sejauhmana keberkesanan kempen kibar jalur …

23
Pembentang Bersama : DR. WAN MUHAMMAD ZAINUDDIN BIN WAN ABDULLAH BAC (UKM) | MBA (KUIS) | PhD (USIM) Pensyarah Kanan Program Perakaunan dan Kewangan Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim Universiti Malaysia Terengganu SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG TERHADAP SEMANGAT PATRIOTISME DI NEGERI TERENGGANU KERTAS KAJIAN DISEDIAKAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU BERSAMA JABATAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL NEGERI TERENGGANU BURHANUDDIN B. HJ DAUD Pengarah PERPADUAN Negeri Terengganu

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Pembentang Bersama :

DR. WAN MUHAMMAD ZAINUDDIN BIN WAN ABDULLAH BAC (UKM) | MBA (KUIS) | PhD (USIM)

Pensyarah Kanan Program Perakaunan dan Kewangan

Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim Universiti Malaysia Terengganu

SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG TERHADAP SEMANGAT

PATRIOTISME DI NEGERI TERENGGANU

KERTAS KAJIAN DISEDIAKAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU BERSAMA

JABATAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL NEGERI TERENGGANU

BURHANUDDIN B. HJ DAUD

Pengarah PERPADUAN

Negeri Terengganu

Page 2: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

• Pendahuluan

• Pernyataan Masalah

• Objektif Kajian

• Kajian Literatur

• Kerangka Teoretikal Kajian

• Methodologi Kajian

• Dapatan Kajian

• Analisis Keberkesanan Kempen, Cadangan Penambahbaikkan dan

Kajian Akan Datang

• Kesimpulan Kajian

Kandungan

Page 3: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

• Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan saban tahun pada tanggal 31hb Ogos. Ini diikuti pula dengan perayaan hari pembentukan Malaysia pada 16 September setiap tahun. Sudah menjadi kewajipan semua negeri di Malaysia akan mengadakan acara sambutan seperti perbarisan.

• Perarakan secara besar-besaran dari pagi untuk menonjolkan semangat patriotisme antara semua lapisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa. Tetapi sejauh manakah sebenarnya semangat patriotisme ini wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya belia pada masa kini? Adakah menghadiri ataupun melibatkan diri dalam acara perbarisan atau sekadar melekatkan jalur gemilang di kenderaan, di rumah ataupun di kedai ataupun menghadiri aktiviti-aktiviti kempen khidmat negara boleh melahirkan semangat cinta kepada Negara? Secara umumnya ya, mungkin dari segi pandangan luar sahaja semangat patriotisme kelihatan berkobar-kobar.

Pendahuluan

Page 4: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Pernyataan Masalah Kajian ini membuka persepsi dan pemahaman tentang isu-isu perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Kebanyakan kajian-kajian terdahulu lebih menjurus kepada bidang sosio-ekonomi dalam kalangan belia dan kini isu-isu perpaduan telah mula mendapat perhatian di kalangan para penyelidik. Walaubagaimanapun, kajian tentang elemen kesan Jalur Gemilang terhadap semangat patriotism belum pernah dilakukan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauhmana keberkesanan Kempen Kibar Jalur Gemilang terhadap semangat patriotisme di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Objektif Kajian Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengukur sejauhmana kesan Kempen Kibar Jalur Gemilang terhadap semangat patriotisme di Malaysia.

Pendahuluan

Page 5: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Kajian Literatur

Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes (fellow countrymen)(Billig, 1995; Griffin, 2005) iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country, iaitu tanah air atau negara. Ini membawa pengertian tentang individu atau kumpulan yang berada di barisan hadapan dalam usaha membela tanah air (Tuan Pah, et al., 2016).

Juga dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya dan seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nordin Kardi, 2003).

Manakala daripada perspektif Islam, Sheikh Daud Abdullah Al-Fatani, seorang ulama besar dari selatan Siam (Patani) menjelaskan bahawa mempertahankan negara daripada ancaman dan penjajahan luar ataupun tekanan kuasa asing adalah Fadhu Ain bagi setiap penduduk sesebuah negara.

Justeru, setiap warga negara adalah wajib mempunyai semangat patriotisme yang mendalam terhadap negara dan sebarang tindak tanduk adalah perlu menepati ciri-ciri semangat patriotism tersebut (Nik Anuar, 2002).

