krs remaja sekolah

72

Upload: ramlah-ram

Post on 29-Dec-2015

615 views

Category:

Documents


53 download

TRANSCRIPT

Page 1: krs remaja sekolah
Page 2: krs remaja sekolah

i ii ii ii ii i

Diterbitkan Oleh:I DIDIKNo. 10-1, Jalan USJ 21/3,

47360 Subang Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

Tel: 603-8024 5834 Faks: 603-8025 9834

Email: [email protected]

© 2013 Hak cipta terpelihara oleh

I DIDIK

SIRI BADAN BERUNIFORMSIRI BADAN BERUNIFORMSIRI BADAN BERUNIFORMSIRI BADAN BERUNIFORMSIRI BADAN BERUNIFORM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

Semua gambar foto adalah sekadar

hiasan semata-mata dan tidak

melambangkan mana-mana bahagian

isi kandungan buku ini. Mana-mana

gambar foto yang bersamaan dengan

mana-mana organisasi atau individu

adalah secara kebetulan. Pihak penerbit

dan penulis ingin merakamkan

penghargaan dan terima kasih.

PENGHARGAANCetakan Pertama 2013

Hak Cipta Terpelihara.Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh

diterbitkan semula, disimpan dalam

cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun

dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang

cara, sama ada dengan cara elektronik, fotologi,

mekanik, rakaman dan sebagainya sebelum

mendapat izin bertulis daripada

I DIDIK.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Nur Aliya Sufian, 1973-Tunas kadet remaja sekolah (TKRS) [Nur Aliya Sufian].(Siri badan beruniform)ISBN 978-967-5839-14-6 (set)ISBN 978-967-5839-15-31. Student activities--Malaysia--Juvenile literature.2. Scouting (Youth activity)--Malaysia--Juvenile literature.3. Student participation in curriculum planning--Malaysia--Juvenile literature.I. Judul. II. Siri.371.809595

Page 3: krs remaja sekolah

i i ii i ii i ii i ii i i

PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH 1• Sejarah 1

• Pelaksanaan Kadet Remaja 2• Lagu Kadet Remaja Sekolah 6

PERLEMBAGAAN KADET REMAJA SEKOLAH 7• Nama Pasukan 7

• Alamat Berdaftar 7• Tujuan Penubuhan Kadet Remaja Sekolah 7

• Logo Rasmi 8• Bendera Kadet Remaja Sekolah 9

• Cogan Kata 9• Keahlian 9

• Pakaian Rasmi Kadet Remaja Sekolah 10• Kawasan Kegiatan 11

• Jawatankuasa 11

ORGANISASI KADET REMAJA SEKOLAH 12• Organisasi Kadet Remaja Sekolah 12

PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH 14• Sistem Pangkat 14

• Pangkat untuk Pelajar Sekolah Menengah 16• Pangkat Bagi Pelajar Sekolah Rendah 19

PAKAIAN SERAGAM KADET REMAJA SEKOLAH 21• Ahli Kadet Remaja Sekolah (Pelajar Sekolah) 21

• Pakaian Lengkap (Rasmi) I Pegawai Lelaki KRS 21• Pakaian Lengkap (Rasmi) II Pegawai Lelaki KRS 22

• Pakaian Lengkap (Rasmi) I Pegawai Wanita KRS 22• Pakaian Lengkap (Rasmi) II Pegawai Wanita KRS 23

• Pakaian Istiadat Pegawai Lelaki KRS 23• Pakaian Istiadat Pegawai Wanita KRS 24

• Pakaian Separuh Lengkap Pegawai (Latihan) 24

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

Page 4: krs remaja sekolah

i vi vi vi vi v

KURIKULUM KADET REMAJA SEKOLAH 25• Pengenalan 25

• Disiplin dan Kerohanian 26• Ketatanegaraan 27

• Bendera dan Jata Negara Malaysia 28• Senarai Yang di-Pertuan Agong 29

• Kerohanian 32• Pengurusan dan Gaya Diri 33

• Pendidikan Moral 35

KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 36• Ketahanan Diri 36

• Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah 37• Sejarah Kawad 38

• Kawad Kaki 39• Personaliti Jurulatih Kawad KRS 41

• Arahan Semasa Kawad 41• Kawad Berjalan 45

• Perkhemahan 50• Memasak 52• Ikatan Tali 53

• Ikhtiar Hidup 54• Teknik Perjalanan dan Iklim 57

• Pertolongan Cemas dan Bantu Mula 58

KHIDMAT MASYARAKAT 61• Matlamat 61

• Objektif 61• Pengisian 61

ALAM SEKITAR 62• Pengenalan 62

• Objektif 62

KEUSAHAWANAN 65• Pengenalan 65

• Objektif 65• Mereka Cipta 65

• Jenis Kraf Tangan yang Boleh Dihasilkan oleh Ahli KRS 66

GLOSARI DAN SOALAN PEMAHAMAN 68

Page 5: krs remaja sekolah

11111

SEJARAHKadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dandiasaskan oleh En. Thani bin Syaaban di SekolahMenengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 27Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagaiKadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yangmerupakan pasukan beruniform kepada PersatuanPelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA).

Keahliannya seramai 20 orang sahaja iaituterdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannyaialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN danBERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik, berketerampilan selarasdengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara kearah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit PendidikanIslam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankanberteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989,

beberapa buah sekolah di WilayahPersekutuan telah menubuh-

kan KPIM. Pada 1993,sebanyak 53 buah

Sekolah Mene-ngah di seluruhnegara telahmenubuhkanKPIM.

Kadet RemajaSekolah (KRS) pada

awalnya dikenalisebagai Kadet Putera

Islam Malaysia (KPIM).

En. Thani bin Syaabanadalah pengasas KRS.

Page 6: krs remaja sekolah

22222

Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi danbernaung di bawah Kementerian PendidikanMalaysia (kini Kementerian Pelajaran) telahdimulakan pada 10 Ogos 1993. Satupertemuan telah diadakan dengan YangBerbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan MohdZahid bin Wan Mohd Nordin iaitu KetuaPengarah Pendidikan Malaysia pada 13September 1993. Dalam pertemuan ini tesisKPIM telah dibentangkan.

Hasilnya sebuah jawatankuasa kecil dibentuk untuk menyediakankertas kabinet. Jawatankuasa ini telah mencadangkan nama KPIM ditukarkankepada Kadet Putera-Puteri Islam. Walau bagaimanapun, nama pasukan iniditukar kepada Kadet Remaja Sekolah.

Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarahBahagian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dandipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordintelah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KadetRemaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepadasemua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan.

PELAKSANAAN KADET REMAJAKadet Remaja Sekolah (KRS) diluluskan penubuhannya pada 18 Januari 1995oleh Jemaah Menteri. Pelancarannya dilakukan oleh Menteri PelajaranMalaysia pada masa itu, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 20

Jun 1995 di Sekolah Menengah Raja Abdullah,Kuala Lumpur.

Retentan daripada itu, KementerianPelajaran Malaysia mengeluarkan SuratPekeliling Ikhtisas mengenai pelaksanaanKadet Remaja Sekolah bagi mem-bolehkan semua sekolah menengah dinegara menubuhkan KRS di sekolah

masing-masing.

Di sekolah inilah KRS dilancarkan olehDato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahidbin Wan Mohd Nordin

Page 7: krs remaja sekolah

33333

Antara perkara yang terkandung dalam Surat PekelilingIkhtisas itu adalah:a) Latar Belakang

Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet RemajaSekolah (TKRS) perlu ditubuhkan di semua sekolahmenengah milik kerajaan dan bantuan kerajaan diseluruh negara sebagai salah satu pasukan pakaianseragam di sekolah. Ia boleh memenuhi kepelbagaiancita rasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektifyang dikemukakan. KRS dan TKRS adalah pasukanpakaian seragam tunggal yang dianjurkan olehKementerian Pelajaran Malaysia.

b) RasionalPenubuhan KRS ini adalah bagi memenuhi kehendakpara pelajar yang berminat dengan pasukan pakaianseragam. Ia juga membantu membimbing parapelajar menangani dan mengatasi pelbagaimasalah salah laku seperti jenayah, penyalah-gunaan dadah, ponteng sekolah, lepak serta masalahjuvana yang lain.

Aktiviti yang terdapat dalam kurikulum KRS diharap dapatmengembangkan semua aspek potensi pelajar-pelajar yang berteraskanilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar.

c) MatlamatKRS dan TKRS bermatlamat untuk melahirkan pelajar cemerlang yang

berminat, berakhlak mulia, berilmu danberketrampilan selaras dengan hasrat

Falsafah Pendidikan Negara kearah menjayakan Wawasan

2020.

KRS ingin melahirkan pelajarcemerlang menuju Wawasan

2020.

Page 8: krs remaja sekolah

44444

d) Objektifa) Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan

mengamalkan akhlak yang mulia iaitu akhlak Islam serta mampumemberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat.

b) Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dankepekaan dalam kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa danmenanganinya dengan wajar.

c) Menyediakan peluang kepada pelajar memperoleh pengetahuan,pengalaman, kemahiran dan kebolehan mengurus serta memimpin.

d) Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama,bangsa dan negara.

e) Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memilikiketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif sertainovatif menghadapi pelbagai cabaran hidup.

e) Perancangan dan PelaksanaanPada awal penubuhannya, KRS hanya bertumpu kepada pelajar sekolahmenengah sahaja, tetapi kini ia diperluaskan kepada pelajar sekolahrendah dengan penubuhan Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).Ia boleh disertai oleh murid Tahun 4, 5 dan 6. Asas kurikulum yang dipelajarisama dengan sekolah menengah, tetapi mereka hanya terhad kepadakemahiran asas KRS.

Sehubungan dengan itu, guru-guru penasihat dilatih oleh jurulatihbertauliah yang ditempatkan di setiap negeri dengan kelolaan JabatanPelajaran Negeri. Sekolah yang hendak menubuhkan KRS perlumenghantar sekurang-kurangnya seorang guru lelaki dan seorang guruperempuan bagi mengikuti kursus jurulatih KRS di peringkat sekolah.

Page 9: krs remaja sekolah

55555

KRS ini melakukan kegiatan dengan unsur-unsur pengukuhan,pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yangmenganggotai pasukan ini dibekalkan dengan latihan-latihan yangmencabar bukan sahaja fizikal tetapi juga intelek. Jiwa dan rohani pelajarjuga diasuh dengan amalan ibadah khusus dan umum.

f) KurikulumMerangkumi lima aspek penting iaitu:1. Disiplin dan

kerohanian2. Ketahanan diri dan

kebudayaan3. Khidmat masyarakat4. Pendidikan alam

sekitar5. Keusahawanan

g) Struktur OrganisasiStruktur organisasi KRS meliputi jawatankuasa dari peringkat kebangsaan,negeri, daerah dan sekolah.

h) KeahlianKeahlian KRS terbuka kepada semua pelajar di peringkat sekolah kerajaandan bantuan kerajaan iaitu:1. Keahlian KRS adalah murid-murid sekolah menengah.2. Keahlian TKRS adalah murid-murid sekolah rendah tahap 2 (Tahun 4

hingga 6)

Keahlian KRS juga dibuka kepada ahli bersekutu KRS, iaitu semua pelajaryang menuntut di institusi pendidikan selain daripada murid sekolah yangdinyatakan di atas. KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dandibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan.

Keahlian KRS akan lucut apabila murid itu berhenti atau diberhentikandaripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah atau institusi yangdianggotainya.

Kurikulum KRS memupukaspek-aspek positif dalam

diri para ahlinya.

Page 10: krs remaja sekolah

66666

i) Pakaian SeragamBeberapa jenis pakaian seragam ditetapkan dalam KRS, iaitu:1. Pakaian rasmi pegawai mengikut pangkat2. Pakaian istiadat bagi pegawai3. Pakaian rasmi bagi pelajar sekolah4. Pakaian separuh lengkap (latihan)

LAGU KADET REMAJA SEKOLAH

Kadet Remaja SekolahMenuju satu ikatan bersaudaraBersatu menjulang keamanan negaraMenjayakan Ilmu, Iman dan Amal

Marilah kita membina peribadiMenjadi insan yang kreatifBersama kecemerlangan diriSepanjang masa yang berterusan

Remaja sambutlah cabaranMenjadi bangsa MalaysiaMaju dan cemerlang remaja berwawasanJangan kita lupa kepada PenciptaRemaja hayati budayaIlmu, Iman dan AmalKekalkan di hati dan jiwamuWawasan Kadet Remaja Sekolah

KRS boleh juga dianggotai oleh penuntut institusi pendidikan yang lain.

