sikap guru-guru pelatih terhadap kursus … guru-guru pelatih terhadap kursus... · sikap guru-guru...
TRANSCRIPT
SIKAP GURU-GURU PELATIH TERHADAP KURSUS GERAK KERJA KOKURIKULUM
DI MAKTAB-MAKTAB PERGURUAN, SARAWAK
oleh: RAVI ;i/L MARGAPANDU
Tesis yang dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat memperolehi
Ijazah Sarjnna Sains (Pembangunan §umber Manusia)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Mnnusia UNIVERSPTI MALAYSIA SARAWAK
1998
ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap sikap guru-guru pelatih terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum di maktab-maktab perguruan di Sarawak. Kajian ini turut meninjau perbezaan sikap di kalangan guru-guru pelatih terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum berdasarkan ciri-ciri demografi terpilih. Seterusnya kajian ini juga ingin mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap guru-guru pelatih dengan faktor-faktor motivasi guru pelatih, pengalaman lampau dalam kegiatan Gerak Kerja Kokurikulum, rakan sebaya dan pensyarah penasihat dan seterusnya menentukan faktor-faktor yang paling mempengaruhi sikap guru-guru pelatih terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum di maktab-maktab perguruan di Sarawak. Seramai 183 guru pelatih dari empat buah maktab peguruan di Sarawak dipilih untuk menjadi sampel kajian ini dan mereka diberi satu set soal selidik berstruktur untuk dijawab. Analisis statistik deskriptif, analisis korelasi dan analisis regresi berganda telah digunakan dalam kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan bahawa: (1) peratusan guru-guru pelatih yang menunjukkan sikap positif terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum di maktab-maktab perguruan Sarawak adalah tinggi. (2) tidak terdapat perbezaan sikap guru-guru pelatih yang signifikan terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum berdasarkan jantina. (3) terdapat perbezaan sikap guru-guru pelatih yang signifikan terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum berdasarkan pengkhususan matapelajaran. (4) analisis korelasi menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti rakan sebaya, pensyarah penasihat, motivasi dan pengalaman lampau menunjukkan hubungan positif yang signifikan dengan sikap guru-guru pelatih terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum. (5) faktor pengaruh pengalaman lampau yang paling mempengaruhi sikap guru-guru pelatih terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum. Ini diikuti pula dengan faktor-faktor pengaruh motivasi guru-guru pelatih dan pensyarah penasihat. Kajian ini menunjukkan bahawa faktor rakan sebaya tidak menunjukkan pengaruh yang signifikan ke atas sikap guru-guru pelatih terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum.
ABSTRACT
The purpose of this study was to determine the trainee teachers' attitude toward Co- Curriculum Course in teachers' training colleges in Sarawak. This study was also aimed to find out the significant differences in attitude among trainee teachers' toward Co-Curriculum Course based on selected demographic factors. The study went on further by identifying the relationship between trainee teachers' attitude and the following factors: peer group, lecturers, motivation and past experience and then determined the factors most influencing trainee teachers' attitude toward Co- Curriculum Course. A total of 183 trainee teachers' from four teachers' training colleges in Sarawak were sampled and administered with structured questionnaires. Descriptive statistical analysis, correlation analysis and multiple regression analysis were used for this study. Results of this study showed that: (1) the percentage of trainee teachers showing positive attitudes toward Co-Cumculum Course was high. (2) there was no significant difference in trainee teachers' attitude based on gender. (3) there was a significant difference in trainee teachers' attitude toward Co- Curriculum Course based on the subjects that they are majoring. (4) the factors such as trainee teachers' peer group, lecturers, motivation and past experience had significant positive correlation between trainee teachers' attitude toward Co- Curriculum Course. (5) the trainee teachers' pzst experience was the most influencing factor followed by the trainee teachers' motivation and lecturers. This study showed that the peer group was not a significant factor in influencing trainee teachers' attitude toward Co-Curriculum Course.
Kepada kedua ibu bapa saya Tuan Margapandu dan Puan Sivapushani serta ibu mertua saya Puan Meenambal Solan
yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraan.
Khas untuk isteri tersayang Puan Vasugi Nallathamby dan cahaya rnata saya Sheiyreena Shakthie yang menjadi
pendorong dan inspirasi dalam segala usaha saya.
