hbml 2103 morfologi dan sintaksis

36
November 18, 2012 HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN SEMESTER SEPTEMBER/ TAHUN 2012 KOD KURSUS HBML2103 TAJUK KURSUS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU NAMA : ROHANI @MURNI BT AG. AHMAD NO. MATRIKULASI : 690916125198001 NO. KAD PENGENALAN : 690916125198 NO. TELEFON :0146762655 E-MEL : [email protected] 1

Upload: rohani-ahmad

Post on 26-Oct-2015

221 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SARJANA MUDA PENGAJARAN

(PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER SEPTEMBER/ TAHUN 2012

KOD KURSUS HBML2103

TAJUK KURSUS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

NAMA : ROHANI @MURNI BT AG. AHMAD

NO. MATRIKULASI : 690916125198001

NO. KAD PENGENALAN : 690916125198

NO. TELEFON :0146762655

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM Labuan

NAMA TUTOR : ENCIK JAYA BIN MASIR

1

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENDAHULUAN ---------------------- 3

PENGENALAN ---------------------- 4

DEFINISI KATA TUGAS --------------------- 7

KONSEP DAN CIRI-CIRI --------------------- 9

GOLONGAN KATA TUGAS --------------------- 10

JENIS-JENIS KATA TUGAS --------------------- 14

RUMUSAN --------------------- 26

RUJUKAN --------------------- 27

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENDAHULUAN ---------------------- 3

PENGENALAN ---------------------- 4

DEFINISI KATA TUGAS --------------------- 7

KONSEP DAN CIRI-CIRI --------------------- 9

GOLONGAN KATA TUGAS --------------------- 10

JENIS-JENIS KATA TUGAS --------------------- 14

RUMUSAN --------------------- 26

RUJUKAN --------------------- 27

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Assalammualaikum,

Syukur kepada Tuhan kerana akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.

Jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi mata pelajaran ini Encik Jaya, atas tunjuk ajar beliau

dan garis panduan yang telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan kerja

kursus ini. Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin kerja kursus ini dapat disiapkan dengan

jayanya.

Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi

ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi

penghubung, penentu, penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.

Melalui tugasan ini, saya banyak mendapat manfaat daripada rujukan-rujukan yang telah dibuat dan segala maklumat dan pengetahuan tentang kata tugas ini akan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kata tugas ini mempunyai bahagian-bahagian yang tersendiri dan seandainya berlaku kekeliruan dalam penggunaannya, maka ayat yang dibina akan mempunyai kesalahan. Tetapi dengan mengetahui penggunaannya maka kesalahan yang di lakukan dapat diperbetulkan semula.

3

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

PENGENALAN

Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan kedalam golongan-golongan tertentu

berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur

morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Golongan kata tugas ialah golongan kata yang

bersifat pelbagai jenis, iaitu yang terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza-

beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama iaitu tidak menjadi unsur inti bagi frasa-frasa

endosentrik iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Perkataan-perkataan dalam golongan

kata tugas ini masuk ke dalam binaan ayat sama ada melalui perhubungan dengan perkataan

daripada golongan kata kerja, kata nama dan kata adjektif, ataupun melalui perhubungan secara

langsung dengan binaan frasa atau klausa tertentu.

Pengkhususan dalam bahasa Melayu dapat ditimbulkan dengan penggunaan kata tugas

dari jenis kata penegas dan pendepanan unsur dalam struktur ayat. Penguasaan tentang golongan

kata seperti ini yang mantap membolehkan kita menggunakan perkataan yang tepat dalam

penulisan. Perkataan yang tepat turut membawa maksud yang tepat juga. Kurangnya penguasaan

terhadap golongan kata boleh melemahkan sesebuah penulisan kerana ia tidak akan berupaya

untuk membawa maksud sebenar yang dihasratkan atau makna yang implisit dalam pemikiran

Kata Tugas ialah golongan kata yang mempunyai tugas tetentu dalam binaan sesuatu

frasa,klausa ataupun ayat dan dibahagikan kepada 16 jenis . Kata tugas juga ialah satu

kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis yang

dipikulnya. Tiap-tiap jenis kata tugas mempunyai peranan tertentu, jika ia tidak hadir dalam

sesebuah ayat, sama ada akan merosakkan ayat tersebut atau mengurangkan maksud-maksud

tertentu.

