muzakarah kliff 2016 saham keutamaan (preference shares
TRANSCRIPT
Muzakarah KLIFF 2016
Saham Keutamaan (Preference Shares) :
Antara Hutang dan Equiti Menurut
Perspektif Syariah
Ahmad Suhaimi Bin Yahya
Bahagian Syariah
HONG LEONG ISLAMIC BANK
23 November 2016
Page 2
KANDUNGAN :
Pengenalan Saham Keutamaan
Bentuk-Bentuk Saham Keutamaan
Hukum Saham Keutamaan
Isu-Isu Syariah Dalam Penstrukturan Saham Keutamaan
Aspek-Aspek Dalam Memastikan Kepatuhan Syariah Dalam
Saham Keutamaan
Rumusan
Page 3
Pengenalan Saham Keutamaan
Definisi Saham Keutamaan disebut dalam Akta Syarikat /
Companies Act 2016.
Secara umum, Saham Keutamaan dianggap sebagai instrumen
kacuk “hybrid instruments” yang menggabungkan ciri-ciri
ekuiti dan hutang.
Tiada satu standard / piawai khusus yang menyebut bahawa
saham keutamaan perlu dianggap ekuiti atau liabiliti dalam
financial statements sesebuah syarikat.
Menurut “Malaysian Financial Reporting Standard 132 on
Financial Instruments: Presentation”, klasifikasi sesuatu
instrumen kewangan sebagai liabiliti atau ekuiti adalah
bergantung kepada “substance” instrumen kewangan
tersebut, bukan sekadar zahir “legal form”. “Substance” akan
bergantung kepada hak dan obligasi dalam perjanjian yang
termeterai.
Justeru, menurut praktis semasa, saham keutamaan boleh
diklasifikasi sebagai ekuiti atau liabliti atau kedua-duanya
sekali bergantung kepada terma-terma dan syarat-syarat yang
terkandung dalam perjanjian.
Page 4
Definisi Saham Keutamaan (Companies
Act 2016)
Akta Syarikat 2016 telah mendefinisikan saham
utama sebagai saham yang dalam apa jua bentuk
nama yang tidak memberikan hak kepada
pemegangnya untuk mengundi ke atas sesuatu
resolusi atau sebarang hak untuk menyertai
melebihi apa yang telah dinyatakan amaunnya ke
atas sebarang pengagihan syarikat samada melalui
dividen atau penebusan, pembubaran atau
sebaliknya.
“preference share means a share by whatever name
called, which does not entitle the holder to the right
to vote on a resolution or to any right to participate
beyond a specified amount in any distribution
whether by way of dividend, or on redemption, in a
winding up, or otherwise”.
Page 5
… Definisi Saham Keutamaan
“Preference Shares
These are shares which carry the right to dividend
(normally fixed) which ranks for payment before
that of ordinary shareholders. Preference shares
may be preferred also as regards to distribution of
assets upon dissolution of the company.
Preference shares generally carry no voting rights,
but voting rights may be made contingent upon
failure to pay dividends on preference shares for a
certain period of time.”
http://www.bursamalaysia.com/market/securities/eq
uities/products/shares
Page 6
…..Definisi Saham Keutamaan
Preference shares, more commonly referred to as
preferred stock, are shares of a company’s stock
with dividends that are paid out to shareholders
before common stock dividends are issued. If the
company enters bankruptcy, the shareholders with
preferred stock are entitled to be paid from
company assets first. Most preference shares have
a fixed dividend, while common stocks generally do
not. Preferred stock shareholders also typically do
not hold any voting rights, but common
shareholders usually do.
http://www.investopedia.com/terms/p/preference-
shares.asp
Page 7
Secara umum perbezaan utama antara Saham Keutamaan dan Saham Biasa dapat dirumuskan seperti berikut :
1. Saham Biasa diterbitkan oleh syarikat dalam menjana modal dengan diberikan hak pemilikan dan undian. Manakala Saham Keutamaan pula adalah salah satu kelas saham yang akan diberi keutamaan dari sudut pembayaran dividen dan modal.
2. Saham Biasa lebih berpotensi untuk meningkat sekiranya pasaran baik berbanding Saham Keutamaan yang kadar peningkatannya agak terhad.
3. Modal dan keuntungan Saham Biasa tidak dijamin. Manakala Saham Keutamaan biasanya bersifat “fixed” dan dijamin bagi Saham Keutamaan konvensional.
