lanjutan masa

24
DATE OF COMPLETETION, NON-COMPLETE, DELAY, EXTENTION OF TIME. LIQUADATED AND ASCERTAINED DAMAGES. KELAMBATAN DAN LANJUTAN MASA. PENGENALAN Penyiapan Kerja telah ditetapkan semasa permulaan projek dan adalah enjadi tanggungjawab Kontraktor memastikan projek dapat disiapkan menurut tempoh yang dibenarkan dalam kontrak. Semasa Kerja sedang dilaksanakan, kemajuannya mestilah dipantau agar sebarang penyimpangan dari jadual dapat diketahui. Apabila nyata penyiapan Kerja akan tergendala, maka adalah perlu untuk mengkaji sebab-sebab timbulnya kelambatan tersebut. Syarat-syarat Kontrak ada menyatakan sebab-sebab yang membolehkanKontraktor mendapat lanjutan masa. Secara amnya Kontraktor akan diberikan lanjutan masa sekiranya dibuktikan bahawa Kerajaan telah menyumbang terhadap kelewatan penyiapan Kerja Kontraktor atau sebab-sebab kelambatan adalah diluar kawalannya. Lanjutan tempoh penyiapan diluluskan melalui Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa. Sekiranya kontraktor didapati layak untuk mendapat lanjutan masa, maka Pegawai Penguasa (P.P.) perlulah meluluskan lanjutan masa itu sebelum berakhirnya tarikh penyiapan yang dibenarkan dalam kontrak. Sekiranya P.P. gagal berbuat demikian, maka adalah dikhuatiri masa bukan lagi menjadi teras kepada kontrak tersebut dan kontraktor hanya bertanggungan untuk menyiapkan kerja dalam tempoh yang munasabah (time is at large). DEFINISI Lanjutan Masa Tambahan masa menyiapkan pembinaan yang diberikan oleh Pegawai Penguasa (PP) kepada kontraktor atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh kontrak. Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa Sijil yang dikeluarkan oleh PP bagi mengesahkan bahawa kontraktor telah tidak dapat menyiapkan kerja pada tarikh yang tertera dalam

Upload: rubbydean

Post on 20-Jul-2016

293 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

managment

TRANSCRIPT

Page 1: Lanjutan Masa

DATE OF COMPLETETION, NON-COMPLETE, DELAY, EXTENTION OF TIME. LIQUADATED AND ASCERTAINED DAMAGES.

KELAMBATAN DAN LANJUTAN MASA.

PENGENALAN

Penyiapan Kerja telah ditetapkan semasa permulaan projek dan adalah enjadi tanggungjawab Kontraktor memastikan projek dapat disiapkan menurut tempoh yang dibenarkan dalam kontrak. Semasa Kerja sedang dilaksanakan, kemajuannya mestilah dipantau agar sebarang penyimpangan dari jadual dapat diketahui. Apabila nyata penyiapan Kerja akan tergendala, maka adalah perlu untuk mengkaji sebab-sebab timbulnya kelambatan tersebut.

Syarat-syarat Kontrak ada menyatakan sebab-sebab yang membolehkanKontraktor mendapat lanjutan masa. Secara amnya Kontraktor akan diberikan lanjutan masa sekiranya dibuktikan bahawa Kerajaan telah menyumbang terhadap kelewatan penyiapan Kerja Kontraktor atau sebab-sebab kelambatan adalah diluar kawalannya. Lanjutan tempoh penyiapan diluluskan melalui Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa.

Sekiranya kontraktor didapati layak untuk mendapat lanjutan masa, maka Pegawai Penguasa (P.P.) perlulah meluluskan lanjutan masa itu sebelum berakhirnya tarikh penyiapan yang dibenarkan dalam kontrak. Sekiranya P.P. gagal berbuat demikian, maka adalah dikhuatiri masa bukan lagi menjadi teras kepada kontrak tersebut dan kontraktor hanya bertanggungan untuk menyiapkan kerja dalam tempoh yang munasabah (time is at large).

DEFINISI

Lanjutan Masa

Tambahan masa menyiapkan pembinaan yang diberikan oleh Pegawai Penguasa (PP) kepada kontraktor atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh kontrak.

Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa

Sijil yang dikeluarkan oleh PP bagi mengesahkan bahawa kontraktor telah tidak dapat menyiapkan kerja pada tarikh yang tertera dalam kontrak atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh kontrak dan atas dasar ini, tarikh penyiapan dilanjutkan ke tarikh baru mengikut kelayakan kontraktor dan disahkan oleh PP.

Kepentingan Lanjutan Masa

Fasal yang membincangkan kelambatan dan lanjutan masa ini adalah satu fasal penting kerana ia membolehkan tarikh siap yang telah dipersetujui (asal atau pindaan) bagi sesuatu projek dipinda ke satu tarikh baru. Tanpa fasal ini, PP tidak berhak melanjutkan tempoh pembinaan yang telah dipersetujui pada peringkat awal seperti yang tertera dalam dokumen kontrak. Banyangkan satu kontrak dilaksanakan tanpa fasal ini, jika berlaku kelambatan yang berpunca daripada klien atau agen klien, maka akibatnya tarikh siap asal menjadi tidak sah dan klien hilang hak untuk mendapat ganti rugi kerana tidak siap.

Page 2: Lanjutan Masa

Lanjutan masa yang diluluskan juga memberi pelepasan kepada kepada kontraktor daripada membayar ganti rugi (fasal 40) kepada klien yang telah dipersetujui semasa kontrak ditandatangani.

Sebab-sebab Lanjutan Masa

Kontraktor berhak mendapat lanjutan masa berdasarkan sebab-sebab kelambatan di luar kawalannya mengikut peruntukan-peruntukan yang berkenaan di dalam klausa 43 Syarat-syarat Kontrak P.W.D. FORM 203 dan 203A (Rev. 2007) seperti berikut:

a) “Force Majeure’ [Klausa 57, Syarat-syarat Kontrak P.W.D FORM 203 san 203A (Rev. 2007)b) Keburukan cuaca yang luar biasac) Penggantungan kerja[Klausa 50, Syarat-syarat Kontrak P.W.D FORM 203 dan 203 A (Rev . 2007).d) Arahan-arahan yang diberi oleh P.P. berbangkit dari pertikaian dengan tuan-tuan punya berjiran

dengan syarat ianya tidak disebabkan oleh apa-apa perbuatan kecuaian atau kemungkiran di pihak Kontraktor atau mana-mana Subkontraktor yang Dinamakan atau selainnya.

e) Arahan-arahan P.P. [klausa 5, Syarat-syarat Kontrak P.W.D. FORM 203 dan 203 A (Rev. 2007)f) Kontraktor telah tidak menerima dalam masa yang wajar daripada P.P., apa-apa arahan, pelan, aras

yang diperlukan atau arahan berkenaan dengan penamaan Subkontraktor dan/atau penamaan pembekal yang diperuntukan di dalam kontrak setelah kontraktor memohon secara bertulis untuk mendapatkannya dalam tempoh yang munasabah.

