final report (practical) - bab 10 isi
DESCRIPTION
10.2NISBAH BANCUHAN KONKRITNisbah-nisbah bancuhan yang digunakan ialah : 1: 5 :10 1:3:6 1:2:4 1:½:3 Nisbah bancuhan ini adalah mengikut kadar bahagian simen kepada batu baur halus (pasir) dan batu baur kasar . Bahan yang digunakan dalam bancuhan konkrit hendaklah diukur dengan cara perkelompokan mengikut isipadunya ataupun beratnya. Dalam bancuhan konkrit simen dan air merupakan bahan yang aktif , manakala batu baur adalah bahan yang lengai .Semasa bancuhan , air dan simen akan mTRANSCRIPT
10.2 NISBAH BANCUHAN KONKRIT
Nisbah-nisbah bancuhan yang digunakan ialah :
1: 5 :10
1 : 3 : 6
1 : 2 : 4
1 : ½ : 3
Nisbah bancuhan ini adalah mengikut kadar bahagian simen kepada batu baur
halus (pasir) dan batu baur kasar . Bahan yang digunakan dalam bancuhan konkrit
hendaklah diukur dengan cara perkelompokan mengikut isipadunya ataupun beratnya.
Dalam bancuhan konkrit simen dan air merupakan bahan yang aktif , manakala batu
baur adalah bahan yang lengai .
Semasa bancuhan , air dan simen akan melalui proses kimia yang disebut
penghidratan dan menghasilakn pasta simen . Pasta simen ini kemudiannya akan
bertindak sebagai pengikat/pelekat yang mengikat bahan-bahan seperti bahan batu
baur halus dan kasar , supaya menjadi satu kepingan atau jasad yang padat . Ia
memenuhi lompang-lompang diantara bahan-bahan yang lain supaya padat . Batu baur
yang merupakan bahan yang lengai hanyalah bertindak sebagai bahan pengisi kepada
isipadu konkrit . Batu baur ini adalah lebih murah daripada simen . Oleh itu , bahan ini
akan digunakan sehingga kemaksimumnya untuk menghasilkan isipadu konkrit dengan
harga yang paling rendah . Batu baur ini juga akan bertindak sebagai bahan yang
menambahkan lagi kekuatan dan tahan lasakkan pada konkrit dan juga menahan
pengecutan konkrit . Selepas proses hidratan kandungan air dalam konkrit menjadi
kurang dan beransur-ansur kering. Konkrit yang telah mengeras serta mempunyai
rekabentuk yang baik mestilah mempunyai lompangan lebih kurang 1% dan pasta
simen lebih kurang 75%.
139
10.3 BAHAN-BAHAN KONKRIT
10.3.1 Simen .
Simen adalah sejenis bahan buatan yang dihasilkan dengan membakar campuran
batu kapur dan tanah liat atau bahan-bahan lain yang sesuai . Bahan ini mempunyai
dua sifat yang penting iaitu sifat lekitan dan lekatan . Dengan sifat ini simen akan
bertindak sebagai bahan pengikat yang baik untuk mengikat batu baur lalu menjadi
satu jasad yang padu dan kuat .
10.3.1.1 Jenis-jenis simen
Canpuran batu kapur dan tanah liat yang telah dibakar akan menjadi batu hangus
yang kaya dengan kalsium silikat . Batu hangus ini kemudiannya akan dikisarkan
bersama-sama sedikit kalsium sulfat sehingga menjadi serbuk halus. Gypsum bertindak
sebagai bahan pengawal kadar pemejalan apabila simen dicampurkan dengan air.
Simen boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan kandungan dan sifat-
sifat bahan kimianya . Jenis simen yang paling popular dikeluarkan adalah jenis simen
Portland Biasa . Semua jenis simen mempunyai bahan aktif yang sama . Hanya nisbah
kandungannya sahaja yang berlainan.
Simen Portland terbahagi kepada 5 jenis , iaitu :
Simen Portland Biasa .
Simen Portland Cepat Mengeras
Simen Portland Haba Rendah .
Simen Portland Relau Bergas .
140
Simen Portland yang diubahsuai dengan bahan tambah .
