khurafat perkahwinan & perbidanan

20
USN 6023 ISU AKIDAH USTAZ MOHD FUAD BIN MOKHTAR PERKARA KHURAFAT DALAM PERKAHWINAN DAN PERBIDANAN Disediakan oleh: Mohamad Bakri bin Hishamudin No. Metrik: I14200328 Ibrahim bin Mohd Ali No. Metrik: I14200320

Upload: mohamad-bakri-hishamudin

Post on 30-Sep-2015

178 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Penerangan mengenai perkara-perkara khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat Melayu. Tumpuan diberikan dalam aspek Perkahwinan dan Perbidanan.

TRANSCRIPT

ADAT RESAM KAUM MELAYU

USN 6023ISU AKIDAHUstaz mohd fuad bin mokhtarPERKARA KHURAFAT DALAM PERKAHWINAN DAN PERBIDANAN

Disediakan oleh:Mohamad Bakri bin HishamudinNo. Metrik: I14200328Ibrahim bin Mohd AliNo. Metrik: I14200320Definisi khurafatberasal dari bahasa Arab:kharafa-yakhrifu-kharafan-khurafatan

(kamus aljadid) yang bermaksud rosak akal(al-Mujam al-Wasit)Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta(al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)

Dari segi bahasa:

KHURAFAT adalah kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. (Kamus Dewan)

menurut istilah syarak:

sebagai semua kepercayaan yang diyakini kegiatannya memiliki dasar dan bersumber daripada ajaran agama Islam walaupun pada hakikatnya perkara tersebut adalah bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w,Khurafat dalam perkahwinan1. Langkah bendul atau adat langkahMeyakini bahwa hal ini akan menjadikan kakaknya tidak laku, dan siadik juga akan menerima akibatnya seperti ditimpa musibah kerana mendahului kakaknya menikah. Sebagian yang merasa terpaksa melanggar adat itu mengharuskan siadik untuk mengadakan ritual pelangkahan atau adat langkah.2. UPACARA MENGELAKKAN HUJANUntuk memastikan majlis berlangsung dengan baik, cuacanya elok (cerah) maka dilakukan ritual seluar dalam. Seluar dalam pengantin perempuan akan dipegang, dibaca jampi serapah, dan dibaling ke atas bumbung rumahnya.3. BerandamMak Andam menghias pengantin dari sudut fizikal ataupun rohani. Proses kecantikan seperti:Menepung tawar dengan tujuan pelihara pengantin daripada gangguan makhluk halus.Bercukur bulu pada anak rambut,muka,leher & tangan dengan tujuan naikkan seri muka.Kemudian sapu bedak sejuk yang dibasuh dengan air ke bahagian badan yang dicukur,mandi bunga & limaubertujuan buang sial.Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanitaMencukur Kening dan Memakai Rambut Palsu

4. BERSANDINGUnsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara tepung tawar semasa persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

5. ADAT BERLIMAUSetelah sempurna kedua-dua pengantin suami isteri itu menunaikan satu daripada hikmah perkahwinan, akan diadakan sekali lagi persandingan di atas pelamin danupacara mandi-mandian dengan bersintok limau sebagai menandakan persatuan antara kedua pengantin suami isteri itu telah sempurna dan selamat.

Kain basahan yang dipakai oleh pengantin suami isteri akan dijadikan hadiah pemberian kepada emak pengantin. Pengantin ditegah untuk memerah sendiri kain tersebut bertujuan untuk membuang rasa takut atau menolak bala daripada kedua-dua pengantin itu. Kain tersebut akan diambil dan disimpan oleh emak pengantin bagi membantu membuang dan menjauhkan bala.Perkara khurafat dalam PERBIDANANSEBELUM KELAHIRANMELENGGANG PERUTDiamalkan dikalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini dilakukan oleh Tuk Bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan yang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin. Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Di samping itu, adat ini juga bertujuan membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibunya. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat

MANDI BUNGASesudah upacara menggolek kelapa di atas perut ibu mengandung, upacara memandikan ibu mengandung itu pula dijalankan. Proses ini dikenali sebagai mandi bunga kerana air mandian itu dibubuh tujuh jenis bunga yang dimasukkan ke dalam buyung. Air di dalam buyung itu dititiskan air limau nipis dan dibubuh juga sedikit bertih.Mandi bunga dikatakan baik dari segi fizikal dan menguatkan semangat ibu mengandung.

