qaedah resm

34
1 Muqaddimah Dengan Nama Allah YangMaha Pemurah Lagi Maha Penyayang Al-Hamdulillah,syukur kepada Allah Ta’ala, Solawat serta salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w dan para ahli keluarganya,sahabat-sahabat serta pengikut baginda yang setia lagi jujur hingga keakhir zaman. Dengan izin dan rahmat Allah dapatlah saya menyiapkan tugasan yang bertajuk Kaedah-kaedah Penulisan Rasm Uthmani ini sebagai pelengkap kepada pengajian Modul HBQE 1203 Rasm Uthmani.Sesungguhnya, bidang pengajian ini terlalu banyak menyimpan sejarah yang sememangnya perlu dipelajari dan diamalkan oleh setiap muslim. Kefahaman terhadap sejarah kaedah penulisan rasm akan memantapkan lagi cara membaca al-Quran dan menambah keyakinan terhadap isi kandungannya yang telah diwahyukan.Dewasa ini, semakin banyak cabaran yang datang mengancam masyarakat Islam dari pelbagai sudut termasuklah dari aspek sejarah keagongan Islam yang seboleh mungkin ingin di putar belitkan faktanya.Dalam soal kaedah pembacaan al-Quran, golongan musuh Allah telah menyebarkan dakyahnya dengan menyatakan bahawa ia adalah ciptaan manusia semata-mata.Justeru itulah,maka wujudnya pelbagai wajah qiraat yang pada mereka direka dengan sewenang- wenangnya.

Upload: adah-hadihaz

Post on 16-Apr-2015

141 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: qaedah resm

1

Muqaddimah

Dengan Nama Allah YangMaha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Al-Hamdulillah,syukur kepada Allah Ta’ala, Solawat serta salam buat Junjungan Mulia Nabi

Muhammad s.a.w dan para ahli keluarganya,sahabat-sahabat serta pengikut baginda yang setia

lagi jujur hingga keakhir zaman.

Dengan izin dan rahmat Allah dapatlah saya menyiapkan tugasan yang bertajuk Kaedah-kaedah

Penulisan Rasm Uthmani ini sebagai pelengkap kepada pengajian Modul HBQE 1203 Rasm

Uthmani.Sesungguhnya, bidang pengajian ini terlalu banyak menyimpan sejarah yang

sememangnya perlu dipelajari dan diamalkan oleh setiap muslim. Kefahaman terhadap sejarah

kaedah penulisan rasm akan memantapkan lagi cara membaca al-Quran dan menambah

keyakinan terhadap isi kandungannya yang telah diwahyukan.Dewasa ini, semakin banyak

cabaran yang datang mengancam masyarakat Islam dari pelbagai sudut termasuklah dari aspek

sejarah keagongan Islam yang seboleh mungkin ingin di putar belitkan faktanya.Dalam soal

kaedah pembacaan al-Quran, golongan musuh Allah telah menyebarkan dakyahnya dengan

menyatakan bahawa ia adalah ciptaan manusia semata-mata.Justeru itulah,maka wujudnya

pelbagai wajah qiraat yang pada mereka direka dengan sewenang-wenangnya.

Adalah menjadi harapan saya agar apa yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada

semua sebagai bahan sampingan untuk percambahan ilmu rasm khususnya buat diri saya

sendiri dan sesiapa yang sudi mentelusurinya di kemudian nanti.Terima kasih tidak terhingga

buat tutor, Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim atas bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak jemujemu

dihulurkan di setiap sesi tutorial, hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Tidak lupa

juga kepada rakan seperjuangan yang sentiasa bersedia untuk berkongsi buah fikiran,idea juga

sumber maklumat dari awal hingga akhir .

Akhir kalam, apa yang kurang itu adalah kelemahan diri saya, Allah sahaja yang Maha

Mengetahui dan kepada Nya saya bertawakkal.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 2: qaedah resm

2

Pengenalan

Al-Quran ialah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan

perantaraan Malaikat Jibril yang ditulis dalam mashaf dan disampaikan kepada kita dengan cara

mutawatir dan menjadi ibadat apabila membacanya. Al-Quran juga merupakan mukjizat terbesar

kepada Nabi Muhammad s.a.w dan sebuah kitab yang paling banyak dibaca oleh manusia.Hal ini

diakui oleh para pengkaji termasuk sarjana barat,antaranya ialah James A. Mechener

(Mei;1995)yang menulis

“The Koran is probably the most often read book in the world,surely the most often

memorized and possibly the most often influential in daily life of the people who”.

Susunan al-Quran sebagaimana yang dapat dilihat dan dibaca hari ini adalah mengikut susunan

sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum al-Quran dibukukan dalam bentuk mashaf,para

sahabat Rasulullah s.a.w telah menghafalnya dengan berbagai wajah bacaan yang disandar

secara langsung kepada Baginda s.a.w samada menghafal sebahagian atau pun keseluruhan 30

juzuk.Mereka adalah para huffaz yang berusaha memastikan setiap ayat al-Quran terpelihara dan

disebar luas.