Kepada abang-abang saya yang di hormati dan di kasihi Dr. Krishnan, En. Thirumal, En. Shanthira Segar, .
En. Murukesu (BSK) dan En. Ashok Kumaran
Kepada dua adik ipar saya yang di sayangi En. Kumaran dan Cik Umah Kalishvari
Rasa penuh kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan tesis ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Gabriel Tonga Noweg selaku penyelia kajian ini, atas segala tunjuk ajar dan kesungguhannya. Bimbingan beliau telah membantu saya mengatasi segala cabaran dan rintangan dalam menyempurnakan tesis ini. Ucapan terima kasih juga kepada En. Hong Kian Sam yang membantu saya dalam proses menyiapkan tesis ini.
Ucapan terima kasih kepada Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Pengarah Institut Aminuddin Baki dan pihak pentadbiran UNIMAS yang memberi saya peluang untuk mengikuti pengajian ini, serta tenaga pensyarah UNIMAS dan IAB yang memberi pengetahuan barn dan bimbingan sepanjang kursus ini. Ribuan terima kasih dirakamkan buat kedua-dua pengurus Kohort 3 IAB-UNIMAS, Tuan Hj. Samat Saberan dan Dr. Abang Ahmad Ridzuan atas keprihatinan dalam mengurus keperluan kami sepanjang pengajian.
Kepada Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan Pengetua-Pengetua maktab perguruan di Sarawak, pensyarah-pensyarah dan guru-guru pelatih, saya merakamkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan untuk menjayakan kajian ini. Ucapan ribuan terima kasih dirakamkan buat En. Anthony Goh, pensyarah dari MPBL yang banyak membantu saya dalam kajian ini.
Ribuan terima kasih kepada Pn. Aminah Hj. Musally, Pengetua Maktab Perguruan Keningau Sabah yang banyak mendorong, membimbing dan membantu saya dalam proses membentuk sikap saya ke arah yang positif dan dinamik. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Eg. Darus Jamian, Timbalan Pengetua Maktab Perpran Keningau Sabah yang banyak memberi dorongan dan inspirasi dalam usaha saya. Saya ucapkan terima kasih kepada semua warga maktab yang sentiasa mendoakan kejayaan saya. Saya rasa amat bangga menjadi sebahagian daripada organisasi MPKS yang di pimpin oleh Pn. Arninah Hj. Musally.
Seterusnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya Tuan Margapandu dan Puan Sivapushani serta ibu mertua saya Puan Meenambal Solan. Ucapan terima kasih saya khas untuk isteri tersayang Puan Vasugi Nallatharnby yang sedang mengikuti program Sarjana Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa serta puteri yang dikasihi Sheiyreena Shakthie. Doa dan semangat serta kasih sayang mereka telah menjadi sumber inspirasi untuk menyiapkan tesis ini. Ucapan terima kasih yang sama juga saya tujukan kepada abang-abang dan dua adik ipar saya yang saya hormati.
Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya menyiapkan tesis ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga Tuhan akan membalas jasa baik semua pihak yang telah menghulurkan tangan dalam menjayakan tesis ini.
