survival melayu dan bumiputera

36
CTU 555 MALAYSIAN HISTORY AP225 3B SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA Oleh : Nur Syafiqah Bt Abdul Rahman Azreen Bt Jamalul Azahar Norasikn Bt Jamil Siti Aisyah Bt Jerawi Nur Syakirah bt Othman

Upload: dolce-syafiqah

Post on 22-Jan-2018

234 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: survival melayu dan bumiputera

CTU 555 MALAYSIAN HISTORYAP225 3B

SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA

Oleh :

Nur Syafiqah Bt Abdul Rahman

Azreen Bt Jamalul Azahar

Norasikn Bt Jamil

Siti Aisyah Bt Jerawi

Nur Syakirah bt Othman

Page 2: survival melayu dan bumiputera

Dimana sumpah kita anak Melayu ??

Page 3: survival melayu dan bumiputera

• Sikap orang Melayu menunjukkan mereka masih belum

bersedia menghampiri wawasan 2020.

• Persoalannya apakah jalan penyelesaian terhadap

permasalahan tersebut. Isu-isu seperti pengangguran

siswazah Melayu iaitu jumlah graduan Melayu membentuk

70% daripada jumlah siswazah menganggur, kualiti modal insan

yang mendukacitakan, kegagalan menguasai bahasa Inggeris

serta tidak menepati kehendak pasaran kerja seolah-olah tidak

mempunyai jalan penyelesaian.

• Lambakan siswazah ini bukanlah suatu isu yang luar biasa lagi

buat masa sekarang.

• Hal ini merujuk kepada sikap siswazah itu sendiri yang rata-

ratanya inginkan pekerjaan yang hebat tanpa melalui jalan

kehidupan sebagai pekerja bawahan.

Realiti Melayu Hari Ini..

Page 4: survival melayu dan bumiputera

Definisi survival

• berasal dari perkataan ‘survive’ yang bermaksud bertahan hidup.

Sedang survival sendiri adalah suatu kondisi yang tidak menentu yang

dihadapi oleh seorang atau sekelompok orang pada suatu daerah yang

asing bagi orang/kelompok yang sedang mengalaminya.

• kelangsungan hidup seseorang dimana seseorang itu tidak menerima

pelayanan yang sempurna kerena adanya pengaruh atau masalah

yang timbul pada waktu itu.

Page 5: survival melayu dan bumiputera
Page 6: survival melayu dan bumiputera

SURVIVAL MELAYU MENURUTPERSPEKTIF ISLAM

Subtitle

Page 7: survival melayu dan bumiputera

SURVIVAL MELAYU MENURUT

PERSPEKTIF ISLAM

• Menurut perspektif Islam survival Melayu adalah harus selagi mana

peranan kerajaan tersebut tidak bercanggah dalam Islam dan tidak menindas

kaum lain.

• Dalam Al-Quran (Surah al-Ra’d, 13: 11):

• “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu

kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya”.

• Sekiranya Melayu dan Bumiputera ingin capai peningkatan taraf hidup

yang lebih baik dan maju, mereka sendiri perlu berusaha.

Page 8: survival melayu dan bumiputera

SURVIVAL MELAYU MENURUT

PERSPEKTIF ISLAM• Namun, jangan pula orang Melayu lupa kepada perintah Allah dalam ayat-

Nya yang lain.

• “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi

orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan

kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu

mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil

(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan

bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha Mengetahui dengan

mendalam akan apa yang kamu lakukan.” – (Quran, alMaedah:8)

Page 9: survival melayu dan bumiputera

Survival Melayu dan Bumiputera menurut

Perlembagaan

• Perkara 153 – hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

• Hak istimewa meliputi :

• Jawatan dan perkhimatan awam

• Biasiswa

• Kuota pendidikan

• Lesen perniagaan

• 30% ekonomi Melayu dan Bumiputera

• Kemudahan-kemudahan khas

• Tanah rezab

Page 10: survival melayu dan bumiputera

Pandangan

semesta Melayu

pra dan pasca

Islam

Page 11: survival melayu dan bumiputera

DEFINISI PANDANGAN SEMESTA

(WORLD VIEW)•Secara umumnya, ia merupakan satu konsep mengenai alam semestasecara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu.

•Menurut pendapat seorang sarjana Barat, Albert Schweitzer, pandangansemesta bolehlah ditafsirkan sebagai “the some total of thought which a community or individual think about the nature and purposed of the universe and about the place and destiny of mankind within the world.”

