larian bertanti-ganti
TRANSCRIPT
PENGENALAN• Kebanyakkan kanak-kanak tertarik kepada acara
perlumbaan lebih-lebih lagi lari berganti-ganti.
• Disebabkan itu, motivasi untuk mereka mengambil
bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan lari
berganti-ganti tidak menjadi masalah.
• Perhatian yang utama hendaklah diberikan
kepada pengajaran pertukaran baton yang cekap
dan pemahaman prinsip-prinsip asas dalam
perlumbaan lari berganti-ganti daripada guru
kepada pelajar sebelum memulakan latihan.
(a) Blok Permulaan:
digunakan dalam semua acara lari berganti-
ganti.
digunakan oleh pelari pertama.
cara memegangnya boleh disesuaikan
mengikut keselesaan atlit.
Cara mengukur blok boleh dilakukan dengan cara berikut:
(i) Letakkan blok permulaan dalam ukuran 1 kaki dari
garis permulaan.
(ii) Letakkan pedal dua kaki daripada garis permulaan.
(iii) pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kaki
daripada garis permulaan.
(b) Baton
alat yang penting dalam acara lari berganti-
ganti.
berbentuk tiub bulat bergeronggang dan
berpermukaan licin diperbuat daripada
kayu, logam atau apa jua bahan yang keras
sebatang penuh.
berukuran tidak lebih daripada 30sm dan
tidak kurang daripada 28sm. Ukur lilitnya
hendaklah antara 12sm dan 13sm yang
beratnya tidak kurang daripada 50gm.
diwarnakan supaya senang dilihat ketika
dibawa berlari.
hendaklah dipegang sepanjang larian.
penyerahan baton kepada rakan sepasukan
dilakukan di dalam zon penukaran (20 meter).
Teknik/Gaya Penukaran Baton
Terdapat dua gaya utama penukaran baton
yang digunakan, iaitu:
(a) Gaya selang-seli tanpa pandang
(b) Gaya selang-seli cara pandang
(a)Gaya selang-seli tanpa pandang
diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-
ganti 4x100 meter.
pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton
dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula
menerima dan membawa baton dengan tangan kanan.
Perhatian: semasa menerime baton, pelari tidakmenoleh ke belakang.
Menerima baton gaya selang-seli tanpapandang:
Pelari yang sedang menunggu akan mula berlari sebaiksahaja pembawa baton sampai di tandaan
Kemudian pelari yang membawa baton memberi isyaratkepada pelari yang berada di hadapannya.
Pelari yang berada di hadapan akan menghulurkan tanganke belakang untuk menerima baton daripada pelari yang membawa baton.
Pada masa yang tepat, baton itu diletakkan ke dalamtangan penerima.
(b)Gaya selang-seli cara pandang
diberi nama semasa pertukaran baton dilakukan, pelari
yang menerima baton akan menoleh ke belakang dan
memerhati pemberian baton daripadanya.
adalah menjadi tugas pembawa baton meletakkan baton ke
dalam tangan penerima.
biasanya pemberian itu dilakukan dengan pergerakan ke
bawah.
Cara memberi baton
• Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi
baton.
• Beri isyarat kepada penerima.
• Hulurkan baton dengan tangan yang lurus.
• Perhatikan tangan penerima dan letakkan bahagian
hujung baton ke dalam tangannya.
Cara menerima baton
• Selalu berada dalam keadaan sedia.
• Menoleh untuk memandang pelari yang membawa
baton.
• Sediakkan tandaan. Berlepaslah dengan pantas
sebaik sahaja pelari yang membawa baton sampai di
tandaan itu. Jangan menoleh ke belakang semasa
berlari(gaya tanpa pandang).
• Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar
isyarat daripada pelari yang sedang membawa baton.
• Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.
Nota:
Adalah menjadi tugas pembawa baton untuk
meletakkan baton ke dalam tangan penerima.
Sekiranya baton yang dibawa terjatuh ke tanah semasa
melakukan pertukaran, pembawa baton tadi
dikehendaki mengutip baton terjatuh itu semula dan
memberikannya kepada pelari yang menunggu.
Baton hendaklah dihantar kepada penerimanya di
dalam lingkungan zon penukaran baton sejauh 20
meter.
