teori adler

48
1 SARJANA MUDA KAUNSELING FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA SESI 2006/2007 SEMESTER 1 PPEC 3140 KAUNSELING KETAGIHAN DAN PEMULIHAN TEORI ADLER PENSYARAH: PUAN HAMIDAH BINTI SULAMAN

Upload: poksan

Post on 23-Jun-2015

3.194 views

Category:

Documents


28 download

TRANSCRIPT

Page 1: teori adler

1

SARJANA MUDA KAUNSELINGFAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI MALAYA

SESI 2006/2007SEMESTER 1

PPEC 3140KAUNSELING KETAGIHAN

DAN PEMULIHANTEORI ADLER

PENSYARAH: PUAN HAMIDAH BINTI SULAMAN

Page 2: teori adler

2

Ahli-ahli Kumpulan

1)Chia Pooi Yee PEC0300152)Gaithri Balakrishnamurty PEC0300243)Hanani Osman PEC0300264)Jaslina Shaik Othman PEC0300315)Khairana M.Kasim PEC0301016)Norazinie Muhamad PEC0300597)Parameswaran Nair PEC0300778)Siti Rokiah Alias PEC0300829)Tan Siao Wei PEC03008610)Yusliza Yaakub PEC030098

Page 3: teori adler

3

Pengenalan

Alfred Adler~Dilahirkan di Vienna pada thn 1870.~Anak ketiga drpd 6 orang adik-beradik.~Zaman kanak-kanaknya penuh dengan kesedihan. Hampir maut semasa usia 4 thn akibat pneumonia.~Hubungan Adler lebih rapat dengan bapa berbanding ibunya.

Menurut Adler:~Manusia mempunyai kebebasan untk membentuk persekitaran & tidak dikawal oleh desakan alam bawah sedar. ~Manusia adalah unik dan berusaha mencapai kesempurnaan, berpotansi untuk mengikut kecenderungan masyarakat. Di samping dipengaruhi oleh pengalaman semasa kanak-kanak, turutan kelahiran, interaksi dengan ibu bapa.

Page 4: teori adler

4

Elemen teori Adler

Bertumpuan kepada hubungan antara sesama adik beradik. Apabila seseorang dalam sesebuah keluarga merasakan bahawa adik beradik lain mempunyai kelebihan daripadanya, akan merasa diri serba kekurangan.

Manusia mempunyai minat sosial yang penting untuk diberi perhatian oleh seorang kaunselor untuk mencipta suasana kaunseling yang bertindak balas daripada individu sekeliling.

Menurut Adler minat sosial seseorang klien dipengaruhi oleh kedudukan dalam keluarganya dan ia adalah satu perkara penting untuk mencapai empati dalam sesi kaunseling.

Memberi penekanan kepada pandangan individu secara subjektif terhadap dunianya dan juga sokongan kepada nilai etnik & persepsi yang wujud dalam persekitarannya.

Page 5: teori adler

5

Kaunselor Adler pula menekankan tingkah laku kliennya, samada yang bersifat pengarahan, kebergantungan, kedudukan dalam susunan kelahirannya, mimpi siang dan mimpi malamnya, dan juga tingkah laku yang tidak elok semasa di zaman kanak-kanak. Kesemua ini membantu mencari perasaan rendah diri yang menggambarkan corak hidupnya.

Kaunselor yang menggunakan pendekatan teori ini menekankan kepada matlamat- matlamat dan cara hidup yang membolehkan kaunselor memahami penglibatan secara dinamik dalam tingkah laku kanak-kanak dalam masyarakatnya, samada keluarganya mahupun rakannya.

Page 6: teori adler

6

4 jenis kefahaman klien yang salah di dalam teori ini

1. Kehendak mendapatkan perhatian Seseorang itu akan membuat sesuatu utk menarik perhatian orang di

sekeliling walaupun tindakan tersebut tidak wajar dilakukan.

2. Kehendak mendapatkan kuasaKuasa bermakna seseorang itu mempunyai pengaruh yang kuat ke atas orang lain. Namun kuasa ini merujuk kpd cara seseorang mencapai kepuasan diri tanpa mementingkan pandangan orang lain terhadapnya.

