motivasi teori tindakan bersebab

8
SED410 2015 Motivasi adalah salah satu daripada aspek yang penting dalam sukan. Ia akan mempengaruhi penglibatan atlet dalam aktiviti sukan, latihan, pertandingan dan sebagainya. Ia juga mungkin mempengaruhi minat dan kepuasaan seseorang atlit terhadap sukan yang diceburinya. Motivasi ialah sumber atau alat yang menggalakkan seseorang untuk mencapai matlamat dan seterusnya berusaha untuk mencapai matlamat tersebut (Cox, 1994). Motivasi juga boleh didefinisikan sebagai kekuatan dalaman yang menggerakkan dan membawa kepada tingkah laku ( Vincent dan Mohd. Sofian dalam Mohd. sofian, 2002). Motivasi juga merujuk kepada arah dan intensiti usaha seseorang individu (Sage, 1977 dalam Shaharudin, 2001). Motivasi boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran) Motivasi Intrinsik Menurut Singer (1984), motivasi instrinsik ialah motivasi yang timbul dari dalam hati seseorang itu sendiri. Motivasi ini timbul daripada keinginan dirinya sendiri untuk mencapai matlamat-matlamat seperti kesedaran tentang potensi dirinya, kejayaan, kepuasan dan keseronokan. Lazimnya, seseorang atlet yang bermotivasi intrinsik akan terus terlibat dalam sesuatu aktiviti. Ia lahir dalam diri seseorang atlet disebabkan oleh faktor-faktor dalaman dan minatnya tanpa dipaksa orang lain. Atlet yang mempunyai motivasi intrinsik akan mengikuti latihan peningkatan kemampuan atau pertandingan bukan kerana dorongan dari luar seperti hadiah, pujian, penghargaan dan publisiti, melainkan kerana kepuasaan dalam dirinya. Tambahan lagi, atlet Ain/SED410 Page 1

Upload: ain-hashim

Post on 10-Jul-2016

362 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Motivasi Teori Tindakan Bersebab

SED410 2015

Motivasi adalah salah satu daripada aspek yang penting dalam sukan. Ia akan mempengaruhi

penglibatan atlet dalam aktiviti sukan, latihan, pertandingan dan sebagainya.  Ia juga

mungkin mempengaruhi minat dan kepuasaan seseorang atlit terhadap sukan yang

diceburinya. Motivasi ialah sumber atau alat yang menggalakkan seseorang untuk mencapai

matlamat dan seterusnya berusaha untuk mencapai matlamat tersebut (Cox, 1994). Motivasi

juga boleh didefinisikan sebagai kekuatan dalaman yang menggerakkan dan membawa

kepada tingkah laku ( Vincent dan Mohd. Sofian dalam Mohd. sofian, 2002). Motivasi juga

merujuk kepada arah dan intensiti usaha seseorang individu (Sage, 1977 dalam Shaharudin,

2001).

Motivasi boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu motivasi intrinsik (dalaman) dan

motivasi ekstrinsik (luaran)

Motivasi Intrinsik

Menurut Singer (1984), motivasi instrinsik  ialah motivasi yang timbul dari dalam hati

seseorang itu sendiri. Motivasi ini timbul daripada keinginan dirinya sendiri untuk mencapai

matlamat-matlamat seperti kesedaran tentang potensi dirinya, kejayaan, kepuasan dan

keseronokan. Lazimnya, seseorang atlet yang bermotivasi intrinsik akan terus terlibat dalam

sesuatu aktiviti. Ia lahir dalam diri seseorang atlet disebabkan oleh faktor-faktor dalaman dan

minatnya tanpa dipaksa orang lain.

Atlet yang mempunyai motivasi intrinsik akan mengikuti latihan peningkatan kemampuan

atau pertandingan bukan kerana dorongan dari luar seperti hadiah, pujian, penghargaan dan

publisiti, melainkan kerana kepuasaan dalam dirinya. Tambahan lagi, atlet yang mempunyai

motivasi intrinsik biasanya tekun, bekerja keras, teratur dan berdisiplin dalam menjalani

latihan serta tidak bergantung kepada orang lain.

Motivasi Ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik ialah motivasi yang dirangsang oleh elemen luar seperti ganjaran untuk

mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan. Ganjaran itu adalah dalam pelbagai

bentuk seperti hadiah, hukuman, ugutan, penghargaan dan pengiktirafan (Mohd. Sofian,

2002). Motivasi ini hanya akan kekal seketika kerana atlet akan berusaha bersungguh-

sungguh apabila ganjaran disediakan. Ganjaran kebendaan lebih cepat hilang jika

dibandingkan dengan ganjaran kepuasan atau motivasi dalaman.