Walau bagaimana pun, kepelbagaian ini akhirnya menyumbang kepada perselisihan dan

perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terutama selepas sebilangan huffaz syahid di medan

Yamamah yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakr. Zaman Khalifah Uthman

bin Affan menyaksikan kemuncak perselisihan itu yang hampir membawa kepada pertumpahan

darah dan kafir mengkafir sesama saudara Islam. Demi menyelamatkan ummah dari terus di

robek oleh arus perpecahan yang dahsyat, Khalifah Uthman telah membuat keputusan yang bijak

dengan memerintahkan Zaid bin Thabit dan beberapa orang cendikiawan ketika itu,membuat

penyusunan semula al-Quran berdasarkan mashaf yang telah dibuat semasa zaman Khalifah Abu

Bakr r.a. Mashaf ini kemudiannya disebar luas keseluruh empayar Islam .Kaedah penulisan dan

bacaan dalam mashaf ini kemudiannya dikenali sebagai Kaedah Rasm Uthmani yang

dinisbahkan kepada jasa Khalifah Uthman b. Affan r.a. Mashaf ini menjadi sumber rujukan

Page 3: qaedah resm

untuk membaca dan menulis al-Qur’an yang diiktiraf oleh para ulama’ sebagai yang paling

sempurna dan muktabar.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

3

Rasm Uthmani Serta Keistimewaannya.

Pengertian

Rasm bermaksud satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ungkapan bagi

memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang

membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf.

Menurut Abdul Qadir Leung(2008;126) kalimah rasm bermaksud penulisan , penulisan

berhubung dengan ejaan huruf-huruf yang berbentuk perkataan dalam ayat dari segi

penggunaan, penyusunan, penyambungan dan pemisahan.

Rasm Uthmani pula ditakrifkan sebagai ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimahkalimah

ayat Al-Quran yang diguna dan dipersetujui oleh Khalifah Uthman ketika proses

penyalinan dan penulisan Al-Quran dilakukan. Ibrahim (2007;35) berkata Rasm Uthmani juga

diistilahkan sebagai “Rasm Mushaf” oleh “Majma’ Buhuth al-Islamiyyat” yang memberi

maksud “ ketentun atau pola yang digunakan oleh Saidina Uthman ibn Affan bersama sahabatsahabat

lainnya ketika penulisan (penyelarasan) al-Quran, berkaitan dengan susunan hurufhurufnya

, yang terdapat dalam mushaf-mushaf yang dikirim ke berbagai daerah dan Bandar,

serta mushaf al-Imam yang berada di tangan Khalifah Uthman sendiri”.

Penulisan Rasm ini dibuat berdasarkan apa yang telah diriwayatkan oleh para ulama’ rasm

(tulisan) daripada mashaf-mashaf yang telah dihantar oleh Khalifah Uthman r.a ke Kota

Basrah,Khufah,Syam, Makkah dan Madinah termasuklah yang diperuntukkan khas bagi rujukan

Khalifah di Kota Madinah.

Keistimewaan Rasm Uthmani

Terdapat lima kelebihan utama pada Mushaf Rasm Uthmani yang menjadikan ia perlu

Page 4: qaedah resm

diutamakan berbanding kaedah penulisan lain,iaitu;

1-Tulisan Rasm Uthmani adalah mengikut sanat Rasulullah s.a.w dan telah diwarisi oleh

penulis-penulis mashaf al-Quran hingga zaman kini.

Menurut Haji Uthman (1983;I) Rasm Uthmani ditulis dan di bariskan mengikut riwayat Hafs b.

Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi al-Khufi bagi bacaan ‘Asim bin Abi al-Najudi al-Khufi al-

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

4

Tabi’I daripada Abi Abd.Rahman Abdillah bin Habib al-Sulamiy daripada Uthman bin

Affan,Ali bin Abi Talib,Zaid bin Thabit dan Abi bin Ka’ab daripada Rasulullah s.a.w.

2-Bertepatan Dengan Pembentangan Terakhir.

Setelah sempurna penurunan al-Quran,sungguhnya Jibril telah mendatangi Rasulullah dan

membuat semakan bacaan buat kali terakhir dan ketika berlakunya peristiwa ini Baginda

ditemani oleh Zaid bin Thabit.Oleh itu,semasa menerima tanggungjawab dari Khalifah Abu

Bakr dan Uthman supaya mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran,beliau

melakukannya mengikut apa yang didengar sewaktu berlakunya pembentangan itu.Sebarang

ayat yang pernah diturunkan semasa hayat Rasulullah atau yang terdapat dalam mana-mana

catatan sahabat yang tidak terdapat dalam pembentangan terakhir itu adalah dianggap mansuh

dari penulisan al-Quran.

3-Mashaf Rasm Uthmani ditulis berdasarkan kepada riwayat mutawatir.

Jawatankuasa menyalin mashaf yang dibentuk oleh Saidina Uthman terdiri dari empat orang

sahabat iaitu Zaid bin Thabit, Abdullah bin al-Zubair, Said bin al-Asr dan Abdul Rahman bin

al-Harith bin Hisyam.Mereka merupakan orang yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam

ilmu al-Quran,manakala bacaan mereka pula diakui benar segolongar besar para sahabat .

