rencana bahan tambah dalam makanan - perisa nur suraya hani binti sazali zaki
DESCRIPTION
Rencana Bahan Tambah Dalam Makanan - PerisaNur Suraya Hani binti Sazali ZakiTRANSCRIPT
BAHAN TAMBAH DALAM MAKANAN: PERISA
OLEH: NUR SURAYA HANI BINTI SAZALI ZAKI
Pengenalan
Bahan tambah makanan boleh didefinisikan sebagai bahan atau campuran
bahan selain daripada yang asas dalam makanan. Ini tidak melibatkan bahan
pencemar secara kebetulan. Bahan tambah ini mungkin berada dalam
keadaan yang aktif, berzat atau tidak berzat tetapi ia tidak toksik dan
berbahaya.
Di Malaysia, kerajaan telah menentukan undang-undang terhadap
penggunaan bahan tambah di bawah peraturan makanan 1985 berdasarkan
kepada Akta Makanan 1983. Dalam Peraturan Makanan 1985, bahan
tambah ini ditakrifkan seperti berikut:
“Bahan tambah bermakna sebarang juzuk yang secara langsung
dimasukkan ke dalam makanan dalam kuantiti yang kecil. Ia bertujuan
memberi kesan kepada kualiti penyimpanan makanan, tekstur, konsistensi,
penglihatan, bau, rasa, keasidan atau kealkalian. Di samping itu, bahan
tambah juga bertujuan untuk memberikan sebarang fungsi teknologikal
dalam penghasilan barang-barang, pemprosesan, penyediaan, perlakuan,
pembungkusan, pengangkutan atau penyimpanan makanan. Dengan
menggunakan bahan tambah ini adalah diharapkan hasil atau keputusan
yang diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung akan
memberikan kesan kepada makanan seperti berkesan ke atas ciri-ciri
makanan termasuk sebagai pengawet, bahan pewarna, bahan perisa,
antioksidan dan penstabil makanan. Tetapi ia tidak termasuk sebagai
pembekal nutrien dan garam yang penting.”
Mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985, jenis-jenis bahan
tambah dalam makanan yang dibenarkan adalah
1. Bahan pengawet
2. Bahan pewarna
3. Bahan perisa
4. Penambah perisa
5. Anti-pengoksida
6. Kondisioner makanan
Melalui bahan-bahan ini, jangka hayat penyimpanan sesuatu
makanan akan menjadi lebih panjang dan makanan tersebut tidak mudah
rosak. Contohnya, natrium nitrit dan natrium nitrat yang ditambah ke dalam
sosej, daging dan daging dalam tin. Natrium nitrit dan natrium nitrat bertindak
sebagai bahan pengawet di dalam ketiga-tiga makanan ini dimana ia
menghalang atau melambatkan kerosakan makanan dengan menghentikan
atau melambatkan pertumbuhan mikroorganisma dan seterusnya
meningkatkan jangka hayat makanan.
Selain itu, bahan tambah makanan ini digunakan untuk mengekalkan
nilai pemakanan. Penggunaan butylated hydroxyanisole (BHA) ditambah ke
dalam susu atau marjerin kerana ia dapat mengawal kandungan vitamin A
yang ditambah daripada hilang atau musnah.
Di samping itu, bahan tambah makanan digunakan untuk
meningkatkan penerimaan di kalangan pengguna. Bahan tambah makanan
seperti bahan-bahan pewarna atau pencelup, penambah perisa, bahan
perisa dan pembentuk tekstur digunakan untuk memberi keseragaman
kepada makanan dari segi rasa, tekstur atau warna pada setiap
pengeluaran. Contohnya sebatian azo (tartrazina) dalam jus oren dan jem
serta ester dalam kek, jem dan aiskrim.
Bahan tambah makanan juga boleh dihuraikan sebagai bahan semula
jadi atau bahan sintetik yang ditambahkan ke dalam makanan dalam kuantiti
yang kecil untuk pelbagai tujuan dan fungsi. Jadual 1 menunjukkan bahan
tambah makanan semula jadi yang biasa digunakan dalam masakan di
rumah dan fungsinya.
