i aspirasi pekerjaan pelatih-pelatih kolej kemahiran
TRANSCRIPT
i
ASPIRASI PEKERJAAN PELATIH-PELATIH KOLEJ KEMAHIRAN BELIA
NASIONAL (PONTIAN) TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI
MOHMAD YAKOB BIN JABAR
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Teknikal dan Vokasional)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
OKTOBER 2007
iii
Dedikasi,
“Khas untuk ayahanda dan bonda tersayang serta isteri dan anakanda. Juga rakan
seperjuangan yang sama-sama menempuh suka-duka dalam perjuangan menimba ilmu.
Semoga kita bersama-sama mencapai kejayaaan yang diimpikan”
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya saya berjaya
menyempurnakan kajian saya ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada Penyelia Kajian Pendidikan ini, Dr Yahya Bin Buntat di atas tunjuk ajar,
nasihat dan sokongan sehinggalah saya berjaya menyudahkan kajian ini.
Tidak lupa juga setinggi-tinggi terima kasih buat Pengetua SMK Dato’ Ali Haji
Ahmad, yang tidak jemu-jemu dalam memberi dorongan dalam mempertingkatkan ilmu
pengetahuan dan mengorbankan masa dalam memberi tunjuk ajar dalam bidang
pendidikan yang semakin mencabar ini.
Untuk keluarga tersayang, bonda dan ayahanda, teristimewanya isteri yang
sentiasa memahami dengan kesulitan, kesibukan saban waktu dalam menyiapkan tugasan
ini.
Dengan doa dan harapan yang tidak putus-putus dari mereka saya dahului dengan
jutaan terima kasih.Akhir sekali saya juga mengucapkan terima kasih kepada sahabat-
sahabat, rakan seperjuangan yang sentiasa mahu berkongsi idea, memberikan dorongan,
nasihat dan tunjuk ajar.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti secara kolektif aspirasi
kerjaya pelatih-pelatih Kolej Kemahiran Belia Nasional (Pontian) terhadap latihan yang
diikuti. Bagi mencapai tujuan ini, seramai 98 orang pelatih telah dilibatkan secara rawak
melalui soal selidik yang diedarkan sendiri oleh penyelidik. Data yang diperolehi diproses
dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS versi 15.0) untuk
mendapatkan taburan kekerapan, peratusan dan min. Kajian mendapati secara majoritinya
pelatih mempunyai aspirasi pekerjaan yang positif terhadap latihan yang diikutinya iaitu
pelatih setuju mengenai keperluan pendidikan latihan kemahiran dalam pembangunan
ekonomi di Malaysia, percaya tentang harapan mereka terhadap institusi kemahiran, setuju
kebolehan lepasan institusi kemahiran menyesuaikan diri dalam pekerjaan, setuju jenis
pekerjaan yang akan diceburi setelah tamat latihan dan setuju input dari pihak industri
bermanfaat kepada kedua-dua pihak melalui latihan dalam industri.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to recognise or to identify collectively the job
aspiration among Kolej Kemahiran Belia Nasional (Pontian) trainees towards their
training. This descriptive study utilised a set of questionnaire which was distributed to 98
randomly selected trainees by the researcher. The data collected were processed using the
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS version 15.0) in order to find distribution
of frequency, percentage and mean. Several conclusions were drawn from the findings of
the study that indicated the majority of the trainees possessed positive job aspiration
towards the training skills, which the trainees agreed with the need of training skills
education in the economic development of Malaysia, the trainees had faith in the skills
training institution in producing workers, the trainees agreed with the capability of the
institution leaver to adapt their new job environment, the trainees agreed on their nature of
job upon graduation and and the trainees agreed that input gained from the institutions and
business/industry are mutually benefical through industrial training.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Rajah xiii
Senarai Singkatan xiv
Senarai Lampiran xvi
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.2.1 Pecahan Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM
2005 dan Kadar Pengangguran Negara 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Rasional Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Batasan dan Skop Kajian 8
1.9 Definisi 8
viii
1.9.1 Aspirasi 8
1.9.2 Pelatih 9
1.9.3 Latihan 9
1.9.4 Pusat Latihan 9
1.9.5 Kerjaya 10
1.9.6 Pekerjaan 10
2 TINJAUAN PENULISAN 11
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Hala Tuju Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) 12
2.2.1 Sistem Persekolahan Rasmi 13
2.2.2 Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Menengah Atas 13
2.2.3 Pendidikan Lepasan SPM (Teknik
dan Vokasional dan Latihan) 14
2.2.4 Laluan Sistem Persijilan Kemahiran
Malaysia 16
2.3 Aspirasi Pekerjaan dan Pendidikan 17
2.4 Keperluan Pendidikan Latihan Kemahiran
Dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia 19
2.5 Minat dan Sikap Individu 20
2.6 Kesediaan Institusi Latihan 20
2.6.1 Kurikulum Yang Berkesan 21
2.6.2 Tenaga Pengajar 22
2.6.3 Iklim Pembelajaran 23
2.7 Pemilihan Kerjaya dan Manfaat Latihan Industri 23
3 METODOLOGI KAJIAN 25
3.1 Pendahuluan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 25
3.3 Tempat Kajian 26
ix
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 27
3.6 Kajian Rintis 29
3.7 Prosedur Kajian 29
3.8 Analisis Data 30
3.9 Kesimpulan 30
4 ANALISIS DATA DAN PENDAPATAN 31
4.1 Pendahuluan 31
4.2 Bahagian A – Latarbelakang Responden 31
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Peringkat
Umur 32
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 32
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Taraf
Perkahwinan 33
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Bidang
Latihan 33
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Sebab
Pemilihan Mengikuti Kursus 34
4.3 Bahagian B – Analisis Deskriptif 35
4.3.1 Taburan Responden Mengikut Peratusan
Frekuensi dan Min Bagi Aspek Pandangan
Keperluan Pendidikan Latihan Kemahiran
Dalam Pembangunan Ekonomi (Sektor
Pekerjaan Berasaskan Kemahiran Oleh
Industri) 36
4.3.2 Taburan Responden Mengikut Peratusan
Frekuensi dan Min Bagi Aspek Pandangan
Terhadap Institusi Kemahiran 38
4.3.3 Taburan Responden Mengikut Peratusan
Frekuensi dan Min Bagi Aspek Kebolehan
Menyesuaikan Diri Dalam Pekerjaan 40
4.3.4 Taburan Responden Mengikut Peratusan
Frekuensi dan Min Bagi Aspek Jenis
x
Pekerjaan Yang Akan Diceburi 42
4.3.5 Taburan Responden Mengikut Peratusan
Frekuensi dan Min Bagi Aspek Manfaat
Latihan Industri 43
4.4 Kesimpulan 44
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN 46
5.1 Pendahuluan 46
5.2 Rumusan 46
5.3 Perbincangan 47
5.3.1 Pandangan Terhadap Kepentingan
Pendidikan Latihan Kemahiran Dalam
Pembangunan Ekonomi (Sektor Pekerjaan
Berasaskan Kemahiran) 48
5.3.2 Harapan Terhadap Instituri Kemahiran 49
5.3.3 Kebolehan Menyesuaikan Diri Dalam
Perniagaan 50
5.3.4 Jenis Pekerjaan Yang Akan Diceburi 50
5.3.5 Manfaat Latihan Industri 51
5.4 Cadangan Penyelidik 51
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 52
5.6 Kesimpulan 53
RUJUKAN 55
LAMPIRAN 58
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Statistik Permohonan dan
Penawaran Bagi Program Pengajian
Lepasan SPM/Setaraf IPTA Tahun
2000-2008 3
1.2 Jumlah Guna Tenaga Tahun 2006 Suku
Ketiga Hingga 2007 Suku Kedua 5
2.1 Kementerian-kementerian,
Institusi-institusi dan Kelulusan Yang
Diperolehi 14
2.2 Senarai Jurusan/Kursus yang ditawarkan 16
2.3 Jumlah Pelatih Pada September 2007 17
3.1 Skala Likert 27
3.2 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 27
3.3 Skala Penilaian Min Mengikut Justifikasi
Jawapan 28
3.4 Instrumen Bahagian B 28
4.1 Taburan Responden Mengikut Peringkat
Umur 32
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 32
4.3 Taburan Responden Mengikut Taraf
Perkahwinan 33
4.4 Taburan Responden Mengikut Bidang
Program Latihan 34
4.5 Taburan Responden Mengikut Sebab
xii
Pemilihan Mengikuti Kursus 34
4.6 Pembahagian Aspek, Jumlah Item dan
Nombor Item 35
4.7 Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Frekuensi dan Min Bagi Aspek Pandangan
Keperluan Pendidikan Latihan Kemahiran
Dalam Pembangunan Ekonomi (Sektor
Pekerjaan Berasaskan Kemahiran) Oleh
Industri 37
4.8 Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Frekuensi dan Min Bagi Aspek Pandangan
Terhadap Institusi Kemahiran 39
4.9 Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Frekuensi dan Min Bagi Kebolehan
Menyesuaikan Diri Dalam Pekerjaan 41
4.10 Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Frekuensi dan Min Bagi Jenis Pekerjaan
Yang Diceburi 42
4.11 Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Frekuensi dan Min Bagi Aspek Manfaat
Latihan Industri 44
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Pecahan Hala Tuju Pelajar Lepasan
SPM 2005 4
2.1 Laluan Kerjaya Sistem Pendidikan
Malaysia 12
xiv
SENARAI SINGKATAN
ADTEC Advanced Technical Trainning Centre
CIAST Centre for Instructors’ Advanced and Skills Trainning
FELDA Federal Land Development Authority
FMM Federtion of Malaysian Manufacturers
GMI German Malaysian Institute
HND Higher National Diploma
HRDF Human Resource Development Fund
IKBN Institut Kemahiran Belia Negara
IKTBN Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
ILP Institut Latihan perindustrian
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta
KKBN Kolej Kemahiran Belia Nasional
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
MARA Majlis Amanah Rakyat
MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
MPV Mata Pelajaran Vokasional
RMK-9 Rancangan Malaysia ke-9
SKM Sijil Kemahiran Malaysia
SKPK Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS Statistical Package for the Social Sciences
SS Sangat Setuju
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS Sangat Tidak Setuju
STS Sangat Tidak setuju
TP Tidak Pasti
xv
UniKL Universiti Kuala Lumpur
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 58
B Surat Pengesahan Status Pelajar 62
C Maklumat Kebolehpercayaan 63
D Jadual Persampelan Krejeie & Morgan 65
E Hasil Pemerosesan SPSS 66
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Untuk menjadi sebuah negara maju, antara perkara utama yang perlu diambil
perhatian ialah menyediakan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Tenaga
kerja ini dapat dihasilkan sekiranya sistem pendidikan negara diimbangi dengan teras
kemahiran atau vokasional. Justeru, wajarlah dikatakan bahawa institusi yang menawarkan
pendidikan yang berorientasikan vokasional ini mampu menyedia dan mewujudkan
sejumlah besar modal insan yang boleh membawa kepada pencapaian hasrat ini.