4-Merangkumi Tujuh Huruf al-Quran

Para ulama telah berbeza pendapat dalam menterjemahkan erti tujuh huruf sebagaimana yang

telah diriwayatkan dalam hadith berkaitan.Walau bagaimana pun, perbezaan ini telah berjaya

diseragamkan oleh Mushaf Rasm Uthmani sekaligus dapat menyatukan bentuk bacaan al-

Page 5: qaedah resm

Quran walaupun terdapt perbezaan dalam qiraat. Menyatukan rumusan surah mengikut

susunan asal iaitu tetrib susunannya sesuai dengan tertib surah dan ayat yang diperkenalkan

sehingga sekarang.

5-Salah Satu Rukun Bacaan al-Quran

Rasm Uthmani telah disepakati seluruh ulama’ dan diterima susunan ayat, kalimah dan

hurufnya.Tidak seorang pun yang diperbolehkan untuk mengingkarinya.Oleh keran itu, bacaan

al-Quran yang bertepatan dengan mashaf Rasm Uthmani merupakan salah satu dari tiga rukun

bacaan al-Quran.Berpandukan kepada fatwa Imam Malik,al-Quran hendaklah ditulis dengan

Rasm Uthmani.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

5

Kaedah Penulisan Rasm Uthmani

Menurut Al-Syaykh Ibrahim(1995:25), penulisan Al-Quran Rasm Uthmani juga dikenali

dengan nama Rasm Istilahi, iaitu penulisan yang tidak selari dengan kaedah penulisan rencana

(imla’i). Penulisan Rasm Uthmani tidak mengikut pada lafaz bacaan kerana sebahagian besar

kalimahnya ditulis menggunakan enam kaedah sepertimana berikut;

KaedahMeniadakan Huruf ( Hazaf).

Hazaf bermaksud membuang atau mentiadakan huruf-huruf tertentu dalam struktur kalimah

tertentu dari al-Quran.Terdapat lima huruf yang terlibat dalam kaedah ini iaitu huruf alif, wau,

ya , lam dan nun yang terdapat pada kalimah tetentu .Hazaf juga berlaku kepada huruf-huruf alif,

wau, dan ya pada kata permulaan (fawatih) surah tertentu al-Quran.

Hazaf berlaku dalam tiga bentuk iaitu;

1- Hazaf Isyarah- bermaksud hazaf yang bertujuan menunjukkan wajah-wajah qiraat tentu.

2- Hazaf Ikhtisor - bermaksud hazaf peringkasan seperti pengguran alif pada struktur kata

jama’ Muzakkar Salim dan Jama’ Muannath Salim.

3- Hazaf Iktisor - bermaksud hazaf pembatasan yang bermaksud hazaf alif pada kalimahkalimah

tetentu tanpa melibatkan kalimah lain.

Page 6: qaedah resm

Berikut adalah sebahagian daripada contoh-contoh hazaf huruf tertentu berserta keterangan

berkaitan;

Huruf

hazaf

Tempat dan keadaan contoh

Kalimah

asal

Alif pada Kalimah “ basmalah” الرحيم الرحمن الله بسم الله باسم

Alif “Al-Takrf” didahului huruf lam

ta’kid atau jar.

Alif ببكة للذى للناس وضع بيت أول ان الذى ل

( ا )

Kalimah di awalnya hamzah Qata’

disusuli hamzah wasal atau Qata’

تفترون الله على أم لكم أذن ءالله قل الله أ

Bila ia berturut-turut dalam satu

kalimah

Wau أحد على تلوون وال تصعدون اذ تلوون

( و )

Dibuang wau yang menumpang huruf

hamzah

تئويه التى وفصيلته تؤويه

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

6

Dibuang wau pada empat kata

perbuatan yang marfuk

الزبانية سندع سندعو

Ya Ya “mutakallim” pada kedudukan

Page 7: qaedah resm

“isim munada”

كوكبا عشر أحد رأيت إنى يأبت أبتي

Ya tambahan di akhir kalimah yang

tidak berfungsi sebagai “nidak”

يسر إذا واليل يسري

Ya “isim manqus” berbaris dua di

hadapan atau baris dua di bawah

بالنهار باليلوسارب مستخف مستخفي

Lam Pada lam kedua dalam kalimah , , , والليل, دان الئ التي الذين الذان الذى

Lam pada lafzul Jalalah الله

Nun Nun yang pertama pada kalimah

“ تأمننا” ..

يوسف على تأمنا ال لك ما تأمننا

Huruf nun yang ke dua dalam

kalimah “ ”. ننجى

ننجى

, ي, و Huruf-huruf dipermulaan surah pada ا

surah-surah tertentu.

. ن, ق نون . قاف

Rahsia Penggunaan Huruf-Huruf Hazaf

Kajian yang dibuat para ulama mhruf yang dihazafkan sebenarnya memberi erti yang tersirat.

