lelaki lembut: faktor dan kesannya kepada pembentukan …€¦ · lelaki lembut: faktor dan...
TRANSCRIPT
LELAKI LEMBUT: FAKTOR DAN KESANNYA KEPADA PEMBENTUKAN
SAHSIAH MAHASISWA IPTA
SHARIFAH MUNIRAH BINTI TIMMIATI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
LELAKI LEMBUT: FAKTOR DAN KESANNYA KEPADA PEMBENTUKAN
SAHSIAH MAHASISWA IPTA
SHARIFAH MUNIRAH BINTI TIMMIATI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
& Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang &
Ya Ilahi… Kusyukuri setiap nikmat pemberianMu, Redhakanlah diriku dunia dan akhirat...
Ku abadikan dedikasi ini buat insan-insan yang bermakna untukku..
Ayahanda & Bonda...
Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu
Tidak akan kulupakan Menjadi kekuatan dan semangatku...
Untuk menuju puncak kejayaan
Adinda-adinda yang dikasihi... Lukmanul Hakim, Sharifah Najiha, Mohd Faisal, Nudrah Shafini & Nudrah Nur Syafiqah
Perjalanan kita masih jauh... Berjuanglah hingga ke akhir hayat
Dan jadilah insan yang soleh dan solehah...
Buat pensyarah-pensyarah yang tidak jemu mencurahkan ilmu... Terima kasih kerna hulur tanganmu..
Kan Ku hargai setulus jiwaku...
Sahabat seperjuanganku.. Fatimah, Liza, Mawaddah,, Syakirah, Raihan, Niswah, Maisaroh, Nadia, Zaharah, Wan
Zainura, Hanis, Norliza Ahmad, Erzawani, Abidah, Norazila, Shamsiah, Hidayah. Rohaya, Nazatul, Azizah, Huda, Izzah, Mahani, Betty, Asyiken, Adibah, Maisarah, Izwani, Norliza
Abd Manaf, Zaimah, Ayuni, Salmiah, Firdaus, Nurhuda, Masrina, Hasliza Zikri, Zulfikri, Roslan, Fatim, Ashrof, Balya, Fikri, & Ahmad Syukri
...Ku titipkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga... Atas jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian
Segala suka duka kita bersama Pahit manis kita lalui
Tak mungkin kulupakan Akan ku abadikan di ingatan hingga ke hujung nyawa
Dan moga Rahmat Ilahi Sentiasa mengiringi kehidupan kita
&...Salam Kasih... &.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat
dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta kaum keluarganya dan
sahabat-sahabat baginda.
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya diberikan penulis
kekuatan dan kesabaran serta kecekalan untuk menyempurnakan Projek Sarjana
Muda ini. Semoga apa yang penyelidik usahakan sehingga terhasilnya kajian ini akan
menjadi satu ilmu yang mendapat keberkatan daripada-Nya.
Sekalung ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga dan
perhargaan kepada ibu bapa dan keluarga tersayang yang sentiasa memberi dorongan
dan sokongan sepanjang masa dan sentiasa mendoakan kejayaan penyelidik dalam
menghadapi perjuangan ini. Kalian semua adalah sumber kekuatan penyelidik dan
Allah S.W.Ttempat penyelidik bergantung.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Dr. Farahwahida binti
Mohd Yusof, selaku penyelia yang telah banyak memberi sokongan, dorongan serta
tunjuk ajar kepada penyelidik dalam menyiapkan kajian. Dorongan serta cetusan idea
banyak memberi kekuatan bagi penyelidik hingga terhasilnya Projek Sarjana Muda
ini.
