kertas cadangan mata pelajaran mata pelajaran ulum al
TRANSCRIPT
NOOR ZAINAH BT AHMAD 830524086144001
PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI 2014
“ULUM AL- QURAN”
HBQE 1103
NAMA : NOOR ZAINAH BT AHMAD
NO. MATRIK : 830524086144001
NO. KAD PENGENALAN : 830524-08-6144
NO. TELEFON : 013-4028120
E- MEL : [email protected]
___________________________________________________________________________
PENSYARAH : MOHD NAZIR BIN YAACOB
PUSAT PEMBELAJARAN : PERAK LEARNING CENTRE
BIL KANDUNGAN M/S
1.0 PENDAHULUAN 2
2.0 VISI 2
3.0 MISI 2
4.0 MATLAMAT 3
5.0 OBJEKTIF 3
6.0 RESIONAL 3
7.0 HUBUNGKAIT PENDIDIKAN ULUM AL-QURAN DALAM PRINSIP-PRINSIP KBSM 4
8.0 PENGURUSAN KURIKULUM ULUM AL-QURAN 6
9.0 CIRI-CIRI KURIKULUM ULUM AL – QURAN 9
10 ASPEK-ASPEK KURIKULUM ULUM AL – QURAN 13
11 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 14
12 PENILAIAN 16
13 ORGANISASI SUKATAN PELAJARAN 18
14 ORGANISASI HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 24
15 KANDUNGAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 24
16 PENUTUP 25
1
17 BIBLIOGRAFI 26
ISI KANDUNGAN
KERTAS CADANGAN MATA PELAJARAN MATA PELAJARAN ULUM AL-QURAN
SEBAGAI SUBJEK ELEKTIF DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH ATAS
1.0 PENDAHULUAN
Mata pelajaran Ulum al - quran adalah satu bidang pengajian yang menerapkan konsep-
konsep dan huraian ilmu Ulum al-Quran melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang terancang dalam dan luar bilik darjah menumpukan kepada pengetahuan dan kefahaman
yang menyeluruh mengenai Islam. Ia tertumpu kepada aspek-aspek utama yang sering dikaitkan
dengan pengajian al-quran dalam amalan seharian.Pengolahan mata pelajaran ini dibuat
berasaskan bidang ilmu - ilimu yang berkaitan Ulum Al-Quran disusun mengikut pembahagian
tradisi ilmu-ilmu Islam. Mata pelajaran ini ditawarkan sebagai salah satu daripada pelajaran
elektif Pendidikan Islam di sekolah Menengah.
2.0 VISI
“Berjaya menghubungkan ilmu – ilmu untuk mememahami bidang Pendidikan Islam
dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah, Ulum Al - Quran dan pendidikan al-Quran
dan al-Sunnah supaya pelajar dapat menambah dan meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia
ada di peringkat SPM yang lalu melalui pembelajaran mata pelajaran ini”.2
3.0 MISI
“Sentiasa berusaha ke arah kefahaman dan penghayatan serta amalan seharian bagi
pelajar ke arah melahirkan cerdik pandai Islam yang mahir dan menguasai dua bidang ilmu iaitu
ilmu duniawi dan ukhrawi.”
4.0 MATLAMAT
Menbudayakan penerapan penguasaan ilmu melalui pembelajaran Al-Quran ke arah
memahami sumber-sumber hukum Islam di samping membantu penguasaan pelajar dalam
pembelajaran mata pelajaran. Di samping menanam minat pelajar bagi menambah ilmu dan
diterapkan dalam kehidupan seharian samada di sekolah atau dalam masyarakat selepas tamat
pengajian mereka.
5.0 OBJEKTIF
i. Melahirkan pelajar yang bertaqwa.
ii. Melahirkan pelajar yang dapat memahami dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan
seharian berpandukan al-Quran.
iii. Memupuk semangat pelajar yang sentiasa berusaha untuk memahami dan menguasai
berbagai bidang ilmu pengetahuan sama ada duniawi dan ukhrawi.
iv. Membina keseimbangan pelajar yang dapat menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan
yang dipelajari.