Contohnya huruf Wau yang dihazafkan selepas huruf Ayn’ pada kalimah ( ویدع ) dalam firman

Allah ( اإلنسن adalah untuk memperkukuhkan lagi kenyataan bahawa doa seseorang itu ( ویدع

cepat sampai kepada Allah.

KaedahMenambah Huruf ( ( الزیادة

Ziadah merupakan satu perkara penting yang perlu diketahui dalam penulisan dan pembacaan

Rasm Uthmani.Ziadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah – kalimah

tertentu dalam al-Quran. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua keadaan ketika

Page 8: qaedah resm

membacanya. Huruf-huruf tambahan ( الزیادة ) tersebut ialah alif , wau, dan ya sepertimana

contoh-contoh berikut;

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

7

Huruf

Ziadah

Kedudukan dalam struktur ayat Contoh

Alif Selepas wau ganti nama pada jamak muzakkar

bersambung dengan “fiil Mudhari’ dan Amar

di hujung kalimah

بينكم الفضل تنسوا وال

Selepas wau jamak muzakkar salim yang

berada di hujung kalimah

قليال العذاب كاشفوا إنا

Alif selepas huruf wau bagi semua “fiil

mudharik”

يضره ال ما الله دون من يدعوا

Huruf wau yang ditukar daripada alif الربوا وحرم البيع الله وأحل

Alif selepas huruf mim pada kalimah مئة dan

pecahannya

مائتين يغلبوا

Wau Huruf wau selepas hamzah pada kalimah

“سأوریكم”

الفسقين دار سأوريكم

Selepas hamazah pada kalimah “ ” أولو ببعض أولى بعضهم األرحام وأولوا

Kalimah “ ” أولي األلبب يأولى حيوة القصاص في ولكم

Ya Ziadah Ya selepas hamzah pada kalimah

“ أفاین”

Page 9: qaedah resm

أعقبكم عل انقلبتم قتل أو مات أفإين

Huruf Ya pada kalimah “ ” ءانآى النهار واطراف فسبح اليل ءانآى ومن

Rahsia Penggunaan Kaedah Ziyadah

Para ulama’ berpendapat bahawa penggunaan huruf ziadah ini dapat membantu untuk

mengetahui asal baris bagi sesuatu huruf. Sebagaimana yang di ketahui,pada peringkat awal al-

Quran ditulis tanpa sebarang tanda atau baris.Contohnya kalimah ( نبإى ) ditambah huruf Ya’

selepas Hamzah bagi menunjukkan ia berbaris kasrah.Selain itu,para ulama juga berpendapat

bahawa penggunaan huruf ziadah adalah untuk memberi makna berbeza bagi perkataan

tertentu.Contohnya ziadah huruf Ya pada kalimah ( بأیید ) adalah bagi menguatkan lagi makna

kekuasaan Allah.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

8

KaedahMenulis Huruf Hamzah ( ( الھمزة

Menurut Abd Ghani (2008;45) dalam Mushaf Rasm Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf

hamzah adalah berbeza antara satu sama lain bergantung kepada kedudukannya.Berikut adalah

contoh-contoh penulisan hamzah mengikut kedudukannya;

Kedudukan Hamzah Keadaan Penulisan Contoh Kalimah

Awal kalimah atau

didahului huruf ziadah.

Dutulis dengan surah(rumah) Alif samada ia

fathah, kasrah atau dhummah.

سأسرف, , إبراهيم أنزل

Pertengahan kalimah 1-Ditulis tanpa surah sekiranya

sebelumnya terdapat huruf sukun.

2-Ditulis dengan surah Ya jika ia kasrah

atau sukun dan didahului kasrah

3-Ditulis dengan surah Wau apabila ia

Page 10: qaedah resm

dhummah atau sukun dan didahului

dhummah.

4-Ditulis dengan surah Alif apabila ia

fathah atau sukun dan didahului fathah.

سوءة

فئة

المؤمنون

سألتم

1- Ditulis dengan surah Ya jika sebelumnya

kasrah.

2- Ditulis dengan surah Wau jika

sebelumnya baris dhummah.

3- Ditulis dengan surah alif jika sebelumnya

baris fathah.

قرئ

إنمرؤا

Hujung Kalimah سبأ من

4- Ditulis tanpa surah jika sebelumnya

baris sukun

الجبء

Hukum-hukum Khas

1- Ditulis tanpa surah jika selepasnya alif

atau wau atau ya

2- Hamzah al-Wasl ditulis dengan surah alif

jika ia tidak dimasuki sebarang adat atau

dimasuki Alif Lam al-Ta’rif .Tetapi

يئوده , , متكئين ءامن

االرض , .اسجدوا

Page 11: qaedah resm

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

9

terdapat lima keadaan ia ditulis tanpa

surah;

1- Hamzah pada Lam Ta’rif yang

dimasuki Lam Jar atau Lam Ibtida’

2- Hamzah yang dimasuki Hamzah al-

Qat’.