g) Kelambatan memberi milik Tapak Bina sebagaimana diperuntukkan di bawah Klausa 38.4, Syarat-syarat Kontrak P.W.D. FORM 203 dan 203A (Rev.2007) dan bukannya disebabkan kelewatan/kegagalan kontraktor menyediakan insurans dan bon pelaksanaan.

h) Kelambatan di pihak artisan, , tukang-tukang atau orang-orang lain yang ditugaskan oleh Kerajaan bagi melaksanakan kerja yang tidak menjadi sebahagian dari Kontrak.

i) Kontraktor tidak berupaya kerana sebab-sebab yang yidak dapat dikawal dan diramlakan olehnya dengan mumasabahnya pada tarikh penutupan tender untuk mendapatkan apa-apa barang atau bahan yang diperlukan untyuk menjalankan kerja dengan sewajarnya.

j) Kelambatan dipihak subkontraktor Dinamakan dan/atau Pembekal Dinamakan melaksanakan kerja mereka dan kelambatan yang menjejaskan kerja mereka itu adalah disebabkan oelh sebab-sebab yang sama sebagaimanadinyatakan dalam perkara (a) hingga ( i) diatas.

Walaupun Kontrak dengan jelas menyatakan sebab-sebab yang melayakkan Kontraktor mendapat lanjutan masa, ianya juga mengandungi satu syarat iaitu Kontraktor hanya berhak mendapat lanjutan masa sekiranya dia telah sentiasa berusaha sedaya-upayanya untuk mengelakkan kelambatan dan telah melaksanakan semua perkara yang munasabah yang dikehendaki oleh P.P.

Kontraktor tidak layak dipertimbangkan lanjutan masa atas sebab arahan- arahan P.P. yang diakibatkan oleh apa-apa perbuatan, kecuaian, kemungkiran atau pecah kontrak oleh Kontraktor.

Permohonan Lanjutan Masa

Untuk dipertimbangkan permohonan lanjutan masa, sebaik sahaja Kontraktor menjangkakan akan berlaku kelambatan atau sejurus setelah kelambatan berlaku, Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan kepada P.P. perkara-perkara berikut:

a) Permohonan atau notis bertulis beserta maklumat-maklumat berkaitan dan dokumen sokongan

Page 3: Lanjutan Masa

perlulah dikemukakan seberapa segera dari tarikh dijangka berlaku kelambatan.b) Permohonan Kontraktor hendaklah disokong dengan perkara-perkara berikut antaranya:

i) Justifikasi kelewatan secara terperinci dan ringkasan umum kejadian yang menyumbang kepada kelewatan

ii) Tahap kemajuan sebenar di tapak bina dengan mengambil kira aktiviti-aktiviti serta bilangan hari yang terlibat yang lewat yang disumbangkan oleh pihak Kerajaan mahupun kontraktor

iii) Program kerja Kontraktor menunjukkan perancangan asalnya berserta dengan kemajuan sebenar di tapak bina dan menunjukkan kesan kelewatan berhubung dengan aktiviti atau peristiwa yang disumbang oleh kerajaan mahupun kontraktor.

iv) Bilangan hari yang lamabat dan bilangan hari yang dipohon dengan menunjukkan pengiaan kepada peristiwa atau aktiviti sebenar ditapak.

v) Klausa syarat-syarat kontrak yang membolehkan kontraktor diberikan lanjutan masa.vi) Dokumen-dokumen sokongan lain yang perlu membantu P.P membuat satu

pandanagan yang bernas berhubung dengan permohonan lanjutan masa kontraktor.

c) P.P perlu sentiasa memantau kemajuan kerja kontraktor dan menyemak kemajuan kerjadi tapak di tapak berbanding program kerja yang telah dipersetujuai dan jika didapati berlaku kelewatan, P.P hendaklah meminta kontraktor supaya memberi sebab-sebab mengapa kerjanya telah/akan terlambat dan langkah- langkah yang telah/akan diambil untuk mengelakkan/mengurangkan kelewatan.

PENILAIAN TEMPOH KELAMBATAN DAN LANJUTAN MASA

Dalam menilai tempoh kelambatan dan lanjutan masa, beberapa perkara perlu diberi perhatian:-

a) Sebab-sebab kelambatanyang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah dikaji sama ada dibenarkan di bawah Kontrak.

b) Tentukan masa tambahan yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu kerja tersebut.c) Ambil kira juga kemajuan sebenar di tapak bina dengan mengambilkira kemungkiran di pihak

Kontraktor sendiri di samping kemungkiran yang disumbangkan oleh Kerajaan.d) Tentukan kelambatan sebenar (net effective delay) yang dialami dengan mengambil kira perkara-

perkara berikut :i) Tempoh peristiwa-peristiwa yang bertindih atau yang berjalan serentak yang

didapati melewatkan penyiapan kerja tersebut.ii) Bagi kelewatan yang bertindih, penilaian perlu mengambilkira kemajuan kerja

sebenar pada waktu peristiwa yang melewatkan.iii) Bagi kelewatan yang disebabkan oleh perubahan kerja, tempoh dinilai adalah hanya

yang berkaitan dengan kesan kelewatan akibat pengeluaran arahan tersebut sahaja. Penilaian ini tidak termasuk kerja-kerja lain yang berkaitan dengan arahan tersebut dimana sepatutnya telah diambilkira di dalam tempoh kontrak asal kecuali bagi kerja-kerja baru yang tidak termasuk dalam skop kontrak asal.

iv) Sama seperti peristiwa yang melewatkan sesuatu aktiviti kerja tersebut terletak di dalam aktiviti yang kritikal kepada penyiapan kerja tersebut.

e) Kaji kesan kelambatan terhadap tempoh siap keseluruhan berpandukan aktiviti serentak dan berturutan di dalam CPM.

Page 4: Lanjutan Masa

Semasa menilai dan menganggarkan tempoh lanjutan masa yang layak kepada kontraktor, P.P. hendaklah juga mengambilkira sama ada Kontraktor telah sedaya upaya mengambil semua langkah tindakan dipihaknya untuk mengelakkan kelambatan. P.P. hendaklah juga mengambilkira kehendak Kontrak atas perkara ini dan seterusnya meluluskan lanjutan masa dengan adil dan berpatutan kepada Kontraktor untuk penyiapan Kerja.

P.P perlu meluluskan lanjutan masa sebelum berakhirnya tarikh penyiapan semasa yang dibenarkan dalam kontrak, dan sekiranya tidak, masa bukan lagi menjadi teras kepada kontrak. Sehubungan dengan itu, kontraktor hanya bertanggungan untuk menyiapkan keseluruhan kerja dalam tempoh yang munasabah (time is at large).

Pertimbangan lanjutan masa boleh dipertimbangkan oleh P.P. sekiranya Kontraktor telah mengambil langkah-langkah berikut:

a) Mencuba sedaya upaya untuk mengelakan kelambatanb) Merancang semula program kerja untuk membendung kelambatan dengan mengambilkira

keperluan sumber (bahan binaan, kewangan, loji & peralatan dan tenaga kerja)c) Mengemukakan jadual pelaksanaan asal dan pindaan dalam bentuk CPM.d) Kontraktor perlu membuat permohonan bertulis dengan menyatakan sebab-sebab kelambatan,

ringkasan umum kejadian yang menyumbang kepada kelambatan serta dibuktikan dengan dokumen sokongan dan analisa kelambatan.