Latihan Ansur Maju Penukaran Baton
A. Latihan statik-berpasangan.
B. Ulang latihan statik di atas dengan
menggunakan baton.
C. Latihan bergerak-berpasangan.
D. Latihan bergerak-berpasangan.
Latihan statik-berpasangan
melibatkan dua perserta.
Perserta A berdiri lebuh kurang satu meter di
belakang perserta B.
Perserta A memberi isyarat kepada perserta B.
Perserta B menarik tanggannya ke hadapan sebaik
sahaja Peserta A menepuknya dengan tangan kiri.
Lakukan aktiviti ini secara berulang-ulang.
Latihan bergerak-berpasangan
memerlukan dua peserta.
dilakukan sambil berlari anak(joging)
Peserta A akan berlari ke hadapan Peserta B setelah
memberi baton kepadanya.
Peserta B menghantar baton kepada Peserta A.
Teruskan latihan yang serupa buat beberapa kali.
Latihan bergerak-berpasangan
Asingkan kedudukan kedua-dua peserta dalam jarak
lebih kurang 30 meter.
Peserta A berlari apabila dia sampai di
tandaan,Peserta B pula akan mula berlari.
Peserta A terus mengejar Peserta B untuk memberi
baton kepadanya.
Jarak tandaan bolehlah diubah mengikut kesesuaian.
NOTA:
• Latihan-latihan yang telah disebutkan di atas boleh
dilakukan oleh empat hingga enam orang peserta
dalam satu barisan.
• Semasa menjalankan latihan, guru yang mengajar
hendaklah menggalakkan para pelajarnya memerhati
kawan-kawan mereka dan meneliti sama ada teknik
atau cara yang dipraktiskan itu betul atau tidak.
KEDUDUKAN PELARI DAN ZON PENUKARAN BATON
Petunjuk dan simbol-simbol:
M : garis mula dan tamat.
a : menandakan mulaan dan akhiran zon penukaran
baton ( 20 meter ).
b : garis 10 meter di belakang zon penukaran baton.
Peserta tidak
dibenarkan menunggu di belakang garis ini.
P : peserta; p1, p2, p3 dan p4. ( tidak semua berada di
garis ini ).
Jenis –jenis larian:
Bagi acara 4 x 100 meter, kedudukan para pelari
adalah seperti berikut; pelali pertama berada pada
p1, pelari kedua pada kedudukan p2, pelari ketiga
pada p3 dan pelari keempat pada p4.
Bagi acara 4 x 200 meter pelari pertama dan pelari
ketiga berada pada kedudukan p1 manakala pelari
kedua dan keempat berada pada kedudukan p3.
Kedudukan pelari bagi acara 4 x 400 meter
pula, kesemua pelari berada pada kedudukan p1.
1. Pelari pertama:
dapat memulakan larian yang baik.
pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin
seorang yang kurang cekap semasa menerima baton.
2. Pelari kedua:
merupakan perlari yang terpantas di bahagian lurus.
cekap menerima dan memberi baton dengan tangan
kirinya.
3. Pelari ketiga:
pantas berlari di bahagian selekoh.
cekap menerima dan memberi baton dengan tangan
kanannya.
4. Pelari keempat:
tidak semestinya seorang pelari yang terpantas di
dalam pasukannya.
pantas berlari di bahagian lurus.
merupakan pelari yang penuh keazaman dan tenang.
2 POSISI MULAAN UNTUK PELARI KEDUA, KETIGA DAN KEEMPAT
1. Pelari-pelari ( yang akan menerima baton daripada pelari
yang masuk) mengambil posisi mulaan berdiri, sambil
memandang dari atas bahu diri pelari masuk yang membawa
baton.
2. Apabila pelari yang masuk sampai pada tanda
tertentu, pelari yang keluar menghadap ke hadapan dan
mula belari pecut secepat mungkin tanpa memandang
belakang.