3- Hamzah yang terletak pada Fi’l Amr

.’apbila didahului wau atau fa ( ( اسأل

4- Hamzah yang dimasuki hamzah al-

Istifham.

5- Hamzah pada lafaz ( اسم ) pada firman

Allah ( ( الله بسم

لالءسالم

فأتوا

فسئلوا

ءالله

الله بسم

Rahsia Kaedah Penulisan Huruf Hamzah

Penulisan huruf-huruf Hamzah dengan surah yang berbeza sebenarnya mempunyai rahsia

tersendiri. Perbezaan pada bentuk surah itu sebenarnya menjadi simbul wujudnya kepelbagaian

wajah qiraat yang diharuskan. Contohnya kalimah ( بمؤمنین ) yang ditulis dengan surah Wau

adalah kerana kalimah tersebut dibaca dengan huruf Wau oleh sesetengan ahli qiraat.

KaedahMengganti Huruf ( .( اإلبدال

Ibdal ialah menukar sesuatu huruf kepada huruf yang lain . Dalam penulisan Mushaf Rasm

Uthmani, “ al-Badl” merupakan perkara penting yang perlu diketahui dan di beri perhatian

kerana huruf yang menggantikan sesuatu huruf itu tidak boleh dibaca sama sekali,sebaliknya

Page 12: qaedah resm

yang dibaca adalah huruf asal yang digantikan itu.Huruf tersebut terbahagi kepada lima bahagian

iaitu;

Huruf Ibdal Tempat/Keadaan

Huruf

Kalimah Berkaitan Surah :Ayat

Empat kalimah yang

berulang-ulang

الربوا . . . الحیوة الزكوة الصلوة

Ibdal huruf Alif

kepada huruf Wau

Empat kalimah dalam

surah tertentu

ومنوة . . . النجوة كمشكوة . بالغدوة

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

10

Apabila Alif terletak

hujung kalimah,

walaupun ia berhubung

dengan dhamir.

الله - ھدى الھدى إن قل

یذكرھم - فتى سمعنا قالوا

واألولى - لألخرة لنا وإن

Ali Imran :73

Al-Anbiya’: 60

Al-Lail : 13

Ibdal huruf Alif

Kepada Huruf Ya’

Page 13: qaedah resm

Huruf Alif pada

kalimah( أنى -bagaimana)

dan kalimah-kalimah

متى , , , , بلى إلى حتى , على

. لدى

غلم - لي یكون أنى قالت

الناس - اعین على بھ فأتوا قالوا

المقابر - زرتم حتى

صلحا - أخاھم ثمود وإلى

العلیم - الخلق وھو بلى

الوعد - ھذا متى ویقولون

كظمین - الحناجر لدى القلوب إذ

Maryam : 20

Al-Anbiya’ : 61

Al-Takathur : 2

Hud : 61

Yasin ; 81

Yasin : 48

Ghafir : 18

Huruf Nun Tawkid

Khafiyyah

الصغرین - من ولیكونا لیسجنن

بالناصیة - لنسفعا ینتھ لم لئن كال

Yusof : 32

Huruf Nun kepada Al-Alaq : 15

Huruf Alif Huruf Nun pada

kalimah ( ( فإذا نقیرا الناس یؤتون ال Ah-Nisa’ : 53 - فإذا

Page 14: qaedah resm

Kalimah ( رحمة ) pada tujuh tempat dalam al-Quran

iaitu surah Al-Baqarah:218, Al-A’raf : 56 , Hud : 73

Maryam : 2 , Al-Rum : 50 , Al-Zukhruf:32 , Al-

Zukhruf:32.

Contoh:

الله - رحمت یرجون .أولئك

المحسنین - من قریب الله رحمت إن

زكریا - عبده ربك رحمت ذكر

Al-Baqarah:218

Al-A’raf : 56

Mayam : 2

Kalimah ( نعمة ) pada sebelas tempat dalam al-Quran

iaitu pada surah Al-Baqarah : 231, Al-Imran:103,Al-

Maidah: 11, Ibrahim : 28 dan 34, Al-Nahl : 72, 83

dan 114, Lukman : 31, Fatir : 3 , Al-Tur: 29.

Contoh:

علیكم - الله نعمت . واذكروا

أعداء - كنتم إذ علیكم الله نعمت .واذكروا

Al-Baqarah:231

Ali-Imran : 103

Ibdal Ta’ al-

Marbutah kepada

Ta’ al-Maftuhah

Kalimah ( سنة ) pada lima tempat iaitu pada surahsurah

Al-Anfal:38, Fatir:43 (sebanyak 3 kali),

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

11

Page 15: qaedah resm

Ghafir:85.

Contoh;

األولین - سنت إال ینظرون .فھل

تبدیال - الله لسسنت تجد .فلن

تحویال - الله لسنت تجد . ولن

Fatir: 43

Fatir: 43

Fatir: 43

Kalimah ( إمراة ) pada tujuh tempat berikut;

Al-Imran: 5, Yusof: 30 dan 51, Al-Qasas:9, Al-

Tahrim:9,10 (dua kali) dan 11.