3
6.0 RASIONAL
i. Menyedari betapa kurang cerdik pandai Islam yang dapat menguasai kedua-dua bidang
ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi.
ii. Memberi keberkesanan yang lebih baik kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
iii. Mendedahkan pelajar kepada perkembangan hukum-hakam Islam yang bersumberkan al-
Quran.
iv. Membantu sekolah untuk mempertingkatkan kecemerlangan akademik pelajar dalam
peperiksaan SPM.
v. Menggabungkan tenaga semua pihak untuk mempertingkatkan prestasi kecemerlangan
akademik pelajar.
7.0 HUBUNGKAIT PENDIDIKAN ULUM AL-QURAN DALAM PRINSIP-PRINSIP KBSM
KBSM digubal berdasarkan prinsip-prinsip asas yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara dan Falsafah Pendidikan Islam. Prinsip-prinsip tersebut dapat diklasifikasi seperti yang
berikut :
i. Kesinambungan Pendidikan Rendah dengan Pendidikan Menengah.
Pada peringkat rendah penekanan diberikan kepada kemahiran-kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira. Seterusnya kemahiran tersebut diperkembangkan dan diperkukuhkan pada
peringkat menengah.
4
ii. Pendidikan Umum Untuk Semua Pelajar.
Murid-murid pada peringkat menengah rendah dan menengah atas disediakan program
pendidikan yang sama untuk memberi mereka peluang yang lebih luas bagi mendapat ilmu
pengetahuan yang menyeluruh dan seimbang. Mata pelajaran teras wajib diambil oleh semua
pelajar bagi menjamin hasrat ini tercapai.
iii. Penggunaan Disiplin Ilmu Yang Ada.
Kebanyakan mata pelajaran yang sedia ada dipelajari kurikulum lama sekolah menengah
( KLSM ) diteruskan dalam KBSM . Walau bagaimana pun organisasi kandungan dan penekanan
dalam KBSM berbeza dengan KLSM.
iv. Kesepaduan Antara Unsur-Unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani.
KBSM digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan memenuhi keperluan
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui mata pelajaran- mata pelajaran tersebut dapat
menjamin aspek-aspek tersebut berkembang secara seiring dan memperlihatkan perkaitan antara
satu sama lain.
5
v. Penekanan Nilai-Nilai Murni.
Penyerapan nilai-nilai murni dilaksanakan dengan menyeluruh melalui semua mata
pelajaran KBSM. Pendekatan ini dikenali sebagai Nilai Merentas Kurikulum. Penerapan nilai-
nilai murni secara khusus terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid Muslim
dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Muslim
vi. Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu.
Penggunaan Bahasa Melayu dipertingkatkan dan diperkukuhkan melalui semua mata
pelajaran kecuali mata pelajaran bahasa seperti bahasa Arab dan Inggeris. Pendekatan ini
dikenali sebagai Bahasa Melayu Merentas Kurikulum
vii. Pendidikan Seumur Hidup
Kurikulum menengah menekankan pemupukan minat terhadap ilmu pengetahuan dan
kemahiran belajar supaya murid–murid dapat memiliki sikap yang positif terhadap ilmu
pengetahuan dan sentiasa berusaha mencari ilmu dan mengembangkan ilmu.
8.0 PENGURUSAN KURIKULUM ULUM AL-QURAN
6
8.1 LATAR BELAKANG :
i. Ulum Al-Quran merupakan salah satu mata pelajaran elektif Pengajian Islam yang
ditawarkan kepada semua murid sekolah menengah peringkat SPM. Secara umumnya mata
pelajaran ini diambil oleh murid-murid dari SMKA, KAA dan SMA.
ii. Mata pelajaran Ulum Al - Quran mula diajar kepada pelajar di IPTA.
iii. Sukatan Pelajaran Ulum Quran ini belum diperkenalkan lagi di sekolah menengah tetapi
mula diminati dan akan di perkenalkan mulai tahun 2016.