4. Saham Biasa memberi hak mengundi, manakala Saham Keutamaan memberi hak keutamaan dalam bayaran dividen dan modal.
Perbandingan Saham Biasa & Saham Keutamaan
Page 8
5. Saham Biasa tidak boleh ditebus (redeemed), manakala Saham Keutamaan boleh ditebus berdasarkan terma-terma.
6. Saham Biasa tidak boleh ditukar (converted) kepada bentuk sekuriti lain, manakala Saham Keutamaan boleh ditukar kepada ekuiti atau hutang berdasarkan terma-terma.
7. Pemegang Saham Biasa tidak berhak ke atas tunggakan bayaran dividen sekiranya tidak dibayar pada tahun sebelumnya disebabkan ketidak cukupan dana. Pemegang Saham Keutamaan mempunyai hak ke atas tunggakan bayaran dividen tahun-tahun sebelumnya sekiranya belum dibayar. Jika tidak dibayar selepas suatu tempoh yang ditetapkan, pemegang Saham Keutamaan akan memperolehi hak mengundi.
…..Perbandingan Saham Biasa & Saham Keutamaan
Page 9
Jenis-Jenis Saham Keutamaan
Terdapat banyak bentuk saham keutamaan dalam pasaran antaranya:
a) Saham keutamaan boleh tebus (redeemable)
b) Saham keutamaan penyertaan (participating)
c) Saham keutamaan kumulatif (cumulative)
d) Saham keutamaan boleh tukar (convertible)
e) Saham keutamaan kadar menaik (increasing rate)
f) Saham keutamaan kekal/ tidak boleh tebus dan bukan kumulatif (perpetual / irredeemable & non-cumulative)
Page 10
Hukum Saham Keutamaan
Akademi Fikah Islam Antarabangsa O.I.C (Majmak al-Fiqh al-Islami) telah membincangkan isu Saham Keutamaan ketika membincangkan tajuk Pasaran Modal
المالية األسواق dalam persidangan ketujuh di Jeddah pada 9-14 Mei 1992.
Kertas kajian Syariah “Al-Aswaq al-Maliah fi Mizan al-Fiqh al-Islami” disediakan oleh Dr. Ali Muhyiddin al-Qurrah Daghi. Dalam resolusi no 63 1/7 Majmak telah memutuskan bahawa penerbitan Saham Keutamaan adalah tidak dibenarkan sekiranya ia mempunyai ciri-ciri kewangan yang menyebabkan jaminan modal atau jaminan keuntungan atau keutamaan ketika penggulungan Syarikat atau pembahagian keuntungan.
:األسهم الممتازة
ال يجوز إصدار أسهم ممتازة، لها خصائص مالية تؤدي إلى ضمان رأس المال أو ضمان
.قدر من الربح أو تقديمها عند التصفية، أو عند توزيع األرباح
.ويجوز إعطاء بعض األسهم خصائص تتعلق باألمور اإلجرائية أو اإلدارية
Page 11
….Hukum Saham Keutamaan
Majmak juga telah membincangkan isu Saham Keutamaan dalam resolusi no. 130 4/14 berhubung Syarikat Modern : Syarikat Induk dan lain-lain menurut Syariah pada 11-16 Januari 2003 di Doha dan merumuskan ia tidak dibenarkan seperti berikut :
(4/14) 130رقم قرار
الشرعيةالشركات القابضة وغيرها وأحكامها : بشأن الشركات الحديثة
يحرم على الشركة أن تصدر أسهم تمتع أو أسهم امتياز أو سندات : ثالثا .قرض
Page 12
Hukum Saham Keutamaan
AAOIFI dalam Piawai Syariah no 21 berhubung Al-Awraq al-Maliah (al-Ashum wa al-Sanadat), para 2/6 tidak membenarkan penerbitan Saham Keutamaan yang memberi ciri-ciri keutamaan kewangan ketika penggulungan Syarikat atau pembahagian keuntungan. Biarpun begitu, diharuskan dikhususkan kepada saham, kelebihan yang berkaitan dengan prosedur and pentadbiran seperti hak mengundi.
Perkara ini juga disebut dalam Piawai Syariah no 12 berhubung As-Syarikah, para 4/1/2/14. Mustanad atau asas tidak dibenarkan Saham Keutamaan adalah kerana ia akan menyebabkan tiadanya perkongsian keuntungan dan menyebabkan kezaliman kepada pemegang saham / rakan kongsi yang lain.
