dna dan kesannya atas nasab

20
DNA DAN KESANYA KEPADA NASAB MUKADIMAH Sesungguhnya kebangkita ilmu sains amat mengagumkan selepas sahaja daripada berlakunya revolusi industri pada kurun ke 18. Terutamanya di dalam bidang perubatan. Banyak perkara yang tidak dibayangkan oleh orang-orang terdahulu mengenai perubatan sekarang ini telah menjadi kenyataan. Dahulunya orang menganggap perhentian jantung adalah tanda kematian. Tetapi di zaman ini,jantung yang berhenti belum tentung tentu seseorang itu mati,masih boleh digerakkan semala mana otak masih berfungsi. Ini satu penerokaan yang luar biasa dengan izin Allah. Yang di antara terbaru adalah penemuan DNA yang menjadi bahan perbincangan para fuhaqa dan dunia mengenai kebaikan dan bahayanya kepada manusia. Sesungguhnya penemuan DNA telah membuka ruang yang luas kepada ulama untuk mengkaji semula pendapat-pendapat silam,adakah ia tepat dan dibahaskan lagi atau tidak ada ruang lagi untuk dibahaskan. Dengan iman saya yang tinggi terhadap keutuhan dan keajaiban Syariah bagi menjawab segala permasalahan-permasalahan semasa, dengan rendah diri saya cuba membincangkan isu yang besar iaitu “ DNA ,kesanya kepada nasab” dengan berpegang kepada manhaj ilmu yang tulen tanpa ada sebarang sifat ta’ssub dan jumud, mengabil faedah daripada semua pandangan ulama dan memilih pendapat yang paling dengan maqasid Syarie yang selalu menjaga maslahah manusia di dunia dan di akhirat. Maka sebutkan di sini rangka kertas kerja ini kepada berikut: -Defini DNA dan istilah-istilah yang berkaitan dengan DNA. - Sekiranya pendapat yang dikemukakan adalah tepat maka ia dapat daripada taufik Allah dan sekiranya berlaku kesalahan maka ia adalah daripada saya dana daripada syaitan. Mudah-mudahan Allah menerima amalan kecil ini dan memberi keampunan kepada pembentang sekiranya terdapat kesalahan. ه وصحبه وسلمى آل على سيدنا محمد وعل وصلىAl faqir ila Allah Fauwaz Fadzil Noor

Upload: ahmadzakwanhassan

Post on 21-Dec-2015

89 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

manfaat

TRANSCRIPT

Page 1: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

DNA DAN KESANYA KEPADA NASAB MUKADIMAH Sesungguhnya kebangkita ilmu sains amat mengagumkan selepas sahaja daripada berlakunya revolusi industri pada kurun ke 18. Terutamanya di dalam bidang perubatan. Banyak perkara yang tidak dibayangkan oleh orang-orang terdahulu mengenai perubatan sekarang ini telah menjadi kenyataan. Dahulunya orang menganggap perhentian jantung adalah tanda kematian. Tetapi di zaman ini,jantung yang berhenti belum tentung tentu seseorang itu mati,masih boleh digerakkan semala mana otak masih berfungsi. Ini satu penerokaan yang luar biasa dengan izin Allah. Yang di antara terbaru adalah penemuan DNA yang menjadi bahan perbincangan para fuhaqa dan dunia mengenai kebaikan dan bahayanya kepada manusia. Sesungguhnya penemuan DNA telah membuka ruang yang luas kepada ulama untuk mengkaji semula pendapat-pendapat silam,adakah ia tepat dan dibahaskan lagi atau tidak ada ruang lagi untuk dibahaskan. Dengan iman saya yang tinggi terhadap keutuhan dan keajaiban Syariah bagi menjawab segala permasalahan-permasalahan semasa, dengan rendah diri saya cuba membincangkan isu yang besar iaitu “ DNA ,kesanya kepada nasab” dengan berpegang kepada manhaj ilmu yang tulen tanpa ada sebarang sifat ta’ssub dan jumud, mengabil faedah daripada semua pandangan ulama dan memilih pendapat yang paling dengan maqasid Syarie yang selalu menjaga maslahah manusia di dunia dan di akhirat. Maka sebutkan di sini rangka kertas kerja ini kepada berikut: -Defini DNA dan istilah-istilah yang berkaitan dengan DNA. - Sekiranya pendapat yang dikemukakan adalah tepat maka ia dapat daripada taufik Allah dan sekiranya berlaku kesalahan maka ia adalah daripada saya dana daripada syaitan. Mudah-mudahan Allah menerima amalan kecil ini dan memberi keampunan kepada pembentang sekiranya terdapat kesalahan.

وصلى هللا على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Al faqir ila Allah Fauwaz Fadzil Noor

Page 2: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

Bandar Baru Bangi 1.0Definisi Dna dan perkara-perkara yang berkaitan denganya. Definisi DNA: “ DNA adalah asid deoksiribonukleik,merupakan kompenan kimia utama kromosom dan bahan yang menghasilkan gen”. Peranan DNA: Mampu mewariskan sifat-sifat organisme induk. Model DNA: Model struktur DNA yang dicadangkan oleh James Watson dan Francis Crick. Asid nukleik terdiri daripada subunit-subunit kecil nukleotida. 1: Kumpulan fosfat 2:Nukleotida tanpa kumpulan fosfat dikenali sebagai nukleotida 3: Kumpulan gula pentosa,gula ribosa dan deoksiribosa 4:bes nitrogen purin dan primidina Di dalam DNA terdapat 4 kompenan 4 bes nitrogen: 1: Adenina(A) 2:Timina ( T) 3:Sitosina( S) 4:Guanina( G) DNA as the Genetic material Di dalam organisme sell,pembawa warisan adalah dinamakan Dna. Sifat material adalah ia mesti mampu untuk meriplakakikan(replicate). Dengan itu,salinan tersebut mampu dipindahkan daripada sel ke sel dan daripada ibu bapa kepada anak-anak(offspring).