Penempatan pelari-pelari adalah tanggungjawabjurulatih. Di bawah terdapat 2 contoh susunan pasukan:
Contoh 1Pelari Pertama Ketiga terbaikPelari Kedua Keempat terbaikPelari Ketiga Kedua terbaikPelari Keempat Terbaik
Contoh 2Pelari Pertama Ketiga terbaikPelari Kedua Terbaik (untuk mencapai jarak terluas)Pelari Ketiga Keempat terbaikPelari Keempat Kedua terbaik
Aktiviti yang boleh dijalankan di kalangan pelajar
untuk mengalakkan perlumbaan lari berganti-ganti
ini:
(a) Lari berganti-ganti dan tukar tempat.
(b) Lari berganti-ganti berbentuk roda.
(c) Lari berganti-ganti mengelilingi skitel.
(d) Lari berganti-ganti 30 meter.
(a) Lari berganti-ganti dan tukar tempat
• memerlukan 4 peserta.
• peserta 1 dan 3 membawa baton.
• peserta 1 memulakan larian dan memberikan baton kepada peserta
2.
• setelah menerime baton, peserta 2 akan berlari dan mencuit tangan
peserta 3.
• peserta 3 akan terus lari dan menyerahkan baton kepada peserta 4.
yang akan memecut ke hadapan.
• Ulang pusingan kedua dengan peserta 4 menjadi pelari pertyama
manakala peserta 1 akan berada di tempat kedua dan seterusnya.
(b) Lari berganti-ganti berbentuk roda.
• peserta-peserta disusun mengikut kedudukan.
• permainan dimulakan dengan peserta 1 setiap
kumpulan berlari dalam satu kumpulan.
• peserta 1 kemudian akan menyerahkan baton kepada
peserta 2 yang sedang menunggu gilirannya di tempat
yang telah dikosongkan oleh peserta 1.
• diteruskan sehingga semua peserta mendapat peluang
untuk berlari.
(c) Lari berganti-ganti mengelilingi skitel.
• Permainan dimulakan dengan peserta 1 setiap kumpulan
berlari ke hadapan mengelilingi skitel.
• Selepas itu berlari ke belakang kumpulannya untuk
mengelilingi satu skitel lagi. Peserta 2 akan meneruskan
perlumbaan setelah menerima baton daripada peserta 1.
• Semua peserta mesti menunggu giliran mereka di sebelah
kanan kumpulan masing-masing.
• Kumpulan yang terlebih dahulu menamatkan perlumbaan
dikira pemenang.
(d) Lari berganti-ganti 30 meter.
• Gunakan kawasan tengah gelanggang bola
jaring sebagai zon penukaran baton(10
meter).
• Setiap peserta dikehendaki berlari sejauh 30
meter dan 10 meter di dalam zon.
Peraturan-peraturan semasa PerlumbaanLARI BERGANTI-GANTI
• Garisan-garisan setebal 5sm dibuat merentasibalapan menandakan jarak peringkat larian danmenentukan garisan pembahagi (scratch).
• Setiap zon sambut hendaklah berjarak 20 meter dengan garisan pembahagi (scratch) di tengah-tengahnya.
• Zon sambut bermula dan tamat dari sisigarisannya yang menghala garisanpermulaan, dari arah peserta datang.Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400 meter (atau zon sambut kedua 4 x 200 meter) sama dengan garisan permulaan 800 meter.
• Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400 meter ialahgarisan 10 meter di kedua-dua belah garisanpermulaan atau penamat.
• Lengkuk yang merintasi balapan pada permulaanmemotong masuk pelari kedua (4 x 400 meter) danpelari ketiga (4 x 200 meter) di awal bahagian lurusseberang padang hendaklah sama dengan garisanmemotong masuk bagi acara 800 meter, sepertidijelaskan dalam Peraturan 163.5.
• Lari berganti-ganti 4 x 100 meter dan kalau boleh 4 x 200 meter hendaklah dijalankan dalam lorongsepenuhnya. Dalam acara 4 x 200 meter ( jika tidakdijalankan dalam lorong ) dan 4 x 400 meter, pusinganpertama serta sebahagian daripada pusingan keduasehingga ke garisan memotong masuk, hendaklahdijalankan sepenuhnya di dalam lorong.
• Dalam 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter, pelari-pelarikecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu, bolehmemulakan lariannya tidak melebihi 10 meter keluardaripada zon sambutnya (lihat perenggan 2 di atas). Satu tanda jelas akan diletakkan pada setiap lorongbagi menandakan had luar zon ini.