Konsep Patriotisme

Page 6: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Kajian Literatur

Integrasi boleh berlaku melalui proses beberapa proses, di antaranya ialah Akomodasi, Akulturasi dan Asimilasi (Abdul Aziz et al., 2015).

Walaubagaimanapun proses Akulturasi masih jauh untuk dicapai di negara ini kerana masing-masing kaum masih mempertahankan identiti kaum masing-masing. Manakala, Asimilasi merujuk kepada satu proses penggabungan kebudayaan kaum yang berbeza untuk membentuk satu kebudayaan serta identiti masyarakat yang baru.

Diantara kesan Asimilasi ialah kelompok kaum-kaum yang diAsimilasikan akan berubah menjadi satu kelompok yang baru yang mempunyai percampuran budaya dan juga kaum seperti Baba-Nyonya.

Seterusnya, yang paling sesuai ialah Akomodasi iaitu ia merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama pelbagai kaum yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat (Bangsa Malaysia) yang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut.

Dalam lain perkataaan, kaedah Akomodasi adalah sebagai situasi menang-menang (win-win situation) di mana kaum-kaum yang berlainan akan memperolehi faedah daripada satu matlamat baru (Bangsa Malaysia) yang telah dibina secara bersama dan kolektif.

Konsep Perpaduan dan Integrasi Nasional

Page 7: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Kajian Literatur

Tujuan diadakan Kempen Kibar Jalur Gemilang adalah untuk meningkatkan dan memperkukuhkan semangat patriotisme, setia dan cintakan negara. Kempen ini juga seterusnya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat supaya mengibarkan jalur gemilang di rumah, premis dan kenderaan sebagai lambang kedaulatan negara.

Kempen Kibar Jalur Gemilang telah dijalankan bermula sekitar tahun 90an sehingga sekarang, di antara pengisian di dalam kempen tersebut adalah seperti berikut, (1) Menggalakkan pemasangan bendera di premis awam , sekolah serta KRT menghias dan menceriakan premis dengan Bendera Jalur Gemilang mengikut kreativiti masing-masing, (2) diadakan pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) peringkat negeri, dan (3) ceramah patriotisme kepada pelajar sekolah.

Beberapa penambahbaikan telah dilakukan pada tahun 2017, iaitu pelaksanaan Kempen Kibar Jalur Gemilang (KKJG) telah diperluaskan kepada badan bukan kerajaan dan pihak swasta.

Darisegi bajet pula, pada peringkat awalnya sebanyak RM10,000 diperuntukkan kepada setiap negeri, bagaimanapun pada bermula tahun 2017 setiap daerah telah diperuntukkan modal sebanyak RM5,000 bagi menjalankan kempen kibar jalur gemilang.

Kempen yang telah dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

Page 8: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Kerangka Teoretikal

Page 9: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Kajian Literatur

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Negeri Terangganu

Menggunakan Kaedah persampelan sistematik (Systematic) dan Mudah (Convenient) (Sebanyak 55 KRT dipilih daripada total KRT 501 dari lapan daerah Di Negeri Terengganu)

Saiz sampel dikira

berdasarkan saiz bingkai populasi (population frame).

Anggaran Bingkai populasi dalam kajian adalah sebanyak 15,000 (501 KRT x 30 Orang) orang penduduk.

Berasaskan senarai berturutan, maka jumlah sampel adalah sebanyak 460 orang.

Bagi kajian pilot, kaedah analisa adalah, (1) Ke-esahan, (2) Kebolehpercayaan, dan Ke-esahan Kandungan.

Bagi data akhir, kaedah analisa data adalah, (1) Deskriptif, (2) Korelasi, dan (3) Regrasi.

Menggunakan SPSS versi 25.

Pengumpulan Data

Saiz Sampel Penganalisaan

Data

Rekabentuk Kajian

Borang soal

selidik ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, (1) soalan demografik, (2) dimensi kempen Jalur Gemilang, dan (3) Semangat patriorisme.

Borang soal selidik ini di rekabentuk berdasarkan dari sumber-sumber literasi.