Ravi aA Margapandu
KANDUNGAN
Muka Surat
ABSTRAK
ABSTRACT
DEDIKASI
PENGHARGAAN
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
BAB 1
1 .o
1.1
1.2
PENDAHULUAN
Pengenalan
Pernyataan Masalah
Objektif Kajian
1.2.1 Objektif Umum
1.2.2 Objektif Khusus
Soalan Kajian
Hipotesis Kajian
Definisi Operasi
Kepentingan Kajian
Batasan Kajian
ii
iii
iv
x
xii
TINJAUAN KAJIAN
Pengenalan
Definisi Sikap
Teori-Teori Sikap
2.2.1 Teori Pembelajaran (Learning Theory)
2.2.2 Teori Ketekalan (Cognitive Consistency Theory)
2.2.3 Teori Kognitif Disonan (Cognitive Dissonance
neory)
2.2.4 Teori Niiai Ekspektasi (Expectancy-
Value Y'heory)
2.2.5 Teori Gerakbalas Kognitif (Cognitive
Response Theory)
Model Sikap
2.3.1 Perkaitan Komponen-Komponen Sikap
Pembentukan Sikap
2.4.1 Pemerhatian Tingkah Laku Orang Lain
2.4.2 Pemerhatian Tingkah Laku Sendiri
2.4.3 Pelaziman Klasik
2.4.4 Pelaziman Operan
2.4.5 Pengalaman Terus Dengan Objek Sikap
Fungsi-Fungsi Sikap
2.5.1 Fungsi Pemahaman
2.5.2 Fungsi Identifikasi Sosial
2.5.3 Fungsi Penyesuaian Sosial
2.6 Sikap Dan Tingkah Laku
2.7 Faktor-Faktor Yang Boleh Mempengaruhi
Sikap Guru Pelatih
2.7.1 Pengaruh Rakan Sebaya
2.7.2 Pengarah Pensyarah Penasihat
2.7.3 Pengaruh Nlotivasi
2.7.4 Pengaruh Pengalaman Lampau
2.8 Sikap Guru Pelatih Terhadap Kursus Gerak Kerja
Kokurikulum
2.9 Rumusan
BAB m METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
3.1 Rekabentuk Kajian
3.1.1 Kerangka Teori Konseptual
3.2 Lokasi Kajian
3.3 Populasi Kajian
3.4 Instrumen Kajian
3.5 Kesahan Dan Kebolehpercayaan
3.6 Kajian Rintis
3.7 Tatacara Pengumpulan data
3.8 Penganalisisan Data 63
3.8.1 Statistik Deskriptif 63
3.8.2 Statistik Inferensi 64
3.8.2.1 Ujian Pekali Korelasi Pearson 'r' 64
3.8.2.2 Analisis Regresi Berganda 66
3.9 Kesimpulan 68
BAB IV DAPATAN KAJlAN DAN PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan
4.1 Ciri-Ciri Demografi Resopnden
4.2 Pengukuran Sikap Responden Terhadap Kursus
Gerak Kerja Kokurikulum 74
4.3 Perbandingan Sikap Responden Terhadap Kursus Gerak
Kerja Kokurikulum Berdasarkan Ciri-Ciri Dernografi 76
4.3.1 Sikap Responden Terhadap Kursus
Gerak Kerja Kokurikulum Berdasarkan Jantina 76
4.3.2 Perbandingan Sikap Responden Terhadap Kursus
Gerak Kerja Kokurikulum Berdasarkan
Pengkhususan Matapelajaran 78
4.3.3 Hubungan Di Antara Sikap Responden Terhadap
Kursus Gerak Kerja Kokurikulum Dengan Faktor-
Faktor Yang Mempengaruhinya
4.3.4 Faktor-Faktor Yang Paling Mempengaruhi Sikap
Guru-Guru Pelatih Terhadap Kursus Gerak Kerja
Kokurikulum
4.4 Rumusan
BAB V RINGKASAN, KESMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Ringkasan Kajian
5.1 Keputusan Kajian
5.1.1 Sikap Responden Secara Keseluruhan
Terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum
5.1.2 Perbandingan Sikap di Kalangan Responden
Terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum
Berdasarkan Ciri-ciri Demografi
5.1.3 Perkaitan Di Antara Sikap Responden Terhadap
Kursus Gerak Kerja Kokurikulum Dengan
Faktor-faktor Yang Boleh Mempengaruhinya 99
5.1.4 Faktor-Faktor Yang Menunjukkan Pengaruh
Yang Kuat Atas Sikap Responden Terhadap
Kursus Gerak Kerja Kokurikulum
5.2 Kesimpulan
5.3 Cadangan Berasas Pada Hasil Kajian
5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang
BfBLfOGRAFI
LAMPFRAPS A: Soai Seiidik
LAMPIRAN B: Surat Kebeaaran Kajian Daripada EPRD
LAMPIRAN C: Sukatan Petajaraa Gerak Kerja Kokurikulum
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
Senarai Nama Maktab Dan Perangkaan Responden. 52
Taburan Populasi Kajian. 52
Analisis Item Si kap Terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum 54
Pernyataan-Pernyataan Positif Dan Negatif Dalarn Item Soal Selidik. 56
Analisis Item Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Sikap Guru Pelatih Terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum. 5 8
Keputusan Nilai Kebolehpercayaan Instrumen. 6 1
Skor Pekali Korelasi Pearson 'r' . 65
Taburan Pengagihan Sod Selidik. 7 1
Taburan Responden Mengikut Kategori Jantina 72
Taburan Responden Mengikut Pengkhususan Matapefajaran. 73
Taburan Frekuensi Skor Penilaian Sikap Guru-Guru Pelatih Terhadap
Kursus Gerak Kerja Kokurikulum. 75
Sikap Terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum. 76
Perbezaan Min Sikap Sikap Guru-Guru Pelatih Terhadap Gerak Kerja Kokurikulum Berdasarkan Jantina. 78
Perbezaan Min Sikap Responden Terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum Berdasarkan Pengkhususan Matapelajaran. 80
Keputusan Korelasi Di Antara Sikap Responden Terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum Dengan Faktor-faktor Yang Mempengaruhinya. 82
Senarai Perkaitan Signifikan Di Antara Sikap Responden Terhadap Kursus Gerak Ke rja Kokurikulum Dengan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya. 88
4.10 Keputusan Ujian Regresi Berganda Bagi Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Sikap Guru Pelatih Terhadap Gerak Ke rja Kokurikulum.