Page 3: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

Istilah-istilah yang mempunyai kaitan dengan DNA 1: Sel: Sel adalah kesatuan struktur fungsi makhluk hidup. 2: Kromosom: Kromosom adalah suatu struktur makromolekul yang berisi DNA di mana

informasi genetik dalam sel disimpan. Kata kromosom berasal dari kata khroma yang berarti warna dan soma yang berarti badan Kromosom terdiri atas dua bagian, yaitu sentromer / kinekthor yang merupakan pusat kromosom berbentuk bulat dan lengan kromosom yang

mengandung kromonema & gen berjumlah dua buah (sepasang). 3:Nukkleus: Adalah yang diselaputi membran yang mengandungi unit pewarisan sel dan mengawal pembahagian dan penghasilan. 1.1 HUKUM KEWUJUDAN DNA Sebagai permulaan perbincangan, perlu dahulu menerangkan hukum asal kepada kewujudan baru mengikut pandangan fikh Islami kerana ia akan memberi kesan kepada hukum-hukum yang berkaitan nasab,jenayah dan seumpamanya. Maka di dalam penjelasan ini,kita merujuk kepada perbincangan mengenai kaedah األصل في األشياء اإلباحة ,di mana di dalam perbahasan kaedah terbahagi kepada dua pendapat:

Page 4: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

Pendapat pertama: Mereka berpendapat bahawa kewujudan Dna adalah harus berdasarkan kepada kaedah “ األصل في األشياء اإلباحة ”. Ini adalah pendapat jumhur fuqaha1 di antarannya Dalil – dalil yang dikemukakan:

1:

145. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Kefahaman: Ayat menunjukan bahawa perkara-perkara yang haram telah dibataskan oleh al Quran,maka apa yang tidak dinaskan ia tidak diharamkan ,jadi DNA adalah harus.

Dalil Sunah:

ن م م ك ل ة م ح ر اء ي ش أ ن ع ت ك س ا و وه ك ه ت ن ت ال ف اء ي ش أ م ر ح ا و وه د ت ع فال تضيعوها وحد حدودا فال ت إن هللا فرض فرائض ها ن وا ع ث ح ب ت ال ف ان ي س ن ير غ

Terjemahan: Sesungguhnya Allah Taala telah menfardukan kewajipan,maka jangan sia-siakannya,membataskan sempadan-sempadan jangan melampauinya,mengharamkan perkara-perkara tertentu, jangan cabulinya, dan Allah mendiamkan sesuatu perkara sebagai rajmat kepada kamu kalian tanpa ada sebarang lupa jangan mengkajinya. Kefahaman hadis: DNA termasuk di dalam hukum yang di maafkan maka ia adalah harus kerana tidak ada dalil pengharamannya. Dalil akal: DNA adalah benda baru yang tidak ada dalil khusus yang melarangnya. Dan ia adalah benda yang memberi manfaat kepada orang ramai maka ia kekal di atas hukum harus. Pendapat kedua: Mereka berpendapat kewujudan ini adalah haram. Ini merupakan pendapat yang dipegang oleh Imam Ibnu Hazam. Mereka berhujjah dengan dalil-dalil berikut:

1 Pendapat ini secara hakikatnya dinamakan lazimul mazhab kerana ulama dahulu tidak pernah tahu tentang kewujudan Dna,Cuma berdasarkan kaedah lazimul mazhaz kita menisbahkan pendapat kepada mereka. Fauwaz Fadzil

Page 5: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

1: Dalil al Quran

3. diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Kefahaman ayat: Ayat menunjukkan kesempurnaan hukum-hukum agama Islam yang tidak mempunyai kekurangan dan dakwaan penemuan dam timdakan yang baru yang berhajat kepada penerangan hukum syariat dengan mendakwa syariat ini kurang. Maka berdasarkan konsep ini penggunaan DNA adalah terlarang. 2: Dalil Sunnah

"" رنا فهو رد س عليه أم من عمل عمال لي

Terjemahan: Sesiapa yang melakukan amalan yang tidak pengakuan daripada agama maka ia ditolak. Hadis ini jelas menolak dan membatalkan perkara yang baru yang disandarkan kepada Islam yang jelas. DNA adalah perkara baru maka ia tertolak kerana tidak ada daliol yang mengharuskannya.

Dalil akal: Menyatakan Syariat sahaja yang berkuasa mengadakan hukum,sesiapa yang melakukan sebarang tindakan yang tidak ada dalil daripada nas maka ia adalah tertolak. Begitu juga DNA ia adalah benda yang melibatkan sel manusia, dan setiap anggota tubuh manusia mempunyai kehormatan,maka tidak boleh kita menindak sesuatu ke atas anggota manusia. Pendapat yang terpilih: Adalah pendapat majoriti ulama yang menyatakan pensyariatan DNA berdasarkan dalil-dalil yang kuat dan ia adalah bermanfaat kepada manusia. Setiap perkara baru yang memberi menfaat kepada manusia adalah harus. Dan sesuai dengan falsafah Islam yang datang untuk memudahkan urusan manusia.