Contoh ;

(Yusof: - ( . العزیز امرأت المدینة فى نسوة 30وقال

(Al-Qasas; - (. ولك لى عین قرت فرعون امرأت 9وقالت

Kalimah ( مرضاة ) pada semua tempat dalam al-

Quran.

Contoh;

(Al-Tahrim: - (. أزوجك مرضات 1تبتغى

Kalimah ( لعنة ) pada surah Ali-Imran: 61 dan

Al-Nur: 7 .Ayat tersebut ialah;

الكذبین - على الله لعنت .فنجعل

علیھ - الله لعنت ان .والخمسة

Ali Imran :61

Al-Nur: 7

Kalimah ( معصیة ) pada dua tempat dalam surah al-

Mujadalah: 8 dan 9 .

Ibdal Ta’ al-

Page 16: qaedah resm

Marbutah kepada

Ta’ al-Maftuhah

Tujuh kalimah mufrad iaitu;

- – - - - - ابنت- شجرت قرت ثمرت بقیت وجنت فطرت

Contoh:

الزقوم - شجرت إن

ولك - لى عین قرت

Al-Dukhan : 43

Al-Qasas : 9

Ibdal Wau kepada

Alif

Semua kata nama dan kata perbuatan yang

mempunyai tiga huruf dan asal huruf ke tiganya

Wau,kalimah tersebut ialah:

أبآ – – – - سنا شفا الصفا

Contoh;

الله شعائر من والمروة الصفا Al-Baqarah:158 - إن

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

12

أحد - أبآ محمد كان ما

Melainkan 6 kalimah yang ditulis dengan huruf Ya

iaitu kalimah;

زكى – – – – – طحھا تلھا دحھا سجى والضحى

Contoh:

سجى( 1والضحى ) - إذا والیل

Al-Ahzab : 40

Al-Duha : 1& 2

Page 17: qaedah resm

Rahsia Penggunaan Huruf-huruh Ibdal

Para ulama melihat bahawa huruf-huruf ibdal mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mereka

berpendapat penggunaan huruf-huruf ini dapat dijadikan panduan untuk mengetahui asal bagi

sesuatu huruf.Dalam penulisan Rasm Uthmani,penggantian huruf wau dan Ya dengan huruf alif

adalah yang paling banyak berlaku,contohnya perkataan ( الصلوة ) yang ditulis dengan huruf Wau

menggantikan Alif disebabkan Wau itu adalah huruf asal bagi kalimah tersebut. Begitu juga

dengan kalimah ( الھدى ) yang ditulis dengan huruf Ya menggantikan huruf Alif kerana Ya

merupakan huruf asal kalimah tersebut.

KaedahMenulis Perkataan Berangkai dan Berpisah ( .( والفصل الوصل

Menurut Al-Zarkasyi, Al-Wasl wa al-Fasl adalah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan

pada huruf-huruf atau kalimah-kalimah yang tertentu .Di dalam Rasm Uthmani terdapat banyak

kalimah sama yang ditulis dengan cara bersambung pada suatu tempat tetapi ditulis dengan cara

terpisah di suatu tempat yang lain sepertimana berikut;

Kalimah

Tempat-tempat ditulis secara sambung

serta contoh

Tempat-tempat ditulis terpisah serta

contoh

أال

ال ) (أن

Semuanya ditulis dengan cara sambung

(kecuali pada sepuluh tempat

sebagaimana tercatat disebelah).

Contoh;

(Al-Baqarah: - ( تكتبوھا أال جناح علیكم 282فلیس

Al-A’rof:105 & 169, at-Taubah: 118,

Hud:26, al-Haj:26, Yasin:60, al-

Page 18: qaedah resm

Dukhan:19,al-Mumtahanah:12

Dan Nun:24.

(Nun: - ( مسكین علیكم الیوم یدخلنھا ال 24أن

أما dan إما

( / ما إن ما (أم

Semuanya ditulis bersambung (kecuali

pada surah al-Ra’d:40).

Contoh;

(Al-Isra’: - (. ھما أحد الكبر عندك یبلغن 23إما

Surah al-Ra’d:40

أونتوفینك - نعدھم بعضالذي نرینك ما وإن

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

13

عما

( ما (عن

Ditulis bersambung pada semua tempat

(kecuali pada al-A’raf:166).

Contoh;

(Al-Baqarah: - (. تعملون عما بغفل الله 74وما

Al-A’raf :166

عنھ - نھوا ما عن عتو فلما

إنما

( ما (إن

Semua ditulis bersambung (kecuali pada

al-An’am:134).

Contoh;

(At-Taubah: ( بالله ءامن من الله مسجد یعمر 18إنما

Page 19: qaedah resm

Al-An’am:

ألت توعدون ما إن

أنما

( ما (أن

Semua ditulis bersambung (kecuali pada

dua tempat iaitu al-Haj:62 dan

Luqman:30).Contoh;

(Al-Kahfi: - (. وحد إلھ إلھكم أنما إلي 110یوحى

Al-Haj:62

البطل - ھو دونھ من یدعون ما وأن

Luqman:30

البطل - دونھ من یدعون ما وأن

كلما

( ما (كل

Semua tempat ditulis bersambung (kecuali

pada surah Ibrahim:34). Contoh;

(Al-Baqarah: - ( رزقا ثمرة من منھا رزقوا 25كلما

Ibrahim :34

سألتموه ما كل من وءاتكم

أمن

( من (أم

Semua ditulis bersambung (kecuali pada

empat tempat –sila lihat sebelah).

