sosial

22
MAKSUD PSIKOLOGI Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan .aspek aspek psikologi dalam kajian meliputi tingkahlaku murid terhadap segala aktiviti pengajaran – pembelajaran dalam situasi bilik darjah. Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah .Smith ( 1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkahlaku dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk mrnyelesaikan masalah pendidikan. Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid ,pengajaran dan pembelajaran yang mengfokus proses proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran . Ilmu psikologi merangkumi pelbagai topic yang boleh diaplikasikan didalam berbagai-bagai bidang khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan tingkahlaku manusia terhadap pembelajaran. Kebanyakan teori berladaskan hipotesis yang mengandungi andaian-andaian berdasarkan daripada perhatian atau pengalaman yang serupa.Hipotesis merupakan andaian-andaian yang belum dapat dibuktikan, manakala teori merupakan definisi yang dibentuk daripada kajian saintifik. Untuk membentuk teori pembelajaran pelbagai jenis penyelidikan

Upload: magesvaranjayapalan

Post on 21-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

OK

TRANSCRIPT

Page 1: SOSIAL

MAKSUD PSIKOLOGI

Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian saintifik

terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan .aspek aspek psikologi dalam kajian

meliputi tingkahlaku murid terhadap segala aktiviti pengajaran –pembelajaran dalam situasi bilik

darjah. Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji

tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah .Smith ( 1978) menjelaskan

psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkahlaku dalam pendidikan, termasuk

prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk mrnyelesaikan

masalah pendidikan. Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang

murid ,pengajaran dan pembelajaran yang mengfokus proses proses pengetahuan kemahiran nilai

dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip-

prinsip psikologi dalam pengajaran . Ilmu psikologi merangkumi pelbagai topic yang boleh

diaplikasikan didalam berbagai-bagai bidang khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan

tingkahlaku manusia terhadap pembelajaran. Kebanyakan teori berladaskan hipotesis yang

mengandungi andaian-andaian berdasarkan daripada perhatian atau pengalaman yang

serupa.Hipotesis merupakan andaian-andaian yang belum dapat dibuktikan, manakala teori

merupakan definisi yang dibentuk daripada kajian saintifik. Untuk membentuk teori

pembelajaran pelbagai jenis penyelidikan telah dikaji dan digunakan .Secara keseluruhannya

jenis-jenis penyelidikan boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama

a)Penyelidikan Kuantitatif

Penggunaan data untuk menjelaskan fenomena pembelajaran.Ia merangkumi kajian

pembolehubah –pembolehubah yang dikawal atau tidak dikawal

b)Penyelidikan Kualitatif

Penggunaan bahasa untuk menjerlaskan fenomena pembelajaran yang mempunyai cirri khusus

yang kompleks.Ia merangkumi teknik mpemerhatian kajian kes dan interview.

Page 2: SOSIAL

Konsep Psikologi Pendidikan

Psikologi pendidikan ialah satu displin ilmu yang mengkaji tingkahlaku murid dngan aplikasi

prinsip-prinsip psikologi ke atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi bilik

darjah . Menurut Banks dan Thompson (1995) psikologi adalah pengetahuan mengenai kajian

tingkahlaku manusia dan pendidikan adalah profesion yang mengkaji dan membina metodologi

dalam pengajaran dan pembelajaran dibilik

Kepentingan Pendidikan Psikologi

Matlamat pendidikan psikologi ialah untuk memahami tingkahlaku murid dalam proses

pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian oleh guru.Dengan cara ini ,guru dapat

membina kebolehan membuat jangkaan tingkahlaku alternative yang diperlukan untuk

menggantikan tingkahlaku yang tidak dikehendaki. Kepentingan psikologi pendidikan kepada

guru ialah:-

a)memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada guru supaya

mengamalkannya dalam bilik darjah

b)Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari segi mental, fizikal, minat demi

membolehkan mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka dengan menggunakan aktiviti

kumpulan.

c)Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkahlaku murid agarmembolehkan guru mencegah

masalah displin yang tidak diingini dalam bilik darjah dengan berkesan .

Page 3: SOSIAL

d)melengkapkan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya dapat membantu guru membentuk

personality mereka yang sihat dan konsep kendiri yang positif dengan bimbingan yang wajar.

e)melengkapkan guru dengan teori dan prinsip psikologi akan membantunya meningkatkan

kualiti pengajaran dalam bilik darjah.

f)memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid akan membantu guru

penggunakan teknik motivasi yang berkesan serta mewujudkan hubungan baik diantara guru dan

muridnya.

g)Psikologi pendidikan membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan ,kemahiran dan sikap

mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan.