Page 6: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

2.0Nasab di dalam pandangan Islam Definisi Nasab: Nasab dari segi bahasa mempunyai banyak makna , di antaranya kaum kerabat dan perhubungkan. Di kata dari sudut bahasa : Kalimah qarabah di dalam nasab tidak digunakan melainkan hanya kepada bapa-bapa. Para fuqaha tidak meletakkan nasab secara khusus ,cukup dengan defini bahasa. Nasab terbatas kepada dua perkara ,nikah dan anak yang lahir secara hamba sahaya. Firman Allah Taala

23. diharamkan kepada kamu berkahwin Dengan (perempuan-perempuan Yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu Yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu Yang perempuan, dan ibu-ibu kamu Yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri Yang Dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri Yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri Yang berasal dari benih kamu. dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali Yang telah berlaku pada masa Yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

2.1 Perkara-perkara yang mensabitkan nasab

Page 7: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

Ahli fikh kita telah menetapkan perkara-perkara yang mensabitkan nasab,di antaranya: 1: Ikatan perkahwinan 2: Penyaksian 3: Pengakuan. 4:Qiafah Huraian 1: Perkahwinan(دليل الفراش) Perkahwinan adalah salah satu dalil yang mengistibatkan nasab atau perbinkan . dalil disepakati oleh semua fuqaha Islam tanpa terdapat khilaf. Tetapi di dalam penentuan nasab dalam erti sebenar dalil firash terbahagi kepada 3 pendapat: 1: Mereka berpendapat bahawa ikatan perkahwinan sudah cukup untuk mengisbatkan nasab. Ini merupakan pendapat Mazhab Hanafi2. 2: Mereka berpendapat bahawa kahwin semata-mata tidak mengisbatkan nasab perlu kepada kemungkinan berlaku persetubuhan dari aspek zaman dan tempat. Sekiranya tidak mempunyai kemungkinan bersetubuh maka tidak sabit nasab. Contohnya seperti seseorang itu berkahwin,kemudian dia menceraikan setelah sahaja tamat akad nikah,maka nasab tidak sabit. Ini merupakan pendapat majoriti ulama seperti mazhab Maliki,Syafie,Hambali dan Hadawiyah. Dalil jumhur: Di sini saya letakkan andaian dalil jumhur di mana terdapat kaedah zan menyamai yakin( المظنة تقوم مقام المئنة). Dalam keadaan berdua-duaan di dalam bilik sudah cukup untuk untuk menjadikan zan itu dalil kepada mengisbatkan nasab. 3: Mereka berpendapat bahawa untuk mensabitkan nasab perlu kepada persetubuhan hakiki dengan berlaku hikayah atau (التحاكي) Ini merupakan pendapat Ibnu Taimiah,Ibnu Qayyim dan dipilih oleh As Sana’ni3.

2 Sila rujuk majmau’ulanhur j1 ms 478 3 Sila rujuk zadul maad j5 ma 415 dan subulussalam j4 1148

Page 8: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

Mereka berhujjah dengan bahasa arab dan logik syariah di mana adakah dengan semata-mata berlaku kemungkinan mengisbatkan nasab. Kemungkinan ini tidak mencapai yakin sebaliknya ia hanya semata-mata syak dan hukum tidak terbina di atas syak. 2: Penyaksian: Penyaksian adalah satu dalil menisbahkan anak kepada seorang lelaki. Pandangan fuqaha di dalam penyaksian: 1: Mazhab Pertama berpendapat bahawa di syaratkan di dalam memberi keterangan saksi mempunyai 2 orang saksi lelaki. Tidak diterima penyaksian wanita di dalam pensabitan nasab. Ini merupakan pendapat daripada mazhab Syafie,Maliki dan Hambali.4 2: Mereka berpandangan bahawa penyaksian cukup dengan 2 orang lelaki yang adil atau seorang lelaki dan 2 orang wanita. Ini merupakan pendapat Hanafi dan Zaidi5. 3: Mereka berpendapat penyaksian nasab sabit dengan 2 orang saksi lelaki yang adil atau seorang lelaki dan 2 orang wanita yang adil atau 4 orang wanita atau 20 rang wanita berserta perakuan sumpah. Ini merupakan pendapat Ibnu Hazam6 Di syaratkan juga di dalam penyaksian agar tidak bercanggah dengan akal. Sekiranya akal menyanggahi penyaksian tersebut maka dakwaan tersebut tertolak. Misalnya seseorang itu mendakwa seseorang lain sebagai anaknya dan beza umur mereka kurang daripada 12 tahun. 4: Pengakuan

4 Lihat mugnilmuhtaj j6 ms 368, al mugni j 14 ms 11 dan al mudawwanah j3 ms 372 5 Lihat al badia’ j 9 ms 54 dan as sailul jarrar j 4 ms 187 6 Lihat al muhalla j 10 ms 266

Page 9: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

Pengakuan bererti: Pemberitahuan yang mewajipkan mempercayainya yang dikenakan ke atas orang yang mengucapnya sahaja atau wakilnya.7 Pengakuan adalah ibu bagi segala bukti tetapi ia hanya terbatas kepada pengaku sahaja tidak memberi kesan kepada orang lain. Para ulama bersepakat menyatakan bahawa pengakuan bukti kepada pensabitan nasab. Di syaratkan di dalam pengakuan beberapa perkara: 1: Tidak diterima oleh akal dan his(adat). Contohnya seperti seseorang yang mendakwa orang lain sebagai anaknya sedangkan budak itu hanya beza umur dalam 10 tahun. 2: Bercanggah dengan etika syariat. Contohnya seperti seseorang itu sudah sabit sebagai anak seseorang lelaki. Kemudian seseorang lain mengaku dia sebagai bapa budak itu.

5:Qiafah dan Dna Qiafah atauQaif adalah satu dalil yang mengsabitkan nasab. Tapi apakah pengertianya: Defini Qaif(القائف): Seseorang yang boleh menghubungkan nasab seseorang dengan seseorang yang lain ketika berlaku kekeliruan dengan ilmu yang diberikan oleh Allah kepadanya.8 Qiafah merupakah benda yang bersifat firasat atau renungan ia tidak berdiri di atas asas ilmu. Oleh yang demikian kita melihat mazhab Hanafi menolaknya sebagai penolakan nasab.

