kumpulan menara 3
TRANSCRIPT
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 1
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
KATEGORI : TEKNIKAL
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK
KUMPULAN MENARA 3/
JPS WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 2
ISI KANDUNGAN
Bil. Tajuk Muka Surat
1.0 PENGENALAN 4
1.1 LATAR BELAKANG JABATAN 4
1.2 OBJEKTIF JABATAN 5
1.3 MISI JABATAN 5
1.4 PIAGAM PELANGGAN JABATAN 5
1.5 FUNGSI JABATAN 6
1.6 CARTA ORGANISASI JABATAN 6
1.7 FUNGSI BAHAGIAN 7-8
1.8 LATAR BELAKANG KUMPULAN 8-9
1.9 AHLI KUMPULAN DAN KRITERIA PEMILIHAN 10-11
1.10 PENCAPAIAN KUMPULAN 12
1.11 PELAN PELAKSANAAN PROJEK 12-13
2.0 PEMILIHAN PROJEK 13
2.1 MENGENALPASTI MASALAH 13-14
2.2 PENERANGAN MASALAH 14
2.2.1 PERGERAKAN FAIL TIDAK DAPAT DIKESAN 14
2.2.2 PENCEROBOHAN DI REZAB SUNGAI 15
2.2.3 PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 16
2.2.4 KEROSAKAN SISTEM PERANGKAP SAMPAH 17
2.2.5 ALAT PEMANTAUAN BANJIR TIDAK DAPAT BERFUNGSI 18
2.3 ANALISA MATRIK 19
2.4 SEBAB-SEBAB LAIN PROJEK INI DIPILIH 20-21
2.5 HUBUNGKAIT PROJEK DENGAN JABATAN 21
3.0 PENJELASAN PROJEK 22
3.1 DEFINISI TAJUK 22
3.2 LATAR BELAKANG MASALAH 23
3.3 KAEDAH 5W + 1H 24
3.4 CARTA ALIRAN KERJA (SEBELUM PROJEK) 25
4.0 PENGGUNAAN KAEDAH/ALAT KAWALAN KUALITI 26
4.1 PEMILIHAN PUNCA MASALAH 26
4.2 VERIFIKASI PEMILIHAN PUNCA MASALAH 27-29
4.3 PENGUMPULAN DATA SEBELUM PENYELESAIAN 29-30
5.0 PENYELESAIAN KREATIF DAN INOVATIF 31
5.1 RAJAH POKOK 31
5.2 KAEDAH PRO DAN KONTRA 32-33
5.3 ANALISIS SWOT 34
5.4 UJICUBA PERTAMA 35
5.5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 35
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 3
Bil. Tajuk Muka Surat
6.0 PENCAPAIAN HASIL PROJEK 36
6.1 PENGURANGAN KOS OPERASI 36
6.2 PENJIMATAN MASA 37
6.3 PENINGKATAN OUTPUT/ HASIL KERJA 37
6.4 PENJIMATAN SUMBER MANUSIA 37
6.5 TAHAP KEPUASAN HATI PELANGGAN DAN PEKERJA 38
6.6 IMEJ JABATAN 38
7.0 TINDAKAN PENYERAGAMAN (Standardization) 39
8.0 GAMBAR-GAMBAR PROJEK 40
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 4
LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF KUMPULAN MENARA 3
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
1.0 PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG JABATAN
JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPSWPKL) telah di tubuhkan pada 1973
dengan tanggungjawab untuk melaksanakan program tebatan banjir dan
pembaikan alam sekitar dalam usaha untuk mengurangkan kesan banjir dan
pencemaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Walau
bagaimanapun pada tahun 2008 JPS Labuan telah keluar secara pentadbiran dari
JPSWPKL. Terbinanya WP Putrajaya, JPS telah mewujudkan satu lagi cawangan iaitu
JPS Putrajaya dan menjadi salah satu unit organisasi di JPSWPKL. Pada tahun 2009
JPS Putrajaya telah di asingkan menjadi satu daerah. Bagi memantapkan lagi
pentadbiran JPSWPKL pada tahun 2010 Pusat Kawalan SMART diletakkan di bawah
pentadbiran jabatan ini.