Dalam Rancangan Malaysia ke-8, iaitu pada Bahagian Pendidikan dan Latihan,
kerajaan telah merangkakan pelbagai langkah. Antaranya bagi meningkatkan tenaga
manusia dalam bidang sains dan teknologi, keupayaan di sekolah teknik dan vokasional
akan ditambah. Pertambahan ini akan meliputi peningkatan taraf kemudahan di 9 sekolah
teknik dan 38 sekolah vokasional sedia ada. Di samping itu, 8 sekolah menengah teknik
baru akan dibina dan menyediakan tempat untuk kira-kira 26,000 pelajar mata pelajaran
elektif sains dan kejuruteraan, 17,600 elektif vokasional dan 17,200 aliran kemahiran.
Dalam Rancangan Malaysia ke-9 pula disebutkan, iaitu bagi tujuan mempergiatkan
latihan kemahiran, program pembangunan kemahiran akan diperkukuhkan. Sehubungan
ini, sejumlah 450 juta ringgit akan disediakan bagi pembinaan dan menaiktaraf politeknik
dan kolej komuniti. Di bawah program latihan Kementerian Sumber Manusia , dua institut
2
Latihan Perindustrian dan empat Pusat Latihan Teknologi Tinggi akan dibina dengan
peruntukan 148 juta ringgit. Program latihan di bawah MARA disediakan 214 juta ringgit,
termasuk bagi Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Kemahiran Tinggi, Program
Giat MARA dan UniKL. Untuk terus memenuhi permintaan industri. Program latihan
berasaskan pengeluaran akan diperkenalkan di bawah German-Malaysia Institute dan
British-Malaysia Institute. Di samping itu, Kumpulan Wang Pembangunan Sumber
Manusia (HRDF) akan diperluaskan skopnya untuk melaksanakan program internship dan
latihan bagi siswazah.
Magendran Rajagopal (2005, Mei 6) melaporkan di akhbar Berita Harian
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, P Komala Devi berkata bahagian
kementeriannya sudah memohon peruntukan tambahan bagi menubuhkan lebih banyak
pusat latihan vokasional dan teknikal dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
ini kerana menjangkakan permintaan untuk sektor ini akan meningkat.
1.2 Latar Belakang Masalah
Terdapat kira-kira 500 000 peluang pekerjaan yang masih belum diisi dalam empat
sektor utama negara iaitu pertanian, pembinaan, pembuatan dan perkilangan. Daripada
jumlah tersebut, sektor pertanian memerlukan kira-kira 200 000 pekerja, pembinaan 150
000 pekerja, manakala pembuatan dan perkhidmatan masing-masing sebanyak 100 000
dan 30 000 pekerja. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar
berkata, beberapa sektor lain seperti perhotelan dan pelancongan juga menawarkan banyak
peluang pekerjaan di pelbagai peringkat kepada rakyat tempatan. (Utusan Malaysia, 2005
April 9).
Daripada data di atas, menunjukkan bahawa peluang atau permintaan tenaga kerja
di dalam sektor-sektor tertentu di Malaysia masih lagi mampu menampung kadar
pengangguran. Namun, isu pengangguran masih lagi menjadi isu yang hangat
diperkatakan.
3
1.2.1 Pecahan Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM 2005 dan Kadar Pengangguran
Negara
Untuk melihat gambaran hala tuju pelajar-pelajar lepasan SPM ini, tinjauan dilihat
kepada apa yang berlaku pada tahun 2005. Berdasarkan maklumat yang dikemukakan
dalam akhbar Berita Harian bertarikh 10 Februari 2006, sejumlah 438,132 calon telah
menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2005. Daripada jumlah keseluruhan yang
mengambil peperiksaan SPM ini, sejumlah 26,693 atau 6% telah terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi 2006/2007 .
(Berdasarkan Jadual 1.1 Statistik Permohonan dan Penawaaran bagi program Pengajian
Lepasan SPM/Setaraf Institusi Pengajian Tinggi Awam tahun 2000-2008). Daripada
jumlah calon SPM 2005 ini, sejumlah 21,325 atau 5% orang pula ditawarkan untuk
melanjutkan pelajaran ke politeknik pada sesi kemasukan Julai 2006/2007.
Secara umumnya, sejumlah 390,114 atau 89% baki daripada bilangan ini pula
boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama, mereka akan melanjutkan
pelajaran ke lain-lain institusi termasuk Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS),
tingkatan enam, atau institusi kemahiran kendalian swasta mahupun kerajaan.Sebahagian
pula akan terus mencari pekerjaan.
Namun, bahagian ini agak besar jumlahnya dan selebihnya akan berada di kategori
kedua iaitu tidak bekerja sama ada menganggur akibat sukar mendapat pekerjaan yang
`sesuai' atau memilih menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Jadual 1.1: Statistik permohonan dan penawaran bagi program pengajian lepasan
SPM/setaraf IPTA tahun 2000 – 2008
SESI AKADEMIK PERMOHONAN TAWARAN
2000/2001 124,310 31,291
2001/2002 140,845 25,511
2002/2003 127,572 22,943
2003/2004 123,200 18,046
2004/2005 128,209 18,635
2005/2006 132,415 18,927
2006/2007 134,227 26,693
2007/2008 135,558 25,842
(DIKEMASKINI PADA 27/03/2007)
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR,JABATAN PENGURUSAN IPT,
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
4
Negara kerugian kerana tidak dapat menggunakan tenaga manusia yang kian
bertambah saban tahun dan termasuk dalam data pengangguran negara.Apa yang dapat
disimpulkan di sini sejumlah bilangan yang besar ini yang tidak bekerja perlu
dimanfaatkan sebagai modal insan yang boleh dilatih menerusi program latihan khususnya
kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.
Rajah 1.1: Pecahan hala tuju pelajar lepasan SPM 2005
Negara-negara yang mengarah kepada tranformasi negara maju sentiasa mengikuti
perkembangan teknologi dan pengetahuan yang yang bersesuaian dengan keperluan
industri. Sumber tenaga manusia atau modal insan perlu dimaksimumkan dari segi
manfaatnya bagi menyumbang kepada peningkatan taraf ekonomi secara terancang.
Justeru, melihat dari sudut perkembangan ekonomi yang semakin rancak ini, kadar
pengangguran di Malaysia masih berada diparas yang perlu diteliti dengan sewajarnyanya.
Berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia sehingga
suku kedua 2007 terdapat 369400 orang rakyat Malaysia yang menganggur. Jumlah ini
menunjukkan peningkatan sejak suku ke empat 2006 iaitu 319 000 orang kepada 353 600
pada akhir tahun 2006. Jumlah ini terus meningkat pada suku pertama dan kedua 2007
dengan jumlah 365400 kepada 369400 dan kadar pengangguran in boleh dikatakan berada
di tahap yang agak tinggi.
5
Jadual 1.2: Jumlah guna tenaga tahun 2006 suku ketiga hingga 2007 suku kedua.
Guna Tenaga 2006
Suku
Ketiga
2006
Suku
Keempat
2006 2007
Suku
Pertama
2007
Suku
Kedua
Jumlah Tenaga
Buruh ('000)
10,757.2 10,727.0 10,628.9 10,826.7 10,970.6
Bekerja ('000) 10,421.5 10,408.0 10,275.4 10,461.3 10,601.2
Menganggur ('000) 335.7 319.0 353.6 365.4 369.4
Kadar
Pengangguran
(% daripada
tenaga
buruh)
3.1 3.0 3.3 3.4 3.4
Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia (kemaskini pada 28 September 2007)
Dengan peningkatan kadar pengangguran di Malaysia ini, permintaan sumber
tenaga manusia di dalam sektor-sektor tertentu masih lagi diperkatakan mampu menyerap
golongan yang tidak berkerja kecuali bagi mereka yang beralasan untuk memilih
pekerjaan. Kadar pengangguran ini dapat di atasi dengan mewujudkan tenaga kerja yang
berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Justeru, aspirasi pekerjaan dapat dipenuhi
dengan penawaran yang meluas dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh industri oleh
pihak institusi pendidikan yang berteraskan kemahiran teknikal atau vokasional.
1.3 Pernyataan Masalah
Jumlah pelajar lepasan SPM saban tahun meningkat dari semasa ke semasa.
Peningkatan ini merupakan petunjuk bahawa negara mempunyai modal insan yang ramai
bilangannya. Permasalahan yang diketengahkan ialah adakah sebilangan besar golongan
ini mampu menjanakan produktiviti dengan semaksimum yang mungkin ditambah dengan
jumlah pengangguran yang masih lagi dianggap agak tinggi dan meningkat saban tahun.
6
Oleh yang demikian, penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji aspirasi
pekerjaan para pelatih Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) terhadap latihan yang
diikuti, dengan mengketengahkan beberapa aspek untuk diberi tinjauan yang diperlukan
bagi memenuhi aspirasi pekerjaan seperti kepercayaaan pelatih terhadap faktor luar iaitu
pihak kerajaan dan swasta khususnya dalam membantu merancakkan peluang pekerjaan di
bidang kemahiran ini sejajar dengan perkembangan ekonomi. Selain itu aspek yang
terdekat dengan pelatih-pelatih iaitu institusi kemahiran itu sendiri yang mengketangahkan
isu tenaga pengajar, peralatan atau kemudahaan, sistem penilaian dan persijilan dan
suasana pembelajaran yang kondusif.