Instrumen Kajian

Page 10: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Dapatan Kajian – Kajian Pilot

Analisa Pemfaktoran Eksplorasi (Exploratory Factor Analysis - EFA)

Pembolehubah Dimensi

Kesesuaian Data (Data Suitability) Ekstraksi (Factor Extraction)

Bartlet Test (p<0.05) Kaiser- Mayer- Olkin

(KMO> 0.6) Eigenvalues > 1

Variance Explained

(%) Scree Plot

Tak

Bersandar

Berbangga sbg

Rakyat Malaysia .000 0.823 Dua Faktor

3.644

45.545 (main) Satu Faktor

1.176

Bersemangat

Setia Negara .000 0.793 Dua Faktor

3.213 40.159 (main) Satu Faktor

1.344

Bersemangat

Kekitaan .000 0.846 Dua Factor

4.282

53.526 (main) Satu Faktor 1.016

Sikap Berdisiplin .000 0.864 Satu Faktor 3.124 51.356 Satu Faktor

Sikap

Bertoleransi .000 0.910 Satu Faktor 3.447 67.104 Satu Faktor

Sikap berusaha

dan Produktif .000 0.922 Satu Faktor 3.733 59.546 Satu Faktor

Bersandar Patriotisme .000 .909 satu Faktor 4.845 60.565 Satu Faktor

Page 11: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Dapatan Kajian – Kajian Pilot

Ujian Kebolehpercayaan (Reliabiliti Test – Cronbach’ Alpha)

Pembolehubah

Item Selepas Ujian EFA

Number of items Cronbach’s Alpha

Berbangga sebagai Rakyat Malaysia 5 0.837

Bersemangat Setia Negara 6 0.800

Bersemangat Kekitaan 6 0.891

Sikap Berdisiplin 8 0.855

Sikap Bertoleransi Diantara Kaum 8 0.929

Sikap Berusaha dan Produktif 8 0.900

Patriotisme 8 0.903

Page 12: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Dapatan Kajian – Data Akhir

Kajian ini menggunakan borang soal selidik, manakala sampel kajian adalah seramai 500 penduduk daripada lapan daerah di negeri Terengganu yang dipilih dalam kajian ini. Bagaimanapun hanya sebanyak 460 soalan yang boleh digunakan di dalam kajian ini selepas dilakukan proses penapisan.

Keputusan berdasarkan peratusan adalah seperti berikut. Darisegi jantina, sebanyak 32.8% adalah lelaki, manakala perempuan adalah sebanyak 67.2% yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Seterusnya, majoriti responden adalah yang dah berkahwin iaitu sebanyak 80.4%, manakala yang belum berkahwin adalah sebanyak 19.6%.

Darisegi umur responden pula, majoriti yang mengambil bahagian didalam kajian ini adalah bawah 50 tahun iaitu sebanyak 81.5%, manakala bagi kelas umur diatas 50 tahun adalah sebanyak 18.5%. Darisegi tahap pendidikan pula, peringkat SPM adalah yang teramai iaitu sebanyak 50.4%, STPM 10.2%, Diploma 20.4%, Ijazah 11.5%, dan Lain-lain 7.4%.

Darisegi bangsa yang mengambil bahagian didalam kajian ini adalah terdiri daripada Melayu sebanyak 94.3%, Cina sebanyak 4.6%, India sebanyak 0.4%, dan lain-lain bangsa sebanyak 0.7%.

Sample Characteristics

Page 13: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Dapatan Kajian – Data Akhir

Ujian Korelasi (Pearson Correlation)

Dimensi Ranking Correlation Result (r) Significant Value

Berusaha dan Produktif 1st .543 .000

Setia Negara 2nd .527 .000

Semangat Kekitaan 3rd .477 .000

Berdisiplin 4th .440 .000

Bertoleransi 5th .424 .000

Berbangga sebagai Rakyat 6th .390 .000

Page 14: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Dapatan Kajian – Data Akhir

Ujian Regrasi (Multiple Regression)

Dimensi Kekuatan Pekali (Beta) Significant Value

Berusaha dan Produktif .320 .000

Setia Negara .257 .000

Semangat Kekitaan .111 .000

Berdisiplin .099 .000

Bertoleransi -.033 .000

Berbangga sebagai Rakyat -.21 .000

Ringkasan Model

Mod

l R

R Kuasa

Dua

Pelarasan R

Kuasa Dua

Jangkaan

Ukuran Ralat

Statistik Perubahan

R-Perubahan

Kuasa Dua

F

Perubaha

n

df1 df2 Sig. F

Perubahan

1 .614a .377 .368 2.62141 .377 45.606 6 453 .000

a. Pembolehubah Tak Bersandar: Total_berusahaproduktif, Total_berbangga, Total_setianegara, Total_kekitaan, Total_bertoleransi, dan