Page 11: krs remaja sekolah

77777

Perlembagaan Kadet Remaja Sekolah adalah meliputi perkara-perkaraberikut:

NAMA PASUKANDikenali sebagai KadetRemaja Sekolah (KRS) bagisekolah menengah danTunas Kadet RemajaSekolah (TKRS) bagisekolah rendah.

ALAMAT BERDAFTARKEBANGSAAN - Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran MalaysiaNEGERI - Jabatan Pelajaran NegeriDAERAH - Pejabat Pelajaran DaerahSEKOLAH - Sekolah yang berkenaan

TUJUAN PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH

1. Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan,memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif, serta berinovatifmenghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

2. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yangberteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhansahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras denganFalsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.

3. Menangani masalah salah laku dalam kalangan pelajar remaja.

4. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagimenyediakan pelajar-pelajar memperoleh pengetahuan,pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

Tunas Kadet Remaja Sekolahdianggotai oleh murid sekolah

rendah.

Page 12: krs remaja sekolah

88888

5. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakanagama, bangsa dan negara Malaysia.

6. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami,menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikansumbangan demi kesejahteraan hidup murni bermasyarakat dankenegaraan.

7. Membina dan mengem-bangkan kefahaman,kesedaran dan kepekaantentang isu-isu semasa dalamkalangan pelajar sertaberkeupayaan bertindakdengan sewajarnya.

LOGO RASMILogo rasmi ini adalah lambang utama dalam Kadet Remaja Sekolah.

Ahli-ahli KRS atau TKRS disemainilai-nilai murni untuk kemajuan

bangsa, agama dan negara.

Logo rasmi KRS.

1. Perisai melambangkan benteng ketahanan diridaripada gejala yang tidak sihat.

2. Bulan dan bintang melambangkan agama Islamsebagai agama rasmi negara Malaysia.

3. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmipadi iaitu berilmu dan berketrampilan sertamatang dan rasional dalam tindakan.

4. Buku yang terbuka dan rehal pula melambangkanperanan institusi pendidikan yang mementingkantradisi ilmu bagi semua tanpa mengira keturunandan kaum, agama dan latar belakang budaya kearah melahirkan bangsa Malaysia selaras denganFalsafah Pendidikan Negara.

5. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.6. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang

mempertahankan negara yang tercinta.7. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak

kedaulatan negara Malaysia.8. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

Page 13: krs remaja sekolah

99999

BENDERA KADET REMAJA SEKOLAH

Warna hijau melambangkan:1. Tunas muda atau remaja yang masih boleh dibentuk.2. Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan.3. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS dan TKRS.

COGAN KATA"""""ILMU IMAN AMALILMU IMAN AMALILMU IMAN AMALILMU IMAN AMALILMU IMAN AMAL"""""

1. Ilmu bermaksud - Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS.2. Iman bermaksud - Keimanan mendalam adalah asas pembinaan diri.3. Amal bermaksud - Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang

berterusan adalah natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

KEAHLIAN1. Keahlian KRS dan TKRS terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan

dan bantuan kerajaan.

Pic 10 - Bendera KRS

2. Keahlian bagi KRS adalah murid-muridsekolah menengah.

3. Keahlian bagi TKRS adalah terbuka untukmurid sekolah rendah tahap 2 (tahun 4hingga 6).

4. Ahli bersekutu KRS dan TKRS terbukakepada semua pelajar yang menuntut diinstitusi pendidikan selain yangdinyatakan di atas.

5. KRS dan TKRS yang dianggotai oleh ahlibersekutu diurus dan dibiayai oleh institusidi mana KRS dan TKRS ditubuhkan.

Ahli-ahli KRS berdiri megah diupacara rasmi perbarisan.

Page 14: krs remaja sekolah

1 01 01 01 01 0

6. Keahlian KRS dan TKRS lucut serta-merta apabila pelajar itu berhenti ataudiberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah atau institusiseperti dinyatakan di atas.

7. Ahli KRS dan TKRS yang bertukar ke sekolah atau negeri lain, keahlian asalmasih diterima pakai.

PAKAIAN RASMI KADET REMAJA SEKOLAH

Lelaki1. Beret berwarna Sherwood Dark Green.2. Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green.3. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green.4. Tali wisel merah.5. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala warna emas

dengan logo KRS.6. Kasut kanvas Spike boot.7. Bulu ayam (Hackel's dalam pelbagai warna)8. Mafela merah.9. Sarung tangan putih.

Pakaian lengkaprasmi lelaki.

Perempuan1. Beret berwarna Sherwood Dark Green.2. Telekung mini Sherwood Dark Green.3. Baju kemeja labuh paras bawah punggung

berlengan panjang dan warna Jungle Green.4. Seluar panjang berwarna Sherwood Dark Green.5. Tali wisel merah.6. Kasut kanvas Spike boot.7. Bulu ayam (Hackel's dalam pelbagai warna)8. Mafela merah.9. Sarung tangan putih.

Pakaian lengkap rasmiperempuan.

Page 15: krs remaja sekolah

1 11 11 11 11 1

KAWASAN KEGIATAN1. Kawasan kegiatan meliputi peringkat sekolah, daerah, negeri dan

peringkat kebangsaan.2. Kawasan peringkat sekolah yang tersebut dalam perlembagaan ini

termasuk sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.3. Perkataan daerah yang ada dalam perlembagaan ini sama ertinya

dengan jajahan bagi negeri Kelantan dan bahagian bagi negeri Sabahdan Sarawak.

4. Kawasan kegiatan peringkat kebangsaan meliputi semua negeri diMalaysia serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya),daerah serta sekolah.

JAWATANKUASAJawatankuasa terdiri daripada empat peringkat:1. Peringkat kebangsaan2. Peringkat negeri3. Peringkat daerah4. Peringkat sekolah

Page 16: krs remaja sekolah

1 21 21 21 21 2

ORGANISASI KADET REMAJA SEKOLAH1. Organisasi Peringkat Negeri

Organisasi peringkat negeri diketuai oleh pengelola KRS negeri dantanggungjawab pengurusan diagihkan kepada pengurusan kewangan,logistik, latihan, kebajikan dan sosial, tatatertib dan perjawatan. Organisasiini juga merangkumi ketua-ketua kompeni dan platun-platun.

Organisasi peringkat negeri diketuai oleh pengelola KRS.

2. Organisasi Peringkat DaerahOrganisasi peringkat daerah diketuai oleh pegawai penyelaras KRS daerahdan dibantu oleh ketua-ketua kompeni serta platun-platun di peringkatdaerah.

Page 17: krs remaja sekolah

1 31 31 31 31 3

3. Organisasi Peringkat Kompeni KRSOrganisasi peringkat ini dianggotai oleh 156 orang yang terdiri daripadagabungan empat platun diketuai oleh kompeni berpangkat mejar ataukapten dibantu oleh penolong ketua kompeni, ejutan, pegawai warandan empat orang ketua platun.

4. Organisasi Peringkat Platun KRSOrganisasi peringkat ini dianggotai seramai 38 orang yang diketuai olehseorang pegawai, seorang staf sarjan, seorang sarjan, tiga koperal, tigalans koperal serta 30 orang anggota kadet.

5. Organisasi Peringkat Seksyen KRSOrganisasi ini dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh seorangkoperal, seorang lans koperal dan 10 anggota kadet.

Organisasi peringkat platun dianggotai oleh 38 orang.

Page 18: krs remaja sekolah

1 41 41 41 41 4

SISTEM PANGKATPangkat yang dianugerahkan kepada ahli KRS sama ada ahli KRS pelajarsekolah dan juga pegawai adalah seperti berikut:

Sistem Pangkat Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

KomandanLantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan namapanggilan Komandan KRS atau Komandan TKRS sekolah.

PengetuaPengetuaPengetuaPengetuaPengetua : Komandan KRS

Guru BesarGuru BesarGuru BesarGuru BesarGuru Besar : Komandan TKRS

Timbalan KomandanLantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan namapanggilan Timbalan Komandan KRS atau Timbalan Komandan TKRS sekolah.

Penolong Kanan Kokurikulum

Timbalan Komandan KRS atau Timbalan Komandan TKRS.

Page 19: krs remaja sekolah

1 51 51 51 51 5

Guru Pemimpin1.1 .1 .1 .1 . Leftenan Muda KRSLeftenan Muda KRSLeftenan Muda KRSLeftenan Muda KRSLeftenan Muda KRS

Wajib menghadiri Kursus Pegawai KRS Tahap 1 dengan lulus danditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda KRS.

2 .2 .2 .2 .2 . Leftenan KRSLeftenan KRSLeftenan KRSLeftenan KRSLeftenan KRSMengikuti Kursus Pegawai KRS Tahap 2 dengan lulus dan ditauliahkansebagai pegawai dengan pangkat Leftenan KRS.

3 .3 .3 .3 .3 . Kapten KRSKapten KRSKapten KRSKapten KRSKapten KRSa. Pernah mengikuti kursus pengurusan peringkat kebangsaan dan

berpengalaman mengendalikan beberapa program serta aktivitiperingkat negeri dan kebangsaan.

b. Pernah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama tiga tahun.c. Salah seorang Pegawai Tadbir Negeri atau Ketua Jurulatih Negeri atau

Pegawai Istiadat Negeri atau Pegawai Teknikal Negeri atau PegawaiHal Ehwal Wanita Negeri.

Pelajar Menengah

1.1 .1 .1 .1 . Lans Koperal KRSLans Koperal KRSLans Koperal KRSLans Koperal KRSLans Koperal KRSLulus dengan jaya dalam ujian Tahap 1KRS.

2 .2 .2 .2 .2 . Koperal KRSKoperal KRSKoperal KRSKoperal KRSKoperal KRSAhli telah menyertai KRS tidak kurangdaripada satu tahun serta lulus ujian Tahap 2.

3 .3 .3 .3 .3 . Sarjan KRSSarjan KRSSarjan KRSSarjan KRSSarjan KRSAhli telah menyertai KRS tidak kurangdaripada dua tahun serta lulus ujian tahap 3.

4 .4 .4 .4 .4 . Staf Sarjan KRSStaf Sarjan KRSStaf Sarjan KRSStaf Sarjan KRSStaf Sarjan KRSAhli pernah menyertai KRS tidak kurangdaripada tiga tahun serta lulus ujian Tahap 3.

5 .5 .5 .5 .5 . Pegawai WPegawai WPegawai WPegawai WPegawai Waran II KRSaran II KRSaran II KRSaran II KRSaran II KRSAhli pernah menyertai KRS tidak kurangdaripada tiga tahun serta lulus ujian Tahap 4.

6 .6 .6 .6 .6 . Pegawai WPegawai WPegawai WPegawai WPegawai Waran I KRSaran I KRSaran I KRSaran I KRSaran I KRSAhli pernah menyertai KRS tidak kurang daripada tiga tahun serta lulusujian Tahap 5.

Page 20: krs remaja sekolah

1 61 61 61 61 6

Murid Sekolah Rendah

1.1 .1 .1 .1 . Lans Koperal TKRSLans Koperal TKRSLans Koperal TKRSLans Koperal TKRSLans Koperal TKRSAhli berdaftar selama enam bulan dan memiliki buku catatan khasserta lulus beberapa perkara yang ditetapkan dalam kurikulum LansKoperal TKRS.

2 .2 .2 .2 .2 . Koperal TKRSKoperal TKRSKoperal TKRSKoperal TKRSKoperal TKRSSelepas enam bulan mendapat pangkat Lans Koperal TKRS, kenaikanpangkat sebagai Koperal TKRS boleh dipertimbangkan apabila ahli lulusUjian Kelayakan Lans Koperal TKRS dan memiliki buku catatan khas sertalulus beberapa perkara yang ditetapkan dalam kurikulum Koperal TKRS.

3 .3 .3 .3 .3 . Sarjan TKRSSarjan TKRSSarjan TKRSSarjan TKRSSarjan TKRSSelepas enam bulan mendapat pangkat Koperal TKRS, kenaikanpangkat sebagai sarjan TKRS boleh dipertimbangkan apabila ahli lulusUjian Kelayakan Koperal TKRS dan memiliki buku catatan khas sertalulus beberapa perkara yang ditetapkan dalam kurikulum Sarjan TKRS.

