan itu ada berjumpa pula dengan seekor rusa dandapat dibunuhnya.

Apabila orang-orang yang berjumpa rusa itu membawa balik perburuannya ke tempat perhentian mereka, maka bertanyalah masing-masing "di manakan dapat rusa itu? Jawab mereka yang berburu " di tempat taring anu". Ada pula di antara kumpulan itu berjumpa kayu gaharu, apabila ditanya; jawabnya di tepi sungai taring anu", lama kelamaan lekatlah dipanggil nama"Terengganu". Penulis ada juga mendengar cerita-cerita lain menyebabkan dinamakan "Terengganu". Seumpama cerita yang menyatakan asalnya daripada "Terang-nya-ganu"dan "terangnya anu" dan ada pula cerita yang menyatakan menurut kata orang tua-tua, pada zaman dahulukala, pada suatu masa, ada kelihatan"cahaya kilat yang memancar, di kaki langit" kejadian itu berlaku pada suatu malam kononya ramai orang duduk di tepi pantai di negeri Kelantan, kerana hendak memerhatikan cahaya kilat yang amat terang benderang di angkasa langit berhadapan dengan mereka disertai dengan bunyi yang terlalu dahsyat sebagai petir membelah bukit, sinar cahayanya terang-benderang itu sampai ke Kuala Terengganu, oleh kerana hendak memperingati had sempadan terangnya cahaya yang ganjil itu maka dinamakan tempat itu "Terang Ganu" kemudian manakala sudah menjadi negeri, dinamakan negeri itu "Negeri Terengganu" (terang hingga ke sana). Sama ada cerita ini benar atau tidak, belumlah dapat penyusun mengesah-kannya.

