pengimarahan masjid kpd gol wanita
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Takrif Masjid
Masjid dapat ditakrifkan dari dua aspek,bahasa dan istilah.Dari sudut bahasa,masjid
berasal daripada perkataan bahasa Arab “sajada”,”yasjudu”dan “sujudan” yang bererti tempat
sujud.Dari segi istilah pula,perkataan masjid merujuk kepada suatu binaan yang dikhususkan
kepada orang Islambagi melaksanakan ibadah yang tertentu atau lain-lain kegiatan yang
dibenarkan oleh agama,tertakluk kepada hokum,peraturan dan adab-adab yang telah ditetapkan.
Pembangunan pula boleh ditafsirkan sebagai satu proses perubahan yang berlaku secara
berterusan dan menyeluruh merangkumi tiga unsur utama iaitu pembangunan ekonomi,sosial dan
kemanusiaan.Pembangunan juga merujuk kepada perubahan ekonomi,sosial,politik yang
komplikated dalam komuniti serta kemajuan daripada tradisi kepada status moden.Manakala
wanita pula boleh ditakrifkan sebagai perempuan,wadun,betina,kaum hawa,kaum ibu.
PENJENAMAAN SEMULA DAKWAH DAN IMARAH MASJID
KEPADA GOLONGAN WANITA
MASJID DAN PERANANNYA
Dalam sejarah Islam, Rasulullah s.a.w amat mengambil berat pembangunan dan perkembangan
masjid. Masjid dikatakan pusat komuniti yang menjana segala aktiviti umat Islam sama ada yang
berkaitan dengan urusan kerohanian seperti solat lima waktu dan lain-lain kegiatan yang
termasuk dalaam hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t.
Selain itu, kegiatan kemasyarakatan seperti pembentukan sahsiah generasi baru,
pendidikan, pengurusan, khidmat nasihat, dan segala urusan yang berkaitan hubungan manusia
dengan manusia yang lain juga dijalankan di masjid. Sesungguhnya, semua aktiviti dan kegiatan
tersebut memerlukan dana kewangan kerana ia melibatkan pelbagai keperluan. Justeru itu, Islam
menyarankan supaya umatnya bersedia untuk mengimarahkan masjid. Ini sesuai dengan firman
Allah di dalam surah al-Taubah:
“Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan
tidak takut melainkan Allah. Mudah-mudahan mereka termasuk di kalangan orang-orang yang
mendapat petunjuk.
Masjid merupakan tempat yang sangat penting untuk memastikan kesinambungan
kecemerlangan umat Islam. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Rasulullah s.a.w sewaktu
berhijrah ke Madinah. Usaha baginda s.a.w yang pertama ialah memastikan umat islam
mempunyai pusat penyatuan, perpaduan, dan kekuatan; iaitu masjid.
Namun realitinya hari ini masjid di Malaysia telah berubah fungsi dan peranan.Masjid
tidak lagi menjadi institusi yang mampu menjana perpaduan ummah lantaran fungsi masjid yang
sebenar telah diketepikan akibat sikap masyarakat Islam sendiri yang telah memisahkan urusan
duniawi dan ukhrawi. Masjid hari ini dibangunkan dengan sebegitu indah hanyalah untuk
melahirkan kekaguman terhadap kos pembinaan yang bernilai berjuta-juta dan memiliki seni dan
konsep menarik tetapi yang sebenarnya masjid-masjid ini telah kehilangan ‘roh’nya.
Kita sering melihat masjid yang luas tetapi jamaah solat lima waktu hanya beberapa
orang sahaja. Bahkan, ada masjid yang hanya hidup secara mingguan melalui aktiviti solat
Jumaat semata-mata. Di satu sisi, memang kita boleh merasa bangga dengan kewujudan masjid-
masjid yang megah tersergam indah tetapi kita juga perlu mengambil tahu tentang kuantiti dan
kualiti jamaah yang menghidupkan masjid tersebut. Usaha kerajaan membelanjakn jutaan ringgit
bagi mendirikan masjid-masjidd berkenaan supaya ia menjadi syiar kepada keagungan Islam
tidak akan memberi apa-apa makna jika ia tidak dipedulikan oleh ahli qaryah setempat.