Ujian Kelayakan Kenaikan Pangkat KRS bagi Pelajar SekolahBagi melayakkan ahli KRS mendapat pangkat-pangkat yang disediakan,mereka hendaklah lulus Ujian Kelayakan Kenaikan Pangkat berdasarkankurikulum yang ditetapkan dalam kurikulum KRS dan TKRS yang dikeluarkanoleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ujian kelayakantersebut terdiri daripada pangkat-pangkat berikut:

PANGKAT UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH1. Lans Koperal KRS2. Koperal KRS3. Sarjan KRS4. Staf Sarjan KRS5. Pegawai Waran II KRS6. Pegawai Waran I KRS

Page 21: krs remaja sekolah

1 71 71 71 71 7

Pangkat Lans Koperal KRSBagi melayakkan seseorang ahli KRS mendapat kenaikan pangkat LansKoperal, syarat khas yang perlu ialah ahli hendaklah lulus ujian Tahap 1 yangmencakupi:

• Sirah Nabi Muhammad SAW (bercerita atau menulis sejarah)• Kawad • Kecergasan dan kemahiran• Pertolongan cemas • Kerohanian• Ketatanegaraan (pelajar bukan Islam)• Khidmas (khidmat masyarakat) • Kebudayaan• Alam sekitar • Keusahawanan

Pangkat Koperal KRSBagi melayakkan ahli KRS mendapat kenaikan pangkat sebagai Koperal,syarat khas yang perlu ialah ahli telah menyertai KRS tidak kurang dari satutahun serta lulus Tahap 2 yang mencakupi:

• Sirah Nabi Muhammad SAW (bercerita atau menulis)• Pendidikan moral (pelajar bukan Islam)• Kawad • Kecergasan dan kemahiran• Pertolongan cemas • Kerohanian• Ketatanegaraan • Khidmas (khidmat masyarakat)• Kebudayaan • Alam sekitar• Keusahawanan

Pangkat Sarjan KRSBagi melayakkan ahli KRS mendapat kenaikan pangkat sebagai Sarjan, syaratkhas yang perlu ialah ahli pernah menyertai KRS tidak kurang dari dua tahunserta lulus ujian Tahap 3 yang mencakupi:

• Sirah Nabi Muhammad SAW (bercerita atau menulis)• Pendidikan Moral (pelajar bukan Islam)• Kawad • Kecergasan dan kemahiran• Pertolongan cemas • Kerohanian• Ketatanegaraan (pelajar bukan Islam)• Khidmas (khidmat masyarakat) • Kebudayaan• Alam sekitar • Keusahawanan

Page 22: krs remaja sekolah

1 81 81 81 81 8

Pangkat Staf Sarjan KRSBagi melayakkan ahli KRS mendapat kenaikan pangkat sebagai Staf Sarjan,syarat khas yang perlu ialah ahli pernah menyertai KRS tidak kurang dari tigatahun serta lulus Tahap 3 iaitu:

• Sirah• Pendidikan moral (pelajar bukan Islam)• Kawad • Kecergasan dan kemahiran• Pertolongan cemas • Kerohanian• Ketatanegaraan (pelajar bukan Islam)• Khidmas (khidmat masyarakat) • Kebudayaan• Alam sekitar • Keusahawanan

Pangkat Pegawai Waran II KRSPegawai Waran adalah pangkat tertinggi yang boleh diperoleh oleh ahliKRS di peringkat sekolah. Pegawai Waran terbahagi kepada dua, iaituPegawai Waran II dan Pegawai Waran I. Bagi melayakkan ahli KRS mendapatkenaikan pangkat sebagai Pegawai Waran II, syarat khas yang perlu ialahahli pernah menyertai KRS tidak kurang dari tiga tahun serta lulus ujian Tahap4, iaitu:

• Sirah• Pendidikan moral (pelajar bukan Islam)• Kawad • Kecergasan dan kemahiran• Pertolongan cemas • Kerohanian• Ketatanegaraan (pelajar bukan Islam)• Khidmas (khidmat masyarakat) • Kebudayaan• Alam sekitar • Keusahawanan

Ujian pertolongan cemas dan ujian kecergasan adalah salah satu syarat untuk mendapatPangkat Pegawai Raran II KRS.

Page 23: krs remaja sekolah

1 91 91 91 91 9

Pangkat Pegawai Waran I KRSBagi melayakkan ahli KRS mendapat kenaikan pangkat sebagai PegawaiWaran I, syarat khas yang perlu ialah pernah menyertai KRS tidak kurang daritiga tahun serta lulus ujian Tahap 5, iaitu:

• Sirah• Pendidikan moral (pelajar bukan Islam)• Kawad • Kecegasan dan kemahiran• Pertolongan cemas • Kerohanian• Ketatanegaraan • Khidmas (khidmat masyarakat)• Kebudayaan • Alam sekitar• Keusahawanan

PANGKAT BAGI PELAJAR SEKOLAH RENDAH1. Lans Koperal TKRS

2. Koperal TKRS

3. Sarjan TKRS

Pangkat Lans Koperal TKRS

Bagi melayakkan ahli TKRS mendapat kenaikan pangkat sebagai Lans Koperal

TKRS, syarat khas yang perlu adalah ahli pernah menyertai TKRS tidak kurang

dari enam bulan serta lulus ujian berikut:

• Kerohanian atau pendidikan moral

• Ketatanegaraan

• Ketahanan diri

• Bantu mula

• Khidmas

• Alam sekitar

• Keusahawanan

• Kebudayaan

Menjaga kebersihan alamsekitar sebagai satu syarat

yang diperlukan untukmelayakkan kenaikanPangkat Lans Koperal

dalam KRS.

Page 24: krs remaja sekolah

2 02 02 02 02 0

Pangkat Koperal TKRS

Bagi melayakkan ahli TKRS mendapat kenaikan pangkat sebagai Koperal

TKRS, syarat khas yang perlu ialah ahli pernah memiliki pangkat Lans Koperal

TKRS tidak kurang dari enam bulan serta lulus ujian berikut:

• Kerohanian atau pendidikan moral • Ketatanegaraan

• Ketahanan diri • Bantu mula

• Khidmas • Alam sekitar

• Keusahawanan • Kebudayaan

Pangkat Sarjan TKRS

Bagi melayakkan ahli TKRS mendapat kenaikan pangkat sebagai Sarjan TKRS,

syarat khas yang perlu ialah ahli pernah memiliki pangkat Koperal TKRS tidak

kurang dari enam bulan serta lulus ujian berikut:

• Kerohanian atau pendidikan moral • Ketatanegaraan

• Ketahanan diri • Bantu mula

• Khidmas • Alam sekitar

• Keusahawanan • Kebudayaan

Pelbagai ujian harus dilalui oleh KRS untuk memperolehi Pangkat Sarjan TKRS.

Page 25: krs remaja sekolah

2 12 12 12 12 1

Terdapat peraturan dalam tatacara pemakaian pakaian dan peralatan KadetRemaja Sekolah. Ia adalah seperti berikut:

AHLI KADET REMAJA SEKOLAH (PELAJAR SEKOLAH)

PAKAIAN LENGKAP (RASMI) I PEGAWAI LELAKI KRSPangkat:

(a) Field Marsyall(b) Jeneral(c) Leftenan Jeneral(d) Mejar Jeneral(e) Brigedier Jeneral

Peralatan:1. Peak cap

- Bunga padi- Lencana sulam benang

emas KRS2. Lanyar anyam merah3. Kot Sherwood Dark Green

- Kemeja putih - Tali leher hitam- Kolar dot warna emas - Lencana sulam KRS di poket kiri- Sepasang apalet pangkat - 8 bintang emas logo KRS

4. Tali pinggang kanvas hijau kepala emas- Logo KRS

5. Seluar slek Sherwood Dark Green6. Kasut kulit atau Boot Wellington hitam

Pakaian lengkap(rasmi) I pegawai

lelaki KRS

Pakaian lengkap (Rasmi) Pakaian separuh lengkap (Latihan)

Page 26: krs remaja sekolah

2 22 22 22 22 2

PAKAIAN LENGKAP (RASMI) II PEGAWAI LELAKI KRSPangkat1. Kolonel2. Leftenan Kolonel3. Mejar4. Kapten5. Leftenan6. Leftenan Muda

Peralatan:1. Peak cap

- Lencana sulam benang emas KRS2. Lanyard anyam merah3. Bush jaket Sherwood Dark Green

- Lencana sulam KRS- Kolar dot merah emas - Lapik merah- Lencana poket sebelah kiri - Sepasang apulet pangkat 13 butang

4. Tali pinggang kanvas- Hijau kepala emas

5. Seluar slek Sherwood Dark Green6. Kasut kulit atau Boot Wellington hitam

PAKAIAN LENGKAP (RASMI) I PEGAWAI WANITA KRSPangkat:1. Kolonel2. Leftenan Kolobel3. Mejar4. Kapten5. Leftenan6. Leftenen Muda

Peralatan:1. Peak cap

- Lencana sulam benang emas KRS- Tudung Sherwood Dark Green

2. Lanyard anyam merah3. Bush jaket Sherwood Dark Green

- Lencana sulam KRS - Baju lengan panjang- Sepasang apulet pangkat - 13 butang- Lencana poket di sebelah kiri

4. Tali pinggang kanvas- Hijau kepala warna emas

5. Seluar slek Sherwood Dark Green6. Kasut kulit atau Boot Wellington hitam

Pakaian lengkap(rasmi) II pegawai

lelaki KRS.

Pakaian lengkap(rasmi) I pegawai

wanita KRS.

Page 27: krs remaja sekolah

2 32 32 32 32 3

PAKAIAN LENGKAP (RASMI) II PEGAWAI WANITA KRSPangkat:1. Kolonel2. Leftenan Kolonel3. Mejar4. Kapten5. Leftenan6. Leftenan Muda

Peralatan:1. Pek cap

- Lencana sulam benang emas KRS- Tudung Sherwood Dark Green

2. Lanyard anyam merah3. Bush jaket Sherwood Dark Green

- Lencana sulam KRS - Baju lengan panjang- Sepasang apulet pangkat - 13 butang- Lencana poket di sebelah kiri

4. Tali pinggang kanvas- Hijau kepala warna emas

5. Seluar slek Sherwood Dark Green6. Kasut kulit atau Boot Wellington hitam

PAKAIAN ISTIADAT PEGAWAI LELAKI KRSPangkat:1. Kolonel2. Leftenan Kolonel3. Mejar4. Kapten5. Leftenan6. Leftenan Muda

Peralatan:1. Songkok baldu Sherwood Dark Green

- Lencana sulam benang emas KRS jalur emas2. Bush jaket warna putih

- 17 butang- Sepasang apulet pangkat- Sarung tangan- Lencana sulam KRS di poket- Kolar dot warna emas

3. Lanyar anyam merah4. Tali pinggang kanvas hijau kepala emas5. Seluar slek Sherwood Dark Green berjalur kuning6. Kasut kulit atau Boot Wellington hitam

Pakaian lengkap(rasmi) II pegawai

wanita KRS.

Pakaianistiadat

pegawailelaki KRS.

Page 28: krs remaja sekolah

2 42 42 42 42 4

PAKAIAN ISTIADAT PEGAWAI WANITA KRSPangkat:1. Kolonel2. Leftenan Kolonel3. Mejar4. Kapten5. Leftenan6. Leftenan Muda

Peralatan:1. Tudung baldu Sherwood Dark Green

- Lencana sulam benang emas KRS jalur emas2. Bush jaket warna emas

- 17 butang- Sarung tangan- Lapik merah- Sepasang apulet pangkat- Lencana sulam KRS di poket- Kolar dot warna emas

3. Lanyar anyam merah4. Tali pinggang kanvas hijau kepala emas5. Seluar slek Sherwood Dark Green berjalur kuning6. Kasut kulit atau Boot Wellington hitam

PAKAIAN SEPARUH LENGKAP PEGAWAI (LATIHAN)Pangkat:1. Kapten2. Leftenan3. Leftenan Muda

Peralatan:1. Beret maroon (merah tua)2. Lapik kuning

- Tudung Sherwood Dark Green3. Kemeja T Sherwood Dark Green4. Tali pinggang kanvas hijau berkepala emas5. Kasut spike separuh kulit

Pakaianistiadat

pegawaiwanita KRS.

Pakaian separuhlengkap

pegawai(latihan) lelaki

dan wanita.

Page 29: krs remaja sekolah

2 52 52 52 52 5

PENGENALANDalam kurikulum KRS, terdapat lima komponen penting.Terasnya ialah disiplin dan kerohanian manakala bidang-bidang aktiviti yang lain, iaitu Ketahanan diri danKebudayaan, Khidmat Masyarakat, Alam Sekitar, danKeusahawanan adalah pelengkap kepada aktivititeras tersebut.

Aktiviti teras, iaitu Disiplin dan Kerohanianbertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yangberpegang teguh kepada ajaran agama sertasanggup berbakti kepada masyarakat yangmemerlukan khidmat dan bimbingan.