Menurut cerita yang dikemukakan oleh Dato' Kamal Wangsa Jafar bin Mampak seperti berikut pula: "Ada satu taring yang besar tidak sampai gading gajah tetapi lebih besar dari taring-taring binatang liar yang didapati di sebuah pulau yang berhampiran dengan kuala sungai iaitu Pulau Duyong.Kerana berlainan sangat rupa taring itu, maka ketua pulau itu pun menyembahkan taring tersebut kepada Raja. Apabila Raja bertanyakan taring apa itu, dengan tergesa-gesa mereka menyembahkan "Taring anu Tuanku". Oleh kerana pulau itu di seberang sungai Terengganu yang berhampiran dengan kualanya, maka sungai itu pun dipanggil orang sungai "Taring Anu" hingga orang-orangnya pergi ke hulu sungai pun memanggilnya sungai Taring Anu.Satu cerita lagi mengatakan pada satu masa dahulu, satu rombangan dari Kelantan ada belayar sampai di Kuala Sungai Taring Anu (Kuala Terengganu). Sesampainya mereka di waktu petang, hari pun sangat redup dan gelap serta hujan renyai-renyai. Kebetulan di waktu itu ada cahaya terang di awan-awan langit dipanggil orang " Ular Mayang" orang Kelantan kata "Pelangi".Mereka pun bertanya : Di sini orang panggil apa? Jawab orang negeri ini: "Kami panggil ganu". Kata mereka:"terang sungguh ganu di sini". Apabila mereka itu balik ke Kelantan, mereka pun bercerita "Negeri jiran kita bukan main terang ganu di sana serta diterangnya erti ganu itu.Suatu kemungkinan mengenai nama Terengganu terbit dari nama sungai "Terengan timbulnya pendapat ini, setelah penulis dan rombongan Persatuan Sejarah Cawangan Terengganu, membuat lawatan ke kawasan itu pada 5 hingga 11haribulan. Julai 1975 serta memerhati keadaan di sekelilingnya dan letak pecahan sungai itu.Muara sungai Terengan berpecah dua, sebelah kanan mudik menghala ke sungai Kerabat dan di sebelah kirinya Kuala Terengan dan sungai Terengganu. Terengan pada masa dahulu telah menjadi sebuah kampong di Ulu Terengganu, jaraknya dari Kuala Terengganu Mati lebih kurang 24 km atau 40 km dari Kuala Berang mengikut sungai.Oleh kerana keadaan pecahan anak sungai sedemikian kemungkinan pada zaman dahulu orang ada bertanya dengan soalan ini: hendak ke mana? Ke Terengannu (sana) atau ke Terenganni (ini) bererti ke sungai Terengan atau ke sungai Kerbat.Ataupun terbit dari sebutan panggilan atau pertanyaan dari penduduk-penduduk asli yang datang atau mengembara dari sebelah jalan Ulu Pahang atau Ulu kelantan yang sampai ke pecahan Ulu Sungai Terengan itu, lalu mereka pun bertanya : Ke mana hendak pergi atau hendak tuju? Ke Terengan ni atau ke Terengannu.Adalah dikatakan menurut pendapat ahli-ahli kajibumi yang melawat ke sebelah Ulu Terengganu, bahawa di bahagian Ulu itu asalnya boleh dikatakan laut atau sungai besar dengan berpandukan kepada kesan-kesan dan tanda-tanda yang dijumpai, maka haruslah keadaan itu kembali masanya beribu-ribu tahun dahulu.Peta Semenanjung Tanah Melayu yang dibuat oleh Ptolemy (seorang ahli Kaji Bintang dan Ilmu Alam Greek yang terkenal, hidup dalam kurun kedua sebelum Masehi, lahir di negeri Mesir. P) yang dipercayai diperbuat di Iskandariah ada menunjukkan dua buah pelabuhan di Pantai Timur yang dinamakan "Perimula" dan "Kole" Maka pelabuhan "Perimula itu dipercayai ialah "Kuala Sungai Terengganu" dan pelabuhan "Kole" ialah "Kemaman". Ada juga ahli sejarah yang berpendapat, pada zaman dahulu, Negeri Terengganu ini dikenali dengan nama "Tanah Merah".Menurut cacatan sejarah, ada pelawat-pelawat Cina pada masa dahulu memberi nama Terengganu dengan "TING CHIA HSIA LU" (Teng Ka Ha Lo di dalam bahasa Hokkein) dan TING KA HA LOU"dalam bahasa Kantonis. Dalam peta Wu Pei Chih, yang diperbuat di antara tahun 1511M, dan 1601M, berdasarkan kepada kenyataan yang diambil daripada pelayaran Cheng Ho ke Tanah Melayu di kurun Masehi yang kelima belas ada menunjukkan Pulau Tinggol dan beberapa buah pulau di negeri Terengganu dan Kelantan.Di dalam peta yang diperbuat oleh Linschoten tahun 1623M, Negeri Terengganu disebut "Perengenaok". Peta ini ada menunjukkan nama capas (Pulau Kapas), Pulau Redang dan beberapa pulau yang bernama Fancian yang letaknya di tempat Pulau Perhentian sekarang. Meskipun Linschoten ada menunjukkan Calntao (Kelantan) dan Patani (Petani), Padram (Batu Pahat) Muar, tetapi tidak ada dimasukkannya Pahang atau Johor.Di dalam syair jawa yang bernama"Negarakertagama" yang dikarang dalam tahun 1365 oleh Prapancha seorang sami ugama Buddha di Majapahit ada menyebutkan nama beberapa buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang tertakluk kepada Majapahit, di antaranya ialah Terengganu, Dungun dan Paka (kedua-dua yang akhir ini ialah daerah dalam Terengganu). Pengarang sejarah China yang bernama Chao Ju Kua yang menulis di dalam tahun 1225M ada menyebut nama Terengganu dengan Tong Ya Nong dan Kai Lan Tan (kelantan) sebagai dua buah pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung di bawah pemerintahan Seri Vijaya Palembang.Pelliott seorang ahli sejarah yang menulis dalam tahun 1904M ada menyebut beberapa nama di dalam bahasa Cina yang diambil daripada buku Cina itu nama Tin Ko Nou,Ting Kia Lou dan Ting Ko Lo, nama-nama bagi Negeri Terengganu. Kemungkinan boleh berlaku juga, Terengganu itu diambil asalnya dari perkataan"Terenggani" dari bahasa Tamil bererti 'Tanah Berbukit', dan nama itu diberi oleh pelawat India yang mungkin sampai di Terengganu pada zaman dahulu kala ,kerana dilihatnya negeri ini di sepanjang pantainya dari laut banyak berbukit.Batu bersurat yang dijumpai di kampong Buloh, Kuala Berang, kira-kira tahun 1887M menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah "Terenkanu" dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H(1891M) ejaannya "Terkanu".Maka di antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis TERIANGGANO. Bilakah Terengganu digelar "Darul-Iman" tidaklah dapat penyusun menentukan dengan sah, tetapi semasa pemerintahan Sultan Umar( Marhum Baginda 1893-1879) ada dikatakan gelarannya "Darus-Salam".

1.6 Jata KebesaranJata atau Lambang Kebesaran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman yang ada sekarang telah diwujudkan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III hasil ciptaan beberapa orang pembesar di negeri ini. Menurut cerita, orang yang melukis Jata tersebut ialah Encik Mohamad bin Abdul Rahim iaitu saudara kepada Dato' Nara Wangsa (Dato' Mata-Mata) dan hasil ciptaannya telah disahkan dalam Majlis Mesyuarat Jumaah Negeri bagi kegunaan rasmi pada tahun 1932.

1. Bulan Bintang menunjukkan Negeri Islam.2. Mahkota menandakan Pemerintahan Diraja.3. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula Merupakan Alat Kebesaran Negeri.4. Al-Quran di sebelah kanannya melambangkan Agama Islam, agama rasmi Negeri.5. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan Keadilan.6. Wali / Selampai menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.

Semua alat-alat ini dilingkungi oleh garisan bulat dan di dalamnya ada tertulis huruf Melayu sebanyak tiga patah perkataan dengan huruf Melayu yang bercerai-cerai hurufnya iaitu "Jawatan Kerajaan Terengganu". Pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, satu lagi alat kebesaran iaitu cokmar telah ditambah dan perkataan "Jawatan Kerajaan" dihapuskan manakala perkataan "Terengganu" dikekalkan.