TEPUK MAYANGSetelah selesai mandi bunga, ibu mengandung akan diberi persalinan, disuruh berlunjur lurus (kaki dirapatkan) dan bidan akan melaksanakan upacara menghalau dan menjauhkan kuasa ghaib.

Mayang pinang muda yang masih di dalam kelopak dijampi. Bidan berdiri tegak di belakang kepaha ibu mengandung sambil menjampi mayang.Kemudian, mayang akan dipukul di atas tangan kiri bidan tersebut sehingga pecah kelopaknya.Upacara ini dilaksanakan kerana dipercayai si ibu akan bersalin sebagaimana mudahnya mayang pecah.UPACARA PELEPASPerkataan pelepas bermaksud adat menghalau atau menjauhkan penunggu dan memuhihkan semangat bakal ibu tersebut.Di antara peralatan yang diperlukan ialah benang,daun kelapa,sirih sepiak dan kemenyan.Bidan akan membuat lingkaran simpul lepas daripada daun kelapa.Kemenyan pula akan dibakar,manakala sirih dan benang akan diletakkan di dalam piring.Bidan akan menjampi dan simpulan daun kelapa tadi dileraikan.Apabila simpulan tersebut dililitkan pada tengkuk (bukan lilit mati) ia akan ditarik pada puncanya.

Mengadap Perut

Pada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan di atas pelamin kecil yang dihias indah sebagai tempat wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara ini hanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur dan buah. Di atas nasi kunyit dipecahkan telur dan sejambak bunga.Ayam panggang dan kerutup daging diletakkan dalam tiap tiap bekas yang berasingan sebagai pemberian kepada semangat. Wanita hamil akan merasa sedikit garam dengan kepercayaan bayi yangakan dilahirkan nanti mempunyai sifat sempurna dan tidak cacat anggota.

SEWAKTU DAN SELEPAS KELAHIRAN1. Mengelak Gangguan Makhluk HalusDaun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin. G

angguan makhluk halus. Menyalakan unggun api berhampiran tempat uri ditanam kerana bimbangkan kembar bayi itu kesejukan pada waktu malam.Uri tidak boleh ditanam tepat pada jam 12.00 tengah hari, kerana nanti anak itu keras hati dan degil.Uri dikatakan seeloknya ditanam berhampiran rumpun pokok pisang agar bayi sentiasa dingin dan tidak kepanasan.

2. Amalan menanam uriUri hendaklah ditanam bersama Jarum atau Paku mengelakkan drpd gangguan makhluk halusUri dilumur garam kasar dan asam gelugur agar bayi tidak menghadapi masalah kulit, berkudis dan terkena sawan.Menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak..3. Jejak Tanah/Turun Tanah

Adat ini juga boleh dilakukan secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-piring kecil yang berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan.

disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan dan minuman. Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan, gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang.Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.Adat ini dilakukan untuk meramal masa depan kanak-kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-kanak itu mengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan.4. Melindungi dari makhluk halus dan penyakit

Meletak benda-benda tajam di bawah bantal / tilam bayi.Dicalit sedikit arang di dahi, pipi bayi dengan harapan tidak disukai oleh makhluk halus.Tidak boleh menggunakan warna kuning pada tilam, bantal dan pakaian bayi untuk mengelak dari penyakit kuning.Mengikat tali hitam sebagai azimat di tangan bayi.

Dalil Al-quran dan hadis Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar. (An-Nisa: 48)Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada (mahram mereka). (Surah an-Nuur: 31)Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu. (Surah al-Ahzab: 33)Barangsiapa Mengharap Perjumpaan Dengan Tuhannya, Maka Hendaklah Ia Mengerjakan Amal Salih, Dan Janganlah Ia Mempersekutukan Seorang Pun Dalam Beribadat Kepada Tuhannya. (Al-Kahfi:110)KesimpulanOrang Melayu memang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Adat dan budaya ini bercampur baur dengan fahaman animisme, hinduisme yang menjurus kepada perkara-perkara khurafat. Setelah kedatangan Islam, adat dan budaya orang Melayu telah berubah mengikut ajaran-ajaran Islam.Namun demikian, masih lagi terdapat orang Islam yang mengamalkannya kerana jahil atau pun kerana taksub untuk mempertahankan adat dan pengaruh dari orang lain. Umat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain

Sekian, terima kasih