kata tugas.doc

19
KATA TUGAS 1. Antara kelompok kata tugas ialah : a) Kata Penyambung Ayat b) Kata Praklausa c) Kata Prafrasa 2. Kata Tugas mempunyai fungsi tertentu, misalnya sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pembenar, penafi, pemeri, pendepan, pembantu dan penegas dalam sesuatu ayat, klausa atau frasa. Peta Minda Mudah Ingat : Kata Hubung Gabungan Kata penyambung Relatif ayat Kata Hubung Komplemen Pancangan Keterangan Seru Tanya Praklausa Perintah Pembenar Pangkal Ayat Aspek KATA Kata Bantu TUGAS Ragam Hadapan Penguat Belakang Bebas Kata Penegas Kata Nafi Prafrasa Kata Pemeri Kata Sendi Kata Arah Kata Bilangan KATA PENYAMBUNG AYAT ( KATA HUBUNG ) 1

Upload: seluang1

Post on 30-Sep-2015

271 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Hampehs! What The Hell Is It?

KATA TUGAS

1. Antara kelompok kata tugas ialah :

a) Kata Penyambung Ayat

b) Kata Praklausa

c) Kata Prafrasa

2. Kata Tugas mempunyai fungsi tertentu, misalnya sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pembenar, penafi, pemeri, pendepan, pembantu dan penegas dalam sesuatu ayat, klausa atau frasa.

Peta Minda Mudah Ingat :

Kata Hubung

Gabungan

Kata penyambung

Relatif

ayat

Kata Hubung

Komplemen

Pancangan

Keterangan

Seru

Tanya

Praklausa

Perintah

Pembenar

Pangkal Ayat

Aspek

KATA

Kata Bantu

TUGAS

Ragam

Hadapan

Penguat

Belakang

Bebas

Kata Penegas

Kata Nafi

Prafrasa

Kata Pemeri

Kata Sendi

Kata Arah

Kata Bilangan

KATA PENYAMBUNG AYAT ( KATA HUBUNG )

1. Kata Hubung ialah perkataan yang menggabungkan dua binaan ayat, klausa dan frasa.

2. Kata Hubung terbahagi kepada :

(a) Kata Hubung Gabungan

(b) Kata Hubung Pancangan

a) KATA HUBUNG GABUNGAN1. Kata hubung gabungan ialah bentuk kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang setara sifatnya.

Kata Hubung GabunganContoh Ayat

DAN

Digunakan untuk menambahkan subjek atau predikat dalam sesuatu ayat.Setiap hari ibu membasuh baju dan mengemas rumah.

ATAU

Digunakan untuk menunjukkan sesuatu pilihan"Kamu hendak makan mi goreng atau mi sup?" tanya ayah.

TETAPIDigunakan untuk menunjukkan makna yang berlawanan.Dia kaya tetapi kedekut.

LALU

Ia digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan itu dilakukan secara berturut-turut.Adik membasuh tangan lalu makan.

SAMBIL/SERTA

Ia digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan serentak atau pada masa yang sama.Dia menyanyi sambil menari.

KECUALI / MELAINKAN

Ia digunakan untuk menunjukkan pengecualian.Semua pelajar menyertai aktiviti gotong-royong kecuali Ali.

KEMUDIAN

Ia digunakan untuk menunjukkan maksud 'selepas itu'.Abang menangkap pencuri itu, kemudian menyerahkannya ke balai polis.

b) KATA HUBUNG PANCANGAN.

1. Kata Hubung Pancangan ialah perkataan yang menghubungkan klausa kecil pada klausa utama.

2. Klausa kecil ialah klausa yang tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan perlu dipancangkan pada klausa utama supaya maknanya menjadi lengkap.

