hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
TRANSCRIPT
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 2011
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI / TAHUN 2011
HBML4103
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NO. MATRIKULASI : 640725106482002
NO. KAD PENGNEALAN : 640725 – 10 -6482
NO. TELEFON : 0193702239
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : IP TEKNIK
HBML4103 2011
ISI KANDUNGAN
BBBIL PP PERKARA M MUKA SURAT
ABSTRAK 2
1.0 Pendahuluan 3 – 4
2.0 Perbincangan dan Kupasan Isu 4 – 5
2.1 Faktor-faktor Yang menyebabkan Bahasa Melayu Hilang Upaya
5 – 11
2.2 Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu 12 – 13
3.0 Kesimpulan dan Penutup 13 – 14
Bibliografi 15
1
HBML4103 2011
ABSTRAK
Apabila kita membicarakan mengenai bahasa, perkara pertama yang akan kita kaitkan ialah bangsa seseorang itu. Bahasa melambangkan keagungan sesebuah bangsa dan lemahnya bahasa dalam sesebuah negara boleh menggambarkan lemahnya bangsa tersebut sehingga sanggup menggadaikan bahasanya sendiri demi mengagungkan bahasa lain. Pengabaian yang melampau terhadap bahasa ibunda akan menyebabkan kita dihina dan diperkecilkan. Penggunaan bahasa ibunda akan membantu memperkukuh kemajuan negara dengan lebih pesat dan dihormati. Contohnya negara Jepun yang mana terlalu kecil rakyat negara ini yang pandai bertutur dalam bahasa asing namun masih gah sebagai sebuah negara maju. Begitu juga negara Peranchis, Jerman dan Rusia yang menggunakan bahasa ibunda sepenuhnya dalam pentadbiran, sosial dan pendidikan. Namun, di Malaysia yang hampir 54 tahun merdeka, bahasa Melayu masih gagal menyaingi bahasa bahasa-bahasa lain terutama bahasa Inggeris.Perkara ini menjadi tanda tanya kerana bahasa Melayu telah terbukti mempunyai 300 juta penutur dan tergolong dalam enam bahasa utama dunia. Siapa yang meminggirkan bahasa Melayu dan membiarkannya terus longlai? Kalau diperhalusi, faktor sejarah, pendidikan, dasar-dasar, sikap pengguna dan cabaran globalisasi merupakan antara faktor utama yang menjadikan bahasa Melayu hilang taringnya, pudar warnanya dan sepi diguna. Kesedaran dan kesungguhan Dewan Bahasa dan Pustaka serta seluruh lapisan masyarakat memainkan peranan ke arah memartabatkan semula bahasa Melayu di Malaysia dan persada antarabangsa akan menentukan hala tuju bahasa Melayu. Lestari bangsa kerana bahasa. Yang kurik kundi, yang merah saga. Yang baik budi, yang indah bahasa.
2
HBML4103 2011
1.0 Pendahuluan
Bahasa Melayu sejak lebih daripada satu alaf memiliki martabat
sebagai bahasa besar. Sejak abad ke-7 Masihi Bahasa Melayu telah
menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian
agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah
kerajaan Srivijaya. Pada zaman Kesultanan Melayu dari sekitar abad
ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak
kegemilangan sebagai bahasa tamaddun Melayu baharu dengan
menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang,
bahasa lmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan
dan bahasa sastera tinggi.
Sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa
Melayu pada abad ke-16 sebagai bahasa yang sangat luas tersebarnya
sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan
jejak kerana bahasa itu bukan sahaja dimengerti di Parsi bahkan lebih
jauh dari negeri itu dan di sebelah timurnya sehingga kepulauan
Filipina.
