småles · gulungan kertas yang berterusan dan panjang. sebaik sahaja gulungan kertas ada ketebalan...

12
Banyak betul buku ni. Kita perlu buatkannya satu rak buku! Saya tolong awak tapi ada pelan tak? Aaah… Saya tidak perlukan sebarang pelan, dengan mata saya tertutup pun saya boleh buat! Saya rasa perlu diubah suai sikit… Rak buku macam ada masalah sikit je… Saya telah lakukan yang terbaik! Apalah yang dah terjadi pada rak buku ini? Ehm, boleh jadi kotak perkakas walaupun tidak sesuai untuk buku! © Inter IKEA Systems B.V. 2017 PP19179/05/2017(034733) Issue No. 03/2017 småles Musim Luruh 2017 perihal småles

Upload: duongngoc

Post on 06-May-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Banyak betul buku ni. Kita perlu buatkannya satu rak buku! Saya tolong awak

tapi ada pelan tak? Aaah… Saya tidak perlukan sebarang pelan, denganmata saya tertutup pun saya boleh buat!

Saya rasa perlu diubahsuai sikit…

Rak buku macamada masalahsikit je…

Saya telah lakukanyang terbaik!

Apalah yang dahterjadi pada rakbuku ini?

Ehm, boleh jadi kotak perkakas walaupun tidak sesuai untuk buku!

© I

nter

IKEA

Sys

tem

s B.V

. 20

17 P

P191

79/0

5/20

17(0

3473

3) I

ssue

No.

03/

2017

småles

Musim Luruh 2017

perihal småles

© I

nte

r IK

EA S

yste

ms

B.V

. 2

01

6

MC

I (P

) 0

04

/0

2/

20

16

I

ssu

e N

o. 0

1/

20

16

småle matters

Spring 2016

småles

02 03

Kata alu-aluan daripada Sara

Barangan baharu & Pertandingan Melukis Mainan Lembut

Lukis Sang Rakan

Bagaimana kertas dihasilkan?

Apakah pembasmian hutan?

03 Impak pembasmian hutan 14

Halaman kraf17

Permainan10

Cari perbezaan12

04 Apa yang boleh kita lakukan?16

Conteng-conteng21

Sayangi tugas anda18

Peti masuk @ småles22

Komik24

05

06

08

Kandungan

09 Stastik pembasmian hutan

Batu-gunting-kertas! Kita menggunakan kertas pada setiap hari,

tapi adakah adik-adik tahu bagaimana kertas dihasilkan? Ketahui tentangnya di

muka surat 6 – 7. Adakah adik-adik tahu yang penggunaan

kertas kita membawa kesan terhadap dunia yang kita huni sekarang? Dari mana kita memperoleh kertas kita menentukan kesan terhadap persekitaran di sekeliling kita. Semua tentang pembasmian hutan

boleh dibaca di muka surat 8 – 9 dan impaknya pula di muka surat 14 – 15.

Lihat rakan-rakan yang telah dilukis oleh småles di muka surat 5 juga.

Kami harap adik-adik sama-sama menikmati isu ini seperti kami, sehingga

bertemu di IKEA, berseronoklah! Dengan pelukan mesra,

SaraPenerbit: Ikano Handel Sdn Bhd No 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, SelangorDicetak oleh: Percetakan Zanders Sdn Bhd No 16, Jalan BK 1/11, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor

baharuBarangan

Tebus semula kotak pensil kecil yang bergaya untuk menyimpan semua alat tulis adik-adik hanya pada $2.50 dållar Smålish.

Boleh didapati dari pertengahan September 2017 di Bug House.

Lukis Sang Rakan

Adakah adik-adik mempunyai rakan yang ingin adik-adik perkenalkan kepada kami? Lukiskannya dan terangkan ciri-cirinya! Hantarkan kepada kami lukisan adik-adik selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2017 dengan nama, nombor pasport Smålish dan butir-butir hubungan adik-adik ke [email protected] atau småles, No 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor dan bertuah memenangi satu mainan lembut LATTJO!