Bagi simen yang menggunakan bahan tambah terbahagi kepada dua lagi, iaitu :
Simen untuk mengikat batu .
Pelekat yang digunakan untuk mengikat batu-bata di sebut mortar. Mortar dibuat
dengan menggunakan simen atau kapur , pasir dan air . Untuk menghasilkan hasil
yang baik nisbah bancuhan mortar bagi tiap-tiap jenis kerja binaan hendaklah
mematuhi perincian yang telah ditetapkan . Walaubagaimanpun simen jenis ini
tidak sesuai digunakan bagi bancuhan konkrit .
Simen Hidrofobik .
Simen jenis ini mempunyai zarah-zarah yang disaluti dengan bahan-bahan kalis air
semasa ia dihasilakn dikilang untuk menghalang dari berlakunya proses hidratan.
Misalnya simen ini terpaksa disimpan dalam jangka masa yang lama di dalam
udara yang lembap.
10.3.1.2 Penggunaan Simen di Tapak Bina
Simen yang hendak digunakan heendaklah simen Portland dari pembuat yang
diluluskan. Simen Portland hendaklah mematuhi kehendak-kehendak Piawaian
Malaysia MS 7.13. Perakuan ujian oleh pembuat secara amnya boleh diterima
sebagai bukti keutuhn bahan tersebut, tetapi P.P mungkin memerlukan ujian-
ujian tambahan dilakukan ke atas mana-mana simen yang disyakki rosak
disebabkan oleh usianya, kerosakan pada kampitnya, penyimpanan yang tidak
sempurna, atau lain-lain sebab.
141
Simen hendaklah dihantar ke tapak bina di dalam kenderaan yang bertutup
untuk melindunginya dari air .
Simen hendaklah disimpan di dalam stor yang diluluskan supaya selamat dari
gangguan cuaca dan hendaklah di keluarkan untuk digunakan mengikut giliran
penghantaran ke dalam stor. Bekalan simen pukal hendaklah disimpan di dalam
silo yang diluluskan.
10.3.2 Batu Baur
Batu baur merupakan bahan yang mengandungi pasir dan batu kelikir yang
digunakan dalam campuran konkrit. Ia boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu batu
baur kasar dan batu baur halus. Batu baur yang digunakan mestilah bersih dari
kotoran di mana peratus kekotorannya tidak melebihi 3% mengikut spesifikasi JKR.
Ujian yang digunakan untuk batu baur ialah ujian hentaman dan ujian
kehancuran. Peratus kehancuran tidak boleh melebihi 30% untuk pembinaan jalan
dan 45% untuk pembinaan bangunan.
10.3.2.1 Spesifikasi JKR
Batu baur pada am hendaklah mematuhi Piawai Malaysia M.S 74. semua
batu baur hendaklah dari jenis yang kuat, tahan lama, bersih dan tidak
berselaput dan juga tidak mengandungi bahan-bahan perosak yang cukup
untuk memberi kesan buruk kepada kekuatan dan ketahanan konkrit dan
tetulang. Batu baur hendaklah disimpan supaya terlindung daripada
pencemaran. Batu baur yang berlainan saiz juga hendaklah disimpan secara
berasingan.
142
Batu baur halus mestilah dari pasir semula jadi terdapat dikawasan air
tawar. Batu baur ini tidak boleh mengandungi selut atau bahan-bahan halus
yang lain melebihi 3% mengikut isipadu apabila diuji mengikut Piawaian
Malaysia 7.5 dan tidak mengandungi bahan-bahan organan yang cukup
untuk menampakkan warna gelap berbanding dengan kecerahan warna No.
3 apabila diuji mengikut Piawaian Malaysia yang sama. Penggunaan pasir
dari pecahan batu tidak dibenarkan.
Batu baur kasar mestilah terdiri daripada pecahan batu baur keras kecuali
bagi kerja bawah tanah, dimana hanya pecahan batu granit sahaja boleh
digunakan. Batu baur mestilah tidak mengandungi ketulan-ketulan tanah liat
melebihi 1% mengikut beratnya. Contohnya batu baur yang kering
hendaklah tidak menunjukkan pertambahan berat melebihi 8% setelah
direndam dalam air dan diuji mengikut Piawai Malaysia M.S 7.5 dan
hendaklah mempunyai bentuk yang sesuai serta tidak menyerpih dengan
indek s serpihan tidak melebihi 35. Saiz maksimum batu baur hendaklah
dalam lingkungan 9mm.
