tahap kesihatan mental di kalangan bakal pesara wajib-edited

Upload: haini269

Post on 17-Jul-2015

161 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

TAHAP KESIHATAN MENTAL DI KALANGAN BAKAL PESARA WAJIB DI PUTRAJAYA

LOG O

PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

PENGHARGAAN Syukur Alhamdulilah kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan saya kesihatan yang baik, masa yang cukup dan kematangan fikiran untuk menyiapkan kajian ini. Setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada penyelia saya, di atas kesudian beliau mengorbankan masa untuk memberi bantuan yang begitu besar, cadangan, bimbingan, teguran dan nasihat yang berguna sepanjang saya menjalankan kajian ini. Tunjuk ajar beliau amat dihargai dan dikenang buat selama lamanya. Begitu juga , selaku pemeriksa kajian ini, telah banyak memberikan informasi sedari awal pemilihan tajuk sehingga penyempurnaan penulisan karya ini.

Terima kasih dan penghargaan juga kepada semua kakitangan Hospital Putrajaya dan Klinik Kesihatan Putrajaya serta responden yang jujur dalam memberikan kerjasama di dalam kajian ini, ketua jabatan yang banyak memberikan idea dan amat memahami, rakan sekerja dan tidak lupa pesakityang banyak memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang tempoh pengajian saya.

Akhir kata, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang tidak dinyatakan di sini yang turut menyumbangkan sesuatu kepada saya di dalam tempoh pengajian dan penyelidikan dijalankan.

ABSTRACT Every year there will be staff who will retire from government service. However not every one will be happy for that moment. Preparation needs to be done prior to retirement. For those who are not ready, retirement will be an added pressure to them. Therefore this research was done to study, the level of mental health of workers who were about to retire in Putrajaya.The objective of this research was to determine the level of mental health amongst them and to study the differences in the level of mental health between the professional group and those from the support group. Another specific objective of this research was to study the different level of mental health according to gender and grades of job.

A total of fifty participants consisting of both professionals and supports staff working in Hospital Putrajaya and Klinik General Health Questionnaires (GHQ-12). Sampling was done through ramdominazation. Data analysis was done using SPSS version 15.0. T-test and paired t-test was done to determine the relationship between gender, type of job and mental health status. The result of this study found that the staff do face a certain level of stress about their up coming retirement. It was found that there was a difference in the level of mental health between gender and type of job. Therefore there was some level of stress faced by public servant who were about to retire. Stress level is an important component in mental health. It is affected by changes in roles, economic status, general health, time management and their roles in the community.

PENDAHULUAN World Health Organization 2005 mendefinisikan bahawa kesihatan mental adalah kesejahteraan individu dimana individu tersebut sedar akan kebolehan, boleh berhadapan dengan tekanan kehidupan seharian,boleh bekerja dengan produktif dan berjaya, serta boleh mengambil bahagian di dalam komuniti. Perbezaan budaya, penilaian yang subjektif dan persaingan dari pelbagai teori itu yang memberi kesan kepada definisi tentang kesihatan mental (WHO 2001).

Seseorang anggota perkhidmatan awam dikehendaki bersara apabila mencapai umur 55 tahun. Namun begitu, anggota anggota yang bersara pada umur 55 tahun boleh di ambil semula untuk berkhidmat atas syarat syarat dan terma terma kontrak. Mereka yang terpilih untuk berkhidmat sedemikian hanyalah mereka yang terbukti kecemerlangan prestasinya dalam bidang bidang yang diperlukan oleh kerajaan.

Tekanan psikologi merupakan satu desakan yang diterima oleh seseorang dan menjadikan impak yang besar dalam kesihatan mental. Tekanan wujud akibat daripada rangsangan dalam diri disebabkan sesuatu perkara, desakan atau jangkaan luaran. Selain itu, tekanan psikologi merupakan satu proses tindakbalas mental, emosi atau tingkahlaku yang terjadi sama ada akibat desakan yang tinggi berterusan atau baru tetapi melebihi keupayaan menananinya (Andreasen 1984).

Jumlah penjawat awam di Malaysia dalam sektor kerajaan pada tahun 2009 adalah seramai 1,243,069 prang (Jabatan Perkhidmatan Awam). Manakala jumlah pesara yang menerima skim pencen adalah seramai 595,000 orang sepertimana yang diberitahu oleh Berita Harian (Anon.2009).

