ringgit ed17 draft6 - bnm

12

Upload: others

Post on 21-Nov-2021

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ringgit Ed17 Draft6 - BNM
Page 2: Ringgit Ed17 Draft6 - BNM

2 •

SidangRedaksi

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected] : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

Anda boleh menggunakan nisbahhutang kepada pendapatan untukmengetahui sama ada anda terlalubanyak berhutang. Nisbah inimembandingkan pendapatan andadengan pembayaran balik pinjamansecara tetap, seperti ansuran rumahdan kenderaan bermotor serta bayarankad kredit.

Pendapatan bulanan kasaranda: RM 5,000

Pembayaran balik pinjamansecara tetap setiap bulan: RM 1,000

Nisbah hutang kepadapendapatan: RM 1,000 = 20%

RM 5,000

Jika pendapatan anda berubah-ubahsetiap bulan, gunakan pendapatanpurata anda dalam pengiraan.Kebanyakan institusi perbankan akanmengira nisbah hutang kepadapendapatan anda semasa membuatpertimbangan terhadap permohonanpinjaman anda. Lazimnya nisbahhutang kepada pendapatan yang bolehditerima adalah sehingga tahapmaksimum 30%.

AdakahAndaTerlaluBanyakBerhutang?

Tanda-tanda Amaran MasalahPembayaran Balik Hutanga) Anda sentiasa berbelanja melebihi

pendapatan anda.b) Had kredit bagi kebanyakan kad

kredit anda telah digunakansepenuhnya.

c) Anda selalu meminjam wanguntuk menampung perbelanjaandari satu tarikh gaji ke tarikh gajiyang akan datang.

d) Anda hanya membayar amaunminimum bagi pembayaran balikpinjaman anda apabila cukuptempohnya dan bukan untukmengurangkan jumlah hutanganda.

e) Anda sering berselisih fahamdengan suami/isteri andaberhubung dengan soal wang.

Apabila anda sukar untukmembayar balik hutang, tanganilahmasalah itu dengan segera supayaia terkawal. Jangan abaikannyakerana beban hutang bolehbertambah buruk, dan mungkinmengakibatkan anda berada dalamkeadaan yang tidak boleh diurus lagi.

Apakah tindakan yang bolehdiambil dalam menangani masalahpembayaran balik hutang.Jika anda menghadapi kesukaranmembayar balik hutang, anda bolehmengambil beberapa atau semuatindakan berikut:-

Page 3: Ringgit Ed17 Draft6 - BNM

• 3

a) Hubungi institusi perbankan anda – jelaskanmasalah anda kepada mereka. Institusiperbankan perlu diberitahu lebih awal olehpeminjam apabila anda menghadapi kesukaranuntuk membayar balik pinjaman. Ini bagimemastikan jalan penyelesaian yang bolehditerima oleh kedua-dua pihak dapat diambil ketikamasalah itu masih boleh diurus. Secara amnya,institusi perbankan akan mempertimbangkanpermintaan untuk mengubah amaun pembayaranbalik untuk tempoh sementara ataumenstrukturkan semula pinjaman itu denganmengubah terma dan syarat perjanjian pinjamanterdahulu. Permohonan anda perlu disokong olehbutiran yang relevan serta dokumen sokonganyang dikemukakan kepada institusi perbankansebagai bukti kedudukan kewangan anda. Perludiingat bahawa institusi perbankan pada amnyatidak mahu peminjamnya mempunyai tunggakanpembayaran balik pinjaman. Oleh itu, jangankeberatan untuk berbincang dengan institusiperbankan anda.

b) Buat belanjawan – sediakan satu pelanbelanjawan dan belanjalah mengikut pelan itu.

c) Kurangkan perbelanjaan anda – buat saturancangan perbelanjaan berdasarkan belanjawan.Memandangkan belanjawan menunjukkan jumlahperbelanjaan (tetap dan berubah) dengan jelas,ini memudahkan anda untuk menentukanperbelanjaan yang boleh dikurangkan ataudihapuskan. Rancangan perbelanjaan hendaklahmengambil kira perbelanjaan yang perlu seperti

bayaran ansuran pinjaman perumahan, penjagaankesihatan, bil utiliti dan yuran pendidikan. Untukmemastikan rancangan perbelanjaan berkesan,anda perlu mematuhinya serta membuatperubahan sewajarnya terhadap gaya hidup anda.