3. Kehendak meluahkan dendam~Seseorang individu mungkin menyimpan dendam bagi mencapai matlamatnya. Namun begitu mangsa peluahan rasa dendam biasanya tiada kaitan dengan dendam tersebut. ~Dendam ini berpunca dari rasa tidak puas hati sesama adik beradik yang blh mendatangkan kekusutan pemikiran & emosi yang tidak sihat.

4. Wujudnya rasa serba kekuranganAkibat kekurangan ini menimbulkan perasaan yang merosakkan dirinya di samping wujudnya kebimbangan kepada individu lain. Klien merasa terasing akibat tidak diberi perhatian dan juga tidak dihargai.

Page 7: teori adler

7

MATLAMAT TERAPI ADLER

Meroka matmalat yang salah pada diri klien tersebut.

Mengenalpasti segala andaian salah yang wujud dalam pemikiran tidak rasional klien.

Memberikan galakan & peneguhan kendiri kpd klien supaya memupuk keyakinan diri.

Mewujudkan perasaan klien yang lebih rasional dan dapat menikmati hidupnya setaraf dengan orang lain / masyarakat di sekeliling.

Menggalakkan klien agar lebih merasa bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri.

Menggalakkan klien agar sentiasa berfikir positif terhadap dirinya sendiri.

Page 8: teori adler

8

MATLAMAT TERAPI ADLER

Terapi Alderian menggunakan Teknik-teknik Ingatan Awalan.

~ Dari ingatan-ingatan awal, kaunselor dapat menyelami matlamat klien serta perkara-perkara & nilai yang memberangsangkan klien.

~ Teknik dalam proses perhubungan dalam terapi ini memberi fokus kepada perhubungan kolaboratif antara kaunselor dan klien.

Page 9: teori adler

9

CONTOH KES

Nama : Ramli bin Hussin (Anak bongsu)Umur : 22 tahunBapa : Dato’ Fikri Bin Hussin

60 tahun, seorang perokok & bekas penagih arak.

Bekas Wakil Rakyat dan Bekas ExcoIbu Kandung : Manisah

Telah bercerai dengan bapa ketika penama berusia 5 tahun. Hilangkan diri.

Ibu Tiri :Datin Naemah bt Rashid, bekas Wakil Rakyat.Status Adik-Beradik :Seramai 7 orang (5 lelaki & 2 perempuan).Penama anak bongsu dan masih di bawah tanggungan keluarga.Yang lain sudah berumahtangga dan ada kehidupan sendiri.Ada seorang adik lelaki kepunyaan ibu tiri .

Page 10: teori adler

10

Ramli

Anak bongsuIbu bapa berceraiIbu hilangkan diri------rasa maluKecacatan warna kulit -------rasa rendah diriDiabai oleh bapa dan abang kakaknya yang sibuk Sikap bapa keras dan auditorianBapa suka bandingkan pencapaian Ramli dengan adik lainHanya sayang akan anak ibu tiri yang baru lahirKebebasan tanpa kawalanMengalami sosialisasi luaran negatifTakut menghadapi masyarakatBapa rasa malu atas penagihan Ramli dan enggan terimanya sebagai anakSaudara rasa sangsi dan tidak membantu RamliRamli hampa atas sikap keluarganya lalu menagih semula

Page 11: teori adler

11

MASALAH UTAMA KLIEN Perasaan Inferiority

Kecacatan kulit- merasakan rupa diri menakutkan orang lain. Malu, perasaan takut berhadapan dgn masyarakat,tidak mampu kawal diri, kurang kemahiran mengatasi tekanan perasaan.

Parental StyleNeglecting~Bapa dan ibu tiri tdk menunjukkan kasih sayang. Tambahan pula tidak mendapat kasih sayang ibu kandung sejak kecil.~Kesannya, tidak mempunyai kebolehan untuk membina hubungan yang rapat dengan orang lain dan mempunyai perasaan bahawa tiada seorangpun mengambil berat terhadap dirinya.

Page 12: teori adler

12

Rejecting~Bapa, ibu kandung & ibu tiri telah menanggap klien sebagai beban akibat daripada penceraian. Ini menyebabkan klien melihat diri sebagai dipinggirkan dan tidak bernilai. Ini menunjukkan tidak wujud sense of belonging dlm diri klien.

