pengajaran mikro

22
INSTITUT PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK PEDAGOGI PAK (DTM 301 ) Disediakan Oleh FARAH NAJWA BINTI ASRI DPAK A1002143 KOHORT 9A (G3) 017-4722417 Disediakan Untuk TUAN RANI (PENSYARAH PEDAGOGI PAK)

Upload: arra-asri

Post on 28-May-2015

11.760 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajaran mikro

INSTITUT PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

PEDAGOGI PAK (DTM 301 )

Disediakan Oleh

FARAH NAJWA BINTI ASRI

DPAK A1002143

KOHORT 9A (G3)

017-4722417

Disediakan Untuk

TUAN RANI

(PENSYARAH PEDAGOGI PAK)

4 OGOS 2011

Page 2: Pengajaran mikro

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus Pedagogi pada

masa yang telah ditetapkan. Saya, Farah Najwa binti Asri mengucapkan jutaan terima kasih kepada

para pensyarah dan terutama sekali kepada pesyarah kursus ini kerana telah membantu dalam

memberi maklumat sedikit sebanyak dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga pada ahli

keluarga saya, terutamanya kepada kakak saya yang banyak membantu mencari maklumat untuk kerja

kursus ini, serta para rakan yang secara tidak langsung turut membantu dalam menyiapkan tugasan

ini.

Saya telah merancang dengan teraturnya dalam menyiapkan tugasan ini. Pada permulaan saya

mendapat tugasan ini, saya serta rakan-rakan telah bersama-sama mengumpul maklumat di

perpustakaan. Disebabkan cuti semester hampir tiba, masa tidak mencukupi untuk kami mencari

maklumat di perputakaan. Namun saya tetap meminjam buku berkaitan dengan tugasan untuk mencari

maklumat lebih senang dirumah.

Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat membantu saya mengulang

kaji subjek ini. Saya juga mendapat gambaran yang semakin jelas mengena ipedagogi. . Fakta-fakta

seperti ini perlu diketahui oleh saya sebagai bakal guru agar sesi pembelajaran dan pengajaran dapat

berjalan dengan jayanya. Saya berbangga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai

dasar pendidikan yang bagus dan sentiasa diperbaharui ke arah penambahbaikan dan sejajar dengan

pembangunan yang sedang diharungi.

Page 3: Pengajaran mikro

1.0 PENGENALAN

1.1 Rasional

Pengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam menghasilkan  guru permulaan yang berkesan.   

Memandangkan betapa penting dan berfaedahnya pendekatan pengajaran mikro dalam konteks

Praktikum,   Bahagian Pendidikan Guru telah menekankan  agar diaplikasikan teknik pengajaran

mikro ini dalam kurikulum dimaktab/institut perguruan di Malaysia.

1.2 Tujuan

Menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan, dan merangsang keinginan untuk membaiki

diri sendiri.

Membolehkan guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan cepat dan menyeronokkan.

Membentuk pelajar membaiki kelemahan praktikum dengan cepat dan berkesan melalui proses

yang boleh memberikan maklumbalas segera dan meyakinkan serta latihan ulangan pembetulan

selanjutnya.

Agar pelajar dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan berkesan.

Mengurangkan ketegangan yang dialami oleh guru pelatih apabila menghadapi kelas sebenar

semasa praktikum nanti.

1.3 Pendahuluan

Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid

melakukan proses pembelajaran.    Aktiviti pembelajaran seperti  set  induksi, penerangan, penyoalan,

tunjukcara,  variasi rangsangan, peneguhan,  penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(‘gesture’)

dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan

menentukan keberkesan guru.

Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan

murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah.

Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa, dan

apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang

diperlukan dalam pengajaran mereka.   Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan

dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.

Page 4: Pengajaran mikro

2.0 Pengajaran Mikro

Mengikut Micheel J. Wallace – Pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang dimudahkan.      

Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu

tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan.

2.1 Pengajaran Mikro diaplikasikan

Tidak banyak penulis tentang pengajaran mikro mengusulkannya sebagai ganti Praktikum di sekolah,

malah kebanyakan daripada mereka berpendapat, pengajaran mikro sebagai tambahan kepada teknik-

teknik latihan perguruan yang ada,alasan yang diberikan adalah kerana,

1. Membolehkan pelajar menumpukan  perhatian kepada tugasan mengajar tanpa gangguan masalah

pengurusan bilik darjah, yang biasa terdapat dalam praktikum disekolah.