7 Di nukilkan daripada basmah wirasiah ms 318 88 Lihat mugnil muhtaj j6 ms 440 . Di dalam bahasa Arab “ من يلحق النسب بغيره عند االشتباه بما خصه هللا تعالى به من .”علم

Page 10: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

Penggunaan Qiafah sabit secara Sunnah dan ijma’

Syarat-syarat penggunaan qiafah: 1: Orang yang melakukan qiafah ini adalah seorang Islam9. 2: Mestilah dilakukan oleh dua orang lelaki. Sebahagian ulama mencukup dengan seorang sahaja. 3:Bersifat adil 4: Mestilah seorang lelaki. 5: Mempunyai pengalaman yang luas. Kedudukan dan pengklasifikasi DNA di dalam Islam Memandangkan DNA adalah benda yang baru yang wujud di zaman kini,maka secara tabiatnya ia akan berlaku khilaf dikalangan fuqaha kerana tidak ada yang khusus yang membincangkan kes ini. Maka di sini para Fuqaha semasa berselisih kepada 3 pendapat: Pendapat pertama: Mereka menganggap DNA adalah qarinah ‘’ penyokong bukti” yang qatie. Ini merupakan pendapat dr Saaduddin al Hilali. Pendapat kedua: Mereka berpendapat bahawa DNA kerana ia tidak boleh mengatasi dalil-dalil yang Syarie. Pendapat ketiga: Terdapat pelbagai pendapat,di antaranya menyatakan ialah qarinah yang mengatasi saksi. Ada yang menyatakan ia adalah dalil pelengkap kepada dalil-dalil syarie yang digunakan oleh hakim ketika melihat kes nasab.

9 Sekiranya DNA sama dengan qiafah maka disyaratkan orang yang melakukan ujian DNA adalah Islam juga.

Page 11: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

Pandangan pembentang: Melihat kepada pandangan tiga mazhab, saya mendapati bahawa Syariat Islam yang sentiasa sesuai dengan setiap zaman tidak dapat menolak penggunaan DNA di dalam pensabitan nasab apatah lagi Syariat kita amat menyukai pensabitan nasab yang membawa kepada hakikat, firman Allah Taala

5. panggilah anak-anak angkat itu Dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah Yang lebih

adil di sisi Allah.

Sesungguhnya penggunaan DNA ini membawa kepada keadilan di dalam kes nasab tanpa syak lagi.

PENDAPAT MAZHAB-MAZHAB FEKAH DALAM MASALAH NASAB

ANAK ZINA

TITIK PERSEPAKATAN Tiada perselisihan dalam kalangan fuqahak bagi menyatakan bahawa air mani lelaki

adalah asas utama untuk disandarkan nasab insan yang lahir swt sekiranya proses itu berlaku

di bawah peraturan yang ditetapkan oleh syara’. Proses ini disebut sebagai ‘pernikahan’.

Demikian juga tiada perselisihan antara para sarjana fiqh dalam menyetujui bahawa

tabiat si anak akan cenderung kepada si ibu yang melahirkannya sama ada anak itu hasil

Page 12: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

hubungan yang halal atau sebaliknya. Hal ini adalah suatu kemestian bagi setiap kanak-kanak

seiring dengan firman Allah yang menyebut:

…ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka

(almujadilah:2)

Setelah disepakati pada situasi di atas, lalu para sarjana berselisih dalam menyatakan

nasab bagi bayi atau anak yang dilahirkan hasil hubungan yang tidak berlandaskan syara’

(zina) di mana jenayah ini wajib dijatuhi hukuman had ke atas pelakunya.

Perselihan ini adalah merujuk kepada perbezaan pendapat para fuqahak dalam

menyatakan penciptaan anak dari air mani itu sendiri kerana ia adalah perkara semulajadi

atau ia berasal dari air mani dan hubungan kelamin pada sesuatu waktu. Ini kerana ia adalah

suatu hubungan yang difitrahkan. Tanpanya tidak akan terhasil si anak.

Imam Ibnu Ar-Rushd menyatakan bahawa telah sepakat jumhur ulamak bahawa anak

zina tidak disandarkan kepada bapa kecuali hal ini berlaku pada zaman jahiliyyah

berdasarkan riwayat dari saiyidina Umar sekalipun berlaku perselihan dalam kalangan para

sahabat.10

Perselisihan fuqahak terbahagi kepada tiga mazhab:

Mazhab Pertama: Mazhab ini menyatakan bahawa anak zina tidak boleh dinasabkan kepada bapanya

secara mutlak (pada apa jua keadaan). Bersama dengan mazhab ini adalah sebahagian besar

ahli ilmu, di antaranya Abu Yusuf dan sebahagian Hanafiyyah. Mazhab lain turut

menyatakan sedemikian seperti mazhab Malik, Shafi’ie, Hambali dan Zahiriy. Mereka

berhujah dengan pengambilan sunnah dan logik akal. 1. Dalil sunnah:

Pertama:

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abdullah bin Umar ra. bahawa nabi

saw telah menghukum kes li’an (tuduhan zina oleh suami ke atas isteri). Nabi memisahkan

kedua pasangan itu dan menyerahkan si anak pada wanita tesebut.11

Mereka menyatakan bahawa situasi anak zina lebih teruk dari anak li’an. Oleh itu hukum

anak zina mengambil hukum yang sama dengan situasi ini.

Kedua:

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Saiyidatina ‘Aisyah bahawa beliau

berkata, “Suatu ketika dahulu ‘Utbah pernah berpesan kepada saudara kandungnya Sa’ad bin

Abin Waqqas bahawa seorang bayi yang dilahirkan oleh perempuan Zam’ah itu adalah

anaknya (‘Utbah). Lalu Saad membawa perkara ini kepada nabi saw. Maka anak kepada

Zam’ah yang bernama ‘Abd menyatakan bahawa bayi itu adalah saudaranya. Kemudian nabi

saw melihat kepada wajah bayi itu dan baginda mendapati ada kesamaan rupa dengan ‘Utbah.

