ringgit ed14 draft6.pm6

12

Upload: nguyenkhue

Post on 20-Dec-2016

256 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ringgit Ed14 Draft6.PM6
Page 2: Ringgit Ed14 Draft6.PM6

2 •

SidangRedaksi

Dalam menjalani kehidupan, pelbagaibentuk cabaran dan halangan yangberlaku. Cabaran dan halangan ini bolehmempengaruhi kesejahteraan hidupseseorang. Halangan ini ada kalanyadatang tanpa dirancang. Antarahalangan yang mungkin berlaku adalahseperti berikut:

InflasiInflasi adalah kenaikan harga secaraberterusan sehingga menyebabkan nilaiwang berkurangan dari segi kuasabelinya. Oleh itu, rancanglah agarpendapatan anda naik pada kadar yanghampir sama dengan inflasi(umpamanya 3 peratus). Jika andamenyimpan wang dalam bank, kesaninflasi menyebabkan nilai simpananmengecut dengan hebatnya. Oleh itu,di samping menyimpan, andahendaklah melaburkan wang lebihanyang mampu memberikan pulanganyang lebih tinggi daripada inflasi.

CukaiCukai dikenakan berdasarkan kepadapendapatan seseorang setelah ditolakdengan beberapa perbelanjaan asas.Pada tahap tertentu, cukai tidak dapatdielakkan. Namun begitu, pada masaini terdapat beberapa produk kewangan,seperti caruman KWSP, insurans dansebagainya yang diberikan insentifpengurangan cukai. Oleh itu ambilkesempatan dengan menyimpan ataumelabur dalam produk kewangan yangmendapat insentif cukai.

Pelaburan yang gagalSeringkali juga mereka yangmelaburkan wang dalam pelaburanyang mungkin mengalami kegagalan.

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected] : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

Oleh itu dalam membuat pelaburan,gunakan strategi yang praktikal, iaitumelabur dalam produk kewangan yangselamat, kemudian barulah fikirkantentang pulangan. Umpamanyamelabur dalam saham amanah yangdikendalikan oleh PermodalanNasional Berhad adalah lebih terjamin.Walaupun pulangannya lebih rendahberbanding dengan saham amanahyang dikendalikan oleh pihak lain, yangpulangannya lebih tinggi, namun risikokerugiannya juga tinggi.

Hilang upayaSekiranya anda hilang upaya untukbekerja disebabkan oleh penyakit, ataudibuang kerja, berapa lamakahsimpanan yang anda ada bolehbertahan untuk menampung kehidupananda? Oleh itu, anda hendaklahmenyediakan wang simpanan ataudana insurans untuk melindungipendapatan pada masa akan datang.

Tabiat menyimpan untukmembeli barangMengumpulkan wang untuk membelisesuatu barang secara tunai adalahamalan yang baik, berbanding denganmembeli barang secara kredit. Namunbegitu, pembelian barang sepertiperabot atau peralatan elektronik, tidakmenghasilkan aset yang bolehmeningkat nilainya.

Anda hendaklah sentiasa bersediauntuk menghadapi halangan yangmungkin berlaku dalam kehidupananda. Halangan-halangan tersebutsudah pasti menjejaskan kewangananda jika anda tidak mempunyaipersiapan yang baik.

MenghadapiHalanganKehidupanBerkaitanKewangan C

ON

TO

H

Page 3: Ringgit Ed14 Draft6.PM6

• 3

Insurans deposit ialah sistem yang dilaksanakan olehKerajaan bagi melindungi penyimpan daripadakehilangan wang deposit yang disimpan di bank ahlisekiranya sesebuah bank mengalami kegagalan. DiMalaysia, sistem insurans deposit berkuat kuasa padaSeptember 2005 dan ditadbir oleh Perbadanan InsuransDeposit Malaysia (PIDM). Semua bank perdaganganberlesen dan bank-bank Islam berlesen merupakanbank-bank ahli PIDM.

Sebagai komponen penting jaringan keselamatankewangan yang efektif, sistem insurans depositmemantapkan perlindungan pengguna denganmenyediakan perlindungan eksplisit kepada parapenyimpan. Sekiranya berlaku kegagalan bank ahli,anda tidak perlu membuat sebarang tuntutan. PIDMakan membuat pengumuman mengenai pembayaranbalik wang deposit yang dilindungi berdasarkan rekoddaripada bank ahli.

Manfaat kepada penyimpan• PIDM melindungi wang deposit bank anda dan

akan membayar balik dengan segera deposit yangdilindungi sekiranya berlaku kegagalan bank ahli.

• Perlindungan ini disediakan oleh PIDM secaraautomatik dan tidak memerlukan sebarangpermohonan.

• Para penyimpan tidak dikenakan bayaran bagiperlindungan ini.

PIDM menyumbang kepada kestabilan sistemkewangan dengan melaksanakan intervensi danresolusi kegagalan terhadap bank ahli yang mengalamikegagalan dan membuat pembayaran balik dengansegera wang deposit yang dil indungi kepadapenyimpan.

Insurans deposit diiktiraf di peringkat antarabangsasebagai sebuah bentuk perlindungan pengguna yangpenting dan telah dilaksanakan di lebih daripada 100buah negara di seluruh dunia.

Perlindungan

Semua jenis penyimpan, sama ada individu atau entitiperniagaan, dilindungi. Had perlindungan maksimumialah RM250,000 bagi setiap penyimpan di setiap bankahli. Had RM250,000 ini termasuk amaun prinsipaldeposit dan juga faedah / pulangan. Di bawah had

RM250,000, 99% penyimpan dilindungi sepenuhnya.Sistem insurans deposit di Malaysia menyediakanperlindungan berasingan bagi deposit konvensional danIslam.

Deposit layak untuk mendapat perlindungan• Akaun semasa dan akaun simpanan• Deposit tetap• Akaun bersama dan akaun amanah• Deposit mata wang asing

Deposit yang TIDAK layak untuk mendapatperlindungan• Deposit yang tidak boleh dibayar di Malaysia• Deposit pasaran wang• Instrumen deposit boleh niaga dan deposit

pembawa lain• Perjanjian pembelian semula• Unit amanah

Bank ahli sepatutnya memaklumkan kepadapenyimpan sama ada sesuatu produk deposit layakatau tidak layak mendapat perlindungan insuransdeposit sebelum anda menyimpan wang di banktersebut. Semua produk deposit yang layak mendapatperlindungan insurans deposit disenaraikan dalam satudaftar senarai yang boleh didapati di bank ahli.

Keperluan ini adalah sejajar dengan PeraturanPeruntukan Maklumat Insurans Deposit 2011 bagimemastikan bank-bank ahli menyediakan maklumatyang tepat, relevan dan terkini mengenai perlindunganinsurans deposit dan skop perlindungan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenaiperlindungan insurans deposit, sila hubungi talianmaklumat bebas tol PIDM 1-800-88-1266 atau layarilaman web PIDM di www.pidm.gov.my.

Sumber : Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Apakah ItuInsuransDeposit?

Page 4: Ringgit Ed14 Draft6.PM6

4 •

Menurut Laporan Kestabilan Kewangan Dan SistemPembiayaan 2010 yang diterbitkan oleh Bank NegaraMalaysia, nisbah khidmat bayar hutang adalah 47.8%pada tahun 2010. Ini bermaksud bagi setiappendapatan isi rumah berjumlah RM1, sebanyak 47.8sen akan digunakan untuk membuat pembayaranpinjaman.

Kaji selidik HSBC baru-baru ini juga menyatakanrakyat Malaysia merupakan perancang kewangan yangpaling produktif, tetapi 68 peratus daripada merekamasih lagi bimbang yang mereka tidak mampumengatasi masalah kewangan dalam persaraan.

Laporan ini menggambarkan rakyat Malaysia secarakeseluruhannya masih belum bersedia untukmenghadapi persaraan dan kurang memahami tentangkepentingan perancangan kewangan yang berkesan.Untuk mencapai kebebasan kewangan secarakeseluruhan memerlukan komitmen, kesungguhan danmotivasi yang tinggi bahawa kejayaan ini bakalmembawa satu perubahan dalam kehidupan.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mencapaikebebasan kewangan yang boleh dijadikan sebagaipanduan.

i) Menyelesaikan semua hutangSenaraikan semua kategori hutang mengikuturutan jumlah ansuran, baki hutang, kos pinjaman

dan tempoh bayaran. Hutang ini perlu disusunbermula dari sedikit hingga yang banyak.Nyatakan juga hutang rasmi dan tidak rasmi anda.Contohnya:-

Hutang Rasmi

Hutang Bayaran Baki Kos TempohAnsuran Hutang

(RM) (RM)A-Kad Kredit A 200 1,000 17.5% -B-Kad Kredit B 300 4,000 17.5% -C-PTPTN 150 20,000 3% 20 tahunD-Kereta 500 40,000 3.5% 7 tahunE-Rumah 1,100 180,000 6 % 25 tahunJUMLAH 2,250 245,000

Hutang Tidak Rasmi

Hutang Bayaran Baki Kos TempohAnsuran Hutang

(RM) (RM)F-Cuci kereta 30 - - 1 bulanG-Surat khabar 50 - - 1 bulanH-Perabot 250 2,000 4 % 2 tahunJUMLAH 330 2,000

Jumlah hutang Rasmi+ Jumlah hutang tidak rasmi

= RM 2,580.00

MencapaiKebebasanKewangan

Page 5: Ringgit Ed14 Draft6.PM6

• 5

Anda terkejut dengan jumlah hutang anda? Mungkinselama ini anda hanya mencongak dan tidakmenyedari jumlah hutang yang anda tanggung setiapbulan. Mulakan langkah dengan mencatatkan semuahutang.

a) Langsaikan hutang yang sedikit dahulu

Merujuk pada hutang di atas, komitmen andaterhadap hutang adalah sebanyak RM2,580.00.Bermula pada bulan seterusnya, peruntukkanlebih sedikit wang anda, mungkin sebanyakRM2,680.00. Anda perlu membayar semua hutanganda dengan jumlah minimum dan bayar lebihuntuk hutang A, bermakna anda membayarRM300 pada hutang kad kredit A.

Dengan cara ini, dalam masa kurang 12 bulan,anda akan dapat menghapuskan satu daripadahutang anda. Setelah langsai hutang A, gunakanRM300 itu untuk ditambah kepada pembayaranhutang kad kredit B. Ini menjadikan pembayaranansuran hutang B meningkat kepada RM600.Gunakan teknik ini bagi hutang C pula danseterusnya hutang D, E dan H.

Proses penyelesaian hutang kaedah ini dikenalidengan nama “snowball effect” yang bermaksudsemakin ditolak semakin besar jadinya.

b) Bayaran ansuran hutang melebihi 20%pendapatan bulanan

Jika jumlah ansuran hutang bulanan (tidaktermasuk ansuran bayaran rumah) melebihi 20%daripada pendapatan bulanan, maka langkahpembaikan segera perlu dilaksanakan.Kebiasaannya, anda akan menangguhkan bayaranbalik hutang yang ada. Ini akan menambahkanlagi bebanan hutang kerana baki hutang akanmeningkat disebabkan kadar bunga atau koshutang bagi setiap pinjaman.

c) Kenal pasti kos hutang, ansuran dan tempohbayaran balik.

Catatkan kos setiap hutang atau kadar pinjamananda dengan terperinci. Kos hutang boleh didapatidaripada surat tawaran bank atau dokumendaripada pihak syarikat guaman yangmengendalikan pembiayaan tersebut.

Jumlah ansuran pula terbahagi kepada dua bahagian,iaitu pinjaman pokok dan bayaran faedah. Contohnya,ansuran bulanan rumah anda RM1,100, iaituberkemungkinan RM400 digunakan untuk bayaranpokok, RM700 digunakan oleh pihak bank untukmembayar faedah bagi pinjaman tersebut.

Anda digalakkan untuk mendapatkan penjelasantentang pengagihan ansuran ini daripada pihak bankpembiaya.

Kenal pasti tempoh hutang anda. Biasanya, lebih lamatempoh anda berhutang, lebih banyaklah faedah yangakan dikenakan. Rancanglah keperluan kewangananda dengan teliti, pertimbangkan antara ansuranbulanan yang mampu anda bayar dengan tempohpinjaman yang paling pendek. Buatlah keputusandengan bijak.

Sumber : Diolah daripada buku Panduan Kewangan Peribadidan Keluarga oleh Hjh Rohani Datuk Hj Mohd Shahir

Anda terkejut dengan jumlahhutang anda? Mungkinselama ini anda hanyamencongak dan tidakmenyedari jumlah hutangyang anda tanggung setiapbulan.

Page 6: Ringgit Ed14 Draft6.PM6

6 •

Pelaburan Skim Cepat Kaya merupakan topik hangatyang sering dipaparkan oleh media tempatan, iaituorang ramai masih menjadi mangsa syarikat atauindividu yang menjalankan aktiviti haram tersebut.Penganjur skim cepat kaya sentiasa mencari peluangdan kesempatan untuk menipu orang ramai. Sikaptamak pengguna yang tidak berkesudahan adalahantara faktor utama yang telah digunakan olehpenganjur-penganjur skim cepat kaya untukmengekploitasi mereka bagi menyertai skim ini.

Pelbagai tindakan dan usaha telah dijalankan olehpihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia,dalam membanteras dan menyedarkan orang ramaiagar tidak terbabit di dalam skim cepat kaya. Namunbegitu, orang ramai masih terjebak dan terpengaruhdengan penganjur-penganjur skim yang menawarkanskim pelaburan yang kononnya dapat menjanapulangan yang lumayan dengan cepat daripada jumlahpelaburan yang kecil dan tanpa risiko.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untukmengambil inisiatif bagi memastikan diri mereka tidaktertipu dengan skim-skim pelaburan cepat kayadengan mengambil langkah berjaga-jaga sepertiberikut:-

i. Semak dahulu dengan pihak berkuasasebelum melaburWalaupun individu yang memperkenalkan skimpelaburan ini mungkin kelihatan jujur dan bolehdipercayai, pelabur adalah dinasihatkan supayajangan terburu-buru membuat keputusan untukmelabur. Siasat pelaburan tersebut terlebih dahuludengan terperinci dan semak dengan pihak

berkuasa seperti Suruhanjaya Sekuriti danKementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan bagi memastikanpelaburan jenis tersebut tidak tergolong dalamaktiviti skim cepat kaya. Bagi skim pengambilandeposit, orang ramai hanya boleh berurusandengan institusi perbankan, manakala urus niagatukaran mata wang asing hanya boleh diuruskandengan peniaga mata wang asing yang diberikuasa di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang1953 dan pengurup mata wang berlesen di bawahAkta Pengurupan Wang 1998. Untuk mengetahuisenarai entiti tersebut di atas, sila layar lamanweb Bank Negara Malaysia dengan mengikutlangkah-langkah tersebut:

Taip http://bnm.gov.myKlik pada butang ‘Related Link’ di bahagianatas sebelah kananUntuk senarai peniaga mata wang asing, silaklik pada ‘List of Authorised Dealers ofForeign Currency Pursuant to Section 2 ofthe Exchange Control Act 1953’Untuk senarai pengurup wang berlesen, silaklik pada ‘Licensed Money Changers inMalaysia’

Orang yang memperkenalkan skim pelaburantersebut mungkin juga turut sama tertipu denganmempercayai bahawa skim pelaburan tersebutadalah sah di sisi undang-undang.

ii. Beringatlah bahawa skim pelaburan yangmenjanjikan sesuatu pulangan yang luarbiasa selalunya akan memakan diri sendiriJangan tertipu dengan pelaburan yang menjanjikankeuntungan luar biasa atau keuntungan yang telah

Waspada denganPelaburan SkimCepat Kaya

Page 7: Ringgit Ed14 Draft6.PM6

• 7

‘dijamin’ tanpa melibatkan sebarang risiko.Ketahuilah bahawa semakin tinggi pulangansesuatu pelaburan, semakin tinggilah risiko yangperlu ditanggung. Jaminan keuntungan besardengan risiko kecil adalah contoh jelas penipuandalam pelaburan.

Modus operandi yang biasa digunakan bagimemperdaya orang ramai untuk melabur dalampelaburan haram ini adalah seperti berikut:-i. Menjanjikan pulangan yang tinggi bagi

setiap pelaburan kecilBagi setiap pelaburan yang dibuat, dijamin akanmendapat keuntungan yang tinggi. Keuntunganyang dijanjikan adalah sangat tinggi, tidakmunasabah dan tidak mencerminkan hasilpulangan bagi jumlah pelaburan yang dilaburkan.Pihak penganjur sentiasa menabur janji untukterus membayar pulangan yang tinggi sama adadalam bentuk janji-janji faedah, pulangan ataukeuntungan. Walaupun nama dan bentuk aktivitiberkenaan mungkin berbeza di antara satu samalain, namun tujuan utamanya tetap sama, iaituuntuk mengaburi pelabur-pelabur yang lain supayatertarik dengan tawaran pelan pelaburan tanpa haddan tanpa risiko dengan jaminan keuntungan yanglebih banyak dalam masa yang singkat.

ii. Menggunakan penglibatan orang-orang yangberpengaruh atau mempunyai kedudukandalam masyarakatSejak kebelakangan ini, penganjur skim cepatkaya telah menarik beberapa orang yangberpengaruh atau mempunyai kedudukan dalammasyarakat seperti, pegawai kerajaan, pegawaiberuniform, guru, ustaz/imam dan sebagainyasebagai pelabur. Penganjur skim cepat kaya initelah mengeksploitasi penglibatan orang yangberpengaruh atau mempunyai kedudukan dalammasyarakat ini bagi memberi gambaran seolah-olah skim sedemikian telah diluluskan oleh pihakKerajaan untuk memperdaya pelabur-pelabur lainuntuk melabur.

iii. Mengeluarkan Surat Kuasa PalsuPenganjur skim cepat kaya telah bertindak denganlebih berani, iaitu menipu/mengelirukan orangramai dengan mengatakan bahawa mereka telahmendapat kelulusan yang diperlukan dari pihakberkuasa dengan menunjukan surat kuasa palsu.Dengan surat kuasa palsu ini, ramai telah terjebakdalam skim cepat kaya.

iv. Memberi Jaminan Tiada RisikoPenganjur skim cepat kaya sentiasa memberijaminan bahawa keuntungan daripada pelaburandan pulangan modal adalah dijamin dan tidakberisiko. Mereka akan menunjukkan beberapaorang pelabur yang telah berjaya mendapatkankeuntungan hasil pelaburan tersebut.

v. Membuat Pelaburan dalam PerniagaanPenganjur skim cepat kaya sering mengatakanbahawa mereka melaburkan wang pelabur didalam syarikat ternama di dalam dan luar negara.Antaranya dalam perniagaan emas, hartanah,lembu/kambing, pelancongan dan sebagainya.

vi. Membuat Pelaburan Dalam KoperasiSejak akhir-akhir ini, penganjur skim cepat kayatelah cuba menarik pelaburan baru melaluipenubuhan koperasi, iaitu mereka berselindungdi bawah penubuhan koperasi untuk memperdayapelabur.

Sekiranya orang ramai merasakan diri mereka telahtertipu dan menjadi mangsa penipuan kewangan ataupenipuan skim-skim cepat kaya yang lain, makamereka dinasihatkan supaya membuat laporan polis.

Untuk maklumat/penjelasan lanjut, pertanyaan danaduan, orang ramai adalah dinasihatkan supayamenghubungi bank masing-masing atau nombor talianbebas tol Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia(ABM) juga dikenali sebagi ABMConnect di1-300-88-9980.

Orang ramai juga boleh menghubungi Bank NegaraMalaysia di:

BNMTELELINK (Pusat PerhubunganPelanggan)Tel: 1-300-88-5465Faks: 03-2174 1515E-mel: [email protected](Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00petang)Untuk menghantar pertanyaan melaluiperkhidmatan SMS, sila taip:BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda] danhantar kepada 15888(Penghantar akan dikenakan caj oleh penyediaperkhidmatan telekomunikasi sebanyak RM0.15 bagimenghantar mesej dan RM0.20 untuk menerima mesej)

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)di Ibu PejabatBlok D, Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00petang)ATAU kunjungi Pejabat Wilayah BNMLINK diPulau Pinang dan Johor Bharu ATAU CawanganBNMLINK di Cawangan Bank Negara Malaysiadi Kuala Terengganu, Kota Kinabalu danKuching.

Orang ramai juga boleh melayari lamanhttp://fraudalert.bnm.gov.my untuk mendapatkanpelbagai maklumat lanjut berkenaan skim pelaburancepat kaya serta tindakan penguatkuasaan yang telahdiambil oleh Bank Negara Malaysia terhadappenganjur-penganjur skim tersebut.Sumbangan Bank Negara Malaysia

Page 8: Ringgit Ed14 Draft6.PM6

8 •

Bagaimana hendak menentukan amaun perlindunganyang anda perlukan? Jika anda bertanya kepada ejeninsurans yang kurang berpengalaman, besarkemungkinan dia akan bertanya balik kepada anda:“Berapa bajet anda?” Jika anda bertanya kepadaakauntan pula, besar kemungkinan dia akan bertanya:“Sudahkah anda menyediakan bajet untuknya?”Adakah terdapat cara yang objektif untukmenaksirnya? Mari teliti persoalan ini dari sudutpandangan yang berasaskan keperluan.

Arman, Aru dan Alice baru sahaja menamatkan kuliahmereka dan sedang menunggu bas di perhentian bas.Kebetulan, mereka terserempak dengan lelaki yangmereka jumpa di kantin minggu lepas. Mereka tidakdapat mengelak lelaki itu kali ini kerana mereka perlumenunggu bas untuk pulang ke rumah. Lelaki itu dudukberdekatan mereka dan memperkenalkan dirinya…

Lelaki : Hai, nampaknya kita berjumpa lagi!Oh ya, nama saya Ah Chong.

Alice : Hai, Ah Chong! Saya Alice dan inikawan saya Arman dan Aru.

Ah Chong : Kamu semua pelajar jurusan apa?

Alice : Oh, kami dalam jurusan Kewangandan Perakaunan.

Ah Chong : Patutlah kamu semua tahu sangattentang Insurans. Saya dalam jurusankejuruteraan dan menjual insuranssecara sambilan. Saya baru saja buatkerja ini dan diambil sebagai ejen olehbapa saudara saya.

Arman : Patutlah kamu tak sabar-sabarhendak cerita tentang produk insuranskamu.

Ah Chong : Ya, betul. Saya nak cuba-cuba sajauntuk mencari wang saku lebih tapi

apa yang paling menarik minat sayaialah pelbagai latihan yang diberikan.Saya percaya semua latihan ini danpendedahan yang saya peroleh dalamkehidupan sebenar akan memberikelebihan kepada saya apabila sayamemasuki alam pekerjaan nanti. Sayabelajar kejuruteraan dan pendedahansaya kepada dunia perniagaan,terutamanya dalam bidang jualan danpemasaran sangat terhad.

Arman : Jadi, sudah berapa polisi yang kamujual setakat ini?

Ah Chong : Baru dua – satu kepada kawan baiksaya dan satu lagi kepada diri sayasendiri! Sebenarnya, ia taklahsemudah yang saya sangkakan tapisaya menganggapnya sebagai satucabaran.

Aru : Barangkali, cara kamu menjual –mungkin kamu tidak menjualmengikut keperluan pelanggan, tetapimengikut keperluan kamu sendiri!

Ah Chong : Terima kasih untuk maklum balas itu,Aru. Tapi bagaimana kamu hendakmenentukan keperluan mereka?

Aru : Saya gembira kamu bertanya keranakami baru saja menyiapkanpenyelidikan kami tentang bidang ini.Tapi sebelum saya menjawab soalankamu, beritahu saya bagaimana kamumenentukan amaun perlindunganuntuk pelanggan kamu?

Ah Chong : Bergantung pada bajet merekalah…banyak duit, banyaklah boleh beli!

Cara MenentukanJumlahInsuransYang PerluDibeli

Page 9: Ringgit Ed14 Draft6.PM6

• 9

Seringkalinya, amaun perlindunganinsurans yang perlu ditentukan olehseseorang itu adalah berdasarkankepada bajetnya, iaitu premium yangmereka mampu bayar.

Pendekatan ini tiada salahnya, tetapilebih baik jika amaun perlindungan ituditentukan berdasarkan berapabanyak wang yang diperlukan. Doktortidak pernah bertanya berapa banyakbajet anda semasa diamempreskripsikan ubat atau rawatan,betul tak?

Aru : Saya tahu kamu pasti akan cakapmacam tu! Apa pun, ia tidak salahtetapi kaedah yang lebih sesuai ialahmenggunakan Pendekatan JumlahKeperluan.

Ah Chong : Err, apa tu? Kamu tahulah saya ni takpandai dalam kewangan.

Aru : Aiyo-yo! Kamu campur sajalah JumlahKeperluan Modal kamu denganJumlah Keperluan Pendapatan kamu.

Ah Chong : Apa?? Boleh kamu jelaskan lebihlanjut?

Arman : Biar saya terangkan. Keperluan Modaltermasuklah menjelaskan hutang,memberi hadiah dalam jumlah sekaligus kepada orang tersayang,membuat sumbangan sekali kepadabadan amal atau membayarperbelanjaan akhir, seperti probet dankos pentadbiran harta pusaka yanglain, hutang dan perbelanjaanperubatan yang tidak dilindungi olehinsurans kesihatan. KeperluanPendapatan pula ialah keperluan yangberulang. Contohnya, keperluanpendapatan bulanan keluarga atausumbangan tetap kepada pertubuhan/yayasan amal kegemaran anda.

Pada masa ini, Ah Chong nampak lagi bingung…

Alice : Janganlah nampak bingung sangat,Chong. Biar saya bagi awak contohyang mudah. Katakan seseorang ituingin memberikan keluarganyapendapatan tahunan sebanyakRM24,000 (atau RM2,000 sebulan)selama 30 tahun. Dia juga mempunyaipinjaman rumah yang masih belumdijelaskan sebanyak RM100,000 daningin memberikan sumbangan sekaligus sebanyak RM50,000 kepadabadan amal kegemarannya. JumlahKeperluan Modalnya ialah RM150,000(RM100,000 + RM50,000), manakalaJumlah Keperluan Pendapatannyaialah RM720,000 (RM24,000 x 30tahun). Oleh itu, denganmenggunakan Pendekatan JumlahKeperluan, amaun perlindungan yangdiperlukannya ialah RM870,000(RM150,000 + RM720,000).

Ah Chong : Wah, maksud kamu saya bolehmenjual sebegitu banyakkah?!”(Tetapi dia sendiri tertanya-tanya samaada bakal pelanggannya mampumembayar amaun perlindungan yangsebesar itu…)

Walaupun terdapat cara untuk menentukan amaunperlindungan yang ideal, namun ia masih berdasarkankepada jumlah premium yang anda mampu bayar.Jumlah perlindungan insurans anda benar-benarbergantung pada kemampuan kewangan anda? Namunbegitu, seorang penasihat insurans yang baik,mempunyai pengetahuan yang mendalam danmeletakkan kepentingan anda dahulu, akan dapatmenasihatkan anda tentang jenis perlindungan bagimenepati keperluan dan keadaan anda yang berlainan.

Sumber : Persatuan Insurans Hayat Malaysia.

“Doktor tidak pernahbertanya berapa banyakbajet anda semasa diamempreskripsikan ubat

atau rawatan, betultak?...”

Page 10: Ringgit Ed14 Draft6.PM6

10 •

Seiring dengan perubahan gaya hidup masyarakatmoden masa kini, kos sara hidup juga semakinmeningkat. Sehubungan itu, kos rawatan kesihatanturut meningkat menyebabkan ramai dalam kalanganrakyat yang menangguhkan rawatan penyakit yangdihadapi mereka sehingga ia menjadi kritikal. Oleh itu,bagi mereka yang tidak mendapat perlindungankesihatan sepenuhnya daripada majikan atauinsurans, Pengeluaran Kesihatan yang diperkenalkanoleh KWSP merupakan salah satu alternatif untukmembantu anda membiayai kos rawatan anda ataukeluarga.

Siapa boleh memohon untuk membuatpengeluaran ini?

Jika anda belum mencapai usia 55 tahun danmempunyai baki dalam Akaun 2, anda boleh memohonuntuk membuat pengeluaran ini bagi membiayai kosrawatan penyakit kritikal yang anda atau ahli keluargaanda hidapi.

Bolehkah pengeluaran dibuat untuk membiayaikos rawatan penyakit pasangan?

Ya, kelayakan bagi pengeluaran ini bukan sahajaterbuka kepada ahli tetapi juga pasangan, ibu bapa,ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, ibu bapa mertua, adikberadik, anak, anak tiri dan anak angkat.

Penyakit apakah yang dilindungi di bawahPengeluaran kesihatan ini?

Pengeluaran ini diperkenalkan untuk membantu ahliKWSP membiayai kos perubatan bagi penyakit-penyakit kritikal yang mungkin tidak dilindungi dibawah perlindungan kesihatan yang disediakan olehmajikan anda. Pengeluaran ini merangkumi penyakit-penyakit kritikal seperti pemindahan organ utama,pembedahan pintasan koronari, sklerosis berganda,angin ahmar, dan kanser. Senarai penuh penyakitkritikal yang diluluskan boleh diperolehi daripada lamanweb www.kwsp.gov.my.

Apakah kekerapan yang dibenarkan bagipengeluaran ini?

Anda boleh memohon untuk membuat pengeluaranbagi membiayai kos perubatan rawatan penyakit kritikalselagi Akaun 2 anda masih mempunyai baki, tertaklukkepada jumlah kelayakan maksimum pengeluaran.

Bolehkah saya memohon untuk membuatpengeluaran ini jika kos perubatan saya telah

ditanggung oleh majikan?

Tidak boleh. Bagaimanapun, jika amaun pembiayaankesihatan yang disediakan oleh majikan tidakmencukupi, anda boleh memohon untuk membuatpengeluaran bagi menyelesaikan baki kos perubatanyang perlu dibayar.

Berapakah jumlah yang boleh dikeluarkan?

Jumlah yang boleh dikeluarkan daripada simpananKWSP anda adalah jumlah kos rawatan perubatansebenar atau semua simpanan dalam Akaun 2,mengikut mana yang lebih rendah. Jika majikan hanyamembiayai sebahagian daripada kos rawatanperubatan, anda boleh membuat pengeluaran mengikutjumlah baki kos perubatan yang tidak ditanggung olehmajikan, bergantung kepada baki Akaun 2 anda.

Jadi bagaimana caranya untuk memohonpengeluaran ini?

Anda perlu melengkapkan Borang KWSP 9D (AHL)dan mengemukakan salinan kad pengenalan yang telahdisahkan, laporan perubatan pakar yang dikeluarkanoleh hospital atau institusi perubatan, bil dan resitbayaran asal rawatan perubatan yang dikeluarkan olehhospital atau institusi perubatan bertarikh tidak melebihisatu tahun dari permohonan dan surat pengesahanmajikan mengenai tanggungan kos perubatan. Bagirawatan perubatan di luar negara pula, anda perlumengemukakan surat perakuan doktor yang merawatanda di negara berkenaan.

Untuk rawatan perubatan ahli keluarga, anda juga perlumengemukakan bukti pertalian di antara anda danpesakit tersebut serta buku akaun bank atau penyataakaun yang masih aktif.

Bagaimanakah pembayaran akan dibuat?