Total_berdisiplin.

b. Pemblehubah Bersandar: Total_patriotisme

Page 15: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Dapatan Kajian – Data Akhir

Keputusan ujian regrasi bagi kesemua dimensi kempen jalur gemilang adalah sebanyak 37.7%. Ini memberi maksud secara umumnya bahawa keberkesanan kempen yang dijalankan sebelum ini oleh Jabatan Perpaduan hanya sekitar 38%. Ini menunjukkan bahawa masih banyak ruang untuk memperbaiki lagi kaedah-kaedah ataupun komponen kempen yang telah dijalankan. Dalam kata lain, data yang dikutip daripada rakyat atau responden mengesahkan bahawa keberkesanan kempen adalah sekitar 38% dan masih ada 62% lagi ruang yang boleh dipertingkat.

Penelitian lebih lanjut terhadap keputusan bagi setiap dimensi kempen kibar jalur gemilang yang terlibat menunjukkan bahawa terdapat keputusan yang menyokong ataupun menjelaskan situasi semasa berkenaan sikap rakyat Malaysia berkaitan semangat patriotism dan juga isu perpaduan national. Pada umumnya sikap masyarakat terhadap isu perpaduan nasional atau toleransi kaum masih lagi rendah, begitu juga sikap kekitaan terhadap kaum masing-masing masih lagi menebal. Ini adalah antara halangan yang terdapat dalam masyarakat kita yang perlu penelitian dan usaha untuk memperbaiki lagi situasi tersebut.

Rumusan Keputusan Ujian Regrasi

Page 16: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Dapatan Kajian – Data Akhir

Pertama, sikap berusaha dan produktif adalah paling tinggi kesan terhadap semangat patriotism. Keputusan ujian menunjukkan bahawa secara umumnya rakyat Malaysia adalah sebuah masyarakat yang kuat berusaha dan produktif serta kreatif. Keadaan ini sememangnya diakui bahawa rakyat kuat berusaha dan kreatif dimana pembangunan material di Malaysia adalah sangat membanggakan. Kita mempunyai jalanraya yang baik, bangunan pencakar langit yang antara tertinggi didunia, kita juga adalah antara negara membangun yang paling maju didunia. Namun sikap berusaha dan produktif ini masih perlu difokuskan dan ditinggikan lagi untuk memupuk semangat patriotisme. Secara umumnya kempen kibar jalur gemilang boleh meningkatkan semangat berusaha rakyat secara keseluruhan untuk lebih patriotik serta seterusnya menaikkan sikap ingin berusaha untuk memajukan negara.

Kedua, sikap setia terhadap negara, keputusan ujian menunjukkan dimensi sikap setia kesan daripada kempen kibar jalur gemilang terhadap sikap patriotik adalah tinggi. Keadaan ini sememangnya terbukti dimana rakyat negara kita daripada pelbagai golongan akan bersatu jika terdapat ancaman atau isu terhadap negara, sebagai contoh bilamana berlaku pencerobohan lanun di Tanduo Sabah, semua rakyat Malaysia bangkit bersatu dimana semua parti politik menyokong usul untuk mempertahankan Malaysia. Ini menunjukkan bahawa semangat setia terhadap negara atau semangat patriotisme adalah tinggi dikalangan rakyat.

Analisa bagi Setiap Pembolehubah

Page 17: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Dapatan Kajian – Data Akhir

Ketiga, sikap berbangga sebagai rakyat Malaysia, secara umumnya keputusan daripada data yang dikutip menunjukkan bahawa rakyat adalah berbangga menjadi rakyat Malaysia. Sikap berbangga sebagai rakyat boleh diterjemahkan sebagai sikap yang boleh merangsang kepada semangat patriotism terhadap negara. Rakyat berbangga dengan pencapaian ekonomi Negara, berbangga dengan adat tradisi pelbagai kaum serta berbangga dengan bendera jalur gemilang.