10.3.2.2 Sifat-Sifat Batu Baur
Tekstur dan bentuk butiran
berbentuk bulat bersegi dan permukaan kasar.
Ketahanan dan ketahanlasakan
Batu baur yang digunakan mestilah mempunyai kekuatan dan
kelasakan yang tinggi serta isipadunya tidak berubah.
Ketidaktelapan
Boleh menahan air daripada meresapi dan menembusinya.
Kelengaian terhadap bahan kimia
143
Dapat mengelakkan daripada berlakunya keretakan pada
struktur konkrit yang dibina.
Kebersihan
Bebas daripada organik, Lumpur dan tidak mengandungi
bahan kimia.
10.3.2.3 Penggredan Batu Baur
Analisis untuk penggredan batu baur hendaklah mengikut Piawai Malaysia M.S
7.5 hendaklah mengikut had-had seperti di sebelah :
(i) Batu baur halus (pasir)
Ayak B.S 5mm 2.3mm 1.18mm 0.60mm 0.30mm 0.15mm
Peratus 95-100 70-95 45-85 25-60 5-30 0.10
Telus
(ii) Batu baur kasar (saiz lingkungan 20mm)
Ayak B.S 20mm 10mm 5mm
Peratus 100 25-55 0-10
Telus
Jadual 10a
Penggredan diantara had-had yang ditentukan diatas hendaklah mengikut
sepertimana yang diluluskan oleh P.P dan apabila diuji seperti yang
diperuntukkan kemudian daripada ini hendaklah hampir menyamai penggredan
sampel yang diluluskan. Batu baur halus hendaklah dibasuh atau ditapis untuk
mematuhi piawaian.
144
Cara persampelan dan banyaknya batu baur yang hendak di peruntukkan untuk
ujian hendaklah mengikut bahagian 2 hingga 6 dalam Piawaian Malaysia M.S 7.5.
sampel-sampel batu baur halus dan kasar hendaklah disimpan ditapak bina dan
digunakan sebagai perbandingan terhadap mutu keseluruhannya batu baur yang
dihantar ketapak bina sepanjang masa kerja dijalankan.
Sekiranya sesuatu sampel gagal memenuhi mana-mana ujian, P.P boleh
mengikut budibicaranya samada menolok kelompok batu baur itu atau
mengarahkan supaya batu baur itu dibasuh atau ditapis atau membenarkan ianya
digunakan dengan pindaan kepada kadar campuran konkrit yang telah ditentukan.
Mana-mana batu baur yang tidak diluluskan oleh P.P hendaklah dikeluarkan dari
tapakbina dengan serta merta.
10.3.3 Air
10.3.3.1 Spesifikasi JKR
Air untuk kerja konkrit hendaklah bersih dan bebas dari unsur-unsur yang
memudaratkan dan hendaklah dari sumber yang diluluskan oleh P.P. Kontraktor
hendaklah membekal dan menyimpan air secukupnya di tapakbina untuk
kegunaan membancuh dan mengawet konkrit. Air mestilah menepati kehendak
Piawaian Malaysia M.S 7.3.
Jumlah air yang diperlukan adalah berdasarkan nisbah air simen yang
dikehendaki bergantung kepada jenis pembinaan yang akan dijalankan.
145
Dalam kerja konkrit, air memainkan beberapa peranan penting iaitu :
Menyebarkan simen supaya setiap butir batu diliputi dengan simen
secara menyeluruh
Merupakan agen tindakbalas kimia dalam simen untuk mengikat
semua batu baur dalam bancuhan konkrit.
Memudahkan kerja membancuh konkrit.
`10.4 KERJA KONKRIT DI TAPAK BINA
10.4.1 Spesifikasi JKR
10.4.1.1 Campuran Konkrit Nominal
Kuantiti untuk simen, batu baur halus dan kasar hendaklah ditentukan
dengan tinbangan berat dan air dengan sukatan isipadu. Batu baur
halus dan kasar hendaklah disukat secara berasingan.