Aspek yang seterusnya ialah kesan daripada institusi itu sendiri iaitu mampukah
peranan institusi kemahiran itu melahirkan pekerja yang mempunyai keyakinan dan
kebolehan yang diharapkan oleh industri dan apakah sebenarnya pilihan pelatih setelah
tamat latihan samada berkerja sendiri atau bekerja dengan orang lain. Selain itu juga
kajian ini meninjau adakah latihan dalam industri memainkan peranan dalam memenuhi
aspirasi pekerjaan.
1.4 Objektif Kajian
i. Mendapatkan pandangan pelatih pusat kemahiran adakah pendidikan latihan
Kemahiran memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi di
Malaysia.
ii. Mengenalpasti apakah pandangan dan harapan mereka terhadap institusi
kemahiran.
iii. Mengenalpasti kebolehan lepasan latihan kemahiran menyesuaikan diri di alam
pekerjaan.
iv. Mengenalpasti jenis pekerjaan yang akan diceburi setelah tamat
latihan.
v. Mengenalpasti adakah input dari pihak industri bermanfaat kepada kedua-dua
pihak melalui latihan dalam industri.
7
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakah pandangan pelatih Kolej Kemahiran Belia Nasional terhadap keperluan
pendidikan latihan kemahiran diikuti terhadap pembangunan ekonomi negara
khususnya terhadap sektor pekerjaan yang berteraskan kemahiran?
ii. Apakah pandangan atau harapan pelatih terhadap institut bagi memenuhi aspirasi
pekerjaan?
iii. Adakah institusi ini mampu menyediakan keperluan pendidikan latihan kemahiran
yang dapat memenuhi keperluan industri?
iv. Apakah jenis pilihan pekerjaan yang akan diceburi setelah para pelatih tamat
latihan?
v. Adakah pihak Institut kemahiran ini bekerjasama dengan Industri dan memperoleh
manfaat daripadanya ( latihan dalam industri)?
1.6 Rasional Kajian
i. Memberikan pengetahuan kepada pihak institusi kemahiran dalam menyediakan
infrastruktur dan output yang dapat memenuhi keperluan industri.
ii. Bagi pihak industri pula dapat membantu dalam merancang sumber manusia.
iii. Memberikan pengetahuan kepada bakal pelatih yang memerlukan gambaran awal
pendidikan di institusi kemahiran.
1.7 Kepentingan Kajian
i. Membantu pihak kerajaaan khususnya kementerian tertentu dalam pelaksanaan
sistem pendidikan vokasional yang dapat memenuhi keperluan industri dengan
terancang.
8
ii. Panduan kepada pihak industri dalam merancang pembangunan sumber manusia.
iii. Membantu pihak institut dalam menilai dan memperbaiki mutu pembelajaran.
iv. Membantu bakal pelatih dalam menilai pusat kemahiran yang dapat membantu
mereka dalam memenuhi aspirasi pekerjaan.
v. Menjadiakan panduan kepada penyelidik-penyelidik akan datang.
1.8 Batasan Dan Skop Kajian
Kajian ini pada dasarnya untuk meninjau aspirasi pekerjaan di kalangan pelatih
Kolej Kemahiran Belia Nasional di Daerah Pontian. Dalam kajian ini, pengkaji memilih
responden secara rawak yang hanya dibataskan kepada pelajar yang akan menamatkan
kursus pada masa yang terdekat dan jumlah ini tidak termasuk pelatih yang sedang
mengikuti latihan Industri kerana sukar dihubungi. Rasional pemilihan ialah pelatih
tersebut telah terdedah dengan pelbagai latihan kemahiran samada di pusat latihan atau
latihan praktikal sepenuhnya. Pelatih juga dianggapkan telah meninjau secara kendiri
peluang kerjaya yang bakal dicapai.
1.9 Definisi
1.9.1 Aspirasi
Menurut Kamus Dewan (1993), aspirasi bermaksud keinginan yang kuat bagi
mencapai sesuatu atau mengadakan tujuan serta kemahuan atau keinginan untuk
mengadakan sesuatu atau cita-cita.
9
1.9.2 Pelatih
Pelatih merupakan orang yang sedang menerima latihan, Kamus Dewan (1993).
1.9.3 Latihan
Proses mendapatkan kemahiran. Contohnya belajar memandu kereta. Manakala
menurut Pertubuhan Perkhidmatan Tenaga Kerja ( Manpower Services Commission )
latihan boleh didefinisikan seperti berikut:
" Satu proses perancangan untuk merubah tingkahlaku, pengetahuan atau
kemahiran melalui pengalaman pembelajaran dalam mencapai kejayaan
yang berkesan melalui sesuatu aktiviti atau pelbagai aktiviti. Tujuanya
adalah untuk, (dalam suasana kerja) meningkatkan keupayaan seseorang
dan memuaskan kehendak semasa serta masa depan tahap guna tenaga
organisasi tersebut."
1.9.4 Pusat Latihan
Tempat menerima latihan adalah pelajaran atau didikan untuk memahirkan atau
membiasakan (Kamus Dewan, 1993).
10
1.9.5 Kerjaya
Perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan, atau
profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah.
1.9.6 Pekerjaan
Menurut Kamus Dewan (1993), pekerjaan bermaksud sesuatu yang diusahakan
yang dilakukan secara berterusan kerana mencari nafkah.
BAB II
TINJAUAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan tentang hala tuju pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) yang bakal menempuhi alam pekerjaan dengan memilih untuk memasuki mana-
mana institusi latihan dalam pelbagai bidang dan aspek-aspek yang menyokong dalam
kajian tinjauan aspirasi pekerjaan pelatih Kolej Kemahiran Belia Nasional (Pontian)
terhadap latihan yang diikuti.
Umumnya, terdapat faktor-faktor yang mengimbangi aspirasi pekerjaan para
pelatih. Ini termasuklah faktor luaran seperti pihak kerajaan dan pihak swasta/industri di
samping galakan atau dorongan ibubapa, rakan-rakan dan sebagainya. Pihak Institusi juga
berperanan memancu arah tujuan pelatih-pelatih dengan menyediakan perancangan latihan
yang berkesan. Selain itu juga pelajar itu sendiri iaitu desakan minat dan pengalaman dari
pemerhatian yang membolehkan pelatih itu membuat keputusan untuk memilih bentuk
pekerjaan seperti yang dicita-citakannya. Akhirnya, bantuan dari pihak luar dalam
menimba pengalaman melalui latihan industri dapat merealisasikan aspirasi pekerjaan
pelatih kemahiran.
12
2.2 Hala Tuju Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Setiap tahun ada saja pihak-pihak tertentu yang membangkitkan isu-isu yang
berkaitan dengan hala tuju pelajar-pelajar lepasan SPM. Pihak kaunselor sekolah atau
pakar-pakar motivasi dalam kerjaya akan menjadi sasaran pelajar-pelajar bagi memberikan
pandangan untuk memancu hala tuju selepas peperiksaan. Justeru, di bahagian ini kita
akan melihat bagaimana sistem pendidikan dan sistem latihan di Malaysia yang mana
menerangkan secara ringkas sistem pendidikan di Malaysia dan laluan bagi memperolehi
kelulusan tertentu khususnya aliran Teknikal dan Vokasional dan Latihan Kemahiran.
Rajah 2.1: Laluan kerjaya sistem pendidikan Malaysia
13
2.2.1 Sistem Persekolahan Rasmi
Sistem persekolahan rasmi Malaysia mempunyai bentuk 6-3-2-2 (Rajah 2.1).
Struktur ini menunjukkan sekolah rendah selama 6 tahun, menengah rendah selama 3
tahun, menengah atas (2 tahun) dan tingkatan 6 (2 tahun). Pada akhir menengah atas
pendidikan pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
yang membolehkan mereka mencari pekerjaan, meneruskan pendidikan pra-universiti di
kolej-kolej matrikulasi selama satu tahun atau tingkatan 6 selama 2 tahun. Bagi
menamatkan tingkatan 6, pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) yang membolehkan mereka menyambung pelajaran ke
Universiti. Lain-lain pilihan termasuklah melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti,
politeknik atau universiti dan lain-lain institusi latihan.
2.2.2 Pendidikan Teknikal dan Vokasional Menengah Atas
Dalam sistem pendidikan formal Kementerian Pelajaran Malaysia bermula di
peringkat menengah atas (Tingkatan 4 dan 5) yang mempunyai aliran teknikal, aliran
vokasional dan latihan kemahiran di Sekolah Menengah Teknik. Dalam sistem ini,
pelajaran yang ditawarkan bagi aliran teknikal meliputi mata pelajaran teras sepertimana
mata pelajaran dalam sekolah akademik menengah atas di samping mata pelajaran teknikal
yang berasaskan sains dan matematik dan kurang dari segi praktikalnya berbanding aliran
vokasional yang juga meliputi mata pelajaran teras di samping pakej mata pelajaran
vokasional. Di dalam aliran kemahiran pula, penekanan lebih diberikan kepada kerja
praktikal untuk membangunkan kemahiran seperti yang diperlukan oleh pihak industri
yang berkenaan. Selain di SM Teknik Mata Pelajaran Vokasional (MPV) juga boleh
ditawarkan di Sekolah Menengah Atas Akademik mengikut syarat-syarat yang ditentukan
oleh Kementerian Pelajaran.
14
2.2.3 Pendidikan Lepasan SPM (Teknik dan Vokasional dan latihan)
Terdapat pendidikan yang ditawarkan kepada lepasan SPM khususnya yang
melibatkan latihan di peringkat juruteknik atau separa mahir dan pertukangan. Pihak yang
menawarkan latihan-latihan ini ialah Kementerian Pelajaran, Kementerian Sumber
Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan
sebagainya. Selain itu, Kerajaan Negeri dan Industri juga memainkan peranan yang
penting dalam usaha ini. Jadual 2.1 menunjukkan secara ringkas institusi-institusi dan
kelulusan yang diperolehi.