مستند عدم جواز إصدار أسهم ممتازة أن ذلك يؤدي إلى قطع االشتراك في الربح، ووقوع .الظلم على الشركاء اآلخرين
Page 13
Hukum Saham Keutamaan
Kertas kerja berhubung Al-Awraq al-Maliah (al-Ashum wa al-Sanadat) oleh Dr. Mubarak bin Sulaiman Ali Sulaiman dijadikan rujukan oleh AAOIFI dan diterbitkan dalam buku Dirasat al-Ma’ayir al-Syariyyah. Kajian ini telah menyebut sebab kenapa Saham Keutamaan tidak dibenarkan.
Kertas ini juga merujuk kepada pandangan ulama semasa yang tidak membenarkan Saham Keutamaan antaranya Dr. Abdul Aziz al-Khayyat, Dr. Soleh Bin Zabin al-Marzuqi, Dr. Muhammad Rawas Qalah Ji, Yusuf Kamal Muhammad, Dr. Muhammad Solah Sowi, Dr. Abdullah bin Muhammad al-Saidi, Dr. Ali Muhyiddin al-Qurrah Daghi dan Dr. Muhammad Abdul Ghaffar Syarif.
Page 14
Hukum Saham Keutamaan
Nadwah Al-Barakah dalam persidangannya ke-10 pada 8-9 Febuari 1995 di Jeddah telah membincangkan isu Saham Keutamaan dalam resolusi 10/9 dan telah mengambil maklum resolusi 65 (7/1) yang dikeluarkan oleh Majmak al-Fiqh al-Islami yang tidak mengharuskan Saham Keutamaan. Nadwah al-Barakah telah memutuskan bahawa tiada halangan Syariah untuk menerbitkan saham yang dinamakan keutamaan bagi memberi kelebihan kepada pemegang saham tersebut dari sudut nisbah keuntungan atau hak menebus saham selagi tidak dinafikan perkongsian dalam keuntungan dan dimestikan penebusan saham berdasarkan harga par (qimah ismiah)
لتفضيل حامليها من حيث نسبة الربح، ( ممتازة)فإنه ال مانع شرعا من إصدار أسهم تسمي أو بحق االسترداد، ما دامت ال تنقطع بها المشاركة في الربح وال يلتزم باستردادها بالقيمة
.السوقية
Page 15
…Hukum Saham Keutamaan
Nadwah Al-Barakah telah menggariskan beberapa bentuk Saham Keutamaan yang dibenarkan yang diterbitkan bagi menambah modal dalam jangka waktu tertentu :
Memberi pemegang saham baru hak menebus modal pada harga pasaran samada ditebus saham tersebut secara sepenuhnya atau sebahagian secara berperingkat berdasarkan harga pasaran bagi setiap bahagian yang ditebus. Hal ini tidak menyebabkan jaminan modal.
Menentukan keuntungan sebahagian saham secara nisbah umum yang dilaksanakan sekiranya ada keuntungan, kemudian diikuti oleh nisbah keuntungan lain sekiranya keuntungan melebihi kadar keuntungan yang ditetapkan. Ia dilaksanakan dengan dibezakan kadar keuntungan Saham Keutamaan dari saham-saham yang lain dan kaedah ini tidak menyebabkan penafian perkongsian dalam keuntungan.
Page 16
Hukum Saham Keutamaan (SC)
Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam mesyuaratnya ke-20 pada 14 Julai 1999, telah memutuskan bahawa saham keutamaan asas - basic preference share (non-cumulative) adalah dibenarkan berasaskan prinsip tanazul:
“The SAC ruled that non-cumulative preference shares are permissible based on tanazul where the right to profit of the ordinary shareholder is willingly given to a preference shareholder. Tanazul is agreed upon at an annual general meeting of a company which decides to issue preference shares in an effort to raise new capital. As it is agreed at the meeting to issue preference shares, this means that ordinary shareholders have also agreed to give priority to preference shareholders in dividing the profits, in accordance with tanazul. In the context of preference shares, tanazul means surrendering the rights to a share of the profits based on partnership, by giving priority to preference shareholders. It is also known as isqat haq in Islamic jurisprudence.”