d) Jangan mengambil sebarang pembiayaanbaru sehingga aliran tunai anda bertambahbaik. Di samping itu, jika anda merasakanbahawa anda kurang berdisiplin untuk mengawalpenggunaan kad kredit, pulangkan dan batalkansemua kad kredit anda. Anda juga bolehmempertimbangkan untuk memindahkan baki kadkredit yang mempunyai kadar faedah yang tinggikepada kad kredit yang mengenakan kadar faedahyang lebih rendah.

e) Usahakan untuk menambah pendapatananda. Contohnya dengan membuat kerjasambilan. Sebarang pendapatan tambahan,bersama-sama dengan perbelanjaan yangterkawal akan membantu mengurangkan hutanganda.

f) Jual aset anda untuk membayar hutang.Contohnya, jika anda memiliki rumah yang besar,anda mungkin mahu mempertimbangkan untukmenjual rumah dan membeli rumah yang lebihsederhana bagi mengurangkan hutang anda.

Nasihat daripada Pihak Berkecuali

Jika anda memerlukan bantuan khidmat nasihat dalampengurusan hutang, anda boleh menghubungi AgensiKaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPKtelah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia padatahun 2006 untuk menawarkan perkhidmatankaunseling kredit pengguna dan pengurusan hutanguntuk individu. Selain itu, AKPK menyediakan programpendidikan kewangan mengenai pengurusan kreditsecara betul dan kemahiran asas penggunaan wang.Perkhidmatan AKPK adalah percuma.

Anda boleh menghubungi AKPK di alamat sepertiberikut:-

Agensi Kaunseling dan PengurusanKredit (AKPK)Level 8, Maju Junction Mall1001 Jalan Sultan Ismail50250 Kuala LumpurTalian bebas tol : 1-800-88-2575Laman sesawang : www.akpk.org.my

Sumber : bankinginfo

Institusi perbankan perludiberitahu lebih awal olehpeminjam apabila merekamenghadapi kesukaran untukmembayar balik pinjaman.

Page 4: Ringgit Ed17 Draft6 - BNM

4 •

Perbezaan antaraSaham Pendapatandan SahamPertumbuhan

Bagi pelabur-pelabur saham, soalan lazim yang selalubermain dalam fikiran ialah “Patutkah saya melaburuntuk pertumbuhan atau pendapatan?” Sebelummembuat sesuatu keputusan, seorang pelabur perlumemahami perbezaan antara saham pendapatan dansaham pertumbuhan.

Apa sebenarnya saham pendapatan(income stock)?

Saham pendapatan ialah saham yang membayardividen. Tujuan memiliki saham pendapatan ialah untukmendapatkan dividen tinggi secara konsisten, sebagaisumber pulangan semasa dan bukannya untukmengharapkan naik nilai harga saham. Harga sahampendapatan lazimnya kurang terdedah kepada turunnaik pasaran (volatile) berbanding saham-saham lainyang didagangkan di pasaran saham. Oleh itu, apabilapasaran menurun, harga saham-saham pendapatanakan mengalami penurunan harga yang perlahankerana para pelabur akan mengekalkan pegangansaham mereka selagi syarikat membayar dividen.

Saham-saham seperti ini kurang terjejas oleh kitaranperniagaan, iaitu produk dan perkhidmatan yangditawarkan syarikat masih tetap diperlukan oleh

pengguna-pengguna walaupun keadaan ekonomikurang baik. Ini termasuklah kemudahan awam,makanan dan keperluan harian yang lain. Ini bererti,saham syarikat yang menawarkan produk danperkhidmatan sebegini berisiko rendah.