Berdasarkan apa yang direkodkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w dan catatan sejarah umat
Islam, kita dapati bahawa masjid mempunyai pelbagai fungsi dan peranan dalam kehidupan
masyarakat Islam. Di antara fungsi dan kegiatan yang bertitik tolak daripada masjid termasuklah;
1. Tempat umat Islam beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT
2. Tempat umat Islam bermeditasi secara beri’tikaf, membersihkan diri dan menggembleng
kekuatan batin bagi membina kesedaran untuk memelihara keseimbangan jiwa dan
keutuhan peribadi.
3. Tempat membina keutuhan jamaah di kalangan umat Islam dan membina kesepakatan
bagi mewujudkan kesejahteraan bersama.
4. Tempat menuntut ilmu bagi meningkatkan kefahaman umat Islam terhadap hal ehwal
kehidupan mereka berteraskan nilai agama.
5. Tempat bermusyawarah bagi membincangkan pelbagai persoalan umat.
6. Tempat konsultansi untuk mengajukan pelbagai kesulitan dan mendapatkan sokongan
serta bantuan.
7. Tempat pembinaan kader umat.
8. Tempat mengumpul dana, menyimpan harta benda dan membahagikannya (Baitulmal)
9. Tempat merawat orang sakit.
10. Tempat persinggahan musafir dan menerima tetamu.
11. Tempat membuat perancangan dan pemantauan sosial.
12. Tempat penggerak keadilan dan kehakiman.
Dengan pelbagai peranan tersebut, masjid telah memberikan sumbangan yang besar
terhadap keagungan masyarakat Islam. Namun, sejarah juga telah menyaksikan bagaimana
peranan masjid semakin menguncup bersama-sama dengan kelesuan dan berlalunya era
kegemilangan umat Islam. Apabila kedudukan umat Islam menjadi lemah maka fungsi masjid
juga telah mengecil dengan sendirinya. Ada juga tanggapan yang menyatakan bahawa umat
Islam menjadi lemah disebabkan kegagalan mereka untuk meletakkan dan mengembangkan
institusi masjid bagi membolehkan ia berperanan dan berfungsi sebagaimana di era awal dan
pertengahan perkembangan dakwah Islamiah. Ia merupakan perlambangan kepada pemencilan
nilai agama daripada amalan hidup seharian.
Kini, kesedaran telah mula timbul dalam kalangan sebahagian masyarakat tentang
pentingnya usaha untuk mengembalikan sebahagian besar daripada peranan masjid yang telah
hilang walaupun tidak semua peranan yang dinyatakan sebelum ini dapat dikembalikan kepada
masjid dalam konteks semasa. Oleh itu, segala idea, perancangan dan tindakan dalam
mengendalikan masjid mestilah dipastikan bahawa ia adalah untuk kepentingan institusi yang
mulia ini. Jika seluruh minda para pegawai masjid dapat disatukan di atas landasan tersebut,
maka segala perancangan dan pelaksanaan program atau aktiviti di masjid akan menjadi lebih
bermakna untuk para ahli jamaah. Institusi masjid juga akan terus mendapat tempat di dalam hati
masyarakat. Apabila masjid menjadi tumpuan masyarakat, maka syiar dan nilai hidup Islam juga
akan semakin berkembang dalam masyarakat.
KONSEP IMARAH MASJID
Pengimarahan masjid dalam erti kata yang sebenar boleh dilakukan dengan menjalankan
aktiviti keagamaan dan keduniaan yang dapat mendekatkan diri dan hati manusia kepada Allah
dan meningkatkan pembangunan masyarakat Islam yang bertamadun tinggi. Antara lain,
pembentukan peradaban yang tinggi memerlukan gabungan keteguhan agama, keutuhan akhlak,
kemajuan sains dan teknologi, dan kekuatan kebendaan (Mohd Yusuf,2006). Keimanan dan
ketakwaan kepada Allah yeng menjadi teras kehidupan orang Islam merujuk kepercayaan dan
pegangan hidup yang kukuh, yang bukan sahaja tersemat di hati tetapi disertakan dengan
ketaatan dan pengamalan segala perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala
perkara yang dilarang oleh-Nya(Abdul Shukor, 2006). Hal ini boleh dikembalikan semula
dengan menelusuri sirah Nabi di mana baginda telah menanamkan aspek akidah yang kukuh,
iman yang mantap dan sentiasa menerapkan akhlak terpuji dalam muamalat seharian. Oleh itu
para sahabat yang mempunyai disiplin diri yang tinggi ini sentiasa berdedikasi untuk
mengimarahkan masjid dalam erti kata yang sebenarnya. Penghayatan melalui jiwa dan amalan.