Maruah bangsa itu ialah kemerdekaan. Kemerdekaan ini dapat dilihat
dari segi bahasa, minda, politik, ekonomi, budaya, dan agama. Apabila
kemerdekaan mana-mana aspek itu hilang , maka maruah bangsa juga
tergugat. Kemerdekaan bahasa menentukan kemerdekaan aspek-aspek
lain. Negara-negara yang memilih bahasa peribumi sendiri menjadi
Bahasa kebangsaan berhasil mencapai kemerdekaan serta
meningkatkan dan mengekalkan survival mereka sebagai bangsa
bermaruah. Yang tidak menggunakan bahasa peribumi sebagai Bahasa
Kebangsaan masih belum mencapai kemajuan ekonomi.
Model penggunaan bahasa negara sendiri untuk memajukan rakyat dan
negara buakan sahaja sesuatu yang baru, dan dipilih hanya Malaysia.
Model ini telah terbukti kejayaannya di merata tempat. Dalam hal ini,
Rusia yang menggunakan bahasa sendiri didapati mampu menandingi
3
HBML4103 2011
banyak negara besar yang lain, sehingga menjadi peneraju yang tiada
tolok bandingnya dalam bidang sains angkasa.
Jerman juga menggunakan bahasa negara sendiri dan amat dikenali
dalam bidang automobil. Beberapa jenama kereta besar dunia adalah
hasil keluaran Jerman. Finland juga merupakan negara pengeluar
telefon bimbit popular dengan jenama Nokia hanya menggunakan
bahasa sendiri.
Di rantau Asia, Jepun dan Korea bangga dengan bahasa sendiri untuk
mendidik anak bangsa dan berjaya dalam bidang teknologi. Sebaliknya
negara seperti India dan Afrika yang mengagungkan bahasa Inggeris
masih gagal untuk keluar dari belenggu kemiskinan sebahagian besar
penduduknya. Nyatalah di sini bahawa tiada bangsa di dunia dapat
mencapai kejayaan dan tamadun tinggi melalui bahasa asing dan
bahasa penjajah.
2.0 Perbincangan dan kupasan isu.
Bahasa Melayu telah menelusuri liku-liku sejarah perkembangan yang
cukup ruwet dan panjang. Sebagai salah satu cabang kelaurga bahasa-
bahasa Austronesia bahasanya telah digunakan dengan begitu meluas
oleh sekitar 300 juta umat dalam gugusan pulau-pulau Melayu-
Polinesia sebagai bahasa serumpun. Ratusan tahun bahasa melayu
berkembang maju menjadi bahasa komunikasi dan bahasa rantau yang
indah. Ratusan tahun persuratan Melayu mengambil kedudukan yang
ghairah. Dari tangan para ulama kitab-kitab besar ditulis, tradisi
keilmuannya di pusat-pusat pengajian tidak kenal ’muflis’, pesantren
dan pondok lahir, ilmu didukung dari awal hingga ke akhir. Dari
zaman ke zaman bahasa Melayu dimajukan, persuratannya melimpah
memenuhi gelanggang pemikiran. Langkahan yang akomodatof,
bijaknya menyesuaikan diri, menerima yang terkini mengukuhkan akal
budi. Dari tradisi lisan dan hikayat, lahir bentuk-bentuk karya kreatif
sastera moden dan bermartabat, dari roman ke novel, dari cerpen ke
4
HBML4103 2011
puisi dan drama, begitu kreativiti dan intelektualismenya yang tinggi.
Abad ke-20, suatu abad bangsa serumpun Melayu yang berani, bukan
sekadar memerdekakan pertiwi, tetapi maju mewarnai kehidupan
dengan bentuk dan isi. Mamasuki abad ke-21, dunia bahasa dan
persuratan Melayu yang mengagumkan timur dan barat sejak ratusan
tahun itu, bagaikan kehilangan keyakinan dan keupayaan. Keunikan
bahasa dan persuratannya mulai kehilangan selera pada lidah
bangsanya sendiri.
2.1 Faktor-faktor Yang Menyebabkan Bahasa Melayu Hilang
Upaya.