Walau bagaimanapun, anda perlu memantau kadarfaedah dan inflasi apabila melabur dalam saham-sahamini disebabkan ia sensitif kepada perubahan kadartersebut. Apabila kadar faedah naik dan jika kadar hasildividen sesuatu saham itu kekal, ataupun turun kepadatahap yang lebih rendah berbanding kadar faedah yangditawarkan oleh instrumen pelaburan lain (sepertisimpanan tetap ataupun bon korporat), harga sahamini mungkin turun. Selain itu, sekiranya kadar inflasinaik dan kadar hasil dividen sesuatu saham itudikekalkan setiap tahun, hakikatnya, dividen sebenaryang diperolehi adalah lebih rendah.

Bagaimana pula dengan sahampertumbuhan (growth stock)?

Berbeza dengan saham pendapatan, sahampertumbuhan membayar dividen yang minimumataupun tidak membayar dividen langsung. Sebaliknya,saham pertumbuhan menawarkan potensi

Perbezaan antaraSaham Pendapatandan SahamPertumbuhan

Page 5: Ringgit Ed17 Draft6 - BNM

• 5

pertumbuhan yang tinggi. Ia biasanya mempunyaikadar pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding kadarpertumbuhan purata untuk tiga tahun berturut-turut.Kebanyakan syarikat pertumbuhan yang berpotensiseperti syarikat-syarikat teknologi maklumat danteknologi bio terlibat dalam industri yang sedangberkembang pesat. Syarikat-syarikat ini selalunyamendahului pasaran ataupun mempunyai potensi untukmendahului pasaran. Antara ciri-ciri utama syarikat-syarikat ini ialah kos penyelidikan dan pembangunanmereka yang tinggi berbanding pendapatan. Selain itu,syarikat-syarikat yang kukuh dalam bidang pasarantertentu ataupun syarikat-syarikat yang mempunyaihalangan kemasukan yang tinggi juga tergolong dalamkategori ini.

Walau bagaimanapun, melabur dalam sahampertumbuhan mempunyai risiko tersendiri. Oleh keranapotensi pertumbuhan ialah sesuatu yang belum terjadidan persekitaran perniagaan sentiasa berubah-ubah,syarikat-syarikat ini juga menanggung risiko yang lebihtinggi apabila produk dan perkhidmatan mereka gagalmengikuti perkembangan semasa dalam pasaran.

Jadi, mana satu yang patut dipilih?

Sekarang, anda sudah mempunyai pemahaman asasmengenai saham pendapatan dan saham pertumbuhanserta perbezaaan antara kedua-duanya. Persoalannya,mana satukah saham yang perlu dipil ih? Bagi

menentukan saham yang sesuai, anda perlu menilaikedudukan dan menetapkan matlamat kewanganterlebih dahulu. Secara amnya, sekiranya andatergolong dalam kategori berikut, saham pendapatanlebih sesuai kerana risikonya lebih rendah danlebih mudah dijangka:• Anda inginkan pendapatan yang tetap daripada

pasaran saham untuk menampung perbelanjaan;• Anda hampir bersara dan bergantung kepada

pendapatan daripada pasaran saham untukmengekalkan taraf kehidupan;

• Anda baru sahaja hendak mula melabur dalampasaran saham.

Manakala, saham pertumbuhan sewajarnya menjadipilihan sekiranya anda mempunyai sejumlah wang daningin melabur untuk jangka masa panjang bagimemperolehi kenaikan modal.

Pastikan anda mengenali sahamsyarikat yang dilaburkan

Membeli saham sesebuah syarikat secara tidaklangsung bermakna anda memiliki sebahagiandaripada perniagaan syarikat tersebut. Sekiranya andayakin ia berpotensi tinggi dan memiliki asas/fundamental yang kukuh, maka percaya kepada katahati dan teruskan niat untuk melabur dalam syarikattersebut.

Pendapat berikut mungkin tidak sama denganpandangan umum, tetapi bukan semua syarikat dalamindustri terbaru dan terkini merupakan pilihan pelaburanyang baik. Jangan melabur dalam saham syarikatteknologi bio semata-mata kerana orang ramaimengatakan ia bagus dan mereka juga melabur dalamsyarikat itu. Sentiasa ingat bahawa anda perlumemahami perniagaan syarikat yang anda pilih danbagaimana syarikat tersebut mengaut keuntungannya.Ini kerana, saham pertumbuhan biasanya berisikotinggi disebabkan ketidakpastian dalam potensiperniagaan syarikat. Pastikan anda membuat kajianterlebih dahulu agar dapat mengurangkan kemungkinankehilangan wang.