Aktiviti Berkaitan Dengan Psikologi

Aktiviti yang berkaitan dengan psikologi adalah seperti tabiat membaca, tabiat suka mengira,

mendengar muzik, minat bersukan , seni dan berkarya.Melalui kebolehan-kebolehan ini, guru

mestilah mengenalpasti kebolehan setiap murid-murid adalah berlainan antara satu sama yang

lain.Sekaligus guru dapat membantu sahsiah murid serta memperkembangkan potensi murid

dalam diri mereka. Sehubungan itu guru juga kan dapat menyelesaikan masalah dalam bilik

darjah dengan mudah.

Aktiviti Berkaitan Dengan Bukan Psikologi

Aktiviti berkaitan dengan bukan psikologi adalah seperti kajian tentang hidupan laut dan marin,

kajian tentang alam sekitar, kajian pembangunan dan kajian masyarakat dan sosial, Aktiviti ini

bukan Psikologi kerana bidang-bidang kajian tersebut bukan mengkaji mengenai tingkahlaku

manusia sebagaimana seperti pendapat-pendapat ahli falsafah di atas. Ini kerana bidang-bidang

tersebut mengkaji kepentingan dan keperluan dalam hidup manusia sejagat. Unsur-unsur seperti

Page 4: SOSIAL

menangani masalah yang berkaitan sehingga lah kepada aspek yang memberi manfaat kepada

manusia itu sendiri. Contohnya manusia membuat pembangunan adalah untuk tujuan memberi

keselesaan dan kemudahan kepada masyarakat.Disamping itu timbul juga masalah daripada

pembangunan tersebut seperti masalah setinggan, masalah jenayah dan kemiskinan hidup

masyarakat.Tanpa mengira aspek-aspek psikologi masyarakat itu sendiri, misalnya rumah flat

yang dibina saiznya amat kecil tidak dapat menampung saiz keluarga yang besar. Secara tidak

langsung akan wujudnya masalah seperti kesesakan dalam isirumah , penempatan bilik untuk

anak perempuan dan anak lelaki.

KAEDAH PENYELIDIKAN DIGUNAKAN OLEH AHLI PSIKOLOGI UNTUK

MENILAI TINGKAH LAKU MANUSIA

Dalam bidang psikologi, berbagai-bagai kaedah penyelidikan boleh digunakan bagi menyelidik

dan memahami jiwa serta tingkah laku manusia. Pada dasarnya, penyelidikan tersebut boleh

dijalankan sama ada dalam bentuk kaedah klinikal, pendekatan kuantitatif ataupun pendekatan

kualitatif. ( Slavin, R.E. 1997 : m/s 14 ) pendekatan kualitatif boleh dibahagikan kepada kaedah

deskriptif, kaedah ethnografi, kaedah kajian kes dan kaedah pemerhatian atau tinjauan.

Sementara pendekatan kuantitatif pula boleh dibahagikan kepada kaedah penilaian, kaedah

eksperimen, kaedah ex post facto dan kaedah perangkaan atau korelasi. Di antara kaedah-kaedah

penyelidikan psikologi di atas, pendekatan kualitatif dan kaedah klinikal adalah kaedah atau

teknik yang lebih ditekankan dalam penyelidikan psikologi dan akan dibincangkan di sini

berserta dengan contoh-contoh penyelidikan.

PENDEKATAN KUALITATIF

Menurut John McLeod ( 1999 : m/s 74 ), penyelidikan kualitatif kerap didefinisikan sebagai

kajian yang tidak melibatkan pengukuran atau teknik statistik. Sebagai contoh, Miles dan

Huberman ( 1984 ) menghuraikan data kualitatif sebagai perkataan dan bukannya nombor,

manakala Strauss dan Corbin ( 1990 ) memandang pendekatan kualitatif sebagai sebarang

penyelidikan yang menghasilkan penemuan yang tidak melalui prosedur statistik atau cara

pengkuantitian yang lain. Dr. Othman bin Lebar ( 1999 ) pula mengatakan penyelidikan

kualitatif merujuk kepada suatu pendekatan penyelidikan yang memberi penekanan kepada

deskriptif, induktif, ‘grounded theory’ dan kajian ke atas bagaimana manusia memberi makna

Page 5: SOSIAL

kepada kehidupan mereka. Oleh itu, di antara beberapa teknik dan kaedah untuk menjalankan

pendekatan kualitatif dalam penyelidikan psikologi ialah seperti kaedah deskriptif, kaedah

ethnografi, kaedah kajian kes dan kaedah pemerhatian atau tinjauan.