Bahan tambah semula jadi Fungsi
Garam biasa, cuka, gula Sebagai pengawet dan agen perisa
Cili dan lada, halia dan bawang Sebagai agen perisa
Daun pandan, kunyit Sebagai agen perisa dan pewarna
Kanji Sebagai agen pemekat
Walau bagaimanapun, bahan tambah makanan semula jadi adalah mahal
dan sukar diekstrakkan daripada sumber semula jadinya. Dengan itu,
kebanyakan bahan tambah makanan yang terdapat dalam makanan yang
telah diproses masa sekarang adalah sintetik.
Bahan Tambah dalam Makanan: Perisa
Bahan ini ditambah ke dalam makanan untuk menambah perisa atau
mengubahsuai perisa. Pada zaman dahulu, garam, gula, cuka herba,
rempah, asap, madu dan buah beri ditambah ke dalam makanan untuk
melazatkannya. Kini, sumber utama bahan perisa ialah minyak pati yang
diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan dan mempunyai ciri-ciri bau seperti
sumbernya. Contohnya, jus oren banyak dihasilkan dan ini menyebabkan
minyak pati oren juga boleh dihasilkan sebagai hasil sampingan. Ia adalah
halal dari sudut Islam.
Walau bagaimanapun perisa daripada ekstrak buah-buahan
memberikan perisa yang tidak begitu kuat rasanya jika dibandingkan dengan
minyak pati dan oleoresin (ekstrak daripada rempah yang diperoleh dengan
menggunakan bahan pelarut, seperti hidrokarbon yang kemudiannya
dibuang dengan kaedah penyulingan). Oleh itu, bahan perisa yang lain
biasanya ditambah ke dalam perisa ekstrak buah-buahan. Ini mendorong
kepada penggunaan bahan perisa sintetik yang boleh dikeluarkan dengan
banyak. Contoh bahan perisa sintetik ialah amil asetat (perisa pisang tiruan),
benzaldehid (perisa ceri tiruan) dan etil kaproat (perisa nanas tiruan). Ia
banyak digunakan di dalam gula-gula, hasil reroti, minuman ringan dan
aiskrim.
Jadual 2 menunjukkan contoh bahan tambah makanan dan fungsinya.
Bahan
tambah
makanan
Fungsi Contoh Makanan
Perisa Digunakan untuk
memberi dan
mengekalkan rasa
yang unik bagi
sesuatu makanan
Semula jadi
Cuka, garam,
gula, pandan,
pudina, cili,
bawang, halia
Digunakan
dalam pelbagai
masakan
Sintetik
Aspartam,
sakarin
Digunakan
dalam jus,
minuman
Ester Untuk
menghasilkan
rasa buah dalam
jem, aiskrim,
kek, minuman
ringan
Penambah
perisa
Digunakan untuk
menambah dan
memperkuatkan
rasa sesuatu
makanan
Sintetik
Mononatrium
glutamat (MSG)
Digunakan
dalam makanan
berprotien
seperti sup,
daging yang
dimasak
Falsafah Tentang Bahan Tambah Makanan
Komposisi makanan yang dimakan pada keseluruhannya boleh dinyatakan
sebagai sebatian kimia. Pengetahuan manusia berhubung dengan komposisi
makanan ini tidak begitu lengkap kerana ia sangat kompleks. Justeru itu,
tafsiran perkataan ‘kimia’ kerap kali tidak begitu tepat. Ini menyebabkan
pengguna-pengguna berasa khuatir untuk membeli makanan yang diawet
dengan bahan kimia yang tidak dikenalinya.
Sebaliknya, pengguna-pengguna tidak khuatir dengan penggunaan
garam dalam makanan walaupun garam juga merupakan bahan kimia. Ini
kerana mereka telah biasa menggunakan bahan tersebut untuk melazatkan
rasa makanan. Penggunaan garam, gula halus, rempah-rempah dan bahan-
bahan lain yang biasanya ditambah ke dalam makanan merupakan bahan
kimia atau campuran bahan kimia yang penggunaannya tidak dipersoalkan.