Menurut Adler, tinglahlaku “addictive” menunjukkan perasaan Inferiority, seperti malu, suka bersendirian, terlalu sensatif, anxiety, depression. Perasaan Inferiority, mengawal kehidupan mantal dan boleh dikenalpasti dgn jelas ia adalah disbbkan oleh ketidaklengkapan Incompleteness dan Unfulfillment.

• Kaunselor perlu mengenalpasti perasaan Inferiority dan memandu klien ke jalan penyelesaian yang berkesan.

Page 13: teori adler

13

Striving for significance

Klien menggunakan usaha ilusi / kepercayaan palsu dgn mengambil dadah untuk mengatasi perasaan Inferiority. Sepatutnya klien perlu berusaha ke arah usaha yang tulen untuk mengatasi perasaan Inferioritynya.

Kaunselor bekerjasama dgn klien untuk mengatasi perasaan Inferiority dgn usaha yang tulen:

~Kaunselor konfrontasi “Perbandingan cara penyelesaian, kebaikan dan keburukan mengambil dadah”

~As If- meminta klien membuat bayangan diri dimana klien mengaktifkan diri dalam sesuatu persatuan dn mendapat tumpuan orang ramai atas dedikasinya.

~Meminta klien membuat perbandingan jalan penyelesaian.

Page 14: teori adler

14

Style of life

Menurut Adler, penagih dadah menagih utk melarikan diri drpd tanggung jawab & mahu jalan penyelesaian yang mudah.

Didapati, klien juga menagih untuk mengatasi kebimbangan dn ketakutan yang memburunya. Jadi jalan penyelesian klien adalah klein akan mengambil dadah utk mengatasi perasaan tersebut.

Meminta klien bertanggung jawab ke atas diri sendiri dan membina displin diri.

Page 15: teori adler

15

Private Logic

Kecacatan warna kulit- klien berpendapat ia menakutkan orang lain. Ini menyebabkan klien rasa rendah diri dan malu berhadapan dgn masyarakat. Jadi klien hisap ganja dan dadah untuk atasi perasaan tersebut.

Klien berpendapat bahawa dgn menghisap ganja barulah dirinya diterima oleh kumpulan kawan, menunjukkan diri sebagai seorang yang sudah dewasa , berjaya , hebat , berani dan tidak takut kepada cabaran. Jadi klien terdorong untuk mengambil ganja dan ini menunjukkan klien lari dari realiti. Meminta klien untuk menerima kelebihan dan kekurangan diri dan menyedarkan klien bahawa kecacatannya boleh diatasi.

Page 16: teori adler

16

Social Context

Menurut Adler, konteks sosial membentuk tingkah laku manusia. Konteks sosial meliputi Family Constellation dan juga hubungan dengan orang lain.

Hubungan keluarga dengan klien adalah tidak mesra dan klien tidak mempunyai didikan keluaraga yang sepatutnya. Ini menyebabkan klien lebih banyak menghabiskan masa dgn kawan dan pergaulannya bebas sehingga klien terjebak dalam aktiviti mengambil ganja.

Konfrantasi- “Adakah klien mengambil apa-apa inisiatif untuk mendekatkan diri dgn keluarga klien”?

Page 17: teori adler

17

PERINGKAT-PERINGKAT KAUNSELING

FASA 1 - MEMBINA HUBUNGAN

FASA 2

1) MENDEFINISI/MENGENALPASTI MASALAH

2) MENGANALISIS MASALAH

3) MENEROKA ALTERNATIF/PERANCANGAN

4) PELAKSANAAN/TINDAKAN

5) PENGORIENTASIAN SEMULA/MENILAI ALTERNATIF DAN MAKLUMBALAS

6) PENAMATAN

Page 18: teori adler

18

FASA 1MEMBINA HUBUNGAN

Kaunselor cuba mendekatkan diri dengan klien dengan mewujudkan suasana yang selesa, mesra dan kepercayaan dalam diri klien.

- Reppor

Contonnya: Bertanya khabar klien

Page 19: teori adler

19

FASA 21)MENDEFINISI/MENGENALPASTI MASALAH

Teroka: Perasaan, motif, kepercayaan & matlamat.

Tujuan: Memahami gaya hidup klien dalam kehidupannya.