4

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan

frasa, atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau

memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan. Oleh itu, dari segi kehadiran kata

tugas dalam ayat, dapat dibahagikan kepada empat, iaitu:

1.       Sebagai perkataan yang menghubungkan ayat dengan ayat (kata hubung)

2.       Sebagai perkataan yang hadir di hadapan ayat atau klausa (kata praklausa)

3.       Sebagai perkataan yang hadir di hadapan frasa (kata prafrasa)

4.       Sebagai bentuk perkataan yang hadir selepas perkataan-perkataan tertentu

(kata     pascakata)

5

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai

makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa.

Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan, pembantu, penegas,

penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru. Ada 16 jenis kata tugas yang boleh

dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu :

1. kata hubung

2. kata penegas

3. kata Tanya

4. kata naïf

5. kata seru

6. kata pemeri

7. kata perintah

8. kata sendi nama

9. kata pembenar

10. kata arah

11. kata pangkal ayat

12. kata bilangan

13. kata bantu

14. kata penekan

15. kata penguat

16. kata pembenda

6

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

DEFINISI KATA TUGAS

Kata tugas adalah golongan kata yang berbeza daripada kata nama, kata kerja dan kata

adjektif, kerana kata ini tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam binaan frasa. Kata tugas dari

jenis kata penegas dan kata nafi membawa maksud penegasan dan pengkhususan. Maksud-

maksud ini merupakan maksud yang turut terhasil kesan daripada pendepanan unsur dalam

struktur ayat bahasa Arab.

Dalam buku Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan (1994), kata tugas tidak

mempunyai sebarang makna. Kata ini digunakan dalam ayat untuk menjalankantugas tatabahasa.

Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsuddin (2008), menyatakankata tugas ialah golongan

perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata adjektifyang mendukung sesuatu tugas tertentu

dalam binaan ayat, klausa dan frasa.Walaupun tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang

frasa, namun katatugas amat berguna dalam mendukung sebarang tugas sintaksis

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1,

Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang

mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau

ujaran sesuatu kata itu.

Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku

Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana

perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-

proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

7

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu

, 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan

penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau

lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu

(Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada

ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya

perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk

kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan

kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana

morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat. 

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk

Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian

bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman

juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah

Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang

pembentukan kata dan struktur kata.

Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang

telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein

Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk –

bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan

bahagian kata”.

KONSEP DAN CIRI –CIRI KATA TUGAS

8

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan).

Dengan perkataan lain, golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi golongan kecil yang

berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti untuk

frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat,

klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Sehubungan itu,

fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar,

penguat, penegas dan sebagainya. Berikut disenaraikan kelompok kata tugas dan contoh-contoh

perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis tertentu;

Kata hubung ; dan, atau, tetapi

Kata seru : wah, amboi, cis

Kata Tanya : apa, berapa, siapa

Kata perintah : sila, tolong, harap

Kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadah

Kata bantu : akan, sudah, pernah

Kata penguat : sangat, amat, paling

Kata penegas : juga, lah. Tah, kah. Pun

Kata naïf : tidak, bukan

Kata pemeri : ialah, adalah

Kata sendi nama : di, dari, dalam, daripada

Kata pembenar : ya, betul, benar

Kata bilangan : dua, segelas, banyak

Kata arah : atas, bawah, tepi

9

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

GOLONGAN KATA TUGAS

Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu. Jadual berikut menjelaskan fungsi kata tugas.

Contoh subgolongan Tugas

Dan, atau, tetapi, serta

Kerana, ketika, kalau

Gabungan

hubungan

Menghubungkan ayat atau klausa.