KAEDAH DESKRIPTIF

Menurut Dr. Othman bin Lebar ( 1999 ), matlamat penyelidikan deskriptif ialah untuk

menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Contohnya, faktor-faktor yang

menentukan keberkesanan program KPLI. Penyelidik akan menerokai sesuatu bidang yang

belum atau kurang dikaji. Oleh kerana faktor-faktor yang mempengaruhikeberkesanan program

KPLI belum dikenalpasti, jadi kita cuba menerokai faktor-faktor tersebut dengan menggunakan

kajian deskriptif. Tambahan lagi, penyelidik tidak terlebih dahulu menentukan faktor-faktor yang

mendatangkan kesan ke atas sesuatu peristiwa. Oleh itu kaedah ini tidak bermatlamat untuk

menguji kebenaran sesuatu hipotesis. Slavin, R.E. ( 1997 : m/s 14-15 ) seterusnya memberi

contoh penyelidikan dalam psikologi pendidikan seperti berikut. Katakan kamu berminat dalam

mengkaji sikap pelajar anda terhadap membekalkan perkhidmatan kesihatan kepada pendatang

pendatang baru ataupun sikap guru-guru sekolah anda terhadap pelbagai jenis kecacatan ataupun

kaedah pengredan yang digunakan di sekolah anda. Tujuan kajian kamu adalah untuk

menerangkan apa yang manusia buat atau bagaimana pelajar-pelajar berfikir mengenai isu-isu

tertentu di dalam kelas atau sekolah. Kaedah kajian sebegini dipanggil kaedah kajian deskriptif.

Tambahan lagi, pada kebiasaannya, kamu mengukur pembolehubah tertentu ( sikap,

kepercayaan, kaedah pengredan ) menerusi cara senarai semak, temuduga, penelitian sistematik

ataupun gabungan dari cara-cara tersebut.Daripada keputusan tersebut, kamu boleh memilih

untuk mewujudkan hipotesis tertentu mengenai hubungan antara pembolehubah bebas dan

bersandar yang seterusnya boleh diuji dengan alat-alat kajian kuantitatif.

KAEDAH ETHNOGRAFI

Menurut Dr. Othman bin Lebar ( 1999 ), penyelidikan berbentuk kaedah ethnografi

dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data termasuk pemerhatian-

penyertaan, pengumpulan dokumen, soal selidik, temubual dan teknik lain. Pada asasnya, kajian

ethnografi berdasarkan andaian yang manusia membuat inferens melampaui apa yang boleh

dilihat secara eksplisit atau pengucapan mereka. Kajian tertumpu kepada apa yang didengar dan

Page 6: SOSIAL

dilihat kepada membuat interpretasi tentang apa sebenarnya dimaksudkan oleh individu atau

kumpulan yang dikaji ( Neumen, 1991 ). Menurut Slavin, R.E. ( 1997 : m/s 15 ) pula, contoh

penyelidikan sepanjang tahun yang telah dikendalikan di dalam situasi oleh seorang penyelidik

di mana beliau berminat dalam apa yang guru efektif buat untuk memotivasi kelas yang terdiri

daripada pelajarpelajar yang berlatarbelakang adat dan budaya yang berlainan untuk mencapai

keputusan yang cemerlang dalam sekolah ( Dillon, 1989 ).

KAEDAH KAJIAN KES

Menurut Dr. Othman bin Lebar ( 1999 ), kaedah kajian kes merupakan satu pendekatan yang

menggunakan pelbagai alat atau teknik untuk mengumpul data seperti temubual, pemerhatian

dan analisis dokumen. Pendekatan ini juga memberi tumpuan kepada mengkaji fenomena semasa

dalam konteks kehidupan yang sebenar seperti mana mengikut Denzin ( 1978 ), “ The case study

is a naturalistic type of enquiry ”. Slavin, R.E. ( 1997 : m/s 15 ) seterusnya memberi contoh

penyelidikan dalam psikologi pendidikan. Contohnya, Tombari, Fitzpatrick, dan Childress ( 1985

) telah programkan sebuah komputer untuk memberi ganjaran dalam bentuk permainan video

dan menggunakannya sebagai sebahagian daripada pencelahan pengurusan kendiri untuk

membantu kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam. Kamps et al. ( 1992 ) mengkaji apa yang

dilakukan oleh seorang guru untuk mengajar seorang kanak-kanak autistic untuk berinteraksi

dengan rakan sebayanya. Trovato dan Bucher ( 1990 ) telah menerangkan bagaimana seorang

rakan sebaya bertindak sebagai seorang guru mengajar kemahiran membaca kepada seorang

rakan kelas tahun empat.