Bidang Ketahanan Diri dan Kebudayaan pula bertujuan untukmelahirkan generasi yang sihat dari segi fizikal dan mental di samping memilikidaya tahan, berpotensi dan berketrampilan serta mampu menghindari diridaripada gejala sosial. Aktiviti Khidmat Masyarakat diharap akan melahirkangenerasi pelajar yang sanggup berbakti, tolong-menolong dan berlumba-lumba melakukan kebajikan tanpa mengira agama, kaum atau etnik.

Bidang Keusahawanan diharap akan mampu memupuk minatgenerasi pelajar mengembangkan kreativiti dan bersikap berjimat cermat

serta membenci amalanmembazir di sampingmembina asas kemahirankeusahawanan sebagaibudaya hidup.

Aktiviti disiplin dankerohanian melatih pelajarberpegang kepada agamadan membantu merekayang memerlukan.

Page 30: krs remaja sekolah

2 62 62 62 62 6

DISIPLIN DAN KEROHANIANMenerusi aktiviti kurikulum, ahli KRS diterapkan dengan disiplin dan kerohanianbagi melahirkan masyarakat yang berpegang teguh kepada agama dancintakan negara serta sanggup berbakti kepada masyarakat, agama dannegara.

MatlamatMelahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, berdisiplin, teguh kepadaagama dan berbakti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat danbimbingan.

Pengisian1. Ketatanegaraan2. Kerohanian3. Pengurusan dan gaya diri4. Pendidikan moral

Objektif1. Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin diri yang tinggi

serta mempunyai daya juang, daya tahan, daya saing dan daya saringdalam menghadapi apa jua cabaran.

2. Melahirkan pelajar yang bersemangat jati diri, patriotik dan cintakanbangsa dan negara.

3. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayatidan mengamalkan akhlak yang mulia serta memberi sumbangan ke arahhidup berkeluarga, bermasyarakat dan sayangkan keluarga.

Dalam latihan KRS, pelajar akan didedahkan dengan empat aspekpenting bagi mencapai matlamat melahirkan para perlajar yang berdisiplindan mempunyai nilai murni, iaitu:1. Ketatanegaraan2. Kerohanian3. Pengurusan dan gaya diri4. Pendidikan moral

Page 31: krs remaja sekolah

2 72 72 72 72 7

KETATANEGARAANAhli KRS harus mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Untuk itu aspek-aspek di bawah adalah penting untuk mereka mendalaminya:

Rukun NegaraRukun Negara adalah ideologikebangsaan Malaysia yangdiisytiharkan 31 Ogos 1970 olehMajlis Gerakan Negara, iaitusetahun selepas berlakunyatragedi 13 Mei 1969.

Perisytiharan Rukun Negara

Bahawasanya, negara kita Malaysia, mendukung cita-cita hendak:• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh

masyarakatnya;• Memelihara satu cara hidup demokratik;• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara

akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;• Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi

kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;• Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains

dan teknologi moden.

IkrarMaka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga danusaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsipyang berikut:

Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada raja dan negaraKeluhuran perlembagaanKedaulatan undang-undangKesopanan dan kesusilaan

Ahli KRS harus mempunyaisemangat patriotik.

Page 32: krs remaja sekolah

2 82 82 82 82 8

BENDERA MALAYSIABendera negara Malaysia mengan-dungi 14 jalur merah dan putih(melintang) yang sama lebarbermula dengan jalur merah disebelah atas dan berakhir denganjalur putih di sebelah bawah, tandakeanggotaan yang sama dalamPersekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan,Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau PinangSabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa kebawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyatMalaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda agama Islamsebagai agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan danbintang itu ialah warna diraja bagi Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Lambang Malaysia menunjukkan bintangpecah 14 menandakan 13 buah negeri yangterkandung dalam Persekutuan Malaysia danKerajaan Persekutuan, manakala bintangbersama-sama anak bulan itu tanda agama Islamsebagai agama rasmi Malaysia. Lima bilah kerisitu tanda Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan negeri Pulau Pinang

dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu adalah negeriMelaka. Kedua-dua buah negeri tersebut adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya padabahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna untuknegeri Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuningwarna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buahnegeri tersebut ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri Sabah disebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah BungaRaya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagaipenupang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu dipakai dalamLambang Malaysia. Cogan - Besekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisanRumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan. Warna kuning padaawan-awan itu ialah warna diraja bagi Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

JATA NEGARA MALAYSIA

Page 33: krs remaja sekolah

2 92 92 92 92 9

1. Tuanku Abdul Rahman ibni AlmarhumTuanku Muhammad dari Negeri Sembilan,diputerakan pada 1895, memerintah pada1957-1960, mangkat ketika memerintahpada 1 April 1960.

2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibniAlmarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shahdari Selangor, diputerakan pada 1898,memerintah pada 1960, mangkat ketikamemerintah pada 1 September 1960.

3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum SyedHassan Jamalullail dari Perlis, diputerakanpada 1920, memerintah pada 1960-1965,mangkat pada 2000.

4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibniAlmarhum Sultan Zainal Abidin III dariTerengganu, diputerakan pada 1907,memerintah pada 1965-1970, mangkatpada 1979.

5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi MuhibbudinSultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibniAlmarhum Sultan Badlishah dari Kedah,diputerakan pada 1927, memerintah pada1970-1975.

6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum SultanIbrahim Petra dari Kelantan, diputerakanpada 1917, memerintah pada 1975-1979,mangkat ketika memerintah pada 29 Mac1979.

7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billahibni Almarhum Sultan Sir Abu BakarRiayatuddin Al-Muadzam Shah dariPahang, diputerakan pada 1930,memerintah pada 1979-1984.

8. Baginda Almutawakkil Alallah SultanIskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismaildari Johor, diputerakan pada 1932,memerintah pada 1984-1989, mangkatpada 22 Januari 2010.

Page 34: krs remaja sekolah

3 03 03 03 03 0

9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibniAlmarhum Sultan Yusuff Izzudin ShahGhafarullahu-lahu dari Perak, diputerakanpada 1928, memerintah pada 1989-1994.

10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum TuankuAbdul Rahman dari Negeri Sembilan,diputerakan pada 1922, memerintah pada1994-1999, mangkat pada 27 Disember2009.

11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibniAlmarhum Sultan Hisamuddin Alam ShahAl-Haj dari Selangor, diputerakan 1922,memerintah pada 1999-2001, mangkatketika memerintah pada 4 Disember 2001.

12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni AlmarhumSyed Putra Jamalullail dari Perlis,diputerakan pada 1943, memerintah pada2001-2006.

13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlmarhumSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan pada1962, memerintah pada 2006-2011.

14. Tuanku Al-Mutassimu Billahi MuhibbudinSultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibniAlmarhum Sultan Badlishah dari Kedah,diputerakan pada 1927, memerintah pada2011 hingga sekarang.

Page 35: krs remaja sekolah

3 13 13 13 13 1

KabinetKabinet adalah organisasi tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutifkerajaan Persekutuan atas nama Yang di-Pertuan Agong. Ia diketuai olehPerdana Menteri dengan menteri-menteri sebagai ahlinya. Kabinet dibentukoleh parti atau parti-parti yang mendapat majoriti dalam Parlimen.

Kabinet bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen. Semuamenteri dalam kabinet bersama-sama bertanggungjawab atas segalakeputusan yang dibuat oleh kabinet. Kabinet bermesyuarat sekali semingguiaitu pada hari Rabu. Setiausaha kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara.

Falsafah Pendidikan Negara"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arahmemperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segiintelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysiayang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran masyarakat dan negara".

Biodata Perdana MenteriBiodata Perdana MenteriBiodata Perdana MenteriBiodata Perdana MenteriBiodata Perdana Menteri1. Menulis rencana2. Syarahan

WWWWWawasan Perdana Menteriawasan Perdana Menteriawasan Perdana Menteriawasan Perdana Menteriawasan Perdana Menteri1. Esei2. Syarahan

Jemaah kabinet diketuai oleh Perdana Menteri.

Page 36: krs remaja sekolah

3 23 23 23 23 2

Mengenali Institusi dan Peranannya1. Jabatan atau Majlis Agama Islam 6. Baitulmal2. Pusat Islam 7. Mahkamah Syariah3. Universiti Islam 8. Maktab Perguruan Islam4. Lembaga Urusan Tabung Haji 9. Angkatan Belia Islam5. Majlis Fatwa Negara 10. Persatuan Ulama

KEROHANIAN

Pendidikan Islam membantu ahli mendalami dengan lebih mendalam tentang Islam.

Pendidikan IslamPendidikan Islam khusus untuk ahli beragama Islam. Ahli-ahli akan mempelajariperkara-perkara berikut. Ahli-ahli akan dinilai semasa ujian kenaikanpangkat:1. Kelas fardu ain2. Bacaan Yasin3. Marhaban dan berzanji4. Usrah5. Tamrin6. Kursus kefahaman Islam7. Hafazan doa-doa dalam kehidupan seharian8. Kebudayaan Islam

- Nasyid- Syair- Sajak dan sebagainya

9. Ceramah agama10. Akhlak11. Kisah-kisah sahabat Nabi Muhammad SAW

Page 37: krs remaja sekolah

3 33 33 33 33 3

PENGURUSAN DAN GAYA DIRI

TTTTTanggungjawab teranggungjawab teranggungjawab teranggungjawab teranggungjawab terhadap diri dan keluarhadap diri dan keluarhadap diri dan keluarhadap diri dan keluarhadap diri dan keluargagagagaga1. Memelihara kesihatan tubuh badan2. Penjagaan keluarga

Mengurus tempat kediamanMengurus tempat kediamanMengurus tempat kediamanMengurus tempat kediamanMengurus tempat kediaman1. Susun atur peralatan rumah2. Keselamatan di rumah

Adab bergaulAdab bergaulAdab bergaulAdab bergaulAdab bergaul1. Keluarga 4. Majlis rasmi2. Jiran tetangga 5. Batas-batas pergaulan3. Guru atau rakan

Memilih pakaianMemilih pakaianMemilih pakaianMemilih pakaianMemilih pakaian1. Majlis rasmi2. Majlis tidak rasmi dan bersukan3. Etika berpakaian dalam Islam

Peranggu mejaPeranggu mejaPeranggu mejaPeranggu mejaPeranggu meja1. Alatan peranggu meja 4. Sajian secara buffet2. Sajian ala-cina 5. Sajian secara tradisional3. Sajian ala-barat

Etika di meja makanEtika di meja makanEtika di meja makanEtika di meja makanEtika di meja makan1. Cara memegang pisau dan garpu2. Cara meletakkan sudu, garpu dan pisau selepas makan

Kadet Remaja Sekolah (KRS) dalam majlis rasmi.

Page 38: krs remaja sekolah

3 43 43 43 43 4

TTTTTatatertib sebagai tetamuatatertib sebagai tetamuatatertib sebagai tetamuatatertib sebagai tetamuatatertib sebagai tetamu1. Adab sebagai tetamu2. Adab menjadi tuan rumah3. Adab semasa menghadiri jamuan makan4. Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa makan di majlis jamuan

Adab makan dalam pelbagai jenis majlis atau jamuanAdab makan dalam pelbagai jenis majlis atau jamuanAdab makan dalam pelbagai jenis majlis atau jamuanAdab makan dalam pelbagai jenis majlis atau jamuanAdab makan dalam pelbagai jenis majlis atau jamuan1. Makan cara Melayu 4. Makan cara bufet2. Makan cara Barat 5. Makan di kantin3. Makan cara koktel

Etika makan cara IslamEtika makan cara IslamEtika makan cara IslamEtika makan cara IslamEtika makan cara Islam1. Membaca doa sebelum dan selepas makan2. Makan bersama keluarga3. Berhenti makan sebelum kenyang

Ahli-ahli KRS diajar etika makan cara Islam.

Page 39: krs remaja sekolah

3 53 53 53 53 5

PENDIDIKAN MORALAhli-ahli KRS yang bukan beragama Islam mempelajari dan memahamiamalan-amalan yang baik seperti dituntut oleh agama masing-masing. Antaraperkara-perkara yang ditekankan adalah:

1. Buat baik dibalas baik

2. Waspada sebelum kena

3. Kesetiaan kepada negara

4. Sahabat setia

5. Teguran membina

6. Balasan jujur

7. Berakit-rakit ke hulu

8. Contohilah labah-labah

9. Kalau cermat tentu selamat

10. Budi bahasa

11. Sultan Alaudin Riayat Shah

12. Sesal kemudian tidak berguna

13. Mengawal pemikiran, peraturan dan perlakuan

14. Etika perniagaan yang baik

15. Pengorbanan kaum ibu

16. Berfikir sebelum bertindak

17. Kebebasan dalam sistem demokrasi

18. Pentingnya keselamatan jalan raya

19. Biar lambat asal selamat

20. Bukit sama didaki lurah sama dituruni

21. Peraturan sekolah

22. Menghormati ibu bapa amalam murni

23. Kanak-kanak harus disayangi bukan diseksa

24. Pekerja, hak dan tanggungjawab

25. Jenayah kolar putih

26. Masyarakat bersatu negara maju

27. Mencintai alam sekitar

28. Terlajak perahu boleh diundur

29. Gugurnya seorang pahlawan

30. Yang bulat tidak datang bergolek

Page 40: krs remaja sekolah

3 63 63 63 63 6

KETAHANAN DIRIAktiviti ini mencabar para ahli KRS. Ia diterapkan kepada anggota KRS bagimelahirkan generasi pelajar yang sihat dari segi fizikal, mental, mempunyaidaya tahan, berpotensi dan berketrampilan.