2. Pelajar dapat menumpukan perhatian kepada satu kemahiran mengajar pada satu masa.

3. Membolehkan pelajar meneliti pengajarannya dengan cara yang sistematik, dan mendapat

maklumbalas dengan segera dan kemudiannya membuat perubahan untuk membaikinya di mana

yang difikirkan perlu.

4. Dengan menekankan penganalisaan pengajaran kepada kemahiran-kemahiran komponennya,

pengajaran mikro meletakkan asas bagi pendekatan saintifik yang sebenarnya dalam latihan

perguruan.

5. Pendekatan pengajaran mikro adalah mudahubah dan boleh digunakan dalam berbagai situasi

seperti persediaan untuk praktikum di sekolah, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum,

dan kajian keatas proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Bagaimana Mengendalikan Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro sebagai sampingan praktikum di sekolah, langkah persediaan sebelum praktikum,

langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum atau langkah peneguhan pengajaran mata pelajaran

di sekolah.  Perinsip asas pengendalian pengajaran mikro ialah;

1. Pelajar mengajar satu pelajaran yang pendek antara 5 hingga 10 minit sahaja.

2. Mengajar pelajaran itu kepada satu kumpulan murid atau rakannya antara 4 hingga 6 orang

sahaja.

3. Apabila pelajaran itu tamat, murid atau rakannya keluar, dan ia membincangkan pengajarannya

itu dengan penyelianya.

Page 5: Pengajaran mikro

4. Selepas membuat perubahan di mana yang diperlukan ke atas pendekatannya yang lalu, ia

mengajar pelajaran itu kepada satu set murid atau rakannya yang  lain.

2.3 Perkara yang penting dalam pengajaran mikro

1. Pelajar yang telah menguasai kemahiran pengajaran tidak perlu ulang latihan pengajarannya.

2. Pelajar yang belum menguasai kemahiran pengajarannya perlu mengulangi pengajarn mikronya.

3. Jika penggunaan perakam video panduan penilaian  dan penaksiran  tidak perlu digunakan.

4. Pengajaran mikro boleh dibuat di maktab/intitut dengan murid-murid sekolah dibawa ke

maktab/institut, atau dijalankan di sekolah dengan pelajar dan penyelianya pergi ke sekolah.

5. Maklumbalas yang segera dan tepat membolehkan pelajar mengubah perlakuannya.

6. Perkembangan kemahiran pengajaran mikro tidak boleh dibuat berasingan dengan isi pelajaran.

7. Perakam vedeo mempunyai kelebihan, mengandungi unsur komunikasi lisan dan bukan lisan.

8. Walaupun panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu jika penggunaan perakam video, tetapi ia

boleh digunakan bersama kerana ia dapat menambahkan keberkesanan latihan dari segi panduan

pemerhatian dan maklumbalas yang bertulis.

2.4 Kemahiran Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesyen

perguruannya.    Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh guru dalam

perhubungan persemukaan di bilik darjah.  Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan

bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran

murid.

Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya  dari segi kemahiran

mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk

membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan.

Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan

pengajaran  seperti kemahiran: –

Set induksi

Tunjuk cara

Variasi rangsangan

Peneguhan

Page 6: Pengajaran mikro

Penyoalan

Mengilustrasi dengan  menggunakan contoh

Penerangan

Aprisiasi

Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran

Penutup

2.5 KEMAHIRAN SET INDUKSI

Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu pelajaran atau satu

unit tertentu sesuatu pelajaran.  Pada setiap epesod pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada

muridnya tugasan yang akan dibuat.   Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta

menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar.    Memandu muridnya kearah

manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu/sedia ada.

1. Menarik perhatian

Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik perhatian murid

kearah pelajaran yang diajar.   Ia juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar atau alat bantu

mengajar dan pelbagai intraksi yang lain.

2. Menimbulkan pergerakan

Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan semangat

serta kesungguhan perkara yang diajarnya.    Guru boleh juga menggerakkan muridnya dengan

merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti.     

