pengenalan manual sop

12
RUJ. PANDUAN PMDD/D/SOP/2 TARIKH APRIL 2007 NO. KELUARAN 1 NO. PINDAAN 0 SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD MUKA SURAT 1 dari 1 JABATAN PEMBANGUNAN IBU PEJABAT/ UNIT PERANCANGAN & PEMBANGUNAN SYABAS WILAYAH MANUAL UNTUK PROSES KELULUSAN PELAN SISTEM BEKALAN AIR PERKARA PENGENALAN . 1.1 OBJEKTIF Objektif Manual ini disediakan adalah untuk menyediakan satu prosedur piawaian untuk permohonan sistem bekalan air bagi semua projek pembangunan oleh pemaju di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Untuk memastikan semua pemprosesan yang dilaksanakan mengikut Garis Panduan Perancangan, Rekabentuk Dan Prosedur Untuk Pembangunan Sistem Bekalan Air oleh Pemaju. Untuk membolehkan pihak perunding dan juga pemaju mengetahui prosedur sebenar SYABAS dan keperluan-keperluan yang perlu dipatuhi ketika membuat permohonan. Untuk memudahkan pemprosesan permohonan sistem bekalan air untuk projek pembangunan oleh pemaju bagi memastikan permohonan tersebut dapat diproses dengan lancar dalam tempoh yang ditetapkan (3 minggu) selepas permohonan yang lengkap diterima oleh SYABAS 1.2 SKOP DAN TANGGUNGJAWAB 1.2.1 Jabatan Pembangunan, Ibu Pejabat SYABAS 1 Menyemak dan menyokong permohonan kebenaran merancang kepada Jabatan Perancang Bandar Dan Desa / Pihak Berkuasa Tempatan / Pejabat Tanah yang berkaitan dengan cadangan tukar syarat tanah dan juga kebenaran merancang untuk jumlah permintaan bekalan air 50,000 liter sehari dan lebih. Sekiranya terdapat permohonan Kebenaran Merancang dikemukakan oleh PBT untuk jumlah permintaan bekalan air kurang 1 - 1

Upload: phang-s-sun

Post on 29-Nov-2015

127 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Introduction to SOP

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Manual Sop

RUJ. PANDUAN PMDD/D/SOP/2

TARIKH APRIL 2007

NO. KELUARAN 1

NO. PINDAAN 0

SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD

MUKA SURAT 1 dari 1

JABATAN PEMBANGUNAN IBU PEJABAT/ UNIT PERANCANGAN & PEMBANGUNAN SYABAS

WILAYAH

MANUAL UNTUK PROSES KELULUSAN PELAN SISTEM BEKALAN AIR

PERKARA PENGENALAN

.

1.1 OBJEKTIF

� Objektif Manual ini disediakan adalah untuk menyediakan satu prosedur

piawaian untuk permohonan sistem bekalan air bagi semua projek

pembangunan oleh pemaju di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan Putrajaya.

� Untuk memastikan semua pemprosesan yang dilaksanakan mengikut Garis

Panduan Perancangan, Rekabentuk Dan Prosedur Untuk Pembangunan Sistem

Bekalan Air oleh Pemaju.

� Untuk membolehkan pihak perunding dan juga pemaju mengetahui prosedur

sebenar SYABAS dan keperluan-keperluan yang perlu dipatuhi ketika membuat

permohonan.

