konflik remaja di sekolah

10
Remaja adalah individu yang telah hidup bertahun-tahun dengan ibu bapa dan kemudian beralih kepada lingkungan yang lebih luas meliputi rakan sebaya, guru-guru serta orang lain. Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada remaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya atau siapakah dirinya atau suatu proses menentukan konsep jati diri pada dirinya. Rogers (1985) menyatakan antara perubahan nyata yang berlaku pada peringkat remaja ialah mereka mula pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal tentang keindahan dunia kehidupan orang dewasa yang sukar dicapai baginya. Perubahan emosi dan fikiran ini menimbulkan kegelisahan pada remaja kerana untuk berdikari mereka tidak mampu dan untuk mengikut jejak langkah orang dewasa juga tidak berupaya. Keadaan ini menimbulkan konflik nilai dalam dirinya. Mereka mengalami rasa gembira dan kadangkala kesunyian, berkahayal dengan orang yang dikaguminya, dan cenderung mencontohi dalam pelbagai perkara, seperti cara berpakaian, cara bergaul dan cara berfikir. Remaja sering dikaitkan dengan masalah walaupun daripada sifat semula jadi, remaja adalah zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai potensi diri yang cemerlang. Masalah sosial yang membabitkan remaja hari ini benar-benar membimbangkan. Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan ini menimbulkan pelbagai masalah. Justeru itu, guru dan pihak sekolah amnya sangat berperanan dalam mengatasi masalah dan konflik remaja di

Upload: sayidah-nafisah

Post on 13-Jun-2015

4.244 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konflik Remaja Di Sekolah

Remaja adalah individu yang telah hidup bertahun-tahun dengan ibu bapa dan kemudian

beralih kepada lingkungan yang lebih luas meliputi rakan sebaya, guru-guru serta orang lain.

Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada

remaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya atau siapakah dirinya atau

suatu proses menentukan konsep jati diri pada dirinya. Rogers (1985) menyatakan antara

perubahan nyata yang berlaku pada peringkat remaja ialah mereka mula pandai berfikir, menilai

perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal tentang

keindahan dunia kehidupan orang dewasa yang sukar dicapai baginya. Perubahan emosi dan

fikiran ini menimbulkan kegelisahan pada remaja kerana untuk berdikari mereka tidak mampu

dan untuk mengikut jejak langkah orang dewasa juga tidak berupaya. Keadaan ini menimbulkan

konflik nilai dalam dirinya. Mereka mengalami rasa gembira dan kadangkala kesunyian,

berkahayal dengan orang yang dikaguminya, dan cenderung mencontohi dalam pelbagai perkara,

seperti cara berpakaian, cara bergaul dan cara berfikir. Remaja sering dikaitkan dengan masalah

walaupun daripada sifat semula jadi, remaja adalah zaman yang penuh bertenaga dan

mempunyai potensi diri yang cemerlang. Masalah sosial yang membabitkan remaja hari ini

benar-benar membimbangkan. Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan ini

menimbulkan pelbagai masalah. Justeru itu, guru dan pihak sekolah amnya sangat berperanan

dalam mengatasi masalah dan konflik remaja di sekolah kerana kebanyakan masa remaja di

Malaysia pada hari ini banyak dihabiskan di sekolah.

Bagi mengatasi konflik-konflik remaja di sekolah terdapat pelbagai ilmu yang boleh

dipraktikkan oleh para guru dan pihak pentadbiran sekolah. Teori psikologi pendidikan amat

bersesuaian jika dapat diaplikasikan secara sempurna. Psikologi Pendidikan merupakan ilmu

yang mengkaji bagaimana teori-teori psikologi boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah (Borich

dan Tombori, 1997). Menurut Huffman (2004) dalam buku Psikologi Pendidikan pula psikologi

pendidikan merupakan bidang ilmu mengenai ‘pembelajaran tentang proses pendidikan dan

memperkenalkan perkembangan intelektual, sosial dan emosi kanak-kanak di dalam persekiratan

sekolah’. Bidang psikologi pendidikan membantu guru supaya lebih memahami diri sendiri,

memperbaiki dan melangkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya ada pada

seorang guru. Guru mesti bercakap di hadapan kelas dengan suara yang jelas dan lantang,

menghuraikan fakta dengan tersusun, berpakaian kemas supaya senang dipandang oleh pelajar,

Page 2: Konflik Remaja Di Sekolah

menjalin hubungan mesra dengan pelajar, berkebolehan mengawal bilik darjah dan mempunyai

keyakinan diri apabila berada di hadapan bilik darjah.

Antara konflik yang sering wujud dalam kalangan remaja di sekolah ialah ponteng. Ciri-

ciri psikologi pelajar yang ponteng agak mudah dikesan oleh guru yang cekap pemerhatiannya.