Gaya hidup: Pekerjaan, masyarakat-minat sosial dan kasih sayang.

Kes:

1) Kurang kasih sayang

2) Rasa rendah diri

3) Kurang perhatian

4) Kurang kemahiran atasi masalah

Page 20: teori adler

20

2) MENGANALISIS MASALAH

Kemahiran: Cabaran, Sokong, konfrantasi & kemukakan soalan-soalan terbuka

Tujuan: menggalakkan celik akal klien

1) Tingkahlaku tidak sesuai - Memberontak

2) Matlamat yang tidak kena

- Tidak mempunyai jati diri yang kuat.

- Mengatasi perasaan dengan mengambil dadah.

3) Gaya hidup yang tidak wajar- Budaya Hippih, merokok, pengaulan bebas, mengambil ganja, Herion, Morfin, meniru gaya barat.

Page 21: teori adler

21

3) MENEROKA ALTERNATIF

Kaunselor mengkonfrantasi klien tentang agama Islam tetapi klien mengemalkan hidup barat.

Kaunselor mencabar keupayaan klien yang mengatakan dirinya kekurangan sedangkan dia juga mempunyai kelebihan.

Kaunselor memberi sokongan dengan membawa perubahan positif kepada klien dengan:~meneroka peluang-peluang apabila meneruskan pelajaran & berhenti menjadi penagih ~cuba sama-sama memikirkan jalan mencari ibunya yang telah terpisah.

Kaunselor mencabar klien berhenti menagih dadah kerana klien pernah berfikir cara untuk berhenti menagih dadah.

Kaunselor & klien cuba berbanding cara-cara untuk berhenti menagih dadah berpandukan alternatif yang boleh dilaksanakan oleh klien.

Page 22: teori adler

22

4) PELAKSANAAN/TINDAKAN

Tindakan klien:

Komited untuk berubah

Sanggup melakukan sesuatu untuk mengubah diri – menyelesaikan masalah berdasarkan celik akal.

Bergantung kepada diri klien sama ada mahu berubah atau tidak.

Page 23: teori adler

23

5) MENILAI ALTERNATIF/PENGORIENTASIAAN SEMULA & MAKLUMBALAS

Tindakan yang dilaksanakan dinilai dari semasa ke semasa melalui sesi susulan sehingga mencapai:

- Matlamat, tingkahlaku & gaya hidup yang sesuai. Berhenti menagih dadah & meneruskan pengajian sebagaimana pelajar lain serta cuba mencari ibu yang lama terpisah.

Page 24: teori adler

24

PENAMATAN

Pencapaian dirumuskan.

Matlamat yang tidak tercapai dikenalpasti puncanya.

Klien diminta untuk merumuskan apa yang dilaluinya dan kaunselor buat rumusan.

Klien buat keputusan / merasa dirinya telah dapat menyelesaikan masalah-masalah berlaku.

Page 25: teori adler

25

Aplikasi: terapeutik teknik dan prosedur

Kaunseling Adlerian dibentuk berasaskan 4 fasa dalam proses terapeutik.

~Fasa-fasa ini tidak linear & tidak berkembang scr rigid tetapi ia adalah sesuatu yang berkait.

Fasa-fasanya adalah:-Mewujudkan hubungan terapeutik yang sepatutnyaMenjelajah dinamik psikologi yang ada pada klien (suatu penilaian)Mendorong perkembangan (self understanding)Membantu klien membuat pilihan yang baru (orientasi semula dan pendidikan semula)

Page 26: teori adler

26

Fasa 1 : Mewujudkan hubungan (Establishing the

Relationship)

Bekerjasama dengan klien dan perhubungan adalah berasakan kasih sayang, penglibatan & persahabatan.

Mengutamakan 'person-to-person contact' dengan klien daripada memulakan dengan masalah (the problem).

Sekiranya klien yakin bahawa orang memberi perhatian, maka klien lebih senang untuk memfokus dalam terapi & seterusnya dapat mencapai matlamat.

Page 27: teori adler

27

Fasa 2 : Meneroka Dinamik Individu

Kaunselor akan mendengar dan mencari 'clues' untuk melihat cara klien menghadapi & menilai kehidupannya.

mengekstrak corak dlm hidup klien, membentuk hipotesis ttg apa yg sesuai untuk klien & menentukan apakah yang merisaukan klien dalam hidupnya.