Jadual 2.1: Kementerian-kementerian, institusi-institusi dan kelulusan yang diperolehi
Kementerian/
Agensi
Institutisi Kursus/ kelulusan
Kementerian
Pelajaran
Malaysia
Menengah
Sekolah Teknik
Sijil Pelajaran Malaysia
Kolej Latihan
Perguruan Teknikal
Diploma Pendidikan Perguruan Teknikal (3
tahun)
Politeknik Sijil Juruteknik sepenuh masa (2 tahun) /
Diploma (3 tahun) kecuali Diploma
kejuruteraan Marin (4 tahun)
Kolej Komuniti Sijil (2 tahun) / Diploma (3 tahun)
Kementerian
Sumber
Manusia
Institut Latihan
Perindustrian (ILP)
Latihan Asas perniagaan (1-1.5 tahun
bersama persijilan SKM tahap 1 dan 2.
Kursus pendek.)
Pusat Latihan
Teknologi Tinggi
(ADTEC)
Diploma Teknologi (2-3 tahun)
Institut Latihan Jepun
Malaysia (JMTI)
Diploma Teknologi (2-3 tahun)
Pusat Latihan Pengajar
dan Kemahiran
Lanjutan (CIAST)
a) Diploma Latihan Pengajar ( 3 tahun)
b) Latihan jangka pendek
15
Sambungan Jadual 2.1
Semua institusi
berdaftar dengan Majlis
Latihan Vokasional
Kebangsaan (MLVK)
c) Standard Kemahiran Perkerjaan
Kebangsaan (NOSS) – Sijil
Kemahiran Malaysia (tahap 1-5)
Kementerian
Pertanian
Institut Pertanian Sijil Pertanian (3 tahun)
Kementerian
Belia dan
Sukan
Institut Kemahiran
Belia Negara (IKBN)/
Kolej Kemahiran Belia
Nasional (KKBN)
Sijil Kemahiran (SKM) Tahap 1-3 (18-24
bulan)
Institut Kemahiran
Tinggi Belia Negara
(IKTBN)
Sijil Kemahiran (SKM) Tahap 1-3 (18-36
bulan)
Diploma
Kementerian
Pembangunan
Usahawan
Institut Kemahiran
Mara (IKM)
Sijil Kemahiran (SKM) Tahap 1-3 (18-24
bulan)
Pusat Giat Mara Sijil Perniagaan (6-12 bulan)
Institut Perniagaan
Mara
Sijil, Diploma, HND
German Malaysia
Institute (GMI)
Diploma (3 Tahun)
HND
Malaysia France
Institute
Diploma (3 tahun)
Kementerian
Kesihatan
Pelbagai kolej dan
Institusi
Sijil (2 tahun)
Diploma (4 tahun) dalam bidang perkerjaan
kesihatan
Gabungan
pengeluar-
pengeluar
Malaysia
Institut Gabungan
Pengeluar-pengeluar
Malaysia (FMM)
Sijil dan diploma (2-3 tahun) dalam
pelbagai bidang kursus jangka pendek.
Negeri Pusat Pembangunan
Kemahiran Negeri
Sijil dan diploma dalam pelbagai bidang
kursus jangka pendek.
16
2.2.4 Laluan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) merupakan badan yang
mengawal selia pelaksanaan latihan kebangsaan di Malaysia. Dalam tahun 1992,
pembaharuan yang terbesar ialah pengenalan 5 tahap kelulusan kemahiran bagi
mengantikan 3 peringkat kursus (asas, pertengahan dan lanjutan). Prinsip yang digunakan
ialah ketrampilan berasaskan pembelajaran/pendidikan yang digunakan bagi
mambangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) untuk pelbagai jenis
pekerjaan. Berdasarkan kepada hasil atau ketrampilan pekerjaan, sistem ini cukup
fleksibel untuk menganugerahi bukan sahaja Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), malah
“Penyata Pencapaian’’ yang boleh dicapai untuk memperoleh sijil penuh.
Kolej Kemahiran Belia Nasional yang terletak di daerah Pontian merupakan salah
satu institusi di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang boleh dijadikan pilihan untuk
melanjutkan pendidikan bagi lepasan SPM yang mengamalkan Persijilan Kemahiran
Malaysia. Tahap tertinggi bagi kursus atau jurusan tertentu yang di tawarkan di institusi
ini sehingga tahap 3 seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.2 di bawah:
Jadual 2.2: Senarai jurusan / kursus yang ditawarkan
Bil Jurusan Kod JPK
1 Pendawai (SLW 01) C-051
2 Pendawai (SLW 02)
3 Penjaga Jentera Elektronik (AO)-(SLC 03)
4 Penyejukbekuan dan Penyaman Udara(SLD 02) C-010
5 Mekanik Kenderaan Motor (SAK 02) P-115
6 Juruteknik Elektronik Industri (SED 02) E-011
7 Pembuat Pakaian Wanita (STW 02) K-010
8 Jurubina Bangunan (SSB 02) B-010
9 Penyelia Binaan Bangunan (SSB 02)
Sehingga September 2007 jumlah pelatih Kolej Kemahiran Belia Nasional yang
sedang mengikuti latihan adalah seramai 605 orang yang terdiri daripada pelatih tajaan
FELDA dan Kementerian Belia dan Sukan. Ini dapat ditunjukkan seperti Jadual 2.3 di
sebelah.
17
Jadual 2.3: Jumlah pelatih pada September 2007
Bil Jurusan Lelaki Perempuan Jumlah
1 Pendawai (SLW 01) 143 - 143
2 Pendawai (SLW 02) 48 - 48
3 Penjaga Jentera Elektronik
(AO)-(SLC 03)
- - -
4 Penyejukbekuan dan
Penyaman Udara
62 - 62
5 Mekanik Kenderaan Motor
(SAK 02)
109 - 109
6 Juruteknik Elektronik Industri
(SED 02)
17 21 38
7 Pembuat Pakaian Wanita
(STW 02)
0 153 153
8 Jurubina Bangunan (SSB 02) 17 4 21
9 Penyelia Binaan Bangunan
(SSB 02)
18 13 31
Jumlah 414 191 605
2.3 Aspirasi Pekerjaan Dan Pendidikan
Setelah melalui pelbagai pengalaman terutamanya pemerhatian persekitaran atau
melalui pelbagai media, menjalani latihan pekerjaan sama ada formal mahupun tidak
formal seseorang itu pasti beraspirasi untuk mencapai cita-citanya terutamanya dalam
pekerjaan.
Muhd. Mansur dan Siti Nordinar (1989) berpendapat pekerjaan merupakan suatu
aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan akan berasa puas dengan
kehidupannya apabila memiliki sesuatu pekerjaan yang tetap serta terjamin. Malah
pekerjaan dapat memperlihatkan status masyarakat, tahap ekonomi, dan pendapatan.
Bekerja bererti seseorang itu mesti aktif dalam aktiviti yang boleh membawa perubahan
18
kepada dirinya, orang lain, dan bidang yang diceburi. Pekerjaan dikatakan mempengaruhi
konsep kendiri, perasaan nilai, kesejahteraan, dan identiti keperibadian seseorang.
Justeru, melihat dari pandangan itu, bila wujudnya pengaruh dalam diri yang
menyatakan perlunya mempunyai pekerjaan yang dicita-citakan adalah terlalu subjektif
untuk dijelaskan.
Evans, R. N. (2001), menyatakan kebanyakan remaja mempunyai kemungkinan
dalam membuat pemilihan pekerjaan sebelum memasuki sekolah menengah. Sekiranya
seseorang berusia 17 tahun menyatakan ingin menjadi seorang peguam atau pemandu lori,
terdapat 3 kemungkinan (a) Pemilihan ini dibuat berdasarkan kekurangan pengetahuannya
dan disebabkan permintaan perkerjaan (b) Telah memperoleh sedikit pengetahuan dari
persekolahannya;dan (c) Pihak sekolah akan menyatakan “ Kamu terlalu muda untuk
memikirkan pekerjaan. Kamu harus fikirkan kemudian”
Seharusnya terdapat faktor-faktor yang menentukan pemilihan pekerjaan seseorang
itu terutamanya melalui pendidikan khususnya di institusi latihan kemahiran atau dikenali
sebagai latihan vokasional.
Yahya (1993), Pendidikan vokasional boleh ditakrifkan dengan dua pengertian.
Secara umum, Pendidikan vokasional adalah sebarang pendidikan pada mana-mana
peringkat yang cuba menyediakan menusia untuk kerjaya-kerjaya tertentu (spesifik) dalam
bidang-bidang tertentu. Jelasnya ia bererti sebarang bentuk pendidikan yang dirancang
khas dengan tujuan utama untuk menyediakan manusia dalam bidang pekerjaan sosial
yang berfaedah yang tidak memerlukan sekeping ijazah untuk membantu pekerja-pekerja
mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran mereka supaya dapat meneruskan
pekerjaan-pekerjaan yang tidak memerlukan kelayakan ijazah.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan dan kehidupan
berkait rapat kerana pendidikan menentukan corak serta mutu kehidupan manusia. Peranan
pendidikan sangat penting dalam pembentukan generasi muda untuk menjadi rakyat
Malaysia yang dapat menyumbangkan bakti kepada perkembangan ekonomi,
sosial,kebudayaan dan politik negara ini.
19
Pada dasarnya, dalam Ucapan Bajet 2007, YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Ahmad
Badawi, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Dewan Rakyat 1 September
2006. Definisi Kurikulum Kebangsaan
“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,
nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan
nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”
Akta Pendidikan 1996
[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]
2.4 Keperluan Pendidikan Latihan Kemahiran Dalam Pembangunan Ekonomi
Malaysia
Perkembangan ekonomi negara yang rancak memerlukan modal insan yang
berkualiti dan mampu berdaya saing. Pendidikan vokasional atau latihan kemahiran
menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir. Pelatih-pelatih institusi kemahiran
wajar melihat dari cerminan keperluan pendidikan kemahiran ini dalam membantu
meningkatkan ekonomi negara melalui penawaran dan permintaan tenaga kerja.
