pa essay

3
Golongan gelandangan yang membanjiri bandar-bandar utama di Negara ini semakin meningkat . Usaha tertentu perlu dilakukan bagi menangani gejala tersebut . Ulaskan . Golongan gelandangan di Negara kita semakin meningkat di mana golongan tersebut membanjiri bandar-bandar utama khususnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur . Menurut kajian sosial , gelandangan di bandar Kuala Lumpur kini mencecah hampir 2,500 orang dan selebihnya 500 orang adalah gelandangan tegar . Kajian statistik ini amat menyedihkan apabila hampir 80 peratus daripada gelandangan terdiri daripada kalangan orang Melayu . Secara umum , faktor mengapa gelandangan ini semakin berleluasa boleh dikatakan kerana kemiskinan . Segelintir masyarakat beranggapan bahawa gelandangan ini bergelar sebagai “pengemis” jalanan . Sebagai individu yang berpendidikan , kita harus mengetahui perbezaan dengan gelandangan dan “pengemis” . Gelandangan didefinisikan sebagai orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap atau layak dalam wilayah tertentu dan hidup mengembara ditampa umum . Sedangkan, pengemis adalah orang-orang yang mendapatkan penghasilan dengan meminta-minta di muka umum dengan pelbagai cara dan alasan untuk mengharapkan belas kasihan dari orang lain. Sedarwasa ini yang sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu gelandangan yang kini menjadi persoalan dalam minda rakyat . Apakah penyebab sebenar masalah gelandangan ini ? Memang tidak dapat dinafikan bahawa masalah gelandangan ini berpunca daripada taraf kos hidup yang tinggi . Hal ini demikian kerana dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini , masyarakat kian hari sibuk dengan urusan pekerjaan sehingga larut malam bagi mengaut alam kekayaan . Kepantasan ini menyebabkan pembangunan ekonomi yang drastik dan sudah tentu kos hidup kita akan meningkat dari segi pembelian barang and rumah . Peningkatan ini membawa impak kepada golongan kelas

Upload: vasan-suryassoyzz

Post on 02-Oct-2015

749 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

fff

TRANSCRIPT

Golongan gelandangan yang membanjiri bandar-bandar utama di Negara ini semakin meningkat . Usaha tertentu perlu dilakukan bagi menangani gejala tersebut . Ulaskan .

Golongan gelandangan di Negara kita semakin meningkat di mana golongan tersebut membanjiri bandar-bandar utama khususnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur . Menurut kajian sosial , gelandangan di bandar Kuala Lumpur kini mencecah hampir 2,500 orang dan selebihnya 500 orang adalah gelandangan tegar . Kajian statistik ini amat menyedihkan apabila hampir 80 peratus daripada gelandangan terdiri daripada kalangan orang Melayu . Secara umum , faktor mengapa gelandangan ini semakin berleluasa boleh dikatakan kerana kemiskinan .

Segelintir masyarakat beranggapan bahawa gelandangan ini bergelar sebagai pengemis jalanan . Sebagai individu yang berpendidikan , kita harus mengetahui perbezaan dengan gelandangan dan pengemis . Gelandangan didefinisikan sebagai orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap atau layak dalam wilayah tertentu dan hidup mengembara ditampa umum . Sedangkan, pengemis adalah orang-orang yang mendapatkan penghasilan dengan meminta-minta di muka umum dengan pelbagai cara dan alasan untuk mengharapkan belas kasihan dari orang lain.