Adler mengatakan bahawa penilaian cara hidup bermula dengan menyoalselidik tentang patern keluarga dan sejarah awal zaman kanak-kanak.

Kaunselor juga menginterpretasi ingatan awal klien untuk memahami klien secara menyeluruh dalam proses perkembangan dari zaman kanak-kanak dalam aspek sosial.

Page 28: teori adler

28

Fasa 3 : Mendorong pemahaman diri & celik akal (self understanding)

Adlerian percaya bahawa kesemua yang ada dalam kehidupan manusia adalah kerana sebabnya tersendiri.

Adlerian menganggap celik akal adalah sejenis kesedaran yang istimewa untuk memudahkan suatu pemahaman yang bermakna dalam suatu hubungan terapeutik dan bertindak sebagai asas bagi perubahan.

Pendedahan dan interpretasi yang tepat pada masa yang sesuai merupakan teknik yang memudahkan proses untuk meperoleh celik akal.

Pendedahan dan interpretasi ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang hala tuju hidup, tujuan dan matlamat dalam hidup, logik peribadi sesorang dan bagaimana ia berfungsi dan kelakuan kini seseorang.

Page 29: teori adler

29

Fasa 4 :

Membantu dalam Orientasi Semula Fasa ini memfokus dlm membantu klien untuk menemui alternatif yg baru & lebih baik.

Klien didorong & dicabar untuk mengembangkan keberanian utk ambil lebih banyak risiko & melakukan perubahan dlm hidup.

Selalunya seseorang hanya perlu diorientasikan kepada bahagian hidup yang berguna. ~Bahagian hidup yang berguna:perasaan disayangi & dinilai, berminat terhadap kebajikan orang lain, keberanian, diterima walaupun ada kekurangan, yakin, periang, keinginan untuk menyumbang & beramah mesra. ~Bahagian yang tidak berguna:penyerapan diri (self absorption), penarikan diri drpd tugasan hidup, melindungi diri-sendiri / bertindak menentang orang lain. (individu akan menjadi kurang peranannya & lebih cenderung kepada psychopathology.)

Page 30: teori adler

30

doronganProsedur Adlerian yang paling penting & merupakan sentral bagi semua fasa kaunseling dan terapi.(amat penting bagi seseorang yang ingin perubahan dalam hidup.)

Adlerian menggunakan setiap peluang yang diberi oleh klien untuk memberi dorongan.

Sebahagian drpd proses dorongan, Adlerian menggunakan pelbagai teknik kognitif, teknik kelakuan dan teknik pengalaman untuk membantu klien supaya mengenalpasti dan mencabar kognisi yang melemahkan diri (self-defeating cognitions) menghasilkan persepsi alternatif & menggunakan aset, kekuatan dan sumber.

Page 31: teori adler

31

Dalam fasa hubungan, dorongan terhasil drpd sikap hormat-menghormati antara satu sama lain yang cuba diutamakan oleh kaunselor.

Dalam penilaian fasa yang sebahagiannya direka untuk mempertingkatkan kekuatan seseorang, klien didorong untuk mempertingkatkan kekuatan diri sendiri & mengenalpasti bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan mampu membuat pilihan berbeza berdasarkan pemahaman baru.

Semasa orientasi semula, dorongan berlaku apabila kemungkinan baru terbentuk dan orang diiktiraf kerana mengambil langkah positif untuk mengubah hidup untuk kebaikan.

Page 32: teori adler

32

Perubahan & pencarian untuk kemungkinan yang baru.

Semasa fasa orientasi semula, klien membuat keputusan & mengubah matlamat.

Mereka didorong untuk berlakon seolah-olah mereka adalah orang yang mereka ingin jadi, di mana boleh mencabar tanggapan tentang had kemampuan mereka.

Klien & kaunselor meneliti alternatif yang mungkin dan akibatnya, menilai bagaimana alternatif -alternatif ini dapat mencapai matlamat klien, dan memutuskan seuatu tindakan yang spesifik.

Alternatif dan kemungkinan baru yang terbaik adalah yang dibina oleh klien itu sendiri dan kaunselor seharusnya memberi sokongan dan dorongan dalam proses ini.