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 5
1.2 OBJEKTIF JABATAN
Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang melebihi keupayaan kumpulan
sasaran sendiri seterusnya menjamin penggunaan tanah yang optimum dan
pengurusan yang lebih cekap bagi sumber air negara
1.3 MISI JABATAN
Menguruskan sumber air, lembangan sungai, risiko banjir dan zon pinggir laut untuk
mencapai alam sekitar yang mapan dan kualiti hidup yang dipertingkatkan
1.4 PIAGAM PELANGGAN JABATAN
Piagam pelanggan JPSWPKL adalah:-
1.4.1 Memberi respon terhadap sebarang aduan awam menerusi JPS
Careline 1-300-80-1010 berkenaan dengan masalah banjir, sungai,
pantai dan saliran bandar dalam masa dua (2) hari bekerja
1.4.2 Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat
belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap
(melainkan dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian kontrak)
1.4.3 Membekal data dan maklumat hidrologi dalam tempoh empat
belas (14) hari bekerja
1.4.4 Memberi khidmat nasihat/ulasan teknikal/maklumbalas dalam
tempoh
1.4.5 Menepati objektif MS ISO 14001:2004 iaitu memastikan kualiti
air berada pada Kelas II
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 6
1.5 FUNGSI JABATAN
Terdapat beberapa fungsi jabatan antaranya adalah:-
15.1 Melaksanakan projek-projek tebatan banjir di Lembah Sg.Klang
1.5.2 Menyenggara struktur-struktur tebatan banjir dan sistem amaran
Banjir
1.5.3 Meningkatkan kelestarian alam sekitar dan kualiti hidup
1.6 CARTA ORGANISASI JABATAN
KHIDMAT PENGURUSAN
TIM PENGARAH
HIDROLOGI & SUMBER AIR
MEKANIKAL & ELEKTRIKAL
TN . HAJI ABU BAKAR PENGARAH JPSWPKL
ZON UTARA
ZON SELATAN
UKUR BAHAN & KONTRAK
PROJEK SMART
RTB LEMBAH SG.KLANG
SKOP PROJEK
KORPORAT, KUALITI & ICT
Rajah 1.1 : Carta Organisasi Jabatan
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 7
1.7 FUNGSI BAHAGIAN
Fungsi bahagian yang terlibat dalam kumpulan KIK ini adalah:-
1.7.1 Memberi ulasan teknikal bagi permohonan jambatan/ lintasan
merentasi sungai, pengalihan sungai dan sebagainya bagi projek- projek
pembangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
1.7.2 Mengeluarkan ulasan bagi permohonan pengeluaran pasir,
penggunaan rizab sungai dan lain-lain permohonan
1.7.3 Mengambil tindakan yang sewajarnya apabila menerima sebarang
aduan yang melibatkan pencemaran sungai dan runtuhan tebing- tebing
sungai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
1.7.4 Memastikan pengoperasian rumah-rumah pam di bawah jagaan
JPSWPKL dapat berfungsi dengan baik dan berada di dalam keadaan
sempurna
1.7.5 Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan program Saliran
Bandar di bawah bidang tugas JPSWPKL menggunakan peruntukan yang
disalurkan oleh Ibu Pejabat JPS Malaysia.
1.7.6 Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan pemuliharaan
struktur Kolam Takungan Banjir dari segi kawalan kualiti serta kuantiti air
mengikut Garis Panduan MSMA.
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 8
1.7.7 Menyediakan ulasan teknikal untuk permohonan pemajuan
pembangunan tanah samada bagi tujuan perumahan, perindustrian serta
pertanian dalam kawasan pentadbiran JPSWPKL.
1.7.8 Menghadiri mesyuarat dan menyediakan ulasan teknikal bagi
Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar
(JPPKSAS) Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).
1.7.9 Menyediakan minit mesyuarat, laporan, persuratan dan pengurusan
kontrak di bawah Unit Saliran Mesra Alam dan Kolam Takungan Zon Selatan.
1.7.10 Menyelia projek kerja-kerja pembersihan Kolam Takungan Banjir di
Flat Sri Johor, Kolam Midah dan Kolam Batu 4 ½ Jalan Klang Lama.
1.8 LATAR BELAKANG KUMPULAN
Kumpulan MENARA 3 ditubuhkan pada 7 Mei 2007 dan dianggotai oleh 10 orang
kakitangan pelbagai bahagian di JPS WPKL
Moto kumpulan ialah ‘KREATIVITI MENJANA TRANFORMASI’
Objektif kumpulan adalah ’MENINGKATKAN PRODUKTIVITI KERJA YANG LEBIH
EFISIEN DAN CEMERLANG’
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 9
Etika kumpulan adalah seperti berikut:-
Sentiasa berdisiplin dan efisien terhadap tugasan
Sentiasa kreatif dan inovatif
Bertanggungjawab dan jujur dalam melaksanakan tugasan
Sentiasa bekerjasama sesama ahli
Logo kumpulan dan maksudnya
E Efisien dan integriti
N Neutraliti dan mentaliti
A Amanah dan cekap
R Rajin dan rasional
A Adil dan saksama
3 Generasi Ke-3
M Menghasilkan kreativiti dan inovasi
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 10
1.9 AHLI KUMPULAN DAN KRITERIA PEMILIHAN
Kumpulan MENARA 3 terdiri 10 orang ahli termasuk fasilitator dengan berbagai
jawatan.