Page 17
….Hukum Saham Keutamaan )SC(
MPS mengharuskan saham utama bukan kumulatif adalah berasaskan kepada prinsip tanazul yang mana hak keuntungan pemegang saham biasa diberikan dengan reda oleh pemegang saham biasa kepada pemegang saham utama. Persetujuan untuk tanazul ini dipersetujui semasa mesyuarat agung tahunan sesebuah syarikat yang memutuskan untuk menerbitkan saham utama sebagai usaha mendapatkan modal baru. Oleh kerana mesyuarat ini bersetuju untuk menerbitkan saham utama, maka ia bermakna pemegang-pemegang saham biasa telah bersetuju untuk mendahulukan pemegang saham utama dalam pembahagian keuntungan melalui prinsip tanazul.
Tanazul dalam konteks saham utama bermaksud menyerahkan hak yang sepatutnya diterima dalam pembahagian keuntungan berasaskan kepada prinsip perkongsian, dengan mendahulukan pemegang saham utama. Ia juga dikenali dalam istilah fikah sebagai isqat al-haq.
Page 18
….Hukum Saham Keutamaan
Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam mesyuaratnya ke-177 pada 29 Oktober 2015, telah memutuskan bahawa saham keutamaan yang dianggap sebagai liability dalam financial statements syarikat adalah dianggap hutang / pinjaman konvensional bagi tujuan kiraan debt over total assets ratio sekiranya memenuhi ciri-ciri berikut :
i. Cumulative;
ii. Redeemable; dan / atau
iii. Non-participatory.
“The SAC had resolved that preference shares which are classified
financial position, should be considered as conventional borrowing or debt
for the purpose of calculating the debt over total assets ratio, if they fulfil
the following features:
(i) cumulative;
(ii) redeemable; and/or
(iii) non-participatory.”
Page 19
Kajian Kes 1 : TH Heavy Engineering Berhad ICPS-i
Page 20
….Kajian Kes :
TH Heavy
Engineering
Berhad ICPS-i
Page 21
Jawatankuasa Syariah Hong Leong Islamic Bank telah meluluskan struktur ICPS-i atas asas berikut :
a) Keutamaan dari segi dividen
- MPS SC telah meluluskan non-cumulative preference shares atas asas tanazul di mana pemegang saham biasa secara sukarela telah memberi haknya kepada pemegang saham keutamaan.
- Menurut Syariah, pihak-pihak yang berakad dibenarkan untuk memberi keutamaan tertentu kepada pihak-pihak lain termasuk pembahagian dividen dengan syarat ia dilakukan apabila dividen / keuntungan telah terhasil (realized) dan kebenaran diperolehi dari pihak-pihak yang berakad.
- Biarpun kadar pemberian hak keutamaan / tanazul dalam dividen disebut dalam Mesyuarat Agong Luarbiasa THHE, pemberian hak tersebut hanya akan berlaku bila dividen telah terhasil dan akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah berasaskan mandat yang diberi oleh pemegang saham biasa. Hal ini dibenarkan Syarak kerana pemberian hanya berlaku selepas mereka memiliki hak tersebut dan boleh diberi kepada sesiapa.
….Kajian Kes : TH Heavy Engineering Berhad ICPS-i
Page 22
- Biarpun ICPS-i mempunyai ranking yang lebih tinggi dari segi pengagihan keuntungan dari pemegang saham lain, ia hanya akan berlaku setelah diluluskan oleh Lembaga Pengarah ketika pembahagian dividen setelah dipastikan keuntungan syarikat mencukupi untuk diagihkan. Kelulusan Lembaga Pengarah tersebut adalah berdasarkan mandat yang diberi oleh pemegang saham biasa. Hal ini diharuskan oleh Syarak.
- THHE boleh menangguhkan pengagihan dividen tersebut dan THHE adalah tidak berobligasi untuk membayar dividen atau dividen yang tertangguh sekiranya keuntungan syarikat tidak mencukupi untuk diagihkan. Justeru, isu jaminan modal tidak timbul dalam struktur ini.
- Target pengagihan dividen secara purata adalah sebanyak 20% selama 5 tahun. Oleh kerana pembayaran dividen boleh ditangguhkan sepanjang tempoh 5 tahun ini, ia boleh dianggap mempunyai ciri-ciri “cumulative”. Biarpun begitu ia berbeza dengan “cumulative” konvensional kerana THHE tidak mempunyai obligasi untuk membayar dividen sekiranya profit yang boleh diagihkan tidak mencukupi.