Tidak lupa kepada semua pensyarah–pensyarah Pusat Pengajian Islam
dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang terlibat dalam menjayakan kajian ini,
perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), UM dan UKM yang penyelidik telah
kunjungi serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak lansung dalam
menyiapkan kajian ini. Jasa serta sumbangan kalian hanya Allah SWT yang mampu
membalasnya.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi lelaki
lembut di Universiti Teknologi Malaysia. Disamping itu, kajian ini bertujuan untuk
mengetahui kesan pembentukan sahsiah lelaki lembut serta menghuraikan
kedudukan lelaki lembut dalam perspektif Islam. Kajian ini menggunakan metode
penentuan subjek, metode pengumpulan data dan metode analisis data untuk
mendapatkan hasil kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor teman-teman
sangat mempengaruhi lelaki lembut. Selain itu juga, faktor keluarga dan media turut
mempengaruhi golongan lembut. Kesan pembentukan sahsiah lelaki lembut tidak
dinafikan memberi telah memberi kesan kepada mereka. Dalam konteks Islam pula,
tiada istilah lelaki lembut. Golongan ini dikategorikan sebagai tranvetite dan hukum
haram sekiranya mereka bertingkah laku seperti perempuan dan menukar jantina. Di
akhir kajian, beberapa cadangan turut dikemukan kepada pihak-pihak tertentu untuk
mengatasi golongan lelaki lembut.
vi
ABSTRACT
This survey is conducted in order to know the factors that influence the metroman in
UTM. Besides, this research is done in order to know the formation of this metroman
and to explain the position of this metroman in the muslim perspective. Survey used
the subject identification method, data identification method and data analysis
method in order to obtain result. The result shows that friends seems to be the main
factor that influence this metroman. Besides that, family and media factor also can
influence this metroman. It is definitely undeniable can causes effect to self
formation of this metroman. In the Islamic context, there is no term for metroman.
This group is categorized as transvertite and forbidden if they try to act as a woman
and undergo change of sexes. In the end, some ideas are given to certain parties in
order to overcome this metroman group.
vii
SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Lelaki 11
1.8.2 Lembut 12
viii
1.8.3 Pembentukan 12
1.8.4 Sahsiah 12
1.8.5 Mahasiswa 13
1.9 Kesimpulan 13
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Definisi Lelaki Lembut 14
2.3 Nama Lain Bagi lelaki Lembut dan 16
Perbezaannya
2.3.1 Transeksual 16
2.3.2 Transvestite 17
2.3.3 Homoseksual 18
2.3.4 Hermafroditisme 19
2.3.5 Bapok 20
2.4 Faktor-Faktor Pendorong Menjadi 20
Lelaki Lembut
2.4.1 Faktor Dalaman 20
2.4.2 Faktor Luaran 26
2.5 Lelaki Lembut Dari Pandangan Masyarakat 29
2.6 Kesan Pembentukan Sahsiah 31
2.7 Kajian Lepas 35
2.8 Kesimpulan 37
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Metode Penentuan Subjek 39
ix
3.3 Metode Pengumpulan Data 40
3.3.1 Kajian Perpustakaan (Library Research) 40
3.3.2 Kajian Luar (Field Research) 43
3.4 Metode Analisis Data 45
3.4.1 Metode Induktif 45
3.4.2 Metode Deduktif 46
3.4.3 Metode Komparatif 46
3.5 Kesimpulan 47
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 48
4.2 Faktor Yang Mempengaruhi Lelaki Lembut 49
4.3 Kesan Pembentukan Sahsiah Lelaki Lembut 51
4.4 Kedudukan Lelaki Lembut Dalam 54
Perspektif Islam
4.4.1 Penetapan Jantina Mengikut 57
Perbahasan Ilmu Fiqh
4.5 Kesimpulan 66
BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Rumusan 67
5.3 Cadangan dan Saranan 71
5.3.1 Hakikat Diri 71
5.3.2 Ibu Bapa 72
5.3.3 Masyarakat Setempat 72
5.3.4 Media Massa 73
5.3.5 Pihak Universiti 73
xi
SENARAI SINGKATAN
Dr : Doktor
AUKU : Akta Universiti dan Kolej Universiti
UPM : Universiti Putra Malaysia
UIAM : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
UKM : Universiti Kebangsaan Malaysia
IPTA : Institut Pengajian Tinggi Awam
S.W.T : Subhanahu Wata’ala
s.a.w : Sallallahu Alaihi Wasallam
r.a : Radhiallahu ‘anha/ Radhiallahu anhu
HEP : Hal Ehwal Pelajar
JAKIM : Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia
ISN : Institut Sosial Negara
PPPPSM : Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Sumber
Manusia
UNIMAS : Universiti Malaysia Sarawak
xii
UM : Universiti Malaya
PSZ : Perpustakaan Sultanah Zanariah
t.t : Tiada Tahun
Sdn. Bhd : Sendirian Berhad
t.c : Tanpa Cetakan
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Pengesahan Pelajar
B Surat Kebenaran Membuat Rujukan
C Interview Guide
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Manusia merupakan ciptaan Allah SWT yang sempurna baik dari segi fizikal
dan rohaninya. Manusia diciptakan berpasangan lelaki dan perempuan. Manusia
yang pertama diciptakan Allah SWT adalah Nabi Adam a.s. iaitu seorang lelaki.