SENARAI RAJAH
Rajah
2.1 Model Sikap
3.1 Kerangka Teori Konsepsual Pembentukan Sikap Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya
Muka Swat
25
50
xii
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Kursus Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) adalah salah satu program yang penting
dalam konteks program maktab perguruan di Malaysia. Semua guru pelatih wajib
melibatkan diri dan lulus dalam keempat-empat komponen yang terdiri daripada
Kecergasan Diri dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pengurusan Kokurikulum,
Sukan dan Unit Beruniform sebelum mereka mula berkhidmat sebagai guru-gum
terlatih.
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1996) menyatakan
bahawa matlamat Kursus Gerak Kerja Kokurikulum adalah untuk mengseimbangkan
antara perkembangan intelek, sosial, fizikal dan rohani di kalangan guru pelatih
dengan tujuan untuk melahirkan guru-guru permulaan yang mempunyai pengetahuan,
kemahuan, pengalaman dan berketrampilan.
Sukatan Pelajaran bidang Gerak Kerja Kokurikulum Diploma Perguruan Malaysia
digubal dengan mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek, iaitu
pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu seperti berikut digariskan oleh
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996:
2
1. Merangkumi pengetahuan mengenai perkembangan dan kepentingan Gerak
Ke rja Kokurikulum dalam pendidikan.
. . 11. Merangkumi kemahiran menggunakail aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum
dalam membantu meningkatkan kualiti dan mutu ke rja.
... m. Merujuk kepada pembinaan dalaman serta penerapan, penghayatan dan
amalan nilai-nilai murni yang menampilkan sahsiah dan perlakuan guru yang
penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan taat
kepada etika profesion.
Demi mengseimbangkan antara perkembangan intelek, sosial, fizikal dan rohani di
kalangan guru pelatih dengan tujuan untuk melahirkan guru permulaan yang
mempunyai pengetahuan, kemahuan, pengalaman dan berketrampilan dalam bidang
Gerak Kerj a Kokurikulum (GERKO).
Objektif Kursus Gerak Kerja Kokurikulum adalah seperti berikut:
i. untuk mengetahuai kepentingan gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan
serta berkeupayaan melaksanakan program kecergasan diri.
. . 11. untuk mengetahui asas pengurusan serta mampu mengendalikan dan
mengelolakan aktiviti-aktiviti kokurikulum di maktablsekolah dengan
berkesan.
... 111. untuk menguasai kemahiran asas beberapa permainan dan acara olahraga serta
dapat mengurus dan mengelolakan pertandingan sukan dengan berkesan di
sekolah
iv. untuk menyatakan sejarah dan latar belakang penubuhan unit-unit beruniform
serta merancang, mengendali dan mengurus aktiviti-aktiviti unit beruniform di
sekolah dengan berkesan.
Kursus Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) mengandungi empat komponen yang
terdiri daripada:
1. Kecergasan Diri dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
. . 11. Pengurusan Kokurikulum
... 111. Sukan
iv. Unit Beruniform
Komponen Kecergasan Diri menekankan aspek-aspek senaman dan penjagaan
kesihatan. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan member1 tumpuan kepada aspek
pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan Kokurikulum menumpukan kepada
pengetahuan dan pentadbiran Kelab dan Persatuan, Sukan dan Unit Berunform.