Sedarwasa ini yang sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu gelandangan yang kini menjadi persoalan dalam minda rakyat . Apakah penyebab sebenar masalah gelandangan ini ? Memang tidak dapat dinafikan bahawa masalah gelandangan ini berpunca daripada taraf kos hidup yang tinggi . Hal ini demikian kerana dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini , masyarakat kian hari sibuk dengan urusan pekerjaan sehingga larut malam bagi mengaut alam kekayaan . Kepantasan ini menyebabkan pembangunan ekonomi yang drastik dan sudah tentu kos hidup kita akan meningkat dari segi pembelian barang and rumah . Peningkatan ini membawa impak kepada golongan kelas bawahan yang menyara hidup dengan gaji bulanan di bawah Rm200 untuk menampung keperluan keluarga . Natijahnya , individu kelas bawahan ini terpaksa menjadi golongan gelandangan dengan membawa alasan , kos hidup mereka yang tinggi yang tidak dapat bergantung dengan gaji yang diterima .Punca seterusnya ialah diusir oleh ahli keluarga . Perkara ini giat berlaku khususnya warga tua yang sering menimpa pengusiran daripada ahli keluarga atau anak-anak mereka sendiri . Hal ini demikian kerana warga tua ini sering dibiarkan sendirian oleh anak-anak walaupun terang lagi bersuluh bahawa tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa merupakan suatu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap anak . Ketidakpekaan terhadap keperluan mereka dan beranggapan bahawa mereka suatu beban yang harus dipikul sampai akhirat membawa kepada pengusiran daripada rumah . Kesannya , warga-warga tua ini terpaksa mengambil keputusan untuk menjadi golongan gelandangan seumur hidup asalkan mendapat keperluan harian yang dicukupi walau bagaimanapun jua . Di samping itu , masalah pengangguran yang amat kritikal turut membawa punca kepada masalah gelandangan . Kebanyakan daripada golongan ini tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap kerana mereka tidak mempunyai suatu pekerjaan yang mampu mendatangkan sumber pendapatan yang tetap . Oleh kerana mereka tidak mempunyai kelayakan disebabkan tiada pendidikan formal , maka keberangkalian untuk mendapatkan pekerjaan adalah sangat rendah . Ini menyebabkan golongan seperti ini didiskriminasikan oleh masyarakat kita dan akhirnya mereka menghabiskan sisa hari tua mereka sebagai golongan gelandangan .

Bagi memastikan kabajikan golongan gelandangan terus terbela , maka usaha intervensi untuk membawa kelompok golongan gelandangan ini ke pangkuan masyarakat arus perdana perlu dilaksanakan . Sebagai contohnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) mengambil inisiatif menyediakan rumah atau lebih dikenali sebagai pusat serenti bagi golongan gelandangan . Melalui penyediaan perkhidmatan secara holistik ini , kita dapat membantu golongan ini dari segi khidmat bantuan untuk mendapatkan peluang pekerjaan , kaunseling dan bantuan kebajikan . Dengan berbuat demikian , maka jelaslah bahawa kekangan gelandangan ini dapat dibendung secara bijaksana.

Langkah seterusnya ialah dengan menubuhkan suatu program yang membasmi gelandangan di Negara kita . Seperti mana kita membuat tinjauan di luar Negara , terdapat satu program pembasmian gelandangan di Canada yang bermatlamatkan untuk menghapuskan gelandangan jalanan dengan membantu golongan tersebut berpindah daripada tinggal di jalanan kepada perumahan yang kekal . Program Streets To Home atau lebih dikenali sebagai S2H turut menyediakan akses kepada perumahan yang cepat tanpa memerlukan mereka yang terdiri daripada golongan gelandangan . Dengan adanya program-program seperti ini di Negara kita , maka sudah tentu Negara kita bebas daripada masalah gelandangan .

Kesimpulannya , persepsi masyarakat terhadap golongan gelandangan ini memang sukar untuk mendapatkan pekerjaan walhal mereka ini mampu untuk melakukan pekerjaan tetapi kerana tidak mempunyai peluang dan nasib yang baik , natijahnya mereka menjadi malu untuk membawa diri ke pangkauan masyarakat jelata dan terpaksa menjalankan kehidupan mereka dengan hidup di kaki lima sebagai pilihan utama . Masyarakat harus mengubah mentality sedemikian kerana mereka ini juga mempunyai hak untuk mendapatkan pekerjaan dan mampu mengubah hidup ke arah yang lebih baik . Secara tuntasnya , masyarakat harus prihatin bukan dengan mencemuh mereka , tetapi dengan memupuk semangat untuk teruskan kehidupan yang becerah langit .