MATLAMAT

Melahirkan generasi pelajar yang sihat dari segi fizikal, mental, mempunyaidaya tahan, berpotensi dan berketrampilan malah mampumenghindarkan diri daripada gejala sosial yang buruk dengan menjadikanbudaya timur sebagai tatacara hidup.

OBJEKTIF

1. Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental.2. Memupuk bakat serta menggalakkan potensi yang sedia ada dan

mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.3. Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikan

masalah secara bijaksana.

Ahli-ahli KRS harus tahan dari segi fizikal dan mental.

Page 41: krs remaja sekolah

3 73 73 73 73 7

Berikut adalah aktiviti yang perlu dikuasai oleh anggota KRS bagimelengkapkan mereka menjadi anggota KRS yang berwibawa.1. Kawad kaki2. Perkhemahan3. Ikatan tali4. Kompas5. Ikhtiar hidup6. Kemahiran komunikasi7. Teknik perjalanan8. Iklim9. Pertolongan cemas dan bantu mula10. Kursus asas kebombaan11. Seni mempertahankan diri12. Kecergasan diri dan riadah

KAWAD KAKI KADET REMAJA SEKOLAHKawad kaki KRS bermula serentak dengan penubuhannya pada tahun 1996.Kawad kaki merupakan sebahagian daripada kurikulum latihan yangterkandung dalam komponen Ketahanan Diri dan Kebudayaan. Antaraobjektifnya ialah untuk melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental. Selainitu dapat memupuk bakat serta menggalakkan potensi yang sedia ada danmampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Aktiviti kawadjuga secara tidak langsung dapat mengurangkan ketegangan fikiran danmampu menyelesaikannya secara bijaksana.

Kawad kaki melahirkan ahli-ahli yang sihat fizikal dan mental.

Page 42: krs remaja sekolah

3 83 83 83 83 8

Sejak penubuhan KRS, usaha-usaha untuk memantapkan kawad kakitelah dilakukan untuk membentuk kalangan pegawai yang terlatih serta mahirberkawad dan dapat menyampaikan ilmu kawad kepada pelajar-pelajarnya.Justeru beberapa siri kursus kawad dan pertandingan kawad telah dianjurkanoleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan kawad kali pertama telahdiadakan di negeri Kedah pada tahun 1998.

SEJARAH KAWADSejarah kawad bermula sejak kehadiran tentera-tentera asing di TanahMelayu pada awal kurun ke-14. Kehadiran tentera Portugis yang berjayamengalahkan tentera Melaka padatahun 1511 dilihat sebagai satupasukan tentera yang berdisiplin,patuh kepada arahan ketua,sistematik mengatur strategidan seragam.

Kehadiran tentera Inggeris di Pulau Pinang pada tahun-tahun 1700-andan di Singapura pada tahun-tahun 1800-an juga dilihat sebagai satu titik tolakkepada perkembangan kawad. Walaupun tentera-tentera Inggeris padamasa itu sebahagian besarnya adalah tentera-tentera upahan dari India,namun corak dan cara disiplin yang ditunjukkan membuktikan mereka adalahpasukan yang mantap dan setia kepada tuannya.

Anggota KRS sedangberkawad.

Page 43: krs remaja sekolah

3 93 93 93 93 9

Penubuhan awal pasukan-pasukan uniform di Malaysia seperti HomeGuard, Pasukan Simpanan (Teritory Army), Rejimen Askar Melayu, pasukanlaut dan udara serta pasukan uniform bukan tentera seperti Pengakap (Scout),Pasukan Palang Merah (Red Cross), St John Ambulance dan sebagainya telahmenyemarakkan aktiviti kawad di negara ini. Pertandingan kawad kaki telahmenjadi kelaziman atau rutin dalam pasukan beruniform yang memaparkankehebatan, kepakaran, keunikan, keseragaman dan paling penting sebagaiidentiti pasukan.

Pada masa kini, terdapat tiga kumpulan pasukan uniform di sekolah,iaitu yang dinaungi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, badan-badankerajaan (GO) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Usahamenyelaraskan aktiviti kawad khususnya yang berkaitan dengan pertandingankawad telah dilakukan. Walaupun terdapat kelainan dari aspek gerakankawad, namun usaha-usaha seperti membentuk sistem pertandingan atauformat pertandingan yang selaras telah dilakukan.

KAWAD KAKIKemahiran kawad merupakan aktiviti yang perlu diketahui oleh setiapanggota kadet. Kawad ialah pergerakan anggota badan seperti kaki dantangan untuk tujuan perbarisan. Semasa dalam perbarisan, anggota yangmengambil bahagian hendaklah melakukan pergerakan yang diarahkansecara serentak. Dengan demikian, setiap hentakan kaki dan sebutan dapatdidengar dalam satu bunyi atau suara.

Pertandingan kawad kaki telah menjadi kelaziman atau rutin dalam pasukan beruniform.

Page 44: krs remaja sekolah

4 04 04 04 04 0

PERSONALITI JURULATIH KAWAD KRSSetiap perintah dan arahan daripada jurukawad hendaklah dilakukan dandipatuhi dengan bersungguh-sungguh. Oleh yang demikian, sifat-sifat yangperlu ada pada jurukawad supaya arahan yang disampaikan semasa kawaddiikuti ialah:

• Tegas dalam memberikan arahan dan perintah• Mempunyai suara yang lantang, jelas dan terang agar arahannya

dapat didengar oleh setiap ahli• Berdisiplin dan bertanggungjawab• Mempunyai pengalaman dalam melakukan kawad dan perbarisan• Berkebolehan mengawal perbarisan• Kesabaran menghadapi sesuatu• Ketabahan hati dan semangat tinggi• Mempunyai kemahuan terus maju• Bertanggungjawab• Berperikemanusiaan• Taat setia yang tidak berbelah bahagi• Mengetahui semua pergerakan dan pandai membetulkan kesalahan• Memuji dan menegur kesalahan• Bijak menyelesaikan masalah• Berpakaian kemas dan bersih• Berdisiplin yang tinggi

Pergerakan asas dalam kawad ialah seperti sedia, senang diri, rehatkandiri, pusing kanan, pusing kiri, pusing belakang, luruskan barisan dan bersurai.Kawad KRS dimulakan dengan kaki menggunakan kaki kanan.Penggunaannya agak terbalik berbanding unit pakaian seragam lain yangmemulakan dengan kaki kiri.

Pergerakan kaki bagi kawad KRS bermula dengan kaki kanan.

Page 45: krs remaja sekolah

4 14 14 14 14 1

ARAHAN SEMASA KAWADMasuk barisArahan:

"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan dihadapan saya gerak, skuad hendaklah bersedia, berlari, berbaris ditengah-tengah hadapan di mana saya menghadap. Faham itu skuad!""Tiga baris di hdapan saya - gerak!"

Sedia• Hukuman:

"Skuad - sedia!"1. Dengan pantas angkat kaki kanan, paha 45 darjah dan kemudian

menghentakkannya ke bawah rapat dengan kaki kiri. Kedudukannyaadalah kedua-dua tumit rapat dan sebaris, hujung kaki terbuka 30darjah.

2. Badan tegak, kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang.3. Kedua-dua tangan lurus ke bawah, belakang jari rapat ke paha. Ibu

jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta dibelakang sedikit daripada penjahir seluar.

4. Angkat kepala memandang terus ke hadapan.

• Ingatan:Beri hukumansupaya bersediasebelum "Skuad-sedia!"

Senang Diri• Hukuman:

"Senang - diri!"1. Dengan pantas angkat kaki kanan, paha 45 darjah dan bawa ke

sebelah kanan sejauh 12 inci dan menghentakkannya.2. Dalam masa yang sama, kedua-dua tangan disilangkan ke belakang

dan letakkan tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri. Ibu jaribersilang, empat-empat jari bersusun lurus, siku lurus dan berat badandi atas kedua-dua kaki. Semasa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegapdan tidak bergerak.

Skuad beradadalam keadaan

sedia.

Page 46: krs remaja sekolah

4 24 24 24 24 2

Rehatkan Diri• Hukuman:

"Rehatkan - diri!"1. Kedudukan tangan seperti

senang diri tetapi tangandiletakkan di paras pinggangdalam satu pergerakan danrehatkan semua anggotabadan (1,2, rehat) kedudukankaki tidak berubah.

2. Boleh melakukan pergerakansetakat pinggang ke atas sahaja tetapi kedudukan tangan bersilangke belakang tidak berubah.

Membetulkan Barisan• Hukuman

"Ke kanan - lurus!"1. Penanda kanan sekali diam dan pandang ke hadapan.2. Yang lain langkah kaki kanan ke hadapan 6 inci dan angkat kaki kiri

serta rapatkan ke kaki kanan. Kedua-dua tangan lurus dan rapat dipaha. Diam dan kira masa sendiri (2,1).

3. Pusingkan muka memandang ke kanan, melainkan anggota yangkanan sekali diam dan pandang ke hadapan.

4. Serentak dengan itu, anggota dalam barisan mengangkat tangankanan lurus, jari digengam serta buku lima kena pada hujung bahurakan di sebelah kanan.

5. Dalam kiraan sendiri (3,2,1) kemudian hentak kaki kanan dan kiriberturut-turut. Bergerak dengan pantas mengambil langkah pendek-

pendek bagi membetulkan barisanhingga ia dapat melihat hujung

dagu orang yang keduadaripadanya.

6. Penanda kananhendaklah diam.7. Apabila barisandidapati lurus, semuadiam dan tungguarahan pandang

depan.

Page 47: krs remaja sekolah

4 34 34 34 34 3

• Hukuman seterusnya:"Pandang - depan!"1. Pusingkan muka memandang ke hadapan, serta turunkan tangan ke

sebelah rusuk dengan pantas dan serentak.2. Kembalikan kepada kedudukan sedia, siku lurus.

Buka barisan• Hukuman:

"Buka barisan - gerak!"1. Barisan hadapan mengambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah

kaki kanan ke hadapan 30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian angkatkaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia.

2. Barisan belakang mengambil dua langkah ke belakang mulai kakikanan dan berhenti, kemudian angkat kaki kanan dan hentak kakikanan sekali lagi. Bergerak sambil mengira (1,2,1)

Tutup Barisan• Hukuman tutup barisan:

"Tutup barisan - gerak!"1. Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang.2. Barisan belakang mengambil dua langkah ke depan. Pergerakannya

adalah seperti seperti "Buka barisan gerak!"

Pergerakan pusing ke kanan, ke kiri dan ke belakango Hukuman pusing ke kanan

"Skuad menghadap ke kanan, kanan pusing!"1. Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing

sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kakikiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri.

2. Apabila sampai ke hala yang baharu tapak kaki kanan terletak atasbumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Angkat kakikiri dan hentakkan kaki kiri dekat kaki kanan.

3. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia.

Page 48: krs remaja sekolah

4 44 44 44 44 4

o Hukuman pusing ke kiri“Skuad menghadap ke kiri, kiri pusing!"1. Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing

sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanandengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri.

2. Apabila sampai ke hala yang baharu tapak kaki kiri terletak atas bumimenyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Angkat kaki kanandan hentakkan kaki kanan dekat kaki kiri.

3. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Kedua-dua tangan rapat di paha dan diam.

o Hukuman pusing ke belakang"Skuad menghadap ke belakang, belakang pusing!"1. Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, berpusing sebanyak 180

darjah ke belakang ikut bahu sebelah kanan. Apabila sampai ke halabaharu tapak kaki kanan terletak atas bumi keadaan hujung kakikanan menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat.

2. Angkat kaki kiri dan hentakkan kaki kiri dekat kaki kanan.3. Angkat kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia.

Tangan lurus di sisi paha dan diam.

Bersurai dan keluar bariso Hukuman bersurai

"Bersurai!"1. Skuad hendaklah dalam keadaan tutup barisan.2. Pusing ke kanan.3. Beri hormat.4. Hentak kaki kiri sekali terus melangkah keluar, bergerak dalam barisan.