Melalui kajian yang telah dijalankan terhadap pesara didapati bahawa bersara akan menyebabkan perubahan dari segi tekanan psikologi (Hanson dan Wapner 1994), terjadinya krisis identiti di dalam peranan jawatan (Dohrenwend 1974), kejadian dalam hidup yang memerlukan pengubahsuaian (Holmes dan Rahe 1969).

IMPLIKASI KAJIAN Kajian ini di jalankan untuk melihat tahap kesihatan mental bakal pesara di Putrajaya dan ujian saringan kesihatan mental seseorang. Dengan mengetahui tahap kesihatan mental bakal pesara makan intervensi awal Terapi Carakerja dapat dijalankan tehadap bakal pesara ini. Persediaan yang lebih awal akan membuatkan bakal pesara lebih tenang tanpa tekanan untuk menempuh alam persaraan mereka.

PENYATAAN MASALAH Kerangka penyataan masalah ini adalah seperti dalam Rajah 1.1, menunjukkan faktor faktor yang mempengaruhi masalah kesihatan mental bakal pesara

Pengurusan masa yang tidak berstruktur

Masalah kesihatan

Masalah kewangan

Ketidakpastian dan krisis

Faktor yang mempengaruhi kesihatan mental yang terjejas

Kehilangan status dan pengaruh

Akan kehilangan skil profesional

Sukar untuk membuat hubungan sosial yang baru

OBJEKTIF KAJIAN Mengkaji tahap kesihatan mental penjawat awam yang akan bersara wajib di Putrajaya. Objektif Khusus 1. Menentukan tahap kesihatan mental bakal pesara wajib di Hospital Putrajaya dan Klinik Kesihatan Putrajaya 2. Menentuka perbezaan tahap kesihatan mental antara kumpulan profesional dan kumpulan sokongan. 3. Menentukan perbezaan tahap kesihatan mental berdasarkan kepada jantina bakal pesara. 4. Menentukan tahap kesihatan mental bakal pesara berdasarkan kepada jenis kumpulan pekerjaan dan jantina.

Hipotesis Kajian 1. Terdapat masalah kesihatan mental bagi penjawat awam di Putrajaya yang akan bersara. 2. Terdapat perbezaan tahap kesihatan mental antara kumpulan profesional dan kumpulan sokongan 3. Terdapat perbezaan tahap kesihatan mental berdasarkan jantina 4. Terdapat perbezaan tahap kesihatan mental berdasarkan jenis pekerjaan dan jantina.

ULASAN KEPUSTAKAANLatarbekalang teori - Sesuatu kejadian penting yang berlaku dalam hidup mampu merubah diri individu secara tiba tiba dan ini merupakan tindakbalas terhadap persekitaran (Andreasen 1984). Antara perkara yang melibatkan perubahan dalam hidup adalah perkahwinan, penceraian, kelahiran anak dan persaraan. Peralihan hidup ini juga menyebabkan perubahan persepsi seseorang (tentang diri, tentang dunia) dan pengurusan tentang peranan,sumber dan hubungan sesame manusia. Kajian yang telah dijalankan oleh Felleran dan Debevec (1992) mengenai impak dan julat peralihan tentang penceraian, berpindah seisi keluarga (Goodwin dan sewall 1992), kehilangan pekerjaan (Margenhagen 1995), (Roberts 1991) dan meningkatkan tua serta kesihatan yang kritikal (Heslop dan Marshall 1991)

Kajian yang telah dijalankan oleh Christopher (2006), menunjukkan bahawa kesan tekanan peralihan hidup terhadap individu tertentu akan membuatkan mereka menyedari lebih dekat tentang diri sendiri. Dua teori utama yang memainkan peranan dapat membuktikan bagaimana pengalaman peralihan hidup dapat merasai kehebatan tentang tekanan.

Teori Peranan (Role Theory) - Menurut Allan dan Van de Vliert (1982),peralihan peranan adalah perubahan dari seseorang yang mempunyai sesuatu peranan ke seorang yang lain disebabkan oleh role entry. Dari perspektif ini dapat dijelaskan bahawa peralihan persaraan adalah proses melepaskan peranan semasa bekerja dan memsauki peranan seorang pesara.