8.2 STATUS :
Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam adalah berdasarkan peruntukan
perundangan yang kuat dan jelas.
i. Perlembagaan Malaysia :
Perkara 3. (1) agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
7
Perkara 12. (3) tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai
apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu
agama yang lain daripada agamanya sendiri.
ii. Akta Pendidikan 1996 :
Seksyen 50. (1) jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau
lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama
Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Seksyen 51. (b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama
yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.
Seksyen 52. tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri
patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang
diperuntukan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam yang tidak disenggarakan
oleh Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan yang adalah institusi
pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian hanya
kerana pengajaran di institusi itu adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-semata.
iii. Jemaah Menteri
8
Mesyuarat Jemaah Menteri Bil.284/971/75 Pada 02 Julai 1975 membincangkan kertas
rancangan Kementerian Pelajaran mengambilalih sebuah Sekolah Menengah Ugama daripada
tiap-tiap satu negeri :
“ Perkara 8 (b) Sekolah-sekolah yang diambilalih itu seperti di (a) di atas hendaklah
tertakluk kepada Akta Pelajaran 1961 serta pindaan-pindaannya, dan peraturan Kursus Pengajian
1956 dengan diberi perhatian khas mengenai Pengajian Ugama serta Bahasa Arab ”
iv. Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Kurikulum Kebangsaan ) 1997 :
Perkara 3 (2) Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi
mata pelajaran yang berikut :
(d) Mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam Jadual 9;
Jadual 9 : Mata Pelajaran Elektif Peingkat Menengah Atas :
Kumpulan IV ( Pengajian Islam )
(a) Tasawwur Islam;
(b) Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah; dan
(c) Pendidikan Syariah Islamiah.
Jadual 14 : Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Peringkat
Menengah Atas ( 40 minit suatu waktu )
9
Tasawwur Islam : 4
Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah : 4
Pendidikan Syariah Islamiah : 4
Ulum al – Quran : 4
9.0 CIRI-CIRI KURIKULUM ULUM AL - QURAN :
A. Mengekalkan kesinambungan dan keseimbangan di peringkat KBSR dan KBSM:
i. Di peringkat KBSR tumpuan kurikulum kepada pemupukan asas al-Quran, penguasaan
pelajaran Jawi, penanaman akidah dan pengetahuan dalam bidang Ulum Al - Quran.
ii. Di peringkat KBSM tumpuan kurikulum kepada pengukuhan al-Quran, pengukuhan
Jawi, pemantapan akidah, dan pengetahuan dalam bidang ulum al - quran dalam kehidupan
seharian sehingga menjadi tabiat.
B. Penyepaduan ilmu dijelmakan. Oleh itu kurikulum Ulum Al - Quran yang bersumberkan
wahyu akan menjadi pelengkap ilmu yang bersalingkait dan merentasi. Murid akan dapat
memahami dengan lebih jelas tentang kesepaduan antara ilmu naqli dan ilmu akli melalui isi
kandungan kurikulum Ulum Al - Quran itu sendiri dan perkaitannya dengan lain-lain mata
pelajaran.
C. Penggabungan antara Fardu Ain dan Fardu Kifayah di dalam kurikulum Ulum Al - Quran
dapat dikembangkan melalui isi kandungan kurikulum itu sendiri dan semasa mengaitkan dengan
bidang ilmu yang lain. Murid akan dapat memahami perlunya amalan Fardu Ain sebagai tuntutan
10
individu yang mestiditunaikan dan amalan Fardu Kifayah sebagai tanggungjawabindividu untuk
membangun bangsa dan negara.
D. Menekankan pembentukan dan pembangunan insan mulia yang berkeupayaan
menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara. Murid akan dibimbing
berterusan tentang kehidupan penuh kepercayaan kepada aqidah dan berdisiplin yang
mengangkat martabat insaniah.
E. Untuk mencapai hasrat ini penulis buku teks hendaklah mengambil dan mengekalkan
tradisi dan budaya penulisan sebenar ilmu Islam dengan pelbagai pendekatan semasa yang
sesuai.