Ciri-ciri bahan yang digunakan oleh manusia dengan penuh kepercayaan
ialah kerana faktor kebiasaan dan kekerapan menggunakannya. Manakala
bahan kimia yang menimbulkan keraguan di kalangan pengguna disebabkan
ia tidak biasa dan tidak kerap digunakan. Kebanyakan bahan tambah
makanan merupakan komponen makanan asli dan tanpa bahan tambah
tersebut, kualiti kebanyakan makanan akan kurang daripada biasa. Di
samping itu, tempoh simpanan dan bekalan mendapatkan makanan akan
terhad sekiranya semua bahan tambah makanan dibuang daripada
makanan.
Bahan Tambah dan Potensinya dari Sudut Halal dan Haram
Makanan adalah unsur yang penting dan selalu diambil oleh setiap individu.
Ia bukan setakat penting untuk tumbesaran dan kesihatan badan tetapi juga
untuk pembangunan jiwa. Namun, pernahkah anda terfikir , adakah makanan
yang kita ambil diperbuat daripada sumber yang halal atau haram?
“You are what you eat” atau kita adalah apa yang kita makan
merupakan satu ungkapan yang barangkali sudah sebati dengan masyarakat
namun sejauh mana kata-kata tersebut dinilai dan digarap dalam amalan
seharian? Intipati daripada ungkapan tersebut ialah apa yang kita makan,
itulah kelak akan membina kesihatan badan, akal dan kerohanian. Ia
menunjukkan betapa makanan menjadi sebahagian daripada pembentukan
diri kita.
Firman Allah SWT dalam surah al Baqarah ayat 168 yang bermaksud:
"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat
di bumi, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu".
Dalam Kitab Tafsir al-Jalalain menyebut bahawa perkataan toyyiba
(baik) itu adalah sifat kepada halal itu sendiri. Maka dapatlah di fahami
bahawa setiap makanan yang halal itu mestilah juga baik daripada pelbagai
segi samada bahan campurannya, bersih dan selamat dalam proses
penyediaan serta dapat memberi manfaat kepada tubuh badan
manusia.Yang menjadi persoalan kini, apakah makanan halal yang kita
makan dikategorikan sebagai selamat dan baik untuk kesihatan? Pakej yang
ditawarkan dalam al Quran cukup lengkap iaitu halalan toyyiba. Tetapi,
adakah hakikat semasa memenuhi kehendak tersebut?
Bahagian ini akan membincangkan beberapa bahan perisa dalam
makanan dan potensi mereka dari sudut halal dan haram.
1. Alkohol Polihidrik (POLIOL)
Alkohol polihidrik (POLIOL) digunakan untuk memperbaiki tekstur dan daya
kandung air kerana daya tarikannya terhadap air. Poliol banyak wujud secara
semula jadi dalam makanan dan yang paling utama ialah gliserin. Walau
bagaimanapun, hanya empat poliol sahaja yang boleh digunakan sebagai
bahan tambah makanan. Antaranya ialah gliserin, sorbitol, manitol dan
propilin glikol. Semua bahan ini mempunyai rasa manis kecuali propilin glikol
yang mempunyai rasa pahit. Sorbitol memberikan rasa berangin manakala
gliserin memberi rasa panas. Biasanya poliol digunakan dalam pengeluaran
minuman diet, gula-gula dan aiskrim. Ia bertujuan untuk memberikan tekstur
dan rasa manis.