Nama: Alisa Si Raksasa Kasih Sayang Jantina: BetinaUmur: 10 tahunMakanan kegemaran: Kek, biskut, coklat, aiskrim, kandiCiri-ciri: Merah jambu dan merah, bulu kasih sayang, lapan sesungut kasih sayang (untuk mengambil makanan), berbau seperti bunga

Terima kasih

sebab telah

memperkenalkan

rakan anda

kepada kami,

Joey dan Nisa!

Nama: BlinkieyJantina: JantanMakanan kegemaran: Labah-labah, bawang lecek, kandi semutCiri-ciri: Gembira, ceria dan lemah lembutKeistimewaan: Blinkiey boleh membuat impian adik-adik jadi kenyataan dengan menggunakan tanduk ajaibnyaPermainan kegemaran: Sembunyi-sembunyi, kejar-kejar dllKeupayaan istimewa: Blinkiey boleh berenang dengan keenam-enam sesungutnyaRahsia: Blinkiey ada rakan perempuan yang bernama Blinketted

Kami telah meminta ahli småles agar melukis rakan yang mereka idamkan dan kami telah banyak menerima penyertaan.

Kami ada Joey Choong Jo Wei dan Nurnisa Saffiya Uhadeeja (Nisa), dua ahli småles yang telah menunjukkan kepada kami rakan-rakan mereka, Blinkiey, dan Alisa Si Raksasa Kasih Sayang.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti Pertandingan Melukis Mainan Lembut antara 3 – 19 November 2017 ini!

Layari IKEA.my/smales untuk pengumuman menjelang Oktober 2017.

Mainan Lembut

MelukisPertandingan

04 05

Kita menggunakan kertas dalam kehidupan harian kita. Buku-buku cerita, buku-buku teks, tisu kita… senarai yang tidak berkesudahan! Adakah adik-adik tahu bahawa sumber kebanyakan daripada kertas berasal daripada pokok? Terus membaca untuk mengetahui bagaimana sebatang pokok, yang sangat besar dan kukuh menjadi helaian kertas yang nipis.

Proses dimulakan dengan penuaian pokok. Sebaik sahaja pokok telah dituai, kulit dibuang dan pokok dipotong menjadi serpai kayu yang kecil.

Disebabkan campuran pulpa sangat berair, ia perlu melalui proses yang lama yang merata dan mengeringkan pulpa. Hasil akhirnya ialah gulungan kertas yang berterusan dan panjang.

Sebaik sahaja gulungan kertas ada ketebalan yang diperlukan, ia mungkin diwarnakan atau disalutkan dengan bahan kimia khusus yang bantu menguatkannya atau membuatnya kalis terhadap air!

Serpai kayu kemudiannya digunakan untuk membuat pulpa – campuran berair mengandungi serpai kayu, air dan bahan kimia.

Bagaimanakertas dihasilkan?

Pada langkah terakhir, gulungan kertas dipotong menjadi saiz yang lebih kecil untuk kegunaan harian kita.

Sumber: http://wonderopolis.org/wonder/how-do-you-make-paper-from-a-tree dan http://www.paperone.com/how-paper-is-made06 07

• Hutan meliputi tiga puluh peratus daripada tanah di muka bumi.• Kadar pembasmian hutan bersamaan dengan kehilangan dua puluh padang bola dalam setiap minit.• Jika kadar semasa pembasmian hutan berterusan, ia akan mengambil masa kurang daripada seratus tahun untuk memusnahkan semua hutan hujan di atas muka bumi.• Dengan demikian dianggarkan dalam masa seratus tahun tidak akan terdapat hutan hujan lagi.• Sehingga 28,000 spesies dijangka menjadi pupus menjelang suku abad akan datang akibat pembasmian hutan.• Separuh daripada hutan tropika dunia telah menjadi cerang.