Martabat Bahasa Melayu dilunturkan oleh penjajah di Malaysia dengan
menurunkan darjat bahasa Melayu daripada bahasa besar dan bahasa
perhubungan luas menjadi bahasa setempat atau bahasa vernakular
yang disempitkan fungsinya hanya sebagai bahasa perhubungan sehari-
hari dan lebih untuk lingkungan masyarakat Melayu. Dalam zaman
penjajahan Inggeris, bahasa Melayu disetarafkan dengan bahasa
keturunan yang dibawa oleh Inggeris untuk kepentingan ekonomi, iaitu
keturunan Cina dan India dengan menjadikannya bahasa pengantar di
sekolah vernakuar Melayu, sama halnya dengan bahasa Cina di
sekolah vernakular Cina dan bahasa Tamil di sekolah vernakular
Tamil.
Dalam bidang bahasa dan pendidikan, terang bahawa bahasa Melayu
hanya menjadi bahasa pengantar sekolah Melayu yang terbatas pula
jangkauan bidang ilmu dan kemahirannya. Hal ini direncanakan
dengan cukup kemas oleh penjajah Inggeris, semata-mata untuk
menutup kemungkinan anak watan dapat muncul sebagai bangsa
berwibawa untuk membebaskan negara daripada cengkaman
penjajahan.
Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains
dan teknologi telah wujud keserongan persepsi terhadap keperluan
5
HBML4103 2011
bangsa atau negara memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris
dianggap seperti segala-galanya dan pegangan ini akan memusnahkan
kemajuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Suatu
waktu akan menimbulkan kesan psikologi atau persepsi negatif dalam
kalangan mereka yang mempelajaai bahasa Melayu di luar rantau
Melayu. Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam
jentera pentadbiran, sistem pendidikan, perundangan dan beberapa
domain utama kehidupan masyarakat Malaysia selama ini ternafi
dengan mudah.
Penjajah juga membawa masuk unsur-unsur budaya baru dan bangsa
asing yang memaksa rakyat peribumi menggunakan bahasa mereka.
Pendapat ini disokong oleh Hartmann (1976) yang menyatakan
bahawa kedwibahasaan melibatkan penggunaan dua bahasa oleh
penutur atau masyarakat pengguna bahasa. Akibat yang paling ketara
berlaku pertukaran kod dan percampuran kod dalam kalangan penutur.
Hal ini berlaku kerana penutur dwibahasa tidak semestinya
penterjemah yang baik kerana kemahiran menukar kod dari satu
bahasa ke bahasa lain diperoleh secara berasingan dan individu
tersebut mestilah mahir dalam perbualan kedua-dua bahasa dalam
semua keadaan.
Persepsi baru timbul akibat kekeliruan kepentingan politik atau
keputusan politik yang mempengaruhi pendirian masyarakat sehingga
menjadi bingung. Contohnya di Malaysia masyarakat tertanya-tanya ke
mana Malaysia dalam persoalan bahasa ini? Apakah ’bilingualisme’
atau ’dualisme’ yang mahu dipromosikan suatu gejala yang hampir
sama sedang meruntuhkan kebudayaan kebangsaan dengan
mempromosikan kembali ’pluralisme’, ’parallelisme’, ’laisez faire’ dan
tindakan tanpa batas yang membezakan sesuatu yang ’ kebangsaan’
dengan sesuatu yang bersifat ’kesukuan’ atau etnis. Dalam amalan
berbahasa, dasar ’dualisme’ dan ’ parallelisme’ mungkin sesuai
sewaktu acara-acara antarabangsa tetapi tidak dalam acara-acara rasmi.
6
HBML4103 2011
Hasil daripada pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dalam sistem pendidikan telah terbukti apabila pada akhir tahun
1980-an dasar bahasa dalam sistem pendidikan negara mencapai
perkembangan yang mantap dan stabil berdasarkan kejayaan
melahirkan generasi dari semua kaum yang terdidik melalui bahasa
Melayu. Namun demikian hasrat tersebut menghadapi cabaran paling
getir apabila pengajaran Sains dan Matematik dala bahasa Inggeris
(PPSMI) dilaksanakan pada tahun 2003 di sekolah rendah. Alasan
yang diberikan kerana murid masih tidak menguasai bahasa Inggeris
dengan baik. Pelaksanaan PPSMI telah memberikan kesan di mana
semua mata pelajaran Sains dan Matematik dari peringkat pendidikan
rendah hingga pendidikan tinggi diajarkan dalam bahasa Inggeris
sepenuhnya. Akibatnya peranan bahasa Melayu tercalar sedangkan
bahasa Melayu telah banyak meneroka bidang Sains dan Matematik
dengan menghasilkan lebih 800,000 istilah dan 200,000 buah buku
pelbagai judul.