• Dalam 4 x 400 meter, pelari kedua akan memulakanlariannya di dalam lorong dan tidak dibenarkankeluar dari zonnya malah dikehendaki meyambutbaton dari dalam zon tersebut. Sama juga bagi pelariketiga dan keempat mesti menyambut baton daridalam zon.
• Pelari kedua setiap pasukan akan berlari di dalam lorong
sehingga menghampiri garisan memotong selepas selekoh
pertama di mana atlet boleh meninggalkan lorong masing-
masing. Garisan memotong hendaklah melengkung selebar
5 cm, merentasi balapan ditanda, pada setiap hujung
dengan sehelai bendera. Sekurang-kurangnya setinggi
1.50m, terletak di luar balapan, 30 cm daripada garisan
yang paling hampir.
• Pelari-pelari ketiga dan keempat 4 x 400 m hendaklah
mendengar arahan pegawai-pegawai yang
ditetapkan, menunggu untuk menyambut baton
mengikut susunan pelari pasukan masing-masing
setelah melepasi tanda 200 m balapan (dari dalam ke
luar). Setelah pelari-pelari diletakkan dalam susunan
ini, mereka tidak lagi boleh berubah tempat di awal zon
sambut. Sekiranya mana-mana atlet tidak mengikut
peraturan ini, beliau akan menyebabkan pembatalan
pasukannya.
• Dalam sebarang acara lari berganti-ganti, apabila
lorong tidak digunakan termasuk bila sesuai,
dalam acara 4 x 200 m dan 4 x 400m, atlet yang
menunggu boleh masuk kawasan dalam balapan
apabila ahli pasukan menghampiri, dengan syarat
mereka tidak menghalang atau menggangu atlet
lain. Dalam acara 4 x 200 m dan 4 x 400 m atlet
yang menunggu hendaklah mengekalkan urutan
seperti dalam perenggan 9.
• Tanda pengenalan (Check Marks). Sekiranya keseluruhan
atau sebahagian lari berganti-ganti itu dijalankan mengikut
lorong, seseorang peserta boleh membuat tanda
pengenalan sendiri dengan menggunakan pita
pelekat, maksimum 5 sm x 40 sm, berwarna terang yang
tidak boleh sampai mengelirukan tanda-tanda sebenar di
balapan. Bagi balapan bitumen atau rumput, pelari boleh
membuat tanda dengan menggariskan balapan. Dalam apa
jua keadaan tidak ada tanda lain boleh dibuat.
• Peringatan I :Bagi membantu peserta-peserta mengenal
pasti lengkuk memotong masuk, kon-kon atau prisma kecil
(5 sm x 5 sm), yang tidak melebihi tingginya 15 sm yang
berlainan warna dengan garisan lengkuk tersebut bolehlah
diletakkan di setiap
titik sebelum pertemuan garisan lengkuk tadi dengan
garisan lorong.
• Peringatan II : Dalam larian 4 x 200 m dan 4 x 400 m yang
disertai oleh tidak lebih daripada empat
pasukan, disarankan hanya selekoh pertama pusingan
pertama dijalankan mengikut lorong.
• Baton berbentuk tiub bulat bergeronggang dan berpermukaanlicin diperbuat daripada kayu, logam atau atau apa jua bahanyang keras sebatang penuh, berukuran tidak lebih daripada 30 sm dan tidak kurang daripada 28 sm. Ukur lilitnya hendaklahdiantara 12 sm dan 13sm yang beratnya tidak kurang daripada50 gm. Ia wajar diwarnakan supaya senang dilihat ketika dibawaberlari.
• Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, iahendaklah diambil balik oleh atlet yang menjatuhkannya. Beliauboleh meninggalkan lorongnya untuk mengutip baton tadiasalkan tindakan ini tidak mengurangkan jarak yang patutdihabiskannya, Asalkan peraturan ini diguna pakai dan tindakantadi tidak menggangu atlet lain, terlepas baton tidakmengakibatkan pembatalan.