Ain/SED410 Page 1

Page 2: Motivasi Teori Tindakan Bersebab

SED410 2015

Motivasi berbentuk hukuman digunakan oleh jurulatih sukan sebagai dorongan atau

rangsangan untuk mencapai sesuatu kejayaan. Keadaan ini tidak begitu baik kerana pemain

lain akan turut berada dalam keadaan tertekan dan ketakutan malahan tidak menyeronokkan.

Hukuman boleh meningkatkan motivasi atlet untuk memperbaiki diri dan prestasinya.

Namun, hukuman dan dendaan yang keterlaluan akan menjejaskan dan mendatangkan kesan

negatif untuk jangka masa panjang.

Sebagai contoh, pertandingan badminton terbuka Malaysia menawarkan hadiah beratus ribu

ringgit dan ini menjadi motivasi ekstrinsik kepada pemain baik dari dalam atau luar negara

bersaing merebut ganjaran lumayan yang ditawarkan. Ini kerana pemain menjadikan

pertandingan sebagai mata pencarian atau sumber kewangan dalam hidup, Oleh itu mereka

bersungguh-sungguh untuk memenangi hadiah.

Menurut Robert S.Weinberg and Daniel Gould(1999) from Human Kinetics Journal

mengatakan orang yang mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal lebih dari satu sebab,

sebagai contoh angkat berat, selain daripada untuk mendapat bentuk badan yang menarik,

mereka juga merasa gembira dan merasa seronok bersama-sama rakan yang sama minat

dalam aktiviti angkat berat. Selain daripada baik utuk kesihatan dan memberi motivasi

kepada orang lain untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik.

Perbezaan Jantina dalam motivasi. Beberapa perbezaan jantina wujud dalam motivasi untuk

penglibatan sosial. Sebagai contoh, Sirard, Pfeiffer, dan Pate (2006) mengkaji faktor-faktor

motivasi yang berkaitan dengan penyertaan sukan di lebih 1600 pelajar sekolah menengah.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa berseronok motif yang diberi nilai tertinggi bagi semua

kanak-kanak. Apabila motif dibandingkan dengan jantina, kanak-kanak perempuan lebih

kepada faedah sosial dan kemahiran, persaingan, dan kecergasan sebagai motif utama

manakala kanak-kanak lelaki menekankan persaingan, faedah sosial, dan kecergasan yang

paling kerap. Penulis merumuskan bahawa kanak-kanak lelaki sekolah menengah mempunyai

daya tarikan yang lebih kepada aspek-aspek yang kompetitif sukan manakala kanak-kanak

perempuan mempunyai daya tarikan yang lebih kepada aspek-aspek sosial. Kesimpulan

daripada kajian ini adalah terhad kepada kumpulan umur sampel; tetapi mereka menekankan

kepentingan mengiktiraf bahawa walaupun lelaki dan perempuan mungkin mempunyai

banyak motif yang sama untuk sukan dan penglibatan aktiviti fizikal, perbezaan yang penting

mungkin menjadi nyata.

Ain/SED410 Page 2

Page 3: Motivasi Teori Tindakan Bersebab

SED410 2015

Theory of Reasonable Action (Ajzen and Fishbein,1980 and Penny,1996) merupakan teori

tindakan oleh seseorang untuk melakukan aktiviti fizikal berdasarkan sebab-sebab tertentu.

Teori ini menghuraikan tentang tingkah laku manusia. Ianya berkaitan dengan motivasi

manusia yang dipengaruhi oleh sesuatu tingkah laku. Perubahan tingkah laku manusia

dipercayai ditentukan oleh tahap keinginan dan perubahan tingkah laku untuk melakukan

sesuatu tindakan terhadap objek bergantung kepada situasi tertentu dan pada masa yang

ditetapkan.

Berdasarkan teori tersebut, tahap keinginan boleh meramal pelbagai jenis tingkah laku

dengan ketepatan yang tinggi berdasarkan peristiwa yang berlaku pada individu tersebut.

Beberapa elemen utama terlibat dalam proses atau peristiwa tahap keinginan tersebut ke arah membentuk sesuatu bentuk tingkah laku yang baru (Ajzen 1991). Pertama, melibatkan sikap tingkah laku yang merujuk sebagai tahap mana penilaian setiap individu yang menyenangi sesuatu bentuk tingkah laku. Kedua, tahap keinginan adalah norma subjektif yang merujuk kepada penerimaan tekanan sosial untuk mempersembahkan sesuatu bentuk tingkah laku. Ketiga, adalah merujuk kepada darjah kawalan tingkah laku. Kawalan tingkah laku bermaksud tahap keinginan yang berkait rapat dengan tingkah laku di mana tingkah laku digerakkan pada masa yang sama tingkah laku yang dingini digerakkan atau dipersembahkan Fishbein dan Ajzen (1975). Walau bagaimanapun, teori ini mencadangkan hanya tahap keinginan sahaja yang memberi kesan secara terus kepada tingkah laku, manakala tahap keinginan pula dipengaruhi oleh sikap.