Umat Islam harus sedar bahawa apa yang perlu untuk membolehkan kemunduran dan
prestasi rendah menjadi dominan adalah hanya untuk pegawai dan pemimpin masjid tidak
mengisi program pengimarahan masjid dengan kegiatan yang kaya dan bermanfaat. Apabila
masjid digunakan ssebagai tempat sembahyang dan kuliah fardhu ‘ain yang ringkas (halaqah)
sahaja, fungsi masjid tersebut menjadi sempit dan terpencil (Ismail, 2006).
Pada kebanyakan masa, ruang masjid tinggal kosong sebab tiada aktiviti yang dijalankan.
Dalam perkara ini, kita harus bertanya : Bagaimanakah cara untuk memanfaatkan kemudahan
masjid sepenuhnya? Bagaimanakah cara untuk menjadikan masjid sebagaai sebuah institusi
masyarakat yang dinamik, hidup, proaktif, dan produktif dalam kebanyakan masa? Berikut
adalah beberapa perkara yang boleh kita lakukan (Anuar Zaini, 2003) :
a. Memperluaskan kegiatan teras masjid dan melaksanakan program pembangunan dan
khidmat masyarakat yang bermakna.
b. Memperhebatkan kegiatan pengimarahan masjid dengan memberi tumpuan yang serius
kepada aspek keberhasilan kegiatan tersebut. Kehadiran masjid dalam sesebuah
masyarakat mestilah sentiasa bermakna, khususnya sebagai pusat pembangunan
komuniti, perkembangan ilmu pengetahuan, dan sumber kekuatan umat.
c. Meningkatkan kualiti input, kurikulum, atau kandungan program yang dijalankan oleh
masjid bagi menghasilkan jemaah yang berkualiti tinggi. Masjid perlu memberi
penekanan kepada hasil yang boleh diukur (measurable outcomes).
d. Membangunkan sumber tenaga pegawai, pengurus dan pemimpin masjid yang produktif
supaya mereka dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna kepada masyarakat.
Dunia hari ini memerlukan pegawai, pengurus dan pemimpin masjid yang berdisiplin,
berakhlak, berilmu, professional, dan mempunyai matlamat hidup yang jelas.
e. Meningkatkan keupayaan masjid dalam aspek rangkaian strategikdan perkongsian bijak.
Biasanya, kegiatan dan program yang dijalankan secara bersebddirian kurang efisien.
Banyak kegiatan masjid dapat dijalankan secaraa kerjasama dengan masjid atau
organisasi lain. Melalui kerjasama yang kreatif, sesebuah masjid dapat mengoptimumkan
penggunaan sumber yang ada.
SEJARAH IMARAH MASJID DI KALANGAN WANITA
Sejarah menunjukkan golongan wanita juga mendapat peluang yang sama dengan lelaki
dalam mencari dan menuntut ilmu pengetahuan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah di Masjid
Nabawi. Bagi mengelakkan percampuran di antara lelaki dan wanita, pintu khusus diwujudkan
untuk wanita yang dikenali sebagai Bab al-Nisai’ sebagai laluan utama bagi wanita (Abd. Ghani
Shamsudin (1993),25). Begitu juga Masjid Quba’ golongan wanita diberi peluang mendapatkan
ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW sendiri (Ibn Hisham (1995), 284).
Konsep institusi masjid terbuka kepada golongan wanita menimba ilmu pengetahuan dapat
melahirkan para ilmuan terkemuka seperti Hafsah binti ‘Umar al-Khattab, ‘Aisyah, Karimah
binti Miqdad, Syifa binti ‘Abdullah al-Adawiyyah, Ummu Kalthum, Ummul mukminin dan lain-
lain.