Tujuan utama melabur ialah untuk memperolehi wang,tidak kira sama ada ia membayar pendapatan dividenataupun untung modal. Walau bagaimanapun, andaseharusnya membina portfolio berdasarkan keperluanperibadi – iaitu sama ada anda perlukan wang untukjangka masa pendek atau anda hendak mengumpulkekayaan dalam jangka masa panjang. Anda juga bolehmencuba untuk menggabungkan kedua-dua jenissaham dalam portfolio pelaburan dan menilaikeuntungannya secara keseluruhan.

© Securities Industry Development Corporation. Untuk maklumatlanjut tentang pengurusan kewangan dan pelaburan bijak, layarilaman web Pelabur Malaysia (www.min.com.my)

Walau bagaimanapun,melabur dalam sahampertumbuhan mempunyairisiko tersendiri.

Page 6: Ringgit Ed17 Draft6 - BNM

6 •

Fraud DalamInsurans –Lindungi DiriAnda

Apakah fraud dalam insurans?

Fraud dalam insurans adalah segala tipu daya/ketidakjujuran yang dilakukan dengan sengaja terhadapsyarikat insurans atau pengendali takaful, oleh ejeninsurans atau ejen takaful atau pengguna untukmendapatkan keuntungan kewangan yang tidak wajar.Ia berlaku dan mungkin dilakukan dalam sesuatutransaksi oleh pihak yang berlainan, misalnyapemegang polisi atau pihak ketiga yang membuattuntutan. Bentuk fraud mungkin pelbagai, daripadatuntutan yang sah tetapi nilainya dinaikkan/diperbesarkan sehinggalah kepada tuntutan yangsengaja diada-adakan atau palsu di mana kerugiansebenarnya tidak pernah berlaku.

Komponen utama fraud dalam insurans adalah:-• Niat untuk memperdaya• Keinginan untuk mempengaruhi syarikat insurans

atau pengendali takaful supaya membayar lebihdaripada yang sepatutnya

Fraud berlaku dalam semua kelasinsurans.

Contoh fraud dalam insurans termasuklah:-

Mewujudkan tuntutan palsu• Kemalangan disengajakan – misalnya melalui

“tumpahan minyak” atau kemalangan berangkaiyang disengajakan dengan tujuan untuk membuattuntutan insurans motor.

• Tuntutan palsu terhadap kemalangan ataukecederaan yang tidak pernah berlaku.

• Membuat tuntutan terhadap polisi insuranskemalangan diri bagi kecederaan yangdisengajakan.

• Kemalangan akibat tergelincir dan terjatuh yangdisengajakan.

• Tuntutan palsu tentang objek asing yang dijumpai

di dalam makanan atau minuman.• Menipu tentang berlakunya kematian untuk

mendapatkan bayaran manfaat ataumengemukakan tuntutan kematian palsu.

• Pecah masuk, kecurian atau vandalism yangdisengajakan.

• Kebakaran yang disengajakan.• Penipuan tentang kecurian kenderaan.

Mengemukakan amaun kerugian yang terlalutinggi• Meninggikan atau “menokok-tambah” nilai

tuntutan, iaitu tahap kerosakan atau kecederaanyang dialami dalam kemalangan sebenar telahdiperbesarkan.

• Meninggikan nilai barang yang dicuri berikutanberlaku pecah masuk/kecurian.

• Pembekal perkhidmatan perubatan meninggikanbil perubatan.

Menyatakan fakta salah untuk mendapatkanbayaran• Membuat tuntutan berganda dengan mempunyai

perlindungan insurans berganda dengan syarikatinsurans atau pengendali takaful yang berlainanuntuk satu kenderaan dan untuk sesuatukemalangan tertentu.