•Manakala menurut pandangan salah seorang sarjana Islam, Syed Naquibbal-Attas, pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itupandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realitiatau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudanseluruh alam.

Page 12: survival melayu dan bumiputera

PANDANGAN SEMESTA

MASYARAKAT MELAYU

i) sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha

ii) kedatangan agama Hindu dan Buddha

Page 13: survival melayu dan bumiputera

i) Sebelum kedatangan agama Hindu

dan Buddha• Pada ketika ini dikatakan masyarakat Melayu mempunyai sistem

kepercayaan primitif iaitu animisme dan dinamisme: yang

mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau semangat yang

mempunyai perwatakan sendiri, sama ada dapat membawa kesan baik

atau buruk.

• Roh nenek moyang yang dinamakan “hyang” (seerti “poyang”/

“moyang”) dipercayai masih berada di kalangan mereka dan

mempunyai tenaga yang kuat yang boleh mempengaruhi mereka. Oleh

itu ia perlu ditenangkan melalui upacara pemujaan dan penyembahan.

Page 14: survival melayu dan bumiputera

ii) Kedatangan agama Hindu dan

Buddha• Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara

agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidakbenar-benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafahHindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama. Di samping itu, ajaranHindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan initelah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu.

• Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapatdikesan melalui karya Melayu tradisional yang bercorak mitos danlagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab suci agama Hindu sepertiMahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakatMelayu khususnya golongan bangsawan.

Page 15: survival melayu dan bumiputera

KEDATANGAN ISLAM

Antara elemen-elemen asas pandangan semesta Tamadun Melayu-Islam ialah:

• Kepercayaan kepada Yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir dan

Pemelihara Alam Semesta.

• Konsep penghitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat.

• Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan

sebaliknya.

• Menghormati maruah dan martabat manusia.

• Keadilan, kebebasan dan kesaksamaan.

• Kehidupan yang pertengahan dan seimbang antara jasmani, rohani dan

akal

Page 16: survival melayu dan bumiputera

PANDANGAN SEMESTA TAMADUN

ISLAM• ASPEK TAUHID

o Konsep tauhid mengandungi tauhid uluhiyyah iaitu penyembahan, pemujaan,

pengharapan dan permohonan hanya kepada Allah Tuhan yang satu.Disamping

itu juga, terdapat tauhid rububiyyah iaitu mempercayai Allah sebagai Pencipta,

pemilik dan pentadbir tunggal bagi alam ini.

o Konsep tauhid juga ialah prinsip tentang kejadian alam semesta sebagai ciptaan

Tuhan untuk dimanfaatkan oleh manusia di dunia ini dan untuk menjadi satu

tanda atau bukti bagi wujudnya Rabb al-Alamin (Tuhan semesta alam).

Page 17: survival melayu dan bumiputera

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU

DALAM PELBAGAI BIDANG • BIDANG PERSURATAN

• BIDANG KESENIAAN

• BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

• BIDANG PENDIDIKAN

Page 18: survival melayu dan bumiputera

CABARAN DALAM MEMPERKASAKANSURVIVAL MELAYU

Page 19: survival melayu dan bumiputera

CABARAN EKONOMI

DOMINASI EKONOMI OLEH KAUM LAIN

PIAWAI HIDUP YANG RENDAH

PEMILIKAN PERNIAGAAN

Page 20: survival melayu dan bumiputera

CABARAN EKONOMI : DOMINASI OLEH KAUM LAIN

• 72 peratus warga Malaysia yang tidak

memiliki asset kewangan adalah Bumiputera,

berbanding 21 peratus Cina dan 7 peratus

India.

• 70 peratus isi rumah dalam kalangan 40

peratus termiskin di negara ini adalah

Bumiputera.

• Data tahun 2008 menunjukkan bahawa 79

peratus rakyat Malaysia berpendapatan

bulanan bawah RM1,000 adalah Melayu.

• Secara purata, pendapatan isi rumah Melayu

pada tahun 2012 ialah Rm 4,457 berbanding

Rm6366 Cina dan RM5233 India. (Juhaidi

Yean Abdullah, 2014)

Page 22: survival melayu dan bumiputera

CABARAN EKONOMI: PIAWAI HIDUP

YANG RENDAH• Sehingga tahun 1990, orang Melayu paling ramai dalam bidang pertanian (76.4%), guru dan

jururawat (68.1%), perkhidmatan (61.5%), teknikal an profesional tidak berdaftar (seperti pelukis

pelan, juruteknik, pembantu hospital) (60.3%), perkeranian (54%) dan bidang pengeluaran atau

operator (48%).