Komponen sukan memberi penekanan kepada pengetahuan, kemahiran asas dalam
bidang permainan dan olahraga. Kornponen Unit Beruniform pula memdedahkan
pengetahuan dan kemahiran asas jenis-jenis Unit Beruniform yang terdapat di
sekolah.
Komponen sukan memberi peliekanan kepada pengetahuan, kemahiran asas dalam
bidang permainan dan olahraga. Komponen Unit Beruniform pula memdedahkan
pengetahuan dan kemahiran asas jenis-jenis Unit Beruniform yang terdapat di
sekolah.
Kursus Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) ini diajar selama 5 Semester (Semester
1 hingga Semester 5). Aktiviti pengkayaan pula dilakukan di luar masa kuliah rasmi
jadual waktu maktab.
Strategi Pelaksanaan Pengkayaan (Arnali) Aktiviti Gerak Kerja Korurikulum (GERKO) Kursus Diploma Preguruan Malaysia adalah seperti berikut:
I. Setiap guru pelatih diwajibkan menyertai salah satu Unit Beruniform yang ada
di maktab.
I. Setiap guru pelatih diwajibkan menyertai salah satu KelabPersatuan yang ada
di maktab.
11. Setiap guru pelatih diwajibkan mengambil bahagian dalam satu permainan
mengikut pilihan sendiri.
. . . 111. Kekerapan perjumpaan amali dalam setiap semester (1-5) di waktu petang
sahaja.
Jamiah Bt. Bador (1988) menyatakan maktab perguruan bukan sahaja merupakan
institusi yang memberikan pengetahuan akadernik dan latihan untuk guru-guru pelatih
melengkapkan diri untuk mengajar pelajar-pelajar di bilik darjah, tetapi juga untuk
melengkapkan diri guru-guru pelatih dengan segala pengetahuan, kemahiran, nilai
dan sikap untuk mengendalikan kegiatan Gerak Kerja Kokurikulum sama ada di
dalam ataupun di luar bilik darjah.
Lefton (1991) menyatakan sikap akan menentukan samada kita akan respon kepada
sesuatu situasi dengan positif atau negatif, atau dengan penuh semangat atau dengan
sambil lewa. Sehubung dengan itu Huffman et al., (1991) menyatakan:
''If wc know people S attitudes, we are in a better positiorl to
meet the original goals of psychology - to describe, explairz,
predict and charge behavior". (1 99 1, m.s. 5 54)
Maka di sini, sikap guru-guru pelatih terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum di
maktab perguruan perlu di titik beratkan kerana mungkin sikap yang kurang
dikehendaki terbentuk semasa kursus ini di maktab perguruan akan dibawa ke tempat
kerja mereka. Pelajar-pelajar maktab mempunyai pelbagai sikap (Huffman et al.,
1991). Sehubung dengan itu, mungkin pelbagai sikap juga ada pada guru-guru
pelatih di maktab perguruan dan dengan itu wujudlah keperluan untuk membuat satu
kajian ke atas sikap guru-guru pelatih terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum.
Susulan dari itu, satu kajian dibuat untuk mengenalpasti tahap sikap guru-guru pelatih
terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum di maktab-maktab perguruan di Sarawak.
1.1 Pernyataan Masalah
Persoalan kajian yang timbul disini adalah bagaimanakah sikap guru-guru pelatih
terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum di maktab perguruan. Kajian ini di
jalankan di empat buah maktab perguruan di Sarawak.
1.2 Objektif Kajian
Objektif kajian ini di bahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan
objektif khusus.
1.2.1 Objektif Umum
Objektif umum kajian ini adalah meninjau sikap guru-guru pelatih di maktab-maktab
perguruan di Sarawak terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum.
1.2.2 Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah bertujuan untuk:
1.2.2.1 mengenalpasti arah sikap guru-guru pelatih secara keseluruhan terhadap
Kursus Gerak Kerja Kokurikulum di maktab-maktab perguruan di Sarawak.