� Untuk memudahkan pemprosesan permohonan sistem bekalan air untuk projek

pembangunan oleh pemaju bagi memastikan permohonan tersebut dapat

diproses dengan lancar dalam tempoh yang ditetapkan (3 minggu) selepas

permohonan yang lengkap diterima oleh SYABAS

1.2 SKOP DAN TANGGUNGJAWAB

1.2.1 Jabatan Pembangunan, Ibu Pejabat SYABAS

1 Menyemak dan menyokong permohonan kebenaran merancang kepada

Jabatan Perancang Bandar Dan Desa / Pihak Berkuasa Tempatan / Pejabat

Tanah yang berkaitan dengan cadangan tukar syarat tanah dan juga

kebenaran merancang untuk jumlah permintaan bekalan air 50,000 liter

sehari dan lebih. Sekiranya terdapat permohonan Kebenaran Merancang

dikemukakan oleh PBT untuk jumlah permintaan bekalan air kurang

1 - 1

Page 2: Pengenalan Manual Sop

RUJ. PANDUAN PMDD/D/SOP/2

TARIKH APRIL 2007

NO. KELUARAN 1

NO. PINDAAN 0

SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD

MUKA SURAT 2 dari 1

JABATAN PEMBANGUNAN IBU PEJABAT/ UNIT PERANCANGAN & PEMBANGUNAN SYABAS

WILAYAH

MANUAL UNTUK PROSES KELULUSAN PELAN SISTEM BEKALAN AIR

PERKARA PENGENALAN

.

daripada 50,000 liter sehari terus ke Jabatan Pembangunan Ibu Pejabat,

maka permohonan tersebut hendaklah diproses oleh Ibu Pejabat.

2 Menyemak dan meluluskan punca lokasi bagi sambungan bekalan air dan

juga memberi nilai untuk baki tekanan air selamat untuk tujuan

rekabentuk retikulasi bagi jumlah permintaan bekalan air 50,000 liter

sehari dan lebih.

3 Menyemak dan menyokong untuk kelulusan pelan terperinci untuk sistem

bekalan air luaran untuk pembangunan yang memerlukan jumlah bekalan

air 50,000 liter sehari dan lebih.

4 Menyemak dan menyokong untuk kelulusan pelan konsep cadangan

pembangunan yang memerlukan jumlah keseluruhan bekalan air 4.5 juta

liter sehari dan lebih atau melibatkan ‘multi-stage pumping’.

5 Menyemak dan meluluskan pelan-pelan terperinci untuk sistem bekalan

air dalaman untuk pembangunan bangunan tinggi yang melibatkan 6

tingkat dan ke atas termasuk yang melibatkan sistem pam.

6 Mengeluarkan surat-surat pengesahan untuk rekod pengambilalihan

sistem bekalan air kepada Wilayah, Jabatan Pemetaan dan memaklumkan

butiran-butiran aset baru kepada Jabatan Pengurusan Aset.

7 Berperanan sebagai ‘pusat setempat’ untuk kelulusan pelan-pelan kerja

mekanikal, elektrikal & telemetri untuk jumlah keperluan bekalan air

50,000 liter sehari ke atas dan melibatkan sistem `multi-stage pumping’.

8 Menyemak dan memproses rayuan-rayuan yang dipohon oleh perunding

atau pemaju untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa

Kelulusan Pelan, JKP1.

1 - 2

Page 3: Pengenalan Manual Sop

RUJ. PANDUAN PMDD/D/SOP/2

TARIKH APRIL 2007

NO. KELUARAN 1

NO. PINDAAN 0

SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD

MUKA SURAT 3 dari 1

JABATAN PEMBANGUNAN IBU PEJABAT/ UNIT PERANCANGAN & PEMBANGUNAN SYABAS

WILAYAH

MANUAL UNTUK PROSES KELULUSAN PELAN SISTEM BEKALAN AIR

PERKARA PENGENALAN

.

KETUA PEGAWAI OPERASI

SETIAUSAHA EKSEKUTIFJURUTEKNIK PENTADBIRAN

&

PEMBANTU TADBIR

ZON TENGAH

(Wilayah KL, Gombak,

Petaling )

PENGURUS

 

ZON SELATAN

(Wilayah Sepang, Kuala

Langat, Hulu Langat,

Putrajaya/ Petaling - Mkm

Seri Kembangan)

PENGURUS

 

ZON UTARA

(Wilayah Hulu Selangor, Kuala

Selangor, Sabak Bernam, Klang

/ Shah Alam/ Petaling - Mkm .