3. Struktur

Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya,   seperti – Tengah hari ini kita

akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya.   Selepas perbincangan

itu kamu akan menulis ceritanya.    Guru menolong muridnya dengan mencandangkan beberapa cara

menulis cerita itu. 

Page 7: Pengajaran mikro

4. Membuat perkaitan

Guru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda berlampu

yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau Sarawak.     Guru

merujuk kepada situasi semasa untuk menarik perhatian.

Set induksi yang berkesan ialah,

1. Set induksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat.

2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.

3. Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid,  belajar daripada yang

telah diketahui kepada yang akan diketuhui.

2.6 KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan

teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan

dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.

1. Pergerakan

Pergerakan  guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di antara

barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada

pelajaran.     Elakkan  pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan

murid kepada pelajaran.

2.   Gerakgeri semulajadi guru (gesture)

Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang

dituturkan dapat menarik perhatian murid.   Sebaliknya  pergerakan tubuh badan semulajadi yang

tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu

akan menghalang tumpuan kepada pelajaran.

3.   Mengubah nada pertuturan

Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap

pelajaran.     Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan,

sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap

pelajaran.

Page 8: Pengajaran mikro

4.   Penglibatan murid secara lisan

Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat 

menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran.   Ini akan memberikan rasa

seronok kepada murid.

5.   Penggunaan Pancaindera

Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau

model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan

penyampaian maklumat kepada muridnya.

5.   Aktiviti Fizikal

Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan murid

semasa mereka belajar.

Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:-

1. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang

digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.

2. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan

pelajaran.

3. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan

alat bantu mengajar.

4. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid.

2.7 KEMAHIRAN PENEGUHAN

Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang

positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana

memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar,

atau menulis ‘syabas’ dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan.     Peneguhan seperti

ini akan membawa kepada perulangan  perlakuan yang  baik dan seterusnya akan membina sikap yang

positif .    Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Bidang utama

dalam peneguhan  ialah;-

Page 9: Pengajaran mikro

1. Peneguhan lisan

Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti   ‘baik’, ‘ia’, ‘betul’,

‘itu jawapan yang tepat’,  ‘bijak’,  ‘pandai’, ‘ bagus’, ‘kerja kamu sempurna’, ‘itu adalah cadangan

yang baik’,  dan lain-lain peneguahn yang positif.

2.   Peneguhan gerakgeri

Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman,

ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan,

seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya.

3.   Peneguhan dampingan

Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnya

dan duduk di sisi muridnya.

4.   Peneguhan sentuhan

Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang muridnya (sama jantina).

5.   Peneguhan aktiviti

Guru  melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya kerana murid menghasilkan  kerja yang

baik.

6.  Peneguhan ganjaran

Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telah

menghasilkan kerja yang baik.     Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh memberi hadiah seperti

pensil, gula-gula dan sebagainya untuk menggalakkan murid maju dalam pelajaranya.

Peneguhan yang berkesan ialah:-

1. Kemesraan dan semangat

Kemesraan,  semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan

pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan.

2. Mempelbagaikan penggunaan peneguhan

         Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri yang selalu

diulang akan hilang maknanya.

Page 10: Pengajaran mikro

3. Peneguhan positif

         Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum

selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti  ‘itu salah’ atau ‘jawapan kamu tidak

tepat’.

4. Kefahaman murid tentang peneguhan

Peneguhan yang  berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara peneguhan dengan

perlakuan dan pencapaian mereka.      Guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan

sosial murid.

2.8 KEMAHIRAN PENYOALAN

Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang

lain.     Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa ia

mengajar.   Ada bukti yang  menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan

soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan  aras rendah yang tidak memerlukan poemikiran

yang kritis dan membina aras kognatif  aras tinggi.   Penggunaan kemahiran penyoalan dapat

meningkat tahap pencapaian murid  dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang

berkesan.

Penyoalan yang mudah atau asas

Pembentukan soalan  -  Guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan

menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid.

 Fokus -  Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat melibatkan ramai murid ,

hendaklah difokuskan kepada satu tugasan sahaja,   sementara maklumat yang diperlukan

mula mendapat idea, guru bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus.

 Arah – Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas berhenti sejenak,

tujukan soalan itu kepada  murid tertentu dengan memanggil nama murid itu, atau menunjuk

dengan tangan atau menganggukkkan kepala kearah murid yang hendak disoal.