Melakukan pergerakan bersurai itu bukan perkara mudah. B e r s u r a iadalah memberi hormat kepada ketua dalam baris. Oleh itu, jurulatihdan pegawai-pegawai hendaklah memerhatikan pergerakan hormatdilakukan dengan sempurna.

Keluar bariso Hukuman keluar baris

"Keluar baris!1. Pergerakan sama seperti bersurai, tetapi berbeza dengan bersurai.

Kawad belum tamat, tetapi bersurai sementara sahaja dan hormattidak perlu dilakukan.

2. Anggota tidak boleh beredar dari kawasan tempat kawad atautempat berjalan.

Page 49: krs remaja sekolah

4 54 54 54 54 5

Kedudukan dalam perbarisan (paras)Paras boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya seperti berikut:

• "Yang tinggi di belakang, yang rendah di hadapan."• Cara membuatnya hendaklah diaturkan dalam satu baris dan pilihlah

anggota-anggota mengikut tinggi atau rendah, ataupun dibuatdengan cara diperiksa dalam tiga barisan atau beberapa baris yangdikehendaki.

o Hukuman• "Yang tinggi ke belakang, rendah ke hadapan, dalam satu barisan paras!"• Semua anggota membuat pergerakan keluar baris, kemudian cari

tempat mengikut ketinggian masing masing dan berdiri sedia.

KAWAD BERJALANLangkah biasa bagi pasukan KRS adalah 20 langkah dalam jangka masa satuminit (cepat masa). Bagi pelatih-pelatih, hendaklah memahirkan kepantasankesediaan dan ketaatan kepada perintah.

Jarak langkah (ukuran daripada tumit ke tumit)1. Perlahan dan cepat jalan jaraknya satu langkah 30 inci.2. Panjangkan langkah setiap satu langkah 33 inci.3. Pendekkan langkah setiap satu langkah 21 inci.4. Berlari setiap satu langkah 40 inci.

Masa berjalan1. Jalan perlahan, 65 langkah dalam jangka masa satu minit.2. Jalan cepat, 120 hingga 128 langkah dalam jangka masa satu minit (biasa).3. Berlari 180 langkah dalam jangka masa satu minit.

Page 50: krs remaja sekolah

4 64 64 64 64 6

Berjalan dan berhenti dalam cepat masaCepat jalanCepat jalanCepat jalanCepat jalanCepat jalano Hukuman

"Skuad dari kanan, cepat jalan!"Langkah kaki ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai dari kakikanan, dengan memacakkan tumit ke bumi dan hujung kaki menuju kehadapan. Lutut lurus serta lenggangkan tangan kanan ke hadapan samaparas dengan bahu, tangan kanan ke belakang, jari genggam, ibu jarimenghala ke atas, kedua-dua lengan lurus. Semasa berjalan badan tegak,buka dada, bahu sama rata serta pandangan ke atas sedikit denganmenuju sesuatu tanda 200 meter di hadapan.

Berhent iBerhent iBerhent iBerhent iBerhent io Hukuman

"Skuad, skuad henti!"Hukumannya "skuad" bagi amaran dan "berhenti" di atas kaki kiri akan jejakke bumi, kemudian ambil lagi selangkah dengan kaki ke hadapan untukcheck, lepas itu hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dan turunkan kedua-dua tangan dengan pantas rapat ke sisi dalam kedudukan bersedia.

Berjalan dengan kiraan langkah dan berhenti dalam masa perlahanBagi mendapatkan keseragaman berjalan, mula-mula hendaklah diajardengan bernombor bagi mengimbangkan kedudukan badan.o Arahan:

"Skuad satu!"1. Tendang kaki kanan ke hadapan 15 inci, hujung kaki menuju ke bawah

dan keluar sedikit, badan tegak dan tangan rapat ke rusuk, keberatanbadan di atas kaki kanan.

2. Tolak kaki kanan ke hadapan lagi 15 inci, supaya cukup satu langkah30 inci, hujung kaki mesti jejak ke tanah dahulu, dan bukan tumitataupun tapak kaki. Bawa keberatan badan di atas kaki kiri, dan tumitkaki kanan yang tinggal ke belakang terangkat sedikit.

3. Tendang kaki kanan ke hadapan 15 inci dengan membengkok lututsedikit supaya kaki tidak kena bumi hujung kaki menuju ke bawah dankeluar sedikit, badan tegak dan tangan rapat ke rusuk, keberatanbadan di atas kaki kiri.

4. Tolak kaki kiri ke hadapan seperti yang dinyatakan di dalam bahagian"maju". Pergerakan ini boleh dilanjutkan sehingga skuad itu dapatmengimbangkan badannya. Hukuman "berhenti" diberi semasa kakike hadapan, terus tarik kaki kiri rapat ke tumit kanan dan hentak kakikanan sekali dengan pantas, diam dalam kedudukan sedia.

Page 51: krs remaja sekolah

4 74 74 74 74 7

Kesalahan biasa:1. Tumit mencecah ke bumi dahulu.2. Siku renggang dari rusuk.3. Tangan mencengkam pada paha dan bergerak pada setiap kali

melangkah.4. Memandang ke

bawah.Ingatan: Semasa

perlahan, jalantidak perlulenggang.

Panjangkan langkaho Arahan:

"Panjangkan langkah!"Hukumannya "panjangkan langkah" di atas kaki kiri, check dengan kakikanan. Maka mulai dengan kaki kiri memanjangkan langkah sehingga 33inci dengan tidak menukar masa, langkah ini digunakan keranamenambah laju dengan tidak ada pertukaran masa.

Pendekkan langkaho Arahan:

"Pendekkan langkah"Hukuman "pendekkan langkah" di atas kaki kiri check dengan kaki kanan.Maka mulai dengan kaki kiri memanjangkan langkah sehingga 21 inci.Bagi berjalan kepada langkah biasa (30 inci).

Langkah ke hadapan atau ke belakango Arahan:

"Langkah ke hadapan (atau ke belakang) gerak!"Langkah ke hadapan atau belakang biasanya dibuat dalam masa cepat,pergerakannya seperti berikut:1. Tendang kaki kanan dengan pantas ke hadapan ataupun belakang,

badan dan tangan tidak bergerak. Kemudian angkat kaki kiri danhentak ke hadapan dan belakang dengan jarak 30 inci dan rapatkanke kaki kanan dengan tumit sama rata.

2. Selepas itu, kaki kanan melangkah ke hadapan dengan jarak 30 inci.Langkah dengan cepat dan berjalan seperti biasa. Berhenti apabilasudah cukup bilangan langkah yang dikehendaki.

Page 52: krs remaja sekolah

4 84 84 84 84 8

Langkah merusuk atau ke sisiLangkah ini bagi menggerakkan skuad ke rusuk tidak lebih daripada lapanlangkah. Jika tidak lebih daripada empat langkah, boleh ditetapkan bilanganlangkah dan berhenti sendiri. jika lebih daripada lapan langkah, hukumanpusing ke kiri atau kanan dan cepat jalan akan diberi.o Arahan:

"...Langkah ke kiri atau kanan gerak!"1. Angkat kaki kiri atau kanan paras 6 inci ke hadapan dan bawa ke

sebelah kiri atau kanan dengan pantas berulang-ulang sehingga habisbilangan langkah yang diperintahkan. Langkah dibuat atas hujung kaki.

2. Perlu diingat, setiap selangkah berhenti sebentar mengikut bilangan,kemudian sambung rnelangkah lagi.

3. Hukuman "berhenti" diberi atas kaki kanan jika melangkah ke kiri dandi atas kaki kiri jika melangkah ke kanan.

Tukar langkah dalam masa perlahan jalan dan cepat jalanPelajaran ini hendakah diajar dengan bernombor dalam jalan perlahan.o Arahan:

"Tukar langkah masa berjalan, tukar langkah!"1. Hukuman "tukar" diberi semasa kaki kanan jejak tanah.2. Hukuman "langkah" diberi atas kaki kiri.3. Hentak kaki kanan di sebelah kaki kanan.4. Langkah kaki kanan ke hadapan dan terus cepat jalan.

Tukar langkah dalam cepat jalan (cepat masa) diajar denganbernombor juga, cara yang serupa dengan pergerakannya dalamperlahan jalan. Kecuali pada skuad "satu", tangan kanan lenggang kehadapan dan tangan kiri lenggang ke belakang. Skuad "dua", kedua-dua belah tangan diturunkan dan rapat ke sisi.

Tukar langkah semasa hendak melangkah dengan cara kaki perlahanatau cepat, hukumannya "tukar" diberi pada masa kaki kiri, dan "langkah"pada kaki kanan kemudian hendaklah dihentakkan kaki kiri dua kali,selepas itu dimulakan balik hentak kaki seperti biasa.

Berjalan dalam barisano Arahan:

"Skuad menghadap ke hadapan, dari kanan cepat jalan!”1. Apabila mendapat hukuman "cepat jalan" mulakan melangkah ke

hadapan dengan kaki kanan, semasa berjalan pastikan kedudukanbarisan adalah lurus.

2. Tangan dihayun separas bahu badan tegap.

Page 53: krs remaja sekolah

4 94 94 94 94 9

Memberi hormatHormat ialah satu cara bagi menghormati di antara anggota-anggotapangkat rendah dengan pegawai-pegawai atasan, dalam pasukan. Dengancara inilah terbentuknya satu disiplin dalam pasukan. Pegawai yang tidakmengambil berat supaya diberi hormat seolah-olahnya merosakkantatatertib. Adalah perlu bagi semua anggota KRS termasuk pegawaimengetahui cara memberi dan menerima hormat.

Hormat dalam berhentiHormat dalam berhenti adalah satu pelajaran asas tetapi perlu dibiasakan supayadapat membetulkan mana-mana pergerakan anggota kadet yang salah.Memberi hormat ke hadapan bernombor, supaya senang berlatih dan bergerak.Seelok-eloknya dibukakan barisan dan pusing separuh kanan atau kiri.

o Arahan:"Latihan hormat dengan nombor, ke hadapan satu!"1. Tangan kanan hendaklah diangkat ke hadapan dengan

membengkokkan siku rapat ke rusuk hingga selari dengan bumi, tapaktangan menghala ke bawah, jari-jari lurus dan rapat, ibu jaridibengkokkan dan dirapatkan ke tapak tanngan.

2. Tanpa menggerakkan pangkal lengan, bengkokkan siku hingga hujungtelunjuk kanan, terkena pada tepi topi (beret), bersetentang denganmata kanan.

Memberi hormat ketika berjalanMemberi hormat semasa berjalan boleh dilakukan ke kiri, ke kanan ataupunke hadapan dan boleh dilakukan juga dalam cepat atau perlahan jalan.

"Hormat, hormat ke kanan hormat!"1. Beri hormat apabila kaki kiri jejak ke bumi.2. Turunkan tangan pada langkah yang keempat, iaitu pada kaki

kanan danlenggangkank e d u a - d u atangan padalangkah yangkelima.

Memberi hormatketika sedang jalan.

Page 54: krs remaja sekolah

5 05 05 05 05 0

Hormat semasa menerima sijilo Arahan:

"Selaku terima sijil, hormat kehadapan hormat!"

1. Diberi arahan sama de-ngan hukuman "berhenti!",skuad dalam bergerakhendaklah berhenti.

2. Mara hormat ke hadapan.3. Turun tangan satu langkah ke hadapan dan hentak kaki kiri di sebelah

kaki kanan seperti kedudukan sedia.4. Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus.5. Tangan kanan atas tangan kiri, tekup dan tarik kedua-dua belah

tangan ke sisi, kemudian langkah kaki kanan ke belakang, hentak kakikiri ke sebelah kaki kanan, hormat sekali lagi.

6. Turun tangan dan pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan.

PERKHEMAHANPerkhemahan menggabungkan dua aspek utama, iaitu ketahanan diri dankemahiran. Aktiviti ini melatih para anggota menyelesaikan segala tugasandengan penuh tanggungjawab. Mereka juga turut mempraktikkan segalakemahiran dan kecekapan yang dipelajari. Kemahiran yang paling bergunasemasa menyertai perkhemahan adalah seseorang anggota dapatberdikari dan berusaha sendiri menyelesaikan pelbagai perkara, mematuhisegala peraturan sepanjang perkhemahan yang diikuti, bijak menggunakanmasa serta patuh kepada arahan ketua.

Perkara-perkara yang perlu dipelajari dan kemahiran yang harusdikuasai oleh anggota KRS ialah:1. Asas perkhemahan

Perkhemahan dapat mengajar anggota KRS berdikari dan memahamikesusahan hidup. Pengalaman dalam perkhemahan dapat diamalkansebagai panduan dalam kehidupan seharian.