Penimbang sukatan hendaklah digunakan untuk menimbang berat
simen, batu baur halus dan kasar. Kejituan berat yang ditunjukkan
oleh penimbang sukatan hendaklah sentiasa diperiksa dan hendaklah
dipastikan supaya berada dalam lingkungan ± 2 ½ daripada jumlah
berat sebenar batu baur dan simen dalam satu sukatan.
Kadar campuran sepertimana yang ditunjukkan dalam jadual ’B’
adalah bertujuan untuk kegunaan kerja kecil ditapakbina yang
terpencil dan hanya boleh digunakan dengan mendapat kelulusan
daripada P.P.
146
Dalam keadaan bergini kuantiti simen hendaklah ditentukan dengan
timbangan berat untuk batu baur halus dan kasar dengan sukatan
isipadu. Isipadu batu baur hendaklah disukat dengan menggunakan
kotak penyukat yang diluluskan.
Timbangan berat dan sukatan isipadu batu baur halus dan kasar
sepertiman yang ditunjukkan dalam kedua-dua jadual ’A’ dan ’B’
adalah untuk bahan-bahan dalam keadaan kering.
Ujian keatas batu baur hendaklah dilakukan dua kali sehari atau lebih
kerap lagi jika perlu. Kandungan air di dalam batu baur hendaklah
diambil kira bila menentukan kuantiti air yang akan dimasukkan ke
dalam campuran.
Kuantiti air yang digunakan di dalam campuran nominal sepertimana
yang ditunjukkan dalam jadual 10b dan 10c. Nisbah air atau simen
yang ditunjukkan dalam jadual-jadual tersebut adalah dijangkakan
akan menghasilkan kekuatan kuib kerja yang melebihi keperluan yang
ditentukan dalam spesifikasi dan ’upaya kerja konkrit’ yang cukup
untuk memastikan konkrit tersebut boleh dikerjakan dan dipadatkan
secukupnya dengan menggunakan cara getaran yang ditentukan.
Walau bagaimannpun, sekiranya didapati semasa kerja-kerja
dijalankan, campuran konkrit lebih keras dari yang boleh dituang
dengan memuaskan ubahsuaian sehingga 5% boleh dibuat terhadap
nisbah air atau simen, tetapi sebarang pengubahsuaian selanjutnya
terhadap campuran itu, hendaklah dibuat dengan menambah kadaran
kedua-dua air dan simen tanpa menambah nisbah air atau simen
tersebut. Kadaran simen hendaklah ditambah sekiranya kekuatan kuib
kerja jatuh dibawah paras yang ditentukan.
JADUAL 10b – Nisbah Dan Kehendak Kekuatan Untuk Campuran
Nominal Dengan Menggunakan Penimbang Sukatan
147
Nisbah Konkrit
Anggaran Barat
Pasir Kering
Bagi 50 kg
Simen
Aggaran
Berat Batu
Baur kasar
bagi 50 kg
simen
Air termasuk Air
dalam batu
Kekuatan mampat
minimum bagi kuib
kerjaSaiz
maksimun
19mm
Jarak turun
(mm) 25 – 50 Nisbah
air / simen
Kuantiti
air
Pada
hari
ketujuh
Pada hari
kedua
puluh
lapan
Faktor
pemadatan 0.88 – 0.94
1 : 1: 2 Kg 65 Kg 110 0.45
Liter
22.5
N/mm2
20
N/mm2 20
1 : 1 ½ : 3 80 135 0.50 25 17 25.5
1 : 2 : 4 90 155 0.55-0.60 27.5 14 21
* 1 : 3 : 6 155 222 -
Dilulus
oleh P.P - -
JADUAL 10c – Nisbah Dan Kehendak Kekuatan Untuk Campuran
Nominal Dengan Menggunakan Penyukat Isipadu
Nisbah Konkrit Jarak turun
(mm)
Meter padu batu
baur bagi 50 kg
simen
Air termasuk Air
dalam batu
Kekuatan mampat
minimum bagi kuib
kerja
halus kasar Nisbah
air / simen
Kuantiti
air
Pada
haji
ketujuh
Pada hari
kedua
puluh
148
lapan
1 : 1: 2 25-50 0.035 0.07 0.45
Liter
22.5
N/mm2
20
N/mm2 30
1 : 1 ½ : 3 25-50 0.05 0.10 0.50 25 17 25.5
1 : 2 : 4 25-50 0.07 0.14 0.55-0.60 27.5 14 21
* 1 : 3 : 6 25-50 0.10 0.20 -
Dilulus
oleh P.P - -
10.4.1.2 Campuran Konkrit Direkabentuk
Campuran konkrit direkabentuk boleh digunakan dan hendaklah
menepati perakuan Kod Amaln C.P 114. Gred-gred konkrit yang
digunakan hendaklah sepertimana yang ditunjukkan di dalam jadual
10d.