PEMBASMIAN HUTANPEMBASMIAN HUTAN

Selain daripada menghasilkan kertas, kita gunakan pokok untuk lain-lain sebab. Sebagai contoh, untuk membuat perabot dan membina rumah. Kadangkala, apabila pokok-pokok ini tidak digunakan, pokok-pokok ini dimusnahkan agar tanah boleh digunakan untuk lain-lain tujuan.

Proses pemotongan pokok dinamakan pembasmian hutan. Pembasmian hutan merupakan pemotongan pokok secara kekal untuk memberi laluan kepada tujuan-tujuan lain yang kurang biodiversiti. Biodiversiti merujuk kepada kepelbagaian kehidupan tumbuhan dan haiwan di sesebuah kawasan. Manusia bergantung kepada biodiversiti untuk hidup. Ia membersihkan udara dan air, mengawal cuaca dan lebih lagi!

Beberpa fakta tentang Pembasmian Hutan

08 09Sumber: http://kids.mongabay.com/lesson_plans/lisa_algee/deforestation.html,https://www.livescience.com/27692-deforestation.html,http://www.nationalgeographic.com/environment/global-warming/deforestation/ danhttps://www.worldwildlife.org/threats/deforestation

Sumber: http://www.conserve-energy-future.com/various-deforestation-facts.php

10 11

Tunjukkan Bugbug jalanuntuk mencari Sara!

Bantu Sara dan Bugbugmengenal pasti tiga sumber

pencemaran di kawasanperkhemahan di dalam hutan.

Bolehkah adik-adik mencari

Beritahu kami lokasi setiap perbezaan dengan membulatkannya.

20 perbezaan? perbezaan

Cari

12 13

Hantarkan jawapan adik-adik berserta nama, nombor pasport Smålish dan butiran hubungan adik-adik ke [email protected] atau småles, No 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2017. Tiga puluh pemenang bertuah setiap seorang akan menerima satu set enam unit mangkuk KALAS.

Masalah nombor satu yang disebabkan oleh pembasmian hutan ialah impak ke atas kitaran karbon global. Pokok-pokok bantu menyerap gas rumah hijau yang berbahaya terhadap persekitaran dan apabila ia terkumpul terlalu banyak, ia akan mengakibatkan perubahan cuaca.

pembasmian hutan

Impak

Lebih gas berbahayadilepaskan ke dalam udara

Bahaya kepada daya hidup spesies

Akar pokok bantu mengukuhkan tanah. Tanpa pokok, tanah mudah dihakis air atau ditiup angin yang membawa kepada masalah tumbesaran tumbuh-tumbuhan dan menyebabkan banjir.

Hakisan tanah juga membawa kepada sisa halus daripada logam atau kompnen lain masuk ke dalam sumber air seperti sungai dan tasik. Ini boleh mencemarkan air, dan meracuni ternakan, pertanian atau malah manusia di kawasan yang bergantung kepada sumber air ini.

Tanah berkurangan untuk penanaman bahan makanan

Kesihatan yang tidak baik di beberapa kawasan

Mengikut National Geographic, tujuh puluh peratus daripada tumbuhan dan haiwan dunia tinggal di hutan dan lama-kelamaan mereka bakal kehilangan habitat mereka akibat pembasmian hutan. Kemusnahan habitat membawa kepada kepupusan spesies.

Sumber: https://www.livescience.com/27692-deforestation.html Sumber: https://www.livescience.com/27692-deforestation.html14 15

HASILKAN KERTAS ADIK-ADIK SENDIRICuba hasilkan kertas adik-adik sendiri!bingkai gambar FISKBO (L21 x T30cm)

dan skrin (jaring halus) atau

stokin lama

kertas terpakai (resit, kertas

cetakan yang tidak digunakan)

perhiasan:bungaan, bijian, dedaun

air

tab atau mangkuk

pengadun

besin tohor

tuala atau span

Apa yang adik-adik perlukan:

Tunggu sehingga kertas adik-adik mengering dan kertas adik-adik pun siap!