Contoh;

(Al-Mulk: - ( مستقیم صرط على سویا یمشى 22أمن

Terdapat pada empat tempat iaitu al-

Nisa’:109, al-Taubah;109, al-Saffat:11

dan Fussilat:40.Contoh;

Page 20: qaedah resm

(Al-Nisa’: - ( وكیال علیھم یكون من 109أم

Lam

al-Jar

Semua huruf Lam al-Jar dengan kalimah

selepasnya (kecuali pada empat tempatsila

lihat sebelah). Contoh;

(Al-Fatihah: - (. الدین یوم 4ملك

Terdapat pada empat tempat iaitu al-

Nisa’:78, al-Kahfi:79, al-Furqan:7 dan

al-Ma’arij:36. Contoh;

( Al-Furqan: - (. الرسول ھذا ل ما 7وقالوا

یومھم

( ھم (یوم

Semua kalimah ini ditulis bersambung

(kecuali pada dua tempat seperti sebelah).

Contoh;

(Al-Zukhruf: - ( یوعدون الذى یومھم یلقوا 83حتي

Terdapat pada dua tempat iaitu

Ghafir:16 dan al-Dhariat:13.

Contoh;

(Al-Dhariat: - (. یفتنون النار على ھم 13یوم

فیما

( ما (في

Semua kalimah ini ditulis bersambung

(kecuali pada dua tempat seperti sebelah).

Contoh;

(Al-Sajdah: - ( یختلفون فیھ كانوا 25فیما

Page 21: qaedah resm

Terdapat pada dua tempat iaitu al-

Syuara’:146 dan al-Baqarah:240.

Contoh;

(Al-Syuara’: ( ءامنین ھھنا ما في 146أتتركون

’Semua kalimah ini ditulis bersambung Terdapat pada dua tempat iaitu al-Nisa مما

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

14

ما .(kecuali pada dua tempat seperti sebelah) ( (من

Contoh;

(Yasin: - (. أنعما أیدینا عملت مما لھم خلقنا 71أنا

:25 dan al-Rum : 28. Contoh;

شركآء من أیمنكم ملكت ما من لكم ھل

(Al-Rum: 28)

ما أین

(أینما )

Terdapat pada tiga tempat iaitu al-Baqarah

: 115, al-Nahl:76 dan al-Nisa’:78.

Contoh;

(Al-Baqarah: - (. الله وجھ فثم تولوا 115فأینما

Semua kalimah ini ditulis terpisah

(kecuali pada tiga tempat seperti

sebelah). Contoh;

(Ali Imran: - ( ثقفوا ما أین الذلة علیھم 112ضربت

لم إن

(إلpم)

Terdapat pada satu tempat sahaja iaitu;

(Hud: - ( لكم یستجیبوا 14فإلم

Semua kalimah ini ditulis terpisah

Page 22: qaedah resm

(kecuali pada surah Hud:14). Contoh;

(Al-Kahfi: - أسفا .) الحدیث بھذا یؤمنوا لم 6إن

لن أن

(ألن)

Terdapat pada dua tempat sahaja iaitu al-

Kahfi: 48 dan al-Qiyamah:3). Contoh;

(al-Kahfi: - ( لكم نجعل 48ألن

Semua kalimah ini ditulis terpisah

(kecuali pada al-Kahfi: 48 dan al-

Qiyamah:3). Contoh;

(Al-Balad: - ( احد علیھ یقدر لن أن 5أیحسب

Rahsia Penggunaan Kaedah Menyambung dan Memisahkan Kalimah

Kaedah ini juga mempunyai kaedah yang tersendiri. Jika dilihat dari segi makna,sememangnya

kalimah tersebut mempunyai makna berbeza apabila bersambung dan berpisah.Sebagai contoh,

kalimah ( من یكون ) yang dipisahkan dalam Firman Allah S.W.T ( أم من dan disambung pula ( أم

pada Firman Allah ( یمشى tetapi,( بل ) Apabila ditulis dengan terpisah ia bermakna.( أمن

membawa makna lain pula jika ditulis bersambung.

KaedahMa Fih Qira’atan (Kalimah yang mempunyai dua wajah bacaan)

Kaedah penulisan kalimah yang tergolong dalam kumpulan ini boleh dibahagikan kepada tiga

bahagian;

1- Bertepatan penulisannya dengan dua wajah qiraat

Antara kalimah yang terbabit ialah ( فكھین ) yang ditulis dengan hazaf huruf Alif tetapi boleh

dibaca sama ada panjang atau pendek pada huruf Fa’.

2.Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat.