Dalam sekelip mata , dasar tersebut membawa mesej tentang
ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan secara
langsung meminggirkannya. Pencarian istilah baru akan terbantut. Ini
menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu. Guru yang
mengajar bahasa Melayu juga didapati kurang berketerampilan dalam
pengajaran bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah.
Kemahiran berkomunikasi dan penulisan tidak diberikan penekanan
secara bersungguh-sungguh, buktinya masih kurang penerbitan buku-
buku berunsur ilmiah yang diterbitkan dalam kalangan guru.
Selain itu, perubahan dasar bahasa di institut pendidikan tinggi juga
telah menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara antara dasar
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Hal
ini diperakui oleh Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat
Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi
Malaysia (2006) yang menjelaskan jawatankuasa mendapati bahawa
walaupun bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di peringkat
7
HBML4103 2011
sekolah, keadaan di peringkat tinggi adalah berbeza. Selama lebih satu
dekad telah wujud dua sistem yang berbeza dengan ketara di peringkat
pendidikan tinggi, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
institut pengajian tinggi awam dan bahasa Inggeris di institut pengajian
tinggi swasta. Perkembangan ini berlaku selepas pelaksanaan Akta
IPTS 1996, banyak IPTS telah diberi pengecualian daripada
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa
Inggeris dijadikan bahasa pengantar di IPTS kerana institusi-institusi
ini kebanyakannya menawarkan kursus-kursus di luar negara.
Namun begitu, dalam laporan yang sama jawatankuasa ini turut
memperakukan supaya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
digunakan sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan rasmi dan bahasa
Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa pengantar di IPT dalam
semua mata pelajaran Sains, Matematik dan profesional, manakala
mata pelajaran lain hendaklah diajar dalam bahasa yang paling
berkesan untuk menyampaikan ilmu yang terkandung dalam mata
pelajaran tersebut. Natijahnya, kedudukan bahasa Melayu semakin
terpinggir dan tidak berupaya sepenuhnya sebagai bahasa ilmiah.
Perkembangan era globalisasi memberikan cabaran baru kepada
bahasa Melayu. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) melahirkan unsur baru yang dikenali sebagai
bahasa rojak. Bahasa rojak semakin berkembang luas dalam kalangan
pengguna bahasa. Ini dicirikan dengan penggunaan Bahasa Melayu
yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris. Kelahiran K-Ekonomi
pula telah membawa perubahan besar kepada semua bentuk perlakuan
dan pemikiran manusia. Penggunaan bahasa Melayu dalam internet
juga perlu dipertingkatkan agar seiring dengan penggunaan bahasa-
bahasa utama lain di dunia. Penggunaan bahasa Melayu di ruang siber
ini menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara khususnya ruang
sembang siber yang memperlihatkan unsur bahasa yang unik dan
tersendiri iaitu bahasa internet. Muncul perkataan seperti kang (nanti),
akum (assalamualaikum), tipon (telefon), nko(engkau) dan lain-lain.
8
HBML4103 2011
Fenomena ini merupakan unsur perubahan yang dikhuatiri akan
mencemarkan nilai-nilai asli dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat yang
terbentuk juga tidak mematuhi hukum tatabahasa Melayu dan kelihatan
janggal .inilah yang perlu disedari oleh pengguna internet yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi agar tidak
menggunakan bahasa Melayu sesuka hati tanpa mengambil kira soal
peraturan yang sedia ada.