3. Klausa utama ialah klausa yang boleh berdiri dengan sendiri kerana maknanya adalah lengkap.

Contoh :

Klausa UtamaKata Hubung PancanganKlausa Kecil

1. Adik sedang memakai baju

2. Mereka berkumpul di dewan

3. Murid-murid itu pulangyang

kerana

untukdijahit oleh kakak.

hendak mendengar ceramah

membaca buku

4. Terdapat tiga jenis Kata Hubung Pancangan :

(a) Kata Hubung Pancangan Relatif

(b) Kata Hubung Pancangan Komplemen

(c) Kata Hubung Pancangan Keterangan

(a) KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF

1. Tugas Kata Hubung Pancangan Relatif ialah untuk menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain.

2. Bentuk Kata Hubung Pancangan Relatif ini ialah yang.Contoh :

1. Lelaki yang berkaca mata hitam itu abang saya.

2. Saya telah membeli sepasang kasut yang berwarna biru.

3. Kakak memanggil anak-anaknya yang sedang bermain di padang.

(b) KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN

1. Kata Hubung Pancangan Komplemen menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama.

2. Dua Kata Hubung Pancangan Komplemen yang biasa digunakan ialah bahawa dan untuk.Contoh :

1. Guru itu menyatakan bahawa muridnya itu sangat rajin.

2. Rakyat negara ini berpendapat bahawa harga rumah sekarang sangat mahal.

3. Untuk menyara hidup anak-anaknya, Pak Ali terpaksa bekerja siang dan malam.

(c) KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN.

1. Kata Hubung Pancangan Keterangan ialah untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama.

2. Contoh Kata Hubung Pancangan Keterangan yang biasa digunakan ialah kerana/sebab, supaya/agar, jika/kalau/jikalau, sungguhpun/walaupun/meskipun, semasa/sewaktu/ketika, apabila, sementara, hingga/sehingga, setelah.

Contoh :

Kata Hubung PancanganContoh Ayat

KERANA

Digunakan untuk menunjukkan sesuatu fasal/sebabDia tidak hadir ke sekolah kerana demam

SUPAYA/AGAR

Digunakan untuk menerangkan sesuatu maksud, tujuan atau harapanKamu harus belajar bersungguh-sungguh supaya/agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR.

JIKA/KALAU/JIKALAU

Digunakan untuk menerangkan sesuatu syaratSaya akan menyertai ekspedisi itu jika/kalau/jikalau ibu saya memberi keizinan.

SUNGGUHPUN/WALAUPUN/MESKIPUN

Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang berlawanan/bertentangan maksud.Sungguhpun/walaupun/meskipun Hanis kurang sihat, dia tetap pergi ke sekolah.

SEMASA/SEWAKTU/KETIKA

Digunakan untuk menunjukkan masa sesuatu itu dilakukan.Semasa/sewaktu/ketika saya tiba di rumahnya, dia sedang makan.

APABILA

Digunakan untuk menunjukkan masa sesuatu itu dilakukanPenagih-penagih itu lari bertempiaran apabila polis tiba.

SEMENTARA

Digunakan untuk menunjukkan dua perkara yang dilakukan serentakMereka menonton video sementara menunggu ayah pulang.

HINGGA/SEHINGGA

Menunjukkan 'sampai pada sesuatu keadaan'

Kanak-kanak itu menjerit hingga/sehingga suaranya menjadi serak.

SETELAH

Digunakan untuk menerangkan sesuatu yang sudah berlaku.Setelah bersarapan, saya menunggu bas di hadapan rumah saya.

PRAKLAUSA

a) KATA SERU

1. Kata Seru ialah bentuk kata yang berfungsi untuk menyatakan berbagai-bagai perasaan seperti marah, gembira, sakit, terkejut dan sebagainya

2. Kata Seru biasanya digunakan dalam ayat seruan.

3. Ayat yang mempunyai Kata Seru biasanya ditandai dengan tanda seru (!) di akhir ayat.

4. Kata-kata Seru yang lazim digunakan dalam Bahasa Malaysia ialah wah, oh, amboi, aduh, cis, nah, wahai, syabas, kasihan, syukur.

Kata SeruContoh Ayat

WAH

Ia digunakan untuk menyatakan perasaan hairan, terkejut atau gembira.Wah, girangnya hati orang itu!

OH

Ia digunakan untuk menyatakan perasaan terkejut atau untuk merayu.Oh, malangnya nasibku!