Lanjutan masa untuk keburukan cuaca luar biasa hanya boleh diberi pertimbangan sekiranya terbukti ianya luar biasa dengan berdasarkan kepada bukti seperti berikut:

a) Rekod-rekod kajicuaca untuk beberapa tahun terdahulu daripada Jabatan kajicuaca atau Jabatan Dan Saliran (seboleh-bolehnya tidak kurang dari 3 tahun)

b) Bagi yang melibatkan kerja tanah, peruntukan harus diberi bagi masa tambahan yang diperlukan untuk pengaliran dan/atau pengeringan kawasan bertakung atau lembap.

Lanjutan masa atas sebab masalah mendapatkan bahan-bahan binaan boleh dipertimbangkan dengan syarat:

a) Terdapat bukti secukupnya mengenai kekurangan bahan binaan dalam pasara semasa Negara.b) Kontraktor telah membuat pesanan dalam tempoh yang munasabah sebelum sesuatu bahan tersebut

diperlukan di tapak bina.

Lanjutan Masa disebabkan oleh penangguhan Kerja di bawah Klausa 43.1 (c) Syarat-syarat Kontrak P.W.D. FORM 203 dan 203A (Rev. 2007) boleh dipertimbangkan dengan syarat:-

a) Kontraktor perlu memohon lanjutan masa khusus dibawah Klausa ini.b) Arahan penangguhan Kerja mestilah berasaskan kepada sebab-sebab yang munasabah yang

menyebabkan kerja-kerja di tapak bina tidak boleh dilaksanakan atau diteruskan seperti masalah pengambilan tanah, peruntukan kewangan projek, masalah pengalihan utiliti dan lain-lain yang berkaitan.

c) Kontraktor tidak berhak diberi lanjutan masa sekiranya penangguhan itu akibat daripada kemungkiran pihak Kontraktor.

Jika sekiranya penangguhan kerja dijangka berterusan melebihi dua belas bulan, kedua-dua belah pihak kontraktor dan Kerajaan perlulah berunding bagi memutuskan sama ada untuk menamatkan pelaksanaan kontrak secara bersama atau menangguhkan kerja ke jangkamasa yang lebih panjang..

Page 5: Lanjutan Masa

Polisi-polisi Insurans Dan Bon Pelaksanaan

a) Kontraktor mestilah diminta untuk melanjutkan tempoh liputan polisi-polisi insurans, Bon Pelaksanaan dan Jaminan Wang Pendahuluan yang belum dibayar balik balik sepenuhnya kepada satu tarikh yang dijangka siap serta mengemukakan pengesahan (endorsement) dan resit rasmi.

b) Jika Kontraktor gagal memperbaharui polisi-polisi insurans, PP. hendaklah menggunakan haknya dibawah Kontrak untuk melanjutkan tempoh liputan insurans tersebut kepada satu tempoh yang dijangkakan kontraktor boleh menyiapkan keseluruhan kerja. P.P. akan menuntut kos bayaran premium yang terlibat yang ditambah dengan kos caj ke atas kos bayaran premium tersebut (on-cost charges) sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Lampiran Kepada Syarat-syarat Kontrak.

Tatacara Kelulusan Lanjutan Masa

Sejajar dengan peruntukan Syarat-syarat Kontrak, Pegawai Yang Dinamakan bertanggungjawab untuk menimbang serta meluluskan permohonan Lanjutan Masa daripada Kontraktor. Demi memastikan proses pemberian lanjutan masa dilaksanakan dengan adil dan saksama dan tidak diluluskan sewenang- wenangnya oleh Pegawai Yang Dinamakan dalam kontrak, satu Jawatankuasa Kelambatan dan Lanjutan masa ditubuhkan diperingkat Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia bagi semua projek persekutuan dibawah kendalian Jabatan Kerja Raya.

Dengan adanya JKLM ini, Pegawai Yang Dinamakan hanya dibenarkan untuk meluluskan Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa sekali sahaja. Kelulusan Lanjutan Masa yang berikutnya hanya boleh dibuat oleh Pegawai Yang Dinamakan selepas mendapat perakuan daripada JKLM.

Kelulusan Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa No. 1:

a) Setelah menerima notis bertulis daripada Kontraktor mengenai sebab- sebab kelambatan, P.P. mesti membuat penilaian ke atas permohonan Kontraktor tersebut. Sekiranya Kontraktor berhak untuk mendapat lanjutan masa, P.P. perlu menyediakan serta mengemukakan Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa untuk diluluskan.

b) Semasa penyediaan Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa, P.P hendaklah merujuk4 kepada Sektor Bisnes yang berkaitan di Ibu Pejabat sekiranya perlu atau memaklumkan mengenai penilaian Perakuan tersebut. Kementerian Pelanggan juga perlu dimaklumkan terlebih dahulu.

c) P.P juga perlu perlu merujuk kepada Sektor Pakar di Ibu Pejabat sekiranya memerlukan pandangan dari segi kepakaran bidang masing-masing.

d) Semasa mengemukakan perakuan untuk kelulusan, ringkasan umum yang mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut hendaklah diberikan :-

i) Butiran bagaimana tempoh lanjutan masa yang dicadangkan dihitung termasuk CPM, carta bar atau kaedah-kaedah lain.

ii) Bilamana kerajaan bertanggungjawab ke atas kelambatan, nyatakan :- Sama ada sebab kelambatan telah diatasi dan jika tidak, langkah dan tindakan

yang telah/sedang diambil untuk mengatasinya. Sama ada Kontraktor ada atau tidak menuntut kerugian dan/atau perbelanjaan

tambahan jika ada nyatakan anggarannya.iii) Huraian kemajuan kerja kerja yang telah dicapai oleh Kontraktor pada tarikh Perakuan

Kelambatan dan Lanjutan Masa disediakan termasuk butiran baki kerja yang belum disiapkan.

Page 6: Lanjutan Masa

e) Berdasarkan penilaian yang dibuat oleh P.P., Pegawai Yang Dinamakan dalam Kontrak mempunyai kuasa untuk melulus atau menolak Perakuan tersebut.