Keadaan ini berlaku apabila salah satu dari dua bacaan tersebat lebih masyhur.Contohnya

kalimah ( الصرط ) yang ditulis dengan huruf Sad berbanding huruf Sin yang kurang masyhur

penggunaannya dikalangan ahli qiraat yang mutawatirah.

Page 23: qaedah resm

3.Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

15

Penambahan ini berlaku apabila perbezaan yang wujud antara qiraat tidak dapat diselaraskan

sama sekali menyebabkan kaedah tulisan yang diguna oleh sesuatu qiraat tidak boleh diguna

pakai oleh qiraat lain.Contoh seperti firman Allah ( األنھر تحتھا تجرى yang di tulis ( جنت

sedemikian pada sesetengah mashaf dan ditambah kalimah ( من ) selepas ( تجرى ) pada mashaf

yang lain.

Rahsia Penggunaan Kaedah Penulisan yang Sama

Kaedah ini digunakan bagi menyesuaikan kalimah tersebut dengan pelbagai jenis wajah bacaan

yang diharuskan.Contohnya kalimah ( یخدعون ) ditulis tanpa huruf Alif selepas Kha dalam

Firman Allah ( أنفسھم إال یخدعون bagi membolehkannya dibaca oleh qiraat yang mengekalkan ( وما

Alif tersebut atau qiraat yang menghazafkannya. Ini merupakan satu lagi kelebihan yang terdapat

pada Rasm Uthmani iaitu terdapatnya beberapa kalimah yang ditulis dengan kaedah tulisan yang

sama,walau berbeza pada wajah bacaannya (qiraat).

Hukum menggunakan Rasm Uthmani

Sesungguhnya pihak orientalis sentiasa mencari peluang untuk menyebarkan dakyah jahat

mereka terhadap Islam. Hal sedemikian tidak terkecuali dalam urusan pembacaan dan penulisan

al-Quran al-Syarif. Pelbagai tohmahan telah dibuat terhadap kepelbagaian yang berlaku dalam

wajah qiraat dan penulisan al-Quran termasuklah dakwaan bahawa al-Quran dibaca dan tulis

dengan sesuka hati mengikut selera dan kehendak nafsu.Oleh itu saya berpendapat, adalah

menjadi satu kefarduan bagi setiap muslim untuk mempelajari serta menggunakan Mashaf Rasm

Uthmani dalam pembacaan mahupun penulisan al-Quran. Berdasarkan kepada kajian yang

dibuat oleh para ulama,mereka bersependapat bahawa Mushaf Rasm Uthmani adalah yang

terbaik untuk dijadikan panduan dan diguna pakai masa kini kerana ia menepati dengan apa yang

diajar oleh Rasulullah s.a.w, malah itulah kaedah yang sewajar digunakan selamanya.Keteguhan

pegangan dan pengetahuan yang mendalam terhadapnya akan menjadi benteng penghalang

Page 24: qaedah resm

kepada ancaman orientalis untuk melakukan dakyah terhadap kemukjizatan al-Quran yang

sememang akan terpelihara sehingga akhir zaman.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

16

Kesimpulan

Ramai ulama’ telah meneliti dan menyelidik penulisan kalimah-kalimah dalam mushaf Uthmani.

Mereka juga telah membuat beberapa siri perbahasan mengenai perkara tersebut. Hasil dari

perbincangan itu, lahirlah beberapa buah buku seperti “al-maqna’” karangan Imam Abu Amru

al-Dani, “ Al-Rasm” karangan Seikh Muhammad bin Yusof Atfish yang menerangkan tujuan

serta rahsia disebalik kelainan cara penulisan tersebut.Amatlah wajar bagi setiap muslim

memahami rahsia disebalik penulisan Rasm Uthmani disamping mengusai ilmu tajwid yang

wajib itu.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

17

Rujukan:

Abd. Rahman Abd Ghani (2008),Rasm Uthmani Pelengkap Pembacaan al-Quran.

Kuala Lumpur:Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Al-Quran, Mushaf al-Madinah al-Nabawiyah, Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd.

Ahmad Kamarudin Ibrahim (2007), Rasm Uthmani.

Seri Kembangan: Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Al-Hafiz Jalal al-Din Abd al-Rahman al-Sayuti (1987), Al-Itqan fi Ulum al-Quran, juz 2.

Beirut: Dar Ibn Kathir.

Al-Syaykh Ibrahim bin Ahmad al-Marghani al-Tunisi (1995), Dalil al-Hayran

ala Mawrid al-Zam’an I Fanny al-Rasm wa al-Dabt .

Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Haji Abd.Qadir Leong (2008), Tajwid al-Quran Rasm Uthmani.

Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Page 25: qaedah resm

Sya’ban Muhammad Ismail(Dr)(1986),Al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha.

Kaherah: Dar al-Salam

http://nayie.blogspot.com/2009/03/rasm-uthmani.html

http://kerabujantung.blogspot.com/2009/05/awas-quran-bukan -rasm-uthmani.html.

http://syathibie.blogspot.com/2008/10/al-rasm-uthmani-17.html

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com