F. Penyampaian pengajaran guru distrukturkan mengikut tradisi ilmu pendidikan Islam
supaya ajaran Islam yang sebenar dapat dikuasai dan diyakini. Pemahaman terhadap struktur ini
akan mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran Ulum Al - Quran dengan lebih
bersistem dan dinamik. Penstrukturan tersebut merangkumi aspek pengertian sebenar, inkuiri
terhadap sesuatu, mencari sumber bukti, berfikir memahami matan (teks) kemahiran amali dan
penghayatan nilai.
G. Penggunaan pelbagai method serta bahan Bantu mengajar dan multimedia digalakkan
supaya penyampaian guru lebih menyeronokkan dan mudah difahami.
H. Kandungan kurikulum disesuaikan mengikut tuntutan dan perkembangan semasa.
Contohnya:
11
I. Ayat hafazan terdiri daripada Surah al-Muk' bagi ting. 4 dan Surah Nuh bagi ting. 5,
kerana lebih sesuai dengan tuntutan masa dan masyarakat.
J. Dalam bidang Akhlak, semua tajuk lama digugurkan dan digantikan dengan tajuk
daripada Pendidikan Islam teras, kerana disesuaikan dengan kandungan dalam Pendidikan Islam
tera
K. Hasil pembelajaran murid dinyatakan dalam bentuk perlakuan konkrit dan juga dalam
bentuk penghayatan yang boleh menunjukkan penguasaan aspek kognitif, psikomotor dan
afektif. Ia disusun berdasarkan aras seperti berikut :
Aras Satu (1) - aras yang paling asas/minimum dan perlu dikuasai oleh semua
murid.
Aras Dua (2) - aras yang lebih mencabar daripada aras 1 dan akan dikuasai oleh
murid berpotensi baik.
Aras Tiga (3) - aras yang lebih mencabar daripada aras 2 dan akan dikuasai oleh
murid berpotensi cemerlang
L. Perlakuan yang perlu dikuasai murid diberi penekanan menyeluruh berdasarkan bidang-
bidang berikut :
Kognitif - tentang pencapaian pengetahuan
dan perkembangan hasil intelek.
12
Afektif - tentang perkembangan perlakuan
dalam minat, sikap, rohani dan emosi.
Psikomotor - tentang kebolehan amali dan
perkembangan jasmani.
10. ASPEK-ASPEK KURIKULUM ULUM AL - QURAN
A Pedagogi
Pencapaian objektif khusus dinyatakan dengan jelas untuk dicapai pada akhir setiap P &
P dalam bentuk Hasil Pembelajaran.
Pemikiran reflektif atau penilaian kendiri diperkenalkan agar refleksi kendiri boleh
diterapkan.
Memperluaskan amalan KBKK dengan lebih bermakna.
Penyesuaian isi pelajaran dengan tahap prestasi murid dibantu dengan kandungan
pelajaran berdasarkan tiga aras.
Kepelbagaian kaedah dicadang dan guru dibimbing untuk mengaplikasikannya dalam
P&P
Pendidikan dua hala dan berpusatkan pelajar.
Nilai yang bersepadu dan merentas kurikulum.
Aspek amali dan afektif juga ditekankan dalam setiap P&P di samping kognitif.
B Bahan
13
• Mempelbagaikan bahan bantu mengajar
• Penggunaan multimedia diperluaskan
• Buku Panduan P&P diselaraskan dan dijana penggunaannya.
• Buku teks diselaraskan supaya berorientasikan ilmu, amali dan penghayatan.
C Penilaian
• Konsep dan amalan penilaian PAFA diperkemas bagi memasukkan penekanan baru dalam
kurikulum.
• Setiap Hasil Pembelajaran perlu dinilai.
• PKS akan dibuat dengan lebih menyeluruh.
• Ujian dan penilaian merangkumi semua aspek perkembangan murid.
• Penilaian murid menggunakan kriteria yang ditentukan
11. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran ULUM AL - QURAN dijelmakan berasas kepada beberapa konsep
iaitu :
A Aras :Guru mesti memahami tahap prestasi setiap murid di dalam kelas. Tindakan ini
akan dapat membantu guru menjalankan P & P dengan berkesan untuk semua tahap prestasi
murid.