Sikap terhadap tingkah laku merujuk kepada penilaian individu ke tahap mana individu tersebut menyenangi atau tidak menyenangi sesuatu bentuk tingkah laku (Ajzen 1991; Fishbein dan Ajzen 1975; Hisrich et al 2008). Sikap dikatakan mempunyai kesan ke atas tingkah laku tertentu dan berkait rapat dengan dengan perasaan setiap individu sama ada perasaan yang positif mahupun perasaan yang negatif (Ajzen 1991; Ajzen dan Fishbein 1975).

Ain/SED410 Page 3

Page 4: Motivasi Teori Tindakan Bersebab

SED410 2015

Teori Tindakan Bersebab boleh diringkas seperti

gambarajah berikut.

Ain/SED410 Page 4

Page 5: Motivasi Teori Tindakan Bersebab

SED410 2015

Bila saya kaitkan dengan aktiviti fizikal mengikut teori ini, ini lah hasilnya;

Dalam artikel daripada The New York Times (Monday October 26,2015) menyatakan

kurangnya motivasi menyebabkan orang berhenti bersenam. Oleh itu penulis menyarakan

beberapa tips untuk meningkatkan motivasi dalam diri antaranya bersenam bersama rakan

yang sama-sama minat dalam aktiviti senaman. Selain itu terdapat juga perbezaan motivasi

antara lelaki dan wanita. Wanita yang mengalami masalah berat badan akan lebih bermotivasi

untuk melakukan aktiviti fizikal bagi memgurangkan berat badan berbanding dengan lelaki

melakukan aktiviti untuk mendapatkan otot yang menarik.

Program Jom Kurus 1 Malaysia (6 weeks) yang diilhamkan oleh YB Khairy Jamaludin yang

disokong oleh NGO dan Belia Malaysia sedikit sebanyak memberi kesedaran terutama

golongan belia untuk sama menyahut cabaran untuk mengurangkan berat badan. Malaysia

merupakan Negara yang tertinggi di Asean yang menghadapi masalah obestiti. Ini

merupakaan satu cabaran dan memerlukan motivasi yang tinggi dan iklan yang berkesan

Ain/SED410 Page 5

Perceived Consequence

Saya rasaa selalu letih dan sakit kaki bila saya naik tangga

Significant Others

Doctor nasihatkan supaya saya rajin bersenam dan jaga makan

Attitudes

Saya kena rajin bersenam suapaya tidak sakit lagi

Subjective norma

Kawan-kawan mengajak masuk kelas aerobic suapaya saya ber semangat untuk bersenam

Intentions

Saya rasa sangat bermotivasi tinggi untuk bersenam

Behaviours

Saya tidak lagi merasa letih dan sakit kaki kerana saya kerap bersenam dan merasa seronok melakukan aktiviti senaman

Page 6: Motivasi Teori Tindakan Bersebab

SED410 2015

untuk mengajak orang ramai menyertai kempen ini. Aktiviti ini tidak memerlukan masa yang

panjang, sekurang-kurangnya 20 minit sehari diperlukan untuk membuat aktiviti fizikal. Ia

akan meninggalkan impak yang lebih berkesan.

Berdasarkan Teori Tindakan Bersebab (Ajzen & Fishbein,1980) menggunakan dua unsur,

sikap dan norma (atau jangkaan orang lain), untuk meramalkan niat tingkah laku. Iaitu,

apabila sikap kita membawa kita untuk melakukan satu perkara tetapi norma-norma cadangan

kita perlu melakukan sesuatu yang lain, kedua-dua factor yang mempengaruhi niat tingkah

laku kita. Sebagai contoh; Puan Kiah mahu bersenam untuk mendapatkan berat badan yang

ideal, tetapi Cik Peah dan Cik Tijah mencadangkan dia mengambil ubat diet kerana

merasakan adalah sangat mustahil dia boleh bersenam memandangkan dia bekerja mengikut

shift. Adakah Puan Kiah akan meneruskan niatnya atau mengikut norma-norma rakan-rakan

nya mengambil ubat diet untuk kurus. Sikap inilah yang menjurus kepada niat kita.

Ain/SED410 Page 6