Buat satu acuan dengan mengambil bingkai gambar lama dan kokotkan skrin (jaring halus) atau stokin lama padanya dengan ketat. Adik-adik juga boleh membentukkan penyangkut lama menjadi empat persegi dan sampulkan dengan stokin lama untuk dijadikan sebagai acuan.

1

2

Dapatkan bahan-bahan dengan melihat tong kitar semula atau di sekeliling adik-adik untuk sebarang kertas yang adik-adik boleh guna semula. Kumpulkan juga tumbuhan seperti dedaun atau kelopak kering yang boleh ditambahkan pada kertas adik-adik.

Masa membuat pulpa! Koyak kertas menjadi kepingan kecil dan rendamkannya di dalam tab atau mangkuk berisi air semalaman. Isikan pengadun sepertiga penuh dengan air. Tambahkan segenggam kertas basah ke dalam pengadun. Adun kertas sehingga tidak ada kepingan besar yang tertinggal. 34

Pulpa menjadi kertas. Isikan basin tohor dengan air dan pulpa. Kacau adunan dan tambah tumbuhan anda. Celupkan bingkai ke dalam adunan dan gerakkan bingkai di sekeliling, ratakan pulpa ke atasnya untuk mendapatkan pulpa yang sekata di atas skrin (jangan tinggalkan sebarang lubang kosong). Letakkan bingkai di tepi besin untuk kertas mengering. Selepas beberapa minit, guna tuala atau span untuk menyerap air sebanyak mungkin (anda boleh gunakan pengelek di atas kertas untuk mengeringkannya). Letakkan kertas mengadap ke bawah di atas tuala atau felt. Angkat skrin dengan berhati-hati. Jika kertas tersangkut, mula dengan mengopek tepi kertas.

Pembelian kertas kitar semula dan lain-lain produk untuk menutup lingkaran kitar semula.

Membeli secara bijak

Dapatkan pensijilan Forest Stewardship Council® (FSC®) ke atas kayu dan produk kayu.

Bergantung kepada pensijilan yang diiktiraf

Kongsi dengan rakan-rakan, keluarga dan mereka yang adik-adik kenal tentang bagaimana tabiat harian kita boleh membawa impak terhadap hutan di seluruh dunia.

Mendidk mereka di sekeliling adik-adik

Sama-sama memainkan peranan dalam menyelamatkan pokok kita dengan membawa suratkhabar adik-adik untuk dikitar semula di Bug House, Tingkat Bawah. Ingat, adik-adik akan peroleh kredit hijau juga!

Kitar semula kertas adik-adik

Apa yang bolehkita lakukan untuk membantu?

16 17Sumber: http://www.forestjustice.org/toolbox/3rs/ dan http://www.greenpeace.org/usa/forests/solutions-to-deforestation/ Sumber: http://www.pbs.org/parents/crafts-for-kids/homemade-paper/

Dalam isu kali ini, kami berbual-bual dengan Zimon, yang telah bekerja sebagai pengurus Pengalaman Beli-belah selama dua tahun sejak mula bekerja di IKEA empat tahun yang lalu!

Sebagai pengurus Pengalaman Beli-belah, apakah yang anda lakukan?

Seperti yang tertera pada nama jawatan, saya pastikan yang pelanggan kita menikmati saat-saat membeli-belah yang menyeronokkan di gedung IKEA. Saya mengurus kembaraan mereka sebelum mereka datang mengunjungi gedung, dengan memastikan saluran kami seperti laman sesawang dikemas kini dan mudah bagi pelanggan memahaminya. Semasa kunjungan mereka ke gedung, kami pastikan Penyambut kami menyediakan beg kuning untuk mereka agar mereka boleh

membeli-belah dengan mudah, serta memastikan stok senarai beli-belah, troli dan pembaris kertas IKEA ditambah dan sedia untuk digunakan oleh pelanggan agar mereka dapat membeli-belah dengan lebih gembira! Adakah anda juga mengurus Småland dan småles juga?

