persepsi pelatih - fp.utm.my · pdf filepenganugerahan ijazah sarjana muda teknologi serta...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELATIH - PELATIH LELAKI SEKOLAH HENRY GURNEY, TELOK MAS MELAKA TERHADAP PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN
VOKASIONAL YANG DIJALANKAN
DAYANA FARZEEHA BINTI ALI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MASYARAKAT BABA
DAN NYONYA DI BANDAR MELAKA MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya DAYANA FARZEEHA BINTI ALI __ ______________
(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
/
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam )”.
PERSEPSI PELATIH- PELATIH LELAKI SEKOLAH HENRY GURNEY TELOK MAS, MELAKA TERHADAP PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN
VOKASIONAL YANG DIJALANKAN.
DAYANA FARZEEHA BINTI ALI
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2009
iii
DEDIKASI
Allah S.W.T
di atas kebesaranNya yang mengurniakan minda dan kekuatan
untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini
Ditujukan Khas Buat
Prof. Dr. Muhammad Rashid Bin Rajuddin
pensyarah pembimbing yang sentiasa membantu
Ayahanda dan Bonda Tercinta
Hj. Ali Bin Ahmad
&
Hjh. Noraini Binti Mohamad
yang sentiasa memberi sokongan
untuk ku meneruskan perjuangan ini
Kekanda Serta Adinda Tersayang
Hezrin, Syareena
Serta
Muhammad Azeem
yang sentiasa memberi keyakinan serta dorongan
agar menjadi insan cemerlang
rakan- rakan seperjuangan yang sentiasa memberi semangat
terima kasih di atas segala bantuan dan sokongan kalian
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, taufik dan
HidayahNya, maka saya dapat menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam untuk junjungan
Rasulullah S.A.W serta para sahabat baginda.
Dalam usaha menyiapkan Projek Sarjana Muda ini, saya ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi yang tidak terhingga kepada Prof. Dr. Muhammad
Rashid Bin Rajuddin yang sentiasa memberi bimbingan, sokongan dan dorongan. Keikhlasan
serta dedikasi beliau amat saya kagumi. Buat seluruh cendekiawan Universiti Teknologi
Malaysia, terima kasih diucapkan atas ilmu yang dicurahkan kepada saya. Jasa kalian akan
dikenang sepanjang masa.
Rakaman terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan individu yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan penyelidikan ini. Semoga
Allah SWT membalas jasa baik yang telah disumbangkan.
Wassalam.
Dayana Farzeeha Binti Ali.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor- faktor yang
mempengaruhi persepsi pelatih- pelatih Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka terhadap
latihan kemahiran vokasional yang dijalankan. Faktor- faktor yang dikaji ialah faktor minat,
kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional dalam menentukan masa depan
pelatih, keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional untuk diaplikasikan dalam
kerjaya serta suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah pembelajaran dan tenaga
pengajar. Sampel kajian terdiri daripada 116 orang pelatih lelaki di Sekolah Henry Gurney Telok
Mas, Melaka. Set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai
kebolehpercayaan item soal selidik adalah α = 0.85. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 untuk mendapatkan kekerapan,
peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor minat (min = 4.05), faktor
kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional dalam menentukan masa depan
pelatih (min = 4.06), faktor keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional untuk
diaplikasikan dalam kerjaya (min = 4.06) serta pembelajaran seperti kemudahan peralatan,
kaedah pembelajaran dan tenaga pengajar (min = 4.23) kesemuanya berada pada tahap tinggi.
Beberapa cadangan dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan.