Sungai Buloh)

PENGURUS

EKSEKUTIF KANAN

EKSEKUTIF

EKSEKUTIF KANAN

EKSEKUTIF

 

EKSEKUTIF KANAN

EKSEKUTIF

KETUA JABATAN

JABATAN PEMBANGUNAN

(Pengurus Besar)

PENOLONG PENGURUS PENOLONG PENGURUS

PENYELIA PENYELIA PENYELIA

PENGARAH EKESEKUTIF

PERANCANGAN & PEMBANGUNAN

PENGARAH EKESEKUTIF

PERANCANGAN & PEMBANGUNAN

- Kekosongan

KETUA BAHAGIAN

BAHAGIAN M&E

(Penolong Pengurus Besar)

- Rujuk muka surat 1 - 5

CARTA ORGANISASI KELULUSAN PELAN SISTEM

BEKALAN AIR PERINGKAT IBU PEJABAT

1 - 3

Page 4: Pengenalan Manual Sop

RUJ. PANDUAN PMDD/D/SOP/2

TARIKH APRIL 2007

NO. KELUARAN 1

NO. PINDAAN 0

SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD

MUKA SURAT 4 dari 1

JABATAN PEMBANGUNAN IBU PEJABAT/ UNIT PERANCANGAN & PEMBANGUNAN SYABAS

WILAYAH

MANUAL UNTUK PROSES KELULUSAN PELAN SISTEM BEKALAN AIR

PERKARA PENGENALAN

.

BAHAGIAN M&E

1 - 4

KETUA BAHAGIAN M&E

Penolong Pengurus Besar

PEMBANTU TADBIR

Pengurus Kanan

KETUA JABATAN MEKANIKAL &

ELEKTRIKAL

Pengurus

KETUA JABATAN

INSTRUMENTASI - TELEMETRI

Pengurus

KETUA SEKSYEN MEKANIKAL

Pembantu Teknik Kanan

KETUA SEKSYEN ELEKTRIKAL

Pembantu Teknik Kanan

JURUTEKNIK MEKANIKAL JURUTEKNIK ELEKTRIKAL

KETUA SEKSYEN TELEMETRI

Penolong Pengurus

PEMBANTU TEKNIK

Page 5: Pengenalan Manual Sop

RUJ. PANDUAN PMDD/D/SOP/2

TARIKH APRIL 2007

NO. KELUARAN 1

NO. PINDAAN 0

SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD

MUKA SURAT 5 dari 1

JABATAN PEMBANGUNAN IBU PEJABAT/ UNIT PERANCANGAN & PEMBANGUNAN SYABAS

WILAYAH

MANUAL UNTUK PROSES KELULUSAN PELAN SISTEM BEKALAN AIR

PERKARA PENGENALAN

.

1.2.2 Unit Perancangan & Pembangunan, SYABAS Wilayah

1. Menyemak dan menyokong permohonan kebenaran merancang

kepada Jabatan Perancang Bandar Dan Desa / Pihak Berkuasa

Tempatan / Pejabat Tanah yang berkaitan dengan cadangan tukar

syarat tanah dan juga kebenaran merancang untuk jumlah permintaan

bekalan air kurang daripada 50,000 liter sehari. Sekiranya terdapat

permohonan Kebenaran Merancang untuk jumlah permintaan bekalan

air 50,000 liter sehari dan lebih dikemukakan oleh PBT terus ke Unit

Perancangan & Pembangunan Syabas Wilayah, maka permohonan

tersebut hendaklah dimajukan ke Ibu Pejabat untuk diproses.

2. Menyemak dan meluluskan punca lokasi bagi sambungan bekalan air

dan juga memberi nilai untuk baki tekanan air selamat untuk tujuan

rekabentuk retikulasi bagi jumlah permintaan bekalan air kurang

daripada 50,000 liter sehari.