Coping Theory Peranan peralihan selalu meningkatkan emosi dan menyebabkan tekanan sehingga seseorang itu mampu membina strategi di dalam diri sendiri. Carver dan Scheir (1981) menerangkan bagaimana individu itu bertolakasnsur dan mengubahsuai dalam diri dalam menghadapi cabaran hidup.

A

C

D

E

B

Alarm Stage

ResistanceStage

Exhaustionstage

Model Sindrom Adaptasi (GAS) Sumber daripada Modek Selye, 1976

METODOLOGIReka bentuk kajian - Kajian ini dijalankan tehadap kakitangan di Hospital Putrajaya dan Klinik Kesihatan Putrajaya yang akan bersara dalam jangkamasa satu tahun atau kurang dari tarikh persaraan. - Parameter yang dikaji adalah tahap kesihatan mental yang dialami oleh bakal pesara menjelang alam persaraan. Perbandingan tahap kesihatan mental dilakukan berdasarkan kepada kumpulan jawatan dan jantina. - Manakala untuk mendapatkan tahap kesihatan mental, alat pengukuran yang digunakan adalah General Health Questionnaire (GHQ-12).

Responden Kajian Responden kajian dipilih mengikut kriteria berikut : 1. Penyelidik menyenaraikan staf kumpulan profesional dan kumpulan sokongan yang akan bersara wajib dalam jangkamasa satu tahun atau kurang 2. Penyelidik menombori senarai nama staf kumpulan sokongan dan profesional dengan sistem nombor.Kaedah penomboran ini dapat membantu penyelidik mengetahi bilangan staf mengikut kumpulan mereka.

3. Penyelidik memilih sebanyak 52 sampel secara persampelan rawak dari keseluruhan senarai berkenaan. 4. Borang soal selidik diedarkan dan dikutip pada hari yang sama. Bahagian B mempunyai dua set soalan iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dan responden boleh memilih salah satu antaranya, Penilaian akan dibuat secara bersemuka dan penerangan akan diberikan sekiranya responden tidak memahami soalan.

Kriteria inklusi - Responden mestilah kakitangan kerajaan di Putrajaya yang akan bersara wajib dalam jangkamasa satu tahun atau kurang. - Responden teriri daripada golongan profesional dan kumpulan sokongan.

Kriteria Eksklusi - Responden bukan terdiri daripada kakitangan konsesi seperti Radicare, Besta, Sinai dan Pengawal Keselamatan. - Responden bukan daripada pekerja sambilan atau pekerja kontrak - Responden bukan bersara disebabkan pilihan

BAHAN KAJIAN General Health Questionnaire (GHQ-12) - Kajian ini menggunakan borang General Health Questionnaire (GHQ-12) untuk mengukur tahap kesihatan mental bagi bakal pesara yang akan menamatkan perkhidmatannya ketika berusia 55 tahun, 56 tahun atau 58 tahun

- Borang ini dicipta oleh Goldberg, David 1978, merupakan seorang Pakar Psikiatrik. GHQ-12 ini direka untuk membuat saringan terhadap penyakit psikiatrik non-psychotic. GHQ merupakan borang penilaian diri yang datang dengan beberapa versi yang lain iaitu GHQ-60, GHQ-30, GHQ-28 dengan kegunaan dan keperluan yang berbeza. GHQ-12 mengandungi 12 item dan mengambil masa antara dua hingga tiga minit untuk melengkapkannya.

Skor min

Tahap penilaian

Min = 1.00 hingga min = 2.300 Rendah /lemah Min = 2.34 hingga min = 3.67 Sederhana Min = 3.68 hingga min = 5.00 Tinggi/ baik

Kategori Tahap Penilaian Min

Kajian Rentis - Borang General Health Questionnaire (GHQ12) telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Tatacara terjemahan dan penggunaan borang GHQ-12 di dalam kajian rentis.

- Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rentis perlu dilakukan terlebih dahulu untuk menguji kefahaman terhadap item item dalam soal selidik ini. Kajian rentis ini dijalankan dengan menggunakan kaedah persampelan snowball. Borang soal selidik telah diberikan kepada penjaga pesakit tersebut yang bekerja di Jabatan perdana Menteri telah mengedarkan borang tersebut kepada 15 bakal pesara yang akan bersara satu tahun atau kurang dari tarikh persaraan. Kajian rentis ini juga digunakan untuk menguji kebolehpercayaan alat kajian ini, Selepas diterjemah kedalam bahasa malaysia, nilai Cronbach Alpha yang diperolehi adalah 0.87.