Penyebaran  - Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya dapat  menyoal

semua kumpulan dalam kelasnya.

Pemberitahuan      - Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang boleh menunjujkkan

skop atau jenis jawapan yang ia perlukan.    Tanda itu mungkin juga boleh membawa kepada

jawapan kepada soalan itu.

Page 11: Pengajaran mikro

Penyoalan yang kompleks

PERTAMA

Mempelbagaikan peringkat soalan  

Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya, dan meminta aras pemikiran

yang berbeza.

Ingat semula  

Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumat-maklumat yang

mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang lebih kompleks.

Kefahaman  

Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara.

 Aplikasi 

Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat menggunakan pengetahuan

yang lalu.

Analisis    

Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa bukti-bukti  dan

kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka mengurus dan melahirkan

pemikiran mereka.

Sintisis  

Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam aktiviti kreatif

mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan penyatuan beberapa idea.

Penilaian  

Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka membuat anggapan mengenai

idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya memberi sebab-sebab untuk menyokong

anggapan itu.

KEDUA

Penyungkilan  

Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid memikirkan jawapan yang

lebih baik daripada jawapan yang sebelumnya.

 Soalan penjelasan 

Guru meminta jawapan yang lebih jelas  dan padat.

Soalan Penyokongan

Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan tertentu itu diberikan oleh muridnya.

Soalan Persetujuan  

Guru menanya muridnya adakah mereka setuju atau tidak dengan jawapan yang telah

diberikan sebentar tadi.

Soalan Contoh

Page 12: Pengajaran mikro

Guru mengarahkan muridnya memberi contoh-contoh yang menunjukkan maksud

jawapan yang lalu.

Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro

1. Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dengan peruntukan masa diberi

kepada murid untuk berfikir.

2. Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang  berbeza dalam kumpulan

kelas itu.

3. Guru  perlu merancang soalan utama sebelum pengajaran itu dimulakan.

4. Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan  teliti  jawapan murid.

 

2.9 KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH

Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak. Guru meminta

contoh daripada murid  dan  menyemak idea dan konsep itu telah difahami atau tidak.     Contoh yang

baik dalam kemahiran ini ialah contoh yang biasa kepada murid.    Dengan mengaitkan contoh dan

idea atau konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang diketahui kepada perkara yang akan

diketahui.     Dengan menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian

dan menimbulkan minat terhadap pelajarannya.

Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh

Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini, iaitu pendekatan induktif   :

contoh diikuti dengan peraturan, dan pendekatan deduktif: peraturan diikuti dengan contoh, soalan

digunakan untuk mendapatkan contoh;

1) Contoh mudah    

Guru menggunakan contoh mudah, dinyatakan dengan jelas dan boleh dikaitkan

dengan pengetahuan yang lalu.

2) Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep  

Menggunakan contoh di mana peraturan atau konsep boleh digunakan.

3) Contoh ingin tahu    

Menggunakan contoh yang boleh membangkitkan naluri ingin tahu dan minat murid.

4) Media yang sesuai  

Page 13: Pengajaran mikro

Menggunakan media yang sesuai dengan kebolehan , umur  dan pelajaran yang

diajar.

5) Pendekatan  

Memilih pendekatan yang sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan murid dan

pelajaran yang diajar.

6) Penglibatan murid  

Murid dilibatkan secara lisan, seperti menjawab atau menyoal, atau bukan lisan,

seperti menulis di papan hitam atau menunjukcara dengan menggunakan contoh atau

model

3.0 KEMAHIRAN PENERANGAN

Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain,  dan kemahirannya ialah

menentukan yang penerangan itu difahami.   Kemahiran memberi penerangan dengan tepat dan

berkesan salah satu kemahiran yang mesti ada pada guru.      Oleh itu ada banyak peringkat dan

bentuk kefahaman, juga banyak peringkat penerangan,

a.         Pentarifan      -           menjelaskan sesuatu isu

b.         Penerangan    -           menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah.

c.         Sebab              -           pemberian alasan

Penerangan berstruktur

(a)         Penggunaan keutamaan -  guru nyatakan dengan jelas, tepat dan padat fakta utama yang

terlibat.