PENASIHAT
Ir. SABRI
FASILITATOR
SHARULNIZAM
KETUA ZAHARUDIN
SETIAUSAHA
MESKIAH
AHLI ZARINAH
AHLI EZMAN
AHLI ILYAS
AHLI FADLY
AHLI ABDULLAH
AHLI NORAZMAWANI
Carta 1.1: Carta Ahli Kumpulan MENARA 3
PENYELARAS
RAJA REDZUAN SHAH
AHLI IBRAHIM
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 11
Kriteria pemilihan ahli kumpulan adalah berdasarkan pengalaman, kepimpinan, disiplin,
kepakaran, komitmen dan pengetahuan kerja serta lantikan dari pengarah JPSWPKL.
BIL NAMA KRITERIA PEMILIHAN
1.
ZAHARUDIN
-Berpengalaman dalam menyelia kerja-kerja pembinaan kontraktor -Terlibat dalam KMK/KIK selama 15 tahun -Berkhidmat lebih dari 30 tahun
2.
MESKIAH
-Berpengalaman dalam penyediaan pelan- pelan projek -Terlibat dalam KMK/KIK selama 10 tahun -Berkhidmat lebih dari 30 tahun
3.
ZARINAH
-Berpengalaman dalam membuat pelan projek dan GIS -Terlibat dalam KMK/KIK selama 10 tahun -Berkhidmat selama 15 tahun
4.
NORAZMAWANI
-Mahir dalam penggunaan komputer -Mahir dalam membuat grafik -Berpengalaman dalam KMK/KIK selama 5 tahun
5.
EZMAN
- Berpengalaman dalam tugas menyelenggara sungai-sungai di WPKL - Mahir dari segi komputer dan pengucapan
6.
ILYAS
- Berpengalaman dalam menyiasat aduan awam Dan menyelenggara Kolam Takungan
7.
KHAIRUL FADLY
- Berpengalaman dalam menyelia kerja-kerja pembinaan kontraktor - Mahir dari segi pengucapan
8.
ABDULLAH
-Berpengalaman dalam mengawasi Sistem Ramalan dan Amaran Banjir -Berkhidmat lebih dari 30 tahun
9.
IBRAHIM
- Berpengalaman dalam mengawasi Sistem Ramalan dan Amaran Banjir - Berkhidmat lebih dari 30 tahun
Jadual 1.1: Jadual Kriteria Pemilihan Ahli Kumpulan
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 12
1.10 PENCAPAIAN KUMPULAN
Kumpulan MENARA 3 telah mencapai beberapa kejayaan antaranya:-
1.9.1 Johan KMK Peringkat JPS Malaysia- 2009
1.9.2 Naib Johan Peringkat NRE – 2010
1.9.3 Johan KIK Peringkat JPS Malaysia – 2011
1.9.4 Tempat Ketiga Peringkat NRE – 2011
1.11 PELAN PELAKSANAAN PROJEK
Konsep PDCA digunakan dalam melaksanakan projek KIK. Perancangan yang telah
dibuat bermula dari bulan Jun 2011 hingga bulan Mei 2012.
Rajah 1.2: Rajah PDCA
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 13
Carta Perbatuan KIK MENARA 3 seperti berikut:-
2.0 PEMILIHAN PROJEK
2.1 MENGENALPASTI MASALAH
Hasil sesi percambahan fikiran, kumpulan MENARA 3 telah membuat
pemilihan projek berdasarkan pengumpulan data-data dari:-
i) Aduan – JPS Careline, telefon, surat menyurat, email dsb
ii) Laporan Pemeriksaan Berkala – pemeriksaaan bulanan
iii) Borang Soal Selidik – dari kalangan kakitangan JPSWPKL
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 14
Oleh itu sebanyak lima (5) masalah telah dikenalpasti seperti rajah di bawah:-
2.2 PENERANGAN MASALAH
2.2.1 PERGERAKAN FAIL TIDAK DAPAT DIKESAN
Pergerakan fail sering kali sukar dikesan disebabkan tiada sistem dan
rekod yang sesuai. Masalah ini timbul disebabkan kurang pemantauan
dari pegawai yang dipertanggungjawabkan. Sistem rekod yang sedia
ada tidak digunapakai sepenuhnya. Ini menyebabkan urusan surat
menyurat sering tergendala dan lewat untuk diambil tindakan.