1.2.2.2 mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan sikap yang ketara di kalangan
guru-guru pelatih terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum mengikut ciri-
~ i r i demografik terpilih Cjantina dan pengkhususan matapelajaran).
1.2.2.3 mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang ketara di antara sikap guru-
guru pelatih terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum dengan pengaruh
rakan sebaya, pensyarah penasihat, motivasi guru-guru pelatih dan
pengalaman lampau.
1 .2.2.4 mengenalpasti faktor-faktor (rakan sebaya, pensyarah penasihat, motivasi
guru-guru pelatih dan pengalaman lampau) yang paling mempengaruhi sikap
guru-guru pelatih terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum.
1.3 Soalan Kajian
1.3.1 Apakah tahap sikap guru-guru pelatih secara keseluruhan terhadap Kursus
Gerak Kerja Kokurikulum di maktab-maktab perguruan di Sarawak ?
1.3.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap sikap guru-guru
pelatih terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum dalam aspek ciri demografi
jantina?
1.3.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap sikap guru-guru
pelatih terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum dalam aspek ciri demografi
pengkhususan matapelajaran?
1.3.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap guru-guru pelatih
terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum dengan faktor rakan sebaya?
1.3.5 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap guru-guru pelatih
terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum dengan faktor pensyarah
penasihat?
1.3.6 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap guru-guru pelatih
terhadap Kursus Gerak Ke rja Kokurikulum dengan faktor motivasi guru-guru
pelatih?
1.3.7 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap guru-guru pelatih
terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum dengan faktor pengalaman
lampau?
1.3.8 Adakah terdapat faktor-faktor (rakan sebaya, pensyarah penasihat, motivasi
guru-guru pelatih dan pengalaman lampau) yang paling mempengaruhi sikap
guru-guru pelatih terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum?
1.4 Hipotesis Kajian
Terdapat lima hipotesis no1 dalam kajian ini. Hipotesis-hipotesis no1 adalah seperti
berikut:
Hal Tidak terdapat hubungan di antara sikap guru-guru pelatih terhadap Kursus
Gerak Kerja Kokurikulum dengan pengaruh rakan sebaya.
H02 Tidak terdapat hubungan di antara sikap guru-guru pelatih terhadap Kursus
Gerak Kerja Kokurikulum dengan pengaruh pensyarah penasihat.
H03 Tidak terdapat hubungan di antara sikap guru-guru pelatih terhadap Kursus
Gerak Kerja Kokurikulum dengan pengaruh motivasi guru-guru pelatih.
H m Tidak terdapat hubungan di antara sikap guru-guru pelatih terhadap Kursus
Gerak Kerja Kokurikulum dengan pengaruh pengalaman lampau.
H m Tidak terdapat faktor yang paling mempenganrhi sikap guru-guru pelatih
terhadap Kursus Gerak Kerja Kokurikulum.
1.5 Definisi Operasi
Bagi tujuan kajian ini definisi-definisi operasi seperti berikut telah digunakan:
1.5.1 Sikap
Merujuk kepada kepercayaan atau perasaan kita terhadap seseorang individu, sesuatu
objek, idea atau peristiwa. Sikap seseorang individu merupakan suatu faktor penting
dalam mempengaruhi tingkah lakunya. Ini akan ditunjukkan melalui tingkah laku
yang diperlakukan oleh individu tersebut.
Sikap mempunyai tiga komponen iaitu apa kita fikir atau percaya terhadap seseorang
individu, sesuatu objek, idea atau peristiwa (komponen kognitif), bagaimana kita rasa
terhadapnya (komponen afektif), dan bagaimana kita bertindak terhadapnya
(komponen tingkah laku).
Sikap akan menentukan samada guru-guru pelatih akan resyon kepada Kursus Gerak
Kerja Kokurikulum dengan positif atau negatif, atau dengan penuh semangat atau
dengan sambil lewa. Contohnya kalau seorang guru pelatih di maktab perguruan
percaya bahawa Kursus Gerak Kerja Kokurikulum adalah penting untuk dia
(komponen kognitif) maka dia mula membentuk proses afektif iaitu perasaan suka
pada Kursus Gerak Kerja Kokurikulum (komponen afektif) seterusnya proses kognitif
(percaya) dan afektif (perasaan) akan mendorong guru pelatih tersebut untuk