Kaedah Analisa Analisa Statistik dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Product & Service Solution(SPSS) versi 15.0. Semua hasil kajian dilaporkan dan ditulis dalam bentuk min sisipan piawai, julat ataupun peratus. Reka bentuk penyelidikan adalah bagi meninjau tahap kesihatan mental bagi kakitangan yang akan bersara. Penyelidik menggunakan dua jenis ujian statistik dalam pembentangan hasil kajian iaitu statistik deskrtif dan statistik interferens

HASIL KAJIAN Taburan bakal pesara secara menyeluruh : Jadual taburan responden mengikut jantina Jantina Lelaki Perempuan JUMLAH Bilangan (n) 18 32 50 Peratusan 36 64 100

Jadual taburan responden mengikut bangsaBangsa Melayu Cina India JUMLAH Bilangan (n) 46 2 2 50 Peratusan(%) 92 4 4 100

Jadual taburan responden mengikut gred jawatan Gred Jawatan Bilangan (n) Peratusan (%) Profesional 19 38 Sokongan 31 62 JUMLAH 50 100

Jadual taburan responden mengikut umur bersara wajib Umur bersara 55 tahun 56 tahun 58 tahun JUMLAH Bilangan (n) 5 25 20 50 Peratusan (%) 10 50 40 100

Jadual taburan responden mengikut umur bersara wajib Gaji sekarang Bilangan (n) RM 1000-3000 12 RM3001-5000 20 RM5001-7000 2 RM7001-9000 11 Melebihi RM9001 5 JUMLAH 50 Peratusan(%) 24 40 4 22 10 100

Jadual taburan responden mengikut tahap kesihatan mentalTahap kesihatan Bilangan (n) Peratusan(%) Keadaan biasa 22 44 Menghadapi tekanan 26 52 Menghadapi kemurungan 2 4 JUMLAH 50 100

Min skor, frekuensi dan peratus setiap pembolehubah dalam borang GHQ12 bagi bakal pesaraPembolehubah1.Boleh

SkorBaik dari biasa (0)

Min1.20

n5

%10

memberikan tumpuan

Sama seperti biasa (1) Kurang daripada biasa (2) Kurang sangat dari biasa (3)

30

60

150

300

Pembolehubah 2. Gelisah waktu Tidur

Skor Tidak sama sekali(o) Tidak lebih dari biasa (1) Lebih dari biasa(2) Lebih sangat dari biasa (3)

Min 1.18

n 11 21 16 2

% 22 42 32 4

Pembolehubah Skor 2. Gelisah Tidak sama Waktu Tidur sekali(o) Tidak lebih dari biasa (1) Lebih dari biasa(2) Lebih sangat dari biasa (3)

Min n1.18 11 21

%22 42

162

324

Pembolehubah 3. Memainkan peranan penting

Skor Min Lebih daripada biasa (0) 1.0 Sama seperti biasa (1) Kurang daripada biasa (2) Kurang sangat daripada biasa (3)

n 7

% 14

3211 0

6422 0

Pembolehubah Skor Min 4. Kebolehan Lebih daripada membuat biasa (0) 1.08 keputusan Sama seperti biasa (1) Kurang dari biasa(2) kurang sangat daripada biasa (3)

n6 37 7 0

%12 74 14 0

Pembolehubah Skor Min 4. Kebolehan Lebih daripada membuat biasa (0) 1.08 keputusan Sama seperti biasa (1) Kurang dari biasa(2) kurang sangat daripada biasa (3)

n6 37 7 0

%12 74 14 0

Pembolehubah 5. Terasa di dalam ketegangan

Skor Tidak sama sekali (0) Tidak lebih dari biasa (1) Lebih daripada biasa (2) Lebih sangat dari biasa (3)

Min1.02

n3 33 14 0

%6 66 28 0

Pembolehubah 6. Tidak boleh menyelesaikan masalah

SkorTidak sama sekali(0)