Jadual 1.2: Jadual Senarai Pemilihan Masalah
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 15
2.2.2 PENCEROBOHAN DI REZAB SUNGAI
Rezab sungai adalah satu jalur tanah yang bersebelahan kedua-dua
tebing sungai yang diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah
Negara. JPSWPKL menyelenggara 3 batang sungai utama serta 8 anak
sungai di Lembah Klang. Panjang sungai yang diselenggara oleh
jabatan adalah 250km. Masalah yang dihadapi adalah rezab sungai
sering dicerobohi oleh orang yang tidak bertanggungjawab seperti:-
1. Pembinaan rumah-rumah setinggan
2. Pembuangan sampah sarap serta bahan binaan
3. Pengubahsuaian rumah melepasi sempadan R.O.W tanpa
kebenaran
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 16
2.2.3 PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK
Di JPS WPKL kerja-kerja pelupusan sisa makanan masih menggunakan
kaedah konvensional dan tidak sistematik di mana sisa makanan dan
sampah yang dihasilkan dikumpul di dalam tong sampah kemudian
dibuang ke tapak pelupusan sampah oeh pihak kontraktor yang
diantik. Semasa proses ini dilakukan pelbagai masalah timbul
antaranya:-
1. Sampah tidak dikutip mengikut jadual
2. Pemcemaran berlaku
3. Longkang tersumbat dan menyebabkan banjir
4. Pembiakan makhluk perosak
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 17
2.2.4 KEROSAKAN SISTEM PERANGKAP SAMPAH
(DEBRIS REMOVAL SYSTEM)
Sistem Perangkap Sampah adalah sebuah mesin yang direka khas untuk
memerangkap dan mengeluarkan sampah dari sungai. Apabila hujan lebat
berlaku, kuantiti dan saiz sampah-sampah tidak boleh dijangka. Saiz sampah
yang besar menyebabkan sistem ini mengalami kerosakan dan tidak dapat
berfungsi dengan baik dan efektif. Kerosakan yang sering berlaku adalah
seperti berikut:-
1. Kerosakan motor elektrik
2. Kerosakan tapak motor elektrik
3. Kerosakan “conveyor belt”
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 18
2.2.5 ALAT PEMANTAUAN BANJIR TIDAK DAPAT
BERFUNGSI
Alat Pemantauan banjir adalah satu sistem untuk mendapatkan dan
merekod bacaan aras air dan taburan hujan bagi satu-satu kawasan. Di
JPSWPKL terdapat 26 buah stesen hujan dan 14 buah stesen aras air
mengikut lokasi yang telah ditetapkan. Di antara sebab-sebab alat
pemantauan banjir tidak dapat berfungsi adalah:-
• Kecurian alat
• Kerosakan alat
• Sistem yang tidak stabil
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 19
2.3 ANALISA MATRIK
Melalui Kaedah Analisa Matrik, Masalah Pelupusan Sisa Makanan Tidak
Sistematik telah mendapat skor tertinggi iaitu 30. Ini dapat dilihat dari hasil
pengumpulan maklumat-maklumat dari aduan kakitangan, laporan dan
kajiselidik yang dibuat dari bulan Julai hingga September 2011. Lihat jadual di
bawah:-
Jadual 2.1: Jadual Analisa Matrik
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 20
2.4 SEBAB-SEBAB LAIN PROJEK INI DIPILIH
Sebab-sebab lain projek ini dipilih adalah:-
2.2.1 Sampah tidak dipunggut mengikut waktu yang ditetapkan
2.2.2 Longkang sering tersumbat
2.2.3 Udara sekitar menjadi busuk 2.2.4 Peningkatan pembiakan makhluk perosak seperti tikus dan anjing liar 2.2.5 Masalah estetik/pemandangan 2.2.6 Peningkatan kos penyelenggaraan 2.2.7 Pembaziran wang jabatan
Selain itu kos sewa pengangkutan kenderaan mengangkut sampah sangat tinggi.
Jabatan terpaksa membayar sebanyak RM 200.00 bagi sekali pengangkutan sampah.
Dalam tempoh setahun jabatan terpaksa memperuntukan sebanyak RM9,600.00.
Pemilihan projek ini juga berdasarkan akta-akta dalam ‘Laws Of Malaysia’ yang
bertajuk ‘Sewerage Services ACT 1993’.
Selain itu mengikut pemeriksaan bulanan yang dibuat mendapati komponen sisa
makanan yang dihasilkan pada tahun 2010 dan 2011 adalah sangat tinggi iaitu
menyumbang 40%.
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 21
BIL KOMPONEN SISA PERATUS (%)
1. SISA MAKANAN 40
2. PELBAGAI JENIS KERTAS 27
3. PLASTIK 17
4. BOTOL/KACA 4
5. LOGAM 4
6. LAIN-LAIN 8
2.5 HUBUNGKAIT PROJEK DENGAN JABATAN
Objektif Projek - Meminimakan risiko banjir dan pencemaran kualiti air
Objektif Jabatan- Objektif utama Jabatan ini ialah untuk memperbaiki taraf
kualiti kehidupan penduduk Wilayah Persekutuan dengan mengurangkan
negatif akibat banjir melalui perlaksanaan program tebatan banjir dan
pembaikan serta peningkatan sistem-sistem saliran dan sungai-sungai tanpa
menggangu persekitaran semulajadi dan keindahan kawasan tersebut.