Kemudian diciptakan Hawa iaitu seorang wanita pelengkap kepada penciptaan-Nya.
Kedua-duanya diciptakan dengan sempurna dan mempunyai perbezaan zahir dan
batin sebagaimana firman Allah SWT:
$pκ š‰ r'̄≈ tƒ â¨$̈Ζ9 $# $̄ΡÎ) / ä3≈ oΨø) n=yz ⎯ ÏiΒ 9 x. sŒ 4© s\Ρé& uρ öΝ ä3≈ oΨù=yèy_ uρ $\/θãèä© Ÿ≅ Í←!$t7 s% uρ
(# þθèùu‘$ yètGÏ9 4 ¨βÎ) ö/ ä3 tΒt ò2r& y‰Ψ Ïã «!$# öΝ ä39 s) ø?r& 4 ¨βÎ) ©!$# îΛ⎧Î=tã × Î7 yz ∩⊇⊂∪
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
(Surah al-Hujurat :13)
2
Allah SWT menjadikan watak seorang lelaki dengan mempunyai tingkahlaku
yang keras manakala perempuan pula mempunyai sifat lemah lembut. Lelaki dan
perempuan mempunyai tanggungjawab dan peranan tertentu. Secara umumnya,
mereka diciptakan sebagai khalifah di muka bumi untuk mentadbir alam ini dengan
sebaik-baiknya. Lelaki diciptakan sebagai pemimpin bagi wanita dan wanita sebagai
tulang belakang dan pembantu kepada kaum lelaki. Ia dinyatakan dalam firman
Allah SWT:
ãΑ% y` Ìh9 $# šχθãΒ≡ §θs% ’ n? tã Ï™!$|¡ÏiΨ9 $# $yϑÎ/ Ÿ≅ Òsù ª!$# óΟ ßγ ŸÒ÷èt/ 4’ n? tã <Ù÷èt/
!$yϑÎ/ uρ (#θà) xΡr& ô⎯ ÏΒ öΝ ÎγÏ9≡ uθøΒr& 4 àM≈ ysÎ=≈ ¢Á9 $$sù ìM≈ tGÏΖ≈ s% ×M≈ sà Ï≈ ym É= ø‹ tóù=Ïj9 $yϑ Î/
xáÏ ym ª!$# 4 © ÉL≈ ©9 $# uρ tβθèù$sƒ rB ∅èδ y—θà±èΣ ∅èδθÝà Ïèsù £⎯ èδρ ã àf÷δ$# uρ ’ Îû
Æì Å_$ ŸÒyϑø9 $# £⎯ èδθç/ Î ôÑ$# uρ ( ÷βÎ* sù öΝ à6 uΖ ÷èsÛ r& Ÿξsù (#θäóö7 s? £⎯ Íκ ö n=tã ¸ξ‹ Î6 y™ 3 ¨βÎ)
©!$# šχ% x. $wŠ Î=tã #Z Î6 Ÿ2 ∩⊂⊆∪
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar”
(Surah al-Nisa’: 34)
3
Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menjelaskan bahawa lelaki diberikan
beberapa kelebihan dan keistimewaan antaranya dalam pembahagian faraid lelaki
diberikan lebih satu daripada kaum perempuan. Lelaki juga berperanan sebagai ketua
keluarga dan diberikan hak untuk melafazkan cerai kepada isteri dan
bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan menyara ahli keluarga. Begitu
besar bebanan lelaki dan memang tidak dinafikan lelaki ini mempunyai jiwa yang
kental lagi kuat berbanding kaum perempuan yang lembut dan banyak bergantung
kepada kaum lelaki (Maesarah Ab. Rahim: 2004).