Kelulusan Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa No. 2 dan seterusnya.

a) Setelah penilaian dibuat ke atas permohonan Kontraktor dan P.P. berpendapat kontraktor mempunyai mempunyai asas yang kukuh sebagaimana diperuntukkan di bawah Syarat-syarat Kontrak, maka P.P. hendaklah memohon kepada JKLM untuk mendapat keputusan.

b) Permohonan perlulah menggunakan Borang Permohonan Lanjutan Masa seperti di Lampiran 10A dan dikemukakan kepada Urusetia JKLM di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan salinan kepada Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan dan Pengurus Program (Pengarah Cawangan Kerja berkenaan).

c) P.P. juga hendaklah memastikan permohonan dibuat kepada JKLM dengan secepat mungkin bagi memastikan satu keputusan dibuat sebelum tarikh penyiapan yang dibenarkan di dalam kontrak berakhir.

d) JKLM dipengerusikan oleh Ketua Pengarag/Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya dan Senarai Keanggotaan serta Urusetia JKLM dalam lampiran.

e) Pegawai Dinamakan hendaklah mengambilkira perakuan serta keputusan JKLM dalam menimbang permohonan kontraktor. Walau bagaimanapun, Pegawai Dinamakan hendaklah membuat keputusan atas sifatnya sebagai Pegawai Yang Diberi Kuasa dalam Kontrak untuk bertindak bagi pihak kerajaan dengan bebas, adil dan saksama. Oleh itu, sebarang keputusan yang dimaklumkan oleh pegawai Dinamakan kepada kontraktor hendaklah tidak merujuk kepada perakuan JKLM bagi mengelakkan keadaan tersebut.

Pengedaran Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa

Setelah perakuan kelambatan dan lanjutan masa diluluskan, salinan asal hendaklah dihantar kepada Kontraktor. Satu salinan hendaklah diedarkan kepada pihak-pihak seperti yang disenaraikan di dalam Perakuan dan juga kepada pihak-pihak berikut:

a) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)b) Juruukur Bahan terlibat dalam kontrakc) Lembaga Pembangunan Insustri Pembinaan Malaysia (LPIPM)d) Syarikat Insurans yang memberi liputan perlindungan Insuranse) Institusi Kewangan yang mengeluarkan Jaminan Bon Pelaksanaan

Page 7: Lanjutan Masa

Penyiapan Kerja

Definisi

Penyiapan Praktikal – Satu tahap perlaksanaan kerja yang mematuhi syarat-syarat kontrak yang membolehkan projek berfungsi dengan baik dan digunakan dengan selesa oleh klien.

Perakuan Siap Kerja – Sijil yang dikeluarkan oleh P.P bagi mengesahkan bahawa kontraktor telah menyiapkan sesuatu projek ketahap penyiapan praktikal.

Sijil Berbahagian-bahagian – Satu syarat yang menetapkan tarikh siap yang berbeza-beza bagi sesuatu bahagian projek atau bangunan yang membolehkan klien mengambilalih bahagian berkenaan sedangkan bahagian berkenaan sedangkan bahagian lain masih dalam pembinaan.

Pendudukan Separa – Satu keadaan di mana klien mengambil alih sesuatu bahagian projek atau bangunan yang telah disiapkan lebih awal dari tarikh penyipan projek dengan syarat mendapat kebenaran dari kontraktor.

Kontraktor hendaklah diberi pemilikan tapak bina pada tarikh yang dinyatakan, dan menyiapakan kerja pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan untuk penyiapan, tertakluk kepada apa-apa lanjuatan masa yang diberi.

Sekiranya tiada terma nyata dalam kontrak, secara terma tersirat, kontraktor hendaklah memberi pemilikan tapak dalam masa yang berpatutan supaya dia ada cukup masa untuk menyiapkan kerja pada tarikh siap yang dinyatakan.

Sekiranya kontraktor gagal menyiapkan kerja dalam atau pada masa yang ditetapkan (iaitu, tarikh siap) dia dianggap telah memungkiri kontrak. Dibawah peruntukan borang standard dia boleh dikenakan membayar ganti rugi tertentu kepada majikan.

‘Meneruskan Kerja dengan Sentiasa dan Tekunnya’

Kadang kala adalah jelas bahawa kontraktor tidak akan dapat menyiapkan kerja pada tarikh siap yang dijangka. Tetapi ini tidak boleh dijadikan alas an bagi majikan untuk menamatkan kerja kontraktor sebelum sampai sampai tarikh siap. Oleh kerana itu, terdapat dalam borang standard peruntukan (sebagai terma nyata) di mana kontraktor dikehendaki meneruskan kerjanya dengan sentiasa dan ketekunan yang munasabah. Sekiranya kontraktor bekerja pada kadar yang jelas tidak konsisten dengan tarikh siap, majikan boleh memberi notis menghendakkan progress kerja dipertingkatkan pada kadar yang munasabah. Kegagalan kontraktor mematuhi notis tersebut memberi hak kepada majikan untuk menamatkan pengambilan kontraktor.

Pemilikan dan Tarikh Mula

Tarikh bagi pemilikan (lazimnya sama dengan tarikh mula)dinyatakan dalam lampiran kepada syarat-syarat perjanjian. Jika diperhatikan pemilakan tapak dan tarikh mula adalah dua perkataan berbeza. Kontraktor perlu melakukan beberapa perkara yang terkeluar dari erti kata perlaksanaan jerja tetapi dia masih memerlukan pemilikan tapak.

Page 8: Lanjutan Masa

Jika majikan gagal memberi pemilikan tapak pada sampai tarikh, majikan dianggap telah memungkiri kontrak dan kontraktor berhak menuntut kerugian yang dialaminya dan tarikh penyiapan terlepasa atau menjadi tidak berpakai.

Jika tiada peruntukan membolehkan majikan mengubah tarikh pemilikan atau untuk memberi lanjutan masa akibat kesalahannya itu, dan dua gagal mmeberi pemilikan, majikan akan hilang hak menolak ganti rugi tertentu daripada kontraktor (rujuk kes Rapid Building lwn Ealing Housing 1984).

Penyiapan Praktikal

Dalam ‘Keating on Building Contracts, 6th edition’ pada muka surat 590, terdapat analisis terma ‘penyiapan yang praktikal’ dari putusan-putusan makamah England.

Ringkasannya adalah seperti berikut :

a) Kerja-kerja yang boleh dianggap siap secara praktikal walaupun terdapat kecatatan terpendamb) Perakuan penyiapan yang praktikal tidak harus dikeluarkan sekiranya terdapat kecatatan nyata.

Tempoh liability kecatatan diadakan bagi membolehkan kecatatan yang tidak ketara (Nampak) pada tarikh penyiapan yang praktikal dibaikpulihkan (Jarvis lwn Westminer Corporration 1970) dan Neville (Sunblest) lwn William Press 1981.

c) Penyiapan praktikal bermakna penyiapan segala kerja pembinaan yang mesti dilaksanakan (Jarvis lwn Westminster Corporation 1970)

d) Walau bagaimanapun, arkitek boleh di atas budi bicaranya memberi perakuan penyiapan yang praktikal jika terdapat kerja-kerja yang sangat kecil masih tidak siap diatas prinsip ‘Deminimis’ (Neville Sunblest) lwn William Press 1981.

Apabila kerja ‘siap’, arkitek akan melakukan pemeriksaan dan ujian-ujian ke atas kerja tersebut, dan apabila dia berpuas hati dengan pencapaian kerja, arkitek akan mengeluarkan perakuan penyiapan kerja yang praktikal.