Jadual 2.2: Jadual Senarai Komponen Sisa
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 22
3.0 PENJELASAN PROJEK
3.1 DEFINISI TAJUK
PELUPUSAN bermaksud
Satu sistem yang digunakan serta diaplikasikan dalam melupuskan sampah
SISA MAKANAN bermaksud
• Merupakan bahan yang dilupuskan kerana tidak boleh digunakan lagi
ataupun tiada nilai dari segi ekonomi
• Dihasilkan dari dapur kantin dan pantry pejabat
TIDAK SISTEMATIK bermaksud
• Tidak mengikut konsep Kitar Semula
• Pengasingan sampah tidak sempurna
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 23
3.2 LATAR BELAKANG MASALAH
Pengurusan sisa pepejal di JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih
menggunakan sIstem konvensional di mana sisa pepejal yang terhasil
daripada aktiviti pejabat terutamanya sisa makanan di kantin dan pantry
dilupuskan secara konvensional dan tidak teratur. Oleh yang demikian ianya
menjana kepada pencemaran bau dan pembiakan makhluk perosak
terutamanya di kawasan sekeliling.
Sehubungan dengan itu, kesinambungan projek Kumpulan Inovasi dan Kreatif
(KIK) Kumpulan MENARA 3 pada tahun 2011 iaitu “ Sistem Sinki Sering
Rosak” didapati sisa pepejal yang terperangkap dalam kotak pengasingan
dilupuskan dan tidak diurus dengan cara yang betul telah membuka minda
dan memberi idea kepada Kumpulan MENARA 3 untuk menjana sesuatu
bahan yang tidak mempunyai nilai kepada sesuatu yang ada nilai dan dapat
memberi faedah kepada kakitangan dan masyarakat.
Hasil daripada perbincangan dan pencambahan fikiran ahli kumpulan serta
sokongan pihak pengurusan JPS WPKL “ Pelupusan Sisa Makanan Tidak
Sistematik” telah dijadikan tajuk projek KIK pada tahun 2012.
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 24
3.3 KAEDAH 5W + 1H
WHAT (APA MASALAH YANG BERLAKU?)
- Pelupusan Sisa Makanan Tidak Sistematik
WHO ( SIAPA YANG TERLIBAT?)
- Pengusaha kantin, kakitangan JPS WPKL dan Kumpulan MENARA 3
WHEN (BILA MASALAH INI BERLAKU?)
- Sepanjang masa
WHERE ( DIMANA MASALAH INI BERLAKU?)
- Di dapur kantin dan pantry pejabat
WHY( KENAPA MASALAH INI BERLAKU?)
- Sisa-sisa makanan tidak dilupuskan mengikut cara yang betul
HOW( BAGAIMANA MASALAH INI BERLAKU?)
- Disebabkan sistem pelupusan yang tidak ekonomi
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 25
3.4 CARTA ALIRAN KERJA (SEBELUM PROJEK)
MULA KERJA ( Dari Pejabat )
Periksa kawasan pejabat dan Kantin Tidak Baik
Tidak Baik
Tidak Baik
Periksa bangunan di tingkat 1
Periksa bangunan di tingkat 2
Periksa bangunan di tingkat 3
SELESAI KERJA
Buat Laporan
Tidak Baik
(TUGAS: TERMASUK PEMERIKSAAN KEROSAKKAN DAN KEBERSIHAN PEJABAT)
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 26
4.0 PENGGUNAAN KAEDAH/ALAT KAWALAN KUALITI
4.1 PEMILIHAN PUNCA MASALAH
Dalam proses Analisa Punca Masalah, Kumpulan kami telah menggunakan Rajah
Sebab Akibat 1 untuk menganalisis sebab-sebab paling mungkin yang menyumbang
kepada masalah ini. Punca-punca masalah yang dikenalpasti melibatkan empat (4)
faktor iaitu Manusia, Peralatan, Kaedah dan Persekitaran.
Rajah 4.1: Rajah Sebab Akibat 1
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 27
4.2 VERIFIKASI PEMILIHAN PUNCA MASALAH
Berdasarkan keputusan dalam Jadual Verifikasi Pemilihan Punca Masalah
kumpulan kami telah dapat mengenalpasti punca-punca paling mungkin seperti
dalam Rajah Sebab Akibat 2. Kumpulan telah memilih lima (5) punca-punca
masalah yang paling mungkin untuk dianaisis.