Walau bagaimanapun, di era globalisasi dan pembangunan ke arah Malaysia
maju telah wujud satu fenomena tentang individu yang terkeliru mengenai identiti
mereka. Mereka ini adalah lelaki lembut yang lebih dikenali di kalangan kehidupan
masyarakat umum dengan istilah ‘mak nyah’, ‘pondan’, ‘bapok’ dan ‘adik”. Mereka
dilahirkan sebagai lelaki tetapi mempunyai kelakuan, perasaan dan naluri sebagai
wanita (Wan Halim Othman: 1987).
Kewujudan pelbagai istilah kerana kepelbagaian persepsi yang negatif yang
diberikan oleh masyarakat khususnya dalam membuat penilaian kepada golongan
lelaki lembut ini. Sebahagian masyarakat melihat golongan lelaki lembut lazimnya
terjebak dalam gejala negatif seperti homoseksual. Fenomena ini dapat diimbas
semula dalam sejarah kenabian, khususnya di dalam al-Quran yang menunjukkan
masalah dan keadaan ini telah berlaku sejak zaman Nabi Lut a.s. ketika
masyarakatnya telah menjalani kehidupan yang menyimpang dan melanggar batasan-
batasan fitrah kehidupan yang sebenar. Mereka telah melakukan hubungan sejenis
dan akhirnya mereka telah dimurkai oleh Allah SWT dengan azab yang dahsyat.
Keadaan ini dinukilkan dalam firman Allah SWT:
öΝ à6 ¯ΡÎ) tβθè?ù'tGs9 tΑ$y_Ìh9 $# Zο uθöκ y− ⎯ ÏiΒ Âχρߊ Ï™!$|¡ÏiΨ9 $# 4 ö≅ t/ óΠ öθs%Ο çFΡr&
ךχθèùÌ ó¡•Β ∩∇⊇∪
4
Maksudnya: "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". (Surah al-A’raf: 81) Akan tetapi, golongan lelaki lembut tidak semuanya melakukan seks diluar
tabii dan melakukan gejala sosial yang lain.
Fenomena lelaki lembut ini sudah lama berlaku khususnya di negara Barat
dan mereka bebas untuk menjalankan kegiatan mereka. Sekiranya kegiatan mereka
ini dihalang dan disekat, golongan ini akan menentang kononnya ini adalah hak
asasi mereka yang tidak boleh dicabuli. Kegiatan ini juga diterima masuk ke
Malaysia dengan dapat disekat proses perkembangannya. Walau bagaimanapun,
fenomena golongan lelaki lembut ini menular sedikit demi sedikit dan kemudiannya
semakin bertambah dan menular di tengah masyarakat biarpun kehadiran mereka
kurang disenangi oleh kebanyakan individu (Maesarah Ab. Rahim: 2004).
1.2 Latar Belakang Masalah
Peningkatan masalah sosial dalam masyarakat yang membabitkan golongan
remaja kini semakin kompleks dengan adanya pengaruh luar yang berunsur negatif.
Pengaruh luar sering dikaitkan dengan tingkah laku yang negatif, yang bertentangan
dengan undang-undang atau terkeluar daripada batas susila masyarakat. Contohnya
menagih dadah, seks bebas, black metal, hamil anak luar nikah, buang bayi dan lain-
lain. Selain daripada gejala-gejala sosial ini, masalah sosial lelaki lembut juga turut
melahirkan ciri-ciri dan masalah dekadensi moral. Masalah berkenaan bukanlah
suatu isu yang baru tetapi sejak kebelakangan ini ia jelas ketara melibatkan golongan
lembut dan perlu dirawat segera sebelum menjadi parah (Ismail Mustari: 2007).
