tajuk 7 susur galur perkembangan tatabahasa melayu.pptx
DESCRIPTION
sekadar perkongsianTRANSCRIPT
Susur Galur Perkembangan Penulisan Tatabahasa
Bahasa Melayu
Disediakan oleh :Farahaini Nadia – Naeiranie – Norhayati – Nur Aniyah – Nur
Syafiza
Peringkat Perkembangan Tatabahasa MelayuTatabahasa FormalTatabahasa DeskriptifTatabahasa NotionalTatabahasa PreskriptifTatabahasa Bebas KonteksTatabahasa Fungsional
Peringkat Perkembangan Tatabahasa Melayu
Karya awal Nahu-nahu Melayu:
• Bustanul Katibin (BK) (1857) oleh
Raja Ali Haji.
• Pemimpin Johor (1878) oleh
Muhammad Ibrahim Munsyi
• Kitab Permulaan Pertuturan
Melayu (KPPM) (1911) oleh
Abdullah bin Abd.Rahman
• Senjuh Suratan (SS) (1922) oleh
Mohd Shah bin Yusof
• Kitab Pelita Mengarang (KPM)
(1925) oleh O.T. Dussek dan Mohd
Hashim binHj. Talib
• Kitab Punca Bahasa (KPB) (1928)
oleh Abdullah bin Talib
• Rencana Melayu (RM) (1928) oleh Raja
Hj. Mohd Tahir bin Mursyid Riau
• Ilmu Mengarang Melayu (IMM) (1934)
oleh Za‟ba•
• Kitab Penanggam Bahasa (PB) (1936)
oleh Ibrahim bin Hj. Salam
• Kitab Permulaan Mengarang (PM)
(1936) oleh Syed Muhammad bin
Othman
• Jalan Bahasa Melayu (JBM) (1937)
oleh Dato‟ Hj. Muhammad Said bin
Sulaiman•
• Penokok dan Penambah dalam
Bahasa Melayu
• (PDM) (1939) oleh Dato‟ Hj.
Muhammad Said bin Sulaiman
• Pelita Bahasa Melayu (PBM) (1940)
oleh Za‟ba
Bidang Yang Dicakupi Sejak Tahun 1900–1940
Nota: / - menunjukkan adanya bidang-bidang tertentu.* - disentuh secara sepintas lalu ketika membincangkan aspek-aspek lain.
Golongan Kata• Berdasarkan penahu-penahu di atas, terdapat beberapa aspek
golongan kata yang telah dibincangkan secara spesifik atau sepintas lalu melalui pendekatan atau kaedah yang berbeza. Penelitian golongan kata adalah berdasarkan intuisi penahu dalam memerikan bahasa Melayu. Antara penggolongan kata yang dibahagikan ialah:
• BK - nama (isim), perbuatan(fiil) dan harf (partikel)• KPPM - nama, perbuatan dan diwal• SS - nama, keadaan nama dan perbuatan• KPB - nama, ganti nama, sifat, perbuatan, kelakuan, faham
kata,penyambut kata seruan• JBM - nama, ganti nama, perbuatan, rupa nama, rupa kata,
sendinama, sendi kata, seruan dan ibu kata• PB - nama, perbuatan dan diwal kata• PBM - nama & ganti nama, perbuatan, sifat, sendi, seruan
• Diwal kata merupakan golongan kata lain yang bukan dari golongan nama dan perbuatan (kerja). Diwal sinonim dengan kata tugas untuk istilah moden. Antara diwal yang ditemui ialah:
a) Tambahan perbuatan (kata bantu& kata perintah)b) Penetap tutur, pandu. Sumpah(kata sendi nama)c) Penempat tutur ( kata arah, katawaktu)d) Janji kata (kata hubung syarat)e) Penyambung kata, cadangan,perubahan (kata hubung)f) Penguat kata (kata penguat)g) Istifham (kata tanya)h) Pengecualian kata (kata nafi,kata sangkal)i) Seruan, hairan, tengking, herdik(kata seru)j) Menyahut (kata pembenar)k) Menjawab, menafikan (kata nafi)l) Tempelak (kata penegas)m) Perakam (kata pangkal ayat)
Istilah Kata
• Untuk istilah, kita merujuk kepada golongan dan subgolongan kata. Maksudnya di sini perbezaan istilah yang digunakan pada ketika dahulu dengan istilah moden. Antara istilah yang didapati bersesuaian dengan padanannya adalah seperti berikut:
Pengimbuhan
• Untuk proses pengimbuhan, kesemua penahu dirumus membincangkan aspek-aspek seperti sedemikian:
• Huraian dan penjenisan• Cara pengejaan• Fungsi imbuhan• Peristilahan yang digunakan
Sintaksis
• Pada bahagian sintaksis, secara umumnya aspek yang ditekan ialah:
• Definisi ayat• Binaan ayat (percantuman kata,
penyambung kata dan penunjuk kata)• Jenis ayat : Bagi jenis ayat, istilah yang
digunakan juga berbeza dengan istilah moden.