4.2.1 Faktor Peralatan
1. Tong Sampah Mudah Rosak
• Tong sampah yang sedia ada mudah terhakis akibat air sampah
(leachate) yang berasid.
• Tong sampah yang diperbuat dari ‘Fibre’ mudah pecah.
Rajah 4.2: Rajah Sebab Akibat 2
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 28
4.1.2 Faktor Persekitaran
1. Lokasi Tidak Strategik
• Lokasi tong sampah yang jauh menyukarkan pembuangan sisa-sisa
makanan secara berkala.
• Laluan untuk penyenggaraan agak sempit kerana terletak dalam
kawasan pakir.
• Kerja-kerja penyenggaraan hanya boleh dibuat pada waktu cuti sahaja.
2. Sisa Makanan Berkeadaan Basah
• Sisa makanan yang bercampur aduk akan menjadi basah dan susah
untuk dilupuskan.
• Memerlukan tong khas untuk buangan sisa makanan basah supaya
keadaan sekeliling tidak tercemar.
• Air sampah (leachate) perlu dikawal supaya tidak mengalir ke dalam
longkang.
3. Sisa Makanan Berbau
• Sisa makanan yang terbiar dan tidak dapat dilupuskan dengan
segera akan mengakibatkan pencemaran bau.
• Menyebabkan tempat pembiakan lalat.
• Mewujudkan persekitaran yang kurang selesa di kawasan yang
berhampiran.
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 29
4.1.3 Faktor Kaedah
1. Tidak Boleh Diguna Semula
• Sisa-sisa makanan terus dibuang ke dalam tong sampah dan seterusnya
ke tapak pelupusan.
• Bahan-bahan yang boleh digunakan tidak diasingkan bagi tujuan kitar
semula.
4.3 PENGUMPULAN DATA SEBELUM PENYELESAIAN
Kumpulan kami telah membuat pengumpulan data-data sebelum penyelesaian
dengan menggunakan kaedah Jadual Semakan 1 (Sebelum) berdasarkan laporan
pemeriksaan yang dibuat dari bulan Julai hingga September 2011.
Jadual 4.1: Jadual Lembaran Semakan (Sebelum)
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 30
Dalam Jadual Kekerapan dan Rajah Pareto 1, kumpulan dapat mengetahui peratus
kekerapan punca-punca masalah dan seterusnya dapat mensasarkan projek yang perlu
diselesaikan iaitu 80% seperti di bawah.
Jadual 4.2: Jadual Kekerapan Sebelum Tindakan Pembetulan
Rajah 4.2: Rajah Pareto
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 31
5.0 PENYELESAIAN KREATIF DAN INOVATIF
5.1 RAJAH POKOK
Kumpulan telah memilih Kaedah Rajah Pokok dalam mencari alternatif cadangan
punca-punca masalah Pelupusan Sisa Makanan Tidak Sistematik. Kami telah
menerima lima (5) keputusan alternatif cadangan yang dikemukakan oleh ahli
seperti di bawah:-
u
Rajah 5.1: Rajah Pokok
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 32
5.2 KAEDAH PRO DAN KONTRA
Dari lima (5) alternatif cadangan itu, kumpulan MENARA 3 telah menganalisis semula
menggunakan Kaedah PRO dan KONTRA. Ini dapat ditunjukkan dalam jadual seperti
di bawah:-
Punca Masalah
Cadangan Penyelesaian
PRO (Kebaikan)
KONTRA (Keburukan)
Keputusan
TONG SAMPAH MUDAH ROSAK
1) Menyediakan rumah sampah
1. Tong sampah lebih terurus
2. Tidak diceroboh oleh makhluk perosak
1. Kos tinggi 2. Lokasi terhad
PRAKTIKAL
2) Menggunakan tong sampah jenis FRP
1. Tahan lasak 2. Mudah diselenggara 3. Mudah didapati di
pasaran
1. Kos tinggi 2. Risiko kecurian
TIDAK PRAKTIKAL
LOKASI TIDAK
STRATEGIK
3)Menyediakan laluan penyelenggaraan
1. Kerja-kerja penyelenggaraan dapat dilaksanakan mengikut jadual
2. Mengelakkan sampah-samapah berkenaan terbiar telalu lama
1. Kos yang tinggi 2. Kawasan terhad
TIDAK PRAKTIKAL
4)Ubah Lokasi Tong Sampah
1. Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan
2. Memudahkan kerja-kerja pengumpulan sampah
3. Menjimatkan masa
1. Kesukaran mendapat tapak yang sesuai
2. Kurang nilai estitika
PRAKTIKAL
SISA MAKANAN
BERKEADAAN BASAH
5)Menyediakan Tong Sampah Khas
1. Sistem kitaran semula dapat dilaksanakan dengan baik
2. Proses pelupusan mudah dilaksanakan
1. Kurang kesedaran kitaran semula
2. Sikap Mengambil mudah terhadap sistem kitaran semula
TIDAK PRAKTIKAL