Lalu baginda bersabda, “Bayi ini buatmu yang ‘Abd bin Zam’ah, anak disandarkan pada si

suami atau orang yang menyetubuhi dan penzina direjam” الولد للفراش و للعاهر حجر. Nabi juga

mengarahkan agar Saudah(saudara kandung kepada ‘Abd) supaya berhijab ketika berdepan

dengan bayi itu apabila dia sudah baligh nanti.12

Imam Ibnu Abdul Bar menyatakan bahawa hadis “Anak disandarkan pada si suami atau

orang yang menyetubuhi” الولد للفراش adalah di antara hadis yang paling sahih diriwayatkan

10 Bidayatul Mujtahid 2/358. 11 Lihat Muhazzab: 2/121, Mughni: 4922. 12 Sahih BUkhari: 2/427.

Page 13: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

daripada nabi Muhammad saw. Telah datang padanya periwatan daripada 20 orang sahabat

nabi saw.

Imam Ibnu Hajar ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa apa yang terlihat secara

jelas dalam kisah tersebut menunjukkan wanita itu benar-benar berzina dengan ‘Utbah.

Beliau berkata lagi bahawa tidak mungkin untuk mengambil kefahaman daripada hadis

tersebut bagi setiap individu yang melakukan persetubuhan. Tetapi memadai untuk dikaitkan

hanya kepada suami atau tuan kepada hamba sahaya.13

Alasan tersebut dijawab:

Untuk membataskan bahawa persetubuhan yang dimaksudkan hanyalah kepada suami dan

tuan kepada hamba sahaya adalah bertentangan dengan hak suami ketika menafikan anak

yang dilahirkan dalam kes li’an. Begitu juga bagi situasi anak yang dilahirkan hasil dari

perkongsian hidup dengan si suami kurang dari enam bulan perkahwinan atau suami yang

belum baligh. Ini jelas suatu yang bertentangan dengan pandangan yang disepakati oleh para

fuqahak.

Demikian telah dinukilkan pandangan dari Imam Shafi’e mengenai hadis di atas. Kata

Imam الولد للفراش mempunyai dua makna:

Pertama: Apa yang tidak boleh dinafikan. Apabila dinafikan ia adalah suatu yang telah

disyariatkan seperti masalah li’an.

Kedua: Apabila bertembung antara si anak sama ada disandarkan kepada si suami atau

penzina maka si anak disandarkan kepada si suami.

Imam Ibnu Hajar memberikan komentar bahawa yang pertama adalah umum dan yang kedua

dalam kondisi tertentu.

2. Dalil logik:

Pertama: Air mani penzina adalah sia-sia. Padanya tidak dimuliakan dan tidak memberi

kesan.

Kedua: Penzina telah melampaui batas agama dengan tidak mengikut jalan hubungan yang

telah disyariatkan. Sekiranya si anak dinasabkan kepada penzina sudah tentu menjadi benteng

alas an bagi setiap penzina yang tidak pernah …..

Ketiga: Sesungguhnya status ‘bapa’ adalah suatu kedudukan yang mulia yang tidak mungkin

diperolehi melainkan bagi sesiapa yang telah mencurahkan serta menempuhinya dengan jalan

pernikahan semata-mata. Ini berdasarkan firman Allah yang menyatakan:

… Dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan Yang lain daripada Yang tersebut itu, untuk

kamu mencari (isteri) Dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina… (An-

Nisa:24)

Mazhab Kedua: Mazhab ini berpendapat bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada penzina. Di antara

ulamak yang bersama dalam pendapat ini adalah as-Sha’biy dan Ishaq. Beliau telah

menyebutkan daripada ‘Urwah dan Sulaiman bin Yasar. Demikian pendapat sebahagian

Malikiyyah dan sebahagiannya menyandarkan pendapat ini kepada Imam Qurtubiy. Imam

Ibnu Taimiyyah turut menyatakan pandangan yang hampir dengan pendapat mazhab ini.

Al-Hassan dan Ibnu Sirin menyatakan bahawa anak itu boleh dinasabkan kepada si penzina

sekiranya dia telah menerima hukuman had.

13 Fathul Bari 12/40.

Page 14: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

Ibnu Hajar dan Ibnu ar-Rushd meyifatkan bahawa pendapat ini adalah shaz (pelik).

Dalil sunnah:

Pertama: Imam al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bahawa Nabi s.a.w. telah

bersabda dalam satu kes li’an. Baginda bersabda, “Perlihatkan dahulu bayi itu. Sekiranya dia

berkulit putih maka dia disandarkan kepada suaminya tetapi jika dia berwarna kelabu maka

dia adalah milik siapa yang menyetubuhinya (menzinainya)”. Ternyata anak yang

diperlihatkan itu berciri yang tidak baik. Lalu nabi saw bersabda, “Jikalaulah tidak kerana

sumpah (tuduhan zina) tersebut sudah tentu ada jalan lain dalam menyelesaikan masalah

ini”.

Pengambilan Hukum: Nabi s.a.w. telah membuat sandaran kepada individu yang diragui

dan dialah pemilik air mani.

Kedua: Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah ra.

mengenai kisah ‘Utbah bin Abi Waqqas yang telah memesan kepada saudaranya Sa’ad bin

Abi Waqqas tentang seorang kanak-kanak yang menjadi anak. (perincian kisah telah

disebutkan)

Pengambilan Hukum:

Berdasarkan kisah di atas, nabi s.a.w. menghukum berdasarkan dalil yang bersifat syubhah

yang merujuk kepada pemilik benih. Kerana itu nabi s.a.w. mengarahkan Saudah supaya

berhijab.

Imam Ibnu Hajar berkata: Para imam dari mazhab Hanafi menginstinbat hukum dari dalil di

atas bahawa nabi s.a.w. tidak menasabkan anak itu kepada Zam’ah. Ini kerana jika nabi

menasabkan kepadanya sudah tentu anak itu menjadi saudara kandung kepada Saudah dan

sudah tentu dia tidak perlu mengenakan hijab.