KAEDAH PEMERHATIAN

Menurut Tang Chee Yee ( 1993 ), terdapat dua jenis kaedah pemerhatian dalam penyelidikan

psikologi iaitu kaedah pemerhatian naturalistik dan kaedah pemerhatian sistematik.

KAEDAH PEMERHATIAN NATURALISTIK

Siti Hawa Munji dan Ma’rof Redzuan ( 1990 : m/s 24 ) mengatakan bahawa dalam kaedah ini,

penyelidik hanya memerhati tingkah laku subjek tanpa disedari oleh subjek. Pemerhatian

dijalankan semasa subjek berada dalam keadaan semula jadi. Penyelidik tidak akan bergaul

dengan subjek, oleh itu sukar untuk subjek menyedari bahawa beliau adalah objek yang dikaji.

Page 7: SOSIAL

Dengan cara ini penyelidik akan mendapat maklumat yang betul dan tepat. Sebagai contoh,

pemerhatian penyelidik Jan Goodall yang mengkaji cimpanzi di hutan Afrika ( Goodall, 1971 ).

Tambahan lagi, Mohd. Salleh Lebar ( 1994 : m/s 8 ) pula memberi contoh seperti berikut.

Dalam konteks psikologi pendidikan bilik darjah, pemerhati boleh menggunakan kaedah ini

untuk melihat keberkesanan penggunaan alat pandang dengar dalam pengajaran bahasa Inggeris.

Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan contoh yang dikemukakan oleh Mohmood Nazar

Mohamed ( 1992 : m/s 14 ) seperti berikut: Sebagai contoh, sekumpulan penyelidik yang digelar

ethologis sering melakukan kajian yang mendalam tentang tingkah laku haiwan dalam keadaan

semula jadinya. Walau bagaimanapun, kaedah ini mempunyai risiko yang tinggi kerana akan

berlaku penerapan unsur-unsur subjektif penyelidik ke dalam kajian yang dilakukan. Ini seperti

teori-teori yang menyendeng terhadap sesuatu kepercayaan dan interpretasi yang dibuatnya

tentang apa yang dikaji. Dalam hal ini, penyelidik haruslah memperihalkan pemerhatiannya

dalam bentuk objektif dan deskriptif.

KAEDAH PEMERHATIAN SISTEMATIK

Menurut Siti Hawa Munji dan Ma’rof Redzuan ( 1990 : m/s 24 ), dalam kaedah ini penyelidik

berminat untuk mengkaji masalah-masalah tertentu. Contohnya, masalah yang timbul apabila

penyelidik mengkaji pendapat umum dan faktor-faktor yangmempengaruhi pendapat tersebut.

Contoh lain ialah, analisis tentang kesan pengiklanan terhadap pembelian para pengguna dan

ramalan tentang kejayaan di institusi pengajian tinggi. Sebenarnya kaedah pemerhatian

sistematik adalah kombinasi beberapa kaedah atau teknik seperti inventori, rekod, temuduga,

soal selidik dan pengujian. Menurut Crow dan Crow ( 1980 : m/s 15 ), ahli psikologi atau guru

yang sungguh terlatih dan berpengalaman boleh mendapat banyak maklumat dari

pemerhatiannya tentang tingkah laku seorang pelajar. Laporan yang ditulis secara objektif

mengenai pemerhatian seperti ini membantu dalam mencari punca kesulitan yang dihadapi oleh

pelajar. Selain daripada itu, menurut Mohmood Nazar Mohamed ( 1992 : m/s 14 ), ada kajian

penyelidikan yang sukar dilakukan dengan cara eksperimen ataupun pemerhatian. Oleh itu,

kaedah tinjauan ( survey ) digunakan oleh para penyelidik bagi mengkaji perkara-perkara seperti

pendapat orang ramai tentang masalah dadah di Malaysia, masalah mendapat kepuasan seks

pasangan-pasangan yang telah berumahtangga dan lainlain. Lazimnya kaedah tinjauan

menggunakan cara temuduga atau soal selidik. Satu contoh penggunaan kaedah ini ialah kajian

Page 8: SOSIAL

yang dilakukan oleh Kinsey ( 1948, 1953 ). Beliau menyelidik tentang tingkah laku seks manusia

yang sebelum ini tidak pernah dikaji melalui kaedah yang lain. Melalui data-data hasil daripada

kaedah tinjauan, beliau berupaya memahami sifat dan kecenderungan manusia yang bersangkut-

paut dengan seks. Contoh penyelidikan yang lain ialah kajian yang dijalankan oleh Choong Lean

Keow et al. ( Jurnal, m/s 43 ) tentang persepsi guru pelatih semester empat terhadap faktor-faktor

tekanan semasa praktikum III juga menggunakan kaedah tinjauan.