5
Allah SWT menciptakan sesuatu itu dengan cukup sempurna dan tidak boleh
dipertikaikan lagi. Allah SWT menjadikan manusia berpasangan lelaki dan
perempuan di muka bumi. Namun, ada makhluk manusia dilahirkan selain lelaki dan
perempuan iaitu dikenali sebagai khunsa. Khunsa ini bermaksud manusia yang
mempunyai dua alat kelamin iaitu lelaki dan perempuan pada seseorang atau yang
langsung tidak didapati kedua-dua alat sulit (Asmungi M. Sidek: 2001).
Namun begitu, masih ada lagi golongan yang tidak mensyukuri pemberian
Allah SWT. Terdapat sebahagian manusia ini ingin mengubah apa yang ada pada diri
mereka. Lelaki yang berperwatakan seperti wanita dan wanita yang ingin menjadi
seperti lelaki. Dalam Islam ia suatu yang ditegah dan diharamkan. Sebagaimana
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas:
المتشبهين من الرجال بالنساء ) ص(عن ابن عباس قال لعن رسوا اهللا
والمتشبهات من النساء بالرجال
Maksudnya: “Dari Ibnu ‘Abbas r.a katanya: Rasullullah saw mengutuk laki-laki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti lelaki”.
(Riwayat Bukhari)
Berdasarkan hadis di atas, secara komprehensif apabila Allah SWT
menyebut `melaknat'. Ia menunjukkan penegasan tentang betapa perbuatan tersebut
adalah haram di sisi agama.
Kewujudan golongan lelaki lembut bukan lagi perkara menghairankan dalam
masyarakat. Malah dalam sesetengah bidang ia menjadi satu budaya atau ikutan yang
diterima. Kebanyakan mereka memiliki naluri kewanitaan yang mendorong mereka
menggayakan pakaian dan bersolek seperti perempuan. Apa yang lebih
mendukacitakan, golongan pelajar Institut Pengajian Tinggi juga ramai yang
terpengaruh dan mengamalkan budaya ini dalam kehidupan seharian sama ada di
kampus atau di luar kampus.
6
Syarahan Tan Sri Prof. Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Ghazali, Naib Canselor
UTM sempena Amanat Tahun baru pada 5 Januari 2007 yang bertempat di Dewan
Sultan Iskandar mengatakan hasrat universiti adalah untuk melahirkan graduan yang
mempunyai modal insan negara. Sekiranya fenomena lelaki lembut tidak dibendung,
maka status UTM akan hilang tercemar.
Pada tahun 2003 isu berkaitan golongan lelaki lembut ini telah dibangkitkan
oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Dr Siti
Zaharah Sulaiman. Beliau menyatakan kebimbangannya mengenai gejala lelaki
lembut yang semakin meningkat khususnya di kalangan pelajar universiti
sehinggakan isu ini mendapat liputan yang luas daripada media massa tetapi kupasan
yang mendalam mengenai golongan lelaki lembut masih terlalu sedikit (Massa:
2004).
Isu lelaki lembut yang dicetuskan oleh Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman ini
juga mendapat reaksi pro dan kontra pelbagai pihak untuk menilai kembali fenomena
ini. Bagi kategori lembut yang terhad kepada pertuturan dan tingkah laku sahaja,
golongan lembut ini turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam masa yang sama, jika tidak diawasi pergaulan sesama mereka mungkin boleh
mengundang gejala tidak sihat terutamanya menjurus kepada kegiatan seks sesama
jenis (Utusan Melayu: 20 Julai 2003).
