rekod anekdot

15
ANEKDOT 1.0 Definisi Anekdot Anekdot adalah sebuah cerita singkat dan lucu atau menarik tentang kejadian atau orang sebenarnya. Anekdot selalu disajikan berdasarkan pada kejadian nyata melibatkan orang-orang yang sebenarnya. Namun seiring waktu, modifikasi pada saat penceritaan kembali dapat mengubah sebuah anekdot tertentu menjadi sebuah fiksi, sesuatu yang diceritakan kembali. Anekdot bukanlah lelucon, kerana tujuan utamanya adalah tidak hanya membangkitkan tawa, tetapi untuk mengungkapkan suatu kebenaran yang lebih umum daripada

Upload: wany-wong

Post on 17-Jan-2016

284 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Anekdot

TRANSCRIPT

Page 1: Rekod Anekdot

ANEKDOT 

1.0 Definisi Anekdot

Anekdot adalah sebuah cerita singkat dan lucu atau menarik tentang kejadian atau orang sebenarnya. Anekdot selalu disajikan berdasarkan pada kejadian nyata melibatkan orang-orang yang sebenarnya. Namun seiring waktu, modifikasi pada saat penceritaan kembali dapat mengubah sebuah anekdot tertentu menjadi sebuah fiksi, sesuatu yang diceritakan kembali.

Anekdot bukanlah lelucon, kerana tujuan utamanya adalah tidak hanya membangkitkan tawa, tetapi untuk mengungkapkan suatu kebenaran yang lebih umum daripada kisah singkat itu sendiri, atau untuk melukiskan suatu sifat karakter yang sedemikian ringan sehingga ia menghentak dalam kiasan pemahaman dari hakikatnya.

Page 2: Rekod Anekdot

Rekod anekdot pula bermaksud satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik untuk direkodkan.

Satu bentuk laporan yang mengandungi catatan tepat dan terperinci mengenai seseorang murid yang sedang dalam pemerhatian guru pembimbing. 

Rekod anekdot juga  boleh didefinisikan juga sebagai penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid.

Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar. Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, dan peristiwa yang berlaku. Guru dapat mengambil tindakan yang sesuai bagi membantu murid itu.            

Page 3: Rekod Anekdot

Menurut Pusat Pembangunan Kurikulum (2008) rekod anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Catatan ringkas ini adalah tepat berkenaan peristiwa yang berlaku dalam satu jangka masa yang singkat pada bila-bila masa dan dapat membantu guru memahami murid berkenaan dengan lebih jelas.

2.0 Tujuan Rekod anekdot dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan rekod anekdot dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mengetahui tahap pembangunan literasi kanak-kanak. Tujuan rekod anekdot juga untuk membantu guru untuk :

   I.       Mengesan keberkesanan pengajaran

    II.       Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada murid

Page 4: Rekod Anekdot

 III.       Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur  

IV.       Merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan pengayaan    

  V.       Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikuasai murid  

VI.       Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid

VII.      Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa

VIII.       Mengenalpasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi murid yang boleh diperkukuhkan  

        

Page 5: Rekod Anekdot

Selain itu, tujuan rekod anekdot adalah untuk merekod aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara sistematik. Maklumat yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai yang murid pamerkan. Untuk membuat penilaian tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai, Standard Prestasi boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan keadilan.

Berdasarkan Standard Prestasi yang ditetapkan mengikut konstruk, guru mengenal pasti tahap penguasaan murid. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap akan memudahkan guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid kemudian.

Page 6: Rekod Anekdot

Panduan Menulis Rekod : ·              

Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.   ·              

Membuat catatan dalam buku nota sebaik sahaja selepas peristiwa berlaku bagi memastikan peristiwa yang akan direkodkan tidak tercicir.  ·              

Menulis apa yang dilihat secara objektif  ·              

Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek  perkembangan murid. ·              

Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.   ·              

Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat. ·              

Mencatat tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid. ·              

Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah  laku murid yang diperhatikan.

Page 7: Rekod Anekdot

Contoh Rekod Anekdot dalam pendidikan Muzik

Hari Ahmad Ali Aminah ArisIsnin Suka

bermain alat pekusi secara persendirian

Menghadapi masalah menghabiskan latihan muzik

Selasa Mempunyai kepimpinan dalam ensembel perkusi

Rabu Berjaya mengordinasi irama

Page 8: Rekod Anekdot

dengan permainan perkusi

Khamis Menyanyi sambil memainkan alat perkusi

Jumaat Menghadapi masalah bermain beramai di dalam perkusi ensembel

Page 9: Rekod Anekdot

3.0 Kebaikan dan Keburukan Rekod Anekdot

3.1 Kebaikan rekod anekdot ·        

Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod anekdot ini. ·        

Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup). Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat saksikan dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan. ·        

Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di mana ia berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkanya kemudian. ·        

Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang perlukan sahaja dan melupakan perkara atau tingkah laku  lain.

Page 10: Rekod Anekdot

3.2 Keburukan rekod anekdot ·        

Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkan kejadian yang diperlukan oleh pemerhati sahaja ·       

  Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod ini dibuat selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurang mendalam. ·        

Kejadian mungkin berlaku di luar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurang tepat ataupun digunakan secara berat sebelah. ·        

Sukar dikodkan atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik.

Page 11: Rekod Anekdot

4.0 Kesimpulan anekdot           

  Secara keseluruhannya, Rekod Anekdot merupakan satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Rekod Anekdot ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan.

Tiada had masa ditentukan untuk catatan rekod ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.