Dalil logik: 1. Menasabkan anak kepada pemilik benih asal adalah lebih baik dari tidak disandarkan

langsung anak itu.

2. Kias air mani penzina seperti air mani mereka yang berkahwin berdasarkan umum hadis yang

menyatakan, الولد للفراش“anak bagi orang menyetubuhi”.

Mazhab Ketiga:

Mazhab ketiga ini melihat bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada penzina sekiranya dia

berkahwin dengan wanita tersebut ketika dia hamil. Antara fuqahak yang bersama

menyatakan ini adalah Imam Abu Hanifah dan Muhammad. Pendapat ini telah difatwakan

dalam mazhab. Ibnu Abbas juga menyatakan pendapat ini. Sekiranya dia (penzina) tidak

berkahwin dengan wanita itu sehingga telah lahir anak itu atau wanita itu hamil bukan dari

benih lelaki itu maka anak itu disandarkan kepada ibunya.

Dalil-dalil: 1. Firman Allah:

Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang

berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak

ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. dan

perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (an-Nur:3)

Pengambilan Hukum:

Page 15: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

Allah swt telah mengkhususkan lelaki yang berzina berkahwin dengan wanita yang berzina

begitu juga sebaliknya. Wajib bagi wanita tersebut jika ingin berkahwin untuk menyucikan

rahimnya dari air mani lelaki yang lain. Imam Ahmad dan Tirmizi telah meriwayatkan

sebuah hadis daripada Ruwaifi’ bin Thabit al-Ansoriy bahawa nabi saw pernah berkata ketika

peperangan Hunain, “Tidak halal bagi seorang yang beriman dengan Allah dan hari kiamat

menyiramkan air maninya ke tanaman orang lain (berzina)”.

Apabila bukit tidak dapat dipastikan secara jelas kepada penzina (pemilik air mani), maka

harus untuk dia mengahwini wanita itu dalam keadaan dia hamil hasil darinya. Apabila harus

berlaku demikian maka anak itu disandarkan atau dinasabkan kepada lelaki itu.

Imam Ibnu Kathir memberi komentar pada ayat al-Quran di atas:

Beliau menyatakan bahawa ayat di atas tidaklah bersifat arahan atau larangan tetapi ia adalah

suatu pengkhabaran bahawa penzina tidaklah akan memperoleh melainkan penzina juga atau

seorang musyrik yang tidak dimuliakan. 2. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau telah ditanya oleh seorang lelaki yang telah

berzina dan ingin mengahwini wanita tersebut, lalu Ibnu Abbas berkata “Pertamanya adalah

zina dan pengakhirannya adalah pernikahan”. Dalam riwayat yang lain beliau berkata

“Sesungguhnya taubat buat seseorang itu sekiranya dia (penzina) kemudiannya menikahi

wanita tersebut”.

Diriwayatkan juga daripada beliau bahawa pernah ditanya tentang lelaki yang berzina dengan

seorang wanita kemudian dia ingin mengahwininya. Lalu Ibnu Abbas membacakan ayat al-

Quran yang berbunyi:

Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta

memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan ia mengetahui akan apa yang

kamu semua kerjakan. (Syura:25)

Seorang lelaki pernah berkata kepada Ibnu Abbas “Dahulu aku pernah menyakiti dan

melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah swt kepada seorang wanita. Lalu Allah swt

mengurniakan aku taubat. Maka aku ingin berkahwin dengan wanita tersebut. Namun

manusia sekeliling berkata, “Sesungguhnya penzina tidak berkahwin melaikan dengan

penzina atau orang musyrik”. Maka Ibnu Abbas menjawab, “Tidaklah begitu, nikahanilah

dia, jika berlaku kesalahan maka aku akan menanggungnya”.

Pendapat terpilih: ialah mazhab ketiga yang membolehkan nasab anak zina dibinkan

kepada penzina lelaki apatahlah setelah muncul DNA yang boleh mengenal pasti status ayah

seseorang bayi14

. Di antara alasan kepada pemilihan pendapat ini adalah:

1: Menyelamatkan bayi-bayi yang terbuang di merata tempat hasil daripada penzinaan.

2: Mengenakan tanggungjawab ke atas orang yang menyebabkan wujudnya anak dengan

tanggungjawab mendidik dan nafkah.

3: Mengurangkan gejala penipuan nasab yang merupakan jenayah yang sangat besar dalam

Islam.

14 Imam Al Qaradawi menambahkan satu lagi syarat di dalam mengisbatkan anak zina kepada penzina lelaki iaitu pengakuan lelaki tersebut disamping penggunaan DNA.

Page 16: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

HUKUM KAITAN PENGHARAMAN DALAM PERGAULAN MERTUA DAN

PENYEBARAN DARAH DARI HASIL ZINA

Tidak menjadi permasalahan di sisi mereka yang melihat nasab anak zina disandarkan kepada

penzina dalam isu musoharah (hubungan antara penzina (lelaki) dan ibu wanita dan anak-

anaknya) begitu juga sebalik.

Namun yang diperselisihkan di pihak jumhur fuqahak apabila tidak dinasabkan anak zina

kepada penzina. Maka timbullah perbahasan mengenai isu ini dan kaitannya apabila berlaku

jangkitan darah sama ada dalam bentuk pendermaan atau pemindahan dan selainnya.

Punca perselisihan ini adalah daripada penelitian pada ayat al-Quran yang membawa kepada

perkongsian bagi makna pernikahan itu sendiri sama ada dari sudut bahasa atau syara’.