• Membuat tuntutan bagi kerosakan yang telahdialami sebelum kemalangan semasa berlaku.

• Membuat tuntutan hilang upaya separa ataumenyeluruh akibat kecederaan ringan yangdisengajakan.

• Mendapat bayaran hilang upaya walhal bekerjadi tempat lain dan menjalankan tugas kerja yangsama atau serupa.

• Pembekal perkhidmatan perubatan mengenakanbayaran bagi perkhidmatan yang tidak diberikan.

• Membuat tuntutan hilang upaya palsu.• Pembekal perkhidmatan perubatan memberikan

rawatan perubatan yang tidak diperlukan.

Page 7: Ringgit Ed17 Draft6 - BNM

• 7

• Mengenakan bayaran ke atas pemeriksaanperubatan yang tidak diberikan.

Ejen palsu• Penjualan insurans oleh syarikat insurans atau

pengendali takaful yang tidak berlesen atauseseorang yang menyamar sebagai ejen syarikatinsurans atau ejen pengendali takaful.

Bagaimana melindungi diri anda?

• Berwaspada terhadap ejen insurans yang tidakberdaftar. Sebelum membeli insurans, hubungisyarikat insurans atau pengendali takaful atauPersatuan Insurans Am Malaysia (PIAM),Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) atauPersatuan Takaful Malaysia (MTA) untukmemastikan ejen berkenaan adalah ejen yangsah. Persatuan tersebut boleh dihubungi di alamatberikut:

1) Persatuan Insurans Am MalaysiaTingkat 3, Wisma PIAM150, Jalan Tun Sambanthan50470 Kuala LumpurTel : 03-2274 7399Faks : 03-2274 5910Laman sesawang: www.piam.org.my

2) Persatuan Insurans Hayat MalaysiaNo. 4, Lorong Medan Tuanku SatuMedan Tuanku50300 Kuala LumpurTel : 03-2691 6168/ 2691 6628/ 2691 8068Faks : 03-2691 7978Laman sesawang: www.liam.org.my

3) Persatuan Takaful MalaysiaTingkat 21, Dataran Kewangan Darul TakafulJalan Sultan Sulaiman50000 Kuala LumpurTel : 03-2031 8160Faks : 03-2031 8170Laman sesawang: www.malaysiantakaful.com.org

• Elakkan daripada membayar premiummenggunakan wang tunai. Pembayaran hendaklahdibuat kepada syarikat-syarikat insurans ataupengendali takaful dan bukan kepada ejen. Mintaresit sebagai bukti pembayaran premium.

• Pastikan anda menerima polisi setelah membayarpremium pertama anda.

• Segera baca polisi insurans anda bagimemastikan perlindungan adalah sama sepertiyang anda perlukan dan pastikan premium yanganda bayar dinyatakan dalam nota perlindungan/polisi anda.

• Jangan menandatangani borang cadanganinsurans atau takaful, atau borang tuntutaninsurans atau takaful yang kosong.

• Berasa syak wasangka sekiranya premiuminsurans atau sumbangan takaful terlalu rendahdaripada apa yang ditawarkan oleh syarikatinsurans atau pengendali takaful yang lain.

• Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan,berhati-hati terhadap sesiapa yang menawarkanpenyelesaian segera secara tunai atau menggesaanda berurusan dengan bengkel kereta, klinikperubatan atau firma guaman tertentu. Merekamungkin pihak yang terlibat dalam sindiketpenipuan.

• Bertegaslah untuk mendapatkan bil yang terperincibagi pembaikan dan perkhidmatan perubatan yangdiberikan dan semak perinciannya.

• Hubungi syarikat insurans atau pengendali takafulanda, PIAM/LIAM/MTA atau pihak polis sekiranyaanda telah ditipu atau sedang dipujuk supayamenyertai suatu fraud. Berikan maklumatsebanyak yang mungkin tentang kejadian/situasitersebut seperti nama individu, amaun, tarikh danjenis fraud yang dilakukan.

Sekiranya anda terlibatdalam kemalangan, berhati-hati terhadap sesiapa yangmenawarkan penyelesaiansegera secara tunai ...