Sikap itu termasuklah hedonisme jangka pendek, negativisme, penyelewengan daripada

peraturan sekolah dan pendesakan mengadakan autonomi bagi sekolah. Pelajar yang hedonism

mudah berasa bosan apabila sesuatu aktiviti itu tidak menampakkan faedah jangka panjang.

Hedonisme adalah kegagalan pelajar memahami perhubungan antara kerja dengan kenikmatan

yang kabur berhubung dengan faedah jangka panjang suasana persekolahan. Ini menimbulkan

kebosanan. Negativisme pula ialah kegagalan memahami realiti di sekeliling. Pelajar yang

ponteng tidak mampu memahami mengapa sepatutnya mereka patuh dan berkewajipan dari segi

moral untuk ke sekolah. Desakan untuk memperoleh kebebasan berbuat sesuatu mengikut sesuka

hati merupakan satu lagi ciri mereka yang suka ponteng. Kadangkala ada pelajar yang berasa

bangga apabila pihak sekolah menghukum mereka. Rangsangan kognitif yang melampau di

sekolah akan melahirkan pengunduran dalam kalangan sesetengah pelajar. Mereka “mendapati

kemampuan untuk berfikir dan bertindak dengan tegas terjejas oleh penerangan yang terlampau

mendadak terhadap pancaindera mereka”, (Alvin Toffler (1970) Future Shock: London &

Sydney: Pans Book) dalam buku Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Mereka akan menolak

realiti sekolah apabila mereka tidak mampu lagi menerima semuanya itu setiap hari. Dengan itu

sekolah menjadi satu realiti yang tidak diingini.

Sehubungan itu, seseorang guru boleh menjadikan teori kecerdasan sebagai panduan

untuk mereka merancang teknik, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

mengikut jenis kecerdasan, bakat dan potensi yang terdapat pada pelajar-pelajarnya. Keadaan ini

membolehkan guru mempelbagaikan cara pengajarannya supaya proses pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan itu tidak berfokus kepada satu-satu jenis kecerdasan sahaja

sehingga membosankan pelajar. Sebaliknya guru boleh menjalankan pengajarannya berdasarkan

lapan kecerdasan yang disarankan oleh Howard Gardner seperti menggunakan kaedah

kecerdasan visual/spatial yang melibatkan kecerdasan dari segi keupayaan berfikir dalam bentuk

visual dan gambar ataupun rajah. Suasana pembelajaran yang sedemikian menjadikan pelajar

lebih bermotivasi, bersemangat dan berketerampilan untuk belajar. Peneguhan positif juga boleh

Page 3: Konflik Remaja Di Sekolah

diberikan sebagai satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-

contoh peneguhan positif yang boleh diberikan di dalam bilik darjah adalah seperti memberikan

kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan

senyuman, menepuk bahu pelajar, member hadiah. Peneguhan positif (Roediger, 1996) dalam

buku Psikologi Pendidikan adalah memberikan sesuatu ganjaran yang memuaskan pelajar setelah

perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatakan lagi.

Sering didengar bahawa guru-guru merungut mengenai sikap pelajar semasa dalam bilik

darjah terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajran sedang berlaku. Dari itu, guru

memainkan peranan penting di mana guru hendaklah peka terhadap diri setiap orang pelajar

dalam bilik darjah sama ada pelajar menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara yang

berlaku di luar bilik darjah atau terhadap pengajaran guru. Fenomena ini boleh berlaku kerana

beberapa faktor antaranya adalah disebabkan oleh suara guru yang kurang jelas dan lantang serta

kaedah pengajaran yang kurang menampakkan keberkesananya. Dengan itu, guru hendaklah

mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan menggunakan bahan bantuan mengajar yang sesuai

untuk menarik minat pelajar. Begitu juga, guru boleh menangani masalah ini dengan

menggunakan kebijaksanaannya mengawal kelas secara aktif. Guru juga boleh melibatkan

pelajar dalam aktiviti pembelajaran dengan memberikan beberapa soalan kepada pelajar yang

kurang menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Walaubagaimanapun, guru harus memainkan

peranan yang bijak untuk mengatasi masalah ini seperti mengadakan aktiviti senaman ringan

seperti aktiviti yang menggunakan tangan yang boleh dilakukan pelajar terutama sekali pada

waktu tengah hari. Senaman ringan di dalam bilik darjah boleh dilakukan hanya untuk beberapa

minit dan kemudian menyambung semula pengajaran. Selain itu, guru boleh menyuruh pelajar

yang benar-benar mengantuk atau tertidur supaya membasuh muka atau mengajukan beberapa

soalan supaya pelajar terbabit dapat melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan dan aktiviti

pembelajaran secara aktif. Dalam konteks bilik darjah di negara ini, rata-rata di dalam bilik

darjah terdapat murid-murid yang pintar, cerdas, sedrhana dan lembab. Kadangkala sesebuah

sekolah telah mengasingkan tahap kecerdasan murid mengikut kelas dengan mengubah nama

kelas kepada nama-nama bungan atau tokoh-tokoh tertentu. Pengasingan kelas mengikut tahap

kecerdasan bukanlah satu langkah yang baik dari perspektif psikologi (Maznah, 1984). Hal ini

adalah kerana murid yang pintar tidak semestinya murid itu adalah murid yang kreatif kerana