Firman Allah:

Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) Yang telah diperisterikan

oleh bapa kamu… (An-Nisa’:22)

Bagi yang melihat dari sudut bahasa mereka menyatakan anak zina adalah mahram (yang

haram dinikahi) manakala bagi yang melihat dari sudut syara’ anak hasil zina tidak membawa

kepada hubungan mahram. Mereka menyatakan, “Tidaklah berlaku mahram bagi pendapat

sebahagian besar ahli ilmu kerana tidak berlaku nasab antara penzina”.

Di sini dinyatakan pendapat dua mazhab:

Pertama: Mereka melihat bahawa air mani penzina mempunyai kesan dan berperanan dalam

berlakunya hukum mahram dalam musoharah (pergaulan) dan proses yang berkaitan darah.

Sesiapa yang berzina dengan seorang wanita diharamkan ke atasnya anak-anak wanita

tersebut begitu juga sebaliknya seperti mana haramnya penzina menikahi anak hasil zinanya.

Di antara mazhab yang menyatakan pendapat ini adalah Hanafiyyah, Hanabilah dan satu

riwayat dalam mazhab Maliki. Begitu juga terdapat satu riwayat yang lemah dalam mazhab

Shafi’e berkaitan dengan pengharaman anak perempuan hasil zina dengan syarat mestilah

berlaku keyakinan.

Mazhab ini berhujah bersandarkan dalil al-Quran, Sunnah serta logik. 1. Dalil al-Quran:

Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) Yang telah diperisterikan

oleh bapa kamu… (An-Nisa’:22)

Pengambilan hukum: Pernikahan adalah persetubuhan secara hakikatnya. Oleh itu haram ke

atas anak bersetubuh dengan wanita yang telah disetubuhi oleh bapanya. 2. Dalil sunnah:

Direkodkan oleh Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang lemah daripada Ummu Hani

bahawasanya nabi saw pernah bersabda, “ Sesiapa yang pernah melihat kemaluan

seorang wanita maka haram baginya untuk mengahwini ibu dan anak perempuannya”.15

Demikian juga mazhab ini mengambil hukum dari kisah ‘Utbah yang telah disebutkan.

Mazhab Kedua:

15 Musannaf Ibnu Abi Shaibah 4/165. Kata Ibnu Hajar: Hadis ini adalah dhoif. Fathul Bari 9/156.

Page 17: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

Mereka menyatakan bahawa air mani penzina adalah sia-sia dan tidak memberi sebarang

kesan dalam menentukan hubungan atau hukum pergaulan. Sesiapa yang berzina dengan

seorang wanita tidak haram baginya untuk mengahwini keturunan wanita itu begitu juga

sebaliknya.

Ini adalah pendapat Imam Malik di dalam Muwatto’.

Begitu juga pendapat yang difatwakan di dalam Mazhab Shafi’e.16

Mereka yang berpegang dengan pendapat ini berhujah dengan menggunakan dalil sunnah

dan logik.

Dalil sunnah: 1. Ibnu Majah dan Daruqutniy telah meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa nabi saw

telah bersabada, “Sesuatu yang haram tidak boleh mengharamkan yang halal”. 17

Mereka berkata, “Apabila zina itu adalah suatu yang haram maka ia tidak boleh

mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah kepada para wanita”.

2. Tobraniy dan Daruqutniy meriwaytakan dengan sanad yang dhoif daripada A’isyah ra.

bahawasanya nabi saw pernah ditanya tentang seorang lelaki yang memperlakukan

sesuatu yang haram ke atas seorang wanita, lalu nabi menjawab, “Tidaklah yang haram

itu mengharamkan sesuatu yang halal. Sesungguhnya haram itu berlaku dengan

pernikahan yang halal”.18

Dalil logik: 1. Hubungan mertua dan menantu adalah suatu nikmat yang tidak boleh dicemari dengan

sesuatu yang haram.

2. Sekiranya zina memberi kesan kepada hukum pengharaman kahwin maka ia akan

memberi kesan kepada bolehnya menghalalkan proses rujuk bagi wanita yang telah

ditalakkan dengan talak tiga.

Perbincangan Dalil Mazhab Shafi’e Dan Ulamak Yang Menyetujuinya 1. Sheikh Shalby memberi komen dan menjawab berkaitan hadis“Sesuatu yang haram tidak

boleh mengharamkan yang halal”.

Kata beliau: “Hadis ini tidaklah difahami secara zahir. Apakah kamu tidak melihat

sekiranya dipercikkan arak ke dalam air yang sedikit ia tidak menjadikannya

haram sekalipun ia haram digunakan. Maka kita dapati bahawa sesuatu yang

haram tidaklah mengharamkan kerana zatnya yang haram. Oleh itu kita nyatakan

bahawa berlakunya mahram (pengharaman kahwin) bukanlah implikasi dari

perbuatan zina tetapi dari persetubuhan itu sendiri.

Sheikh Syalbi berkata lagi: “Alasan itu diberikan jika hadis itu diterima. Tetapi

hadis Ibnu Umar itu telah disebutkan oleh Ibnu Ishaq bahawa sanadnya matruk

(ketagori hadis dhoif).19

2. Manakala pandangan yang menyatakan bahawa musoharah adalah suatu nikmat yang

tidak boleh dicemari dengan perkara yang haram adalah suatu pandangan yang tidak

tepat. Ini kerana nikmat tersebut tidaklah haram pada zatnya tetapi ia adalah kaitan

haramnya perkara lain yang berkaitan dengannya iaitu zina itu sendiri.

16 Muhazzab 2/43. 17 Sunan Ibnu Majah 1/649 (2015), Sunan Daruqutniy 3/268 (89). 18 Sunan Daruqutniy 3/268 (88), Majma’ Zawaid 4/268.u 19 Hasyiah Shalbiy ‘ala Tabyinil Haqaiq, 2/106.