3. Menyemak dan meluluskan pelan terperinci untuk sistem bekalan air

luaran untuk pembangunan yang memerlukan jumlah bekalan air

kurang daripada 50,000 liter sehari.

4. Mengeluarkan surat-surat pengesahan pengambilalihan sistem bekalan

air kepada pemaju memaklumkan kepada Jabatan Pembangunan

untuk projek-projek yang diambilalih.

5. Menyemak dan meluluskan pelan-pelan terperinci untuk sistem

bekalan air dalaman untuk pembangunan bangunan tinggi yang

melibatkan kurang daripada 6 tingkat.

6. Berperanan sebagai ‘pusat setempat’ untuk kelulusan pelan-pelan

kerja mekanikal, elektrikal & telemetri untuk jumlah keperluan

bekalan air kurang daripada 50,000 liter sehari.

1 - 5

Page 6: Pengenalan Manual Sop

RUJ. PANDUAN PMDD/D/SOP/2

TARIKH APRIL 2007

NO. KELUARAN 1

NO. PINDAAN 0

SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD

MUKA SURAT 6 dari 1

JABATAN PEMBANGUNAN IBU PEJABAT/ UNIT PERANCANGAN & PEMBANGUNAN SYABAS

WILAYAH

MANUAL UNTUK PROSES KELULUSAN PELAN SISTEM BEKALAN AIR

PERKARA PENGENALAN

.

CARTA ORGANISASI KELULUSAN PELAN SISTEM

BEKALAN AIR PERINGKAT WILAYAH

SETIAUSAHA

EKSEKUTIF

SEKSYEN PERANCANGAN

& PEMBANGUNAN Ketua Seksyen

SEKSYEN MEKANIKAL /

ELEKTRIKALKetua Seksyen

KETUA WILAYAH

UNIT PERANCANGAN & PEMBANGUNAN

(Pengurus Besar/ Penolong Pengurus Besar/ Pengurus

Kanan)

SETIAUSAHA KERJA

(SOW)

KETUA JABATAN TEKNIKAL

Pengurus Teknikal

UNIT PERANCANGAN

& PEMBANGUNAN

Ketua Unit

- Juruteknik

- Pembantu Tadbir

UNIT INSTRUMENTASI,

SCADA & PAM

Ketua Unit

- Juruteknik

- Pembantu Tadbir

SEKSYEN OPERASI &

PENYELENGARAANKetua Seksyen

UNIT OPERASI KOLAM /

RUMAH PAM

Ketua Unit

- Juruteknik

1 - 6

Page 7: Pengenalan Manual Sop

RUJ. PANDUAN PMDD/D/SOP/2

TARIKH APRIL 2007

NO. KELUARAN 1

NO. PINDAAN 0

SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD

MUKA SURAT 7 dari 1

JABATAN PEMBANGUNAN IBU PEJABAT/ UNIT PERANCANGAN & PEMBANGUNAN SYABAS

WILAYAH

MANUAL UNTUK PROSES KELULUSAN PELAN SISTEM BEKALAN AIR

PERKARA PENGENALAN

.

1.2.3 Jawatankuasa Piawaian Bahan Dan Produk SYABAS

1. Jawatankuasa Bahan / Produk SYABAS adalah bertanggungjawab untuk

kelulusan penggunaan bahan dan produk yang digunakan di dalam kerja-kerja

pemasangan sistem bekalan air.

2. Hanya bahan dan produk yang diluluskan oleh Jawatankuasa SYABAS sahaja

boleh dibenarkan untuk digunakan di dalam sistem bekalan air untuk Negeri

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

3. Senarai bahan / produk yang telah diluluskan oleh SYABAS boleh diperolehi

dengan melayari laman web www.syabas.com.my atau daripada Jabatan / Unit

Perancangan & Pembangunan SYABAS.