Page 33: teori adler

33

Membuat Perubahan

Kaunselor Alderian cuba untuk membuat perbezaan dalam hidup klien.Perbezaan tersebut mungkin boleh merangkumi perubahan dari segi persepsi atau kelakuan.

Page 34: teori adler

34

Teknik psiko-teraputik (Psychotherapeutic Techniques)

Teknik & Strategi untuk membantu klien:Menyatakan semula : menyatakan semula penyataan klien untuk menunjukkan pemahaman

restating : Restating the client’s words to form clarity and convey understanding.

Refleksi : menyatakan semula penyataan klien untuk memberi maksud yang lebih mendalam mengenai perasaan yang terpendam.

Reflection: Restating the client’s words to give deeper meaning regarding the underlying feeling.

Tekaan, gerak hati, hipotesis : membuat penyataan untuk menjelaskan apa yang berlaku.

Guesses, Hunches, Hypotheses: Making statements to explain what is happening.

Penyoalan : untuk mendapat pemahaman yang lebih jelas dan merangka semula simptom yang ada kepada klien.Questioning: To get a better understanding but also reframe the symptoms for the client.

Page 35: teori adler

35

Interpretasi : tekaan, gerak hati, dan hipotesis ke satu tahap yang lebih tinggi. Fokus ke atas persoalan “kenapa” tingkah laku itu berlaku.Interpretation: Takes guesses, hunches and hypotheses one step further. Focuses on the “whys” of behavior.

Tingkah laku nonverbal : membawa tingkah laku nonverbal klien kepada pemerhatian klien dan membuat interpretasi. Nonverbal Behavior: Adlerians bring the client’s nonverbal behavior to the attention of the client and interpret it.

Here and now : fokus kepada apa yang berlaku disini dan pada masa sekarang. Immediacy : fokus on here and now.

Perancangan aktif : mencadangkan alternatif untuk dinilai untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi.Active Wondering: Proposes an alternative to the presenting problem.

Konfrontasi : konfront perkara percanggahan antara apa yang dikatakan dan apa yang klien buat. Confrontation: Pointing out discrepancies between what the client says and what the client does.

Page 36: teori adler

36

Niat paradox : meletakkan klien dalam situasi dimana klien berasa serba salah atas atas tingkah laku negatifnya. Paradoxical Intention: Asking the client to amplify target behavior to show the client how ridiculous it is.

Mewujudkan imej : meminta klien untuk membayangkan situasi dimana beliau berada dalam situasi yang membahayakan. Creating Images: Asks the client to imagine a ridiculous scene as he or she enters into a threatening situation.

Soalan yang penting : jika masalah penagihan dadah saudara hilang sekarang juga, bagaimana ia akan membawa perubahan kepada saudara?Asking “The Question”: “If your problem were to disappear overnight, how would things be different?”

Catching Oneself : klien digalak untuk mengenal-pasti dengan sendiri perlakuan yang tidak rasional.Having the client catch himself or herself when engaging in irrational behavior.

Acting As If : klien melakonkan watak yang klien rasa mustahil.Acting out a role that the client thought impossible.

Page 37: teori adler

37

Spitting in the Soup: mengurangkan perasaan leganya apabila mengmbil dadah dengan menunjukkan kepada klien motif sebenar atau tujuan tingkah laku. Spoiling the game of the client.

Dorongan : meningkatkan kesedaran diri. Tunjukkan kepada klien bahawa beliau tidak bermasalah, hanya tidak mendapat dorongan yang sepatutnya. Memfokus kepada kemampuan klien, penilaian dalaman, usaha dan peningkatan serta sumbangannya adalah lebih daripada pencapaiannya. Encouragement: Promotes client self-awareness. Client’s aren’t sick but only discouraged.

Menggembirakan seseorang : klien disuruh untuk bersemuka dgn masyarakat & buat sesuatu yang baik kepada seseorang. Ini membantu klien berasa yakin untuk bersemuka dengan masyarakat.Pleasing Someone: Helps put the client back into society. The client is instructed to go out and do something nice for someone else.