Page 8: Ringgit Ed17 Draft6 - BNM

8 •

Bagaimana membuat aduan dansaluran penyelesaian yang tersedia

• Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produkatau perkhidmatan syarikat insurans atau andatidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaranpenyelesaian tuntutan, anda hendaklah terlebihdahulu cuba menyelesaikan aduan tersebutdengan Unit Aduan Syarikat insurans berkenaan.

• Jika anda masih tidak berpuashati dengankeputusan yang dibuat, anda boleh menulis samaada kepada Biro Pengantaraan Kewangan(Financial Mediation Bureau (FMB)) atau BankNegara Malaysia. Anda boleh merujuk kepadapegawai di Unit Aduan Syarikat insurans yangberkaitan tentang saluran yang betul untukmengendalikan aduan anda.

• Aduan kepada FMB hendaklah dikemukakandalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusanmuktamad syarikat insurans. FMBmengendalikan pertikaian antara pihak menuntutdengan syarikat insuransnya sendiri atau syarikatinsurans pihak ketiga.

• FMB merupakan sebuah badan bebas yangmenyediakan saluran yang mudah dan berkesanbagi pengguna merujuk aduan atau pertikaianuntuk penyelesaian sebagai alternatif kepadamahkamah.

• Walau bagaimanapun, FMB tidak mengendalikanpertikaian yang melibatkan harga produk insuransdan isu pengunderaitan, kes fraud dan kes yangtelah atau sedang dirujuk di mahkamah.

• Aduan yang dirujuk kepada FMB adalah terhadkepada :-a) RM 200,000 bagi polisi insurans motor dan

kebakaranb) RM 100,000 bagi polisi insurans yang lainc) RM 5,000 bagi tuntutan kerosakan harta pihak

ketiga• Sebarang pertanyaan lanjut mengenai FMB, sila

hubungi di talian:-

Biro Pengantaraan KewanganTingkat 25, Blok UtamaDataran Kewangan Darul TakafulNo 4, Jalan Sultan Sulaiman50000 Kuala LumpurTel : 03-2272 2811Faks : 03-2274 2322

• Bagi kes yang bukan di bawah bidang kuasa FMB,orang awam boleh mengemukakan aduan kepadaBank Negara Malaysia di alamat berikut:

Jabatan LINK dan Pejabat WilayahBank Negara MalaysiaPeti Surat 1092250929 Kuala LumpurTel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)Faks : 03-2174 1515E-mel : [email protected] sesawang: www.bnm.gov.mySms : 15888

Sumber : insuranceinfo

Page 9: Ringgit Ed17 Draft6 - BNM

• 9

Adakah ia untuk Pelaburan atau untukPerlindungan?

Pelan insurans berkaitan pelaburan agak populardewasa ini. Namun begitu, ramai yang masih kelirutentang sama ada pelan ini merupakan pelan insuransatau pelan pelaburan, atau barangkali kedua-duanyasekali.

Apa Itu Pelan Insurans BerkaitanPelaburan?

Pelan insurans berkaitan pelaburan adalah pelaninsurans hayat yang menggabungkan pelaburan danperlindungan. Premium anda bukan sahajamenyediakan perlindungan insurans tetapi jugasebahagian daripada premium itu akan dilaburkandalam dana-dana pelaburan tertentu pilihan anda. Andaboleh memilih cara untuk mengagihkan premiuminsurans anda untuk perlindungan dan pelaburan.

Perlindungan insurans yang diberikan termasukmanfaat kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal.Dana pelaburan dibahagikan kepada unit-unit yangsama nilainya. Harga unit-unit ini disiarkan setiap haridalam surat khabar bagi memudahkan anda mengikutiperkembangan pelaburan tersebut.

Apa yang uniknya tentang PelanInsurans Berkaitan Pelaburan?• Anda diberi kebebasan untuk memilih paras

perlindungan dan pelaburan anda sendiri.• Anda boleh mengubah amaun bayaran premium

atau perlindungan anda menurut keupayaankewangan anda.