KAEDAH KLINIKAL

Kaedah klinikal merupakan kaedah atau teknik penyelidikan yang biasanya digunakan untuk

mengkaji dan membuat hipotesis. Kajian banyak dilakukan di dalam makmal. Dalam kajian ini,

pesakit atau sampel kajian diminta pergi ke bilik khas. Kaedah ini sangat popular di kalangan

doktor perubatan, ahli-ahli psikiatris dan ahli-ahli kaunselor. Adakala kajian ini juga melibatkan

kaedah eksperimen. Menurut Mohd. Salleh Lebar ( 1994 : m/s 9 ), kaedah klinikal lazimnya

digunakan untuk mengkaji dan membuat hipotesis tingkah laku orang yang dikaji. Tingkah laku

tersebut akan dikaji pula dengan menggunakan kaedah eksperimen. Tingkah laku yang

dimaksudkan ialah seperti pesakit di wad, pelajar yang bermasalah, kanak-kanak hiperaktif dan

sebagainya. Dalam kajian ini, subjek akan diminta pergi ke bilik yang dikhaskan untuk dikaji

oleh pakar psikiatri atau kaunselor. Dalam pertemuan tersebut, pengkaji akan mengenal pasti

masalah dan cuba mengatasinya. Setakat ini, pengetahuan kajian tentang motivasi atau teori-teori

yang berkaitan dengan emosi dan personaliti dalam bidang psikologi adalah sumbangan daripada

kaedah klinikal. Kelebihan kaedah ini ialah ia dapat mengumpul maklumat lengkap tentang

tingkah laku dan boleh memberi idea-idea yang terbaru serta kajian ini juga dijalankan secara

intensif. Siti Hawa Munji dan Ma’rof Redzuan ( 1990 : m/s 25 ) pula mengatakan, kaedah

klinikal membolehkan penyelidik mengkaji asal usul pesakit yang biasanya terdiri daripada

pesakit otak, penagih dadah, kanak-kanak yang terlalu agresif dan pesakit di wad psikiatri.

Pesakit dipisahkan daripada alam sekitar sehariannya yang natural dan dibawa ke suatu keadaan

buatan seperti wad khas untuk didiagnos oleh seorang ahlipsikiatri atau kaunselor. Contohnya

dalam psikologi kaunseling, perkhidmatan kaunseling yang diberikan kepada mahasiswa yang

bermasalah di universiti hingga menyebabkan pelajaran mereka merosot adalah menggunakan

kaedah ini. Kaedah ini bertujuan mengenal pasti punca masalah dan memperbaiki prestasi

pelajaran mereka. Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri kerana kajian intensif dilakukan

Page 9: SOSIAL

terhadap subjek. Salah seorang ahli psikologi kaunseling yang terkenal di negara kita yang juga

telah menghasilkan rencana dan buku dalam aspek ini ialah Profesor Dr. Amir Awang dari

Universiti Sains Malaysia. Namun begitu, menurut Siti Hawa Munji dan Ma’rof Redzuan lagi,

kaedah ini mempunyai satu kelemahan kerana subjek di dalam keadaan buatan akan

mengurangkan keberkesanan kaedah yang cuba menyesuaikan subjek dalam keadaan yang

lazim. Sebagai contoh, seorang bekas penagih yang menjalani pemulihan di pusat pemulihan

( keadaan buatan ) dan akan menghadapi masalah mendampingi dan diterima oleh masyarakat

umum ( keadaan lazim ). Tambahan pula, beliau mungkin menjadi sasaran pengedar dadah

apabila berada di dalam persekitaran natural. Selain daripada itu, kaedah klinikal banyak

diaplikasikan dalam penyelidikan psikologi klinikal. Menurut Mohmood Nazar Mohamed

( 1992 : m/s 12 ) , psikologi klinikal merawat sakit jiwa, kecelaruan mental serta tingkah-tingkah

laku bilazim. Oleh itu, pakar-pakar psikologis klinikal lazimnya menjalankan penyelidikan

dengan mendiagnosis serta merawat klien-klien mereka dengan menggunakan kaedah klinikal.

Selain itu, mereka juga melakukan penyelidikan yang boleh memberi manfaat kepada manusia.