vi
ABSTRACT
This descriptive study was carried out with purpose to determine the factors that influence
the perception of the male trainees at Henry Gurney School, Malacca based on the vocational skill
training provided. The factors studied were the trainees’ interest, their awareness on the
importance of the vocational skill training in determine their future, their confidence in the
training that will be applied in their career and last but not least, the learning environment factor
such as the equipment facilities, the learning method and the instructors. The respondents for this
study consisted of 116 male trainees from Henry Gurney School, Malacca. A set of questionnaire
was used as the research instrument. The reliability value for the questionnaire items was α =
0.85. The result of this study was analyzed using the Statistical Packages for Social Science
(SPSS) version 12.0 software to obtain the frequency, percentage and mean. Outcome of this
study showed that the interest factor (mean = 4.05), the awareness factor (mean = 4.06), the
confidence factor (mean = 4.06), and the learning environment factor (mean = 4.23), were all at
high level. Several suggestions were forwarded so that further studies can be carried out.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Program Pemulihan Akhlak 2
1.3 Latar Belakang Masalah 3
1.4 Penyataan Masalah 6
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Persoalan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 9
viii
1.9 Kepentingan Kajian 10
1.10 Definisi Operasi 11
1.10.1 Persepsi 11
1.10.2 Pelatih 12
1.10.3 Latihan Vokasional 12
1.10.4 Juvana 12
1.10.5 Program Pemulihan 13
1.10.6 Minat 13
1.10.7 Kesedaran 13
1.10.8 Keyakinan 14
1.10.9 Suasana 14
1.11 Penutup 14
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Jenayah Juvana Di Malaysia 15
2.3 Undang- Undang Juvana 16
2.4 Latihan Kemahiran Vokasional Di Malaysia 17
2.5 Faktor Identiti Diri 20
2.6 Faktor Pengaruh Minat pelatih 21
2.7 Faktor Kesedaran Pelatih 22
2.8 Faktor Keyakinan Diri Pelatih 23
2.9 Faktor Suasana Pembelajaran 25
2.10 Latar Belakang Henry Gurney, Melaka 26
2.10.1 Objektif Penubuhan Sekolah
Henry Gurney 27
2.10.2 Matlamat Penubuhan Sekolah
Henry Gurney 28
2.10.3 Perkhidmatan Dan Pemulihan
Sekolah Henry Gurney 28
2.10 Penutup 29
ix
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Tempat Kejian 32
3.4 Sampel Kajian 32
3.5 Instrumen Kajian 33
3.5.1 Bahagian A 34
3.5.2 Bahagian B 35
3.6 Prosedur Kajian 36
3.6.1 Carta Alir Prosedur Kajia 37
3.7 Jangka Masa Kajian 38
3.8 Kajian Rintis 38
3.8.1 Keesahan Soal Selidik 39
3.8.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 39
3.9 Kajian Sebenar 40
3.10 Analisis Data 41
3.11 Penutup 42
BAB 4 : ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 44
4.2.1 Umur 44
4.2.2 Bangsa 45
4.2.3 Tempat Tinggal 45
4.2.4 Pendidikan 46
4.2.5 Bidang Kemahiran 47
4.2.6 Jangka Masa Menjalani Latihan 48
4.3 Bahagian B: Analisis Data Persoalan Kajian 49
x
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 50
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 53
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 57
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 60
4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 64
4.5 Penutup 65
BAB 5 : PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 66
5.2 Perbincangan Kajian 67
5.2.1 Bahagian A - Perbincangan Latar Belakang
Responden 67
5.2.2 Bahagian B - Perbincangan Persoalan
Kajian 69
5.2.2.1 Faktor Minat 70
5.2.2.2 Faktor Kesedaran 72
5.2.2.3 Faktor Keyakinan 75
5.2.2.4 Faktor Suasana Pembelajaran 77
5.3 Rumusan Kajian 79
5.4 Cadangan Kajian 82
5.4.1 Jabatan Penjara Malaysia 82
5.4.2 Sekolah Henry Gurney 84
5.4.3 Construction Industry Development Board 85
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 86
5.6 Penutup 87
BIBLOGRAFI 89 - 95
Lampiran A-F 96 - 118
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Juvana Bersalah Mengikut Negeri 4
1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5
1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6
3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35
3.2 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 36
3.3 Nilai Alpha ( Cronbach) 40
3.4 Jadual Skala Lima Mata Kepada Tiga Mata 41
3.5 Taburan Nilai Min Mengikut Tahap 42
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 44