Secara kimianya, ia dinamakan alkohol kerana terdapat kumpulan
OH. Menurut pandangan Islam, secara umumnya ia adalah halal kecuali jika
bahan ini ditulenkan dengan menggunakan etil akohol. Di samping itu, punca
dari mana bahan ini diperoleh perlu diambil kira. Gliserol misalnya, mungkin
boleh diperoleh daripada binatang yang tidak halal. Manakala sorbitol boleh
didapati di dalam rumput air dan di dalam buah-buahan seperti epal, ceri, pic,
pir dan prun. Biasanya ia digunakan dalam membuat sirap ubat batuk,
pencuci mulut dan ubat gigi. Di samping itu, sorbitol juga boleh dihasilkan
secara industri dengan menurunkan glukosa secara elektrokimia atau melalui
penghidrogenan bermangkin. Seterusnya, manitol pula boleh didapati
daripada beberapa jenis tumbuh-tumbuhan, alga dan kulat. Ia merupakan
bahan pemanis asli. Perbezaannya dengan sorbitol ialah ia kurang larut
tetapi kebanyakan ciri-ciri yang lain adalah sama.
2. Alkohol sebagai pelarut untuk bahan perisa
Industri minuman banyak menggunakan bahan perisa dua pewarna. Alkohol
digunakan sebagai pelarut untuk tujuan ini. Oleh itu, alkohol akan didapati
dalam minuman yang diperbuat dengan perisa ini. Hukum meminumnya
adalah haram menurut Islam.
Selain daripada itu sekiranya dalam penghasilan bahan perisa, jika etil
alkohol digunakan sebagai pelarut untuk proses mengekstrak, maka hasil
akhir adalah juga haram walaupun pada hasil akhir tersebut tidak terdapat
pada etil alkohol. Ini dijelaskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa
Negeri Johor yang bersidang pada 16 Rejab 1431 bersamaan 29 Jun 2010.
Hasi daripada mesyuarat tersebut ialah
o Setiap minuman arak mengandungi alkohol etanol yang memabukkan
tetapi bukan semua alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses
pembuatan arak hukumnya haram dan najis.
o Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak
samada mengandungi sedikit alkohol atau alkohol yang disulingkan
adalah haram diminum.
o Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan
yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak
adalah halal.
o Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan
dan minuman tidak najis dan boleh dimakan.
Kesimpulannya, kandungan etil alkohol yang terdapat di dalam makanan dan
minuman yang dibenarkan adalah tidak lebih daripada 0.01%.
Hal ini turut dijelaskan oleh Tokoh Islam kontemporari, Prof. Dr. Yusof
al-Qaradawi, di mana beliau mengeluarkan pandangan bahawa penggunaan
kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus adalah dibenarkan. Alkohol yang
dimaksudkan adalah etanol yang mungkin digunakan sebagai pelarut atau
pembawa kepada bahan seperti perisa atau pewarna makanan.
3. Cuka daripada Arak
Arak boleh dijadikan cuka. Dalam hal ini, apabila arak menjadi cuka dengan
sendirinya ia menjadi suci. Tetapi sekiranya ia menjadi cuka akibat daripada
pertambahan komponen-komponen lain, maka ia tidak menjadi suci lagi. Ini
adalah menurut pendapat Imam al-Syafii.
Pendapat ini disokong oleh Imam Malik. Beliau berpendapat adalah
makruh sekiranya ada usaha dilakukan supaya arak menjadi cuka. Tetapi
sekiranya ia menjadi cuka dengan sendirinya ia adalah suci dan halal.
Pendapat ini disokong oleh Abu Hanifah.
Perkara ini turut disokong oleh keputusan Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-76 pada 4-6
April 2006 yang mengharamkan cuka wain. Keputusan Muzakarah adalah
haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahan-
bahan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain
kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.
Aditif Halal
Jadual 3 menunjukkan senarai aditif halal yang digunakan dalam makanan
atau minuman. Maklumat ini diperoleh daripada laman sesawang Halal
Malaysia: Portal Rasmi Halal Malaysia.
