linguistik diakronik - de saussure & chomsky

10
FERDINAND DE SAUSSURE NOAM CHOMSKY LINGUISTIK DIAKRONIK

Upload: noraniezahwati-sabit

Post on 11-Aug-2015

119 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Linguistik Diakronik

TRANSCRIPT

Page 1: Linguistik Diakronik - De Saussure & Chomsky

FERDINAND DE SAUSSURENOAM CHOMSKY

LINGUISTIK DIAKRONIK

Page 2: Linguistik Diakronik - De Saussure & Chomsky

Ferdinand de Saussure dikenali sebagai Bapa Linguistik Moden. Beliau telah mengetengahkan konsep:

> Linguistik diakronik dan linguistik sinkronik> Langue, parole dan langage> Bentuk dan bahan,> Bentuk dan makna> Sintagmatik dan paradigmatik

Linguistik diakronik ialah subdisiplin linguistik yang mengkaji perkembangan bahasa dari semasa ke semasa, iaitu kajian yang bersifat vertikal

Page 3: Linguistik Diakronik - De Saussure & Chomsky

Langage bermaksud bahasa secara umum, langue bermaksud bahasa tertentu, dan parole bermaksud dialek, ucapan, ujaran, pertuturan.

Langage: objek paling mujarad, langue: objek mujarad, dan parole: objek konkrit.

Bentuk merujuk bunyi, dan bahan merujuk idea. Bahasa mengandung sistem nilai bukan koleksi unsur yang ditentukan oleh bahan.

Page 4: Linguistik Diakronik - De Saussure & Chomsky

Sistem nilai ditentukan oleh keterbatasannya. Contoh: tari dan lari. Dua kata ini berbeda bukan kerana perbedaan fonem / t / dan / l /, tetapi perbedaan nilai dalam sistemnya, iaitu / t / dan / l / membedakan makna.

Lambang merupakan gabungan antara bentuk dengan makna. Kata yang diucapkan sebagai / rumah / ialah bentuk yang mengandung makna rumah. Makna rumah itu merupakan abstraksi daripada sesuatu yang wujud di luar bahasa. Lambang dalam sistem tidak berubah, tetapi realitinya boleh berubah dan berbeda.

Page 5: Linguistik Diakronik - De Saussure & Chomsky

NOAM CHOMSKYNoam Chomsky telah menghasilkan Syntactic

Structures (1957). Kewujudan buku ini memulakan fasa linguistik baharu, dan revolusi ilmiah dalam linguistik.

N. Chomsky berpendapat bahawa tingkat kajian linguistik dalam fonetik, fonologi, morfologi dan sintaksis belum merupakan deskripsi linguistik yang tuntas, tetapi merupakan tatacara untuk mencapai kajian linguistik yang tuntas.

Page 6: Linguistik Diakronik - De Saussure & Chomsky

Buku Chomsky Aspects of the Theory of Syntax (1965) menampakkan pendiriannya yang lebih jelas. Teorinya dikenali dengan nama Teori Tansformasi Generatif.

Chomsky beranggapan bahawa tatabahasa terdiri daripada tiga komponen asas, iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.

Page 7: Linguistik Diakronik - De Saussure & Chomsky

Kemampuan ialah pengetahuan penutur terhadap bahasa ibundanya, dan perlakuan ialah penampilan bahasa penutur dalam kegiatan harian. Dalam pertuturan harian, kecekapan berbahasa tidak merupakan refleksi kemampuan.

Dari sudut semantik, tatabahasa ialah yang didengar dan dilatih dahulu sewaktu belajar bahasa.

Ayat terdiri daripada dua struktur, iaitu struktur luaran dan struktur dalaman. Struktur bahasa ialah peristiwa bahasa dalam bahasa berkenaan.

Struktur bahasa mencakup susunan fonem, susunan kata, susunan frasa, lagu bicara dan intonasi.

Page 8: Linguistik Diakronik - De Saussure & Chomsky

Struktur luaran ialah pewujudan sintaksis peringkat akhir ayat yang menjadi input komponen fonologi, iaitu ayat sebenar yang diucapkan. Contoh:

> A menonton teater (aktif)> Menonton teater, A (aktif songsang)> Teater ditonton (oleh) A (pasif)> Ditonton oleh A teater (pasif songsang)

Contoh ini menunjukkan bahawa struktur luarannya berbeda, walaupun struktur dalamannya sama.

Page 9: Linguistik Diakronik - De Saussure & Chomsky

Struktur dalaman ialah pewujudan sintaksis abstrak ayat, yang menentukan faktor pengawalan interpretasi ayat. Contoh:> A menonton teater, menonton teater A, teater ditonton oleh A…

Ayat di atas sama struktur dalamannya, tetapi berbeda struktur luarannya.

Terdapat juga struktur luaran yang sama, tetapi struktur dalamannya berbeda. Contoh:> Kereta api lama berhenti di Serdang.

lama = masa, lama = sifat.

Page 10: Linguistik Diakronik - De Saussure & Chomsky

Proses perlakuan bahasa dan kemampuan bahasa dapat dilihat dengan jelas dalam skema laku ucapan Teori Chomsky.

Teori linguistik bersifat mental. Tugas linguis mengikut Chomsky: mencari dan menerangkan kemampuan linguistik nurani penutur jati.

Penganalisisan kalimat dapat dilakukan menerusi tatabahasa model generatif, dan penanda frasa.