persepsi pelatih kurang upaya akal terhadap … · kajian. keesahan soal selidik diperolehi melalui...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELATIH KURANG UPAYA AKAL TERHADAP MASALAH
PEMBELAJARAN YANG DIHADAPI SEMASA MENGIKUTI LATIHAN
KEMAHIRAN VOKASIONAL DI TAMAN SINAR HARAPAN,CHERAS
FATHIYAH BT MOHD KAMARUZAMAN
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2009
iii
DEDIKASI
Untuk Ayah dan Umi
Yang dihormati, disayangi lagi dikasihi,
Mohd Kamaruzaman bin Abdul Rahman
Asmahan binti Musa
Dengan doa dan restumu aku disini,
Memenuhi hajat dan harapan mu,
Menebus kegagalan diriku sendiri,
Kerana kesilapan di masa lalu.
Buat kakak kembar yang dirindui....Nabilah
Buat adik beradik yang tersayang,
Terima kasih atas segala tunjuk ajar,
Terima kasih atas bimbingan kalian,
Akan ku kenang jasa kalian,
Hingga ke hujung nyawa.
Buat teman-teman seperjuangan,
Yang banyak membantu pengajianku,
Tidak mampu aku nyatakan,
Di atas jasa-jasa kalian,
Semoga ikatan persaudaraan,
Antara kita kekal berpanjangan,
Selagi hayat dikandung badan.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah
kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk
mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus
ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, Prof Dr Muhammad
Rashid bin Rajuddin atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang
diberikan sepanjang penyelidikan tesis ini dijalankan. Saya juga ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia kerana memberi
peluang dan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ilmiah di Taman Sinar
Harapan, Cheras. Begitu juga kepada En Rosman, penolong pengarah Taman Sinar
Harapan Cheras yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang kajian ini
dijalankan.
Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta sesiapa
yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek
penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan yang setimpal
dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. InsyaAllah ianya akan tetap
dikenang hingga akhir hayat.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelatih kurang upaya
akal terhadap masalah pembelajaran yang dihadapi semasa mengikuti latihan kemahiran
vokasional di Taman Sinar Harapan, Cheras. Penyelidikan ini mempunyai lima objektif
iaitu untuk mengenalpasti pandangan pelatih kurang upaya akal terhadap masalah
pembelajaran dari aspek penghargaan kendiri, kurikulum latihan kemahiran vokasional,
kemudahan pembelajaran dan sokongan daripada masyarakat (ibu bapa, tenaga pengajar).
Bagi objektif kelima, ianya adalah bertujuan untuk mengenalpasti pandangan pelatih
kurang upaya akal terhadap masalah pembelajaran yang dihadapi semasa mengikuti
latihan kemahiran vokasional mengikut jantina. Instrumen digunakan dalam penyelidikan
deskriptif ini adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua
bahagian. Bahagian A mengandungi 4 item berkenaan latarbelakang pelatih. Bahagian B
mengandungi 25 item berkenaan masalah pembelajaran yang dihadapi semasa mengikuti
latihan kemahiran vokasional di institusi ini. Item-item ini dibina berdasarkan soalan
kajian. Keesahan soal selidik diperolehi melalui pengesahan daripada pakar dalam bidang
ini. Data terkumpul diuji secara manual iaitu menggunakan Microsoft Word 2007 dan
ianya dipersembahkan dalam bentuk jadual kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pelatih kurang upaya akal tidak mempunyai masalah pembelajaran
dari aspek kurikulum latihan kemahiran vokasional, kemudahan pembelajaran dan
sokongan daripada masyarakat (ibu bapa, tenaga pengajar) dengan peratusan pada tahap
tinggi iaitu sebanyak 75 peratus, 83 peratus dan 81.43 peratus. Para pelatih juga tidak
mempunyai masalah pembelajaran bagi aspek penghargaan kendiri tetapi peratusannya
berada pada tahap sederhana iaitu sebanyak 61.43 peratus.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to identify the perception of the mentally disabled
trainees towards learning problem the faced during the practice of vocational skills in
Taman Sinar Harapan, Cheras. The objectives of this research were to identify the
opinion of the mentally disabled trainees towards learning difficulty from the aspect of