PERANAN MASJID DALAM PEMBANGUNAN WANITA
Dewasa ini,penglibatan masjid untuk sama-sama membangunkan modal insan dilihat
semakin menyerlah fungsinya.Antara sasaran yang secara khususnya cuba dibangunkan adalah
remaja,kanak-kanak, orang dewasa dan juga wanita.
Jika dilihat dengan lebih mendalam lagi,pembangunan insan perlu turut sama
memfokuskan wanita kerana generasi akan datang yang memimpin negara tidak lain tidak bukan
akan diasuh dan dididik oleh seseorang yang bergelar ibu.Ibu memainkan peranan yang cukup
besar dalam membentuk keperibadian anak-anak.
Dalam zaman globalisasi ini,masjid perlulah meluaskan peranannya dalam
memperkasakan wanita dari segi akhlak dan juga keilmuan.Ini kerana masjid merupakan institusi
yang begitu dekat dengan masyarakat bukan hanya kepada kaum lelaki malahan juga golongan
hawa.Walaupun sebelum ini masjid dilihat seolah-olah satu tempat yang ekslusif kepada
lelaki,semua pihak hendaklah sama-sama memecahkan tembok penghalang bagi wanita untuk
sama mendapat manfaat daripada istitusi Islam ini.Terlalu banyak ruang dan peluang yang boleh
dimanfaatkan daripada pembangunan yang dilalui oleh masjid.Baik dari segi prasarana yang
mampu mengisi keperluan masyarakat,mahupun pengisian-pengisian yang berbentuk keilmuan
dan juga kerohanian.Ini merupakan waktu yang paling tepat bagi masjid meledakkan usaha
dakwahnya dalam menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan wanita.
Rasulullah pernah bersabda:
Maksudnya: Daripada Ibn Umar daripada bapanya berkata:Rasulullah s.a.w bersabda:
“Janganlah kamu melarang kaum wanita merebut keuntungan di masjid apabila dia meminta
izin daripadamu.
Dalam sebuah hadis yang lain pula,Abu Hurairah meriwayatkan,katanya Rasulullah s.a.w
bersabda: “Barangsiapa antara para wanita yang memakai harum-haruman maka janganlah dia
ikut solat Isyak yang akhir bersama-sama.
Daripada kedua-dua hadis di atas,didapati Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah
menghalang wanita untuk sama-sama ke masjid asalkan tidak mengundang fitnah seperti
memakai bau-bauan.Selagi mana wanita itu menepati kehendak syarak,maka dia bebas
mengambil faedah daripada rumah Allah.Jadi,adalah sangat tepat dan bersesuaian andai masjid
dijadikan pusat bagi membangunkan wanita.
Pembangunan yang dimaksudkan di sini bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan
spiritual dan kerohanian semata-mata.Malahan juga pembangunan dari segi keilmuan dan
intelektual,ekonomi dan juga sahsiah dan keperibadian. Jika pada zaman Rasulullah,masjid
berjaya memainkan fungsinya secara menyeluruh dalam membangunkan insan yang mempunyai
jati diri Islam yang jitu dan tidak mudah digoyahkan oleh musuh-musuh Islam.Pada hari ini juga
masjid mampu memberikan sumbangan yang besar terhadap kemajuan umat Islam.Tempat
berkumpul umat Islam pada ketika itu bukan hanya dipenuhi pada setiap hari Jumaat malahan
juga pada hari-hari biasa untuk Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan ajaran Islam yang
bertujuan tidak lain tidak bukan adalah untuk menjana modal insan yang cemerlang pada zaman
itu.Jadi,adalah tidak mustahil jika pada satu hari nanti masjid mampu menjalankan
tanggungjawab yang sama sepenuhnya seperti di zaman Rasulullah.