Page 4: Konflik Remaja Di Sekolah

Woolfolk telah membuktikan hubungan antara pintar dan kreatif adalah tidak signifikan, iaitu

bermaksud dalam banyak kes murid yang kreatif lebih tinggi nilainya daripada murid yang

pintar. Semasa pengajaran dan pembelajaran, guru harus menggunakan pendekatan yang sesuai

dengan tahap kebolehan pelajar. Dalam kalangan pelajar pandai, guru boleh menggunakan teknik

kuliah atau mencari fakta sendiri. Tetapi dalam kalangan pelajar yang lemah, guru perlu

menggunakan teknik scaffolding (teknik yang digunakan oleh seseorang yang memiliki

kemahiran yang lebih untuk membantu seseorang yang kurang berpengetahuan) yang disarankan

oleh Vygotsky dan lain-lain.

Pergaduhan merupakan suatu masalah yang berat dan tidak boleh dipandang ringan oleh

guru. Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya pergesaran dan perselisihan antara para

pelajar. Ada pelajar yang mengalami tekanan emosi dan pelajar jenis ini akan berasa mudah

tersentuh dan tersinggung. Pergaduhan berlaku sekiranya seseorang pelajar itu menggangu,

mengejek dan mengusik rakannya di dalam bilik darjah. Kejadian boleh berlaku semasa guru

sedang mengajar ataupun berada di luar bilik darjah. Pelajar yang suka bergaduh adalah

disebabkan oleh konflik rumahtangga, terpengaruh dengan keadaan yang berlaku di sekitar,

keganasan yang dilihat daripada televisyen, bergaul dengan pelajar yang nakal dan suka

mengusik pelajar lain dan sebagainya. Guru perlu memanggil kedua-dua orang pelajar yang

bersengketa itu dan meminta mereka menerangkan sebab berlakunya pergaduhan itu. Jika perlu,

saksi boleh dipanggil untuk member keterangan. Dengan itu, guru perlu mengkaji secara dekat

dan mengenal pasti sebab musabab berlakunya persengketaan itu dan perlu memikir dan

membuat pertimbangan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu. Untuk mengatasi

masalah itu, ia bergantung kepada tahap pergaduhan itu dan juga pelajar yang terlibat. Dalam

perkara ini, guru seharusnya bertindak sebagai orang tengah dan memainkan peranannya untuk

memberi perasaan puas hati kepada kedua-dua belah pihak yang bertelagah itu. Sementara itu,

guru boleh memberi nasihat kepada kedua belah pihak agar mereka berbaik-baik semula dan

bertolak ansur antara satu sama lain dan tidak menggangu perjalanan kelas. Sekiranya

pergaduhan itu berlaku secara berterusan dan guru tidak dapat menyelesaikan masalah itu, dia

perlu mendapatkan bantuan daripada guru lain.

Percintaan dan keluar bersama mula menjadi isu remaja. Perasaan ini adalah normal dan

semula jadi. Guru harus menjelaskan kepada pelajar tentang ‘cinta sejati’, ‘cinta monyet’ dan

‘cinta bodoh’ untuk mengelakkan remaja perempuan dan lelaki kecundang oleh nafsu dan

Page 5: Konflik Remaja Di Sekolah

melakukan perbuatan yang dilarang oleh undang-undang dan mengelakkan terjadinya kehamilan

luar nikah. Perasaan cemburu yang mendalam dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan akan

mendorong mereka melakukan tingkah laku yang boleh membawa akibat buruk kepada diri

mereka sendiri. Contohnya remaja lelaki akkan bergaduh dan bertumbuk dengan remaja lelaki

lain yang dianggapnya telah merampas kekasihnya. Begitu juga dalam kalangan remaja

perempuan mereka akan mengkhianati rakan perempuan lain yang merampas kekasih hatinya.

Bruner merumuskan bahawa pelajar dapat belajar pada mana-mana peringkat umur apabila

mereka dimotivasi untuk mempersepsi pengalaman-pengalaman melalui pengamatan (insight).