• Anda boleh memilih daripada pelbagai jenis danauntuk melabur bergantung pada paras risiko yanganda selesa.

• Pelaburan dalam dana pertumbuhan atau danaberkaitan ekuiti boleh memberikan pulangan yanglebih tinggi daripada pelan hayat tradisional dalamjangka panjang. Walau bagaimanapun, anda perluingat bahawa pulangan yang tinggi datang denganrisiko yang tinggi.

• Anda boleh memilih antara pelan insuransberkaitan pelaburan premium tunggal atau pelaninsurans berkaitan pelaburan premium berkala.

Fahami PelanInsuransBerkaitanPelaburan

Apa Itu Pelan Insurans BerkaitanPelaburan Premium Tunggal?

Seperti namanya, pelan insurans berkaitan pelaburanpremium tunggal memerlukan anda membuat satupelaburan sahaja ke dalam pelan. Biasanya ia lebihbertujuan untuk pelaburan daripada perlindungan. Andaboleh memilih untuk menambahkan pelaburan andaatau menebus unit-unit anda pada bila-bila masa.

Apa Itu Pelan Insurans BerkaitanPelaburan Premium Berkala?

Pelan insurans berkaitan pelaburan premium berkalapula memerlukan anda membuat bayaran premiumyang tetap ke dalam pelan. Pada dasarnya ia bertujuanuntuk perlindungan walaupun boleh digunakan sebagaipelan simpanan biasa. Ia berfungsi sama seperti pelaninsurans hayat tradisional, kecuali anda boleh memilihdana pilihan anda dan mengambil risiko yang lebihtinggi. Unsur pelaburan biasanya merupakan unsurkedua di dalam pelan ini.

Bagaimana saya hendak tahu pelanyang mana sesuai untuk saya?

Apabila anda mengambil keputusan untuk membelipelan insurans berkaitan pelaburan, anda perlumempertimbangkan faktor-faktor seperti amaunpelaburan, pilihan sama ada pelan premium tunggalatau premium berkala, jenis dana dan parasperlindungan yang anda perlukan. Membeli produkseperti ini samalah seperti mempunyai pelan peribadiyang digubah khusus supaya bersesuaian dengankeperluan kewangan anda yang tertentu. Adalah pentingbagi anda menilai pilihan anda dengan teliti untukmencari pelan yang sesuai dengan dana yang sesuaiyang menepati keperluan anda.

Itulah antara petua untuk menolong anda membuatkeputusan bermaklumat sebelum membeli pelaninsurans berkaitan pelaburan. Yang penting ialah andaperlu memastikan objektif anda – jika anda berhasratuntuk menambahkan wang anda, maka pelan premiumtunggal mungkin lebih sesuai. Tetapi jika anda mahumelindungi diri anda, maka pelan premium berkala lebihsesuai.

Sumber : Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)

Page 10: Ringgit Ed17 Draft6 - BNM

10 •

Setiap kali tiba musim perayaan, ramai yang sibukmembuat persediaan untuk menyambut perayaantersebut. Seelok-eloknya anda tidak usah terlebihbelanja pada musim ini memandangkan anda perlujuga menabung untuk situasi yang tidak diduga sepertikecemasan.

Berikut adalah beberapa tip asas untuk membantuanda menghindari tabiat boros berbelanja pada musimperayaan ini.

1) Sediakan senarai bajet yang andaharus patuhiPenyediaan bajet sebelum keluar membeli-belahsememangnya berguna. Satu senarai beli belahboleh membantu anda berbelanja mengikutperuntukan wang yang anda tetapkan. Apabilamembuat bajet, pastikan ia realistik.Memandangkan sumber kewangan anda terhad,kenal pasti perbelanjaan yang paling perlu terlebihdahulu.

2) Opsyen balik kampungSekiranya anda perlu berjalan jauh untuk balik kekampung halaman, rancanglah dengan sempurnaawal-awal lagi. Lazimnya pada musim perayaan,kesesakan lalu lintas tidak dapat dielakkan.Pastikan anda servis kenderaan anda sebelummembuat perjalanan untuk mengelakkan kejadiantidak diingini, termasuk apa-apa kesulitan yangakan memerlukan wang. Jika anda menggunakankenderaan awam untuk balik kampung, cubalahmendapatkan tiket anda seawal mungkin ataupada waktu tambang murah. Tabiat merancangawal tentunya akan menguntungkan anda.