1.7 Bendera1.7.1 Bendera Negeri :

KETERANGAN Latar belakang berwarna Putih maksudnya D.Y.M.M Sultan. Ia melingkungi Tanah Hitam yang bermakna Rakyat. Oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak Bulan dan Bintang tanda Agama Islam, agama Negeri.1.7.2 Bendera Daerah :

KUALA TERENGGANUMelambangkan Ibu Negeri Terengganu dan Bandar Di Raja dan Daerah Utama negeri ini

MARANGMelambangkan pemulihan penyatuan rakyat

KEMAMANMelambangkan bahawa warna ini memberi kekuatan yang berkaitan dengan pertumbuhan industri yang berasaskan petroleum dan gas

SETIUMelambangkan pengemblingan tenaga rakyat untuk pembangunan penempatan

HULU TERENGGANUMelambangkan keberanian dan kesungguhan bekerja

BESUTMelambangkan pembangunan tanah dan insrastruktur teknologi tenaga

DUNGUNMelambangkan bahawa ianya memberi hasil dari perusahaan perikanan dan perusahaan pelancongan yang terkenal dengan Penyu Belimbing1.8 Sejarah Menteri Besar Terengganu

Y.A.B . Dato' Seri Amar Di Raja(Haji Ngah Muhammad bin Yusof, MBE)dari 21.04.1925 - 28.06.1940

Y.B.M. Tengku Seri Setia Raja(Tengku Omar bin Othman, OBE)dari 15.07.1940 - 9.12.1941

Y.A.B Dato' Jaya Perkasa(Encik Da Omar bin Mahmud, CMG, MBE)dari 10.12.1941 - 01.12.1947

Y.B.M. Tengku Panglima Perang(Tengku Muhamad bin Al-Marhum Sultan Ahmad (Pahang), MBE)dari 17.12.1945 - 26.12.1949

Y.A.B. Dato' Perdana Menteri Di Raja Dato' Seri Setia Di Raja(Haji Kamaruddin bin Haji Idris, PPT., MBE,.MCS.)dari 27.12.1949 - 31.05.1957

Y.A.B. Encik Daud bin Abdul Samaddari 29.06.1959 - 08.11.1961

Y.A.B. Tan Sri Dato' Ibrahim Fikri bin Mohamad PMN,. SPMT,. PPT,.dari 09.11.1961 - 30.09.1970

Y.A.B Dato' Mahmood bin Sulaiman DPMT.dari 01.10.1970 - 04.09.1971

Y.A.B Dato' Haji Nik Hassan bin Haji Wan Abdul Rahman SPMT,. PSD,. KMN,.dari 05.09.1971 - 31.08.1974

Y.A.B Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, SSMT,. PSM,. SPMT,. DA,. DPMJ,. KMN,. JP,. PJK,.dari 01.09.1974 - 29.11.1999

Y.A.B. Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awangdari 30.11.1999 - 21.03.2004

Y.A.B Dato' Seri Idris bin Jusohdari 22.03.2004 - 22.03.2008

Y.A.B Dato' Ahmad bin Saiddari 23.03.2008 - sekarang

1.9 Kesultanan Terengganu1. 1708-1733:Sultan Zainal Abidin Ibni Tun Habib Abdul Majid1. 1733-1794:Sultan Mansur I1. 17941808: Sultan Zainal Abidin Shah II, Putera Sultan Mansur I1. 18081830: Sultan Ahmad Muazzam Shah I, Putera Sultan Zainal II1. 1830: Sultan Abdul Rahman Shah, Putera Sultan Zainal II1. 18301831: Sultan Daud, Putera Sultan Ahmad I1. 18311837: Sultan Mansur Riayat Shah II, Putera Sultan Zainal II1. 18371839: Sultan Muhammad Muazzam Shah I, Putera Sultan Mansur II1. 18391876: Baginda Omar1. 18761881: Sultan Ahmad Muazzam Shah II1. 18811918: Sultan Zainal Abidin Shah III, putera Sultan Ahmad II1. 19181920: Sultan Muhammad Muazzam Shah II, Putera Sultan Zainal III1. 19201942: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah1. 1942-1945: Sultan Ali, putera Sultan Sulaiman1. 1945-1979: Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Putera Sultan Zainal III1. 1979-1998: Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah1. 1998-2024: Sultan Mizan Zainal Abidin

2.0 Peta Negeri Terengganu

Puisi Sejarah

Peradaban telah terbunuhAyah bunda sejarah telah menjadi kutukan bagi anak-anaknyaTertebaslah phon dari akarnyaTertebaslah kita dari kenangan.Teks-teks lama telah ditinggalkanMenjelmalah wajah coreng morengTak jelas siapa dirinya.Menjadi anak yatim piatu sejarah peradaban Terputus dari masa silam.Mencari jalan ke masa depan.