Aduh, amboi, wah syabas, oh, cis

Kata seru Menunjukkan seruan

Mengapa bila, berapa, bagaimana

Kata tanya Menyoal atau bertanya

Jangan, usah,

sila, jemput

tolong, minta, harap

Kata perintah

Larangan Silaan

permintaan

Menimbulkan

Tindakan balas

Ya, benar, betul Kata pembenar Membenarkan sesuatu

Maka, hatta, adapun, syahdan

Kata pangkal ayat Menandakan kesinambungan ayat

Telah, sudah, pernah, masih, sedang, tengah, akan belum.

Hendak, mahu ingin, harus, mesti, boleh, dapat.

Kata bantu Membantu frasa-frasa kerja, adjektif, sendi nama.

Amat, sangat, sekali, terlalu, paling, sungguh, benar, nian.

Kata penguat Menguatkanmaksud suatu adjektif

-kah, -tah, -lah, juga, pun, hanya, memang, lagi

Kata penegas Menegaskan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat

Bukan Kata nafi Menafikan sesuatu

10

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

tidak

Ialah

adalah

Kata pemeri Memerikan hal atau merangkaikan subjek dengan predikat.

Di, ke, daripada, antara, untuk, bagi, akan, terhadap, oleh, seperti, umpama, bagai.

Kata sendi nama Pelbagai tugas bagi kata atau frasa nama

Atas, bawah, sisi, depan, belakang, hadapan, , dalam luar, samping, timur, barat.

Kata arah Menunjukkan arah atau hala

Satu, dua, sepuluh, seratus, sejuta

Banyak, sedikit, beberapa, semua, para

Sekalian, segala, seluruh

Sesetengah, separuh, dua pertiga, sepertiga

Kedua-dua, bertahun, berbakul-bakul, beratus-ratus.

Kata bilangan Menerangkan bilangan atau jumlah

-nya Kata penekan Memberi penegasan bagi kata yang digandingi

-nya Kata pembeda Menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama

Jenis kata Tugas ini boleh dibahagikan kepada empat kelompok :

A) Kata Penyambung Ayat

11

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

terdiri daripada satu jenis kata tugas sahaja, iaitu kata hubung.

Ia adalah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih

menjadi satu ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.

Contoh : dan, atau, tetapi, serta, sebaliknya, serana, supaya, walaupun.

B) Kata Praklausa

sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang

terdiri daripada :

kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan

perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.

kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa ,

berapa, bila, bagaimana.

Kata Perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia

diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh

: jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.

Kata Pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya,

benar, betul,

Kata Pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi

penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan,

adapun, alkisah.

C) Kata Prafrasa

sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif.

Ia mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, menyendikan, menunjukkanarah dan membilang.

terdapat 8 jenis kata prafrasa :

12

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata Bantu : jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkanmakna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan

Kata Bantu aspek yang bertugas menerangkan sama ada perubatan itu sudah dilakukan, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Contoh : telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum.

Kata Bantu ragam bertugas menerangkan kemahuan atau perasaan yang dirasai oleh orang yang melakukan perbuatan tersebut. Contoh : hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat.

Kata Penguat : berfungsi menguat maksud kata adjektif. Contoh : terlalu, paling, sekali, benar, sungguh, amat.

kata penegas : juga dikenali sebagai kata partikel. Ia adalah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ada dua jenis kata penegas

menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, -tah, -lah.

menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : juga, jua, sahaja, pun, lagi, memang.

Kata Nafi : perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa predikat iaitu frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak.

Kata Pemeri : ia adalah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh : adalah, merupakan, ialah.

Kata Sendi Nama : kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari, demi, tentang, seperti, terhadap.

Kata Arah : sejumlah perkataaan yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi, antara.

Kata Bilangan : sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Contoh : dua puluh, segala, semua, para,banyak, masing-masing.

D) Kata Pasca

13

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

ia adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah ‘-nya’ , yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh :

Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari kata nama sebagai kata nama. Contoh :

Lajunya 100 km sejam.