- Selepas conversion, ICPS- akan berkongsi kadar dividen yang sama seperti pemegang saham biasa.
….Kajian Kes : TH Heavy Engineering Berhad ICPS-i
Page 23
b) Keutamaan ketika “winding-up or liquidation”
- Dalam struktur THHE, semua pihak akan berkongsi aset yang diagihkan sekiranya ada. Sebarang “ranking” dari segi keutamaan dalam pengagihan aset ketika liquidation, winding-up, reduction of capital dan bayaran modal yang lain adalah tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah ketika berlaku keadaan tersebut berdasarkan mandat yang telah diberi oleh pemegang saham biasa.
- Tanazul hak dalam pengagihan aset dinyatakan oleh pemegang saham biasa dalam Mesyuarat Agong Luar Biasa dan tanazul ini hanya akan berlaku apabila berlaku perkara-perkara yang disebut di atas. Perkara ini dibenarkan oleh Syarak dan dianggap sebagai pemberian kepada pihak-pihak lain.
….Kajian Kes : TH Heavy Engineering Berhad ICPS-i
Page 24
c) Hak dan Tanggungjawab pemegang ICPS-i
- Pemegang ICPS-I akan menerima dividen berdasarkan kepada jumlah pegangan mereka terhadap ICPS-i. Target kadar purata dividen adalah dihadkan kepada 20% sepanjang tempoh ICPS-i. Sebarang pembayaran dividen keutamaan akan ditentukan oleh Lembaga Pengarah.
- Pemegang ICPS-i tidak boleh menamatkan perjanjian kerana tempoh ICPS-i sepanjang tempoh 5 tahun sehingga matang. Biarpun begitu, oleh kerana ICPS-i adalah disenaraikan di Bursa, pemegang ICPS-i boleh menjualnya kepada pihak lain dalam pasaran terbuka dan ianya dibenarkan Syarak.
- Sekiranya dividen yang diumum kurang dari kadar dividen target sebanyak 20%, pemegang saham ICPS-i hanya akan menerima dividen yang diumumkan sahaja. Biarpun begitu, pemegang saham biasa boleh menyerahkan haknya / tanazul terhadap lebihan keuntungan bagi memberi kelebihan kepada pemegang ICPS-i dengan kelulusan Lembaga Pengarah ketika berlaku dissolution dan winding-up.
….Kajian Kes : TH Heavy Engineering Berhad ICPS-i
Page 25
d) Undian
- Pemegang ICPS-i akan menyerahkan hak undian dalam Mesyuarat Agong THHE kecuali dalam keadaan berikut :
(a) sekiranya bayaran dividen atau sebahagiannya telah tertunggak lebih daripada 12 bulan;menerima dividen berdasarkan kepada jumlah pegangan mereka terhadap ICPS-i. Target kadar purata dividen adalah dihadkan kepada 20% sepanjang tempoh ICPS-i. Sebarang pembayaran dividen keutamaan akan ditentukan oleh Lembaga Pengarah.;
(b) Resolusi baru yang meminda hak dan kelebihan ICPS-i;
(c) Resolusi menutup THHE; dan
(d) Hal-hal lain yang diperuntukkan oleh undang-undang dari masa ke semasa.
- Dalam keadaan di atas, pemegang ICPS-i akan berhak mengundi sama seperti pemegang saham yang lain.
- Menurut Syariah, pihak-pihak yang berakad boleh bersetuju pengurusan perniagaan diserahkan kepada satu pihak termasuk hak mengundi dalam mesyuarat agong.
….Kajian Kes : TH Heavy Engineering Berhad ICPS-i
Page 26
e) Pindah Milik
- Pemegang ICPS-i boleh memindah milik ICPS-i kepada pihak-pihak lain berdasarkan kaedah pemindahan yang diakui Syarak seperti jual beli dan hibah
f) Mandatory Conversion
- ICPS-i adalah “convertible” dan boleh ditukar oleh pemegang ICPS-i ketika tempoh pertukaran tanpa sebarang bayaran iaitu tarikh penerbitan sampai tempoh matang selama 5 tahun.
- Kadar pertukaran “conversion” adalah 1 saham baru THHE bersamaan 1 ICPS-i yang dipegang. Tiada bayaran wang tunai dalam convertion tersebut.