Guru tidak boleh mengambil tindakan menghukum pelajar yang bercinta di sekolah dengan

merotan mereka di depan pelajar lain. Kementerian Pelajaran juga tidak bercadang sekali-kali

untuk melaksanakan hukuman rotan di khalayak ataupun public caning dan kekal dengan

pendirian seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 (Kuasa Guru

Merotan Murid) kerana hukuman merotan di khalayak ini boleh menjatuhkan maruah serta

menimbulkan kesan-kesan negatif dari segi psikologi dan juga perkembangan self-esteem

pelajar.

Salah Laku Seksual Jenayah seksual di kalangan remaja bukan lagi isu baru di Malaysia.

Jenayah seksual remaja dapat didefinisikan sebagai perbuatan seksual secara paksaan yang

meliputi perbuatan meliwat, merogol, melakukan kelucahan melampau, membunuh dan

menyeksa mangsa menggunakan kekerasan di mana perbuatan-perbuatan itu salah di sisi

undang-undang. Antara ciri-ciri remaja Devian mengikut kajian Halcomb (1991), personaliti

remaja mempunyai masalah tingkah laku seperti berasa kehidupan keluarga tidak memuaskan,

kurang kasih sayang dan mempunyai tahap konflik yang tinggi. Punca Salah Laku Seksual

Remaja adalah berdasarkan teori fungsionalisme. Teori ini menganggap devian sebagai tidak

mempunyai peranan kepada struktur sosial. Teori konflik mengatakan, devian adalah tindakan

golongan tertindas ke atas pihak minoriti yang menindas. Teori Subbudaya dan deprivasi status

pula berpendapat, devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza daripada budaya

masyarakat. Remaja terutama daripada kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam akademik

mengalami kekecewaan dan tekanan serta bertindak melakukan devian. Teori interaksionisme

Teori interaksionisme melihat devian sebagai perkara subjektif dan proses sosial. Remaja sengaja

memilih tingkah laku mengikut kemahuan dan sesuai dengan cara interpretasi mereka. Oleh itu,

guru hendaklah mendidik pelajarnya sama seperti mendidik anaknya sendiri. Guru perlu

Page 6: Konflik Remaja Di Sekolah

menunjukkan keprihatinan kepada pelajar dengan mengingati nama mereka, sering bertanya

khabar dan berbual-bual dengan pelajar. Guru perlu mengambil berat keadaan pelajar dan

bersedia membantu pelajar yang ada masalah.

Pengamal teori konstruktif berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik

darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan

yang berbeza di mana setiap individu itu penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

tanpa menafikan hak mereka di dalam mengutarakan sebarang pendapat mahupun idea yang

berkaitan dengan pembelajaran pada waktu itu. Keadaan ini secara tidak langsung menjadi

penyokong kepada minat murid dalam pembelajaran dan akan terhapusnya situasi keterasingan

di kalangan pelajar dan murid-murid sendiri. Kefahaman murid terhadap fakta akan lebih

berkesan dan mantap dengan mengabung jalinkan antara pengalaman sedia ada dan fakta yang

sedang dibina. Selain dari itu guru perlu mengelakan diri dari beranggapan bahawa minda murid

sebagai tin kosong yang hanya cukup diisi dengan fakta dan pengetahuan baru sebaliknya

mengambil kira, menilai, mengukur keterlibatan dan kefahaman mereka dalam mengembangkan

maklumat yang disampaikan sewaktu proses P&P. Peranan guru sebagai pembimbing dan

fasilitator juga dapat membantu dalam mengawal disiplin para pelajar dengan baik. Di dalam

menghadapi situasi di mana kewujudan murid yang enggan melibatkan diri di dalam aktiviti

pengajarn dan pembelajaran (P&P), golongan pendidik seharusnya lebih kreatif dalam

mempelbagaikan aktiviti serta mengajukan pelbagai persoalan sebagai ransangan terbaik sebagai

jaminan keterlibatan aktif murid-murid dalam menemukan idea-idea terbaru. Melaui teori

konstruktif ini kita tidak lagi melihat aktiviti P&P berpusatkan kepada murid sahaja.

Psikologi Pendidikan adalah suatu bidang yang memberi kefahaman kepada guru tentang

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan proses pembelajaran mereka supaya guru

menjadi lebih prihatin kepada pelajar yang sedang melalui proses pertumbuhan dan

perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan social. Perkara tersebut perlu diketahui oleh guru

kerana keupayaan dan kecerdasan dan kebolehan tidak sama antara kanak-kanak, remaja dan

orang dewasa. Guru yang efektif adalah guru yang melangkah ke dalam bilik darjah dengan

bergaya dan dilengkapi dengan ilmu mengenai sifat dan tabii pelajar-pelajarnya.