Contohnya mereka melakukan penilaian tingkah laku dan personaliti manusia melalui alat-alat

penilaian tertentu seperti alat TAT ( Thematic Apperception Test ), Rorschach, Bender Gestalt,

CPI dan lain-lain. Murray ialah ahli psikologi yang telahmenyiapkan ujian projektifnya yang

terkenal iaitu TAT. Selain daripada itu, Yusof Zaki ( 1986 ) menyatakan ahli psikologi telah

menggunakan beberapa istilah untuk menerangkan tingkah laku penghidap bilazim. Antaranya

penyakit jiwa ( neurosis ), penyakit akal ( psikosis ) dan penyakit saraf ( nervous diseases ). Di

samping itu, ahli psikologi klinikal juga menggunakan berbagai-bagai ujian psikometrik untuk

menolongnya memahami masalah yang dihadapi oleh kliennya. Contoh ujian psikometrik ini

ialah ujian kecerdasan, ujian bakat, ujian personaliti, ujian penyesuaian, ujian minat dan

sebagainya. Menurut Dr. Hasan Langgulung ( 1986 : m/s 294 ), ujian-ujian tersebut adalah hasil

daripada penyelidikan yang dijalankan oleh ahliahli psikologi seperti ujian bakat muzik

(Seachore, 1919), mekanikal ( Stanquist, 1923 ), jadual perkembangan kanak-kanak (Gessell,

1928), ujian kemampuan-kemampuan dasar ( Thurstone, 1938 ).Ujian-ujian seperti ini bersama

dengan maklumat sejarah kes akan menolong ahli psikologi klinikal membuat diagnosis tentang

sesuatu masalah. Daripada diagnosis, maka suatu tindakan yang sesuai dapat dicadangkan untuk

menghadapi masalah tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1987 : m/s 8-9 ) pula menyatakan

bahawa kaedah klinikal yang digunakan oleh ahli psikologi dalam penyelidikan sering digunakan

Page 10: SOSIAL

juga untuk membuat hipotesis tentang tingkah laku yang kemudiannya akan dikaji dengan

menggunakan kaedah eksperimen. Maka dengan itu, terdapat dua keistimewaan kaedah klinikal

iaitu yang pertama ialah kaedah ini dapat mengumpulkan pengetahuan tentang tingkah laku

dengan banyak; dan yang kedua ialah kaedah ini dapat memberikan ideaidea baru agar dapat

diuji seterusnya dengan kaedah eksperimen yang lebih tepat dan tajam. Sharifah Alwiah

Alsagoff seterusnya memberi contoh seperti berikut. Sebagai contoh, banyak daripada

pengetahuan kita tentang personaliti, motivasi dan emosi berasal daripada penyelidikan yang

menggunakan kaedah klinikal. Daripada pengalamannya merawat pesakit mental, Sigmund

Freud ( 1856-1939 ) telah memajukan satu teori personaliti yang panjang lebar dan

komprehensif. Teori personalitinya ini, antara lain telah menegaskan betapa pentingnya usia

beberapa tahun setelah lahir untuk penyesuaian hidup kemudian serta kepentingan mimpi dan

kepentingan konflik taksedar. Tambahan lagi, menurut Freud tahap bayi dan kanak-kanak adalah

kritikal dalam pembentukan personaliti kanak-kanak. Setengah-setengah ahli psikologi lain telah

menegaskan perkara-perkara yang sama juga; di samping memajukan idea-idea baru tentang

perkembangan dan perjalanan personaliti.

Manusia dalam Perspektif Psikologi

Dalam literatur psikologi pada umumnya manusia berpendapat bahwa penentu perilaku

utama manusia dan corak kepribadian adalah keadaan jasmani, kualitas kejiwaan, dan situasi

lingkungan. Determinan tri dimensional ini (organo biologi, psikoedukasi, dan sosiokultural)

merupakan determinan yang banyak dianut oleh ahli psikologi dan psikiatri. Dalam hal ini unsur

ruhani sama sekali tidak masuk hitungan karena dianggap termasuk penghayatan subjektif

semata-mata.

Selain itu psikologi apapun alirannya menunjukkan bahwa filsafat yang mendasarinya

bercorak antroposentrisme yang menempatkan manusia sebagai pusat segala pengalaman dan

relasi-relasinya serta penentu utama segala peristiwa yang menyangkut masalah manusia.

Pandangan ini mengangkat derajat manusia teramat tinggi ia seakan-akan memiliki kausa prima

yang unik, pemilik akal budi yang sangat hebat, serta memiliki kebebasan penuh untuk berbuat

apa yang dianggap baik dan sesuai baginya.

Sampai dengan penghujung abad ini terdapat empat aliran besar psikologi, yakni :

Psikoanalisis, psikologi Perilaku, Psikologi Humasnistik, Psikologi Transpersonal. Masing-

Page 11: SOSIAL

masing aliran meninjau manusia dari sudut pandang yang berlainan, dan dengan metodologi

tertentu berhasil menentukan berbagai dimensi dan asas tentang kehidupan manusia, kemudian

membangun teori dan filsafat mengenai manusia.