Dalam memperkatakan fenomena lelaki lembut, Ketua Jabatan Kaunseling
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Noraini Ahmad pula meminta
masyarakat membezakan antara lelaki yang dilahirkan lemah lembut dan
mengekalkan gaya hidup seorang lelaki sejati dengan golongan lelaki lembut yang
melanggar norma-norma masyarakat atau perlakuan mereka yang menyinggung
masyarakat. Beliau berkata, isu lelaki lembut ini sesuatu yang sensitif dan
memerlukan kefahaman masyarakat kenapa ada lelaki lembut dan yang bukan
homoseksual ini. Beliau menegaskan:
7
``Jangan kita menyinggung perasaan lelaki yang lemah lembut tutur
kata ini tetapi tetap menjalani kehidupan normal sebagai seorang lelaki
termasuk berumah tangga dan beranak pinak. Golongan ini tidak
menimbulkan masalah kepada ummah iaitu tidak menimbulkan
gangguan atau ketidakselesaan masyarakat.
``Yang menjadi isu sekarang ini adalah lelaki lembut yang menyerupai
perempuan dan ketara tidak macho. Mereka mula mempamerkan
penampilan yang lari daripada norma seorang lelaki dengan
mengukuhkan kelembutannya dengan memakai pakaian menyerupai
perempuan, memakai gincu dan mencabut bulu kening serta dikuatkan
lagi dengan lenggang-lenggoknya yang lemah-gemalai dan bersuara
seperti seorang perempuan'' (Utusan Melayu: 20 Julai 2003).
Sehubungan dengan itu, fenomena ini memerlukan penelitian yang
mendalam untuk mengenal pasti etiologi kecelaruan jantina ini, adakah lelaki lembut
merupakan satu gejala yang tidak sihat atau golongan ini memang berwatakan
lembut yang tidak mengganggu masyarakat.
1.3 Pernyataan Masalah
Perbincangan tentang kecelaruan identiti bagi golongan lelaki lembut dalam
masyarakat Malaysia bukan satu perkara yang baru. Pelbagai seminar, kajian telah
dibuat bagi melihat faktor yang menyumbang kepada perubahan identiti ini. Keadaan
mereka juga telah menyimpang dari batasan Islam.
Masalah lelaki lembut di IPTA mula digembar-gemburkan kepada umum,
khususnya oleh akhbar arus perdana berbahasa Melayu apabila bekas Menteri
Perpaduan Negara dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Paduka Dr Siti Zaharah
8
Sulaiman menyatakan pihak universiti harus berjaga-jaga dengan kebanjiran lelaki
lembut di menara gading. Pihak universiti juga turut bersetuju dengan dakwaan
tersebut sehinggakan golongan ini boleh menubuhkan kumpulan mereka (Massa:
2004).
Dengan kemunculan kelompok lelaki lembut di dalam bidang akademik,
boleh memberi gambaran yang negatif kepada masyarakat dan menjatuhkan imej
universiti. Matlamat pelajar ke universiti adalah untuk menuntut ilmu sehingga tamat
pengajian. Namun, sama ada disedari atau tidak masalah sosial muncul dengan
pelbagai budaya dan ragam. Salah satunya adalah masalah yang dibawa oleh
kelompok lelaki lembut yang wujud di dalam persekitaran gedung pendidikan.
Seperti hidup bersosial dengan rakan perempuan, budaya ”pinky” yang menjadi gaya
dan trend dikalangan lelaki lembut, dan sebagainya. Melihat kepada fenomena ini,
maka penyelidik terdorong untuk membuat kajian berkaitan lelaki lembut, faktor dan
kesannya kepada pembentukan sahsiah pelajar di IPTA.
1.4 Objektif Kajian Secara khususnya objektif kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut:
i. Mengetahui faktor yang mendorong seseorang lelaki itu berperwatakan
lembut.
ii. Mengetahui kesannya terhadap pembentukan sahsiah diri di kalangan
lelaki lembut di IPTA.
iii. Mengetahui kedudukan lelaki lembut daripada pandangan Islam.
9
1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan berikut:
i. Apakah faktor yang mendorong seseorang lelaki itu berperwatakan
lembut?
ii. Apakah kesannya terhadap pembentukan sahsiah diri di kalangan lelaki
lembut di IPTA?
iii. Apakah kedudukan lelaki lembut daripada pandangan Islam?