JENIS-JENIS KATA TUGAS

1. Kata Penyambung Ayat

a. Kata Hubung Gabungan b. Kata Hubung Pancangan Relatif b. Kata Hubung Pancangan Komplemen c. Kata Hubung Pancangan Keterangan

2. Kata Praklausa

a. Kata seru b. Kata tanya c. Kata perintah d. Kata pembenar e. Kata pangkal ayat

3. Kata Prafrasa

a. Kata bantu b. Kata penegas c. Kata penguat d. Kata nafi e. Kata pemberi f. Kata arah g. Kata bilangan h. Kata sendi nama

14

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

4. Kata Pascakata

a. Kata penekan b. Kata pembenda

Kata Penyambung Ayat

• Terbahagi kepada 2 jenis :

a. Kata Hubung Gabungan

- Perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama tara seperti atau, sambil,

serta.

Contoh:

1. Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok

2. Kakak memandu kereta sambil mendengar radio

3. Ali, Ahmad dan Halim pergi ke sekolah.

4. Aslinda menari sambil bernyanyi.

5. Dia pandai tetapi adiknya bodoh.

6. Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih

Kata Hubung Pancangan

• Terbahagi kepada tiga ;

(i) Kata hubung pancangan relatif –

a.. Terdiri daripada perkataan ‘yang’ iaitu kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa

utama dengan klausa kecil.

15

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Contoh;

a. Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.

(ii) Kata Hubung Pancangan Komplemen;

a. Terdiri daripada perkataan ‘bahawa’ dan ‘untuk’ menghubungkan klausa pelengkap kepada

satu klausa utama.

Contoh;

1. Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.

2. Fairuz datang untuk menziarahi kawan baiknya.

(iii) Kata Hubung Pancangan Keterangan

Menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan.

Semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, tatkala

Contoh;

1. Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya

2. Dia dirawat di hospital kerana kemalangan jalan raya

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG

a. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan

berselang dengan ‘serta’)

Salah:

-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.

Betul:

-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.

b. Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan

16

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Salah:

-Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.

-Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan.

Betul:

-Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.

-Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan.

c. Jika ‘atau’ digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.

Salah:

-Awak datang dari Melaka atau Johor.

-Kamu boleh membawa buku sejarah atau matematik.

-Pelajar itu menghisap rokok atau dadah.

Betul:

-Awak datang dari Melaka atau dari Johor.

-Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik.

-Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah.

d. ‘hingga/ sehingga’ tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ‘ke’.

(pilih salah satu sahaja)

Salah:

-Dia belajar dari pagi hingga ke petang hari.

-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga ke tepi jalan.

Betul:

-Dia belajar dari pagi hingga petang hari.

-Dia belajar dari pagi ke petang hari.

17

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga tepi jalan.

-Ibu menghantar saya dari rumah ke tepi jalan.

e. ‘antara’ perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan ‘pilihan’ atau menunjukkan ‘had’

serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum, gunakan ‘antara’ : Antara faktor tersebut

ialah …….)

Salah:

-Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis.

-Rumahnya terletak antara kedai dengan pejabat pos.

Betul:

-Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis.

-Rumahnya terletak di antara kedai dengan pejabat pos.

f. Jika ‘di antara’ digunakan untuk ‘pilihan’ atau ‘had’, gunakan ‘dengan’ sahaja. (Jangan

gunakan ‘dan’ )

Salah:

-Di antara makan dan minum, adik saya lebih suka makan.

-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai.

Betul:

-Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan.

-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai.

g. Tidak ada kata hubung ‘oleh kerana’ dalam bahasa Malaysia.

Salah:

-Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

18

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Betul: -Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan ‘tetapi’.

Salah:

-Dia kaya dan dia kedekut.

-Dia malas membuat ulang kaji dan lulus dengan cemerlang.

Betul:

-Dia kaya tetapi dia kedekut.

-Dia malas membuat ulang kaji tetapi lulus dengan cemerlang.

i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan ‘maka’.

Salah:

-Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan.

-Dia terjatuh dari atas pokok dan kaki kanannya patah.

Betul:

-Dia malas membuat ulang kaji maka dia gagal dalam peperiksaan.

-Dia terjatuh dari atas pokok maka kaki kanannya patah.

j. ‘kerana’ tidak boleh diletak di depan ayat. ‘Sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat. ‘oleh

sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat.

Salah:

-Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.

-Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan.