self esteem, vocational skill practice curriculum, learning facilities and support by the
society (parents, educationalist). As for the fifth objective, the purpose was to identify the
view of the mentally disabled trainees towards learning problem that was faced during
the vocational skill training according to gender. Questionnaires were used as the
instruments in this descriptive research. The questionnaire was divided into two parts
where part A consists of 4 items concerning the trainees’ background and part B consists
of 25 items regarding learning problem that was faced during vocational skill training in
this institution. These items were constructed based on the research questions. The
validity of the constructed questionnaire was achieved by confirmation by the expert
from this field. The collected data was tested manually by using Microsoft Word 2007
and was presented in the form of frequency table and percentage. The research result
shows that the trainees did not have learning difficulty in the aspect of vocational skill
practice curriculum, learning facilities and support by the society (parents, educationalist)
with a high percentage of 75 percent, 83 percent and 81.43 percent respectively. The
trainees also did not have problem for the aspect of self esteem but the percentage was at
average level with 61.43 percent.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PERAKUAN PENSYARAH
STATUS PENYELIDIKAN i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 5
1.3 Pernyataan masalah 8
1.4 Persoalan kajian 9
1.5 Objektif kajian 10
1.6 Kepentingan kajian 11
1.6.1 Pengurusan Taman Sinar Harapan 11
1.6.2 Jabatan Kebajian Masyarakat Malaysia 11
1.6.3 Kementeriaan Pendidikan Malaysia 12
1.7 Skop Kajian 12
1.8 Definisi istilah 13
1.8.1 Persepsi 13
1.8.2 Masalah 13
1.8.3 Pembelajaran 14
1.8.4 Latihan 14
1.8.5 Kemahiran 15
1.8.6 Vokasional 15
1.8.7 Orang kurang upaya 16
1.8.8 Orang kurang upaya akal 16
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Orang kurang upaya akal 18
2.3 Taman Sinar Harapan Cheras
2.3.1 Latar belakang 20
2.3.2 Fungsi TSH Cheras 21
2.3.3 Objektif TSH Cheras 22
2.3.4 Syarat kemasukan 22
2.3.5 Perkhidmatan yang disediakan 23
2.4 Penghargaan kendiri 24
2.5 Kurikulum latihan kemahiran vokasional 26
2.6 Kemudahan pembelajaran 31
2.7 Sokongan daripada masyarakat 33
3 METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan 40
3.2 Rekabentuk kajian 41
3.3 Kerangka operasi 42
3.4 Populasi dan sampel 44
3.5 Instrumen kajian 45
3.5.1 Bahagian A 46
3.5.2 Bahagian B 47
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
3.6 Keesahan kandungan kajian 50
3.7 Analisis data 51
3.8 Andaian kajian 52
3.9 Batasan kajian 53
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 54
4.2 Penganalisaan temuramah berstruktur 55
4.3 Keputusan dan Analisis Bahagian A 56
4.3.1 Jantina 56
4.3.2 Umur 57
4.3.3 Bangsa 57
4.3.4 Kategori kecacatan 58
4.4 Keputusan dan Analisis Bahagian B 59
4.4.1 Masalah pembelajaran dari
aspek penghargaan kendiri 60
4.4.2 Masalah pembelajaran dari
aspek kurikulum latihan kemahiran
vokasional 61
4.4.3 Masalah pembelajaran dari
aspek kemudahan pembelajaran 63
4.4.4 Masalah pembelajaran dari aspek
sokongan daripada masyarakat 65
4.4.5 Masalah pembelajaran mengikut
jantina 66
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
4.4.5.1 Masalah pembelajaran dari
aspek penghargaan kendiri
mengikut jantina 67
4.4.5.2 Masalah pembelajaran dari
aspek kurikulum latihan
kemahiran vokasional 69
4.4.5.3 Masalah pembelajaran dari
aspek kemudahan pembelajaran
mengikut jantina 71
4.4.5.4 Masalah pembelajaran dari
aspek sokongan daripada
masyarakat mengikut jantina 73
4.5 Kesimpulan 75
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 81
5.2 Rumusan 82
5.3 Perbincangan 87
5.3.1 Masalah pembelajaran dari
aspek penghargaan kendiri 87
5.3.2 Masalah pembelajaran dari
aspek kurikulum latihan kemahiran
vokasional 88
xii
BAB PERKARA MUKA SURAT
5.3.3 Masalah pembelajaran dari
aspek kemudahan
pembelajaran 89
5.3.4 Masalah pembelajaran dari
aspek sokongan daripada
masyarakat 90
5.4 Cadangan 91
5.4.1 Golongan OKU akal
5.4.2 Aspek penghargaan kendiri 93
5.4.3 Pendidikan inklusif 95
5.4.3.1 Kementeriaan Pendidikan Malaysia 96
5.4.3.2 JKMM dan TSH 97
5.4.3.3 Ibu bapa dan tenaga pengajar 98
5.5 Cadangan kajian lanjutan 99
