faktor-faktor pembuangan bayi dan kesannya akibat tindakan tersebut

2
Soalan: Masalah pembuangan bayi semakin hari semakin membimbangkan masyarakat. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dan kesannya akibat tindakan tersebut. Jawapan cadangan: Masalah pembuangan bayi semakin hari semakin membimbangkan masyarakat. Hal ini demikian, kerana jumlah kes pembuangan bayi semakin meningkat dari tahun ke tahun. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pembuangan bayi, antaranya ialah tiada persediaan untuk menjadi ibu bapa. Hal ini turut disebabkan ibu tidak bersedia untuk berhamil. Seseorang ibu akan berasa tertekan apabila tiada keinginan untuk berhamil. Hal ini demikian, kerana seseorang ibu menyedari tanggungjawab yang harus dipikul setelah bayi itu dilahirkan. Oleh itu, dengan ketiadaan persediaan untuk memelihara seseorang anak, ibu bapa akan mengambil tindakan untuk membuang bayi. Selain faktor itu, masalah pembuangan bayi turut berlaku apabila ibu bapa kurang kesedaran terhadap kepentingan perancangan keluarga. Ibu bapa mengabaikan perancangan untuk bilangan anak dan kewangan. Hal ini jelas bahawa ibu bapa melahirkan anak mengikut hawa nafsu tanpa mengambil kira bilangan anak mengikut kemampuan mereka. Apabila kemampuan ibu bapa dari segi kewangan tidak dapat menampung bilangan anak yang banyak, maka ibu bapa yang tidak bertanggungjawab akan memilih untuk membuang bayi. Pembuangan bayi akan meninggalkan banyak kesan kepada individu itu sendiri mahupun masyarakat. Antara kesannya ialah ibu akan mengalami gangguan psikologi. Tidak dapat menafikan bahawa seseorang ibu yang membuang bayinya akan berasa bersalah dan berdosa setelah setempoh masa berlalu. Seseorang ibu itu akan sesal dan menganggap diri sebagai pembunuh. Sebagai kesannya, seseorang ibu itu akan menghadapi gangguan emosi dan mental. Keadaan bertambah buruk lagi apabila ahli keluarga menyalahi dan memarahi ibu bapa yang membuang bayi mereka sendiri. Hal ini memberi kesan yang mendalam terhadap ibu tersebut sehingga boleh menyebabkannya gila.

Upload: junly-jiang

Post on 24-Jun-2015

7.816 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pengajian Am 2(A): Contoh karangan laras sastera.

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor-Faktor Pembuangan Bayi Dan Kesannya Akibat Tindakan Tersebut

Soalan: Masalah pembuangan bayi semakin hari semakin membimbangkan masyarakat.

Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dan kesannya akibat tindakan tersebut.

Jawapan cadangan:

Masalah pembuangan bayi semakin hari semakin membimbangkan masyarakat. Hal ini demikian, kerana jumlah kes pembuangan bayi semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pembuangan bayi, antaranya ialah tiada persediaan untuk menjadi ibu bapa. Hal ini turut disebabkan ibu tidak bersedia untuk berhamil. Seseorang ibu akan berasa tertekan apabila tiada keinginan untuk berhamil. Hal ini demikian, kerana seseorang ibu menyedari tanggungjawab yang harus dipikul setelah bayi itu dilahirkan. Oleh itu, dengan ketiadaan persediaan untuk memelihara seseorang anak, ibu bapa akan mengambil tindakan untuk membuang bayi.

Selain faktor itu, masalah pembuangan bayi turut berlaku apabila ibu bapa kurang kesedaran terhadap kepentingan perancangan keluarga. Ibu bapa mengabaikan perancangan untuk bilangan anak dan kewangan. Hal ini jelas bahawa ibu bapa melahirkan anak mengikut hawa nafsu tanpa mengambil kira bilangan anak mengikut kemampuan mereka. Apabila kemampuan ibu bapa dari segi kewangan tidak dapat menampung bilangan anak yang banyak, maka ibu bapa yang tidak bertanggungjawab akan memilih untuk membuang bayi.

Pembuangan bayi akan meninggalkan banyak kesan kepada individu itu sendiri mahupun masyarakat. Antara kesannya ialah ibu akan mengalami gangguan psikologi. Tidak dapat menafikan bahawa seseorang ibu yang membuang bayinya akan berasa bersalah dan berdosa setelah setempoh masa berlalu. Seseorang ibu itu akan sesal dan menganggap diri sebagai pembunuh. Sebagai kesannya, seseorang ibu itu akan menghadapi gangguan emosi dan mental. Keadaan bertambah buruk lagi apabila ahli keluarga menyalahi dan memarahi ibu bapa yang membuang bayi mereka sendiri. Hal ini memberi

Page 2: Faktor-Faktor Pembuangan Bayi Dan Kesannya Akibat Tindakan Tersebut

kesan yang mendalam terhadap ibu tersebut sehingga boleh menyebabkannya gila.

Kesan yang lain ialah hilang sikap tanggungjawab dalam kalangan masyarakat. Kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa jelas memperlihatkan sikap tanggungjawab semakin merosot malah lenyap dalam kalangan masyarakat. Mereka yang tidak bertanggungjawab merasakan perkara ini adalah satu kebiasaan. Selain itu, mereka turut tidak menghiraukan kepentingan nyawa yang baru dilahirkan. Jelasnya, perbuatan pembuangan bayi seolah-olah amalan masyarakat Jahiliah kerana ketiadaan nilai tanggungjawab dan kemanusiaan.

Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi perlu dicegah dengan berkesan. Oleh itu, kerjasama antara pihak amat mustahak untuk membendung masalah pembuangan bayi.