Tarikh perakuan penyiapan kerja memberi kesan-kesan berikut :

Bermula tempoh liabiliti kecatatan Bermula pengukuran muktamad dan penilaian. Perlepasan sebahagian wang tahanan Tamat obligasi untuk mengambil insuran kerja Tamat liability untuk ganti rugi tertentu kerana kerja tidak siap Perakuan interim tidak dikeluarkan lagi Boleh mula membawa pertikaian ke timbang tara. Majikan boleh mengambil milik

Tarikh Siap Kerja

Tarikh siap adalah seperti yang dinyatakan dalam lampiran syarat-syarat perjanjian atau apa-apa tarikh lain yang ditetapkan di bawah peruntukan, seperti pemberian lanjutan masa.

Tahap ‘siap kerja’ bergantung kepada takrif dalam borang-borang standard. Secara am istilah penyiapan bermaksud keadaan di mana kerja telah siap sebahagian besarnya dan bangunan itu sudah sedia untuk penghunian, walaupun masih terdapat kerja-kerja kecil yang masih belum siap sepenuhnya. Kerja-kerja kecil yang masih belum siap itu adalah sangat minimum tidak menjejaskan keselesaan majikan atau

Page 9: Lanjutan Masa

penghuni menggunanya.

Borang-borang standard juga memperuntukkan penyiapan secara berperingkat atau seksyen. Ini adalah di mana pihak-pihak telah bersetuju dengan suatu program bagi penyiapan kerja secara berperingkat-peringkat. Seksyen-seksyen dikenal pasti dalam lampiran syarat-syarat perjanjian dan masa atau tarikh siap setiap saksyen dinyatakan.

Peruntukan mengenai penyiapan dalam borang standard:a) Penyiapan kerja yang praktikalb) Tempoh liability kecatatanc) Perakuan Muktamad

Tarikh yang tertera pada perakuan sipa kerja yang praktikal menandakan permulaan tempoh liability kecatatan. Tempoh ini akan dinyatakan dalam lampiran syarat-syarat perjanjian- iasanya , jika tidak dinyatakan adalah selama 6 bulan.

Dalam masa tempoh tersebut, apa-apa kecatatan, kekecutan dan apa-apa kerosakan yang timbul yang berpunca dari bahan-bahan dan mutu kerja yang cacat (kecatatan terpendam), kontraktor hendaklah membaik pulih kerja tersebut dengan perbelanjaannya sendiri. Semasa atau dalam masa tertentu selepas tamatnya tempoh liability ini, arkitek akan memberi jadual kecatatan bahan dan mutu kerja yang perlu dibaik pulih oleh kontraktor dalam masa yang wajar. Setelah arkitek berpuas hati dengan pembaikan tersebut dia akan mengeluarkan perakuan siap memperbaiki kecatatn.

Setelah perakuan siap membaiki kecatatan ini dikeluarkan, baki wang tahanan akan dipulangkan kepada kontraktor (atau bila tamat tempoh liabiliti kecatatan yang mana lebih terkemudian). Perakuan tersebut juga menjadi syarat untuk pengeluaran perakuan muktamad.

Garis Panduan menentukan Penyiapan Praktikal

Berikut merupakan panduan samaada sesuatu projek telah mencapai penyiapan praktikal atau sebaliknya :

a) Adakah projek berkenaan telah dilaksanakan dan siap menepati segala kehendak kontrak dari segi bahan yang digunakan, spesifikasi, rekabentuk, pembinaan , mutu kerja dan lain-lain?

b) Adakah projek berkenaan telah mencapai satu tahap yang mana ianya boleh berfungsi dengan baik, sesuai dengan tujuan ianya dilaksanakan atau boleh diduduki dan digunakan dengan selesa?

c) Adakah kerja-kerja menyiapkan sepenuhnya kerja yang kurang atau kerja-kerja membaiki kecatatan yang ada akan mengakibatkan satu kesulitan yang tidak boleh diterima (tidak munasabah) oleh penghuni dan pengguna projek bekenaan?

Jika jawapan bagi soalan a dan b ialah ya dan jawapan bagi soalan c dan d ialah tidak, maka PP bolehlah mengangap bahawa projek itu telah mencapai tahap penyiapan praktikal.

Atucara

a) Apabila P.P dan/atau kontraktor berpendapat bahawa penyiapan praktikal telah tercapai maka satu pemeriksaan bersama berlaku. Lawatan ini biasanya dihadiri oleh P.P, kontraktor , klien, bakal pengguna dan mereka-mereka yang terlibat termasuklah perunding (jika ada)

Page 10: Lanjutan Masa

b) Hasil dari lawatan, sekiranya projek berkenaan telah dilaksanakan ketahap yang boleh diterima oleh PP. Perakuan siap kerja yang asal hendaklah dimajuakan kepada kontraktor sementara salinan-salinan lain dihantar kepada pihak-pihak yang terlibat didalam kontrak.

c) Sekiranya PP berpendapat tahap projek berkenaan belum mencapai atau tidak mematuhi garis panduan di atas, maka PP haruslah menyenaraikan segala kekurangan tindakan menyiapakan kerja-kerja yang belum sempurna atau membaiki kecatatan yang ada. Projek pemeriksaan ini akan berulang sehinggalah projek berkenaan mecapai tahap penyiapan praktikal yang boleh PP.

Kesan Daripada Perakuan Siap Kerja

Perakuan siap kerja memberi kesan kepada perkara-perkara berikut :

a) Menandakan bermulanya tempoh tanggungan kecatatan yang kebiasannya selama 12 bulan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada syarat kontrak (fasal 45). Kontraktor bertanggungjawab untuk membaiki dengan kos sendiri apa juga kecatatan yang timbul dalam tempoh tersebut.

b) Menandakan tamatnya perakuan interim (fasal 47). Kebiasannya bayaran interim dibuat setiap bulan. Apabila perakuan siap kerja dikeluarkan, bermakna tidak ada lagi bayaran interim yang dibuat secara berkala. Bagaimanapun selepas perakuan siap kerja dikeluarkan mungkin mendapat satu atau dua bayaran dikeluarkan sebelum bayaran muktamad dibuat. Bayaran selepas perakuan siap kerja dikeluarkan ini adalah untuk membayar kerja yang dilaksanakan dari bayaran interim terakhir hingga ke tarikh perakuan siap kerja tersebut.

c) Menandakan tamatnya tanggungjawab kontraktor terhadap ganti rugi kerana tidak siap (fasal 40). Pengiraan tempoh gantirugi adalah bermula dari tarikh perakuan kerja tidak siap dan akan berakhir apabila perakuan siap kerja dikeluarkan.

d) Menandakan tamatnya tanggungjawab kontraktor terhadap insurans kerja (fasal 36). Semasa pembinaan, risiko ini diranggung oleh syarikat insurans. Tetapi apabila klien mengambil alih projek atau bangunan tersebut dilindungi.

e) Pemulangan separuh daripada nilai bon perlaksanaan (fasal 37) bagi projek dimana kontraktor memilih wang jaminan perlaksanaan sebagai ganti bon perlaksanaan dalam bentuk bank atau insurans gerenti. Peruntukan ini tidak dinyatakan di dalam fasal 37. Ini adalah peruntukan yang dikuatkuasakan melalui pekeliling pentadbiran projek-projek kerajaan bermula tarikh 15 Oktober 2001. Mengikut pekeliling ini, PP boleh memulangkan kepada kontraktor 50 % daripada nilai wang jaminan perlaksanaan yang didepositkan oleh kontraktor sebelum memulakan kerja sebaik sahaja perakuan siap kerja dikeluarkan. Pemulangan ini boleh dilakukan dengan menggunakan format perakuan pemulangan wang jaminan perlaksanaan yang disediakan oleh JKR.