14
B Kaedah P & P :Kaedah yang pelbagai, berkesan dan releven dengan tahap prestasi murid
mesti digunakan oleh guru untuk menjamin keberkesanan P & P untuk semua prestasi murid. Di
antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PQS ialah:
i. Penerangan
ii. Perbincangan dan pembentangan
iii. Sumbangsaran
iv. KBKK
v. Mengimbas kembali
vi. Simulasi
vii. Mengumpul bahan ( kajian perpustakaan )
viii. Menulis esei ( rencana)
ix. Lawatan
x. Menulis buku skrap
xi. Tunjuk cara ( Demonstrasi)
xii. Perbahasan
xiii. Inkuiri / Penemuan
xiv. Kaji selidik
xv. Latih tubi
xvi. Bermain
xvii. Pertandingan
15
xviii. Projek
C Aktiviti :Aktiviti “berpusatkan murid” hendaklah dijadikan budaya dengan guru
bertindak sebagai fasilitator/ pemudah cara sahaja.
D Bahan P & P :Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) amat penting bagi menjamin
P & P berjalan dengan lancar, menyeronokkan dan berkesan. Di antara Bahan Bantu Mengajar
yang dicadangkan ialah seperti;
i. Video
ii. Radio Kaset
iii. OHP
iv. Filem Slaid
v. Multimedia
vi. Keratan akhbar/ majalah
vii. Kad imbasan
viii. LCD
E Penekanan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran PQS KBSM dapat menjamin
pembentukan insan yang menepati kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah
Pendidikan Islam.
12. PENILAIAN
16
A Penilaian dilakukan adalah untuk mendapat maklum balas tentang pencapaian murid
sejauh mana telah mencapai Hasil Pembelajaran yang dihasratkan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Bentuk penilaian bergantung kepada hasil pembelajaran. Guru boleh membina alat
pengukuran berdasarkan kesesuaian dengan isi pelajaran dan situasi.
B Penilaian mesti merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor, yang mengandungi
kerohanian, teori, amalan dan penghayatan.
C Penilaian berdasarkan kesesuaian untuk mengukur semua aspek yang ditegaskan boleh
dilakukan seperti yang berikut :
i. Soal jawab
ii. Senarai semak
iii. Inventori sikap
iv. Dairi
v. Laporan
vi. Aktiviti bertulis / tugasan
vii. Cerita/bercerita
viii. Menulis rencana / karangan
ix. Perbincangan
x. Rekod Anekdot
D Penilaian hendaklah diikuti dengan aktiviti pemulihan atau pengukuhan dengan
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dengan fasa yang lebih perlahan, urutan yang berbeza
atau pendekatan berlainan yang difikirkan bersesuaian dengan potensi dan kebolehan murid.
Antaranya adalah melalui :
17
i. Latih tubi.
ii. Soal jawab.
iii. Laporan bertulis.
iv. Senarai semak.
v. Bercerita kembali.
vi. Penulisan rencana dan sebagainya.
E Format Peperiksaan Ulum Al - Quran peringkat SPM menggunakan 3 instrumen
a. Kertas 1
b. Kertas 2
c. Kertas 3
13. ORGANISASI SUKATAN PELAJARAN:
A MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Ulum Al - Quran adalah untuk mendalami al-Quran , dan ilmu yang
berkaitan dengannya dalam memberi sumbangan kepada pembentukan dan perkembangan diri
serta tamadun untuk menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh, berperibadi mulia
dan bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T. yang bertaqwa.
B OBJEKTIF
18
Kurikulum Ulum al-Quran membolehkan murid mendapat:
i. Membaca, menghafaz, memahami, mengamal dan menghayati kandungan al-Quran
dalam kehidupan.
iii. Memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan al-Quran dari aspek sejarah, sebab-
sebab nuzul ayat serta pengumpulan al-Quran.
C ORGANISASI KANDUNGAN
Tujuan sukatan mata pelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah ialah untuk memperkayakan
para pelajar dengan ilmu al-Quran serta memantapkan kefahaman mereka mengenai konsep-
konsep dan huraian ilmu al-Quran melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
terancang dalam dan luar bilik darjah.