Campuran
nominal
seimbang
Kekuatan tahan
hancur minimum
pada hari ke7 dan
ke28 selepas
bancuhan
Saiz
maksimum
batu baur
Kandungan
minimum simen
semeter padu
konkrit yang telah
siapHari ke7 Hari ke28
1 : 1: 2
1 : 1 ½ : 3
1 : 2 : 4
N/mm2
20
17
14
N/mm2
30
25.5
21
mm
19
19
19
Kg
380
361
321
149
Jadual 10d
Simen, batu baur halus dan kasar dan air hendaklah menepati fasal-
fasal yang ditentukan di dalam spesifikasi sebelum ini. Menggunakan
campuran konkrit rekabentuk mestilah mempunyai seorang
pekerjayang cekap dan mempunyai kelayakan yang sesuai untuk
merekabentuk campuran tersebut, untuk mengawasi dan
mengarahkan semua peringkat kerja persediaan dan perletakan
konkrit. Percontohan, perbuatan pengawetan dan pengujian kuib-kuib
kerja hendaklah dilaksanakan oleh P.P atau wakilnya.
Keterangan seperti berikut hendaklah dikemukan sebelum campuran
direkabentuk digunakan.
a) Keadaan dan sumber setiap bahan
b) Butir-butir lengkap campuran-campuran percubaan, kesemuanya
menepati Kod Amalan C.P 114 dan Piawaian British B.S 1881.
c) Kuantiti yang dicadangankan mengikut timbangan berat bagi
setiap bahan untuk menghasilkan satu meter padu konkrit yang
dipadatkan secukupnya.
Konkrit siap bancuh tidak boleh digunakan dimana-mana bahagian
kerja tanpa kelulusan bertulis dari P.P . Bahan-bahan yang digunakan
di dalam konkrit mestilah mematuhi spesifikasi dalam segala aspek
dan menentukan pembekalan ada segala kelengkapan untuk
membuat dan menghantar dengan secukupnya bagi memastikan
kelicinan dan penyiapan mengikut masa.
Kehendak-kehendak yang telah ditentukan untuk persampelan,
bancuhan awal dan bancuhan percubaan, pengujian dan mutu konkrit
untuk berbagai jenis campuran hendaklah turut dipatuhi bagi konkrit
150
siap bancuh yang hendaklah dibancuh dan dihendak mengikut
Piawaian British B.S 1926. Gred konkrit yang digunakan seperti yang
dinyatakan dalam jadual 10e :
Campuran nominal
seimbang
Kekuatan tahan
hancur pada hari
ke7 dan ke28
selepas bancuhan
Saiz maksimun
batu baur
Kandungan
minimum simen
semeter padu
konkrit yang siap
Hari ke7 Hari
ke28
1 : 1 : 2
1 : 1 ½ : 3
1 : 2 : 4
N/mm2
20
17
14
N/mm2
30
25.5
21
mm
19
19
19
Kg
380
361
321
Jadual 10e
Upayakerja hendaklah dikawal dengan menyukat secara langsung
kandungan air, dengan mengambil kira air yang sedia ada pada batu,
untuk tujuan menentukan upayakerja konkrit, ujian turun atau ujian
faktor padat hendaklah digunakan sebagai panduan.
Sebelum konkrit dituang, perlu menyediakan satu siri bancuhan
percubaan berjumlah tidak melebihi 4 meter padu konkrit. Ujian kiub
akan dibuat dari sampel-sampel bancuhan percubaan ini, diawet dan
diuji mengikut kod Amalan C.P 114 untuk menentukan kekuatan kuib
151
pada hari ke7 dan ke28 selepas dituang. Kekuatan awal konkrit
sekurang-kurang menyamai kekuatan yang telah ditetapkan.