(b)        Penggunaan contoh - perkara yang dititik beratkan ialah mudah, berkait, penggunaan media

yang sesuai dan menimbulkan minat.

(c)         Penyimpulan - guru menyatakan perkara utama dalam penerangannya.    Dr. G.A. Brown,    

‘Penerangan ringkas sangat penting untuk penerangan yang berkesan’.

Penerangan Penyampaian

(a)         Penggunaan penyampaian yang jelas  -  guru menerangkan sesuatu  aspek pada  satu masa,

dan memfokuskan semula dengan menggunakan ringkasan atau ilastrasi.     Ia hendaklah

menggunakan bahasa yang sesuai dan berhenti sejenak sebelum sesuatu aspek penting diterangkan.

Page 14: Pengajaran mikro

(b)        Penggunaan penekanan variasi rangsangan - guru hendaklah menggunakan peringkat, nada

dan intonasi suara yang boleh menyampaikan kepentingan yang berkaitan  dengan sesuatu.     Gerak

geri dan pergerakan hendaklah digunakan dengan sewajarnya.

(c)         Penggunaan penekanan – petunjuk dan perkaitan dan keutamaan -   menggunakan perkataan

atau rangkai kata yang boleh membawa kepada sesuatu yang penting dalam penerangannya -   contoh:

Petunjuk        -           ‘Tiga bidang utama………….’

Perkaitan       -           ‘Ini  membawa kepada……………’

Keutamaan    -           ‘Dengan  ini……………….’

(d)    Jauhkan kekaburan -  ini ada kaitan dengan penerangan yang jelas.     Elakkan menggunakan

perkataan ‘…….. dan lain-lain, ……. dan sebagainya…….. dan yang sama sepertinya’.

(e)     Sekuens - guru boleh menggunakn pendekatan induktif atau deduktif, pelbagai rangsangan dan

kaitan untuk menunjukkkan penerangan  ke arah yang betul.

(f)     Maklumat balas  -  penerangan guru janganlah panjang lebar, beri peluang murid menjelaskan

kefahaman, sikap dan minat dan memberi peluang mendapat maklum balas. Guru hendaklah

mengawal penyampaian, kelancaran, bahasa dan bilangan contoh yang digunakan.

3.1 KEMAHIRAN PENUTUP

Kaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan reaksi murid;-

1. Menegaskan semula perkara-perkara penting.

2. Penilaian, peneguhan  pembelajaran murid (Melibatkan kognetif).

3. Kaitan pelajaran dengan kehidupan sosial.

4. Cadangan aktiviti

i. Menegaskan semula

                 Menegaskan perkara utama, fakta penting, ingat semula dan kajI

Semula  ( boleh melibatkan murid )

(a)    Menegaskan semula melalui ringkasan    -   teguran             akhir, ringkasan perkara

penting dan mengaitkan semula   aktiviti yang telah dijalankan.

Page 15: Pengajaran mikro

(b)      Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi

             Rangsangan   -      Guru merumus isi pelajaran hasil maklumat murid.

ii.  Penilaian

Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif pembelajaran, adakah murid

telah memahami isi pelajaran hari ini,    rumusan kognetif.

1.Kaitan kehidupan social

Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian murid.

2. Cadangan aktiviti

(a)   Kaitkan dengan kognitif    -      Membuat latihan,membuat projek baru dan menjalankan kajian.

 (b)  Perkaitan sosial    -     Menimbulkan perasaan kejayaan dengan peneguhan dan menyatakan

peringkat kejayaan murid, menggalakkan murid mencuba kejayaan yang lebih tinggi.

(c)   Galakan motivasi     -      Kemesraan dan  semangat untuk  mengekalkan minat.

Penutup yang berkesan ialah;-

1. Penutup  hendaklah bermakna dari segi umur, kebolehan  dan minat murid.

2. Penutup hendaklah berkait dengan isi dan objektif pelajaran.

3. Membina perkaitan perkara yang diketahui dan perkara yang dialami.

4. Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang dibicarakan.

5. Mengukur pembelajaran murid.

6. Mencadangkan aktiviti berkaitan.

Page 16: Pengajaran mikro

RUJUKAN

http://eprints.utm.my/10460

http://www.slideshare.net/artventure/pengajaran-mikro

PengenalanPedagogi

Pengarang: Esah Sulaiman