2. Mendirikan khemahMendirikan tapak khemah adalah penting sebelum mengadakanperkhemahan. Ciri-ciri tapak yang sesuai seperti mendapat kebenaran,ada kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air, kawasan lapang dantahu arah tiupan angin. Aspek keselamatan juga penting seperti tidakjauh dari kawasan penduduk, jauh daripada ancaman binatang buas ataumusuh dan kawasan yang tidak mudah dinaiki air.

Page 55: krs remaja sekolah

5 15 15 15 15 1

Perkhemahan menggabungkan dua aspek, iaitu ketahanan diri dan kemahiran.

3. Kegiatan di kawasan perkhemahanSetiap ahli tidak terkecuali daripada melakukan kegiatan yang disyaratkandi kawasan perkhemahan. Mereka harus mematuhi segala peraturan danarahan yang ditetapkan.

Ahli KRS perlu peka terhadap setiap makluman yang diberi agar tidakketinggalan daripada menjalani latihan dan aktiviti. Mereka juga perlumenjaga tingkah laku sepanjang perkhemahan. Langkah ini bertujuanmenjaga nama baik KRS dan agar mereka sentiasa dihormati.

Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan, kawasan itu perlulahdibersihkan. Semua peralatan dibawa pulang.

4. Kelengkapan perkhemahanBarang-barang yang dibawa biasanya disimpan di dalam beg galas.Terdapat pelbagai barang penting yang perlu dibawa semasaperkhemahan seperti kuali, periuk, tali, mancis, susu, garpu, pisau, ubatnyamuk, dan lain-lain.

Kraf perkhemahanKraf tangan yang biasa disediakan semasa perkhemahan ialah membinagajet. Gajet yang dibina bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja selamaberada di kawasan pekhemahan. Beberapa bahan-bahan diperlukan untukmembuat gajet seperti:

1. Buluh 4. Kayu 7. Tali2. Ranting kayu 5. Daun 8. Plastik3. Papan 6. Zink 9. Parang

Page 56: krs remaja sekolah

5 25 25 25 25 2

MEMASAKDalam setiap aktiviti perkhemahanKRS, memasak adalah penting.Makanan dan minuman perludisediakan secara individu,kumpulan ataupun bergilir-gil irsebelum aktiviti dimulakan.

Ada beberapa kaedah penyediaan makanansemasa perkhemahan, iaitu:1. Memasak secara berpusat2. Memasak secara kumpulan3. Memasak secara individu

Waktu memasak dan makanWaktu memasak perlu ditentukan agar tidak mengganggu perjalanan aktiviti yangdirancang. Kebiasaannya, waktu memasak dan makan dilakukan pada waktu:1. 6.30 pagi hingga 7.30 pagi (sarapan)2. 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang (makan tengah hari)3. 6.30 petang hingga 7.30 petang (makan malam)

Beberapa langkah perlu diambil semasa memasak.1. Jangan memasak berhampiran khemah.2. Membina penghadang angin di sekeliling dapur bagi menghalang tiupan

angin.3. Padamkan api dapur sebaik sahaja selesai memasak.4. Sentiasa jauh dari bahan-bahan mudah terbakar di kawasan sekitar dapur.5. Jangan letakkan bahan-bahan beracun di sekitar dapur memasak.

Memasak adalah pentingdalam aktiviti perkhemahan.

Page 57: krs remaja sekolah

5 35 35 35 35 3

IKATAN TALISetiap ahli KRS harus mempelajari cara-cara membuat simpulan, ikatan danlilitan serta kegunaannya. Berikut adalah beberapa simpulan dan ikatan yangdipelajari dalam KRS.

Ahli KRS harus tahumembuat simpulan,

ikatan dan lilitan.

Simpulan dan ikatan asas1. Simpulan buku sila 2. Simpulan bunga geti3. Tindih kasih 4. Simpulan pengail5. Ikatan manuk 6. Simpul belit7. Ikatan balak 8. Ikatan seraya9. Ikatan serong 10. Ikatan silang gunting

Simpulan atau ikatan pemancing1. Simpulan darah bergulung 2. Simpulan lemak seela3. Simpulan sempurna 4. Simpulan pengail ganda empat5. Simpulan bergelung jurai 6. Simpulan lemak seela separuh7. Ikatan mata kail 8. Simpulan turtle9. Simpulan bebat 10. Simpulan frost

Simpulan dan ikatan pendaki gunung1. Simpulan prusik 2. Simpulan geseran munther3. Simpulan tarbuck 4. Simpulan rama-rama5. Ikatan manharness 6. Simpulan kerusi7. Simpulan perompak 8. Simpulan pencuri9. Ikatan ampaian 10. Tangga tali

Jenis-jenis tali1. Fungsi tali2. Ketahanan dan ke-

kuatan setiap jenis tali3. Tatacara penjagaan tali

Peralatan tambahan1. Harnes2. Carabiner dan figura 83. Pully4. Jurnia

Page 58: krs remaja sekolah

5 45 45 45 45 4

IKHTIAR HIDUPKurikulum KRS mendedahkan ahlinya denganpengetahuan ikhtiar hidup. Ia merangkumipengetahuan membuat perangkap, memasaktanpa alatan dan menggunakan pengangkutan airseperti sampan kayu dan rakit buluh.

Menghidupkan apiKRS mengajar ahli-ahlinya menghidupkan apidengan menggunakan batang mancis, rantingkayu serta daun-daun kering.

Semasa perkhemahan, ahli KRS perlu mengetahui cara menghidupkanapi dengan menggunakan batang mancis dan ranting kayu. Cara menyusunbahan bakar tersebut hendaklah dimulakan dengan menyusun daun-daunserta ranting-ranting kayu kecil kering terlebih dahulu sebelum menyalakankayu api.

Semasa menghidupkan api, umpan hendaklah disediakan terlebihdahulu. Umpan itu terdiri daripada daun-daun kering, rumput-rumput kering,ranting-ranting kayu kecil. Bahan-bahan itu perlulah diramas terlebih dahulusupaya lebih lembut dan mudah dinyalakan. Umpan itu hendaklah diletakkandi bahagian bawah sekali, kemudian susun pula ranting-ranting kayu bermuladengan yang kecil kemudian diikuti dengan yang besar di bahagian atas.Nyalakan umpan terlebih dahulu dengan cermat, apabila umpan tadimenyala, letakkan pula ranting yang besar di atasnya secara perlahan-lahan.Kayu yang besar juga diperlukan bagi menyalakan api dengan lebih lama.

Mengenali pokok-pokok perubatanDalam KRS, ahli-ahli didedahkan dengan pengetahuan berkenaan jenis-jenistumbuhan yang boleh dijadikan perubatan tradisional.

Ahli KRS diajarpengetahuan ikhtiar hidup.

(a) Tongkat Ali sebagai ubat pulihtenaga.

(b) Daun kaduk sebagai ubat perutkembung

(c) Pucuk betik sebagai ubatdarah tinggi.

(d) Hempedu bumi sebagai ubatdarah tinggi.

Page 59: krs remaja sekolah

5 55 55 55 55 5

Membuat perangkapTerdapat pelbagai perangkap yang perlu dipelajari oleh ahli KRS. Ia sepertijerat tali tangsi, perangkap lubang, jaring dan sebagainya.

Memasak mengikut kaedah survivalMemasak seperti ini menggunakan peralatan yang boleh diperoleh dikawasan perkhemahan seperti buluh, ranting kayu, daun pisang, tanahlumpur, daun besar, buah kelapa dan sebagainya. Masakan yang bolehdisediakan melalui cara ini ialah seperti nasi dalam buluh, memanggang ikan,ayam, membuat roti dan memasak telur.

Pengangkutan di airAktiviti pengangkutan air adalah seperti di bawah:1. Latihan mengendalikan sampan melalui:

- Sampan kayu- Sampan gentian kaca

2. Bahan terapung di air.3. Membina model apungan di air.4. Latihan berkayak dengan meng-

gunakan keno, gentian kaca ataukanvas.

5. Latihan membina rakit denganmembuat rakit buluh dan pendayungserta cara mengendalikan.

Pengangkutan darat1. Basikal

- Mengenal struktur dan bahagian basikal dan fungsinya.- Membaiki kerosakan kecil.

2. Motosikal- Mengenal struktur dan bahagian motosikal dan fungsinya.- Membaiki kerosakan kecil.

KompasAhli KRS harus tahu dan mahir menggunakankompas bagi menentukan arah. Kompas pentingdalam pengembaraan. Terdapat dua jeniskompas yang digunakan bagi menentukan arah:1. Kompas bearing sudut2. Kompas mata angin 16 (utara, selatan, timur

dan barat)Kompas amat penting dalam

pengembaraan.

Page 60: krs remaja sekolah

5 65 65 65 65 6

Apabila jarum kompas sentiasa bergerak dan menunjukkan ke satuarah sahaja, ia dinamakan utara magnet. Kompas mata angin 16 dilukisberpandukan empat mata angin yang utama. Antara kompas bearingdengan kompas mata angin 16, kebanyakan pengembara gemar kepadakompas bearing sudut kerana ia lebih tepat.

Perkara-perkara penting tentang penggunaan kompas ialah:1. Periksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah

yang betul dan tepat.2. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya boleh terus menghala ke

arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, bendaganjil yang berada di persekitaran.

Langkah-langkah mencari kedudukan sesuatu tempat di atas petaadalah seperti berikut:1. Letakkan peta di atas permukaan yang rata.2. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya.3. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Ini dapat dilakukan

dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gredyang berhampiran.

4. Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.5. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengikut

arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkankedua-dua titik tersebut.

Aktiviti penggunaan kompas dalam KRS1. Mengenal arah mata angin2. Mencari arah mata angin3. Mencari arah kiblat4. Praktikal mencari bearing5. Latihan di kawasan sekolah6. Menggunakan peta7. Merintis hutan menggunakan kompas8. Pertandingan mencari bearing di

hutan9. Menggunakan peta10. Mencari harta karun11. Aktiviti orienteering dan pandu arah

Ahli KRS diajar bagaimanamenggunakan kompas.

Page 61: krs remaja sekolah

5 75 75 75 75 7

KomunikasiKomunikasi dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk. Antaranya adalah:1. Lisan (berbual, menggunakan alat seperti telefon, radio amatur dan

walkie-talkie)2. Bertulis seperti surat, emel dan Internet.3. Isyarat atau semboyan atau simbol

seperti morse, kod semaphore, wisel,bendera, lampu, gendang, unggunapi saur dan tangan.

TEKNIK PERJALANANPengembaraanAktiviti pengembaraan boleh dijalankan dengan cara berjalan kaki,berbasikal, berperahu, berkayak, berakit dan sebagainya.

Dalam unit beruniformkomunikasi menggunakan

unggun api mempunyaimaksudnya yang tersendiri.

Jenis-jenis pengembaraan1. Menyiasat alam semula jadi2. Menyiasat tempat, kawasan dan bahan

bersejarah3. Melakukan kajian geografi dan sosiologi4. Pengembaraan khusus5. Pengembaraan misteri6. Pengembaraan survival

IKLIMAwan dan cuacaBeberapa jenis awan perlu diketahui. Antaranya ialah:1 .1 .1 .1 .1 . AAAAAwan kumuluswan kumuluswan kumuluswan kumuluswan kumulus

Awan jenis ini dapat dilihat melalui pembentukan bahagian bawah yanggelap dan membumbung tinggi membentuk himpunan kubah-kubahputih. Jenis awan ini memberi petanda bahawa cuaca di kawasan sekitarpetang hari tersebut adalah baik. Bagaimanapun, apabila berlakupertembungan udara panas yang terik dan tekanan udara yang rendah,hujan boleh terjadi.

Awan kumulonimbus pula berasal daripada awan kumulus yangmembentuk kelompok berwarna hitam dan putih. Awan ini menyebabkanhujan perolakan. Hujan ini turun dalam bentuk ribut pada awal petangdan disertai dengan kilat.

Page 62: krs remaja sekolah

5 85 85 85 85 8

2.2 .2 .2 .2 . AAAAAwan stratuswan stratuswan stratuswan stratuswan stratusAwan ini berkedudukan rendah. Awan ini kebiasaannya berwarna kelabuseperti ada bayangan, tetapi ada kalanya boleh menjadi lebih gelap.Awan stratus juga dikenali sebagai awan lapis yang boleh menutupipancaran matahari dan bulan. Awan ini membentuk cuaca yang kelamdan gelap dan selalunya akan diikuti hujan. Awan ini menyebabkan berlakuhujan gerimis.