10.4.1.3 Membancuh Konkrit
Konkrit hendaklah dibancuh di dalam alat bancuh yang mempunyai
muatan cukup, yang mematuhi kehendak-kehendak Piawaian British
B.S 1305, dan mempunyai corong tuang pungguh yang dilengkapi
dengan kuasa untuk mendongak atau sebarang jenis alat bancuh
yang diluluskan. Alat bancuh hendaklah dilengkapkan dengan tangki
sukatan air jenis automatik dan dipasang dengan alat pengunci untuk
menentukan kadar alir.
Kuantiti air yang dicampur yang dicampur kepada tiap-tiap kelompok
di dalam alat bancuh hendaklah disukat dengan teliti. Pembancuhan
hendaklah diteruskan sehingga terdapat agihan seragam dan jisimnya
seragam pada warna dan kosistensi. Maka pembancuhan hendaklah
tidak kurang dari dua minit atau lebih lima minit, setelah semua
bahan-bahan bancuhan dimasukkan ke dalam alat bancuh.
Pembancuhan dengan tangan hanya boleh dibenarkan untuk kuantiti
konkrit yang sedikit dan akan digunakan untuk tujuan tertuntu sahaja
sekiranya pembancuhan dengan tangan digunakan 10 peratus simen
tambahan hendaklah ditambah kepada perkadaran-perkadaran yang
ditentukan.
Sebarang konkrit yang tidak digunakan dalam tempoh 45 minit dari
masa bancuhan pertama, hendaklah dibuang.
152
Bahan tambah seperti pemudah adun atau bahan keras cepat,
hendaklah tidak digunakan tanpa kelulusan P.P terlebih dahulu.
10.4.1.4 Mengangkut dan Menuang Konkrit
Mengankut Konkrit hendaklah diangkut dengan secepat yang mungkin
dari alat bancuh ke tempat yang hendak dituang dengan cara yang
sesuai bagi mengelakkan pengasingan bahan-bahan yang sedia ada
atau kehilangan bahan-bahan bancuhan.
Konkrit hendaklah dituang sedekat mungkin ke tempat tuangan yang
dikehendaki untuk mengelakkan tuangan semula atau pengaliran.
Konkrit hanya boleh diangkut menggunakan saluran selepas
mendapat kebenaran dari P.P.
Menuang konkrit hendaklah dituang ditempat-tempat yang
dikehendaki dengan secepat mungkin selepas dibancuh dan
dipadatkan sepenuhnya dengan menggunakan papan pemadat dan
juga dengan menggunakan alat getar berjentera. Konkrit hendaklah
dipadatkan sepenuhnya sehingga ke sudut-sudut acuan dengan
menggunakan papan pemadat.
Selepas penghentakan konkrit hendaklah tidak diganggau kecuali
gangguan yang berlaku seiring dengan pemadatan secara getaran.
Konkrit hendaklah dituang kedalam acuan secara berlapis-lapis dan
tidak melebihi 600mm setiap lapis bagi rangka penyokongdan rasuk-
rasuk dalam dan dituang sepenuhnya dalam papak dan rasuk-rasuk
cetek.
153
Konkrit tidak boleh dituang dalam curahan bebas melebihi lima kaki.
Alat getar konkrit hanya boleh digunakan untuk memadat konkrit dan
bukannya digunakan untuk menempatkan konkrit dibahagian tertentu.
Permukaan konkrit hendaklah ditentukan serata yang mungkin
semasa penuangan. Jika konkrit tidak dapat disiapkan hingga ke
paras sambungan-sambungan binaan yang telah ditetapkan, kerja
konkrit hendaklah dihentikan pada bahagian yang terdapat permukaan
mendatar dan pada permukaan pugak dengan menggunakan papan
penyekat.
Satu rekod hendaklah disimpan di tapakbina bagi menunjukkan masa
dan tarikh menuang konkrit ke setiap bahagian struktur dan nombor
rujukan ujian kiub mengenai kelompok-kelompok konkrit yang
digunakan pada bahagian-bahagian struktur yang tertentu.