6)Menyediakan Kotak Pengasingan
1. Sisa makanan dapat diasingkan
2. Mengurangkan pencemaran
3. Persekitaran sentiasa bersih
1. Kos tinggi 2. Kekangan kewangan 3. Pembaziran masa untuk
kerja-kerja penyelenggaraan
4. Kekurangan kakitangan
PRAKTIKAL
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 33
Punca Masalah Cadangan
Penyelesaian PRO
(Kebaikan) KONTRA
(Keburukan Keputusan
SISA MAKANAN BERBAU
7)Tong Sampah Tertutup
1. Menghalang bau mencemarkan persekitaran
2. Mengelakkan pembiakan lalat
3. Menghalang penyebaran penyakit berjangkit
1. Pengguna tidak tanggungjawab membiarkan tong sampah tidak ditutup
2. Melibatkan kos yang tinggi bagi menggantikan tong sampah yang sediaada
TIDAK PRAKTIKAL
8) Mencampurkan Sisa Makanan Dengan Tanah Pasir
1. Sisa dapat diupuskan dengan mudah
2. Tanah pasir senang dicari
1. Air sampah masih ada 2. Cacing mudah
membiak 3. Berbau 4. Lambat dilupus
PRAKTIKAL
KAEDAH KONVENSIONAL
TIDAK BOLEH DIGUNA SEMULA
9) Mempraktiskan Konsep Kitar Semula
1. Bahan kitar semula dapat dijual
2. Mengurakan sampah 3. Kos penyelenggaraan
rendah 4. Pengguna lebih
bertanggungjawab
1. Tahap kesedaran konsep kitar semula masih rendah
PRAKTIKAL
10) Menyediakan Perangkap Sisa Pepejal
1. Sisa makanan dapat diasingkan
2. Mengurangkan pencemaran
3. Persekitaran sentiasa bersih
1. Perlu dibersihkan selalu mengikut jadual yang ditetapkan
2. Terdedah kepada pembiakan makluk perosak
PRAKTIKAL
Jadual 5.1: Jadual PRO dan KONTRA
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 34
5.3 ANALISIS SWOT
Dalam Jadual Analisis SWOT, kami telah membuat pilihan alternatif cadangan
berdasarkan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman sesuatu cadangan
penyelesaian yang dikemukakan. Kami dapati cadangan Mencampurkan Sisa Makanan
Dengan Tanah Pasir telah diterima kerana banyak kekuatan dari kelemahannya.
Jadual 5.2: Jadual Analisa SWOT
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 35
5.4 UJICUBA PERTAMA
Dalam ujicuba pertama Kumpulan kami telah mengambil tindakan
mencampurkan sisa makanan dengan tanah pasir dan dibiarkan selama 3
minggu. Keputusannya tidak berjaya kerana didapati sisa makanan yang telah
dicampurkan dengan pasir kelihatan basah dan air sampah (leachate) masih
mengalir dan berbau.
5.5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Kumpulan kami telah menganalisis semula cadangan penyelesaian dan kami
telah mengambil keputusan berdasarkan pemerhatian fizikal yang didapati
Kaedah Mencampurkan Sisa Makanan Dengan Serat Kelapa Sawit/ daun
Kering mempunyai banyak kelebihan dan sangat praktikal. Keputusan ujicuba
kedua ini didapati campuran berkenaan kelihatan kering dan tidak berbau. Ini
disebabkan tindakan balas penguraian sisa makanan dengan serat kelapa
sawit/ daun kering senang berlaku berbanding ujicuba pertama.
Oleh itu kumpulan kami telah menamakan projek ini sebagai BIOKOMPOS
MENARA 3 (BM3)
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 36
6.0 PENCAPAIAN HASIL PROJEK
6.1 PENGURANGAN KOS OPERASI
Pengurusan sisa pepejal yang sistematik telah dapat mengurangkan kos
operasi pelupusan sisa di pejabat dan kantin amnya. Di mana pihak Jabatan
tidak perlu membelanjakan kewangan Jabatan untuk operasi pembersihan
kawasan sekitar. Di mana sebelum ini pihak Jabatan banyak memperuntukan
kewangan bagi kerja-kerja penyelenggaraan di antaranya ;-
6.1.1 Menggantikan tong sampah yang sering rosak akibat proses
pengaratan akibat air sampah yang berasid.
6.1.2 Penyelenggaraan rumah sampah.
6.1.3 Skop kerja kontraktor dikurangkan dan secara tidak langsung kos
operasi dapat dijimatkan. Sebagai contoh, kerja-kerja
pembersihan di kawasan kantin dan pantry boleh dikeluarkan
dari skop kerja kontrakrtor kerana ianya boleh dibuat oleh
kakitangan dan pengusaha kantin.