Kod Nama Aditif Sumber Fungsi
420 Sorbitol and Sorbitol Syrup Tumbuhan Bahan pemanis
579 Ferrous Gluconate Tumbuhan/Natural Bahan perisa
620 L-Glutamic Acid Mikrob/Tumbuhan Penambah perisa
621Monosodium
Glutamate/MSGTumbuhan Penambah perisa
623 Calcium Glutamate Tumbuhan Penambah perisa
627 Disodium Guanylate
MikrobHaiwan
Bahan kimiaPenambah perisa
636 MaltolTumbuhan
Bahan kimia Penambah perisa
637 Ethyl MaltolTumbuhan
Bahan kimia Penambah perisa
950Acesulphame
Potassium/SunnetBahan kimia Pemanis sintetik
954Saccharin and its Calcium
and SoBahan kimia Pemanis sintetik
957 Thaumatin Tumbuhan Pemanis sintetik
967 Xylitol Mikrob tumbuhan Bahan pemanis
Pemanis Tiruan
Kepelbagaian risiko penyakit yang
disebabkan oleh gula dan
pertambahan jumlah kalori dalam
tubuh menjadi antara faktor utama
sesetengah orang beralih kepada
penggunaan pemanis tiruan. Jika
pengambilan gula secara berlebihan
dianggap tidak sihat, adakah
penggunaan pemanis tiruan pula satu
pilihan bijak?
Menurut Pakar Kesihatan Umum, Unit Diabetes dan Penyakit
Kardiovaskular, Jabatan Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM), Dr. Feisul Idzwan Mustapha, penggunaan gula alternatif atau
pemanis tiruan sesungguhnya tidak digalakkan oleh KKM.
Pemanis tiruan atau turut digelar sebagai pengganti gula itu lazimnya
digemari oleh golongan perancang diet ekoran jumlah kalorinya yang
rendah. Sebab itulah pemanis tiruan biasa digunakan dalam melangsingkan
tubuh badan dan mencegah pertambahan berat badan.
Pakar diet dari Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Nor Lizawati
Che 'Lah berkata pada asasnya pemanis tiruan terbahagi kepada dua
kategori iaitu bernutrisi dan tidak bernutrisi.
Kumpulan yang bernutrisi biasanya dikenali sebagai gula alkohol dan
banyak terkandung dalam buah-buah
beri seperti sorbitol, xylitol dan mannitol.
Nutrisi pemanis tiruan ini hanya setengah
atau sepertiga daripada gula biasa tetapi
kalau diambil secara berlebihan, ia masih
boleh memudaratkan.
Golongan pesakit diabetes ada kalanya beralih kepada penggunaan
pemanis tiruan bagi menyedapkan rasa makanan tanpa perlu bimbang akan
kenaikan paras gula. Namun, pakar-pakar penyelidik antarabangsa juga
berkali-kali mengingatkan bahawa sesetengah produk 'bebas gula' turut
mengandungi pemanis tiruan seperti sorbitol dan mannitol. Biarpun dengan
kadar kalori yang rendah, jenis pemanis ini masih berpotensi menjejaskan
paras gula dalam darah pesakit diabetes.
Kelompok pemanis tiruan yang tidak bernutrisi pula antaranya terdiri
daripada nama-nama seperti aspartam, sakarin, sukralose dan asesulfame
potasium (K). Tahap kemanisan bahan-bahan artifisial yang terhasil daripada
bahan kimia ini lazimnya adalah 200 kali ganda daripada gula biasa.
Aspartam ialah ialah sejenis bahan kimia yang disintesis dalam kilang
terdiri dari gabungan tiga jenis bahan kimia iaitu 40 peratus asid aspartic, 50
peratus phenylalanine dan 10 peratus methanol. Tahap kemanisannya 180
kali ganda lebih manis dari gula biasa iaitu sukros. Generasi baru aspartam
dikenali sebagai neotame yang baru mendapat kelulusan FDA memiliki
kemanisan 13,000 kali ganda lebih tinggi dari gula biasa.