10.4.1.5 Memadat Konkrit
Konkrit di antara dinding-dinding acuan hendaklah dipadatkan dengan
alat getar dari jenis Benam dan konkrit untuk papak-papak yang tidak
menggunakan acuan sebelah atasnya, hendaklah dipadatkan dengan
alat getar dari jenis permukaan atau alat getar dari jenis rasuk atau
jenis-jenis lain yang diluluskan.
Alat getar hendaklah dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang mahir
dalam penggunaannya.
154
Alat-alat jenis getar benam hendaklah dibenam dan dikeluarkan
secara perlahan dengan kadar lebih kurang 100mm sesaat.
Pemadatan sudah mencukupi apabila mortar simen didapati
berbentuk bulat disekeliling alat getar. Getaran yang berlebihan boleh
menyebabkan pengasingan bahan-bahan bancuhan mestilah
dielakkan.
Alat-alat getar janis benam hendaklah dibenamkan di tempat-tempat
berpandukan kepada kawasan mortar simen yang kelihatan selepas
pemadatan dengan mengambil kira pemadatan berulangkali. Alat
getar itu mesti jangan tersentuh dengan acuan atau tetulang dan
hendaklah dibenam sejarak 75mm dari acuan.
Alat getar jenis permukaan hendaklah diletakkan di atas permukaan
konkrit yang hendak dipadat dan diratakan dengan mengambil kira
jarak tinggi untuk pemadatan sehingga mortar simen kelihatan
dibawah alat getar tersebut. Alat getar hendaklah diangkat dan
kemudiannya diletakkan ke atas permukaan bersebelahan dan
operasi hendaklah dituang sehingga keseluruhan permukaaan telah
siap dipadat. Selain itu, alat getar jenis rasuk yang merintangi lebar
permukaan, boleh juga digunakan.
10.4.1.6 Pengawetan dan Perlindungan Konkrit
Permukaan yang terdedah sejurus selepas set terakhir, hendaklah
dilindungi dari pancaran terus cahaya matahari dengan cara yang
diluluskan.
155
Semua konkrit hendaklah dibasahkan dengan sempurna selepas set
dan hendaklah dilembabkan secara berterusan sehingga awet
seluruhnya.
Peruntukan hendaklah diadakan untuk pengagihan air yang
mencukupi pada keseluruhan bahagian kerja, supaya pengawetan
boleh diteruskan dengan sempurnanya di sepanjang pembinaan.
Untuk membolehkan konkrit sentiasa lembab, kesemua permukaan
yang terdedah hendaklah ditutup dengan guni yang sentiasa
dilembabkan atau cara lain yang diluluskan.
Tempoh pengawetan tidak kurang dari 10 hari.
Semua kerja hendaklah dilindungi dari kerosakan oleh kejutan atau
beban lebihan atau timpaan tanah dan lain-lain.
10.4.1.7 Acuan Konkrit
Acuan konkrit hendaklah dibina dari kayu yang baik dan telah dijemur
dengan sempurna, mempunyai kualiti dan kekuatan yang boleh
memastikan keteguhan sepenuhnya semasa konkrit dituang, dipadat,
digetar dan semasa konkrit sedang diset.
Acuan konkrit hendaklah diketatkan secukupnya, untuk menahan
pengaliran keluar cecair dalam konkrit.
Acuan hendaklah tepat mengikut jajaran dan bebas dari kecacatan di
permukaannya dan penyambung diantara dua kepingan bersebelahan
dan menutupi sambungannya.
156
Penggunaan sengkang atau sagang di bahagian dalam hendaklah
dielakkan seberapa yang boleh dan kalau digunakan ia hendaklah
diperbuat daripada logam dan yang boleh ditanggalkan tanpa
mencacatkan konkrit.
Tidak boleh ada sebahagian pun dari sengkang atau penjarak logam
yang tinggal kekal didalam konrit kurang daripada 50mm dari
permukaan konkrit yang telah siap.
Perincian pembinaan hendaklah diatur untuk memudahkan penggalan
acuan konkrit,baji dan bolt hendaklah digunakan seberapa boleh bagi
menggantikan paku.