Evans, R. N. (1971)menyatakan,
“General vocational education is that education which is related to
occupational life and is also needed by all students. Some example
include: (1) an understanding of the economics of the production of
goods and services, (2) an understanding of the social security
system, and (3) the ability to satisfactorily complete an application
form for employment.” Pg.53.
20
2.5 Minat Dan Sikap Individu
Aspirasi pekerjaan juga berdasarkan faktor kendiri terutamanya minat dan sikap.
Sikap yang sentiasa positif didorong oleh minat membantu seseorang merealisasikan
aspirasi pekerjaan.
Mook Soon Sang (2002) menyatakan minat dan sikap seseorang terhadap
pembelajaran boleh mempengaruhi kesediaan belajar. Seseorang pelajar yang mempunyai
minat dan sikap positif terhadap pembelajaran akan menumpukan perhatiannya terhadap
aktiviti pengajaran guru.
Kajian keciciran (KPM 1973) melihat sikap pelajar terhadap guru sebagai suatu
yang mendorong mereka belajar dan mencapai kejayaan. Memandangkan keberkesanan
sekolah dinilai antaranya berdasarkan kepada pencapaian dan akhlak pelajar, maka
pembentukan sikap pelajar perlu diutamakan oleh pentadbiran sekolah. Pelajar-pelajar
perlu dilatih supaya sentiasa berakhlak mulia,menghormati guru dan sedia memberi
bantuan kepada guru apabila diminta, sentiasa berbincang dengan guru apabila
menghadapi kesukaran dalam pelajaran,menjaga kebersihan diri, menjaga bilik darjah dan
kawasan persekitaran sekolah,kurang menghadapi masalah disiplin di dalam atau luar
kawasan sekolah.
Yahya (1993). Aliran latihan kemahiran dalam sistem baru pendidikan vokasional
merupakan titik tolak yang memecahkan tembok tradisi pendidikan vokasional ke alam
latihan yang lebih mementingkan kehendak masyarakat dan sebagai satu tingkat
mengurangkan beban keciciran di kalangan generasi muda pada masa kini.
2.6 Kesediaan Institusi Latihan
Kesediaan Institusi latihan terutama dari aspek kemudahan latihan, tenaga pengajar
yang berketrampilan, kurikulum yang bersesuaian dengan keperluan industri serta suasana
persekitaran yang kondusif dapat menyokong aspirasi pekerjaan pelatih.
21
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri Dr. Fong Chang Onn kebanyakan
pusat latihan bertauliah ditutup kerana tidak memenuhi syarat dan kelayakan yang
ditetapkan oleh MLVK untuk mengendalikan sesuatu kursus kemahiran seperti ketiadaan
kemudahan dan ketiadaan tenaga-tenaga pengajar yang berkebolehan. (Utusan Malaysia
2006, Februari 9)
2.6.1 Kurikulum Yang Berkesan
Mook Soon Sang (2002). Kejayaan sesuatu kurikulum adalah berkaitan dengan
pengoperasian kurikulum sekolah. Sehubungan ini guru haruslah menguasai kemahiran
dalam mentafsir perubahan kurikulum sekolah dengan tepat serta kebolehan membuat
pengubahsuaian berdasarkan keperluan pelajar, persekitaran dan kemudahan sumber yang
sedia ada atau dapat diperolehi.
Yahya (1993). Kurikulum aliran latihan kemahiran berorientasikan praktis yang
ditetapkan oleh piawaian MLVK. Masa latihan diperuntukan 81% bagi latihan amali di
bengkel untuk memajukan dan menjelaskan kemahiran psikomotor dan prinsip mekanisme
atau proses kerja. Keberkesanan dan kecekapan latihan banyak bergantung pada
kesesuaian pengajaran dan kemudahan yang dikemaskini dan mencukupi.
Wallace R.G (1985) “Any curriculum which embraces vocational consideration
will include these elements:
(a)Work experience;
(b) industrial visits;
(c) careful vocational guidance before admission to, and
throughout, the courses;
(d) problem-solving and the practical application of skills
and knowlwdge;
(e) a relationship between the courses and employment
opportunities, locally or nationally;
(f) new courses and assessment methods.”(pg.11)
22
2.6.2 Tenaga Pengajar
Menurut Rahimah (1992), guru yang produktif itu ialah guru yang berkesan dalam
pengajarannya dan mampu membimbing perkembangan muridnya.
Faridah Karim (1999). Pada asasnya, tugas utama seorang pensyarah ialah
menyampaikan ilmu pengetahuan, memperkembangkan kemahiran dan membentuk
akhlak di samping tugas-tugas sebagai perancang, pengurus, fasilitator, pembimbing dan
sebagai model untuk diteladani pelajar. Perubahan dan peralihan sistem pendidikan negara
turut sama merubah fungsi dan peranan pensyarah pada hari ini. Pensyarah bukan sahaja
lagi berperanan sebagai pengajar, pendidik dan pembimbing, malah telah berkembang ke
tahap mengsosialisasian, penggalakan, pengilhaman, penyaluran nilai, penyemaian rasa
hormat dan apresiasi kritikal dalam diri pelajar.
Atan Long (1980) menyatakan sesuatu tugasan yang hendak diberikan kepada
pelajar hendaklah relevan dengan pelajaran yang sedang diajar dan mempunyai objektif
yang tertentu. Dengan mengetahui objektif sesuatu tugasan itu pelajar-pelajar akan dapat
menjalankan tugas dengan baik. Ini menunjukkan personaliti pensyarah yang sentiasa
menekankan kepada objektif akan memberikan kesan kepada pengajarannya.
Mohamad (1998). Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara
menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka
kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan-
kemungkinan berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi
tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan
harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk
berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang
global dan teknologi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan
dan perubahan masa kini.
23
2.6.3 Iklim Pembelajaran
Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai
suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram,
mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar.
Mook Soon Sang (2002). Iklim persekolahan yang baik merupakan iklim
persekolahan yang demokratik, dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai
aspirasinya, seperti membimbing pelajar supaya lebih rajin berusaha, berinisiatif, lebih
rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih sopan dan berkreatif serta lebih tinggi
motivasinya.
2.7 Pemilihan Kerjaya Dan Manfaat Latihan Industri
Seseorang yang ingin mendalami sesuatu latihan kemahiran harus mengikuti
latihan sebenar di premis-premis industri/swasta. Ini akan meningkatkan keyakinan untuk
bekerja di samping mempelajari ilmu baru selaras dengan perkembangan teknologi.
Menurut Evans, R. N. (1971).
“ Sociologist are very interested in how outsiders become members of
existing groups. Before a person can become a member of a work
group, he must acquire both technical and social skills. Effective
vocational education will provide part of each, but those skills which are
unique to a particular work group can only be learned by on the job.
“pg.140
Kramlee ,Ruhizan, Hamdan (2003) menyatakan pemahaman tentang perbezaan
antara alam persekolahan dan alam pekerjaan adalah kritikal. Guru mesti memahami
cabaran dan keperluan yang dihadapi oleh pihak industri. Satu fakta yang penting
mengenai industri adalah semua syarikat bergantung kepada keuntungan. Jika pihak
sekolah memahami tentang masalah dan keperluan majikan dan pihak swasta, maka pihak
sekolah akan lebih berjaya dalam mewujudkan usahasama antara sekolah dan industri.
24
Satu lagi elemen penting dalam proses ini adalah akauntabiliti. Jika pihak sekolah gagal
mengeluarkan pelajar-pelajar seperti mana yang dikehendaki oleh pihak majikan maka
pihak sekolah telah gagal dalam usahasama ini.
Selain mengikuti latihan industri, latihan yang bersifat seperti suasana sebenar
perlu dilaksanakan bagi membina keyakinan yang tinggi terhadap latihan yang diikuti.
Persidangan Kebangsaan Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional 2003 di
dalam resolusinya menggesa pihak industri melaksanakan tanggungjawab membantu
mempertingkatkan keberkesanan perlaksanaan pendidikan serta latihan teknik dan
vokasional di negara ini secara aktif dalam penyemakan dan pembangunan kurikulum.
Pihak industri juga diminta memainkan peranan melalui penyediaan latihan industri
kepada pelatih dan kakitangan dalam bidang terbabit, di samping membantu dari segi
kemudahan peralatan dan bahan latihan. (Berita Harian ,2003 Oktober 9).
Pengerusi Jemaah Dekan-dekan Fakulti Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi
Awam, Prof Dr Zakaria Kasa , berkata kegiatan luar bilik darjah juga hendaklah mampu
memberi pendedahan awal mengenai suasana pekerjaan sebenar. “Sebagai contoh, sekolah
boleh mengusahakan tanah kosong berhampiran dengan bercucuk tanam. Ini bagi
mendedahkan pelajar mengenai prospek kerjaya dalam bidang pertanian.” (Berita Harian,
5 April 2006)
Selain memilih peluang pekerjaan yang terbuka luas di sektor kerajaan mahupun
swasta, seorang pelatih boleh mencipta peluang pekerjaan dengan menubuhkan perniagaan
berdasarkan kemahiran yang dipelajari. Justeru, ilmu yang ada perlu dilengkapkan dengan
ilmu keusahawanan.
Suhaida (2002) . Bidang keusahawanan merupakan salah satu bidang yang
membantu bagi pertumbuhan ekonomi dari segi peluang pekerjaan.Apabila satu entiti
perniagaan mula diwujudkan bermakna ia akan memberi peluang pekerjaan kepada
individu-individu lain. Dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera, pelbagai galakan telah diberikan. Antaranya ialah kemudahan
kewangan berjumlah RM280 juta untuk skim usahasama Bumiputera dengan bukan
Bumiputera.
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Dalam bab ini perkara yang akan diberikan tumpuan adalah mengenai prosedur
dan metodologi yang digunakan dalam kajian. Ini meliputi rekabentuk kajian, tempat
kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur kajian, dan
kaedah menganalisis data.
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian yang berbentuk deskriptif ini dijalankan dengan menggunakan kajian
kuantitatif. Instrumen kajian ini mengandungi satu set soal selidik yang dibahagikan
kepada dua bahagian. Bahagian A terdiri daripada lima soalan untuk mendapatkan butir
peribadi iaitu umur, status, sebab mengikuti kursus, pilihan kursus dan jantina . Bahagian
B terdiri daripada 42 soalan berbentuk skala likert.