1.2.4 Jawatankuasa Kelulusan Pelan, JKP

1. Jawatankuasa Kelulusan Pelan (JKP) ditubuhkan bagi membuat semua keputusan

di peringkat-peringkat berkenaan :

a) JKP 1 : bertanggungjawab meluluskan pelan-pelan permohonan

kelulusan sistem bekalan air untuk keperluan air melebihi 2.0 juta liter sehari

dan semua permohonan rayuan yang dikemukakan oleh pemaju.

b) JKP 2 : bertanggungjawab meluluskan pelan-pelan permohonan

kelulusan sistem bekalan air untuk keperluan air sehari kurang daripada 2.0 juta

liter sehari.

c) JKP 3 : bertanggungjawab meluluskan pelan-pelan permohonan

kelulusan sistem bekalan air untuk keperluan air sehari kurang daripada 50,000

liter sehari.

1 - 7

Page 8: Pengenalan Manual Sop

RUJ. PANDUAN PMDD/D/SOP/2

TARIKH APRIL 2007

NO. KELUARAN 1

NO. PINDAAN 0

SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD

MUKA SURAT 8 dari 1

JABATAN PEMBANGUNAN IBU PEJABAT/ UNIT PERANCANGAN & PEMBANGUNAN SYABAS

WILAYAH

MANUAL UNTUK PROSES KELULUSAN PELAN SISTEM BEKALAN AIR

PERKARA PENGENALAN

.

1.2.5 Pemaju

1. Melantik Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia, di

dalam senarai cadangan jurutera perunding SYABAS yang memahami kehendak

teknikal SYABAS di dalam sistem bekalan air. (Senarai Jurutera Profesional boleh

diperolehi dari SYABAS untuk rujukan)

2. Melantik jurutera perunding yang sama untuk menjalankan kerja-kerja

rekabentuk dan pengawasan di tapak.

3. Pemaju hendaklah melantik penyelia (jurutera perunding) untuk kerja-kerja

pengawasan di tapak berdasarkan kategori berikut:

i) Pengawasan untuk kerja sivil bagi paip, kolam air dan rumah pam seperti

berikut :

• Bagi bilangan rumah kurang dari 100 unit dan permintaan air kurang dari

150,000 liter sehari yang sedang dimajukan pada satu-satu masa, penyeliaan

adalah oleh seorang penyelia separuh masa.

• Bagi bilangan rumah di antara 150,000 liter sehari dan 750,000 liter sehari

yang mana sedang dimajukan pada satu-satu masa, penyeliaan hendaklah

oleh seorang penyelia separuh masa.

• Bagi bilangan rumah di antara 500 unit dan 1,000 unit dan permintaan air

adalah di antara 750,000 liter sehari dan 1,500,000 liter sehari, penyeliaan

hendaklah oleh seorang jurutera dan seorang juruteknik sepenuh masa.

• Bagi bilangan rumah melebihi 1,000 unit dan permintaan air melebihi

1,500,000 liter sehari, penyeliaan hendaklah oleh seorang jurutera dan dua

orang juruteknik sepenuh masa.

1 - 8

Page 9: Pengenalan Manual Sop

RUJ. PANDUAN PMDD/D/SOP/2

TARIKH APRIL 2007

NO. KELUARAN 1

NO. PINDAAN 0

SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD

MUKA SURAT 9 dari 1

JABATAN PEMBANGUNAN IBU PEJABAT/ UNIT PERANCANGAN & PEMBANGUNAN SYABAS

WILAYAH

MANUAL UNTUK PROSES KELULUSAN PELAN SISTEM BEKALAN AIR

PERKARA PENGENALAN

.

4. Pengawasan kerja yang melibatkan sistem mekanikal, elektrikal dan telemetri

hendaklah oleh seorang jurutera elektrikal atau mekanikal yang berkelayakan

serta dilantik semasa pemasangan sedang dijalankan di tapak projek.