• Rumusannya, setiap buku tatabahasa pada zaman
tradisional meliputi aspek-aspek yang merangkumi satu
sistem lengkap tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis.
Malah ada juga bidang ejaan, karangan dan aspek gaya
bahasa dimasukkan sekali. Jelaslah pada tahun 1900-
1940 bahasa Melayu sudah berkembang maju seiring
dengan peredaran semasa linguistik. Terdapat beberapa
istilah lama yang pelbagai. Istilah tersebut hendaklah
diselaraskan agar tidak berlaku sebarang kekeliruan
seperti istilah sekarang yang mantap dan jitu.
Penulisan Tatabahasa Melayu
Era Tradisional (1857-1940)
• Karya awal tatabahasa pada era tradisional yang terkenal adalah Bustanul Katibin (1857) dan Pemimpin Johor (1878).
• Karya awal nahu ini boleh dikatakan bermula semenjak zaman Raja Ali Haji.
• Tatabahasa jenis ini adalah beracuan Arab yakni nahu tradisional.
• Namun pada 1940, seorang pendeta Melayu yang terkenal iaitu Za‟ba telah menggemparkan alam Melayu dengan karya agungnya iaitu Pelita Bahasa 1-3 .
• Karya tatabahasa beliau sungguh hebat sehingga menjadi pedoman mengikut acuan para sarjana Melayu yang moden.
Era Moden (1960–2009)
• Karya Tatabahasa Melayu yang moden dapat dilihat setelah para sarjana mengembangkan sayap aliran tersendiri di Malaysia.
• Di Indonesia, karya tersohor yang menjadi rujukan ialah Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia karya Hasan Alwi et. al(2000) manakala di Singapura pula terkenal dengan Nahu Melayu Moden hasilan Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1994)
• Di Malaysia, karya tatabahasa mengikut aliran tersendiri. Misalnya, Asmah Hj. Omar (1993) mengarang Nahu Melayu Mutakhir yang dilihat beraliran struktural manakala Nik Safiah Karim et. al (2008) menghasilkan Tatabahasa Dewan yang beraliran Tranformasi Generatif di mana menjadi pegangan kepada sistem pendidikan rendah, pendidikan tinggi dan IPTA.
• Terdapat satu lagi hasilan yang beraliran Tagmemik iaitu Abdullah Hassan yang mengarang Tatabahasa Dinamika (1994).
• Kesemua penahu mengikut aliran tersendiri kerana mendapat ilmu linguistik mengikut negara-negara yang berlainan semasa memperolehi Ijazah Kedoktoran yang seterusnya menghasilkan tatabahasa di Malaysia.
• Justeru, era moden ini mencambahkan lagi karya tatabahasa Melayu.
Jenis-jenis Tatabahasa
Jenis – jenis Tatabahasa
Formal
Deskriptif
Notional
Preskriptif
Bebas Konteks
Fungsional
Tatabahasa Formal
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
• Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik• Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri
lakuan bahasa• Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya
dalam sistem• Berdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor
ekstralinguistik• Berdasarkan tatabahasa huraian dan deskriptif
Tatabahasa Deskriptif
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
• Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Huraian
• Penghuraian segala kemungkinan dalam sesuatu bahasa
• Kemungkinan yang merangkumi morfologi dan sintaksis
• Kemungkinan itu juga berasaskan ciri-ciri bahasa itu
Tatabahasa Notional
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
• Sesuatu bahasa ditakrifkan berdasarkan makna (semantik) dan rasa
• Ciri bahasa di dunia sudah ada acuannya• Berdasarkan kesejagatan bahasa• Berdasarkan struktur yang ideal• Struktur yang menjadi norma sahaja dianggap
gramatis• Ayat ditakrifkan sebagai deretan ujaran yang
bermakna
Tatabahasa Preskriptif
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
• Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Normatif
• Ciri yang dianggap betul sahaja yang diberikan
• Penggunaan acuan pencarian yang sedia ada
• Penentuan kaedah baku sebagai rujukan atau pedoman
Tatabahasa Bebas Konteks
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
• Jenis Tatabahasa Struktur Frasa (SF)• Rumus Tulis semulanya seperti X ----
> Y• Rumus Tulis semula digunakan
dengan tidak mengira apa-apa konteks X
Tatabahasa Fungsional
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
• Berdasarkan pandangan pragmatik (praktikal)
• Fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial
• Berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia