resepi churros mudah dan sedap

Download Resepi Churros Mudah Dan Sedap

Post on 13-Jul-2016

230 views

Category:

Documents

13 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

resepi

TRANSCRIPT

Resepi Churros Mudah dan Sedap| First time mencuba buatChurrosatau nama lainnyaKuih Belimbing. Sebab bentuknya star macam belimbing kan. Mencuba sebab tergoda denganChurros Kak Ina. Belek punya belek mudah sangat nak buat pun.

Bahan-Bahan:1 1/2 cawan tepung gandum1 sudu besar butter1 cawan air1 sudu besar gula1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil esen vanilla1biji telurNozzle muncung bintangPiping bagMinyak masak untuk menggoreng

Cara-Cara:1. Didihkan air, masukkan butter, gula dan garam . Kacau sebati dengan api yang sederhana2. Perlahankan api, masukkan tepung sikit atau dengan cara mengayak supaya tepung tak berketul. Kacau sehingga rata dan tutup api.( Agak berketul sikit tapi jangan risau dah uli nanti okaylah)3. Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Kemudian masukkan esen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati gunakan tangan bila adunan dah sejuk sedikit.4. Masukkan adunan dalam piping bag5. Buat bentuk stick atas baking paper (kalau takde boleh tabur tepung je sebab tak nak bagi melekat). Untuk first time buat ni bentuk masih tak proper lagi ni.Takpe, belajar kan.

6. Masukkan minyak dalam kuali, goreng dengan cara deep fry. Pastikan api perlahan supaya tak hangus. Bila dah warna kekuningan terus angkat.

7. Salutkan churros dengan gula halus dan sedia untuk dihidang!

Mudah sangat kan? Rugilah tak cuba sebab rasa dia sedap sangat! Nak lagi sedap boleh dip dip dengan coklat cair..Wahh memang marvellous sedap! Plus, rasa kenyal manis rangup bila kunyah masuk mulut tu. Lepas ni kena buat banyak sikit nampaknya :) Yeay, dah pandai men'churros'. Sebutan dah macam kurus pulak kan.hihihi..

Fiza guna nozzle jenis bunga sebab nozzle star kecik sangat. Letih nak menekan keluar. Guna apa yang ada dulu janji ada bentuk tu dah okay dah.

Okaylah ni untuk kudapan petang. Silalah cuba ye :)

Read more:http://www.azhafizah.com/2014/05/resepi-churros-mudah-dan-sedap.html#ixzz3ugyX3UBG