• Penyertaan orang Melayu dalam bidang profesional yang berdaftar masih belum memuaskan.

Daripada lapan bidang yang disenaraikan iaitu arkitek, akauntan, jurutera, doktor, doktor gigi, doktor

veterinar, peguam dan juruukur, orang Melayu hanya mencapai 29%, berbanding orang Cina

sebanyak 55.9% dan India 13.2%. Begitu juga dengan bidang pentadbiran dan pengurusan, orang

Melayu cuma mencapai 33.3%, manakala bidang pemasaran dan jualan sekitar 36%.

• Keadaan ini amat menyedihkan kerana bidang-bidang inilah yang menghasilkan pendapat paling

lumayan dan merupakan sektor yang memperngaruhi pelaksanaan dasar-dasar pembangunan dan

kestabilan ekonomi negara. (TERAS, 2015)

Page 23: survival melayu dan bumiputera

CABARAN EKONOMI : PEMILIKAN

PERNIAGAAN

• Pemilikan ekuiti korporat kaum Cina meningkat dalam tempoh DEB, iaitu daripada 23 peratus

(1970) kepada 44 peratus (2006).

• Kaum Cina menguasai 70 peratus aset komersial, termasuk kilang dan bangunan perniagaan

negara ini dan 59 peratus syarikat di Bursa Malaysia.

• Hasil kaji selidik sekaligus menepis dengan hujah dan dakwaan bahawa pertumbuhan ekonomi

Cina disekat kerajaan dan bahawa DEB bersifat diskriminasi atau hanya menguntungkan

Bumiputera.

• Beliau membuktikan dasar membasmi kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan dimanfaat semua

kaum, malah penurunan kadar kemiskinan adalah paling ketara dalam kalangan orang Cina;

daripada 26 peratus (1970) kepada 5.4 peratus (1990). Kadar kemiskinan Cina hari ini cuma 0.3

peratus berbanding India (1.8 peratus) dan Melayu (dua peratus). (Juhaidi Yean Abdullah, 2014)

Page 24: survival melayu dan bumiputera

CABARAN POLITIKA. MASYARAKAT MELAYU TIDAK BERSATU

• Puak Melayu secara politik tidaklah utuh bersatu bahkan sejak awal sejarahnya.

Pada masa itu hingga penghujung tahun 1990-an parti puak Melayu ada dua iaitu

UMNO dan PAS. Akan tetapi setelah tsunami ekonomi muncul satu parti Melayu

iaitu Parti Keadilan.

B. KUASA POLITIK LUAR BANDAR

• Orang Melayu sekarang mempunyai kuasa politik di luar bandar. Di bandar, bangsa

lain yang berkuasa. Orang Melayu tidak laku. Pulau Pinang bukan orang Melayu punya.

Ipoh bukan orang Melayu punya. Kuala Lumpur bukan orang Melayu punya. Gua

Musang orang Melayu punya.

Page 25: survival melayu dan bumiputera

CABARAN POLITIKC. TIDAK CELIK POLITIK

• "Jika kita ingin mengekalkan survival Melayu

malah mempertahankan ketuanan Melayu, penyertaan

dalam politik akan mencelikkan mata kita tentang

ancaman dan menjadi penentu kelangsungan kuasa

orang Melayu," kata Najib dalam teks ucapan yang

dibacakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir

Khalid pada persidangan agong tahunan Gabungan

Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kali ke-61.

Page 26: survival melayu dan bumiputera

CABARAN SOSIAL

CABARAN DALAMAN DAN LUARAN

BAHASA DAN AGAMA

PENDIDIKAN

Page 27: survival melayu dan bumiputera

CABARAN SOSIAL : CABARAN DALAMAN DAN LUARAN

• Cabaran dari dalam ialah cabaran sosio-budaya kesan

daripada kemajuan dan perubahan yang dicapai dan dialami.

• Remaja sekarang khususnya remaja Melayu banyak terbabit

dengan gejala sosial yang sangat membimbangkan seperti

penyalah gunaan dadah, kesalahan juvana dan sebagainya.

• Manakala cabaran dari luar pula seperti kemasukan

pengaruh asing terutama sekali unsur-unsur dari Barat.