• Dalam semua lari berganti-ganti, baton hendaklah diserahkan di
dalam zon sambut. Penyerahan baton bermula sebaik sahaja ia
menyentuh pelari yang menerima dan selesai apabila baton telah
benar-benar berada di dalam genggaman pelari yang menerima
tadi.
• Peserta-peserta tidak dibenarkan memakai sarung tangan atau
meletak bahan di tangan mereka supaya memperolehi genggaman
yang lebih baik. Dalam kawasan zon sambut, hanya kedudukan
baton yang menjadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh atau
kaki dan tangan peserta yang dipersoalkan. Pertukaran baton di luar
zon penukaran akan mengakibatkan pembatalan.
• Sebelum dan atau setelah menyerahkan baton, peserta
hendaklah berada di dalam zon atau lorong masing-masing
sehingga balapan tidak berhalangan supaya tidak
menghalang peserta-peserta lain. Peraturan 163.3 dan 4
tidak akan bersabit atlet-atlet ini. Sekiranya seseorang
peserta itu secara sengaja menggangu peserta lain dengan
melintas keluar dari lorongnya setelah selesai menyerahkan
batonnya, tindakan beliau ini boleh mengakibatkan
pasukan beliau dibatalkan.
• Bantuan dengan mendorong atau cara lain akan
menyebabkan pembatalan.
• Sebaik sahaja pasukan lari berganti-ganti memulakan
pertandingan, hanya dua orang atlet sahaja yang boleh
menjadi pengganti (simpanan) untuk pusingan-pusingan
berikutnya. Penggantian hanya boleh dibuat dengan atlet-
atlet yang telah didaftarkan sejak dari mula, sama ada
untuk acara berkenaan atau acara lain. Jika sesuatu
pasukan tidak mengikut peraturan ini ia akan dibatalkan.
• Komposisi dan susunan larian peserta-peserta hendaklah diistiharkan
secara rasmi tidak melebihi sejam sebelum masa panggilan pusingan
pertama setiap pusingan pertandingan. Pertukaran selepas ini akan
dibuat hanya atas sebab kecederaan ( dan ianya hendaklah disahkan
oleh pegawai perubatan yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola).
Paukan berkenaan boleh membuat demikian hanya sehingga masa
panggilan terakhir untuk saringan pasukan yang bertanding itu.
• Apabila seseorang atlet itu telah digantikan oleh peserta
simpanan, beliau tidak boleh berlari semula. Jika sesuatu pasukan tidak
mengikut peraturan ini akan dibatalkan.
PENANDA SEMAK (CHECK MARKS)
Apabila suatu perlumbaan dilarikan dalam lorong-lorong, peserta boleh menggunakan satu penanda-semak di ataslorong sendiri.
Untuk memastikan satu penukaran baton yang baik, adalah penting bahawa kelajuan pelari-keluar mestibersepadu dengan kelajuan pelari-masuk. Untukmengukur masa yang tepat bagi memulakan larian pecut, penanda-semak digunakan. Posisi penanda-semak adalahkritis. Jurulatih-jurulatih baru boleh menggunakan kaedahdi bawah.
Penanda-semak: 5-7 langkah daripada zon pemecutan
Sebagai panduan kasar:Letakkan satu penanda dengan jarak 5 – 7 langkah (berjalan) di belakang zon
pemecutan.
Pelari-keluar (B) berdiri berhampiran dalam zon pemecutan.
Apabila pelari-masuk (A) sampai ke penanda-semak (x), pelari-keluar (B) memusing untuk menghadap ke hadapan dan berlari secepat mungkin.
Penukaran baton harus dilakukan lebih kurang pada pertengahan zonpenukaran baton.
Penanda-semak mungkin perlu diubah suai beberapa kali sehingga ia didapatisempurna.
POIN PENUKARAN
Untuk memastikan baton bertukar tangan denganseberapa cepat yang mungkin, penukaran harus dilakukanapabila pelari yang membawa baton telah menyaingipelari-keluar.
Pelari-masuk menyaingi pelari yang keluar.
Secara umum, penukaran baton yang baik berada lebihkurang 2-3 meter melepasi pertengahan zon penukaranbaton.
Penukaran baton berada pada 2-3 meter melepasipertengahan zon penukaran baton.