Teknik menekan butang – klien digalakkan untuk membayangkan situasi yang menyenangkan & melihat bagaimana perasaannya. Kemudian, ia harus membayangkan situasi yg tidak menyenangkan & nilai perasaannya. Teknik ini adalah untuk menunjukkan bahawa klien dapat mengawal perasaannya melalui pemikirannya dan perasaan.

Page 38: teori adler

38

Role-Play : klien dapat merasai pengalaman yang tidak pernah dialami & boleh mencuba kelakuan barunya dan gaya hidup yang baru ini di hadapan kaunselor dgn berani.

Natural Consequences : Akibat / pengalaman peristiwa akan mengajar klien tentang tanggungjawab dgn membiarkan klien melalui pengalaman tersebut di dalam persekitaran yang mempunyai suasana kepercayaan dan hormat.

Logical Consequences : Akibat logical drpd pengalaman mengajar klien keperluan utk mematuhi peraturan & undang-undang demi kebajikan dirinya dan di dalam persekitaran yang mempunyai suasana kepercayaan dan hormat.

Terapi kelompok : Setting kelompok adalah lebih efektif dalam memberi sokongan kepada klien. Ahli kelompok yang melalui masalah yang sama boleh memainkan peranan sebagai pengganti adik-beradik / ibubapa. Ini akan memberi kebaikan bersama kerana ahli kelompok juga akan turut mendapat celik akal serta akan rasa dihargai kerana ia turut menyumbang dalam perkembangan ahli kelompok yang lain.

Page 39: teori adler

39

Kaunselor Kenalpasti Kehendak Klien

Kecacatan Fizikal KlienKaunselor- Konfrantasi “Ada kemungkinan tak sekirannya awak berjumpa dgn pakar kulit awak akan dapat mengatasi masalah kulit?” “Apa yang saya dengar tadi awak berpeluang utk melanjutkan pelajaran ke IPT, bukan kah ini menunjukkan anda seorang yg berkebolehan?”

Klienmengharapkan tumpuan dr keluarga & masyarakat.KaunselorPeneguhan positif – Kelebihan diri klienToken ekonomi - Pengucapan sprt Syabas, Tahniah.

Page 40: teori adler

40

Klien Dinamik keluarga

Kaunselor Art Therapy, lukisan Family Tree minta klien gambarkan kedudukan klien dlm keluarga dan minta penjelasan drpd klien.

Kaunselor sbg pentafsirDrpd lukisan klien, kaunselor dapati bhw klien rasa dirinya tdk dihargai dlm keluarga. “Apa yg saya dengar tadi anda rasa bhw diri anda tdk diterima dlm keluarga? Sepi sejenak….Apa yang awak fikirkan sebentar tadi?”…peluahan perasaan klien

Teknik Kerusi KosongPeluahan Perasaan oleh klien

Page 41: teori adler

41

Dialog antara klien dengan kaunselor

Page 42: teori adler

42

Contoh Dialog : Kaunselor : Selamat sejahtera, silakan duduk.

Bagaimana hari ni? Klien : Selamat sejahtera. Saya ok-ok je. Kaunselor : Baiklah, En Ramli.Apa yang ingin En

Ramli kongsikan dengan saya hari ini? Silakan.

Klien : Em..er..boleh ke saya cakap ni… Kaunselor : (senyum dengan yakin) Jangan risau,

segala apa yang diceritakan akan saya rahsiakan. Apa isu yang En Ramli nak kongsikan?

Klien : Em..sebenarnya..saya telah lama mengambil dadah.Tapi…tak tahu

macam mana nak hentikannya

Fasal 1 : Membina Hubungan

Page 43: teori adler

43

Contoh Dialog:Kaunselor : Cuba Ramli ingat kembali

peristiwa yang paling awal yang buat Ramli tak dapat lupakan.

Klien : Sejak umur saya 5 tahun, ibu bercerai dengan ayah. Saya dibesarkan di bawah jagaan ibu tiri yang busuk hati. Ayah pula langsung tak pedulikan saya, asyik cari kesalahan saya sahaja.Tapi dengan anak barunya semua betul, semua baik. Apa – apa yang saya suarakan selalu aje tak betul. Ini seolah-olah saya tak punya sesiapa dan hidup berdikari sendirian.