Wanita merupakan tonggak utama negara.Pemimpin masa depan ditentukan oleh wanita
pada sesebuah zaman itu.Baik wanita pada zaman itu,baiklah pimpinan masa akan datang.Islam
juga meletakkan wanita pada kedudukan yang mulia dan terpuji.Sehinggakan Rasulullah pernah
berkata:Daripada Abu Hurairah R.A berkata:berkata seorang lelaki:”Ya Rasulullah!siapa yang
lebih berhak untuk aku berbuat baik?Berkata Rasulullah:Ibumu.Kemudian lelaki itu bertanya
lagi:selepas itu?Jawab Rasulullah:Ibumu. Kemudian lelaki itu bertanya lagi:selepas itu? Jawab
Rasulullah:Ibumu. Kemudian lelaki itu bertanya lagi:selepas itu?Jawab
Rasulullah:ayahmu.riwayat Al-bukhari.
Antara aspek yang perlu diberi tumpuan dalam pembangunan wanita adalah dari segi
kerohanian,keintelektualan,sahsiah keperibadian dan juga ekonomi.
KEROHANIAN
Aspek kerohanian merupakan aspek yang terpenting yang perlu ditekankan oleh institusi
masjid.Hal ini kerana daripada kesedaran rohani yang tinggi sahajalah mampu meningkatkan
iman seseorang hamba.Kesedaran rohani merupakan satu elemen yang tersembunyi yang
merupakan tunjang utama dalam setiap insan.Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata
kasar,namun kerohanian yang tinggi akan dizahirkan melalui akhlak seseorang itu.Banyak
program dan aktiviti yang boleh dianjurkan oleh masjid bagi mencapai maksud di atas.Antaranya
ialah:
1.Menganjurkan kelas-kelas fardhu ain bagi menambahkan kefahaman golongan wanita
mengenai asas-asas dalam Islam.
-Kelas ini amat penting bagi memastikan setiap individu dalam kariah mendapat ilmu yang wajib
diketahui oleh setiap individu.
2.Mengadakan ceramah agama berkala yang menekankan aqidah,syariah dan akhlak seorang
mukmin.
-Ceramah yang diadakan boleh dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu agar
3.Memberi bimbingan kepada kaum wanita dalam peraktikal ibadah seperti
sembelihan,pengurusan jenazah, dan sebagainya.
4. memberi kesedaran kepada wanita akan tanggungjawab mereka dalam membentuk
keperibadian yang disyorkan oleh Islam.
5.Mengadakan program membudayakan Al-Quran di kalangan wanita dengan disertai oleh
pembimbing.
KEILMUAN DAN KEINTELEKTUALAN
Ilmu merupakan satu aspek yang penting dalam hidup manusia.Tanpa ilmu,manusia lebih
senang bertaklid semata-mata.Dengan ilmu jugalah manusia mampu mengenal Pencipta.Institusi
masjid perlulah bergerak lebih ke depan dengan mengisi kelompongan yang ada dengan
mengadakan aktiviti yang bersesuaian dengan wanita dan tidak hanya menekankan hal-hal
agama sahaja malahan juga masalah-masalah harian.
1.Memperbanyakkan kelas-kelas ilmu
2.Tidak mengehadkan program-program yang dianjurkan hanya berkisar mengenai ukhrawi
semata-mata,malahan boleh juga diperluaskan kepada ilmu-ilmu yang bersifat praktikal seperti
jahitan,masakan dan juga kraftangan.
3.Menjadikan institusi masjid sebagai tempat rujukan yang utama dalam pencarian ilmu
berdasarkan kredibiliti para pegawainya.Oleh sebab itu,para pegawai masjid hendaklah
mempersiapkan diri masing-masing dengan ilmu yang mencukupi agar mereka mampu
memjawab apa-apa persoalan yang berbangkit dan dapat membantu ahli kariah menyelesaikan
masalah mereka.
4.Berusaha menyemai perasaan cintakan ilmu dalam kalangan ahli-ahli kariah.
5.menganjurkan kelas-kelas ICT yang dapat menyumbang kepada kepakaran insan.
6.Memberi kemudahan kepada orang awam untuk melayari internet di kawasan masjid agar
maklumat dapat diakses dengan lebih cepat.
7.Memberi penerangan khas bagi memberikan respons terhadap isu semasa yang melanda umat
Islam di negara ini.