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45
4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 45
4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Akademik
Tertinggi 46
4.5 Taburan Responden Mengikut Bidang Kemahiran 47
4.6 Taburan Responden Mengikut Jangka Masa
Mengikuti Bidang Kemahiran Yang Diikuti
Sekarang 48
4.7 Taburan Nilai Min Mengikut Tahap 49
4.8 Taburan Responden Mengikut Faktor Minat 50
4.9 Taburan Responden Mengikut Faktor Kesedaran 54
4.10 Taburan Responden Mengikut Faktor Keyakinan 57
4.11 Taburan Responden Mengikut Faktor Suasana
Pembelajaran 60
xii
4.12 Taburan Peratusan Responden Secara
Keseluruhan Persoalan Kajian 64
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 37
5.1 Aras Modul Latihan Kemahiran Vokasional
Dan Pendidikan Ala Keusahawanan 83
5.2 Komponen- Komponen Program Bimbingan 85
xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
f - Kekerapan
% - Peratus
CIDB - Construction Industrial Dovelopment Board
Dr. - Doktor
ILVA - Institut Latihan Vokasional Awam
ILVS - Institut Latihan Vokasional Swasta
JKM - Jabatan Kebajikan Masyarakat
MLVK - Majlis Latihan Vokasinal Malaysia
MARA - Majlis Amanah Rakyat
MBM - Majlis Belia Malaysia
PPC - Pusat Pemulihan Cheras
Prof. - Profesor
SPSS - Statistical Package for Social Sciences
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
STB - Sekolah Tunas Bakti
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Set Soal Selidik 96
B Surat Pengesahan Menjalani Projek Sarjana Muda 102
C Surat Kelulusan Daripada Jabatan Penjara Malaysia 103
D Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat 106
E Surat Pengesahan Kandungan Item Soal Selidik 107
F Hasil Data Analisis SPSS 108
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Jenayah juvana kini kian membimbangkan. Saban hari masyarakat sering
dihidangkan dengan pelbagai berita dan maklumat tentang keganasan dan masalah
sosial yang melibatkan golongan remaja atau kanak- kanak seperti bunuh, samun
tanpa senjata api, rogol, menyebabkan kecederaan, keganasan jenayah, gengsterisme,
penyalahgunaan dadah, masalah moral, dan sebagainya. Jenayah bersindiket yang
membabitkan golongan remaja berkembang menjadi jenayah tanpa sempadan
ataupun global (Berita Harian, 4 Ogos 2004).
Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyumbang kepada berlakunya
keruntuhan akhlak di kalangan remaja seperti faktor individu iaitu aspek harga diri,
personaliti, kepercayaan agama, keruntuhan institusi keluarga, faktor rakan sebaya
dan faktor persekitaran. Remaja adalah satu kumpulan individu yang kompleks.
Personaliti remaja adalah suatu yang bersifat berkembang. Justeru, pendekatan
digunakan untuk mengatasi masalah sosial yang dihadapi remaja mestilah bersifat
bersepadu dan berkesinambungan (Berita Harian, 4 Ogos 2004).
2
Oleh itu, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menggubal akta
berkaitan Sistem Pengadilan Juvana yang kini dikenali sebagai Akta Kanak-kanak
2001. Penumpuan matlamat keadilan juvana menumpukan kepada aspek kanak-
kanak itu sendiri terutama untuk mendapat hak dan keadilan yang sewajarnya
(Berita harian, 20 Februari 2004 ).
Oleh itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dipertanggungjawabkan
untuk membuat perancangan bagi memberi pemulihan kepada pesalah juvana.
Golongan remaja atau kanak- kanak yang disabitkan oleh Mahkamah Juvana dengan
masalah sosial akan dihantar ke institusi pemulihan akhlak bagi menjalani proses
pemulihan akhlak. Malah, selaras keperluan Akta Kanak-Kanak 2001, JKM
menubuhkan beberapa institusi pemulihan akhlak khas kepada kanak-kanak di
bawah umur 18 tahun yang terbabit dalam jenayah dan tidak terkawal serta yang
memerlukan perlindungan segera (Berita Harian, 20 Februari 2004).
1.2 Program Pemulihan Akhlak di Malaysia
Kerajaan melalui Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat telah merancang pelbagai program bagi menangani masalah keruntuhan
akhlak remaja dan masalah sosial seperti program pemulihan akhlak dan kempen
Penghayatan Akhlak Mulia. Program- program pemulihan akhlak ini dikendalikan
oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penjara dan institusi- institusi
pemulihan akhlak di negara ini. Institusi- institusi tersebut dikenali sebagai Sekolah
Henry Gurney, Sekolah Tunas Bakti, Taman Seri Puteri, Rumah Tahansentara atau
Asrama Akhlak dan Penjara Juvana.