Min 1.0

n 4 24 22 0

% 8 48 44 0

Tidak lebih daripada biasa (1) Lebih daripada biasa (2) Lebih sangat (3)

Pembolehubah 7. Membuat aktiviti dengan seronok

Skor Min Lebih dari biasa(0) 1.0 Sama seperti biasa (1) Kurang daripada biasa (2) Kurang sangat dari biasa (3)

n5 31 13 1

%10 62 26 2

Pembolehubah 8. Boleh hadapi masalah

Skor Min Lebih dari biasa(0) 1.06 Sama seperti biasa (1) Kurang dari biasa (2) Kurang sangat (3)

n

%

439 7 0

878 14 0

Pembolehubah 9. Kurang gembira atau tertekan

Skor Min Tidak sama sekali (0) 1.08 Tidak lebih dari biasa (1) Lebih dari biasa (2) 12 Lebih sangat (3)

n

%

830 24 0

1660

0

Pembolehubah 10.Hilang keyakinan diri

Skor Min Tidak sama sekali(0) 1.0 Tidak lebih dari biasa (1) Lebih dari biasa (2) 3 Lebih sangat (3)

n

%

1037 6 0

2074 0

Pembolehubah 11. Diri seorang yang berguna

Skor Tidak sama sekali(0) Tidak lebih dari biasa (1) Lebih daripada biasa (2) Lebih sangat (3)

Min

n

%

1.0

1629 5 0

3258 10 0

Pembolehubah Skor Min 12. Gembira Lebih dari 1.00 13 biasa(0) sewajarnya Sama seperti biasa (1) Kurang dari biasa (2) Kurang sangat dari biasa(3)

n % 26 dengan

35

70

20

40

PERBINCANGAN- Melalui ujian analisis inerferensi yang dijalankan didapati majoriti tahap kesihatan bagi bakal pesara di Hospital Putrajaya dan klinik Kesihatan Putrajaya adalah berada di tahap menghadapi tekanan di mana frekuensinya adalah 26 dan mewakili 52% dari jumlah keseluruhan. - Hasil kajian ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Daview (2003) yang menyatakan terdapat 30 peratus daripada pesara merasakan bersara adalah satu tekanan dalam kehidupan.

- Penaksiran negatif (Lazarus dan Folkman 1984) terhadap persaraan juga menyebabkan seseorang itu merasa tertekan tentang persaraan. - Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang kecil antara kedua dua kumpulan pekerjaan dari segi tahap kesihatan mental. - Kajian yang dijalankan, mendapati perbezaan skor min antara kedua jantina berbanding tahap kesihatan mereka. Namun begitu perbezaan yang didapati adalah terlalu kecil dan hampir menyamai skor antara satu sama lain. Perbezaan min tersebut antara 1.61 berbanding 1.59. Ini menunjukkan bahawa hanya 0.03 sahaja perbezaan minnya.

- Namun begitu menurut kajian yang dijalankan oleh Rahim dan Psenicka 1996 yang menunjukkan bahawa kesan tekanan lebih tinggi terhadap kaum lelaki berbanding wanita dan in akan mengakibatkan kesan terhadap kesihatan mental.

- Terdapat korelasi yang signifikan antara tahap kesihatan mental dengan kumpulan pekerjaan dan jantina. Tahap kesihatan mental seseorang itu boleh ditingkatkan tidak kira sama ada seseorang bakal pesara tersebut terdiri dari kumpulan profesional mahupun sokongan, lelaki atau perempuan dengan mengambil kira beberapa faktor

KESIMPULAN - Terdapat masalah kesihatan pada amnya dan kesihatan mental pada khasnya bagi bakal pesara wajib di Putrajaya. Tahap kesihatan mental kakitangan yang akan bersara adalah di tahap biasa sahaja. Sebilangan kecil bakal pesara sahaja yang mengalami kemurungan dan ini mungkin disebabkan masalah semasa responden menjawab soalan.

- Terdapat perbezaan tahap kesihatan berbanding gred jawatan namun ianya tidak begitu ketara. Perbezaan ini disebabkan tugas dan tanggungjawab antara dua jawatan ini adalah berbeza. Kumpulan profesional lebih menumpukan kepada pengurusan dan pentadbiran, manakala kumpulan sokongan merupakan jentera penggerak kepada sesuatu objektif jabatan.