5. Pemaju hendaklah mengemukakan `curiculum vitae’ penyelia (jurutera

perunding) yang mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun di dalam kerja-kerja

yang berkaitan sistem bekalan air dan disahkan oleh SYABAS. Sebarang kerja

yang tidak diluluskan oleh penyelia tidak akan diterima dan sistem bekalan air

luaran tersebut tidak akan diambilalih oleh SYABAS.

6. Melantik kontraktor yang berdaftar dengan CIDB atau PKK dengan sub kepala

yang bersesuaian dengan kerja-kerja bekalan air.

7. Melantik tukang paip yang berdaftar dengan Jabatan Kawalselia Air Selangor.

8. Pemaju hendaklah memastikan tiada sebarang kerja pembinaan dijalankan

sehingga pelan sistem bekalan air diluluskan oleh SYABAS.

9. Sebarang kerja-kerja bekalan air yang disiapkan tanpa mendapat kelulusan pelan

dari SYABAS dan kerja-kerja yang tidak diawasi oleh jurutera perunding, tidak

akan diambilalih oleh SYABAS.

10. Pemaju adalah bertanggungjawab untuk membaikpulih sebarang kecacatan

semasa di dalam tempoh kecacatan iaitu 24 bulan selepas tarikh

pengambilalihan. Pemaju juga bertanggungjawab untuk membaikpulih sebarang

kecacatan yang timbul selepas tempoh kecacatan disebabkan oleh kecuaian

penggunaan bahan berkualiti rendah dan mutu kerja yang kurang.

11. Pemaju adalah dikehendaki mendepositkan sejumlah jaminan bank ke atas

sebarang kecacatan sebagai syarat pengambilalihan sistem bekalan air oleh

SYABAS. Jaminan bank adalah berdasarkan 5% nilaian anggaran kos pembinaan

1 - 9

Page 10: Pengenalan Manual Sop

RUJ. PANDUAN PMDD/D/SOP/2

TARIKH APRIL 2007

NO. KELUARAN 1

NO. PINDAAN 0

SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD

MUKA SURAT 10 dari 1

JABATAN PEMBANGUNAN IBU PEJABAT/ UNIT PERANCANGAN & PEMBANGUNAN SYABAS

WILAYAH

MANUAL UNTUK PROSES KELULUSAN PELAN SISTEM BEKALAN AIR

PERKARA PENGENALAN

.

sistem bekalan air yang terlibat, termasuk kerja-kerja civil, mekanikal, elektrikal

dan telemetri / SCADA.

12. Pemaju adalah diharap dapat menyiapkan sistem bekalan air tetap di dalam

masa yang ditentukan untuk pembangunan mereka. Sistem bekalan air

sementara tidak akan dipertimbangkan untuk projek pembangunan yang besar.

Pemaju hendaklah merancang dan membangunkan sistem bekalan air yang

lengkap untuk fasa di dalam pembangunan tersebut dan akan diserahkan kepada

SYABAS secara berperingkat.

13. Pemaju adalah dikehendaki membenarkan laluan ke tapak projek dan membantu

kakitangan SYABAS untuk menjalankan kerja pengawasan yang sedang

dijalankan ditapak seperti yang diarahkan.

14. Pemaju hendaklah memastikan tidak berlaku kecurian air di tapak projek.

1.2.6 Perunding

1. Menyediakan laporan Perancangan Pengesahan Kualiti (QAP).

2. Mengawasi semua kerja di tapak bina melalui wakil tapak.

3. Memastikan semua kerja yang dibuat / dibina berdasarkan pelan yang

diluluskan serta mematuhi spesifikasi.

4. Menyediakan laporan kemajuan setiap 2 bulan.

5. Jurutera perunding adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua kajian

yang betul, rekabentuk, kelulusan oleh pihak berkuasa, spesifikasi, lukisan-

lukisan pembinaan, pengawasan, pemeriksaan bahan, `testing &

commissioning’.