Mata pelajaran ini mengandungi bidang-bidang Pengajian Ulum Al - Quran.
Bidang Pengajian al-Quran menekankan aspek membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat
tertentu. Sementara ‘Ulum al-Quran membicarakan mengenai al-Quran, wahyu dan sejarah
penulisan al-Quran.
Bidang-bidang tersebut di atas merupakan kesepaduan dan penggabung-jalinan ilmu yang
berpaksikan akidah Islamiah yang dapat melahirkan generasi yang sanggup dan dapat
memajukan diri, bangsa dan negara berasaskan ajaran Islam sebenar.
D ISI PELAJARAN ULUM AL - QURAN:
Bidang Ulum al-Qurqn membincangkan tentang al-Quran, wahyu dan sejarah penulisan
al-Quran. Bidang ini merupakan asas ke arah pembentukan murid memahami ilmu-ilmu al-
Quran secara mendalam serta mengetahui kepentingannya. Ia juga bertujuan membolehkan
19
murid memahami istilah-istilah tertentu yang digunakan dalam Ulum al-Qurn dan seterusnya
dapat memahami al-Quran dengan lebih tepat dan mendalam.
Bahagian A - Mukaddimah Ulum Al-Qur'an
Tingkatan 4
- Pendahuluan
- Pengertian Ulum Al-Qur'an
- Tahap Perkembangan Ulum Al-Qur'an
Tingkatan 5
- Penulisan Ulum Al-Qur'an Dan Tokoh Ulama
- Bidang Dan Skop Perbahasan Ulum Al-Qur'an
- Faedah Mempelajari Ulum Al-Qur'an
Bahagian B - Al-Qur'an
Tingkatan 4
- Pendahuluan
- Pengertian Al-Qur'an
- Kelebihan Al-Qur'an
- Nama-Nama Al-Qur'an
Tingkatan 5
- Al-Qur'an Sebagai Mukjizat
20
- Keistimewaan Al-Qur'an
- Penulisan, Pengumpulan Dan Pembukaan Al-Qur'an
Bahagian C - Wahyu
Tingkatan 4
- Pendahuluan
- Pengertian Wahyu
- Jenis-Jenis Wahyu
Tingkatan 5
- Cara Penurunan Wahyu
- Kepentingan Wahyu
- Tokoh Penulis Wahyu
Bahagian D - Nuzul Al-Qur'an
Tingkatan 4
- Pendahuluan
- Pengertian Nuzul Al-Qur'an
Tingkatan 5
- Cara Nuzul Al-Qur'an
- Ayat Pertama Dan Ayat Terakhir Diturunkan
21
Bahagian E - Penyusunan Al-Qur'an
Tingkatan 4
- Pendahuluan
- Ayat
- Cara Mengetahui Ayat
- Jumlah Ayat
Tingkatan 5
- Tertib Ayat
- Faedah Mengetahui Ayat
- Surah
- Tertib Surah
- Faedah Pembahagian Surah
Bahagian F - Sebab Nuzul
Tingkatan 4
- Pendahuluan
- Pengertian Sebab Nuzul
- Cara Mengetahui Sebab Nuzul
- Riwayat Dan Ungkapan Sebab Nuzul
22
Tingkatan 5
- Pembahagian Nuzul Al-Qur'an
- Pegangan Ialah Lafaz Umum, Bukan Sebab Khusus
- Faedah Mengetahui Sebab Nuzul
Bahagian G - Ayat Makki Dan Madani
Tingkatan 4
- Pendahuluan
- Pengertian Makki Dan Madani
Tingkatan 5
- Ciri-Ciri Pengenalan Ayat Makki Dan Madani
- Penyusunan Ayat Dan Jumlah Surah Al-Qur'an
- Faedah Mempelajari Makki Dan Madani
Bahagian H - Tafsir Dan Ta'wil
Tingkatan 4
- Pengertian Tafsir Dan Ta'wil
- Perbezaan Antara Tafsir Dan Ta'wil
- Ilmu Tafsir Dan Sumber Pengambilannya
- Sebab-Sebab Perlu Mempelajari Ilmu Tafsir
23
- Tujuan Dan Keistimewaan Tafsir
- Ilmu-Ilmu Yang Diperlukan Oleh Pentafsir
Tingkatan 5
- Cara Mentafsir Al-Qur'an Dan Asasnya
- Syarat-Syarat Pentafsir
- Syarat Bagi Ahli Tafsir Ketika Mentafsir
- Adab Pentafsir
- Sejarah Perkembangan Ilmu Tafsir
Bahagian I - Kitab-Kitab Tafsir
Tingkatan 4
- Kitab Tafsir Bi Al-Ma'thur
Tingkatan 5
- Kitab Tafsir Bi Al-Ra'yi
14. ORGANISASI HSP :
HSP Ulum Al-Quran disediakan sebagai bahan panduan untuk perancangan guru, penggubal
ujian, penulis buku teks dan sebagainya.