Ya saya juga! Saya juga memastikan kanak-kanak yang mengunjungi Småland dapat berseronok dan Bug House berhampiran pintu masuk berfungsi dengan baik dengan barangan tersedia untuk ditebus semula oleh småles.

Apa yang menyeronokkan tentang tugas anda?

Saya suka dapat membantu pelanggan kita. Dengan mempunyai latar belakang dalam kejururawatan sebelum ini, saya suka yang saya berupaya menghulurkan bantuan kepada orang ramai. Saya bantu dengan menjawab soalan, menyediakan penyelesaian dan memastikan yang pelanggan memperoleh apa yang mereka perlukan di gedung.

Saya juga suka menjadi sebahagian daripada pasukan bersama dengan rakan sekerja untuk berpeluang mengenali mereka dan bekerja bersama-sama dengan mereka.

Adakah terdapat peristiwa yang sukar dilupakan?

Salah satu daripada kenangan manis ialah semasa seorang kanak-kanak mengunjungi Småland dan ternampak saya dan sebetulnya dia mengingati nama saya semasa kali terakhir dia datang berkunjung! Dia berkata ‘Hi Uncle Zimon!!’ dan saya terkejut yang dia benar-benar tidak lupa. Ia bukan satu perkara yang biasa untuk kanak-kanak mengingati nama orang dewasa terutamanya apabila saya nampak menakutan pada mereka dengan janggut dan macam-macam lagi.

Apakah nasihat anda untuk ahli småles kita?

Jangan berhenti mengejar cita-cita adik-adik. Selagi adik-adik melakukannya dengan baik, dan selagi adik-adik berasa gembira, lakukanlah apa yang adik minat.

18 19

1

2

3 5

4

Sayangi Tugas Anda!

CONTENG-

CONTENG: Lukiskan satu lukisan

menggunakan hanya kertas terpakai

IKEA TEBRAUDIBUKA PADA AKHIR 2017 TIDAK LAMA LAGI,PILIHAN BAKAL ADA.

MATA PELAJARAN SEKOLAH TIDAK BOLEH ADIK-ADIK PILIH.

TETAPI TIDAK LAMA LAGI,CITA-CITA ADIK-ADIK BOLEH.

20 21

Semasa Sara dan Bugbug sedang menikmati semangkuk bubur yang hangat pada satu hari yang sejuk pada musim sejuk, tiba-tiba loceng di pintu berbunyi. Apa yang mereka lihat di luar pintu?

Tema isu lalu:

Sara dan Bugbug sedang mengembara di dalam hutan yang indah dan mereka terdengar bunyi tapak kaki di belakang mereka. Apa yang terjadi selepas itu?

Aarushi Balaji, 9 tahunGrace Yee Xi En, 10 tahun

Tema isu lalu:Sara dan Bugbug sedang mendayung sampan menyusuri sungai dan mereka ternampak seekor ikan istimewa! Lukis bagaimana rupa ikan tersebut!

Sara dan Bugbug sedang mengait baju sejuk untuk musim sejuk akan datang di Småland untuk membuat mereka selesa dan hangat. Lukis bagaimana bentuk baju sejuk tersebut!Kongsikan lukisan adik-adik berserta adik-adik berserta nama, nombor pasport Smålish dan butiran hubungan adik-adik ke [email protected] atau småles, No 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2017. 2 pemenang bertuah setiap seorang akan memenangi satu mainan lembut HEMMAHOS.

Hantarkan cerita adik-adik berserta nama, nombor pasport Smålish dan butiran hubungan adik-adik ke [email protected] atau småles, No 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2017. 2 pemenang bertuah setiap seorang akan memenangi satu kotak storan beroda dan penutup VESSLA.

One bright and sunny morning, as the birds were chirping cheerfully, Sara and Bugbug decided to go hiking in a forest. They packed everything they needed as fast as lighting and off they go!