Tujuan program pemulihan akhlak ini adalah untuk memberi peluang kepada
juvana memperbaiki kesilapan diri agar dapat kembali ke pangkal jalan dan dapat
diterima di dalam masyarakat. Bagi mencapai tujuan tersebut, penguatkuasaan
undang- undang, kaedah- kaedah dan peraturan- peraturan yang berkaitan telah
digunakan oleh kerajaan antaranya ialah Akta Mahkamah Juvana 1947, The Juvenile
3
Courts Ordinance (The Places of Detention Rules) 1950, Akta Perlindungan Wanita
Dan Gadis 1973 (Pindaan) 1987, Sekolah Tunas Bakti (Peraturan- peraturan Sekolah
Yang Diluluskan 1981), Taman Seri Puteri (Kaedah- kaedah Pusat Perlindungan
Wanita dan Gadis- Perlindungan) 1982, Peraturan- peraturan Asrama Akhlak 1982
dan Peraturan- Peraturan Kebajikan Budak- Budak (Perlembagaan Dan Kewajipan)
1976 Dan (Pindaan) 1988.
Terdapat pelbagai program dan kemudahan yang dirancang dan disediakan di
institusi- institusi pemulihan akhlak ini untuk tujuan pemulihan kepada juvana yang
terlibat. Program- program pemulihan yang dijalankan adalah seperti jagaan dan
perlindungan, bimbingan dan kaunseling, pendidikan akademik, pendidikan agama
dan moral, latihan vokasional serta program riadah.
Di pusat pemulihan ini, semua pesalah juvana akan disediakan dengan jadual
waktu yang tetap dan perlu mengikuti peraturan- peraturan yang ditetapkan. Dengan
cara ini, pelatih di pusat pemulihan ini dapat membentuk dan mengubah sikap
mereka kepada tingkahlaku yang positif disamping memperolehi beberapa
kemahiran vokasional yang ditawarkan di setiap pusat pemulihan.
1.3 Latar Belakang Masalah
Perangkaan kes juvana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan
setiap tahun jumlah pesalah remaja yang terbabit dalam pelbagai kesalahan cukup
membimbangkan. Meskipun kes yang dilaporkan berkurangan kepada 4,998 pada
2003 berbanding 5,319 pada 2002, jumlah berkenaan perlu diberi perhatian serius
memandangkan begitu ramai remaja yang sudah terbabit dalam jenayah pada usia
setahun jagung. (Berita Harian, 7 September 2005).
4
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Malaysia dari tahun 2002 sehingga tahun 2005, jumlah kesalahan juvana di negara
ini semakin meningkat dan ia amat membimbangkan.
Jadual 1.1 : Juvana Bersalah Mengikut Negeri
NEGERI 2002 2003 2004 2005
Johor 381 558 751 1,019
Kedah 342 443 334 930
Kelantan 347 432 325 280
Melaka 70 77 117 153
Negeri Sembilan 263 153 246 225
Pahang 342 290 182 232
Perak 519 326 713 644
Perlis 124 106 100 134
Pulau Pinang 351 317 317 291
Selangor 903 835 816 807
Terengganu 406 525 525 736
WP Kuala Lumpur 777 581 874 904
WP Labuan 0 10 0 0
Sabah 191 155 394 500
Sarawak 303 190 362 346
Jumlah 5,319 4,998 6,056 7,201
Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
5
Jadual 1.2: Pesalah Juvana Mengikut Etnik
Tahun Melayu Cina India Lain- lain Jumlah
1996 2,564 723 419 505 4,211
1997 2,825 679 593 493 4,590
1998 3,836 1,072 814 616 6,338
1999 3,795 837 654 417 5,700
2000 3,442 869 613 360 5,284
2001 3,459 831 614 278 5,184
2002 3,705 698 566 350 5,319
Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JKM Malaysia di atas, Jumlah
pesalah juvana di negara ini semakin meningkat dari tahun ke tahun dan ia amat
membimbangkan negara kerana golongan remaja merupakan generasi pelapis dan
merupakan aset penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara itu.
Peningkatan jumlah remaja yang terlibat dengan masalah sosial telah
mendorong pihak kerajaan dan badan- badan sukarela yang lain mengambil inisiatif
dengan mewujudkan serta melaksanakan berbagai- bagai program atau strategi untuk
mengatasinya. Dengan wujudnya institusi pemulihan akhlak, pesalah juvana akan
ditempatkan di institusi ini dan diberi bimbingan serta kemahiran melalui program
pemulihan akhlak. Matlamat utama program yang dijalankan adalah untuk
membentuk sikap positif dan sebagai persediaan sebelum juvana atau pelatih
dilepaskan dan kembali ke pangkuan keluarga.