Psikoanalisis

Pendiri psikoanalisis adalah Sigmund Freud (1856-1839), seorang neurolog berasal dari

Austria, keturunan Yahudi. Teori yang dikembangkan pengalaman menangani pasien, freud

menenmukan ragam dimensi dan prinsip-prinsip mengenai manusia yang kemudian menyusun

teori psikologi yang sangat mendasar, majemuk, dan luas implikasinya dilingkungan ilmu sosial,

humaniora, filsafat, dan agama.

Menurut freud kepribadian manusia terdiri dari 3 sistem yaitu id (dorongan biologis), Ego

(kesadaran terhadap realitas kehidupan), dan Superego (kesadaran normatif) yang berinteraksi

satu sama lain. Id merupakan potensi yang terbawa sejak lahir yang berorientasi pada

kenikmatan (pleasure principle), menghindari hal-hal yang tidak menyenangkan, dan menuntut

kenikmatan untuk segera dipenuhi. Ego berusaha memenuhi keinginan dari id berdasarkan

kenyataan yang ada (Reality principle). Sedangkan superego menuntut adanya kesempurnaan

dalam diri dan tuntutan yang bersifat idealitas.

Dalam diri manusia ada 3 tingkatan kesadaran yaitu alam sadar, alam tidak sadar, dan

alam prasadar. Alam kesadaran manusia digambarkan freud sebagai sebuah gunung es dimana

puncaknya yang kecil muncul kepermukaan dianggap sebagai alam sadar manusia sedangkan

yang tidak muncul ke permukaan merupakan alam ketidaksadaran yang luas dan sangat

berpengaruh dalam kehidupan manusia. Dan diantara alam sadar dan alam ketidaksadaran

terdapat alam prasadar. Dengan metode asosisi bebas, hipnotis, analisis mimpi, salah ucap, dan

tes proyeksi hal-hal yang terdapat dalam alam prasadar dapat muncul ke alam sadar.

Psikologi Perilaku (behavior)

Aliran ini berpendapat bahwa perilaku manusia sangat ditentukan oleh kondisi

lingkungan luar dan rekayasa atau kondisioning terhadap manusia tersebut. Aliran ini

mengangap bahwa manusia adalah netral, baik atau buruk dari perilakunya ditentukan oleh

situasi dan perlakuan yang dialami oleh manusia tersebut. Pendapat ini merupakan hasil dari

eksperimen yang dilakukan oleh sejumlah penelitian tentang perilaku binatang yang sebelumnya

Page 12: SOSIAL

dikondisikan.

Aliran perilaku ini memberikan kontribusi penting dengan ditemukannya asas-asas perubahan

perilaku yang banyak digunakan dalam bidang pendidikan, psikoterapi terutama dalam metode

modifikasi perilaku. Asas-asas dalam teori perilaku terangkum dalam hukum penguatan atau law

of enforcement, yakni :

a. Classical Condtioning

Suatu rangsang akan menimbulkan pola reaksi tertentu apabila rangsang tersebut sering

diberikan bersamaan dengan rangsang lain yang secara alamiah menimbulkan pola reaksi

tersebut. Misalnya bel yang selalu dibunyikan mendahului pemberian makan seekor anjing lama

kelamaan akan menimbulkan air liur pada anjing itu sekalipun tidak diberikan makanan. Hal ini

terjadi karena adanya asosiasi antara kedua rangsang tersebut.

b. Law of Effect

Perilaku yang menimulkan akibat-akibat yang memuaskan akan cenderung diulang,

sebaliknya bila akibat-akiat yang menyakitkan akan cenderung dihentikan.

c. Operant Conditioning

Suatu pola perilaku akan menjadi mantap apabila dengan perilaku tersebut berhasil

diperoleh hal-hal yang dinginkan oleh pelaku (penguat positif), atau mengakibatkan hilangnya

hal-hal yang diinginkan (penguat negatif). Di lain pihak suatu pola perilaku tertentu akan

menghilang apabila perilaku tersebut mengakibatkan hal-hal yang tak menyenangkan

(hukuman), atau mangakibatkan hilangnya hal-hal yang menyenangkan si pelaku (penghapusan).

d. Modelling

Munculnya perubahan perilaku terjadi karena proses dan penaladanan terhadap perilaku

orang lain yang disenangi (model)

Keempat asas perubahan perilaku tersebut berkaitan dengan proses belajar yaitu

berubahnya perilaku tertentu menjadi perilaku baru

Psikologi Humanistik

Berlainan dengan psikoanalisis yang memandang buruk manusia dan behavior yang

memandang manusia netral, psikologi humanistik berasumsi bahwa pada dasarnya manusia

Page 13: SOSIAL

memiliki potensi-potensi yang baik, minimal lebih banyak baiknya dari pada buruknya. Aliran

ini memfokuskan telaah kualitas-kualitas insani. Yakni kemampuan khusus manusia yang ada

pada manusia, seperti kemampuan abstraksi, aktualisasi diri, makna hidup, pengembangan diri,

dan rasa estetika. Kualitas ini khas dan tidak dimiliki oleh makhluk lain. Aliran ini juga

memandang manusia sebagai makhluk yang memiliki otoritas atas kehidupannya sendiri.