Siap Berbahagian-bahagian

Dalam melaksanakan pembangunan sesuatu projek ada ketikanya klien mempunyai kehendak-kehendak tertentu dan untuk beberapa tujuan tertentu. Contohnya ada klien yang mahukan sebahagian bangunan disiapkan lebih awal dari bangunan yang lain, mungkin untuk tujuan memulakan perniagaan atau operasi awal dibangunan tersebut. Ataupun dalam projek perumahan umpamanya, klien memerlukan beberapa unit disiapkan lebih awal bagi tujuan dijadikan sebagai rumah contoh untuk mempromosikan jualan agar dapat menarik minat bakal pembeli. Keperluan ini boleh dilaksanakan dengan mudah mengikut borang kontrak JKR 203A kerana ia telah pun diperuntukan di dalam fasal 41 di bawah tajuk siap berbahagian-bahagian.

Page 11: Lanjutan Masa

Pengertian Siap Berbahagian-Bahagian

Borang kontrak JKR 203A fasal 41 memperuntukan agar sesuatu projek disiapkan secara berperingkat-peringkat.Peruntukan ini sangat berfaedah bagi projek yang mengandungi beberapa bangunan di mana bangunan tersebut perlulah disiapkan mengikut tarikh yang berbeza-beza. Dari sini, dapatlah ditakrifkan bahawa siap berbahagian-bahagian ini membawa maksud tarikh siap bagi sesuatu bahagian, seksyen atau blok dalam satu projek yang mengandungi beberapa bangunan atau skop kerja, berbeza-beza mengikut tarikh atau tempoh masa yang telah dipersetujui.

Tahap siap yang dimaksudkan dalam kes ini membawa makna blok atau bangunan tesebut telah mencapai tahap penyiapan praktikal di mana bahagian berkenaan telah dilaksanakan menepati kehendak kontrak, berfungsi dengan baik dan boleh digunakan atau diduduki dengan selesa. Prosedur menentukan samada bahagian berkenaan telah mencapai tahap penyiapan praktikal ataupun belum adalah seperti yang telah dijelaskan sebelum ni (rujuk 10.1.3 dan 10.1.4) iaitu dari segi garis panduan dan aturcaranya.

Apabila didapati bahagian berkenaan telah mencapai tahap penyiapan praktikal menurut PP, maka satu sijil yang diberi nama perakuan serahan kerja siap berbahagian dikeluarkan dan diserahkan kepadaa kontraktor.

Dari segi pentadbiran atau pengurusan, setiap bahagian adalah dianggap sebagai satu kontrak yang berasingan dalam isu-isu tertentu dan secara bersama dalam isu-isi yang lain. Contoh perkara yang ditadbir berasingan adalah penyiapan praktikal, lanjutan masa, gantirugi kerana tidak siap dan tempoh tanggugan kecatatan. Manakala contoh bagi perkara yang ditadbir bersama adalah bayaran muktamad dan insurans kerja. Didalam hal ini, perkara-perkara ini tidak dibezakan dan dianggap seklai seolah-olah tiada peruntukan siap berbahagian-bahagian.

Kesan Daripada Siap Berbahagian-bahagian

Penyiapan praktikal bagi bahagian tertentu dalam kes berbahagian-bahagian memberi kesan kepada peruntukan-peruntukan berikut:-

a) Perakuan siap kerja (Fasal 39)

Seperti yang diterangkan diatas, bahagian berkenaan telah mencapai tahap penyiapan praktikal mengikut keperluan dan garis panduan yang dinyatakan.

b) Kelambatan dan Lanjutan masa (Fasal 43)

Lanjutan masa bagi bahagian berkenaan diurus secara berasingan daripada bahagian yang lain. Contohnya : sekiranya berlaku kelewatan da kontraktor layak mendapat lanjutan masa, maka kontraktor perlu memohon untuk bahagian berkenaan sahaja tanpa mengaitkannya dengan bahagian yang lain.

c) Gantirugi kerana tidak siap (Fasal 40)

Seperti juga lanjutan masa, gantirugi kerana tidak siap diurus secara berasingan seolah-olah bahagian berkenaan adalah projek yang berasingan. Tanggungjawab kontraktor terhadap gantirugi kerana tidak siap (jika digunapakai) akan tamat apabila bahagian berkenaan mencapai penyiapan praktikal dan disahkan dengan mengeluarkan perakuan serahan kerja berbahagian.

Page 12: Lanjutan Masa

d) Tempoh liability kecatatan (Fasal 45)

Tempoh liability kecatatan bermula sebaik sahaja perakuan siap kerja berbahagian dikeluarkan. Dalam tempoh ini kontraktor bertanggungjaawab membaiki dengan kos sendiri segaa kecatatan yang ada pada bahagian berkenaan.

Walaubagaimanapun, peruntukan kepada perkara-perkara berikut tidak terlibat dan diambil kira untuk keseluruhan kontrak :-

a) Insurans Kerja (Fasal 36)

Diperingkat awal nilai insurans yang diambil adalah nilai keseluruhan projek. Apabila dikeluarkan perakuan serahan kerja berbahagian bagi bahagian tertentu hanya risiko bahagian berkenaan diambil alih oleh klien tanpa ada perubahan dari segi polisi dan pengurangan terhadap bayaran premium yang telah dibuat diperingkat awal.

b) Bon Perlaksanaan (Fasal 37)

Bon perlaksanaan juga diambil bagi keseluruhan projek di peringkat awal dan tiada apa-apa tindakan yang perlu dibuat apabila berlaku siap berbahagian-bahagian.

c) Perakuan muktamad (Fasal 48)

Perakuan muktamad dikira sebagai satu kontrak secara keseluruhan. Tiada perakuan muktamad berasingan dikeluarkan bagi bahagian yang telah diambil alih. Hanya satu perakuan muktamad dikeluarkan bagi keseluruhan projek tanpa mengambil kira isu siap berbahagian-bahagian.

Fasal 21 : Pemilikan, Penyiapan dan Penangguhan

(1) Kontraktor hendaklah diberi pemilikan tapak pada Tarikh Pemilikan (seperti yang dinyatakan dalam Lampiran). Kontraktor hendaklah memulakan kerj adan meneruskan dengana sentiasa dsan sewajarnya dan menyiapkan kerja pada atau sebelum tarikh Tarikh siap (seperti yang dinyatakan dalam Lampiran)

Tarikh Siap tertakluk kepada peruntukan lanjutan masa dalam fasal 23 dan 32 (1) (c).

(2) Arkitek boleh mengeluarkan arajan mengenai penangguhan mana-mana kerja dibawah kontrak ini.