1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini membincangkan tentang keadaan kehidupan yang dialami oleh
golongan lelaki lembut khususnya di kalangan mahasiswa IPTA. Kajian ini penting
kepada kelompok-kelompok tertentu terutamanya kepada pihak Hal Ehwal Pelajar
(HEP), Fakulti, pensyarah, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Sosial Negara,
JAKIM dan masyarakat.
Kajian ini dapat membantu pihak pentadbiran universiti (HEP) dalam
mengawal masalah gejala lelaki lembut ini dari terus berkembang. Pihak HEP boleh
membuat tindakan susulan seperti kaunseling berkelompok, mengadakan aktiviti dan
program-program yang difikirkan wajar dan berkesan untuk lelaki lembut dan
dipelbagaikan supaya dengan hasil aktiviti ini dapat membantu golongan ini
memperbaiki dan membina kembali identiti mereka. Selain itu juga, pihak HEP perlu
segera dalam melaksanakan peraturan berpakain lengkap. Keadaan ini kerana
terdapat sebahagian pelajar yang berperwatakan lelaki lembut berpakaian seperti
perempuan, dan memakai make-up. Dalam masa yang sama, pihak kabinet
Kementerian Pengajian Tinggi juga perlu menambah lagi klausa dalam Akta
10
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan pihak universiti
mengambil tindakan yang tegas kepada golongan lelaki lembut ini.
Selain itu, kajian ini penting kepada pensyarah dan pihak fakulti dalam
menangani masalah lelaki lembut. Peranan pensyarah bukan sahaja komited dalam
pengajaran dan pembelajaran semata-mata malah boleh membantu pelajar dengan
memberi nasihat dan bimbingan terutama kepada golongan lelaki lembut supaya
kembali kepada fitrah manusia sebenar. Begitu juga dengan pihak pentadbiran fakulti
yang mana perlu juga mengambil berat tentang isu lelaki lembut supaya masalah ini
tidak menular di kalangan pelajar lelaki yang berperwatakan normal.
Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak Kementerian Pengajian Tinggi
dalam menangani masalah kebanjiran golongan lelaki lembut di IPTA. Dalam masa
yang sama, kajian ini penting untuk mengetahui faktor-faktor berlaku kecelaruan
jantina agar ianya dapat memberi satu garis panduan kepada pihak tertentu
khususnya Kementerian Pengajian Tinggi di dalam menentukan ciri-ciri dan kriteria
kemasukan pelajar ke universiti di samping mengatur program-program kesedaran
yang sesuai untuk golongan lelaki lembut ini.
Kajian ini sesuai dijadikan rujukan oleh pihak-pihak bertangungjawab
khususnya Institusi Sosial Negara (ISN) dalam membantu menangani isu lelaki
lembut. Hasil kajian ini sekurang-kurangnya dapat membantu pihak ISN untuk
mengambil langkah atau perancangan yang selanjutnya untuk mendekati golongan
ini.
Pihak JAKIM pula boleh menjadikan kajian ini sebagai panduan tentang
masalah lelaki lembut supaya dapat menyusun program yang bersesuaian kepada
golongan ini dan mengeluarkan fatwa berkenaan dengannya supaya mereka dapat
kembali kepada keadaan asal dan fitrah kehidupan lelaki yang sebenarnya.
Akhirnya, kajian ini diharap dapat menjadi maklumat dan panduan kepada
masyarakat umum yang akan berhadapan dengan golongan lelaki lembut dalam
11
kehidupan dan dapat mendekati golongan ini dalam usaha menarik mereka kembali
ke fitrah semulajadi mereka.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan terhadap pelajar lelaki yang menduduki pengajian
sepenuh masa yang berwatakan dan berketrampilan lembut di Universiti Teknologi
Malaysia, Kampus Skudai, Johor. Perkara yang dikaji hanyalah terbatas kepada
faktor yang mempengaruhi golongan lelaki lembut dan mengetahui kesannya dalam
membentuk sahsiah dalam kehidupan mereka kelak.