-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu oleh sebab hari hujan.

19

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Betul:

-Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.

-Dia tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan.

-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan

Kata Praklausa

Perkataan yang berada di bahagian hadapan klausa dan bertugas untuk menimbulkan seruan,

pertanyaan atau penerang pangkal klausa.

1. Kata Seru

Melahirkan berbagai-bagai perasaan.

Menggunakan penanda seru pada akhir ayat.

Wah, cantiknya rumah itu! (Betul)

Wah! Cantiknya rumah itu. (Salah)

2. Kata Perintah

Perkataan yang digunakan untuk menyampaikan arahan,larangan,suruhan atau permintaan

3. Kata Pangkal Ayat

Perkataan yang digunakan sebagai penanda kesinambungan ayat dalam wacana dan

kedudukannya adalah pada bahagian hadapan ayat. Kata ini banyak terdapat dalam teks klasik.

Adapun, Sebermula, Syahadan.,Alkisah, Maka, Hatta

Contoh :

i) Hatta istana itu pun siaplah.

ii) Maka panglima itu pun diberi persalinan.

iii) Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.

iv) Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.

20

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

v) Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri

4. Kata Pembenar

Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh kata pembenar ialah

ya, benar dan betul.

Contoh:

i) Ya, esok awak boleh bercuti.

ii) Ya, kamilah yang membuka pintu rahsia itu.

iii) Benar, tekaan kamu itu memang tepat.

iv) Benar, dia sudah berhenti kerja.

v) Betul, kalau kamu tidak percaya, tanyalah Dani.

5. Kata Perintah

Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap

perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.

Contoh:

i) Jangan buang sampah di sini.

ii) Usah biarkan dia berseorangan.

iii) Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan.

iv) Jemput masuk!

v) Minta tuan-tuan bersabar sebentar

Kata Prafrasa

21

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Perkataan yang terletak di bahagian hadapan frasa seperti frasa nama, frasa kerja dan frasa

adjektif. Terbahagi kepada beberapa jenis.

1. Kata bantu

Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas mambantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa

sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu atau ragam.

Contoh:

i) Pekerja itu telah pulang.

ii) Kami pernah ke utara Malaysia.

iii) Kanak-kanak itu sudah makan.

iv) Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.

v) Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri

2. KataPenguat

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi

menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Contoh:

i) Pokok itu terlalu tinggi.

ii) Masakan itu paling sedap.

iii) Kelakuan anak itu baik sekali.

iv) Bas itu tiba lambat benar.

v) Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.

3. Kata Penegas

Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang

memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

Contoh:

22

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

i) Di manakah ibu kamu itu?

ii) Bilakah kamu datang?

iii) Apatah daya kita?

4. KataNafi

Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama, Frasa

Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.

Contoh:

i) Dia bukan murid di sekolah ini. ii) Idah tidak pandai memasak kari ayam

iii) Jangan membuang sampah-sarap di merata-rata tempat.

iv) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.

v) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.

5. Kata Pemeri

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-

frasa untama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalahContoh:

i) Dia ialah seorang guru.

ii) Berita itu adalah palsu.

iii) Mereka ialah pelari pecut.

iv) Pendapat itu adalah karut.

v) Nama saya ialah Ali.

6. Kata Sendi Nama

Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau

frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk predikat ayat.

Contoh:

i) Dia berasal dari pedalaman.

23

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

ii) Ibu pergi ke pasar.

iii) Saya menetap di Ipoh.

iv) Kertas ini diperbuat daripada kayu.

v) Dia balik pada pukul 5.00 petang

7. Kata Arah

Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata

sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah sesuatu.

Contoh:

i) Bunga hiasan itu sesuai ditempatkan di penjuru rumah

ii) Pertunjukkan tarian itu jelas dari sudut kiri stadium

iii) Kanak-kanak itu ditinggalkan di tepi jalan.

iv) Pelumba basikal itu bertolak dari utara ke selatan.

v) Semua hidangan itu diletakkan di atas meja.

.

8. Kata Bilangan

Kata bilangan ialah perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah orang, benda atau

perkara.