6
Statistik mengikut kategori kesalahan yang dikeluarkan oleh Sekolah Henry
Gurney Telok Mas menunjukkan remaja kini bukan sahaja terlibat dengan jenayah
kecil sahaja malahan ada di antara mereka yang telah dijatuhkan hukuman Tahanan
Limpah Gabenor atau Sultan iaitu mereka yang disabitkan dengan kesalahan
membunuh. Ada juga diantara mereka yang terlibat dengan kancah najis dadah.
Mereka bukan sahaja sebagai penagih dadah malah terlibat dengan aktiviti
pengedaran dadah. Ini jelas terbukti bahawa golongan remaja masa kini sudah jauh
menyimpang dengan norma- norma kehidupan sebagai seorang insan yang
berakhlak.
Jadual 1.3: Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan
Kategori Kesalahan / Akta Bilangan
Tahanan Limpah Gabenor / Sultan 2
Akta Dadah Merbahaya 40
Kanun Keseksaan 244
Pelbagai Undang- Undang 30
Jumlah 317
Sumber : Laporan Muster Mingguan Stastistik Sekolah Henry Gurney
Melaka
1.4 Pernyataan Masalah
Kerajaan telah mengambil langkah yang bijak dalam menangani masalah
pesalah juvana di negara ini dengan mewujudkan institusi- institusi pemulihan
akhlak. Di institusi pemulihan tersebut, pesalah juvana akan mengikuti segala
program yang telah dirancang seperti program kerohanian, program riadah, program
latihan kemahiran, kelas keagamaan dan kerohanian.
7
Institusi– institusi pemulihan akhlak di Malaysia menawarkan pelbagai
program dari aspek akademik, kokurikulum serta latihan kemahiran vokasional.
Program– program seperti ini memberi peluang kepada pelatih untuk mendapatkan
ilmu serta kemahiran yang berkaitan untuk digunakan selepas tamat tempoh
penahanan. Para pelatih diwajibkan mengikuti satu latihan kemahiran vokasional
yang ditawarkan sepanjang berada di insitusi pemulihan tersebut. Pelatih akan
diberikan sijil pengiktirafan dalam bidang kemahiran yang diambil setelah tamat
tempoh menjalani latihan yang telah ditetapkan. Pemberian sijil ini amat penting
untuk pelatih kerana ia dapat membantu para pelatih mendapatkan peluang pekerjaan
sekaligus dapat berdikari setelah keluar dari pusat pemulihan ini.
Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi pelatih-
pelatih di pusat pemulihan akhlak ini terhadap latihan kemahiran vokasional yang
dijalankan di institusi tersebut. Selain itu, pengkaji ingin mengetahui
sejauhmanakah minat pelatih terhadap latihan kemahiran yang dijalankan.
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelatih-pelatih terhadap
latihan kemahiran vokasional yang dijalankan. Justeru itu, kajian ini menjurus secara
spesifik untuk menjawab persoalan kajian berikut:
i. Mengenalpasti minat pelatih terhadap latihan kemahiran yang
dijalankan.
ii. Mengenalpasti tahap kesedaran pelatih terhadap kepentingan latihan
kemahiran vokasional yang dijalankan dalam menentukan masa depan
mereka.
8
iii. Mengenalpasti tahap keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran
vokasional yang dijalankan untuk diaplikasikan dalam kerjaya.
iv. Mengenalpasti faktor suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan,
kaedah pembelajaran dan tenaga pengajar yang mempengaruhi persepsi
pelatih terhadap latihan kemahiran yang dijalankan.
1.6 Persoalan Kajian Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi
menentukan objektif kajian tercapai iaitu:
i. Adakah terdapatnya minat yang tinggi oleh pelatih terhadap latihan
kemahiran vokasional yang dijalankan?
ii. Adakah terdapatnya kesedaran oleh pelatih terhadap kepentingan latihan
kemahiran vokasional yang dijalankan dalam menentukan masa depan
mereka?
iii. Adakah pelatih mempunyai keyakinan terhadap latihan kemahiran vokasional
yang dijalankan untuk diaplikasikan dalam kerjaya?
iv. Adakah faktor suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah
pembelajaran dan tenaga pengajar mempengaruhi persepsi pelatih terhadap
latihan kemahiran vokasional yang dijalankan?