final report (practical) - bab 9 isi
DESCRIPTION
9.2‘SETTING OUT’ Sebelum sesebuah tiang dibuat, kerja-kerja ‘setting out’ mesti dijalankan bagimenentukan kedudukan sebenar tiang berdasarkan pelan. Kebiasaannya alat yang digunakan ialah teodolit. Dengan menggunakan teodolit ini juru ukur dapat menentukan ‘grade line’ dengan tepat. Kemudian penandaan dibuat bagi kedudukan tetulang tiang (reinforcement column). (Rujuk rajah 9a)Rajah 9.2.1Penandaan bagi kerja ‘setting out’1309.3PEMASANGAN TETULANGTetulang digunakan dalam pembinaaTRANSCRIPT
9.2 ‘SETTING OUT’
Sebelum sesebuah tiang dibuat, kerja-kerja ‘setting out’ mesti dijalankan bagi
menentukan kedudukan sebenar tiang berdasarkan pelan. Kebiasaannya alat yang
digunakan ialah teodolit. Dengan menggunakan teodolit ini juru ukur dapat
menentukan ‘grade line’ dengan tepat. Kemudian penandaan dibuat bagi kedudukan
tetulang tiang (reinforcement column). (Rujuk rajah 9a)
Rajah 9.2.1 Penandaan bagi kerja ‘setting out’
130
9.3 PEMASANGAN TETULANG
Tetulang digunakan dalam pembinaan tiang bagi mengukuhkan struktur
bangunan tersebut. Tetulang ini akan dipasang pada ‘stump’ dengan ‘lapping’
mengikut formula yang ditetapkan iaitu 42d. (d merupakan diameter bar tetulang).
Walau bagaimanapun, kebiasaannya ‘lapping bagi tiang yang biasa digunakan ialah
1000mm. Pembinaan tetulang bagi tiang ini mestilah merujuk kepada ‘column
schadule’ dan ‘reinforcement column detail’ supaya semua kerja dapat diselaraskan.
Sebagi contoh : tinggi ‘1st floor’ hingga ‘2nd floor’ ialah 5500mm. Oleh sebab
‘lapping’ bagi tiang yang ditetapkan ialah 1000mm, maka bar tetulang yang akan dibina
tersebut mestilah dipasang setinggi 6500mm. Tujuannya adalah untuk ‘lapping’ yang
seterusyan.
Dalam pembinaan ini terdapat beberapa saiz bar tetulang yang biasa
digunakan iaitu Y25, Y20, dan Y16 dan pengikatnya pula ialah R10 (link). Walau
bagimanapun, saiz dan jarak ‘link’ ini mestilah berpandukan pelan dan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan.
Pada kebiasaannya, tetulang bagi tiang ini akan dibentuk terlebih dahulu
sebelum dipasang. Ikatan link pada bar tetulang mestilah kemas dan tersusun
mengikut jarak yang telah ditetapkan.
131
Rajah 9.3.1 Kerja membentuk dan mengikat ‘link’ dilakukan terlebih dahulu sebelum
dipasang pada kedudukan sebenar tiang.
Rajah 9.3.2 Kerja pemasang dan ‘lapping’ dibuat bagi tetuang tiang (reinforcement
bar column)
132
9.4 PEMASANGAN KOTAK BENTUK (FORMWORK)
Sebelum kerja-kerja pemasangan kotak bentuk dijalankan, ‘spacer block’ yang
bersaiz 50mm x 50mm x 30mm mesti diikat pada ‘reinforcement bar’. Tujuannya bagi
mengelakkan tetulang rapat pada kotak bentuk yang akan dibina.
Setelah kerja-kerja mendirikan tetulang siap, kotak bentuk mula dipasang
mengikut bentuk, dimensi dan kedudukan di atas garisan grid seperti yang dinyatakan
dalam pelan. Kedudukan ini penting bagi mengelakkan berlaku masalah terutamanya
bagi kerja-kerja mengikat bata dan kedudukan rasuk.
