jeruk limau nipis
DESCRIPTION
Tahan selama sebulan. Enak dimakan bersama nasi putih dan lauk pauk terutamanya ikan bakar dan cili kicapTRANSCRIPT
JERUK LIMAU NIPIS
JERUK LIMAU NIPIS
Tahan selama sebulan. Enak dimakan bersama nasi putih dan lauk pauk terutamanya ikan bakar dan cili kicap
Oleh: Editorial RASA Tarikh: 10 April 2013
Waktu memasak:20 minit
Saiz hidangan:5 orang
BAHAN-BAHAN:10 biji limau nipis
1 botol kecil cuka
360gm gula pasir
1 paket kecil garam kasar
Air secukupnya
CARA MEMASAK:1. Potongkan bahagian atas limau nipis.
2. Kemudian limau nipis dibelah empat.
3. Seterusnya didihkan air di dalam periuk dan masukkan limau. Masak sehingga kulit limau nipis menjadi lembut. Angkat dan tos.
4. Setelah itu, sumbatkan bahagian celah-celah limau nipis dengan garam.
5. Susunkan limau nipis di dalam balang kaca yang bersih. Asingkan.
6. Selepas itu, didihkan cuka bersama gula pasir sehingga larut dan sebati. Sejukkan.
7. Kemudian bancuhan cuka dan gula pasir ke dalam balang kaca berisi limau nipis tadi. Tutup rapat-rapat.