1.8 Definisi Istilah
Beberapa istilah yang digunakan di dalam penulisan ini memerlukan kepada
definisi yang terperinci. Ia perlu memandangkan pengertian umum dan pengertian di
dalam kajian ini mungkin sedikit berbeza berdasarkan penggunaannya. Istilah-istilah
tersebut adalah seperti berikut.
1.8.1 Lelaki
Perkataan lelaki dikenali dengan panggilan laki-laki (Kamus Dewan, 2002:
786). Manakala dalam Kamus A Malay- English Dictionary Part II lelaki ialah male,
masculine (R.J.Wikinson, 1959: 672). Lelaki juga dikenali dengan gelaran maskulin
yang mana dalam Advanced English Dictionary English- Bahasa Melayu Edition,
ialah Describe thing that relate to men, or things that are typical of men, iaitu
merujuk kepada lelaki dan jenis-jenis ataupun ciri-ciri lelaki (Federal-Chambers,
2000: 694)
12
1.8.2 Lembut
Perkataan lembut di dalam Kamus Dewan (2002: 476) ialah tidak keras,
mudah dilentur, lemah, lembik atau lunak. Manakala dalam Tesaurus Melayu Moden
Utusan (1994: 155) lembut ialah gebu, empuk, lembik, lunak, licin, reput, santun,
sopan dan tertib. Menurut Sir Richard Winstedt, istilah lembut di definisikan sebagai
tidak keras (daging), halus (kulit dan suara), baik (hati), lemah (badan) (Kamus
Bahasa Melayu, 1997: 182) dan di dalam Buku Katan Kamus Melayu (1997: 837)
menerangkan bahawa lembut bermaksud tiada keras baik pada benda atau pada
kelakuan dan cakap. Lembut yang dibincangkan dalam kajian ini adalah dilihat dari
segi perwatakan.
Secara keseluruhan, lelaki lembut yang dimaksudkan dalan kajian yang
dijalankan adalah lelaki yang mempunyai perwatakan lembut atau mempunyai ciri-
ciri seperti seorang wanita. Mereka gemar berhias dengan perhiasan wanita, suka
berpakaian seperti wanita untuk kelihatan cantik dan menawan. Lelaki lembut ini
biasanya digelar dengan pondan, mak nyah, bapok dan adik dalam bahasa pasar.
1.8.3 Pembentukan Istilah pembentukan berasal dari perkataan bentuk yang membawa maksud
lengkok atau kelok pada benda-benda yang melengkong. Dari pegertian
pembentukan ini pula adalah perbuatan atau hal membentuk. Ini bermaksud,
pembentukan ini dilihat dari perihal dan perbuatan (Kamus Pelajar Bahasa Melayu,
1987: 65).
1.8.4 Sahsiah
Merujuk kepada Kamus Dewan (2002: 1169) sahsiah juga dimaksudkan
dengan keperibadian, peribadi. Manakala dalam Kamus Komprehensif Bahasa
13
Melayu (2005: 658) perkataan sahsiah merupakan kata nama yang bermaksud
akhlak, kendiri, moral dan peribadi.
1.8.5 Mahasiswa
Dalam Kamus Za’ba (t.t), mahasiswa dimaksudkan sebagai penuntut lelaki di
IPT (seperti universiti dan lain-lain) manakala menurut Kamus seerti Bahasa Melayu
(2005) mahasiswa ialah mahasiswi, pelajar, penuntut dan siswa .
1.9 Kesimpulan
Dalam bab ini penyelidik telah menjelaskan tentang penulisan keseluruhan
kajian ini. Bab membincangkan tentang tajuk-tajuk yang berkaitan dengan
pengenalan,dan latar belakang masalah. Selain itu, pernyataan masalah, objektif
kajian, kepentingan kajian, persoalan kajian, skop kajian dan definisi istilah turut
dibincangkan bagi melihat gambaran keseluruhan tentang kajian yang dikaji.