• Barat adalah merupakan satu kuasa yang sangat berpengaruh

dan mampu menjejaskan kekuatan asasi orang Melayu

terutama sekali dari segi nilai dan amalan agamanya, adat

resamnya dan juga proses sosialisasi dan pembudayaan.

Page 28: survival melayu dan bumiputera

CABARAN SOSIAL: BAHASA DAN

AGAMA• Dalam fahaman kapitalisme globalisasi, untuk berjaya dalam ekonomi yang kini tidak

mengenal sempadan, seseorang mesti menguasai bahasa paling berdaya komersial dalam

dunia. Maka realiti sekarang ialah bahasa Inggeris dan Mandarin.

• Di sinilah cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu hingga terdapat tanggapan bahawa

bahasa Melayu sudah tidak relevan untuk survival.

• Bukan saja orang Melayu mesti menguasai bahasa Inggeris, tetapi mereka mesti turut

menguasai Mandarin kerana ekonomi rantau ini terletak di tangan Cina.

• Cabaran ini menjadikan orang Melayu berasa kurang selamat.

• Bahasa rojak dan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

adalah antara gejala yang menjadikan psikologi orang Melayu berasa kurang selamat.

Page 29: survival melayu dan bumiputera

CABARAN SOSIAL : PENDIDIKAN

Pengasingan sistem pendidikan:

• Sistem persekolahan memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda.

• Interaksi akan berkisar di kalangan etnik yang sama.

• Membentuk semangat perkauman yang mendalam dan menimbulkan

prasangka.

• Pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi, politik dan sosial

barat.

Page 30: survival melayu dan bumiputera

Peranan kerajaan dalam menjamin

survival melayu dan bumiputera

Politik

• Mempertahankan parti-parti yang menjaga kepentingan orang

Melayu dan Bumiputera.

• Mempertahankan survival Raja-raja Melayu berdasarkan

perlembagaan.

• Melaksanakan peruntukan berkaitan orang Melayu dan

Bumiputera dalam perlembagaan – agama Islam, Bahasa

Melayu,hak istimewa dan tanah rezab Melayu.

Page 31: survival melayu dan bumiputera

Ekonomi• Pengenalan satu dasar iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB).

• Menceburi sektor IKS.

• Membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian

Melayu/Bumiputera di semua peringkat aktiviti ekonomi.

• Meluaskan program berasaskan pertanian

• Sokongan kewangan seperti pinjaman modal.

• Membantu perniaga kecil seperti nelayan dan petani.

• Tidak wujud campur tangan politik.

Page 32: survival melayu dan bumiputera

Sosial• Menguatkan perpaduan antara Melayu dan Bumiputera.

• Program kejiranan,rukun tetangga,sukarelawan,gotong royong dan program

keagamaan harus di sertai setiap lapisan masyarakat.

• Program muzakarah atau perbincangan perlu diadakan dengan mengetepikan

fahaman politik.

• Setiap masyarakat perlu bersama dalam membendung gejala yang tidak sihat.

• Peranan media massa dalam penyebaran maklumat tentang bahaya perlu

digiatkan.

Page 33: survival melayu dan bumiputera

Pendidikan• Semenjak pengubalan laporan Razak 1956 sehinggan pengubalan Akta

Pelajaran 1996 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

• Orang Melayu mampu mencapai mutu tahap pendidikan setaraf

antarabangsa.

• Melahirkan lebih ramai orang Melayu dalam bidang professional.

• Akta Pelajaran 1996 menetapkan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa

pengantar utama dalam sistem pendidikan.

• PPPM bertujuan meningkat mutu pendidikan .

Page 34: survival melayu dan bumiputera

ISU SEMASA SURVIVAL MELAYU

DAN BUMIPUTERA

Tajuk isu semsa

• Isu survival graduan Melayu antara fokus PEMANAS 2014

• STRATEGI SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA

• Kukuhkan agenda penyatuan demi survival Melayu

Page 35: survival melayu dan bumiputera
Page 36: survival melayu dan bumiputera

‘’Maju mundurnya sesuatu bangsa tidak

bergantung kepada keturunan kaum

atau warna kulit. Sebab itu ada bangsa

Eropah yang amat mundur dan ada

bangsa Asia yang termaju sekali. Maju

mundurnya sesuatu bangsa bergantung

kepada budaya bangsa itu. Dan budaya

bukan sesuatu yang tetap dan tidak

dapat diubah. Budaya berubah

sepanjang masa dan boleh dicorak

secara sengaja.’’- Tun Dr Mahathir

Mohamad

Kesimpulan