Aspartam boleh dijumpai dalam produk seperti Equal, diet Pepsi atau
diet Coke. Soda diet biasanya bebas dari sejenis gula dikenali sebagai
fruktos atau sirap jagung tetapi ia dikatakan mengandungi gula tiruan iaitu
aspartam. Kebanyakan produk yang mengandungi aspartam biasanya
mencatatkan perkataan aspartam atau bebas dari gula.
Apabila aspartam dihadamkan di dalam badan, ia akan terurai kepada
tiga sebatian asal yang digunakan dalam proses pensintesisannya iaitu
methanol, phenylalanine dan asid aspartic.
Aspartam akan terurai kepada methanol apabila bertindak balas
dengan sejenis enzim dalam usus. Produk-produk yang terdedah kepada
suhu tinggi membebaskan methanol pada kadar kelajuan yang tinggi dalam
usus. Alkohol yang lebih beracun dari ethanol ini kemudian diserap ke dalam
aliran darah pada kuantiti yang tinggi. Ia dinyahkan dari tubuh pada kadar
yang rendah.
Masalah keracunan methanol yang utama ialah berkaitan penglihatan
termasuk penglihatan kabur, pengecutan dimensi penglihatan, kerosakan
retina dan buta. Masalah-masalah lain ialah sakit kepala, telinga
berdengung, pitam, loya, gangguan sistem penghadaman, lesu, seram sejuk,
gangguan memori, kebas pada jari-jari tangan dan kaki, gangguan perangai,
sel-sel saraf membengkak dan fungsinya terganggu.
Selain itu, methanol teroksida kepada asid formic dan formaldehyde.
Dalam kehidupan seharian, asid formic ialah cuka getah digunakan untuk
membekukan getah. Formaldehyde diletakkan dalam kategori sianida dan
arsenik yang semuanya sangat beracun kepada sel-sel saraf dan sel-sel lain
tubuh. Ia menyebabkan kerosakan retina, kecacatan pada bayi dalam
kandungan dan pembentukan kanser kerana sifatnya yang karsinogen dan
mampu mengganggu proses penyalinan (replikasi) DNA.
Keracunan methanol pada manusia dikatakan memberi kesan berkali
ganda lebih tinggi dari yang dialami oleh haiwan. Oleh itu keputusan kajian
aspartam atau methanol yang dijalankan pada haiwan tidak menunjukkan
tahap kebahayaan yang dialami manusia.
Seterusnya ialah phenylalanine. Phenylalanine (PA) ialah sejenis
asid amino yang terdapat dalam otak. Individu yang mengalami
phenylketonuria kebiasaannya mengalami paras PA yang tinggi. Individu
yang sering mengambil PA pada paras yang tinggi di samping makanan
berkarbohidrat biasanya akan mengalami paras PA yang tinggi dalam darah
walaupun mereka tidak mengalami phenylketonuria.
Paras PA yang tinggi menyebabkan paras serotonin yang
berkurangan. Hasilnya seseorang akan mengalami kemurungan. PA yang
berlebihan juga menjadi punca kepada keresahan, insomnia, tekanan darah
tinggi, gila (schizophrenia), dan sawan.
Sebuah laporan menunjukkan PA yang diambil pada kadar yang tinggi
secara berpanjangan boleh menyebabkan perasaan seseorang naik turun,
mudah marah, gangguan kepada fungsi otak dan kerosakan otak. Walau
bagaimanapun, individu ini tidak mengalami phenylketonuria dan simptom-
simptom tersebut akan hilang apabila individu tersebut berhenti daripada
meminum minuman yang mengandungi PA. Seseorang yang mengalami
kemurungan atau keresahan juga akan dinasihatkan oleh doktor untuk
menggantikan gula dengan aspartam. Akhirnya, mereka bergantung hidup
kepada ubat anti kemurungan.
Sebatian seterusnya yang terurai daripada aspartam ialah asid
aspartic. Asid aspartic ialah sejenis asid amino yang akan berubah menjadi
aspartate apabila berada di dalam badan. Aspartate bertindak sebagai
neurotransmitter dalam otak dengan memindahkan informasi dari satu sel
otak (neuron) ke sel otak yang lain. Jumlah aspartate yang tinggi akan
menyebabkan kalsium masuk ke dalam otak dengan banyak lalu
menyebabkan penjananan radikal bebas pada kadar yang tinggi. Kesannya,
sel-sel otak akan rosak dan mati.