Fasal 22 : Ganti Rugi kerana Tidak Siap.

Jika kontraktor gagal menyiapkan kerja pada Tarikh Siap atau dalam sesuatu masa lanjutan (fasal 23 atau 31(1)(c)), Arkitek akan mengeluarkan perakuan bertulis mengenai kegagalan itu [Perakuan Kerja Tidak Siap]

Kemudian, dengan syarat perakuan tersebut dikeluarkan oleh Arkitek, Kontraktor hendaklah membayar Majikan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan pada kadar yang dinyatakan selama tempoh kerja tersebut yang tidak siap. Majikan boleh memotong ganti rugi itu dari apa-apa wang yang kena dibayar kepada kontraktor.

Page 13: Lanjutan Masa

Kecatatan

Definisi

Kecatatan – Apa juag kekurangan, ketidaksempurnaan, kekecutan dan seumpamanya yang berpunca dari bahan dan/atau mutu kerja yang tidak mematuhi kehendak kontrak.

Tempoh Liabiliti Kecatatan – Satu tempoh yang telah ditetapkan di dalam kontrak bermula dari tarikh perakuan siap kerja dikeluarkan hingga ke satu masa yang dinyatan di mana dalam tempoh ini kontraktor bertanggungjawab membaiki segala kecatatan dengan kos sediri.

Perakuan Siap Membaiki Kecatatan – Sijil pengesahan yang dikeluarkan oleh PP bagi menandakan bahawa kontraktor telah memperbaiki segala kecatatan yang tersenarai di dalam jadual kecatatan atau arahan PP dengan sempurna serta mengikut kehendak kontrak dan ia juga menandakan kontraktor telah pun menunaikan segala tanggungjawabnya, seperti yang terdapat di dalam kontrak.

Pengenalan

Memang telah menjadi kelaziman, ketidaksempurnaan atau kecatatan umumya terdapat dalam mana-mana kerja-kerja pembinaan samada bernilai kecil atau projek yang bertaraf mega. Ia adalah sesuatu yang sukar dihindari, atas sebab-sebab tertentu seperti kecuaian atau faktor alam sekitar. Bagi menyelesaikan perkara ini, borang kontrak JKR 203A secara khusus memperuntukkan bahawa segala kecatatan yang berlaku semasa tempoh liabiliti kecatatan mestilah diperbaiki oleh kontraktor atas perbelanjaan sendiri. Tanggungjawab ini adalah diantara tanggungjawab utama kontraktor seperti yang dinyatakan didalam perkara-perkara perjanjian dan dijelaskan dengan terperinci di dalam syarat-syarat kontrak fasal 45 disamping tanggungjawabnya membina dan menyiapkan sesuatu projek berkaitan.

Pada hakikatnya, peruntukan ini sebenarnya memberi peluang kepada kontraktor untuk memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan semasa melaksanakan sesuatu projek. Kontraktor diberikan ruang untuk mengembalikan atau membetulkan kecatatan yang berpunca dari kesilapannya sendiri ke satu tahap yang munasabah serta mematuhi kehendak kontrak. Peruntukan ini membantu dan mengelakkan kontraktor dari disaman dan tuntutan gatirugi oleh klien atas sebab kemungkiran kontrak.

Pengertian Kecatatan

Kecatatn menirut borang kontrak JKR 203A merangkumi apa-apa juga bentuk :-

a) Kecatatanb) Ketidaksempurnaanc) Kekecutand) Kerosakan lan yang kelihatan

Dan semua diatas mestilah berpunca dari atau disebabkan oleh bahan-bahan, batang-barang atau mutu kerja yang tidak menepati kontrak. Kecatatan atau kerosakan yang berpunca dari vandalism, penyalahgunaan oleh klien atau pengguna atau seumpamanya tidak termasuk dalam kategori kecatatan dan kontraktor tidak bertanggungjawab keatasnya. Kontraktor juga tidak bertanggungjawab membaiki kecatatan yang berpunca dari kegagaan, kekurangan atau kesilapan rekabentuk di mana dari segi pembinaan kontraktor telah mengikut kehendak kontrak dalam melaksanakan kerja tersebut.

Kecatatan yang dibincangkan di atas merangkumi semua kecatatan yang terdapat pada keseluruhan projek termasuklah kerja-kerja yang dilaksanakan oleh subkontraktor dinamakan. Tanggungjawab memperbaiki

Page 14: Lanjutan Masa

kecatatan bagi kerja yang dilaksanakan oleh subkontraktor dinamakan adalah diatas tanggungan mereka sendiri. Kontraktor hanya perlu mengawasi dan memastikan kecatatan yang disenaraikan dibaiki dengan sempurna mengikut kontrak.

PP mempunyai hak dan budi bicara dalam menyelia sesuatu projek. Apa yang dikehendaki semasa pembinaan ialah samada kontraktor melaksanakan tugasnya dengan menggunakan kepakaranserta mengawal kerja dengan cara yang munasabah dan mematuhi kehendak kontrak. Dalam pengurusan isu kecatatan ini, PP sebenarnya tidak berhak menggunakan peruntukan membaiki kecatatan ini untuk mendapat satu pembinaan berkualiti lebih tinggi dari apa yang termaktub di dalam kontrak.

Tempoh Liabiliti Kecatatan

Tempoh liability kecatatan ialh jangka masa dimana kontraktor memperbaiki segala kecatatan yang terdapat di dalam sesuatu projek. Peruntukan terhadap tempoh ini penting dan munasabah kerana kontraktor tidak boleh dibebankan dengan tanggungjawab membaiki kecatatan sampai bila-bila. Maka itu, kontraktor hanya bertanggungjawab dalam tempoh tertentu sahaja dan tempoh ini dinyatakan atau diberitahu kepada kontraktor semasa mereka ingin menender dengan memberikan maklumat berkenaan dalam dokumen tender. Diperingkat tender, tempoh ini dinyatakan di dalam lampiran kepada borang kontrak dan/atau didalam bahagian kerja-kerja awalan.

Tempoh liability kecatatan bermual dari penyiapan praktikal dan akan berakhir pada satu masa tertentiu bergantung kepada tempoh yang dipersetujui di dalam kontrak. Tarikh sebenar bermulanya tempoh liability kecatatan ini bergantung kepada tarikh penyiapan praktikal terhadap projek berkenaan yang mana sahkan melalui perakuan siap kerja. Tarikh bermulanya dan tamatnya tempoh liability kecatatan ini dinyatakan di dalam perakuan siap kerja.

Penentuan tempoh ini bergantung kepda harag kontrak, bentuk, keadaan, ukuran serta lain-lain faktor sesuatu projek. Menurut kebiasaan, tempoh ini adalah selama 12 bulan dan sekiranya tempoh ini tidak dinyatakan di dalam lampiran maka tempoh selama 6 bulan diambil kira seperti dinyatakan dalam fasal 45 borang kontrak JKR 203A. Bagaimanapun dari kecamata kontrak, tempoh ini boleh lebih panjang asalkan kedua-dua belah pihak bersetuju dan hasrat tersebut diberitahu semasa kontraktor menender. Cuma implikasi yang mingkin timbul dari tempoh yang melebihi tempoh biasa ialah harga kontrak mungkin leih tinggi kerana kontraktor mempunyai tanggungjawab yang lebih lama berbanding keadaan biasa.