Keempat, semangat kekitaan, keputusan menunjukkan bahawa secara umumnya rakyat Malaysia kurang mempunyai semangat kekitaan, iaitu sikap berharmoni, bermuhibbah dan menghormati diantara pelbagai kaum. Walaubagaimanapun sikap muhibbah dan menghormati antara kaum secara umumnya adalah baik. Keputusan ini menunjukkan bahawa masih terdapat lompang atau ruang untuk memperbaiki atau meningkatkan lagi semangat muhibbah diantara kaum dan seterusnya dapat meningkatkan semangat patriotisme terhadap negara.

Analisa bagi Setiap Pembolehubah

Page 18: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Dapatan Kajian – Data Akhir

Kelima, sikap berdisiplin, berdasarkan keputusan ujian menunjukkan bahawa sikap dikalangan rakyat adalah rendah, ini boleh dilihat darisegi kepatuhan kepada undang-undang negara, sikap amanah, sikap bertimbang rasa serta bertanggungjawab. Sebagai contoh, masih lagi terdapat segelintir rakyat yang kurang mematuhi undang-undang jalanraya, dimana kesannya Malaysia adalah diantara negara yang mempunyai statistik kemalangan jalanraya yang tertinggi didunia. Juga rakyat masih lagi kurang rasa tanggungjawab dengan membuang sampah merata-rata. Semua sikap ini menunjukkan rakyat masih lagi kurang sikap bertanggungjawab terhadap negara atau dalam kata lain, kurang sikap patriotisme terhadap negara.

Keenam, sikap bertoleransi diantara kaum, keputusan ujian menunjukkan bahawa sikap bertoleransi adalah paling rendah darisegi kesan kempen kibar jalur gemilang terhadap semangat patriotisme. Analisa data ini memberi gambaran bahawa soal integrasi nasional atau perpaduan nasonal masih belum dicapai sepenuhnya. Keputusan ini juga bertepatan dan juga mengesahkan bahawa perpaduan di antara kaum masih menjadi isu yang kritikal, dimana soal perpaduan antara kaum merupakan penentu kelangsungan masa depan negara.

Analisa bagi Setiap Pembolehubah

Page 19: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Dapatan Kajian – Data Akhir

Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan Kempen Kibar Jalur Gemilang (KKJG) terhadap semangat patriotisme masyarakat masih kurang. Tahap keberkesanan kempen ini boleh di buat analisa berdasarkan kepada setiap aktiviti yang telah dilakukan. Analisa tersebut adalah seperti berikut:

i. Bagi aktiviti menghias dan menceriakan premis awam, KRT dan sekolah, berkemungkinan kempen ini tidak berfokus dan menyeluruh didalam menggalakkan aktiviti tersebut kepada masyarakat. Tidak semua KRT bagi setiap daerah yang terlibat. Juga mungkin kurang promosi dan hebahan kepada masyarakat berkaitan aktiviti yang akan dijalankan.

ii. Seterusnya adalah pertandingan kempen kibar jalur gemilang, berdasarkan aktiviti pertandingan yang dilakukan, ianya kurang berkesan disebabkan kurangnya penglibatan segenap lapisan masyarakat. Berkemungkinan hanya kumpulan KRT sahaja yang terlibat sedangkan majoriti orang kampung atau taman perumahan tidak terlibat didalam pertandingan tersebut. Secara majmuknya, tiada penglibatan secara aktif pelbagai kaum di dalam aktiviti tersebut.

iii. Manakala bagi ceramah patriotisme pula, berkemungkinan ianya tidak mencapai golongan sasar secara menyeluruh dan juga kandungan ceramah mungkin boleh ditambahbaik.