5.6 Penutup 100
BIBLIOGRAFI 101
LAMPIRAN 106
xiii
SENARAI JADUAL
NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
3.1 Kod bagi faktor demografi 47
3.2 Bilangan item mengikut persoalan kajian 49
3.3 Pemeringkatan peratusan skala binari 52
4.1 Taburan responden mengikut jantina 56
4.2 Taburan responden mengikut umur 57
4.3 Taburan responden mengikut bangsa 57
4.4 Taburan responden mengikut kategori
kecacatan 58
4.5 Pemeringkatan peratusan skala binari 59
4.6 Taburan responden terhadap aspek
penghargaan kendiri 60
4.7 Taburan responden terhadap aspek
kurikulum latihan kemahiran vokasional 62
4.8 Taburan responden terhadap aspek
kemudahan pembelajaran 64
4.9 Taburan responden terhadap aspek sokongan
daripada masyarakat (ibu bapa, tenaga
pengajar) 65
4.10 Taburan responden terhadap aspek
penghargaan kendiri mengikut jantina 67
xiv
SENARAI JADUAL
NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
4.11 Taburan responden terhadap aspek
kurikulum latihan kemahiran vokasional
mengikut jantina 69
4.12 Taburan responden terhadap aspek
kemudahan pembelajaran mengikut
jantina 71
4.13 Taburan responden terhadap aspek
sokongan daripada masyarakat
(ibubapa, tenaga pengajar)
mengikut jantina 73
4.14 Taburan purata keseluruhan masalah
pembelajaran pelatih OKU akal 75
4.15 Taburan purata keseluruhan masalah
pembelajaran pelatih OKU akal mengikut
jantina 78
xv
SENARAI RAJAH
NOMBOR TAJUK RAJAH MUKA SURAT
RAJAH
1.0 Kerangka operasi 42
2.0 Sifat yang perlu ada pada pelatih OKU akal 92
3.0 Konsep penghargaan kendiri 93
4.0 Pendidikan inklusif 95
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Instrumen kajian 105
B Surat pemohonan mengesahkan
item soal selidik 111
C Surat pengesahan pakar 113
D Surat pemohonan kebenaran dari
JKMM 115
E Surat kelulusan permohonan dari
JKMM 117
F Surat pengesahan pelajar 118
G Surat memohon maklumat 119
xvii
SENARAI SINGKATAN
AAMD - American Association on Mental Deficiency
IQ - Intelligence Contient
JKMM - Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
KPM - Kementeriaan Pendidikan Malaysia
NGO - Badan bukan kerajaan
OKU - Orang Kurang Upaya
PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional
RMK-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan
TSH - Taman Sinar Harapan
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
WHO - World Health Organisation
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Wawasan 2020 ialah satu wawasan yang diilhamkan oleh Tun Dr.
Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke empat, yang bertujuan
untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara
maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Dalam penyampaian kertas kerjanya,
Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr
Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020.
Salah satu cabaran utama Wawasan 2020 ialah membentuk sebuah masyarakat
yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh di hari
muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi
kini tetapi menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan
teknologi pada masa hadapan. (Tun Dr. Mahathir Mohamad, 2000)
2
Dalam usaha mancapai matlamat Wawasan 2020, pihak kerajaan telah
memberikan penekanan yang lebih kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional
(PTV) untuk membangunkan sumber manusia. Pada umumnya, pendidikan
vokasional merupakan suatu pendidikan yang bersifat latihan di mana ia
diharapkan dapat melengkapkan diri seseorang individu sebelum keluar mencari
pekerjaan. Yahya (1993) mentakrifkan pendidikan vokasional sebagai sebarang
bentuk pendidikan yang dirancang khas dengan tujuan utama untuk menyediakan
manusia dalam bidang pekerjaan sosial yang berfaedah yang tidak memerlukan
sekeping ijazah dan untuk membantu pekerja-pekerja mengemaskini pengetahuan
dan kemahiran mereka supaya dapat meneruskan pekerjaan-pekerjaan yang tidak
memerlukan kelayakan ijazah.
Walaubagaimanapun, sejak pengenalan pendidikan teknik dan vokasional,
terdapat pelbagai spekulasi tentangnya. Pendidikan teknik dan vokasional
dianggap sebagai satu latihan dan bukannya sebagai satu cabang dalam bidang
pendidikan. Di negara-negara barat, pendidikan akademik dianggap lebih
akademik berbanding dengan pendidikan teknik dan vokasional.
Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Dasar Pelajaran
Negara (1979 : 253) menyatakan :
…….dalam keadaan pembangunan negara hari ini yang menggalakkan ialah penyertaan yang lebih luas di dalam bidang perusahaan dan perdagangan. Peranan PTV menjadi lebih penting. Untuk mencapai tujuan ini adalah diperakukan supaya PTV hendaklah diluaskan dan dimajukan.
3
Berdasarkan pernyataan di atas, ianya menunjukkan kepentingan
sumbangan PTV dalam memastikan kemajuan negara. Masyarakat tidak harus
lagi membuat persepsi yang buruk terhadap PTV. Latihan kemahiran yang
ditawarkan dalam PTV bukanlah menjadi pilihan kedua kepada pelajar yang
kurang cemerlang dalam bidang akademik kerana latihan kemahiran tersebut
membabitkan keterampilan dan perkhidmatan yang merupakan bahagian penting
bagi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia, lebih-lebih lagi dalam
membangunkan ekonomi pengetahuan (k-economy).
Pendidikan teknik dan vokasional yang diperkenalkan di negara ini tidak
hanya menjurus kepada golongan normal malah pendidikan yang serupa turut
diberikan kepada golongan kurang upaya. Statistik pendaftaran orang kurang
upaya yang direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia bagi tahun
1999, 2000 sehingga September 2001 jelas menunjukkan peningkatan setiap
tahun. Sehingga September 2001, sejumlah 102,851 orang kurang upaya yang
berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Walaubagaimanapun, ini
bukanlah angka sebenar kerana jika berdasarkan anggaran oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia, 1% sehingga 3% penduduk sesebuah negara terdiri daripada
mereka yang kurang upaya. (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2007)
Seperti orang normal, golongan kurang upaya juga perlu meneruskan
kehidupan dan menjalankan aktiviti-aktiviti seharian. Golongan ini seboleh-
bolehnya tidak mahu bergantung kepada bantuan dan belas ehsan daripada orang
lain untuk meneruskan kehidupan mereka. Dengan mempelajari kemahiran
vokasional yang ditawarkan dalam PTV, mereka berpeluang untuk bekerja,
berdikari dan bersama-sama memainkan peranan dalam masyarakat yang kian
maju. Golongan ini juga mahu dianggap sebagai rakyat yang berguna dan
produktif yang dapat menyumbangkan tenaga kerja untuk perkembangan
kemajuan negara yang ingin mencapai Wawasan 2020.
4
Datuk Lee Lam Thye (Utusan Malaysia, 23 Disember 2001) berpendapat
bahawa orang kurang upaya mempunyai hak dan tanggungjawab sama rata seperti
anggota masyarakat yang lain. Oleh itu, mereka berhak melaksanakan hak
mereka sebagai warga negara. Mereka mempunyai hak untuk mencapai konsep
peluang sama rata dalam bidang pendidikan, pekerjaan, maklumat serta akses
tanpa halangan dalam usaha untuk tidak menghadkan pergerakan mereka.
Sebagai usaha untuk menerapkan kemahiran kepada golongan kurang
upaya, pihak kerajaan telah menubuhkan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab
untuk menjaga kebajikan dan pendidikan mereka. Jabatan Pendidikan Khas
merupakan salah satu jabatan di bawah Kementeriaan Pendidikan Malaysia dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementeriaan Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat. Jabatan-jabatan ini bekerjasama dalam menyediakan
kemudahan pembelajaran secara latihan kepada individu kurang upaya sehingga
ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing.
Pendidikan teknik dan vokasional yang ditawarkan kepada golongan kurang
upaya ini antaranya ialah ketukangan, kraftangan, pertanian, urusan rumah tangga
dan masakan.
Dengan adanya pendidikan untuk semua golongan sama ada golongan
normal mahupun kurang normal, pendidikan teknik dan vokasional diharapkan
dapat memberikan pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi golongan-
golongan tersebut. Dengan penubuhan institusi-institusi pendidikan dan latihan
yang semakin berkembang dengan pesat, ianya dapat membantu dalam memenuhi
peningkatan permintaan terhadap tenaga manusia yang berpendidikan dan
berkemahiran, seterusnya dapat menyumbang kepada peningkatan dan kemajuan
ke arah mencapai Wawasan 2020.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Orang kurang upaya atau juga dikenali sebagai insan istimewa bukanlah
suatu fenomena baru. Pertambahan penduduk di dunia ini adalah seiringan di
antara pertambahan orang kurang upaya dan orang normal. Oleh itu, pertumbuhan
penduduk pada masa kini tidak terkecuali daripada fitrah kelahiran cacat.