3) Jadilah pembeli bijaksanaSelalu meninjau harga barangan danperkhidmatan serta buatlah perbandingan harga.Adakah perlu untuk membeli barangan berjenamamahal? Apa salahnya membeli barangan generikkeluaran jenama pasar raya yang lebih murah dantidak kurang kualitinya? Sediakan senaraibarangan yang perlu dibeli. Terdapat pelbagaipusat beli belah yang mengadakan jualan murahapabila musim perayaan tiba. Akan tetapijanganlah terlalu ghairah pada waktu ini untukmengelakkan terlebih belanja. Wang berlebihanyang disimpan boleh digunakan untuk tabunganataupun keperluan lain.

4) Amalkan tabiat kitar semulaMengguna semula hiasan seperti langsir, alaskusyen dan butiran kecil seperti hiasan perayaanberdasarkan kreativiti dan inovasi anda sertakeluarga. Cara ini turut membolehkan andamenjimatkan wang. Jangan lupa menabungwalaupun tibanya masa untuk beraya!

5) Buatlah persediaan sendiriRekodkan segala perbelanjaan anda. Kenal pastiperbelanjaan tetap dan berubah anda. Sekiranya

UruskanKewangan Andadengan BijakTerutama PadaMusim Perayaan

Page 11: Ringgit Ed17 Draft6 - BNM

• 11

anda mendapati anda telah berbelanja lebih, cubahadkan perbelanjaan kepada apa yang perlusahaja.

6) Baju baru – berapa setsebenarnya?Mempunyai baju raya dan kasut baru untuk haripertama perayaan adalah suatu kebiasaan. Apakata anda membeli baju yang anda boleh pakaisemula kelak. Adakah perlu membeli jenamamahal dan berbaloikah untuk nilai wang anda?Adakah anda akan mengguna semula pakaiantersebut dengan kerap?

7) Beli apa yang anda perlu, bukanapa yang anda mahuPerubahan gaya hidup akan memanfaatkan situasikewangan anda. Pastikan anda membayar penuhbil kad kredit anda sekiranya anda inginmenggunakan kad tersebut. Ini kerana baki hutangkad kredit yang dibawa ke bulan seterusnya akandikenakan faedah kompaun, walaupun andamembayar bayaran minimum. Belanjalah untukkeperluan, bukan untuk barangan mewah.

8) Jangan lupakan kewajipan andaMemang menjadi kebiasaan untuk bergembira

semasa musim perayaan. Menabung terlebihdahulu, dan seperti biasa, pastikan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bersih andaditabungkan. Cuma beli apa yang perlu mengikutbajet yang ditetapkan. Sekiranya anda perlumembeli barangan mahal, pastikan ia dilihatsebagai suatu pelaburan yang baik, iaitu untukjangka masa panjang. Hidup secara sederhanadan praktikkan tangguhan kepuasan sehinggaanda benar-benar mampu berbelanja. Ambillahbeberapa hari untuk memastikan sama ada andaboleh hidup tanpa barangan atau perkhidmatantersebut.

9) Berseronoklah secara sederhanaBerdisiplin dan menjadikan tabiat menabung tanpamengira peristiwa atau waktu. Anda cumamemerlukan sedikit kreativiti dan rancangan. Andaboleh merayakan perayaan secara sederhana.Lagipun, yang paling penting ialah pertaliansilaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan.

Dengan ini, anda diharapkan akan membuat keputusanyang bijak semasa musim perayaan menjelma. Ingat,sentiasalah amalkan pengurusan kewangan berhematsebagai budaya hidup.

Sumber : Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Berdisiplin danmenjadikantabiat menabungtanpa mengiraperistiwa atauwaktu.Anda cumamemerlukansedikit kreativitidan rancangan.

Page 12: Ringgit Ed17 Draft6 - BNM

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]