Analisa Keberkesanan Kempen KKJG yang telah Dijalankan

Page 20: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Dapatan Kajian – Data Akhir

i. Bagi aktiviti sedia ada iaitu menghias dan menceriakan premis, boleh ditambahbaik dengan memperluas capaian sasaran bukan sahaja premis awam, tadika, KRT serta sekolah malah aktiviti menghebah dan promosi mestilah juga melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Agensi-agensi kerajaan pusat serta negeri, syarikat swasta serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

ii. Untuk pertandingan kibar jalur gemilang, bagi menaikkan jumlah capaian kepada masyarakat, jumlah pencalonan bagi peringkat negeri haruslah dinaikkan. Ini adalah supaya lebih banyak KRT bagi setiap daerah boleh terlibat dan mengambil bahagian. Libatkan juga pelbagai kaum di dalam aktiviti yang dijalankan. Juga kandungan aktiviti atau kaedah pertandingan juga boleh ditambahbaikkan supaya tahap semangat patriotisme boleh dinaikkan. Perkenalkan dan pelbagaikan aktiviti yang menarik sebagai tarikan semasa pertandingan tersebut samada di kampong (KRT) atau di Bandar. Aktiviti kempen tersebut perlulah lebih menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai peringkat umur dan juga jadikan aktiviti tersebut sebagai acara tahunan (trademark) untuk kempen patriotisme.

iii. Manakala bagi ceramah patriotisme, bukan hanya ceramah di sekolah sahaja, ianya haruslah diperluaskan kepada orang awam juga. Banyakkan juga aktiviti ceramah umum (public speaking) berkaitan semangat patriotisme samada oleh pelajar sekolah atau pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta melalui sekretariat rukun negara yang sedia ada. Selain diadakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi, ceramah umum ini haruslah juga di adakan di tempat awam supaya masyarakat umum boleh dilibatkan sebagai contoh ceramah umum ini boleh dilakukan semasa karnival atau ekspo yang dianjurkan samada oleh agensi kerajaan atau pihak swasta. Pihak Jabatan Perpaduan Negeri hendaklah memainkan peranan yang lebih pro-aktif dalam memperomosikan aktiviti seperti ini.

Cadangan Penambahbaikkan Kempen

Page 21: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Dapatan Kajian – Data Akhir

iv. Membuat penyelarasan aktiviti kempen di antara jabatan atau agensi persekutuan dengan agensi kerajaan negeri. Ini dapat mengelakkan pertindihan kerja, menjimatkan kos serta meningkatkan keberkesanan kempen (capaian) dengan mengoptimumkan penggunaan sumber kedua-dua peringkat agensi.

v. Jabatan boleh juga melihat pilihan untuk melakukan aktiviti kempen secara berkala, sebagai

cadangan, boleh diadakan aktiviti kempen secara dua kali setahun atau secara empat bulan sekali selain daripada bulan kemerdekaan sahaja. Ini akan dapat menghangat dan menggalakkan semangat patriotism sepanjang masa (tahun) oleh masyarakat.

vi. Untuk jangkamasa panjang, jabatan boleh mengadakan aktiviti kempen semangat patriotisme secara

berkala di sekolah-sekolah rendah dan menengah, ini adalah kerana pendidikan dan kempen pada peringkat umur sebegini akan lebih mendatangkan kesan dalam menyubur dan menyematkan perasaan patriotisme dalam kalangan golongan yang muda.

vii. Pada masa sekarang dan pada masa depan penggunaan teknologi atau gadget sebagai medium

interaksi adalah dominan. Maka pihak jabatan boleh menggunakan pilihan medium interaksi terkini seperti facebook, whatsapp, instagram dan lain-lain untuk mempromosikan aktiviti atau kempen patriotisme secara lebih efisyen.

Cadangan Penambahbaikkan Kempen

Page 22: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

Kesimpulan

Kajian ini telah di lakukan untuk mengukur sejauhmanakah keberkesanan Kempen Kibar Jalur Gemilang (KKJG) terhadap semangat Patriotismee yang telah dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu. Perasaan cintakan negara seringkali dimanifestasikan melalui pelbagai kaedah bagi menzahirkan sifat patriotisme kepada negara. Manakala patriotisme adalah semangat atau nilai cintakan watan yang wajib dihayati oleh segenap lapisan masyarakat. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik, manakala sampel kajian bolehguna adalah seramai 460 penduduk daripada lapan daerah di negeri Terengganu yang dipilih dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua dimensi-dimensi dibawah Kempen Kibar Jalur Gemilang (KKJG) mempunyai kesan positif terhadap Semangat Patriotism.

Page 23: SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN KIBAR JALUR …

KAJIAN TENTANG SEJAUHMANA KEBERKESANAN KEMPEN

KIBAR JALUR GEMILANG TERHADAP SEMANGAT PATRIOTISME