26
3.3 Tempat Kajian
Kajian ini dijalankan terhadap pelatih Kolej Kemahiran Belia Nasional (Pontian).
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
Kajian ini merangkumi jumlah populasi yang ditetapkan kepada semua pelatih
pada tahap akhir pengajian yang berada di institusi latihan dan tidak termasuk yang sedang
mengikuti latihan industri. Jumlah populasi yang memenuhi kriteria di atas ialah 130
orang . Daripada jumlah ini, penentuan sampel adalah berdasarkan kepada perkiraan yang
telah ditetapkan dalam jadual penentu saiz sampel berdasarkan populasi Krejcie dan
Morgan (Krejcie R.V and Morgan D.W, 1970: 607-610). Jumlah sampel kajian ini ialah
98 orang.
Bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan item-item soal selidik aspirasi
pekerjaan pelatih Kolej Kemahiran Belia Nasional berkesan, satu analisis data telah
dilakukan untuk mendapatkan Coefficient Alpha. Daripada data ini, didapati item-item
soal selidik ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang boleh diterima iaitu pada
Standardized Item Alpha pada 0.929. Ini adalah petunjuk yang baik tentang
kebolehpercayaan item-item dalam instrumen tersebut.
Menurut Sekaran (1992), nilai koefisyen Cronbach Alpha adalah reliability
coefficients yang menunjukkan bagaimana sesuainya hubungan item-item sebagai satu set
soalan. Nilai alfa yang menghampiri 1.0, menunjukkan kebolehpercayaan dalaman yang
tinggi. Manakala nilai alfa yang kurang daripada 0.6 menunjukkan kebolehpercayaan
dalaman yang lemah . Responden bagi memenuhi kajian ini dipilih secara rawak.
27
3.5 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini terdapat 2 jenis instrumen. Pertama, instrumen untuk
memperolehi maklumat biodata pelajar dan yang kedua adalah instrumen aspirasi
pekerjaan . Soal selidik digunakan untuk tujuan mengumpul segala maklumat mengenai
biodata responden, pandangan keperluan pendidikan latihan kemahiran dalam
pembangunan ekonomi (sektor pekerjaan berasaskan kemahiran), pandangan terhadap
institusi kemahiran, kebolehan menyesuaikan diri dalam pekerjaan, jenis pekerjaan yang
akan diceburi dan manfaat latihan industri.
Skala Likert lima mata digunakan dalam bahagian ini. Respon kepada item
bahagian B,diberi skala 1 hingga 5 (format skala Likert). Setiap skala diberikan kod
seperti pada Jadual 3.1. Responden dikehendaki memilih respon yang sesuai dengan
membulatkan (O) angka yang sesuai dengan pilihan bagi setiap soalan. Instrumen terdiri
dari 42 soalan.
Jadual 3.1 : Skala Likert
1 2 3 4 5
Sangat tidak
setuju
Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
Jadual 3.2 di bawah menunjukkan penerangan spesifikasi soalan yang digunakan.
Jadual 3.2: Jadual penerangan spesifikasi soalan.
5
Sangat Setuju memberi maksud responden memahami sepenuhnya soalan
yang diajukan dan bersetuju sepenuhnya. Maklum balas atau pilihan jawapan
ini dinilai sebagai pendapat yang positif atau bersetuju.
4
Setuju pula membawa maksud responden sekadar percaya dan bersetuju
dengan kenyataan yang diberikan. Pilihan jawapan itu dinilai sebagai positif
atau bersetuju.
28
Sambungan dari Jadual 3.2
3
Tidak Pasti memberi maksud responden tidak pasti dengan persetujuan
sendiri tetapi tidak bermakna bahawa responden tidak bersetuju dengan
kenyataan yang diberi. Maklum balas ini turut dinilai sebagai positif.
2
Tidak Setuju membawa maksud responden memahami soalan tetapi tidak
bersetuju dengan soalan atau kenyataan yang diberikan. Pilihan jawapan ini
dinilai sebagai pendapat yang negatif atau tidak bersetuju.
1
Sangat Tidak Setuju pula memberi maksud responden memahami soalan
tetapi sangat tidak bersetuju dengan soalan atau kenyataan yang diberikan.
Maklum balas ini dinilai sebagai pendapat yang negatif atau tidak bersetuju
Bagi memudahkan penganalisisan data, satu skala penilaian min telah dibuat
berdasarkan justifikasi jawapan. Berikut adalah skala penilaian bagi min berdasarkan
justifikasi jawapan:-
Jadual 3.3: Skala penilaian min mengikut justifikasi jawapan.
Justifikasi Skala Min
1 Sangat Tidak Setuju 1.00 hingga 1.49
2 Tidak Setuju 1.50 hingga 2.49
3 Kurang Pasti 2.50 hingga 3.49
4 Setuju 3.50 hingga 4.49
5 Sangat Setuju 4.50 hingga 5.00
Jadual 3. 4 : Instrumen bahagian B
Bil Aspek
1 Pandangan pendidikan latihan kemahiran dalam pembangunan ekonomi (sektor
pekerjaan berasaskan kemahiran)
2 Pandangan terhadap institusi kemahiran
3 Kebolehan menyesuaikan diri dalam pekerjaan
4 Jenis pekerjaan yang akan diceburi
5 Manfaat latihan industri
29
3.6 Kajian Rintis
Kajian rintis ini bertujuan untuk memastikan instrumen kajian atau item soal
selidik yang akan digunakan nanti adalah bersesuaian dari segi kebolehpercayaan dalaman
dan kesahan (Sekaran, 1992).
Kajian rintis dijalankan dengan mengedar borang soal selidik kepada 10 orang
pelajar tahap akhir yang mewakili semua pelajar yang telah melalui semua pengalaman
pembelajaran termasuk latihan dalam industri. Dapatan kajian rintis ini telah digunakan
untuk memperbaiki perkataan-perkataan yang tidak sesuai dan ayat-ayat yang sukar
difahami, serta memilih soalan-soalan yang relevan dengan permasalahan dan objektif
kajian.
3.7 Prosedur Kajian
Bagi melaksanakan kajian ini, langkah yang pertama ialah mendapatkan surat
akuan pelajar dari UTM bagi memudahkan urusan di samping mendapatkan kerjasama
daripada pihak yang berkenaan sebagai pengenalan diri. Langkah seterusnya ialah
menghubungi Kolej Kemahiran Belia Nasional melalui telefon bagi mendapatkan
gambaran awal seperti latar belakang institusi, bilangan pelatih di samping mendapatkan
kebenaran.
Selain itu, surat susulan bagi permohonan membuat kajian juga dihantar kepada
Pengarah Kolej Kemahiran Belia Nasional bagi tujuan mendapatkan permohonan secara
rasmi. Setelah permohonan membuat kajian diterima, satu kunjungan dilakukan bagi
membuat kajian rintis dengan mengedarkan 10 borang soal selidik. Setelah borang soal
selidik dimurnikan melalui kajian rintis kunjungan kali kedua dilakukan bagi mendapatkan
data sebenar daripada sejumlah pelatih atau sampel secara rawak. Satu sesi penerangan
ringkas diberikan bagi memudahkan pelatih memahami tujuan kajian ini dilaksanakan
serta memudahkan pelatih memahami arahan yang perlu dilakukan untuk menjawab
soalan tersebut. Setelah semua borang soal selidik dijawab dan diterima semula, langkah
30
yang seterusnya ialah membuat analisis bagi mendapatkan rumusan, kesimpulan dan
cadangan.
3.8 Analisis Data
Semua data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for
the Social Sciences (SPSS versi 15.0) untuk mendapatkan taburan kekerapan dan min
setiap item bagi setiap ciri yang mewakili aspirasi pekerjaan para pelatih . Dapatan ini
memberi gambaran persepsi para pelatih secara menyeluruh tentang aspirasi pekerjaan
para pelatih.
3.9 Kesimpulan
Secara keseluruhannya dalam bab ini adalah berkaitan dengan kaedah yang
digunakan oleh penyelidik dalam memperolehi maklumat dan menganalis data. Ini
termasuklah penetapan tempat untuk membuat kajian , mengetahui populasi kajian dan
seterusnya menetapkan saiz sampel yang sesuai. Justeru, langkah seterusnya ialah
melibatkan sejumlah bilangan sampel sasaran bagi mendapatkan data dengan
mengedarkan borang soal selidik. Borang soal selidik merupakan instrumen kajian yang
digunakan bagi mendapatkan data tersebut dalam penyelidikan ini. Pemprosesan data
menggunakan statistik deskriptif dalam penyelidikan ini akan dapat memberikan jawapan
kepada persoalan kajian dan seterusnya rumusan serta cadangan kajian akan dapat
dikemukakan bagi memperbaiki atau mengatasi masalah yang timbul berhubung dengan
penyelidikan ini.
BAB IV
ANALISIS DATA DAN DAPATAN
4.1 Pendahuluan
Dalam bab ini, penyelidik akan mengemukakan analisis data yang diperolehi
melalui soal selidik yang telah dikemukakan kepada 98 responden yang mewakili
populasi.
Dapatan penyelidikan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:-
Bahagian A - Latar Belakang Responden
Bahagian B - Analisis Deskriptif
4.2 Bahagian A - Latar Belakang Responden
Dalam bahagian ini, terdapat lima perkara iaitu peringkat umur responden, jantina,
taraf perkahwinan, kursus yang diikuti dan juga sebab utama mengikuti kursus tertentu.
32
4.2 .1 Taburan Responden Mengikut Peringkat Umur
Jadual 4.1 menunjukkan taburan responden mengikut peringkat umur. Terdapat
dua peringkat umur yang diperolehi iaitu 15-20 tahun yang berjumlah 83 orang atau
89.2% daripada jumlah keseluruhan responden dan bagi peringkat umur 21-35 tahun
berjumlah 15 orang atau 15.3% .
Jadual 4.1 : Taburan responden mengikut peringkat umur.