8.Menganjurkan usrah.Selain mampu mengeratkan silaturrahim,usrah juga mampu menjadi
medan yang ampuh bagi ahli kariah bertukar-tukar pendapat.
SAHSIAH DAN KEPERIBADIAN
Sahsiah dan keperibadian boleh juga ditakrifkan sebagai akhlak secara ringkasnya.Seperti
yang kita sedia maklum,akhlak merupakan antara 3 tunjang penting di dalam Islam.Tanpa akhlak
yang sempurna,maka cacat dan tempanglah keislaman seseorang insan itu.Sebagai umat Islam
kita hendaklah berusaha untuk mencapai kesempurnaan akhlak.Dalam pada yang sama kita
haruslah menjadikan Rasulullah sebagi role model atau ikutan dalam memperbaiki akhlak
diri.Daripada Abu Zar Jundub Bin Junadah dan Abu Abdurrahman Muaz Bin Jabbal,daripada
Rasulullah s.a.w. berkata:bertaqwalah kamu kepada allah dimana sahaja kamu berada,susulilah
kejahatan dengan kebaikan,nescaya ia akan menghapuskannya,dan bergaullah dengan semua
orang dengan akhlak yang baik.Riwayat At-tarmizi.Antara peranan yang dapat dimainkan oleh
masjid dalam memperkasakan akhlak wanita adalah:
1.Menerangkan kepentingan akhlak yang terpuji melalui ceramah dan contoh yang baik.
2.Memberikan respons terhadap keadaan akhlak masyarakat berdasarkan isu yang timbul
contohnya kes buang bayi.
3.Melakukan rondaan yang kerap di kawasan kejiranan dalam usaha mencegah gejala sosial.
4.Menyedarkan masyarakat bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka dalam membentuk
dan membimbing anak-anak ke arah akhlak yang mulia.
5.Mempersiapkan wanita dengan kemahiran-kemahiran yang penting seperti kemahiran
komunikasi dan pengucapan awam.
EKONOMI
Jika dulu masjid hanya dilihat terlibat secara aktif dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti
keagamaan,Namun pada zaman hari ini institusi masjid melangkah satu tapak ke depan dengan
turut sama menjana ekonomi ummah.Melalui cara ini,bukan sahaja ekonomi individu itu dapat
ditingkatkan,malahan secara tidak langsung ianya juga dapat mengurangkan kebergantungan
masyarakat terhadap barangan yang dijual oleh orang bukan Islam.Antara yang boleh dilakukan
bagi menjana pendapatan masyarakat adalah:
1.Menyediakan tapak atau lot-lot perniagaan untuk disewa.Tapak yang disediakan boleh
diwujudkan di kawasan masjid ataupun di luar kawasan masjid.
2.Menganjurkan bengkel-bengkel keusahawanan.Langkah ini dapat memberi pendedahan
terhadap wanita akan peluang-peluang yang ada dalam bidang perniagaan.
3.Mewujudkan koperasi masjid yang secara tidak langsung akan dapat menyumbang kepada
pendapatan ahli kariah.Ahli-ahlinya terdiri daripada ahli-ahli kariah itu sendiri.
4.Mengambil faedah daripada bengkel keusahawanan yang diadakan bagi membuka jalan untuk
ahli kariah memperaktikkan ilmu yang didapati daripada bengkel tersebut.
5.Menempatkan ruang iklan di masjid bagi mempromosikan jualan-jualan ahli kariah.Dengan
ini,ia dapat meluaskan lagi promosi bagi perniagaan mereka.perkara ini adalah sesuatu yang
praktikal dan mudah dilaksanakan.
Berdasarkan empat aspek yang dinyatakan di atas,ternyata masjid mampu menjadi medan
yang ampuh dalam membangunkan wanita Islam.Namun begitu,gerak kerja yang mantap dan
professional mestilah ada agar semua aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan
lancar.Penubuhan satu jawatankuasa khas wanita juga boleh membantu menyusun program-
program mengikut kesesuaian dan keperluan mereka.Selain lebih mudah dalam merangka gerak
kerja,penubuhan jawatankuasa ini juga secara tidak langsung mampu memberikan satu
pengalaman yang berharga kepada wanita dalam urusan pentadbiran.