Bagi rawatan dalam negara, bayaran dibuat melaluicek jurubank di atas nama hospital setelah bil rawatanasal diterima. Bayaran untuk rawatan di luar negarajuga turut dibuat melalui cek jurubank tetapi di atasnama ahli berdasarkan jumlah anggaran kos perubatanyang dibuat. Bagi pembayaran balik, bayaran akandikreditkan terus ke dalam akaun ahli.

Untuk maklumat lanjut berkenaan PengeluaranKesihatan, sila hubungi pejabat KWSP terdekat ataulayari www.kwsp.gov.my

Sumber : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Bagaimana UntukMemohon PengeluaranKesihatan Melalui KWSP

Page 11: Ringgit Ed14 Draft6.PM6

• 11

Kemalangan Jalan Raya – Apa YangHarus Dilakukan?• Sila bertenang dan jangan cemas• Jika ada sesiapa tercedera, telefon 999 untuk

bantuan.• Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan

kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yangselamat, jika boleh.

• Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandulain yang terbabit.

• Catatkan model dan nombor pendaftarankenderaan lain yang terlibat.

• Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranyaada.

• Buat lakaran kasar tentang kemalangan danlokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum danselepas kemalangan (gambar mengenaikemalangan, jika ada, akan membantu).

• Bertukar maklumat mengenai nama syarikatinsurans / pengendali takaful masing-masing.

• Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah.Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalammengendalikan tuntutan anda.

• Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikanbahawa kenderaan tersebut dihantar ke bengkelyang betul. Hubungi syarikat insurans/pengendalitakaful anda atau nombor “hotline” kemalangansyarikat tersebut bagi mendapatkan maklumattentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.

• Laporkan kemalangan kepada polis dengansegera.

• Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/ pengendali takaful anda dengan segera,walaupun anda tidak berniat untuk membuatsebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibatdalam kemalangan tersebut mungkin adamembuat tuntutan insurans daripada syarikatinsurans / pengendali takaful anda dan akanmenyebabkan kehilangan Non-Claim Discount(NCD) anda.

• Isikan borang tuntutan dengan lengkap danmasukkan maklumat tambahan yang berkaitan.Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihatdari syarikat insurans / pengendali takaful anda.

Jaga Keselamatan Kenderaan Anda• Kunci kenderaan anda.• Jangan tinggalkan kunci dalam kenderaan anda.• Jangan tinggalkan kenderaan anda dengan enjin

terpasang walaupun untuk seketika sahaja.Kecurian kenderaan selalunya terjadi di kedairuncit, stesen minyak, ATM dan kawasan luar

Tip untukKenderaan Anda

rumah apabila kenderaan dibiarkan seketika untukmelakukan tugas ringkas atau hanya untukmembuka pintu pagar rumah.

• Pastikan semua tingkap kenderaan anda ditutuprapat.

• Jangan tinggalkan barang berharga di dalamkenderaan anda. Tetapi, jika terpaksa, letakkanbarang-barang berharga di tempat yang tidakdapat dilihat atau di dalam but. Pastikan tiadasesiapa melihat anda menyimpan barang-barangberharga di dalam but kenderaan anda.

Meletak Kenderaan• Letakkan kenderaan anda di tempat yang terang-

kecurian kenderaan biasanya berlaku pada waktumalam di kawasan yang gelap.

• Letakkan kenderaan anda di tempat yangmempunyai kawalan keselamatan. Pencurikenderaan tidak sukakan saksi dan lebihmenyukai tempat letak kereta yang tidak berjaga.

• Letakkan kenderaan anda di dalam kawasanrumah bukannya di luar. Kunci pintu kenderaandan pagar rumah bagi meningkatkan keselamatankenderaan anda.

Keselamatan• Pencuri profesional boleh mencuri mana-mana

kenderaan. Walau bagaimanapun, anda bolehmenyukarkan pencuri dari mencuri kenderaananda. Kenderaan yang mempunyai tahapkeselamatan yang lebih akan meyulitkannya daridicuri.

• Keupayaan kewangan dan pemilihan peribadianda akan menentukan tahap ciri keselamatandan jenis alat-alat pencegah kecurian yang terbaikuntuk anda.

• Alat pencegah kecurian yang boleh didapatiadalah:-> Penghalang gerak enjin berelektronik.> Kunci pintu dan kunci pencucuhan yang lebih

baik.> Kunci yang mempunyai corak atau kod

keselamatan.> Radio / pemain cakera padat yang berkod

keselamatan atau yang mukanya bolehditanggalkan.

> Penandaan nombor kenderaan pada cermin.> Alat amaran penggera.> Kunci stering / gear brek.> Alat pengesan berelektronik.

Sumber: insuranceinfo

Page 12: Ringgit Ed14 Draft6.PM6

12 •

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]