Peringkat Umur Kekerapan Peratus
15-20 tahun 83 89.2%
21-35 tahun 15 15.3%
Jumlah 98 100%
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina
Jadual 4.2 merupakan taburan responden mengikut jantina. Jumlah responden
lelaki ialah seramai 68 orang atau 69.4%, manakala responden perempuan berjumlah 30
orang atau 30.6%.
Jadual 4.2: Taburan responden mengikut jantina
Jantina Kekerapan Peratus
Lelaki 68 69.4%
Perempuan 30 30.6%
Jumlah 98 100%
33
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan
Jadual 4.3 menunjukkan taburan responden mengikut taraf perkahwinan. Data
menunjukkan 100% responden merupakan masih bujang iaini mewakili 98 orang.
Jadual 4.3: Taburan responden mengikut taraf perkahwinan
Taraf Perkahwinan Kekerapan Peratus
Bujang 98 100
Berkahwin - -
Jumlah 98 100%
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Bidang Program Latihan
Jadual 4.4 menunjukkan taburan responden mengikut bidang program latihan
yang tertentu yang didapati daripada sampel seramai 98 yang dipilih secara rawak.
Sejumlah 8 orang mengikuti bidang pendawai iaitu mewakili 8.16%, 27 orang mengikuti
bidang Penyejukbekuan dan Penyaman Udara iaitu mewakili 27.55%,15 orang mengikuti
bidang Mekanik Kenderaan Motor iaitu mewakili 15.31%, 2 responden mengikuti bidang
Juruteknik Elektronik Industri iaitu mewakili 2.04%. Responden dalam Pembuat Pakaian
Wanita pula berjumlah 20 orang yang mewakili 20.41% . Jurubina Bangunan berjumlah
17 orang iaini mewakili 17.35% dan Penyelia Binaan Bangunan 9 orang iaini mewakili
9.18%.
34
Jadulal 4.4: Taburan responden mengikut bidang program latihan
Bidang Program Latihan Kekerapan Peratus
Pendawai (SLW 01) 8 8.16
Penyejukbekuan dan Penyaman Udara(SLD 02) 27 27.55
Mekanik Kenderaan Motor (SAK 02) 15 15.31
Juruteknik Elektronik Industri (SED 02 2 2.04
Pembuat Pakaian Wanita (STW 02) 20 20.41
Jurubina Bangunan (SSB 02) 17 17.35
Penyelia Binaan Bangunan (SSB 02 9 9.18
Jumlah 98 100%
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Sebab Pemilihan Mengikuti Kursus
Jadual 4.5 merupakan taburan responden mengikut sebab pemilihan mengikuti
kursus.Terdapat lima kemungkinan yang dinyatakan dalam soal selidik tetapi hanya 3
sebab menjadi perhatian pelatih pada umumnya iaitu 59 orang disebabkan oleh minat iaitu
mewakili 60.2%, peluang kerja 29 orang yang mewakili 29.6% dan dorongan ibubapa 10
orang atau 10.2%.
Jadual 4.5 : Taburan responden mengikut sebab pemilihan mengikuti kursus
Sebab mengikuti kursus Kekerapan Peratus
Minat 59 60.2%
Mengikut kawan - -
Peluang kerja 29 29.6%
35
Sambungan dari Jadual 4.5
Dorongan ibubapa/ keluarga 10 10.2%
Suka-suka - -
Jumlah 98 100%
4.3 Bahagian B -Analisis Deskriptif
Dalam bahagian ini, terdapat lima aspek dinyatakan bagi menjelaskan aspirasi
pekerjaan yang terdiri daripada sejumlah item yang juga dibahagikan mengikut jumlah
tertentu. Ini dapat ditunjukkkan seperti dalam Jadual 4.6 dibawah.
Jadual 4.6 : Pembahagian aspek jumlah item dan nombor item
Bil Aspek Jumlah Item Nombor item
1 Pandangan keperluan pendidikan
latihan kemahiran dalam
pembangunan ekonomi (sektor
pekerjaan berasaskan kemahiran) oleh
industri
10 1-10
2 Pandangan terhadap institusi
kemahiran
11 11-21
3 Kebolehan menyesuaikan diri dalam
pekerjaan
8 22-29
4 Jenis pekerjaan yang akan diceburi 6 30-35
5 Manfaat latihan industri 7 36-42
Data-data yang diperolehi dianalis dengan menggunakan format jawapan skala
Likert lima mata. Format ini menggunakan jawapan tertutup iaitu Sangat Tidak Setuju
(STS), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti(TP) Setuju (S) dan Sangat Setuju (SS) .
36
Keputusan yang diperolehi adalah dalam bentuk peratusan, min dan purata min.
Bagi min keputusan setiap item dan aspek, penyelidik menjustifikasikan berdasarkan
Jadual 3.3 terdapat dalam bab 3 iaitu Sangat Tidak Setuju mewakili 1.00 hingga 1.49,
Tidak Setuju mewakili 1.50 hingga 2.49, tidak pasti mewakili 2.50 hingga 3.49, Setuju
mewakili 3.50 hingga 4.49 dan Sangat Setuju mewakili 4.50 hingga 5.00
4.3.1 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Frekuensi dan Min Bagi Aspek
Pandangan Keperluan Pendidikan latihan Kemahiran Dalam Pembangunan
Ekonomi (sektor Pekerjaan Berasaskan Kemahiran) oleh Industri.
Jadual 4.7 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan, frekuensi dan
min bagi aspek pandangan keperluan pendidikan latihan kemahiran dalam pembangunan
ekonomi (sektor pekerjaan berasaskan kemahiran) oleh industri. Item yang menyatakan
peluang kerjaya lepasan institusi amat luas di samping peluang menyambung latihan ke
tahap yang lebih tinggi menunjukkan purata skor min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.12
yang terdiri daripada 33.67% menyatakan sangat setuju, 48.94% menyatakan setuju,
14.29% tidak pasti, 2.04% tidak setuju dan 1.02% sangat tidak setuju.
Pihak industri/majikan kerap hadir memberi ceramah pula mewakili min terendah
iaitu 3.18. Jumlah ini diwakili 4.08% menyatakan sangat setuju, 34.69% menyatakan
setuju, 42.86% menyatakan tidak pasti , 12.24% menyatakan tidak setuju dan 6.12 %
menyatakan sangat tidak setuju. Secara keseluruhan aspek ini menunjukkan purata min
3.78 yang dijustifikasikan sebagai positif iaitu keseluruhan responden adalah setuju
dengan aspek ini (3.50 hingga 4.49).
37
Jadual 4.7 : Taburan responden mengikut peratusan, frekuensi dan min bagi aspek
pandangan keperluan pendidikan latihan kemahiran dalam pembangunan ekonomi (sektor
pekerjaan berasaskan kemahiran) oleh industri.
STS
f
%
TS
f
%
TP
f
%
S
f
%
SS
f
%
MIN
1 Memasuki pusat latihan
kemahiran lebih mudah
dapat kerja
1 1 22 50 24 3.97
1.02 1.02 22.45 51.02 24.49
2 Saya yakin kursus yang
saya ikuti memudahkan
saya cari kerja
1 1 21 56 19 3.93
1.02 1.02 21.43 57.14 19.39
3 Pihak Industri/majikan
kerap hadir memberi
ceramah
6 12 42 34 4 3.18
6.12 12.24 42.86 34.69 4.08
4 Kerap kali saya lihat iklan
berkaitan peluang
pekerjaan lepasan latihan
kemahiran ( di surat
khabar, majalah, pamplet
dan sebagainya)
0 4 25 53 16 3.83
0.00 4.08 25.51 54.08 16.33
5 Pelbagai tawaran pekerjaan
mendorong saya mengikuti
kursus ini
3 10 15 59 11 3.66
3.06 10.20 15.31 60.20 11.22
6 Institusi Kemahiran
mempunyai hubungan rapat
dengan pekerjaan (Industri)
2 4 27 48 17 3.76
2.04 4.08 27.55 48.98 17.35
7 Ada di antara rakan-
rakan/keluarga yang telah
berjaya menamatkan
latihan di pusat kemahiran
dan telah bekerja di dalam
bidangnya.
3 5 16 51 23 3.88
3.06 5.10 16.33 52.04 23.47
38
Sambungan dari Jadual 4.7
8 Ada agensi lain yang
mempromosikan institusi
kemahiran
4 4 36 41 13 3.56
4.08 4.08 36.73 41.84 13.27
9 Peluang kerjaya lepasan
institusi amat luas di
samping peluang
menyambung latihan ke
tahap yang lebih tinggi
1 2 14 48 33 4.12
1.02 2.04 14.29 48.98 33.67
10 Kerajaan/pihak swasta
banyak memberi dorongan
2 3 19 54 20 3.89
2.04 3.06 19.39 55.10 20.41
PURATA KESELURUHAN 3.78
4.3.2 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Frekuensi dan Min Bagi Aspek
Pandangan Terhadap Institusi Kemahiran
Jadual 4.8 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan, frekuensi dan
min bagi aspek pandangan terhadap institusi kemahiran. Item yang menyatakan tenaga
pengajar mempunyai komitmen yang tinggi dalam pengajaran menunjukkan purata skor
min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.15 yang terdiri daripada 34.69% menyatakan sangat
setuju, 52.04% menyatakan setuju, 8.16% tidak pasti, 4.08% tidak setuju dan 1.02%
sangat tidak setuju. Peralatan mudah digunakan walaupun tanpa bantuan pengajar pula
mewakili min terendah iaitu 3.14. Jumlah ini diwakili 4.08% menyatakan sangat setuju
36.73% menyatakan setuju 33.67% menyatakan tidak pasti , 20.41% menyatakan tidak
setuju dan 5.10% menyatakan sangat tidak setuju. Secara keseluruhan aspek ini
menunjukkan purata min 3.79 yang dijustifikasikan sebagai positif iaitu keseluruhan
responden adalah setuju dengan aspek ini.