As they were hiking, they also enjoyed the scenery. The forest was stunningly beautiful. The flowers were in different shapes and sizes, multicolored petals and sweet smell. A stream flowed with crystal clear water, trees grew so tall that it covered most of the sunlight, letting only a sliver of sunlight through.

While they were happily hiking, they heard footsteps behind them. Suddenly, TORVA Carrot came running out from the bushes. Without looking, he stumbled across a rock and fell. Sara and Bugbug immediately went to help TORVA Carrot to his feet.

Sara: What happened to you?TORVA Carrot: I...I was hiking. When I saw a huge shadow. I panicked and ran.Sara: Here, have a drink.Bugbug: Did you see what it looked like?TORVA Carrot: It was twice my size, had brown fur and huge claws like a bear.Sara: Hmm...There are no bears around here, I think we should go investigate.Bugbug: I agree.

So, TORVA Carrot led them to where he saw the creature. Sure enough, there was a huge shadow... But it wasn't a bear, it was a costume. Soon, they found out it belonged to an actor who was filming a movie. The director apologise for the inconvenience and allowed them to stay for the filming.

Sara: TORVA Carrot, you should look carefully next time before panicking.TORVA Carrot: I'm so sorry.Bugbug: It’s okay.

And, so Sara and Bugbug forgave TORVA and they enjoyed the rest of the day.THE END.

Cheryl Tan Yi Xin, 12 tahun

It was a windy, creepy and haunted day in Småland. Sara and Bugbug were hiking in a beautiful forest. Both of them were carrying heavy bags. Step by step, their sweat came dripping down their face. But, they never gave up and continued to hike and admire the beautiful and magical scenery. As the sun was setting, Sara’s and Bugbug’s eyes gleamed.

Sara: (wiping her sweat) Whew! It has been a long day. Are you sure that you do not want to take a short break?Bugbug: (thinking) Hmmm…. Yeah, we should take a break. By now, I think my muscles are swollen.

At that time, TORVA Carrot was dressing up as a tennis player zombie for Halloween. After TORVA Carrot had dressed finished, he decided to scare Sara and Bugbug. He remembered that Sara told him that Bugbug and she would go to the beautiful forest. So, TORVA Carrot went there using a map.

The strong wind blew at Bugbug and she was so scared that she hid behind Sara.

Sara: What are you doing?Bugbug: (feeling frightened) Well, it is getting darker, should we get back home?Sara: Well, ok. But, allow me to drink the last few sips of my refreshing lemonade.Bugbug: (trembling) I will wait.

When Sara was drinking her delicious lemonade, TORVA Carrot reached the enchanting forest. He was getting very excited to scare Sara and Bugbug.

Sara: Did you hear that?Bugbug: (squeezing herself) Footsteps?Sara: Yes, it is footsteps.TORVA Carrot: Roarrrrrrrrrr…Sara and Bugbug: (hugged each other) Aaaaggghhhh…Bugbug: (flying around) Help! Help! It is a triangle shaped zombie!TORVA Carrot: (taking off his costume) Hey guys, it is just me TORVA Carrot.Sara: You frightened the life out of me!Bugbug: What was that for?TORVA Carrot: (laughing) Happy Halloween! Did you guys forget that today is Halloween?Sara and Bugbug: (feeling relieved) Oh yeah! We totally forgot about that!Sara, Bugbug and TORVA Carrot: Happy Halloween everyone. Group Hug!Bugbug: Sorry to interrupt whatever that was, but can we go back home now. Every second, the sky is getting darker.TORVA Carrot and Sara: (giggle) Okay!

After that, the three friends went back home and ate a decorated pie with scary pictures. They talked about the funny things they did today and they all laughed. Sara warned TORVA Carrot not to scare them anymore.

Hee Jo Ee, 11 tahun

Lukisan

pemenang-pemenang

Surat pemenang-pemenang

22 23