KAITAN ANTARA PERANAN MASJID DALAM PEMBANGUNAN
WANITA DAN JUGA PENJENAMAAN SEMULA DAKWAH DAN
IMARAH MASJID KEPADA GOLONGAN WANITA
Apabila bercakap mengenai peranan masjid dalam pembangunan wanita,kita tidak dapat lari
daripada membincangkan soal pengimarahan masjid oleh golongan ini.Daripada zaman
rasulullah sendiri,pengimarahan oleh wanita mempunyai sejarahnya yang khusus dimana masjid
dijadikan tempat bagi mereka menuntut ilmu pengetahuan Islam.Secara tidak langsung juga
proses dakwah berlaku seiring dengan penyampaian ilmu pengetahuan tersebut.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian perpustakaan yang telah kami jalankan,dapatlah disimpulkan bahawa
masjid sememangnya mampu memainkan peranan dalam menjana insan yang bergelar wanita.
Malahan ianya langsung tiada pertentangan dengan Sirah Rasulullah s.a.w. dimana di waktu itu
juga masjid membuka pintu yang seluas-luasnya untuk kaum wanita beribadah dan juga
menuntut ilmu.Pengimarahan masjid juga bukan hanya dikhaskan atau ditujukan kepada lelaki
malah wanita juga digalakkan untuk mengambil manfaat yang ada di masjid.Semua pihak
seharusnya tidak mengkesampingkan wanita dalam program-program yang dirancang.Semua
masjid boleh mengambil langkah yang lebih jauh dengan mewujudkan Biro Muslimat yang
bukan hanya bertindak sebagai pencadang program malahan sebagai penggerak dan pengelola
bersama dengan biro-biro yang lain.Semoga semua pihak membuka mata terhadap isu ini dan
mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menjana modal insan tidak kira kanak-
kanak,dewasa,remaja,lelaki dan juga wanita.
KOMENTAR USTAZ
Kajian ini sepatutnya perlu mencari apakah konsep masjid itu sendiri memainkan peranan
penting kepada pengimarahan masjid di kalangan wanita. Pada masa ini apa yang diperhatikan
kebanyakan masjid tidak mempunyai ruang yang khusus dan selamat untuk golongan wanita
menyalin pakaian. Sebagai contoh, wanita hanya berlindung di sebalik tabir yang menjadi
pemisah saf lelaki dan wanita ataupun menjadikan sudut-sudut yang terlindung untuk menyalin
pakaian. Sementara itu, di sesetengah masjid pula menyediakan tempat berwuduk bagi lelaki dan
wanita yang terletak berhampiran antara satu sama lain. Contoh-contoh seperti ini menunjukkan
konsep masjid itu sendiri tidak mesra pengguna terutamanya kepada jemaah wanita.
Selain itu, terdapat sesetengah masjid yang meletakkan tandas wanita di kawasan yang terlalu ke
belakang dan sangat berhampiran dengan pintu pagar belakang. Di sini kita melihat faktor
keselamatan yang kurang dititikberatkan boleh mendatangkan bahaya kepada jemaah wanita
yang menggunakan tandas pada waktu malam yang sunyi. Apa yang lebih baik, sepatutnya
tandas bagi wanita dan lelaki diasingkan dan dibina di kedua-dua bahagian sisi masjid.
Kedudukan ini lebih baik untuk menjaga kemaslahatan bersama di samping mengelakkan
percampuran di antara lelaki dan wanita.
Kajian ini sangat penting kerana mampu menyelesaikan masalah pengimarahan masjid di
kalangan golongan wanita. Tetapi apa yang dapat dilihat dalam kajian ini, hanya memfokuskan
kepada sudut aktiviti untuk menjana daya intelek, ekonomi, ibadah dan akhlak kaum wanita di
mana kesemua perkara ini lebih membincangkan tentang peranan wanita dan sudut pembinaan
diri wanita itu sendiri. Persoalannya di manakah peranan yang patut dimainkan oleh institusi
masjid itu sendiri untuk lebih memberikan kemudahan dan keselesaan kepada golongan wanita
agar mereka dapat bersama-sama golongan lelaki dalam mengimarahkan rumah Allah.