AMBOI

Ia digunakan untuk menyatakan perasaan hairan dan mengejek.Amboi, cantiknya baju awak!

ADUH

Ia digunakan untuk menyatakan perasaan sakit.Aduh, sakitnya kakiku!

CIS

Ia digunakan untuk menyatakan perasaan benci, marah atau jijik.Cis, kau melawan lagi!

NAH

Ia digunakan untuk menyatakan perasaan memberi sesuatu dengan marah.Nah, ambil wang sepuluh ringgit ni!

WAHAI

Ia digunakan untuk menyatakan perasaan sayu, sayang, merayu atau menarik perhatianWahai tuan, kasihanilah kami semua!

SYABAS

Ia digunakan untuk menyatakan perasaan puas, gembira, memuji atau untuk mengucapkan tahniah.Syabas, kamu telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan!

b) KATA TANYA

1. Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu, baik tentang manusia, hal, tempat atau sebab.

( Penerangan lebih terperinci tentang Kata Tanya boleh dilihat dalam Kata Nama - Kata Ganti Nama

Tanya).

c) KATA PERINTAH

1. Kata Perintah ialah perkataan yang digunakan untuk memberikan suatu perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan yang menimbulkan suatu tindak balas terhadapnya.

2. Kata-kata Perintah yang sering digunakan dalam Bahasa Malaysia ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap.Kata PerintahContoh Ayat

JANGAN

Ia digunakan untuk membawa maksud 'tidak boleh' atau melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.Jangan makan di dalam bilik darjah.

USAH

Ia digunakan untuk menyuruh seseorang supaya jangan melakukan sesuatu.Usah pergi ke rumahnya kerana dia belum balik lagi.

SILA

Ia digunakan untuk membawa maksud meminta dengan hormat supaya melakukan sesuatu.Sila duduk di tempat masing-masing.

JEMPUT

Ia digunakan untuk membawa maksud mengajak atau mengundang.Jemputlah masuk dahulu. Ayah akan balik sebentar lagi.

MINTA

Ia digunakan untuk membawa maksud 'mahu akan sesuatu'Minta kamu berbaris dahulu sebelum bergerak ke dewan.

TOLONG

Ia digunakan untuk membawa maksud meminta bantuan.Tolong ambilkan saya segelas air.

HARAP

Ia digunakan untuk membawa maksud berhasrat untuk mendapatkan sesuatu atau meminta supaya terjadi sesuatu perkara.Harap tuan dapat menderma untuk membina sekolah itu.

d) KATA PEMBENARKata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu penyataan. Contoh kata pembenar ialah ya, benar dan betul.

Contoh ayat :

1. Ya, itulah tunang saya.

2. Benar, dialah yang membentangkan kertas kerja semalam.

3. Betul, tanyalah dia

e) KATA PANGKAL AYATKata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.

Kata Pangkal AyatContoh Ayat

Hatta

Maka

Syahadan

Adapun

Alkisah

Kalakian

Sebermula

Sekali peristiwa

arakian1. Hatta haripun malam.

2. Maka panglima itupun diberi persalinan.

3. Syahadan tuan puteri pun mencari inangnya.

4. Adapun jong itu dipunyai oleh Awang Sulung.

5. Alkisah tersebutlah kisah di negeri Melaka.

6. Kalakian kedua-dua buah kerajaan itu pun berperanglah.

7. Sebermula upacara tepung tawar itu pun dijalankan di istana.

8. Sekali peristiwa Bendahara pun berangkat di Gunung Ledang.

9. Arakian berkahwinlah kedua-dua anak raja itu.

PRAFRASA

a) KATA BANTU

1. Kata Bantu ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan kata kerja yang mengikutinya.2. Kata Bantu membantu menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu/ragam.

3. Dua jenis Kata Bantu ialah :

Jenis Kata BantuContoh Ayat

1. KATA BANTU ASPEK

a. Ia menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa, sama ada yang sudah, sedang atau belum dilakukan.

b. Ia tergolong kepada tiga jenis aspek masa:

i. masa lampau : sudah, telah, pernahii. masa kini : sedang, masih

iii. masa hadapan : akan, belumc. Sesetengah Kata Bantu Aspek boleh hadir berderetan, seperti :

belum pernah masih belum

sudah pernah masih sedang

telah pernah1. Ahmad telah menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh gurunya.