Walaubagaimanapun, golongan kurang upaya ini dapat memberikan sumbangan
tenaga kerja untuk membawa Malaysia ke arah sebuah negara yang maju. Dalam
Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9, 2006-2010), ianya mencerminkan
kesungguhan negara kita dalam membantu golongan kurang upaya untuk bekerja,
berdikari dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.
Namun begitu, terdapat banyak stereotaip dan salah faham terhadap
mereka yang kurang upaya. Umumnya, masyarakat masih belum memahami
dengan sepenuhnya diri serta keperluan orang kurang upaya ini. Orang kurang
upaya tiada bezanya dengan orang normal, cuma mereka ini perlu diberi perhatian
yang secukupnya bagi menampung keperluan sosiopsikologi mereka.
Menurut Datuk Raymond Tan Shu Kiah dalam ucapannya sempena forum
“ Memenuhi Keperluan Orang-orang Kurang Upaya Intelek Di Alaf Baru”
menyatakan bahawa golongan kurang upaya mempunyai dua rintangan utama
dalam kehidupan mereka. Pertama ialah kekurangan yang ada pada diri mereka
dan kedua ialah sikap, pandangan dan pendirian masyarakat ke atas mereka. Dua
rintangan ini mempunyai kesan yang besar dan berpanjangan kepada golongan ini
sama ada dari aspek kebajikan, kesejahteraan dan juga ekonomi mereka.
6
Dalam usaha untuk membantu orang kurang upaya mendapatkan peluang
pendidikan yang sama seperti orang normal, kajian tentang masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh golongan kurang upaya perlu dijalankan. Sikap tidak peka
atau langsung tidak mengambil endah terhadap masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh golongan ini sekaligus akan menyebabkan golongan ini sering kali
ketinggalan jauh atau keciciran dalam menerima pendidikan di negara ini
sehingga memberikan masa depan yang gelap.
Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan pengkaji, pengkaji merumuskan
bahawa penghargaan kendiri yang rendah, kurikulum latihan kemahiran
vokasional yang ditawarkan, kemudahan pembelajaran dan sokongan daripada
masyarakat adalah masalah pembelajaran yang dihadapi oleh golongan kurang
upaya. Masalah-masalah tersebut akan menjadi penghalang kepada mereka untuk
mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan.
Secara umumnya, lebih ramai individu kurang upaya bergantung hidup
pada orang lain daripada mampu berdikari. Mereka memerlukan bantuan dalam
membentuk kemahiran untuk hidup berdikari. Sesetengah daripada mereka masih
tidak dapat menerima kekurangan diri mereka. Mereka mempunyai ekspektasi
yang kurang realistik terhadap kemampuan mereka dan kurang motivasi untuk
berdikari (Rohany, 2003). Hal ini akan membawa kepada penghargaan kendiri
yang rendah dan seterusnya menjadi penghalang kepada mereka untuk melibatkan
diri dalam pendidikan yang ditawarkan.
Selain itu, kurikulum latihan kemahiran vokasional yang ditawarkan
kurang sesuai dengan kemampuan orang kurang upaya. Seperti yang diketahui,
golongan ini mempunyai kekurangan dan keterbatasan dalam melakukan sesuatu
aktiviti. Dengan itu, kurikulum latihan kemahiran vokasional mestilah
7
disesuaikan dengan jenis kecacatan orang kurang upaya agar mereka dapat
mempelajari sesuatu kemahiran dengan mudah dan sepenuhnya.
Persekitaran fizikal juga banyak memberikan halangan kepada golongan
ini. Menurut Pensyarah Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia, Dr Noraini Md Salleh menyatakan bahawa kejayaan
golongan kurang upaya ini kebanyakannya bukan atas pertolongan sesiapa, tetapi
lebih didorong oleh semangat dan daya usaha sendiri. Justeru itu, dalam
memastikan kejayaan golongan ini, ia bukan sahaja tertumpu kepada program
pendidikan, tetapi termasuklah menyediakan prasarana yang khusus untuk
golongan berkenaan. (Jangan pingkirkan kanak-kanak istimewa, 2008)
Penglibatan dan sokongan daripada semua pihak seperti ibu bapa dan
tenaga pengajar amat penting dalam membantu golongan kurang upaya
meningkatkan motivasi diri dan seterusnya dapat melibatkan diri dengan
sepenuhnya terhadap pendidikan khas yang disediakan. Walaupun ibu bapa sedar
mereka perlu melibatkan diri dalam pembelajaran orang kurang upaya, namun
masih ramai lagi ibu bapa yang tidak memenuhi tanggungjawab itu. Menurut
Coots (1998), penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran golongan kurang upaya
adalah perlu kerana golongan ibu bapa adalah golongan yang mempunyai banyak
kelebihan berbanding tenaga pengajar.