- ICPS-i yang tidak ditukar sepanjang tempoh tersebut akan ditukar kepada saham baru THHE selepas tempoh matang tanpa sebarang bayaran.
- Menurut Syariah, pihak-pihak berakad boleh bersetuju kaedah penukaran “conversion” sebelum atau ketika sampai waktu matang. Dalam struktur ini, 1 ICPS-i akan ditukar kepada 1 saham biasa baru.
….Kajian Kes : TH Heavy Engineering Berhad ICPS-i
Page 27
g) Status Patuh Syariah THHE
- Ketika penerbitan ICPS-i, THHE mesti mengekalkan status patuh Syariah seperti yang digariskan oleh MPS SC. Biarpun aspirasi Syarikat untuk terus kekal berstatus Syarikat Patuh Syariah, tiada jaminan yang Syarikat boleh terus berstatus sedemikian khususnya perkara yang berkaitan financial ratio. ICPS-i akan disenarai dan diurus niaga di Bursa Securities. Justeru, sekiranya THHE bertukar statusnya menjadi sekuriti tidak patuh Syariah, pemegang ICPS-i berhak untuk menjualnya kepada pasaran sama seperti urus niaga saham biasa.
….Kajian Kes : TH Heavy Engineering Berhad ICPS-i
Page 28
Kajian Kes 2 : Kota Bayu Ekuiti Berhad RCPS-i
Page 29
….Kajian Kes :
Kota Bayu Ekuiti
Berhad RCPS-i
Page 30
Isu-Isu Syariah Dalam Saham Keutamaan
a. Asas Syariah dalam mengharuskan keutamaan
kewangan dalam musyarakah.
b. Bayaran keuntungan secara tetap “fixed” adalah
riba.
c. Kezaliman kepada pemegang saham lain
sekiranya keuntungan tidak cukup untuk
dikongsi dan diberi keutamaan kepada
pemegang saham keutamaan.
d. Jaminan modal dan keuntungan dalam struktur
keutamaan.
- Majallah Majmak al-Fiqh al-Islami, oleh Dr. Ali
Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, Bil. 7, Jilid 1, ms 113-115
- Fatawa Dubai Islamic Bank, Jilid 2, ms. 681-682
- Dirasat al-Ma’ayir al-Syariyyah AAOIFI, Jilid 2, ms
1389-1392
Page 31
Sukuk vs. Conventional Bond
Aspek Penjelasan
a) Kaedah Pengagihan Saham Keutamaan
• Asas keutamaan – tanazul
• Tiada jaminan modal dan keuntungan
• Senario dalam pengagihan keuntungan i.e pengagihan sepenuh atau sebahagian. Penangguhan bayaran dividen dll
b) Keutamaan
ketika
“winding-up
or liquidation”
• Asas keutamaan - tanazul
c) Undian • Asas Syariah – tanazul bersyarat dalam undian
Aspek-Aspek Kepatuhan Syariah Dalam
Penstrukturan Saham Keutamaan
Page 32
Sukuk vs. Conventional Bond Aspek Penjelasan
d) Kaedah Conversion
• Perlu ditentukan asas-asas Syariah dalam conversion
e) Status
patuh Syariah
Syarikat
• Tanggungjawab pemantauan berterusan status patuh
Syariah syarikat.
…Aspek-Aspek Kepatuhan Syariah Dalam
Penstrukturan Saham Keutamaan
Page 33
RUMUSAN
Page 34
1. Penerbitan Saham Keutamaan secara Islam perlu
memastikan wujudnya tadbir urus Syariah bagi
menjaga keyakinan umum.
2. Penerbitan Saham Keutamaan secara Islam perlu
memastikan aktiviti pelaburan, pembiayaan dan
urus niaga berkaitan patuh Syariah.
3. Struktur Saham Keutamaan secara Islam perlu
menjelaskan asas-asas kepatuhan kepada
prinsip-prinsip Syariah dan memastikan tidak
wujudnya elemen jaminan modal dan keuntungan
dalam struktur tersebut kerana ia adalah
berasaskan ekuiti.
4. Penasihat Syariah memainkan peranan yang
penting dalam memastikan Saham Keutamaan
secara Islam yang ditawarkan kepada awam
selaras dengan prinsip dan hukum Syarak.