Acuan konkrit untuk rasuk dan bahagian-bahagian yang
seumpamanya hendaklah direkabentuk dan dibina supaya bahagian-
bahagian tepinya dapat ditanggalkan tanpa gangguan kepada
bahagian-bahagian lain.
Acuan konkrit untuk salah satu tepi pada tiap-tiap tiang hendaklah
dibuat daripada kepingan-kepingan berukuran 450mm tinggi, yang
boleh ditanggalkan untuk membolehkan pemadatan yang sempurna
dan dipasang semula untuk penuangan konkrit seterusnya.
Acuan konkrit berpermukaan licin, mestilah menggunakan papan yang
diketam licin atau dilapik dengan kepingan logam, papan lapis atau
bahan-bahan yang serupa bagi kesemua permukaan acuan dimana
konkrit akan dituang.
Permukaan konkrit yang sudah siap hendaklah licin dan rata mestilah
melakukan langkah seperti berikut :
i) Semua unjuran yang tidak dikehendaki hendaklah diratakan
dengan batu ’karborandum’ atau dengan lain-lain cara yang
diluluskan dan segala batu halus atau pasir atau habuk-habuk
157
yang terdapat darinya hendaklah dibasuh dengan air yang bersih
seluruhnya.
ii) Setelah langkah (i) di atas dilaksanakan, permukaan konkrit
hendaklah disapu dengan satu lapisan larutan simen, yang akan
diresapkan ke dalam rongga-rongga konkrit dan dilicinkan
dengan menggunakan batu karborandum. Permukaan konkrit
yang telah siap, hendaklah dilindungi daripada proses
pengeringan terlalu cepat dengan cara melembabkan guni atau
lain-lain kaedah.
Acuan konkrit bercorak mestilah dilakukan sepertimana yang
ditunjukkan di dalam pelan.
Membersih dan menyapu minyak pada acuan konkrit, sebelum konkrit
dituang, acuan konkrit mestilah dibersihkan sepenuhnya dan bebas
dari habuk kayu, tatal kayu, debu lumpur atau lain-lain yang tidak
diperlukan dengan cara menyembur air yang bersih kepadanya.
Lubang-lubang sementara hendaklah disediakan pada acuan konkrit
untuk mengalirkan keluar air dan sampah tersebut. Permukaan dalam
acuan konkrit hendaklah disapu dengan minyak acuan yang tidak
meninggalkan tanda pada konkrit yang sebelum tetulang ditempatkan.
Perhatian rapi hendaklah dibuat untuk memastikan tidak terdapat
lebihan minyak acuan di permukaan acuan konkrit sebelum konkrit
dituang dan semua tetulang hendaklah bebas dari minyak tersebut.
Semua acuan konkrit mestilah diperiksa oleh P.P sebelum konkrit
dituang.
10.4.1.8 Penanggalan Acuan Konkrit
158
Acuan konkrit hendaklah ditanggalkan tanpa sebarang kejutan atau
gegaran yang boleh merosakkan konkrit. Satu jangka masa mestilah
dibenarkan berlalu diantara penuangan konkrit dan penanggalan
acuan konkrit untuk bahagian struktur.
Jadual dibawah digunakan sebagai panduan kepada tempoh
minimum untuk menggalkan acuan konkrit bagi konkrit menggunakan
simen portland biasa dan simen portland cepat keras.
Sisi rasuk, tembok dan tiang (tanpa beban),
Papak (penyangga tidak ditanggalkan)
Penanggalan penyangga kepada papak
Bahagian bawah rasuk (penyangga tidak
ditanggalkan)
Penanggalan penyangka kepada rasuk
Simen
Portland
Biasa
Simen
Portland
Cepat Keras
Hari Hari
3
4
10
8
21
2
3
5
5
8
Jadual 10f
10.4.2 Sifat-Sifat Konkrit
Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini adalah penting
dalam pembinaan terutamanya pembinaan asas pada tempat yang basah.
Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak diserang oleh anai-anai atau
serangga lain.
159
Konkrit yang baru siap dibancuh boleh dibentuk kepada sebarang bentuk
mengikut bentuk acuan.
Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.
Bahan-bahan untuk membuat konkrit adalah murah dan mudah didapati.
160