Otak kita mengandungi satu sistem yang dikenali sebagai ‘halangan
antara otak dan darah’ (blood brain barrier) yang berfungsi menghalang
bahan-bahan kimia beracun termasuk aspartate dari memasuki otak. Walau
bagaimanapun, jika paras aspartate tinggi di dalam darah, ia akan masuk ke
dalam otak. Apabila aspartate mula masuk ke dalam otak, sel-sel otak akan
mula rosak secara perlahan-lahan. Petanda-petanda kerosakan ini hanya
boleh dikesan setelah seseorang individu itu mengalami kerosakan lebih
daripada 75 peratus pada sel-sel otaknya. Antara petanda-petanda tersebut
ialah masalah memori atau pendengaran, paras gula menjadi rendah dan
nyanyuk.
Kesimpulannya, penggunaan gula alternatif atau pemanis tiruan ini
sebenarnya merupakan ‘silent killer’ kepada tubuh manusia. Jika diambil
secara berlebihan, maka ia akan perlahan-lahan memberi kemudaratan
kepada kita. Perlu diketahui, Malaysia menduduki tempat pertama di
kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti
dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik. Oleh itu, sebagai
seorang pengguna, kita perlu bijak membaca label dan mengurangkan
pengambilan gula dalam makanan atau minuman.
Adalah diingatkan kehidupan yang lebih manis dan bermakna pada
hari esok tidak terletak pada amaun gula yang ditambah, tetapi pada jumlah
sukatan gula yang anda kurangkan pada hari ini. Bak kata pepatah yang
sering digempar gempurkan di media massa, kurangkan gula dalam
makanan, lebihkan manis dalam senyuman.
BIBLIOGRAFI
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. (2003). Konsep Kesihatan Melalui
Pemakanan: Pendekatan Islam dan Sains. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd
Theng T. O. (2008). Compact Guide Chemistry SPM Bilingual. Selangor:
Arah Pendidikan Sdn Bhd
5 Reasons Aspartame is Bad for You. Dimuat turun pada 16 September
2013 daripada http://www.fitday.com/fitness-articles/nutrition/healthy-
eating/5-reasons-aspartame-is-bad-for-you.html#b
200 Kali Lebih Manis. Dimuat turun pada 16 September 2013 daripada
http://www.bharian.com.my/articles/KadarobesitidiMalaysiatertinggidikal
angannegaraASEAN/Article/
Aditif Halal. Dimuat turun pada 16 September 2013 daripada Dimuat turun
pada 16 September 2013 daripada
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/aditif-halal
Aditif Makanan: Apa yang Perlu Anda Tahu?. Dimuat turun pada 16
September 2013 daripada http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=2163&Itemid=7
Aditif Makanan: Halal atau Haram? Dimuat turun pada 16 September 2013
daripada http://jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/kkm/ADITIF
%20MAKANAN,%20HALAL%20ATAU%20HARAM.pdf
Aspartame: By Far the Most Dangerous Substance Added to Most Foods
Today. Dimuat turun pada 16 September 2013 daripada
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2011/11/06/aspartame-
most-dangerous-substance-added-to-food.aspx
Aspartame Side Effects. Dimuat turun pada 16 September 2013 daripada
http://www.sweetpoison.com/aspartame-side-effects.html
Bukan Semua Alkohol Haram. Dimuat turun pada 16 September 2013
daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0525&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
Chemical Cuisine: Learn about Food Additives. Dimuat turun pada 16
September 2013 daripada
http://www.cspinet.org/reports/chemcuisine.htm#hfcs
Etil Alkohol dalam Makanan. Dimuat turun pada 16 September 2013
daripada http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/etil-alkohol-dalam-
makanan