2. Hamid belum mandi.

3. Saya sudah pernah menyertai aktiviti gotong-royong itu.

4. Ibu masih sedang mencuci baju.

2. KATA BANTU RAGAM

a. Ia menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan, sama ada mesti, hendak atau berkemungkinan melakukan sesuatu perbuatan.

b. Ia tergolong kepada tiga aspek ragam :

i. mesti melakukan : mesti, harusii. hendak melakukan : hendak, mahuiii. berkemungkinan melakukan : dapat, bolehc. Kata Bantu Ragam 'boleh' harus digunakan untuk menerangkan maksud keizinan dan 'dapat' pula harus digunakan untuk menerangkan maksud kemampuan atau keupayaan.

d. Sesetengah Bantu Ragam boleh hadir berderetan, seperti :

harus mahu harus dapat

mesti mahu mesti dapat1. Kita mesti sayang akan alam sekitar

2. Saya mahu membantunya tetapi tidak mempunyai wang.

3. 'Kamu boleh keluar rehat sekarang', kata guru.

4. Adik dapat mengangkat beg yang berat itu.

b) KATA PENGUAT

1. Kata Penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan lagi maksud Kata Adjektif.

2. Kata Penguat terbahagi kepada tiga iaitu :

a. Kata Penguat Hadapan

b. Kata Penguat Belakang

c. Kata Penguat Bebas.

Peta Minda Mudah Ingat :

c) KATA PENEGAS

1. Kata Penegas ialah perkataan atau partikel yang digunakan untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

2. Kata Penegas terbahagi kepada dua jenis, iaitu :

i. Kata Penegas yang hanya menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagiannya.

ii. Kata Penegas yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya.

3. Kata Penegas 'lah', 'kah' dan 'tah' hanya boleh hadir apabila frasa predikat / bahagian-bahagiannya.

i. KATA PENEGAS YANG HANYA MENEGASKAN FRASA PREDIKAT ATAU BAHAGIAN-BAHAGIANNYA

Kata PenegasContoh ayat

LAH

1. Untuk memberi penekanan kepada ayat penyata.

2. Untuk melembutkan sesuatu permintaan atau suruhan. 1. Budak inilah yang telah menyelamatkan saya semalam.

2. "Pandulah dengan cermat semasa di jalan raya" kata ayah.

KAH

Untuk memberi penekanan kepada sesuatu pertanyaan.1. Siapakah nama anda?

2. Bilakah anda akan mengambil peperiksaan PMR?

- TAH

1. Untuk memberi penekanan kepada sesuatu pertanyaan.

2. Untuk memberi penekanan kepada sesuatu ayat seruan.1. "Apatah lagi yang engkau hendak daripada aku?" tanya Salmah dengan marah.

2. Apatah gerangan nasib mangsa-mangsa perang itu.

ii KATA PENEGAS YANG MENEGASKAN FRASA SUBJEK ATAU BAHAGIANNYA ATAU

FRASA PREDIKAT ATAU BAHAGIANNYA.

Kata PenegasContoh Ayat

JUGA

Untuk memberi penekanan kepada ayat penyata.Jika kamu pergi ke pekan, saya juga ingin ikut sama.

JUA

Untuk memberi penekanan kepada ayat penyata.Apa jua tindakan yang akan diambil oleh guru-guru, kami tetap akan menerimanya.

PUN

Untuk memberi penekanan kepada ayat penyata.Penonton pun bertepuk tangan apabila Sudirman muncul di atas pentas.

SAHAJA

1. Untuk memberi penekanan kepada ayat penyata.

2. Untuk melembutkan ayat perintah.Saya akan meminta bantuannya apabila perlu sahaja.

HANYA

Untuk memberi penekanan kepada ayat penyata.Ali hanya mendiamkan diri apabila dimarah oleh ibunya.