Keupayaan Bahasa Melayu bertahan dalam era siber banyak
bergantung kepada keupayaan masyarakat penutur bahasa Melayu itu
sendiri menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Sikap
masyarakat terhadap bahasa Melayu telah menyebabkan kesukaran
untuk meletakkan bahasa Melayu di persada antarabangsa.
Ketidakyakinan terhadap bahasa ibunda berkembang menjadi bahasa
ilmu dan bahasa antarabangsa dalam kalangan penutur bahasa Melayu
mengakibatkan bahasa Melayu terus tercicir dalam persaingan dengan
bahasa lain di dunia.
Penutur bahasa Melayu lebih senang menggunakan bahasa Inggeris
atau bahasa rojak yang kini semakin menjadi ancaman terhadap
kemurnian bahasa Melayu. Mereka menganggap bahasa Melayu tidak
setanding bahasa Inggeris dan mula meminggirkan Bahasa Melayu
secar perlahan-lahan. Bahasa rojak dikatakan lebih santai dan tidak
begitu formal sama seperti penggunaan bahasa pasar. Justeru,
penekanan terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul harus
diutamakan khususnya dalam laman sesawang yang dikendalikan oleh
anak Malaysia, walaupun menggunakan dwibahasa.
Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan
bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan
penggunaannya oleh undang-undang. Sebagai contoh penggunaan
bahasa Melayu pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan
pendidikan. Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan
dengan kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat terhadap
9
HBML4103 2011
bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi,
khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran,
penyiaran dan pendidikan.Percampuran ragam bahasa basahan dengan
bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu
kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.
Kita berbahasa tetapi berbahasa untuk tujuan ekonomi dan kemajuan.
Apabila kita melihat dunia hari ini berbahasa Inggeris dalam segala
segi, kita mula mencampur adukkan bahasa baik di dalam filem,
industri , pendidikan malah dalam penggunaan bahasa pemimpin
masyarakat. Tidak salah jika sedikit asimilasi dan transaksi bahasa lain
ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu namun terlalu banyak
penutur dalam kalangan rakyat dan pemimpin yang mengutamakan
bahasa pasaran ekonomi hingga membiarkan lambakan budaya barat
dalam berbahasa.
Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara
apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan
jalan termasuk kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara yang
mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing misalnya precinct,
parcel dan boulevard. Selain itu terdapat kegilaan menggunakan
pangkal perkataan D’ atau De sebelum meletak apa-apa perkataan
seperti D’ Palma Apartmen, D’Utara Restoran yang melambangkan
jiwa dan pemikiran rakyat yang pragmatik dengan populariti budaya
tertentu tanpa menyelidik mengapa ia tersebar dan asal penggunaan
istilah serta kesan kepada jiwa anak-anak bangsa akan datang.
Menurut kenyataan Dr Abu Hassan Hasbullah yang disiarkan dalam
Dewan Bahasa keluaran April 2009, Zentrum Future Study Malaysia
hanya 23 kondominium daripada 1000 kondominium di Malaysia
menggunakan bahasa Melayu atau berunsur tempatan. Istilah seperti
Seri keruing, Restoran Anggerik Biru,Mayang Sari sudah janggal
10
HBML4103 2011
apatah lagi bagi menamakan konsultan dan syarikat atas alasan tidak
komersial .
Beberapa gejala yang berlaku kini dengan seriusnya mencabar
martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Malaysia. Menurut Hashim Musa (1996 ), yang paling serius ialah
penubuhan kolej swasta dan separuh swasta serta institut pengajian
tinggi kerajaan yang kesemuanya berpenghantar Bahasa Inggeris.
Menurut belia lagi, faktor ini ditambah pula oleh arus globalisasi yang
menekankan penggunaan bahasa Inggeris dengan pesatnya. Selain itu,
faktor-faktor itu disertai juga oleh penggunaan bahasa Inggeris yang
memang berleluasa dalam sektor swasta yang tidak pernah tergugat
atau digugat. Di samping itu, wujud golongan Inggerisofili yang
muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa
Inggeris hingga menggugat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dan bahasa kebangsaan.
Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah kini golongan elit
Malaysia timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa
Melayu untuk menjadi bahasa pengantar ilmu sains dan teknologi.
Dengan kata lain wujud krisis keyakinan tentang kemampuan bahasa
Melayu dalam menghuraikan dan mengungkapkan ilmu yang tinggi.
Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia,
sama ada di sektor swasta atau beberapa jabatan kerajaan, terdapat
sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan. Surat menyurat ditulis
dalam bahasa lain, contohnya perjanjian jual beli tidak dibuat dalam
bahasa kebangsaan serta sering menimbulkan kekeliruan dan
maklumat yang berbeza seterusnya mencetuskan banyak masalah
sejak kebelakangan ini.
11
HBML4103 2011
2.2 Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu.
Mentaliti untuk maju hanya dengan berbahasa Inggeris akan
menggagalkan usaha pemartabatan dan pemerkasaan bahasa
kebangsaan. Langkah kerajaan mengembalikan semula pengajaran
Matematik dan Sains kepada bahasa Melayu mulai tahun 2011 dan
secara langsuh memansuhkan PPSMI amat dialu-alukan. Hal ini
diharapkan akan membantu meningkatkan keupayaan bahasa Melayu
bersaing di peringkat global dengan bahasa-bahasa yang lain. Usaha
memartabatkan bahasa Melayu ini telah lama dilaksanakan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka. Usha memperkayakan bahasa Melayu
juga dilaksanakan secara giat dan ketika ini DBP mempunyai istilah
dalam bahasa Melayu yang banyak dan cukup dalam pelbagai bidang
mencakupi sains, teknologi, kejuruteraan dan teknologi. Setakat ini
kira-kira 825,495 istilah dalam pelbagai bidang telah dibukukan serta
DBP telah menerbitakan 41 kamus istilah, 225 daftar istilah dengan
keseluruhan lebih sejuta istilah dalam pelbagai bidang.
Selain itu, pembudayaan bahasa Melayu perlu dimantapkan semula
dari peringkat prasekolah hingga peringkat pengajian tinggi. Kerajaan
perlu memberikan penegasan yang lebih berat kepada usaha
pembudayaan bahasa Melayu sebagai asas peneguhan tamadun bangsa
Melayu agar dapat diterima di peringkat antarabangsa. Semua program
negara yang bersifat pembinaan sahsiah di pelbagai peringkat mesti
memasukkan program bahasa dan persuratan seperti Program Khidmat
Negara, Biro Tatanegara, K3P dan sebagainya. Setiap jabatan juga
perlu memasukkan modul bahasa, penulisan dan persuratan dalam
program ”kursus dalam perkhidmatan” masing-masing.
Pemantauan berterusan terhadap bidang penyiaran dan media massa
perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa media massa
melaksanakan tanggungjawab sebagai ejen pemantapan bahasa yang
baik dan sntun dalam penyiaran, penerbitan program dan bahan.
Tindakan perlu dilaksanakan dalam bentuk tindakan pentadbiran dan
12
HBML4103 2011
juga tindakan undang-undang. Program pemasyarakatan bahasa
kebangsaan perlu dirancang oleh kerajaan bersama DBP. Selain itu,
setiap jabatan kerajaan dan swasta hendaklah merancang dan
menganjurkan kegiatan yang dapat menyemarakkan pembudayaan
bahasa Melayu dari semasa ke semasa supaya bahasa Melayu terus
dihormati dan dicintai oleh pelbagai lapisan rakyat.
Gejala peminggiran bahasa boleh diatasi jika Pendaftar Pertubuhan dan
Jabatan Perlesenan mengambil kira permasalahan ini. Berilah galakan
kepada rakyat yang mahu menggunakan istilah bahasa Melayu atau
mengutamakan istilah bernama ketimuran nusantara melalui peluang
tender, kemudahan pemprosesan lesen atau permit, pengiklanan dan
peluang-peluang yang berundur komersil. Hal ini sekali gus akan
meningkatkan daya saing serta memberi harga diri kepada bahasa
kebangsaan kita.