6.1.4 Kos pelupusan sisa pepejal yang tidak bercampur dengan sisa
domestik adalah lebih mudah dan murah.
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 37
6.2 PENJIMATAN MASA
Pengurusan masa pihak kontraktor penyelenggaraan dapat dijimatkan di
mana skop pengurusan sisa makanan ini dapat dikeluarkan daripada kontrak
kerja-kerja penyelenggaraan dan boleh ditumpukan kepada operasi
pembersihan kawasan pejabat diantaranya ;-
6.2.1 Kekerapan membersihkan tandas ditambah daripada sekali
kepada dua kali.
6.2.2 Kekerapan membersih/menyapu lantai pejabat ditambah.
6.3 PENINGKATAN OUTPUT/ HASIL KERJA
Kontraktor penyelenggaraan dapat memberi tumpuan kepada kerja-kerja
yang memberi impak yang besar kepada kebersihan pejabat. Di mana apabila
kekotoran yang dijana oleh kawasan kantin dan pantry dapat diminimakan,
pihak kontraktor penyelenggaraan boleh memberi tumpuan kepada kawasan
pejabat yang lain sebagai contoh lobi pejabat, tandas, laluan koridor utama di
mana ianya selalu di akses oleh pihak pelanggan dan orang awam.
6.4 PENJIMATAN SUMBER MANUSIA
Apabila skop kerja dikurangkan pihak kontraktor mempunyai pilihan untuk
mengurangkan bilangan kakitangan penyelenggaraan dan secara tidak
langsung kos operasi dapat dijimatkan.
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 38
6.5 TAHAP KEPUASAN HATI PELANGGAN DAN PEKERJA
Pengurusan sisa ini jika dilaksanakan dengan baik dan sistematik, ianya akan
mewujudkan persekitaran bersih dan suasana yang kondusif kepada semua
orang yang datang berurusan dangan JPS WPKL terutamanya pihak
pemborong, agensi-agen kerajaan dan swasta serta kakitangan Jabatan
sendiri.
Keselesaan di tempat kerja menjadi satu aspek utama yang sering
dibincangkan dan diberi keutamaan oleh pihak pengurusan supaya ianya
dapat menghasilkan produktivi yang tinggi dan meningkatkan mutu hasil kerja
kakitangan JPS WPKL.
6.6 IMEJ JABATAN
Pengurusan sisa pepejal ini pada kebiasaannya selalu dipandang remeh dan
mudah oleh semua kakitangan Jabatan. Sikap dan persepsi ini perlu dikikis
dan diperbetulkan kerana jika dilaksanakan dengan sistematik ia akan
memberi impak yang besar kepada Jabatan.
Faktor kebersihan dan keselesaan menjadi elemen penting bagi sesebuah
organisasi untuk mewujudkan budaya kerja yang sihat dan faktor
persekitaran yang harmoni. Persekitaran yang bersih dapat meningkatkan
imej Jabatan secara amnya. Dengan program pengurusan yang sempurna ini
ia juga dapat memperkemaskan kawasan pejabat dan kesinambungan
kepada program 5S yang dilaksanakan oleh Jabatan.
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 39
7.0 TINDAKAN PENYERAGAMAN (Standardization)
Konsep pelupusan sisa pepejal yang dibuat ini merupakan konsep berskala kecil di
mana ia melibatkan kawasan pejabat terutamanya kantin dan pantry. Untuk projek
yang berskala besar, pihak Jabatan akan mempertimbangkan menggunakan konsep
pelupusan sisa pepejal yang diperangkap di dalam ‘Gross Polutant Trap (GPT)’ yang
dipasang di bawah projek River of Life (RoL). Di mana dianggarkan lebih 320 buah
GPT akan dipasang di sekitar sungai di Lembah Klang.
Pengurusan dan penyelenggaraan GPT ini memerlukan sumber kewangan yang besar
untuk melupuskan sisa/sampah. Sekiranya sisa/sampah yang terperangkap ini dapat
dijadikan bahan biokompos ianya akan mengurangkan pencemaran, menjimatkan
kos operasi serta boleh menjana pendapatan kepada pihak kerajaan amnya.
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2012
PELUPUSAN SISA MAKANAN TIDAK SISTEMATIK 40
8.0 GAMBAR-GAMBAR PROJEK
Sisa makanan ditimbang untuk mendapat nisbah campuran 1:1:2
Sisa makanan dicampur dengan daun kering dan serat kelapa sawit
Campuran itu digaul hingga sebati
Dibiarkan selama 3 minggu
Campuran tersebut telah menjadi Biokompos
Biokompos MENARA 3 (BM3)