Walaubagaimanapun, tenaga pengajar juga memainkan peranan dalam
perkembangan pendidikan golongan kurang upaya. Tenaga pengajar yang
mempunyai pengetahuan berkaitan kecacatan memiliki sifat yang lebih positif
terhadap golongan ini. Menurut Lombana (1992), pengaruh negatif sikap tenaga
pengajar berpunca daripada sikap suka melabel kecacatan golongan kurang
upaya.
8
Berdasarkan masalah yang dinyatakan, maka satu kajian perlu dijalankan
untuk mengetahui persepsi pelatih kurang upaya akal terhadap masalah
pembelajaran yang dihadapi semasa mengikuti latihan kemahiran vokasional.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh golongan kurang upaya
seharusnya diambil perhatian oleh semua pihak. Ini adalah penting dalam
memastikan golongan ini tidak ketinggalan untuk melibatkan diri dalam
menyumbangkan tenaga untuk kemajuan negara. Oleh itu, pengkaji ingin
mengkaji :
Apakah persepsi pelatih kurang upaya akal terhadap masalah
pembelajaran yang dihadapi semasa mengikuti latihan kemahiran vokasional di
Taman Sinar Harapan, Cheras?
9
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah :
i) Mengenalpasti pandangan pelatih kurang upaya akal terhadap
masalah pembelajaran dari aspek penghargaan kendiri yang
dihadapi semasa mengikuti latihan kemahiran vokasional.
ii) Mengenalpasti pandangan pelatih kurang upaya akal terhadap
masalah pembelajaran dari aspek kurikulum latihan kemahiran
vokasional yang dihadapi semasa mengikuti latihan kemahiran
vokasional.
iii) Mengenalpasti pandangan pelatih kurang upaya akal terhadap
masalah pembelajaran dari aspek kemudahan pembelajaran yang
dihadapi semasa mengikuti latihan kemahiran vokasional.
iv) Mengenalpasti pandangan pelatih kurang upaya akal terhadap
masalah pembelajaran dari aspek sokongan daripada masyarakat
(ibu bapa, tenaga pengajar) yang dihadapi semasa mengikuti
latihan kemahiran vokasional.
v) Mengenalpasti pandangan pelatih kurang upaya akal terhadap
masalah pembelajaran yang dihadapi semasa mengikuti latihan
kemahiran vokasional berdasarkan jantina.
10
1.5 Soalan kajian
Pengkaji berharap kajian yang dijalankan ini dapat menjawab beberapa
soalan seperti mana yang dinyatakan di bawah :
i) Apakah persepsi pelatih kurang upaya akal terhadap masalah
pembelajaran dari aspek penghargaan kendiri yang dihadapi
semasa mengikuti latihan kemahiran vokasional di Taman Sinar
Harapan, Cheras?
ii) Apakah persepsi pelatih kurang upaya akal terhadap masalah
pembelajaran dari aspek kurikulum latihan kemahiran vokasional
yang dihadapi semasa mengikuti latihan kemahiran vokasional di
Taman Sinar Harapan, Cheras?
iii) Apakah persepsi pelatih kurang upaya akal terhadap masalah
pembelajaran dari aspek kemudahan pembelajaran yang dihadapi
semasa mengikuti latihan kemahiran vokasional di Taman Sinar
Harapan, Cheras?
iv) Apakah persepsi pelatih kurang upaya akal terhadap masalah
pembelajaran dari aspek sokongan daripada masyarakat (ibu bapa,
tenaga pengajar) yang dihadapi semasa mengikuti latihan
kemahiran vokasional di Taman Sinar Harapan, Cheras?
v) Apakah persepsi pelatih kurang upaya akal terhadap masalah
pembelajaran yang dihadapi semasa mengikuti latihan kemahiran
vokasional di Taman Sinar Harapan, Cheras mengikut jantina?