Fasa 2 : Meneroka dinamik individu

Page 44: teori adler

44

Contoh Dialog:Klien : saya seringkali tidak dapat bersama kawan-

kawan kerana kurang kemahiran dalam mengatasi tekanan perasaan, saya sering merasa rendah diri, malu dan sebagainya.

Kaunselor : Tidakkah Ramli sedar setiap manusia mempunyai keunikan yang tersendiri. Setiap manusia ada kekurangan dan kebolehannya sendiri. Cuba Ramli

fikirkan apa pencapaian terbaik yang pernah Ramli capai sepanjang dalam hidup Ramli.

Klien : (Termenung).Oh ya, walau pun keadaan fizikal saya tidak sempurna seperti orang lain tapi saya berjaya melanjutkan pelajaran ke Uitm dan mendapat top ten di sekolah saya bagi pencapaian terbaik.

Fasa 3 : Mendorong pemahaman diri dan celik akal

Page 45: teori adler

45

Contoh Dialog:Klien : saya sebenarnya ingin tinggalkan najis dadah ni tapi

tabiat ini tak dapat saya kikis sebab sebelum ni saya memang hidup dengan dadah. Sebelum pergi kelas atau buat apa sahaja saya perlu mengambil dadah, boleh dikatakan sebelum apa sahaja aktiviti yang akan saya lakukan saya perlukannya.

Kuanselor : Di sini saya lihat Ramli ada kekuatan untuk berubah. Ada kemungkinan tak Ramli mencari inisiatif lain untuk meneruskan kehidupan tanpa dadah?

Klien : Mungkin saya boleh mengisi masa-masa yang ada dengan perkara lain seperti berolah raga, menghabiskan masa dengan kawan-kawan yan baik, mungkin saya juga boleh menyertai persatuan kebajikan, dengan ini boleh membantu saya mengurangkan tekanan dalam diri dan meluaskan pergaulan saya dengan oran lain

Fasa 4 : Membantu dalam orientasi semula

Page 46: teori adler

46

Limitasi teori adler

Toeri ini menganggap diri klien sebagai locus untuk berubah dan bertanggungjawab. Andaian ini mungkin susah diterima oleh klien yang mempunyai budaya yang berbeza.

Klien mungkin berasa marah dan diancam akibat kaunselor meneroka isu-isu seperti ingatan & pengalaman zaman kanak-kanak, hubungan dengan keluarga

Kadangkala interpretasi sukar dilakukan, terutamanya tentang mimpi.

Teori ini berkesan terhadap klien yang berintelligent & highly verbal, tetapi mungkin mengabaikan klien yang tidak mencapai kategori ini.

Masa yang diperlukan agak panjang.

Page 47: teori adler

47

kesimpulan

Kebebasan kreatif yang dipelopori oleh Adler memerlukan kepelbagaian strategi yang sesuai dengan keunikan setiap klien.

Apabila klien belajar perkara baru / cuba kelakuan baru yang dipelajarinya, kaunselor boleh memberi sokongan, galakkan serta maklum balas yang bakal diterimanya dalam kehidupan sebenar. (sama dengan peranan yang dimainkan oleh ibubapa apabila melihat kanak-kanak mencuba-cuba peranan dan situasi yang baru dalam proses membesar)

Klien harus dilayan dengan lembut dan pada masa yang sama harus diberi cabaran yang boleh meningkatkan keyakinan.

Page 48: teori adler

48

Sumber rujukan

Azlina Abu Bakar @ Mohd. (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Gerald Corey. (2001). Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy, 6th ed. USA: Brooks/ Cole, Thomson Learning.

Ivey, A. E., D’Andrea, M., Ivey, M. B. and Morgan, L. S. (2002). Theories of counseling and psychotherapy: A multicultural perspective, 5th ed. Boston, MA.: Allyn & Bacon.

James, R. K. & Gilliland, B. E. (2003). Theories and strategies in counseling and psychotherapy, 5th ed. Boston, MA: Allyn & Bacon.

Kottler, J. A. (2002). Theories in counseling and therapy: An experiential approach. Boston, MA: Allyn & Bacon.

Schuckit, M.A (2001) Drug and Alcohol Abuse: A clinical guide to Disgnosis and treament. 5th ed. Kluwer Academic Publishers.