Arahan Membaiki Kecatatan

Terdapat dua bentuk arahan PP yang deperuntukkan di dalam syarat-syarat kontrak yang memerlukan kontraktor membaiki kecatatan :-

a) Arahan bertulis (Arahan Pegawai Penguasa – Fasal 5 dan fasal 45)b) Dalam bentuk jadual kecatatan (Fasal 45)

Arahan Bertulis

Keadaan ini memberi ruang agar kecatatan diperbaiki sebelum tamatnya tempoh liability kecatatan atau sebelum jadaual kecatatan dikeluarkan. Arahan bertulis ini biasanya diberikan kepada kontraktor terhadap kecatatan yang berlaku dalam tempoh liability kecatatan dan lazimnya bagi kecatatan yang perlu diperbaiki dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, kecatatan yang berlaku dalam tempoh liability

Page 15: Lanjutan Masa

kecatatan yang tidak perlu diperbaiki dengan kadar segera boleh juga diarahkan melalui cara ini. Semua arahan dalam kategori ini dikeluarkan pada bila-bila masa yang munasabah/berpatutan seperti mana peruntukan yang terdapat di dalam fasal 5.

Pihak kontraktor kemudian bertanggungjawab memperbaiki kecatatan berkenaan dalam masa yang munasabah/berpatutan seperti mana dinyatakan oleh PP. Segala kos pembaikan dibiayai oleh kontraktor.

Dalam Bentuk Jadual Kecatatan

Kecatatan di dalam kategori ini biasanya merupakan kecatatan yang tidak memerlukan tindakan segera. Segala kecatatan disenaraikan oleh PP dalam bentuk jadual dan diserahkan kepada kontraktor tidak lewat dari 14 hari selepas tamatnya tempoh liability kecatatan. Kontraktor bertanggungjawab memperbaiki kecatatan mestilah tidak lewat dari 3 bulan selepas menerima jadual berkenaan. Kontraktor dikehendaki memperbaiki segala kecatatan yang terdapat di dalam jadual kecatatan atas kos sendiri.

Apa yang dimaksudkan dengan masa yang munasabah atau berpatutan bagi kedua-dua perkara diatas bolehah dirujuk sebagai masa yang sesuai membaiki sesuatu keadaan kecatatan dengan mengambil kira bentuk/keadaan, ukuran dan kuantiti serta cara membaiki kecatatan tersebut. Kecatatan yang mengakibatkan ketidakselesaan kepada penggunaan seharusnya perkara-perkara lain terbabit seperti kebocoran paip yang akan melembabkan dinding, lantai dan permaidani.

Aturcara Mengendalikan Kecatatan

a) Dari masa ke semasa dalam tempoh liability kecatatan klien dinasihatkan agar melaporkan segala kecatatan yang berlaku kepada PP. Terpulang kepada pihak klien untuk mengendalikan aduan ini samada melantik pegawai khas unyuk tujuan ini atau melibatkan setiap penghuni bangunan membuat aduan (contohnya:melalui borang aduan)

b) PP akan menyaring kecatatan yang mana perlu diperbaiki segera dan seterusnya mengeluarkan arahan bertulis kepada kontraktor agar kecatatan tersebut diperbaiki. Bagi kecatatan yang tidak perlu diperbaiki dengan segera, ia akan disenaraikan di dalam jadual kecatatan yang akan dihantar setelah tamatnya tempoh liability kecatatan nanti. Bilangan arahan boleh dikeluarkan tanpa had asalkan ia dilakukan dalam tempoh liability kecatatan.

c) Apabila tempoh libiliti kecatatan berakhir atau hampir berakhir, adalah baik jika pemeriksaaan bersama (PP, kontraktor, perunding, penngguna dan mereka mereka yang terlibat) dilakukan dengan merujuk sekali kepada arahan-arahan bertulis yang dikeluarkan sebelum ini.

d) Sekiranya terdapat kecatatan, maka kecatatan tersebut disenaraikan dalam jadual kecatatan dan diserahkan kepada kontraktor untuk diperbaiki. Jadual kecatatan ini mesti diserahka kepada kontraktor dalam tempoh 14 hari selepas tamatnya tempoh laibiliti kecatatan. Jikamdiserahkan selepas tempoh ini, hak klien untyuk kecatatan tersebut diperbaiki akan gugur. Jadual ini juga perlu lengkap kerana jadual kecatatan ini hanya boleh dikeluarkan sekali sahaja.

e) Pengawasan dan pemeriksaan perlu dilakukan oleh PP semasa kontraktor mambaiki kecatatan yang disenaraikan dalam jadual kecatatan. Ini bertujuan supaya konraktor melaksanakan kerja-kerja pembaikan dengan betul dan kerja-kerja itu dapat disiapkan dalam tempoh tidak lebih dari 3 bulan.

f) Apabila segala kecatatan telah diperbaiki dengan sempurna dan telah dipastikan bahawa tidak lagi terdapat apa-apa kecatatan, maka perakuan siap memperbaiki kecatatn hendaklah dikeluarkan oleh PP dan diserahkan kepada kontraktor.

g) Jika kontraktor gagal memperbaiki kecatatan seperti yang diarahkan oleh PP atau seperti yang

Page 16: Lanjutan Masa

disenarikan dalam Jadual Kecatatan dalam masa yang diperuntukkan, kerja-kerja pembaikan boleh dilaksanakan dengan apa cara yang difikirkan sesusai oleh PP. Contohnya PP meminta ditolak dari baki wang kontraktor yang masih belum dibayar. Jika baki tersebut tidak mencukupi, jumlah berkenaan bolehlah diperolehi dari bon perlaksanaan atau dikira sebagai hutang kontraktor kepada klien.

h) Seandainya tedapat kecatatan yang tidak praktikal untuk diperbaiki atau akan menimbulkan ketidakselesaan yang tidak boleh diterima, maka PP perlu menentukan kesusutan nilai bagi perkara berkenaan dan nilai tersebut akan ditolak dari baki wang kontraktor yang belum dibayar.

Dalam menangani isu membaiki kecatatan in. PP hanya mempunyai hak unyuk menyenaraikan kecatatan sahaja, manakala cara kerja-kerja pembaikan agar ianya bersesuaian dengan keperluan sal kontrak di atas kebijaksanaan kontraktor.

Perakuan siap membaiki kecatatan menandakan bahawa kontraktor telah menunaikan tanggungjawabya terhadap kecatatan secara khusus dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap kontrak secara umum. Dalam erti kata lain, perakuan siap memperbaiki kecatatan menandakan selesainya tanggungjawab kontraktor bagi sesuatu teruntamanya dalam isu membaiki kecatatan. Dalam aspek yang lebih besar, perakuan ini sangat penting kerana ia menjadi syarat utama sebelum perakuan muktamad dikeluarkan bagi membolehkan konraktor mendapat bayaran akhir.