1 - 10

Page 11: Pengenalan Manual Sop

RUJ. PANDUAN PMDD/D/SOP/2

TARIKH APRIL 2007

NO. KELUARAN 1

NO. PINDAAN 0

SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD

MUKA SURAT 11 dari 1

JABATAN PEMBANGUNAN IBU PEJABAT/ UNIT PERANCANGAN & PEMBANGUNAN SYABAS

WILAYAH

MANUAL UNTUK PROSES KELULUSAN PELAN SISTEM BEKALAN AIR

PERKARA PENGENALAN

.

6. Jurutera perunding masih bertanggungjawab untuk kerja-kerja rekabentuk dan

pengawasan yang telah dilaksanakan walaupun sistem bekalan air telahpun

diambilalih oleh SYABAS.

7. Memastikan bahan / produk yang digunakan adalah mengikut senarai bahan /

produk yang telah diluluskan.

1.3 Syarat-syarat Am

a) Kualiti setiap permohonan yang dikemukakan kepada SYABAS amat

dititikberatkan. Pihak perunding perlu mengemukakan permohonan yang

berkualiti bagi memastikan kelancaran pemprosesan di samping perancangan

dan rekabentuk yang selamat dan menjamin kesejahteraan.

b) Keperluan sistem bekalan air merupakan keperluan asas yang penting bagi

penduduk. Perunding perlu memastikan rekabentuk yang dihasilkan dapat

meminimumkan kejadian paip pecah, bocor dan sebagainya.

c) Sumbangan Kos Pembangunan (SKP) adalah bayaran yang dikenakan ke atas

pemaju sebagai sumbangan untuk kerja-kerja memajukan dan menaiktaraf

empangan, loji rawatan air, tangki air dan paip air sebelum kedudukan punca

bekalan air. Kos ini adalah tambahan kepada kos yang perlu ditanggung oleh

pemaju untuk membina dan menyiapkan sistem bekalan air ke pembangunan

mereka.

d) SYABAS telah menubuhkan Jawatankuasa Kelulusan Piawaian Bahan Dan

Produk SYABAS yang berperanan untuk meluluskan bahan / produk yang

digunakan dalam sistem bekalan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hanya produk yang diluluskan sahaja yang

dibenarkan untuk digunakan.

1 - 11

Page 12: Pengenalan Manual Sop

RUJ. PANDUAN PMDD/D/SOP/2

TARIKH APRIL 2007

NO. KELUARAN 1

NO. PINDAAN 0

SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD

MUKA SURAT 12 dari 1

JABATAN PEMBANGUNAN IBU PEJABAT/ UNIT PERANCANGAN & PEMBANGUNAN SYABAS

WILAYAH

MANUAL UNTUK PROSES KELULUSAN PELAN SISTEM BEKALAN AIR

PERKARA PENGENALAN

.

e) SYABAS telah menubuhkan Jawatankuasa Kelulusan Pelan (JKP) yang

dikategorikan kepada JKP1, JKP2 dan JKP3 yang berperanan untuk meluluskan

permohonan – permohonan pelan sistem bekalan air yang dikemukakan.

f) SYABAS telah menyediakan Sistem EDPLAS bagi mengawal dan memantau

perkembangan dan pemprosesan permohonan bekalan air. Sistem ini juga

membolehkan SYABAS memantau setiap kelewatan yang berlaku dengan mudah

dan berkesan.

1.4 Prosedur Aliran Kerja

• Peringkat 1 :

Permohonan Sokongan Kebenaran Merancang

• Peringkat 2 :

Permohonan Sumber Bekalan Air Dan Tekanan Air

• Peringkat 3 :

� Peringkat 3a :

Permohonan Konsep Pelan Pembangunan

� Peringkat 3b :

i) Permohonan Pelan Terperinci Kerja Sivil

• Bahagian I : Pelan Terperinci Sistem Bekalan Air Luaran

• Bahagian II : Pelan Terperinci Sistem Bekalan Air Dalaman

ii) Permohonan Pelan Terperinci Kerja Mekanikal, Elektrikal & Telemetri/

SCADA.

1 - 12