3 .3 .3 .3 .3 . AAAAAwan siruswan siruswan siruswan siruswan sirusAwan sirus adalah awan yang paling tinggi kedudukannya. Awan iniberbentuk kepulan nipis dan kelihatan seperti kapas atau sutera nipis.Awan ini boleh kelihatan dengan jelas sebelum berlakunya ribut ataupertukaran cuaca. Awan ini menandakan cuaca yang cerah dan akanmembentuk waktu senja yang kelihatan indah.

Ahli KRS harus mahir dengan asas pertolongan cemas.

PERTOLONGAN CEMAS DAN BANTU MULAAhli KRS dan pakaian beruniform yang lain harus tahu dan memahamikemahiran asas pertolongan cemas terutama semasa mengikuti aktivit-aktivitiluar bilik darjah. Mereka juga perlu tahu asas pertolongan cemas sepertipenggunaan kain anduh dan rawatan-rawatan kecemasan yang lain.

Awan kumulus Awan stratus Awan sirus

Page 63: krs remaja sekolah

5 95 95 95 95 9

Asas KebombaanAhli KRS perlu melengkapkan kemahiran fizikal yang lain seperti asaskebombaan. Antara yang perlu diketahui ialah:1. Pengenalan mengenai kebakaran2. Punca-punca kebakaran3. Cara-cara mengelakkan kebakaran4. Alat-alat memadamkan kebakaran5. Kaedah menyelamatkan diri6. Perlindungan diri7. Latihan memadam kebakaran8. Memasang line base dari pili bomba9. Menyambung dan memendekkan satu line base10. Kawad basah11. Mengepam air dari bekalan air12. Menggunakan pam mudah alih

Seni Mempertahankan DiriSeni Mempertahanan diri merupakan salah satu elemen penting dalam KRS.

Kecergasan Diri dan RiadahAntara sukan yang dipelajari oleh ahli-ahli KRS ialah:1. Bola sepak 2. Sepak takraw3. Memanah 4. Berenang5. Berkenu 6. Tinju dan tomoi7. Menunggang kuda

Asas kebombaan perlu ada dalam diri setiap ahli KRS.

Page 64: krs remaja sekolah

6 06 06 06 06 0

KebudayaanDalam aktiviti KRS turut diserapkan ilmu-ilmu kebudayaan agar para ahli tahudan kenal akan kebudayaan kebangsaan.

Melalui aktiviti-aktiviti kebudayaan, ahli-ahli KRS dapat:1. Mengenal asal usul, adat resam dan kebudayaan pelbagai kaum di

Malaysia.2. Mempertahankan kebudayaan kebangsaan.3. Menghidupkan kembali permainan-permainan tradisional.4. Mengerat perpaduan antara kaum.5. Mempersembahkan kebudayaan kepada masyarakat.

Aktivit i-aktivit iAktivit i-aktivit iAktivit i-aktivit iAktivit i-aktivit iAktivit i-aktivit i1. Mempelajari asal usul kaum di Malaysia.2. Mempelajari permainan dan alat muzik tradisional.3. Mengumpul peribahasa dan cerita lisan.4. Menghafal perkataan mudah bahasa asing.5. Mengkaji adat istiadat pelbagai kaum.6. Mengadakan persembahan kebudayaan.

Aktiviti-aktiviti kebudayaan yang boleh disertai Kadet Remaja Sekolah.

Page 65: krs remaja sekolah

6 16 16 16 16 1

MATLAMATMelahirkan masyarakat yang sentiasa tolong-menolong, bertimbang rasadalam kehidupan seharian tanpa menghiraukan perbezaan agama, bangsadan etnik.

OBJEKTIF1. Melahirkan generasi yang mempunyai hubungan rapat dengan

masyarakat.2. Mempereratkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan hubungan

sesama masyarakat.3. Melahirkan insan yang prihatin pada tugas dan tanggungjawab sebagai

anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dalamkehidupan seharian.

PENGISIAN1. Khidmat masyarakat2. Gotong-royong

Khidmat masyarakat penting dalam memupuk semangat perpaduan antara kaum.

Page 66: krs remaja sekolah

6 26 26 26 26 2

PENGENALANAlam sekitar merupakan sebahagian daripada aktiviti kurikulum KRS. Iabertujuan untuk membina dan melahirkan generasi pelajar yang menghargai,menghayati dan cintakan alam sekitar. Kelestarian alam sekitar perludipertahankan untuk generasi akan datang.

OBJEKTIF1. Melahirkan pelajar yang sentiasa bersyukur dengan anugerah yang tidak

ternilai.2. Memahami kepentingan alam sekitar kepada seluruh hidupan sama ada

manusia atau haiwan.3. Membina manusia yang bertanggungjawab memulihara alam sekitar

untuk kesejahteraan sejagat.

Aktiviti melalui Pendidikan Alam SekitarAktiviti melalui Pendidikan Alam SekitarAktiviti melalui Pendidikan Alam SekitarAktiviti melalui Pendidikan Alam SekitarAktiviti melalui Pendidikan Alam Sekitar1. Mengenal dan mengkaji sebatang pokok.

a. Mendapatkan pola atau corak dari batang dan rangka daun.b. Mengukur lilitan batang dan ketinggian pokok.c. Melukis serta menyatakan fungsi bahagian pokok.d. Merekodkan serangga yang bersembunyi pada sebatang pokok.e. Melabelkan nama saintifik tumbuhan di persekitaran sekolah.

Alam sekitar mengajar para ahli KRS bersyukur dengan anugerah yang tidak ternilai.

Page 67: krs remaja sekolah

6 36 36 36 36 3

2. Memerhatikan kehidupan burung.a. Mengenal nama burungb. Merekodkan nama burung yang dapat dilihat di kawasan sekolah dan

tempat tinggal.c. Mengumpul bulu dan sarang burung yang tidak digunakan.d. Mengenal pasti makanan dan tumbuhan yang digemari burung.

3. Kajian serangga dan invertebrata.a. Fungsi serangga dan invertebrata dalam proses reputan.b. Bagaimana pokok memberi makanan kepada serangga dan

invertebrata.c. Melukis dan menamakan bahagian serangga dan invertebrata.d. Melukis bahagian serangga dan invertebrata.

4. Mengenal pasti dan menamakan jenis rumput.

5. Mengawet tumbuh-tumbuhan.a. Mengawet dan menamakan 15 jenis pokok bunga.b. Mengawet dan menamakan 15 jenis pokok renek.c. Mengawet dan menamakan 15 tumbuhan herba.d. Mengawet daun dan bunga 15 jenis pokok buah-buahan.

6. Mengenal dan mengelaskan jenis-jenis hutan.

7. Mengenal haiwan liar dalam hutan Malaysia.

8. Membersihkan sungai-sungai di kawasan rekreasi.

9. Demonstrasi menoreh getah dan memproses getah.

10. Deklamasi sajak mengenai alam sekitar.

11. Membina taman mini di kawasan sekolah.

Membina taman mini sekolah adalah satu aktiviti Kadet Remaja Sekolah.

Page 68: krs remaja sekolah

6 46 46 46 46 4

12. Kajian mengenai kualiti air.a. Hidupan air di kolam atau sungaib. Kualiti air

13. Mengkaji tanah-tanih dan batu-batan.a. Mengenal pasti tanah-tanih dan

batu-batan.

14. Kajian mengenai hakisan.a. Jenis-jenis hakisan.b. Mengenal pasti cara kawalan.

15. Memelihara dan menjaga kawasan rekreasi sekolah.

16. Memahami cara mengurus bahan buangan seperti bahan kimia.

17. Mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan berikut:a. Buluh d. Paku-pakisb. Palma atau rumbia e. Tumbuhan perubatanc. Rotan f. Tumbuhan komersial

18. Aktiviti kitar semula surat khabar lama.

19. Membuat ketuhar tenaga solar.

20. Karangan mengenai alam sekitar.

Mengkaji sebab-sebab berlakunyahakisan tanah dan cara mengawalnya.

Aktiviti mengitar semula barang-barang terpakai dapat memulihara alam sekitar.

Page 69: krs remaja sekolah

6 56 56 56 56 5

PENGENALANAhli KRS disemai dengan kemahiran pemasaran perniagaan agar dapatmenjadikan keusahawanan sebagai sebahagian daripada budaya hidupmereka. Ini juga dapat membantu ahli mengembangkan bakat masing-masing dan bersikap jimat cermat.

OBJEKTIF

1. Membina kemahiran reka cipta dalam kalangan ahli menggunakanbahan-bahan terbuang.

2. Membina kemahiran asas dalam bidang perniagaan, pemasaran danperakaunan supaya dapat memasarkan reka cipta yang dihasilkan.

3. Melahirkan generasi muda yang berwawasan sehingga dapatmenjadikan bidang keusahawan sebagai satu cara hidup.

MEREKA CIPTAAhli KRS boleh mereka cipta barang-barang yang hendak dihasilkan. Barang-barang itu boleh didapati daripada pelbagai sumber sama ada bahan alamsemula jadi, bahan terbuang dan juga bahan-bahan yang dibeli.

Ahli KRS diajar kemahiran asas dalam bidang perniagaan dengan hasil rekaan sendiri.

Page 70: krs remaja sekolah

6 66 66 66 66 6

Antara yang boleh dilakukan ialah:1. Mereka cipta bahan-bahan terbuang.2. Mereka cipta kraf tangan:

a. Kulit siputb. Bahagian kelopak bungac. Kayu bagi membuat penyepit baju

3. Cetak baju Silk Screen:a. Dye biasa (Embrase)b. Cetak baju T

4. Berkhidmat dengan koperasi sekolah.5. Membuat kraf tangan daripada kayu, logam dan jerami.6. Mereka cipta logo yang bertemakan KRS.7. Memasarkan bahan-bahan jualan bagi tabung kadet.8. Mereka cipta satu projek elektronik.9. Membaik pulih perkakas mudah seperti perkakas elektrik.10. Mereka cipta satu projek kayu bagi kegunaan taman.11. Melaksanakan satu projek yang boleh dipasarkan di sekolah.12. Memahami kaedah asas penulisan buku akaun.

Tahap 1• Pengenalan jahitan• Jahitan asas• Jahitan tudung

Tahap 2• Jahitan sulaman• Projek sulam

Tahap 3• Asas bahagian mesin jahit• Cara mengguna dan menjaga mesin jahit• Mengenal pasti jahitan mesin tidak kemas• Projek jahitan

JAHITAN

JENIS KRAF TANGAN YANG BOLEH DIHASILKAN OLEH AHLI KRS

Reka cipta yang boleh dihasilkan oleh ahli-ahli kadet remaja sekolah (KRS).

Page 71: krs remaja sekolah

6 76 76 76 76 7

MASAKAN

Tahap 1• Pengurusan dapur• Makanan dan pemakanan• Bahan-bahan asas makanan• Prinsip-prinsip memasak• Masakan waktu darurat• Masakan waktu perkhemahan

Tahap 2• Etika di pasar• Kepenggunaan• Pencuci mulut• Keperluan nasi dan lauk-pauk

Tahap 3• Kuih-kuih tempatan• Pastri• Kek• Susun atur hidangan

KRAF TANGAN

Tahap 1• Pengenalan dan penggunaan

kraf tangan• Hasil daripada bahan semula

jadi dan kitar semula• Pembungkusan

Tahap 2• Gubahan hidup• Lipatan kain• Origami

Tahap 3• Suji bilang atau cross-sticth• Kait mengait

Page 72: krs remaja sekolah

6 86 86 86 86 8

GLOSARI

1. tesis - pendapat yang dikemukakan untuk dibahas

2. sahsiah - keperibadian

3. inovatif - mewujudkan sesuatu yang baru

4. resmi - sifat semula jadi

5. liberal - bebas dan terbuka

6. kolektif - bersama-sama sebagai suatu kumpulan

7. ikhtiar - upaya dan usaha

8. simpati - timbang rasa

9. kelestarian - keadaan hutan yang terpelihara

10. keusahawanan - kegiatan seperti perniagaan yang diusahakan

SOALAN

1. Siapakah pengasas Kadet Remaja Sekolah (KRS)?

2. Apakah tujuan utama penubuhan KRS?

3. Siapakah Komandan KRS di peringkat sekolah?

4. Apakah pangkat-pangkat tertinggi bagi pelajar KRS untuk sekolahrendah?

5. Apakah aktiviti teras dalam Kurikulum KRS?

6. Apakah matlamat aktiviti ketahanan diri dan kebudayaan KRS?

7. Nyatakan personaliti yang perlu ada pada seseorang jurulatih kawad KRS?

8. Apakah dua aspek penting dalam aktiviti perkhemahan?

9. Bagaimanakah pengisian khidmat masyarakat yang dilakukan oleh ahli-ahli KRS?

10. Apakah jenis kraf tangan yang boleh dihasilkan oleh ahli KRS?