39
Jadual 4.8 : Taburan responden mengikut peratusan, frekuensi dan min bagi aspek
pandangan terhadap institusi kemahiran
STS
f
%
TS
f
%
TP
f
%
S
f
%
SS
f
%
MIN
11 Peralatan terkini
mencukupi sesuai
dengan kursus
8 13 26 41 10 3.33
8.16 13.27 26.53 41.84 10.20
12 Peralatan mudah
digunakan walaupun
tanpa bantuan
pengajar
5 20 33 36 4 3.14
5.10 20.41 33.67 36.73 4.08
13 Tenaga pengajar
mempunyai komitmen
yang tinggi dalam
pengajaran
1 4 8 51 34 4.15
1.02 4.08 8.16 52.04 34.69
14 Ujian yang diberikan
sesuai dengan latihan
yang diberi
0 2 7 66 23 4.12
0.00 2.04 7.14 67.35 23.47
15 Suasana persekitan
belajar amat sesuai
4 13 21 51 9 3.49
4.08 13.27 21.43 52.04 9.18
16 Tenaga Pengajar
menggunakan alat
bantuan mengajar
dengan berkesan
3 2 22 53 18 3.83
3.06 2.04 22.45 54.08 18.37
17 Tugasan yang diberi
berfaedah dan
praktikal
0 8 7 65 18 3.95
0.00 8.16 7.14 66.33 18.37
18 Pelajar diberi panduan
yang secukupnya
tentang tugasan yang
mereka perlu buat dan
hasilnya sangat baik.
1 5 15 57 20 3.92
1.02 5.10 15.31 58.16 20.41
40
Sambungan dari Jadual 4.8
19 Tenaga pengajar dapat
memberikan
penyeliaan yang
konsisten dan kerap.
1 5 18 62 12 3.81
1.02 5.10 18.37 63.27 12.24
20 Tenaga Pengajar
mengambil berat
tentang perkembangan
dan kebajikan pelajar
semasa mereka
menjalani latihan.
0 2 17 56 23 4.02
0.00 2.04 17.35 57.14 23.47
21 Saya suka suasana
belajar yang
mengamalkan hampir
keseluruhannya
latihan praktikal
2 4 18 49 25 3.93
2.04 4.08 18.37 50.00 25.51
PURATA KESELURUHAN 3.79
4.3.3 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Frekuensi dan Min Bagi Aspek
Kebolehan Menyesuaikan Diri Dalam Pekerjaan
Jadual 4.9 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan, frekuensi dan
min bagi aspek kebolehan menyesuaikan diri dalam pekerjaan. Item yang menyatakan
saya yakin dengan kemahiran yang diperolehi ini mampu memajukan diri saya kelak
menunjukkan purata skor min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.27 yang terdiri daripada
40.82% menyatakan sangat setuju, 46.94% menyatakan setuju, 10.20% tidak pasti, 2.04%
tidak setuju dan tiada responden menyatakan sangat tidak setuju. Pihak institusi kerap
mengadakan ruangan motivasi dan kerjaya pula mewakili min terendah iaitu 3.58 .
Jumlah ini diwakili 12.24% menyatakan sangat setuju 44.90% menyatakan setuju 34.69%
menyatakan tidak pasti , 5.10% menyatakan tidak setuju dan 3.06% menyatakan sangat
41
tidak setuju. Secara keseluruhan aspek ini menunjukkan purata min 3.93 yang
dijustifikasikan sebagai positif iaitu keseluruhan responden adalah setuju dengan aspek ini.
Jadual 4.9 : Taburan responden mengikut peratusan, frekuensi dan min bagi aspek
kebolehan menyesuaikan diri dalam pekerjaan
STS
f
%
TS
f
%
TP
f
%
S
f
%
SS
f
%
MIN
22 Saya yakin dapat bekerja
dengan majikan dengan baik
1 2 31 43 21 3.83
1.02 2.04 31.63 43.88 21.43
23 Latihan praktik yang diberi
bersesuaian dengan keadaan
sebenar
0 5 19 57 17 3.88
0.00 5.10 19.39 58.16 17.35
24 Aplikasi kemahiran amat
mudah
3 6 19 62 8 3.67
3.06 6.12 19.39 63.27 8.16
25 Banyak pendedahan
pengalaman pekerjaan yang
saya pelajari
0 0 16 63 19 4.03
0.00 0.00 16.33 64.29 19.39
26 Pihak institusi kerap
mengadakan ruangan
motivasi dan kerjaya
3 5 34 44 12 3.58
3.06 5.10 34.69 44.90 12.24
27 Saya yakin dengan
kemahiran yang diperolehi
ini mampu memajukan diri
saya kelak
0 2 10 46 40 4.27
0.00 2.04 10.20 46.94 40.82
28 Amalan latihan yang banyak
membantu saya bekerja
dengan baik berbanding teori
1 1 19 47 30 4.06
1.02 1.02 19.39 47.96 30.61
29 Saya boleh menyakinkan
majikan saya dengan
kemahiran yang yang saya
ada
1 0 8 63 26 4.15
1.02 0.00 8.16 64.29 26.53
PURATA KESELURUHAN 3.93
42
4.3.4 Taburan menunjukkan Responden Mengikut Peratusan, Frekuensi dan Min
Bagi Aspek Jenis Pekerjaan Yang Akan Diceburi
Jadual 4.10 menunjukkan taburan menunjukkan responden mengikut peratusan,
frekuensi dan min bagi aspek jenis pekerjaan yang akan diceburi . Item yang menyatakan
Saya akan mencari pengalaman dahulu dengan bekerja dengan orang lain menunjukkan
purata skor min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.34 yang terdiri daripada 45.92%
menyatakan sangat setuju, 42.86% menyatakan setuju, 10.20% tidak pasti, 1.02% tidak
setuju dan tiada responden menyatakan sangat tidak setuju. Saya akan akan merancang
pekerjaan di daerah tempat tinggal saya pula mewakili min terendah iaitu 3.62. Jumlah ini
diwakili 21.43% menyatakan sangat setuju 31.63% menyatakan setuju 37.76%
menyatakan tidak pasti , 6.12% menyatakan tidak setuju dan 3.06% menyatakan sangat
tidak setuju. Secara keseluruhan aspek ini menunjukkan purata min 4.05 yang
dijustifikasikan sebagai positif iaitu keseluruhan responden adalah setuju dengan aspek ini.
Jadual 4.10 : Taburan responden mengikut peratusan, frekuensi dan min bagi aspek jenis
pekerjaan yang akan diceburi
STS
f
%
TS
f
%
TP
f
%
S
f
%
SS
f
%
MIN
30 Saya lebih suka
bekerja sendiri
2 6 18 33 39 4.03
2.04 6.12 18.37 33.67 39.80
31 Saya akan mencari
pengalaman dahulu
dengan bekerja
dengan orang lain
0 1 10 42 45 4.34
0.00 1.02 10.20 42.86 45.92
32 Saya lebih suka
berdikari
1 4 13 45 35 4.11
1.02 4.08 13.27 45.92 35.71
33 Saya akan akan
merancang
pekerjaan di daerah
tempat tinggal saya
3 6 37 31 21 3.62
3.06 6.12 37.76 31.63 21.43
43
Sambungan dari Jadual 4.10
34 Kepuasan bekerja
lebih apabila
bekerja sendiri
0 6 17 47 28 3.99
0.00 6.12 17.35 47.96 28.57
35 Saya akan membuka
perniagaan sendiri
berasaskan
kemahiran
1 0 15 45 37 4.19
1.02 0.00 15.31 45.92 37.76
PURATA KESELURUHAN 4.05
4.3.5 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Frekuensi dan Min Bagi Aspek
Manfaat Latihan Industri
Jadual 4.11 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan, frekuensi dan
min bagi aspek manfaat latihan industri. Item yang menyatakan latihan di luar menguji
kemampuan sebenar saya menunjukkan purata skor min yang tertinggi iaitu sebanyak
4.18 yang terdiri daripada 28.57% menyatakan sangat setuju, 62.24% menyatakan setuju,
8.16% tidak pasti, 1.02% tidak setuju dan tiada responden menyatakan sangat tidak
setuju. Pihak luar banyak membantu melengkapkan kemahiran sedia ada pula mewakili
min terendah iaitu 3.62. Jumlah ini diwakili 13.27% menyatakan sangat setuju 52.04%
menyatakan setuju 23.47% menyatakan tidak pasti , 6.12% menyatakan tidak setuju dan
5.10% menyatakan sangat tidak setuju. Secara keseluruhan aspek ini menunjukkan purata
min 3.97 yang dijustifikasikan sebagai positif iaitu keseluruhan responden adalah setuju
dengan aspek ini.
44
Jadual 4.11 : Taburan responden mengikut peratusan, frekuensi dan min bagi aspek
manfaat latihan industri
STS
f
%
TS
f
%
TP
f
%
S
f
%
SS
f
%
MIN
36 Saya suka mengikuti latihan
dalam industri
1 3 22 54 18 3.87
1.02 3.06 22.45 55.10 18.37
37 Latihan di luar menguji
kemampuan sebenar saya
0 1 8 61 28 4.18
0.00 1.02 8.16 62.24 28.57
38 Ada bezanya mengikuti
latihan industri dengan tidak
1 3 19 54 21 3.93
1.02 3.06 19.39 55.10 21.43
39 Saya banyak menimba
pengalaman baru melalui
latihan industri
0 1 16 53 28 4.10
0.00 1.02 16.33 54.08 28.57
40 Pihak luar banyak membantu
melengkapkan kemahiran
sedia ada
5 6 23 51 13 3.62
5.10 6.12 23.47 52.04 13.27
41 Latihan dalam industri
membantu meningkatkan
keyakinan
0 0 13 57 28 4.15
0.00 0.00 13.27 58.16 28.57
42 Pihak industri memberi
sokongan kepada institusi ini
0 4 23 46 25 3.94
0.00 4.08 23.47 46.94 25.51
PURATA KESELURUHAN 3.97
4.4 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan dengan serba ringkas tentang
data-data yang telah dianalisis oleh penyelidik dan kaedah peratusan dan min telah
digunakan bagi menerangkan hasil analisis setiap item yang terdapat di dalam soal selidik
45
yang telah diterima. Penerangan yang dibuat telah dipaparkan dalam bentuk jadual bagi
memudahkan pembacaan dan pemahaman.