LAGI

1. Untuk memberi penekanan kepada ayat penyata.

2. Untuk memberi penekanan kepada ayat tanya.Kakak masih belajar lagi.

MEMANG

Untuk memberi penekanan kepada ayat penyata.Harga rumah sekarang memang mahal.

d) KATA NAFI

1. Kata Nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menidakkan atau menafikan sesuatu frasa predikat.

2. Frasa predikat itu boleh terdiri daripada :

(a) Frasa Nama

(b) Frasa Kerja

(c) Frasa Adjektif dan

(d) Frasa Sendi Nama

3. Ada dua bentuk Kata Nafi, iaitu :

(a) Bukan

(b) TidakKata NafiContoh Ayat

BUKAN

Ia digunakan untuk menafikan atau menidakkan maksud yang dibawa.

(a) frasa kata nama

(b) frasa kata sendi namaBukan boleh juga menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mempunyai maksud pertentangan maklumat.1. Lelaki yang bermisai lebat itu bukan abang saya.

2. Kuih-muih ini bukan untuk dijual tetapi untuk jamuan malam nanti.

3. Jiran kami bukan kaya tetapi sombong.

TIDAK

Ia digunakan untuk menafikan atau menidakkan maksud yang dibawa oleh :

(a) Frasa kerja

(b) Frasa adjektif1. Ayah tidak pergi kerja hari ini kerana demam.

2. Cuaca hari ini tidak panas

e) KATA PEMERI

1. Kata Pemeri menjadi pemerihal / penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam ayat.

2. Sebagai kata inti ayat penegas.

Kata PemeriContoh Ayat

IALAH

Menyatakan pemerihal pada frasa nama. Kata ini digunakan di hadapan kata / frasa nama.1. Bangunan yang tersergam cantik itu ialah Wisma Wan Mohamad.

2. Pengarang buku itu ialah Abas bin Ali.

ADALAH

Memerihalkan frasa sendi nama dan frasa adjektif. Kata ini hadir di hadapan frasa-frasa tersebut.1. Hadiah ini adalah untuk ibu.

2. Hukuman untuk pemandu yang cuai adalah berat.

f) KATA SENDI NAMA

1. Kata Sendi Nama ialah perkataan yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.

2. Kata Sendi Nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan ia dipisahkan daripada perkataan yang mengikutinya.

3. Tiap-tiap satu Kata Sendi Nama mempunyai tugas-tugasnya yang berlainan dan ia harus digunakan dengan betul mengikut peraturan-peraturan yang khusus.

4. Kata Sendi Nama yang lazim digunakan ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, bagi/untuk, sejak, terhadap, antara, dalam.

Kata Sendi NamaContoh Ayat

DI

1. Ia digunakan untuk menunjukkan tempat.

2. Ia tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa, waktu atau zaman.1. Saya tinggal di kampung Kucai.

2. Buku itu saya simpan di dalam meja.

KE

1. Ia digunakan untuk menunjukkan :

a) tempat atau arah yang dituju;

b) masa atau waktu;

2. Ia tidak boleh digunakan di hadapan perkataan yang merujuk kepada manusia.1. Saya hendak pergi ke Pahang minggu depan.

2. Pameran ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga ke pukul 4.00 petang.

DARI

1. Ia digunakan untuk menunjukkan:

a) tempat atau arah asal sesuatu;

b) masa

2. Ia tidak digunakan di hadapan perkataan yang merujuk kepada manusia.

1. Saya berasal dari Perak.

2. Kamal telah menunggunya dari pukul satu

tengah hari tadi.

HINGGA/SAMPAI

Ia digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan :

a) maksud perihal peringkat

b) maksud had masa.1. Abang tidak berputus asa malah mahu terus berusaha hingga berjaya.

2. Pak Ali bekerja dari pagi hingga senja.

DENGAN

Ia digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan :

a) maksud bersama-sama;

b) maksud cara sesuatu itu dilakukan;

c) maksud menggunakan;

d) keadaan perbandingan yang sama1. Ibu ke pasar dengan kakak.