Contoh:

i) Saya menanam dua batang pokok kelapa di kebun.

ii) Para penulis dikehendaki beratur di dewan.

iii) Di pasar malam terdapat berbagai-bagai jenis sayuran dijual.

iv) Dia menunggu bas selama lima jam suku.

v) Harga ikan sardin ialah tujuh ringgit sekilo.

9. Kata Pembenar

24

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh kata pembenar ialah

ya, benar dan betul.

Contoh:

i) Ya, esok awak boleh bercuti.

ii) Ya, kamilah yang membuka pintu rahsia itu.

iii) Benar, tekaan kamu itu memang tepat.

iv) Benar, dia sudah berhenti kerja.

v) Betul, kalau kamu tidak percaya, tanyalah Dani.

Kata Pascakata

Kata pascakata iaitu kata yang hadir dan melekat selepas perkataan. Terbahagi kepada dua jenis

iaitu;

1. Kata Penekan

Bentuk kata tersebut ialah –nya, yang dapat berfungsi sebagai penekan atau pembenda.

Contoh:

i) Sesungguhnya, pengorbanan perlu jika ingin berjaya.

ii) Bahawasanya setiap rakyat perlu mempertahankan negaranya.

iii) Cuaca nampaknya semakin gelap.

2. Kata Pembenda

Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata

nama sebagai kata nama. Misalnya perlahannya, sedapnya, sejuknya.

Contoh:

i) Lajunya ialah 350 km sejam.

ii) Bukan kepalang sakitnya.

iii) Datangnya secara mendadak.

iv) Tingginya ialah 6 kaki.

v) Air sungai mengalir dengan derasnya.

25

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

RUMUSAN

Kesimpulan yang kita dapati secara keseluruhan adalah kata tugas ini mempunyai makna

yang tertentu dan banyak bahagiannya. Kita juga dapat mengetahui secara meluas dan

mendalam mengenai bahagian dan pecahan dasar kelompok yang terdapat dalam kata tugas.

Dalam penggolongan kata, kata tugas merupakan bahagian yang paling luas. Hal ini demikian

kerana kata tugas mempunyai 16 jenis kata dan empat dasar kelompok kata tugas. Dasar

kelompok kata tugas tersebut ialah kata penyambung ayat, katapraklausa, kata prafrasa dan kata

pascakata.

Kata tugas ialah sejenis kata yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung

sesuatu tugas tertentu. Kata tugas tidak membawa makna apa-apa jika wujud atau hadir

bersendirian tanpa golongan kata lain seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Kata tugas

bertugas sebagai penyempurna atau pelengkap sesuatu ayat. Tanpa kata tugas, sesuatu ayat

akan janggal dan tidak gramatis.

Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan) yakni terkandung dalamnya

golongan-golongan kecil yang berbeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama iaitu tidak boleh

menjadi unsur inti bagi frasa nama,frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata tugas ialah unit yang

tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk

melaksanakan tugas nahunya.

26

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

RUJUKAN

Abdullah Hassan, (2007). Linguistik Am (Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu),

Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS

Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Hajah Noresah bt. Baharom, et al., (2007). Kamus Dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Hj. Husin et al., (1997). Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1997). Nahu Melayu Moden, Selangor: Penerbit Fajar

27

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Bakti Sdn. Bhd. (kini Oxford Fajar)

Nik Safiah Karim et al., (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin. (2004). Bahasa Melayu STPM Edisi Kedua,

Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (kini Oxford Fajar Sdn. Bhd.)

Nik Safiah Haji Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Prof. Dr. Asmah Hj. Omar, (1982). Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, (1985). Kajian Bahasa (untuk pelatih Maktab Perguruan),

Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (kini Oxford Fajar Sdn. Bhd.)

Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu 1 (Siri Pendidikan Guru), Selangor: Oxford Fajar

Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor, (2006). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna,

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2007). Bahasa Melayu

dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors Sdn. Bhd

LAMAN WEB

www.slideshare.net/ibnihakim/5-kata-tugas

28

November 18, 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

www.slideshare.net/manafyasir/kata-tugas-1-presentation

www.slideshare.net/epoicikgu/definisi-morfologi

29