3.0 Kesimpulan dan Penutup.
Bahasa Melayu sedang diasak oleh arus globalisasi dan liberisasi. Jika
bahasa kebangsaan semakin lemah, maka lemahlah bangsa. Semua
pihak perlu sentiasa berusaha meningkatkan daya saing , ketahanan
dan kekreatifan, dan kecemerlangan bahasa Melayu sebagai bahasa
yang unggul. Penutur yang beranggapan bahasa Melayu hanya untuk
orang Melayu mencerminkan kedaifan fakta sejarah dan asal usul
bahasa dan bangsa di negara ini.
Perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat.
Persekitaran lokal tiba-tiba bertukar kepada glokal dan akhirnya
menuju global. Bumi yang dulunya terpecah kepada begitu banyak
kampung yang tidak berhubung, kini menjadi sebuah kampung tanpa
sempadan. Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan
remaja hari ini lebih berminat menggunakan istilah dan gaya bahasa
sendiri yang dikatakan lebih pantas dan ringkas.
13
HBML4103 2011
Pembangunan negara yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai
apabila semua bidang yang penting dberi perhatian yang sama beratnya
termasuk bidang bahasa dan budaya. Dalam konteks pembentukan jati
diri dan citra negara ini pula dasar-dasar yang bersifat endoglosia iaitu
berasaskan keperibumian yang disokong oleh hakikat sejarah,
kebudayaan dan tamadun di negara dan rantau ini perlu dipertahankan
dan ditingkatkan.
Tidak seharusnya berlaku keadaan negara menuju kejayaan ekonomi
dan industri sementara mengalami kehancuran dari segi unsur
dalaman bangsa, terutama bahasa dan budaya. Oleh itu kerjasama
antara semua kementerian, jabatan, agensi, pertubuhan, sektor swasta
dan orang perseorangan perlu digemblengkan secara bersepadu oleh
pemerintah dalam bentuk rangkaian yang berkesan untuk memastikan
pencapaian yang seimbang. Sesungguhnya tiada bangsa di dunia dapat
mencapai kejayaan dan tamadun tinggi melalui bahasa asing dan
bahasa penjajah melainkan menggunakan bahasa ibunda seprti bahasa
Melayu.
14
HBML4103 2011
Bibliografi
Abdul Hamid Mahmood. (1996). ” Kemampuan bahasa Melayu
sebagai Bahasa Akademik di Universiti” dalam Jurnal Dewan Bahasa.
40 : 8 Ogos hlm. 715 – 726.
Abdul Ghani Awang. (1997). ”Kewibawaan Bahasa Kebangsaan
Berterusan dalam Akta Pendidikan 1996” dalam Jurnal Dewan
Bahasa. 41 : 2 Februari hlm. 175 – 179.
Awang Sariyan. (1984). Isu-isu bahasa Malaysia.
Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti.
Hashim Musa. (1996). ”Gelombang Kedua Hagemoni Bahasa Inggeris
dan kelunturan Status bahasa Melayu : Cabaran dan Saranan” dalam
Jurnal Dewan Bahasa.
40 : 2 Disember hlm.1060 – 1070
”Pertahankan Martabat Bahasa Kebangsaan”.(1998).
Utusan Malaysia. 20 Julai : 3
Puteri Roslina Abdul Wahid. (2011).
HBML4103: Sejarah perkembangan bahasa Melayu.
Seri Kembangan : Meteor Doc. Sdn Bhd.
Rohani abdul Rahim. (997). Akta pendidikan 1996: Suatu Tinjauan
Perundangan. Kuala Lumpur : Persatuan Linguistik Melayu.
Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1994).
Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian.
Kuala Lumpur : Cahaya Pantai Publishing Sdn. Bhd.
http://dinakan.tripod.com/karya/karya30.html
15
HBML4103 2011
16
HBML4103 2011
17
HBML4103 2011
18
HBML4103 2011
19
HBML4103 2011
20
HBML4103 2011
21