2. Ketibaan pengantin itu disambut dengan paluan kompang.

3. Saya makan dengan tangan.

4. Rumahnya sama besar dengan rumah Encik Ali.

DARIPADA

1. Ia digunakan untuk menunjukkan:

a) tempat datangnya sesuatu atau punca bagi manusia atau benda termasuk unsur muja rad;

b) maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda;

c) perbezaan atau perbandingan.1. Samy menerima surat itu daripada pihak bank.

2. Belia mesti menjauhi diri daripada dadah.

3. Baju ini diperbuat daripada benang sutera

4. Adik lebih tinggi daripada abang.

PADA

1. Ia digunakan untuk menunjukkan :

a) tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja;

b) keterangan waktu;

c) merujuk kepada unsur abstrak.

2. Apabila 'ada' mendahului perkataan 'pada' ia merujuk kepada manusia.

3. Ia tidak boleh digunakan untuk menunjukkan maksud arah.1. Hujan turun lebat pada petang semalam.

2. Gambar itu digantung pada dinding.

3. Pada pendapat saya, dia jujur.

4. Bola itu ada pada Ali.

KEPADA

1. Ia digunakan untuk menunjukkan :

a) arah atau tempat orang atau haiwan yang ditujui;

b) institusi yang ada perkaitannya dengan manusia;

c) pecahan

2. Ia tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa atau waktu.1. Tidak baik kita melemparkan fitnah kepada gadis itu.

2. Kek itu dibahagikan kepada lima bahagian.

3. Surat ini ditujukan kepada Jabatan Pelajaran Perak.

4. Tidak elok berbuat seksa kepada binatang.

BAGI/UNTUK

1. Ia digunakan untuk menunjukkan :

a) tujuan sesuatu itu dilakukan;

b) maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan

2. Semasa menunjukkan maksud bahagian yang ditentukan, 'untuk' tidak boleh bertukar ganti dengan 'bagi'.1. Hari kantin diadakan bagi/untuk mengisi tabung kewangan sekolah.

2. Bekalan elektrik itu tergendala untuk/bagi sementara waktu.

SEJAK/SEMENTARA

1. Ia digunakan untuk menunjukkan waktu atau masa.Semenjak/sejak tadi lagi dia asyik termenung saja.

TERHADAP

1. Ia biasanya digunakan untuk merujuk kepada unsur yang melibatkan penyambut yang tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.

2. Ia tidak seharusnya digunakan untuk merujuk kepada unsur yang bermaksud umum atau mujarad.Orang muda mestilah menanam rasa hormat terhadap orang yang lebih tua.

ANTARA

1. Ia digunakan di depan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud sesuatu yang tidak mempunyai ruang atau jarak.

2. Apabila ia mengikuti sendi nama 'di', ia berfungsi untuk menunjukkan arah atau tempat.1. Antara hidangan yang disajikan ialah sate.

2. Dia tiba antara jam lapan hingga sembilan.

DALAM

1. Ia digunakan di depan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud sesuatu yang tidak mempunyai ruang atau jarak.

2. Apabila ia mengikuti sendi nama 'di' atau 'ke', ia berfungsi untuk menunjukkan arah atau tempat.1. Dalam hal ini, saya tidak tahu menahu.

2. Dia berkecimpung dalam bidang politik.

DEMI

1. Ia digunakan di hadapan kata nama atau frasa kata nama untuk menunjukkan maksud 'tujuan'.

2. Perkataan 'demi' dan 'untuk' tidak boleh digunakan dengan serentak kerana kedua-duanya membawa maksud yang sama iaitu 'tujuan'.

1. Kita mesti sanggup berkorban demi negara yang kita cintai.

2. Kamus itu ditelitinya satu demi satu.

TENTANG

1. Ia digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan maksud 'perkara' atau 'hal' yang dilakukan atau dibicarakan.Encik Ali memberitahu jirannya tentang kecurian di rumahnya malam tadi.

OLEH

Ia digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan :

a) hubungan pembuat dalam ayat pasif;

b) hubungan yang membawa maksud 'sebab'1. Gadis itu berasa malu oleh perbuatannya sendiri.