Asusmsi ini meunjukkan bahwa manusia makhluk yang sadar dan mandiri, pelaku yang aktif

yang dapat menentukan hampir segalanya.

Salah satu kelompok aliran ini adalah logoterapi yang dikembangkan oleh Viktor Frankl.

Logoterapi mengatakan bahwa manusia terdiri dari 2 komponen dasar yaitu dimensi raga

(somatis), dan dimensi kejiwaan (psikis) atau dimensi neotic atau sering disebut dengan dimensi

keruhanian (spiritual). Menurut Frankl bahwa arti keruhanian ini tidak mengacu pada agama

tetapi dimensi ini dianggap inti kemanusiaan dan merupakan sumber dari makna hidup, serta

potensi dari berbagai kemampuan dan sifat luhur manusia yang luar biasa yang selama ini

terabaikan oleh telaah psikologi sebelumnya. Logoterapi mengajarkan bahwa manusia harus

dipandang sebagai satu kesatuan dari raga-jiwa-ruhani.

Manusia memiliki hasrat untuk mencari makna hidup, bila seseorang berhasil menemukan

makna hidupnya maka hidupnya akan bahagia demikian sebaliknya bila tidak menemukannya

maka hidupnya akan hampa. Dan menurut frankl kehilangan makna hidup ini banyak diaami

oleh orang-orang yang hidup dalam dunia modern saat ini.

Psikologi Transpersonal

Aliran ini dikembangkan oleh tokoh dari psikologi hmanistik antara lain : Abraham

Maslow, Antony Sutich, dan Charles Tart. Sehingga boleh dikatakan bahwa aliran ini merupakan

perkembangan dari aliran humanistik. Sebuah definisi yang dikemukakan oleh Shapiro yang

merupakan gaubungan dari berbagai pendapat tentang psikologi transpersonal : psikologi

transpersonal mengkaji tentang potensi tertinggi yang dimiliki manusia, dan melakukan

penggalian, pemahaman, perwujudan dari kesatuan, spiritualitas, serta kesadaran transendensi.

Rumusan di atas menunjukkan dua unsur penting yang menjadi telaah psikologi transpersonal

yaitu potensi-potensi yang luhur (potensi tertinggi) dan fenomena kesadaran manusia. The

altered states of consciousness adalah pengalaman seorang melewati kesadaran biasa misalnya

pengalaman memasuki dimensi kebatinan, keatuan mistik, komunikasi batiniah, pengalaman

Page 14: SOSIAL

meditasi. Demikian pula dengan potensi luhur manusia menghasilkan telaah seperti extra sensory

perception,transendensi diri, ectasy , dimensi di atas keadaran, pengalalman puncak, daya batin

dll.

Psikologi transpersonal seperti halnya psikologi humanistik menaruh perhatian pada

dimensi spiritual msnusia yang ternyata mengandung potensi dan kemampuan luar biasa yang

sejauh ini terabaikan dari telaah psikologi kontemporer. Perbedaannya dengan psikologi

humanistik adalah bila psikologi humanistik menggali potensi manusia untuk peningkatan

hubungan antar manusia, sedangkan transpersonal lebih tertarik untuk meneliti pengalaman

subjektif-ransendental, serta pengalaman luar biasa dari potensi spiritual ini.

Kajian transpersonal ini menunjukkan bahwa aliran ini mencoba mengkaji secara ilmiah

terhadap dimensi yang selama ini dianggap sebagai bidang mistis, kebatinan, yang dialami oleh

kaum agamawan (kyai, pastur, bikhu) atau orang yang mengolah dunia batinnya. Hasil dari

beberapa penelitian tranpersonal menunjukkan bahwa bidang kebatinan bisa menjadi bidang

ilmu dan dapat dikaji secara ilmiah sehingga hal tersebut penting untuk di kaji lebih dalam dan

tidak dianggap sebagai suatu bid’ah, khurafat, ataupun syirik yang akhirnya membelenggu

ilmuwan psikologi untuk mempelajari potensi yang tertinggi ini.