Pemasangan kotak bentuk merupakan salah satu perkara penting dalam
pembinaan struktur tiang. Antara perkara penting yang harus diberi perhatian ialah :
Kotak bentuk yang dipasang perlulah bersih daripada kotoran supaya hasil
konkrit baik dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Kotak bentuk mestilah kuat untuk menanggung beban kerja dan beban konkrit
yang dituang kedalamnya.
Kotak bentuk mesti dipasang penupang di sekelilingnya bagi menyokong
kedudukan dan menambah kekuatannya. Ini dapat mengelakkan kotak bentuk
daripada pecah semasa penuangan konkrit nanti.
Permukaan dalam kotak bentuk perlu disapu dengan minyak terlebih dahulu
sebelum penuangan konkrit bagi memudahkan kerja mambuka semula kotak
bentuk tersebut.
133
9.5 PEMERIKSAAN (INSPECTION)
Pemeriksaan (inspection) akan dijalankan setelah tetulang dan kotak bentuk
siap dipasang. Kebiasaannya, pihak kontraktor atau wakilnya akan mengawasi kerja-
kerja pemasangan tetulang dan kotak bentuk bagi mengelakkan berlaku kesalah atau
kesilapan. Kemudian, setelah semuanya siap dipasang, pihak ‘consaltant’ akan
dipanggil dan pemeriksaan dibuat bagi mendapatkan kelulusan sebelum kerja-kerja
konkrit dijalankan. Antara perkara yang dititikberatkan ialah :
Kebersihan kotak bentuk dan tetulang
‘spacer block’ bagi tujuan mengelakkan tetulang rapat dengan kotak bentuk.
Cara pamasangan dan kedudukan tiang sama ada betul atau tidak.
Jenis, bilangan, dan saiz tetulang yang digunakan.
Kepugakan dan kelurusan tetulang dan kotak bentuk yang dibina.
134
Rajah 9.5.1 ‘inspection’ akan dijalankan setelah kerja-kerja
pemasangan tetulang dan kotak bentuk siap.
9.6 KERJA-KERJA PENUANGAN KONKRIT
Dalam pembinaan ini, konkrit yang biasa digunakan ialah terdiri daripada gred
30 normal (G30N). Bagi memudah dan mempercepat kerja-kerja mengkonkrit tiang,
peranca (scaffolding) akan dipasang bagi kedudukan yang tinggi dan tangga akan
dibuat pada kotak bentuk bagi kedudukan yang rendah. Kerja-kerja mengkonkrit ini
perlu dijalankan dengan cepat dan selamat.
Bagi tiang yang ketinggiannya melebihi 10 kaki, perlulah dibuat ‘opening
ditengahnya supaya konkrit mudah dituang. Di samping itu, ia bertujuan bagi
memudahkan ‘vibrator poker’ dimasaukkan ke dalamnya bagi proses pemadatan.
135
Pemadatan mestilah dijalankan dengan sempurna bagi mengelakkan berlakunya
‘honey comp’ setelah kotak bentuk dibuka.
Rajah 9.6.1 ‘honey comp’ yang terbentuk akibat kerja
pemadatan yang tidak sempurna.
Rajah 9.6.2 Kerja penuangan konkrit sedang dijalankan
136
9.7 KERJA-KERJA MEMBUKA KOTAK BENTUK
Mengikut spesifikasi dan teori kerja-kerja membuka kotak bentuk ini dijalankan
selepas 7 hari konkrit dituangkn. Namun, dalam pembinaan di sini, kotak bentuk
dibenarkan dibuka selepas 48 jam atau 72 jam selepas dituang. Ini berdasarkan
pengawasan dan persetujuan pihak ‘consaltant’ dan kontraktor yang menjalankan
projek. Dalam pembinaan sebegini telah mengambil kira keadaan persekitaran dan
masa perjalanan projek.
Rajah 9.7.1 tiang konkrit yang telah siap dibuka kotak bentuk
137