2. Pelajar yang ponteng kelas itu berjaya ditangkap oleh pengawas itu.

AKAN

1. Ia digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan maksud 'kepada' atau 'terhadap'.

2. Ia hanya boleh digunakan untuk kata adjektif yang bersifat emotif.1. Ali rindu akan keluarganya di kampung.

2. Saya sayang akan kedua-dua ibu bapa saya.

g) KATA ARAH

1. Kata Arah menunjukkan arah/jurusan/kedudukan sesuatu benda yang konkrit/abstrak.

2. Kata Arah akan di dahului oleh kata sendi nama.

3. Contoh kata arah ialah :

Atas,bawah,belakang,penjuru,samping,sisi,sudut,selatan dan lain-lain.

Contoh ayat :

a. Penyapu itu disimpan di sudut kanan bilik darjah.

b. Dia berasal dari utara tanah air.

c. Bola itu diletakkanya di bawah meja.

h) KATA BILANGAN

1. Kata Bilangan ialah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama.

2. Kata Bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu :

Kata BilanganContoh Ayat

KATA BILANGAN TENTU

1. Kata Bilangan Tentu juga dikenali sebagai bilangan kardinal.

2. Ia digunakan untuk menyatakan bilangan yang tentu.

3. Kata Bilangan Tentu mesti diikuti dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

4. Contohnya : tiga,lima,sepuluh,seratus,dua ribu,empat juta dan sebagainya.1. Sepuluh orang pelajar dari kelas ini telah terpilih mengikuti aktiviti itu.

2. Empat juta ringgit telah diperuntukkan bagi projek itu.

KATA BILANGAN TAK TENTU

1. Ia digunakan untuk menyatakan bilangan yang tak tentu.

2. Contohnya : beberapa,para,semua,segala,berbagai-bagai,pelbagai,sebahagian,sebilangan,sekalian,setengah-setengah,sesetengah dan sebagainya.

3. Oleh kerana kata-kata bilangan ini telah menunjukkan maksud jamak, kata nama yang mengikutinya tidak perlu diulang.1. Berbagai-bagai acara dipersembahkan dalam pertunjukkan amal semalam.

2. Sesetengah orang tidak gemar akan durian.

KATA BILANGAN PISAHAN

1. Ia digunakan untuk menyatakan bilangan yang dikira satu-persatu atau berasingan.

2. Contohnya : tiap-tiap,setiap,masing-masing.1. Setiap ahli keluarga mempunyai tanggungjawab untuk ditunaikan.

2. Masing-masing membawa haluan sendiri setelah berpisah.

KATA BILANGAN PECAHAN

1. Ia digunakan untuk menyatakan bilangan yang mempunyai maksud pecahan.

2. Contohnya : satu perempat,dua pertiga, separuh,setengah dan sebagainya.1. Ibu memberi separuh daripada kek itu kepada jiran kami.

2. Dua pertiga daripada pelajar kelas ini lulus dalam peperiksaan itu.

KATA BILANGAN HIMPUNAN

1. Ia digunakan untuk menyatakan bilangan yang terhimpun.

2. Contohnya : kedua-dua,beratus-ratus,berminggu-minggu,berbulan-bulan,bercawancawan,berguni-guni dan sebagainya. 1. Berminggu-minggu saya menanti kepulangannya tetapi dia masih belum kembali.

2. Berguni-guni beras telah didermakan oleh orang kaya itu ke rumah anak-anak yatim.

KATA BILANGAN TINGKAT

1. Ia digunakan untuk menyatakan urutan atau giliran sesuatu frasa nama.

2. Contohnya : keempat,ketiga belas,keseratus dan sebagainya.1. Kebakaran itu bermula di tingkat ketiga belas.

2. Dia mendapat tempat keempat dalam acara lari 100 meter itu.

Agak, paling, terlalu

Contoh ayat :

Gunung Kinabalu ialah gunung paling tinggi di Malaysia.

Sekali, benar, nian

Contoh ayat :

Rumah itu nian

Sangat, amat, sungguh

Contoh ayat :

Ali sungguh rajin belajar.

hadapan

belakang

bebas

KATA PENGUAT

114