15. KANDUNGAN HSP ULUM AL-QURAN:
24
• Bidang Pembelajaran (BP):
BP membawa maksud objektif-objektif umum bagi setiap kandungan SP. Ia diletakkan pada
lajur pertama seperti di dalam HSP.
• Hasil Pembelajaran (HP):
HP ialah senarai perlakuan yang perlu dikuasai pelajar mengikut setiap BP. Ia diletakkan pada
lajur kedua seperti di dalam HSP. Ia dinyatakan dalam bentuk umum berdasarkan :
a) Bidang:
i. Kognitif - tentang pencapaian pengetahuan dan perkembangan hasil intelek.
ii. Afektif - tentang perkembangan perlakuan dalam minat, sikap,rohani dan
emosi.
iii. Psikomotor - tentang kebolehan amali dan perkembangan jasmani.
b) Aras :
Satu (1) - aras yang paling asas/minimum dan perlu dikuasai oleh semua murid.
Dua (2) - aras yang lebih mencabar daripada aras 1 dan akan dikuasai oleh murid
berpotensi baik.
Tiga (3) - aras yang lebih mencabar daripada aras 2 dan akan dikuasai oleh murid
berpotensi cemerlang.
16. PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar Mata Pelajaran Ulum al - Quran ni dapat dijalankan dengan lebih
cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para pegawai dan
semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Kementerian
25
Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah. Semoga tema segala matlamat dan objektif dapat
direalisasikan. Semoga mata Pelajaran Ulum al - Quran juga dapat memenuhi aspirasi negara
dalam menyediakan generasi yang mampu mengisi agenda ke arah negara Islam yang maju dan
bertamadun.
Penglibatan semua pihak terutama guru-guru Mata pelajaran Ulum al-Quran amat penting
dalam memahami dan melaksanakan kehendak-kehendak semakan kurikulum bagi menjayakan
objektif dan matlamat Kementerian Pelajaran.
17 BIBLIOGRAFI
* Ahmad Sipon, (2001), Ucaptama: Halatuju dan Cabaran Pendidikan Vokasional di
Sekolah Menengah Akademik , Seminar Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional,
7 – 10 November 2001. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
* Hassanor Othman (2003), Kertas Kerja: Pentaksiran Kompetensi – Persijilan Modular
Dalam Pentaksiran MPV di Sekolah Menengah Akademik dalam Seminar
Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan 2003 dari 5 – 8 Mei 2003, Kuala Lumpur:
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
* Lembaga Penyelidikan Undang-undang (1999). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan
Peraturan-peraturan terpilih. Kuala Lumpur: International Law Book Series.
* McDaniels, (1992). Summary of Visits to 670 Roanoke, Virginia Area Buisness Industry-
government employers: Summer 1992. Roanoke Virginia Area Tech Prep Consortium
* Pusat Perkembangan Kurikulum, (Oktober 2001) Buku Penerangan dan Panduan
Penawaran Mata Pelajaran Vokasional di sekolah Menengah Akademik Harian,
Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan.
26
* Pusat Perkembangan Kurikulum, (Januari 2003), Plan Induk MPV di Sekolah Harian
Bagi Tahun 2002 – 2003. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
27