Page 18: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

3. Alasan seterusnya yang menyatakan zina memberi kesan dalam menyelesaikan kes talak

tiga telah dijawab oleh az-Zaila’iy. Beliau berkata, “Persetubuhan yang dihalalkan adalah

hanya dari suami. Adapun penzina bukanlah suami. Maka hubungan penzina tidak

dibolehkan dalam menyelesaikan isu talak tiga. Oleh itu sabitlah bahawa berlakunya

hubungan mahram antara penzina dan ahli keluarga wanita tersebut”.

Pendapat yang terpilih: Adalah pendapat mazhab pertama yang menyatakan sabit pengharaman di antara penzina dengan ibu wanita yang disetubuhinya,ini kerana air mani itu menjadikan hubungan mereka terjalin dan beramal dengan qaedah ihtiyah di dalam kemaluan wanita “األصل في األبضاع التحريم” Hukum Penyusuan Ibu yang berzina Gambaran masalah adalah seseorang wanita itu berzina kemudian melahirkan anak. Sekiranya dia menyusukan bayi orang lain hasil daripada penzinaan adakah berlaku pengharaman secara susuan ke atas penzina, di sini terdapat khilaf di antara fuhaqa. Pendapat pertama: Mereka berpendapat bahawa berlaku penyebaran pengharaman berlaku kepada pezina lelaki sama seperti suami kepada isteri yang menyusu. Ini merupakan pendapat salah satu pendapat di dalam mazhab Hambali. Mereka berhujjah dengan menyatakan dengan penyusuan tersebarnya pengharaman ke atas wanita yang menyusu maka ia juga tersebar kepada lelaki yang bersetubuh samada persetubuhan itu halal atau haram20. Pendapat kedua: Mereka berpendapat bahawa tidak berlaku pengharaman bayi ke atas penzina lelaki. Ini merupakan pendapat Al Khiraqi daripada mazhab Hambali dan mazhab Syafie. Kemungkinan mereka berhujjah dengan menyatakan bahawa sekiranya anak zinapun boleh dikahwini oleh penzina lelaki maka anak susu hasil daripada penzinaan lebih boleh dikahwini tidak sabit pengharaman.

20 Lihat al Syarhul Kabir j 10 ms 137

Page 19: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

Pendapat terpilih: Adalah pendapat yang menyatakan berlaku penyebaran pengharaman di antara bayi yang disusu dengan penzina lelaki kerana hujjah yang diberikan lebih kukuh dengan beramal dengan qaedah ihtiyat “ االحتياط”.

Penggunaan DNA di dalam penafian nasab Para fuqaha kita telah bersepakat bahawa DNA tidak boleh digunakan untuk membuat penafian nasab kerana ia akan membawa kepada kekacauan sistem kekeluargaan dan objektif Syariat suka kepada pensabitan nasab bukanya penafian nasab21. Sesungguhnya fikh Islam menolak konsep penafian nasab melalui penggunaan DNA kerana mengagungkan nasab dan menjaga bayi daripada terbuang22. Ketakutan berpindah kepada mazhab minoriti Ssungguhnya apa yang berlaku daripada sebahagian ulama kita di dalam berfatwa dengan pendapat yang kurang masyhur atau bercanggah dengan kefahaman ramai adalah takut menimbulkan fitnah kepada masyarakat walaupun pendapat tersebut dapat memberi manfaat. Tetapi bagi pembentang yang lemah ini, mengharapkan para ulama kita melihat semula kepada usul ijtihad dan fatwa bagi menilai perkara yang dibangkitkan dengan pandangan yang menyeluruh dengan kerana perkara yang diutarakan ini amat kronik. Laporan menunjukkan anak luar nikah telah mencecah 200 ribu ke atas. Gejala seperti wajib diberi keutamaan serius oleh pihak ilmuan Islam dengan cuba bertindak lebih berani kepada kes-kes yang yang besar sebegini dengan mengeluarkan fatwa yang adil kepada semua orang. Apakah anak luar nikah tidak dipertanggungjawabkan ke atas lelaki dan dibebankan ke atas wanita. Renungilah kata-kata Ibnu al Qayyim “ Sesungguhnya Syariat adalah keadilan kesemuanya,kebijaksanaan kesemuanya dan maslahah semuanya,… mana-mana kezaliman yang wujud tidak ada kaitan dengan Syariat walau dimaksudkan kepada Syariat sebarang pentakwilan”.

21 Sila rujuk al Basmah al Wirathiyah oleh dr Saadudin ms 318 22 Rujukan sama ms 318

Page 20: DNA Dan Kesannya Atas Nasab

Maka dengan konsep ini, saya merasakan para ulama kita perlu merenung semula kes ini agar kita menuju kepada keadilan. Sekiranya kita mendapati bahawa pensabitan nasab zina tidak sabit melalui DNA kepada penzina paling kurang diwajibkan ke atas penzina lelaki tanggungan nafkah ke atas bayi yang dilahirkan sebagai satu ijtihad baru pada zaman ini. Wallah a’lam.

Penutup:: Setelah kita telah membincangkan isu DNA dengan huraian yang sederhana, kita dapat simpulkan beberapa perkara yang penting: 1: DNA merupakan penemuan sains yang sangat bernilai yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. 2: DNA merupakan dalil yang boleh digunakan oleh untuk mengisbatkan nasab tetapi tidak boleh digunakan untuk penafian nasab. 3: Anak zina boleh dibinkan kepada penzina lelaki melalui penggunaan DNA, berserta pengakuan lelaki tersebut mengikut pendapat sebahagian ulama. 4: Susu ibu berzina juga memberi kesan di dalam pengharaman anak susu dan penzina lelaki. 5: Perlu kepada tajdid fikh di dalam perkara yang menyentuh keutuhan masyarakat Islam. Setakat di sini sahaja perbincangan yang setidak berapa ini,mudah-mudahan dapat memberi satu cahay kepada para ahli ilmu dan para peserta ,dalam masa yang sama kita mengharapkan komentar yang positif untuk kita mencari jalan penyelesaian yang seperti ini.