[edu.joshuatly.cjjjjom] melaka trial spm 2013 bahasa melayu [7233087c].pdf
TRANSCRIPT
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
1/30
1
1103/1
Bahasa
Melayu
Kertas 1
September
20132 jam
SMK KAMPUNG GELAM , Melaka
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TINGKATAN LIMA
TAHUN 2013
BAHASA MELAYU
Kertas 1
Dua jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab soalan Bahagian A dan satu daripada Bahagian B.3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak.
1103/1 [Lihat halaman sebelah
1103/1
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
2/30
2
Bahagian A
[30 Markah]
[ Masa yang dicadangkan : 45 minit]
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada manfaat membaca. Huraikan pendapat
anda tentang manfaat membaca. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.
MANFAAT MEMBACA
1103/1 [Lihat halaman sebelah]
1103/1
Negara bertambah maju Berjaya dalam akademik
Meningkatkan kepakaran Meningkatkan pengetahuan
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
http://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/http://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/http://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/ -
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
3/30
3
Bahagian B
[ 100 markah ]
[ Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.
1. Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai
balasan, setiap orang anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.
Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu
bapa.
2. Kes penderaan ke atas kanak-kanak sering dilaporkan dan meruntun hati setiap ahli
masyarakat yang waras. Untuk itu, sebuah wawancara telah dilakukan bagi melihat usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani isu ini.
Tuliskan wawancara itu selengkapnya.
3. Kemiskinan merupakan racun yang mengancam sesebuah negara.
Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan
dalam kalangan rakyat.
4. Teknologi satelit telah menjadikan masyarakat dunia lebih rapat sehingga merentasi
sempadan.
Ulaskan kepentingan dan peranan teknologi satelit terhadap hubungan dan komunikasimasyarakat dunia.
5. Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnyaagar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.
( Dipetik daripada Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 20)
Berdasarkan rangkap sajak di atas, bincangkan usaha-usaha dalam memartabatkan Bahasa
Kebangsaan kita.
KERTAS SOALAN TAMAT
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
4/30
4
Bahagian A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah]
Kriteria Penskoran
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
CEMERLANG
26-30
(28-30)
(26-27)
Karangan MENEPATI tema bahan rangsangan.
Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tandabaca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan RumiBaharu. Penggunaan kosa kata luas dan TEPAT.
Wacananya lengkap. Unsur bahasa yangg digunakanbervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.
Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan
dengan jelas dan matang.
KEPUJIAN
20- 25
(23-25)
(20-22)
Karangan MENEPATI tema bahan rangsangan.
Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca betul
dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
Penggunaan kosa kata LUAS.
Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakanbervariasi.
Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikandengan JELAS.
MEMUASKAN
15-19
(17-19)
(15-16)
Karangan MASIH menepati tema bahan rangsangan.
Bahasa MASIH gramatis dari segi kata dan ayat.Penggunaan tanda baca MASIH betul dan TEPAT. Ejaan
MASIH mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaankosa kata umum.
Wacananya MASIH lengkap. Unsur bahasa MASIHbervariasi.
Idea MASIH relevan dengan tema bahan rangsangan.
Huraian idea MASIH jelas.
KURANG
MEMUASKAN
10-14(12-14)
(10-11)
Karangan KURANG menepati tema bahan rangsangan.
Bahasa KURANG gramatis dari segi kata dan ayat.Kesalahan-kesalahan tatabahasa KETARA. Ejaan masih
mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi terdapatKESALAHAN EJAAN YANG KETARA. Penggunaan kosa
kata terhad.
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
5/30
5
Wacananya KURANG lengkap. Unsur bahasa KURANGbervariasi.
Idea KURANG relevan dengan tema bahan rangsangan danhuraiannya KURANG jelas.
PENCAPAIANMINUMUM
01-09
(06-09)
(01-05)
Calon tidak menunjukkan oenguasaan kemahran menulis.
Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.
Idea TIDAK menepati tema bahan rangsangan.
Bahagian B: Karangan [100 markah]
Perincian Pemarkahan.
Cara pemeriksaan.
1. Pemeriksaan dilakukan secara HOLISTIK berpandukan peringkat dan kriteria yang
ditetapkan.
2. Jika karangan:a. Kurang daripada 350 patah perkataan, periksa seperti biasa.
b. Terlalu panjang, periksan seperti biasa hingga ke akhir karangan.
3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.
Tiada tajuk tolak 1 markah.
Tiada nama penulis tolak 1 markah
4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak markah dan pemotongan maksimum ialah sebanyak
3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.
Kriteria Penskoran
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
CEMERLANG
80-100
(90-100)
(80-89)
Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.
Ejaan dan tanda baca betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan
jelas dan matang, diserta dengan contoh yang sesuai.
Pengolahan menarik dan berkesan.
Wacana yang lengkap dan terdapat kesinambungan ideayang jelas antara perenggan.
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
6/30
6
Format menepati kehendak tugasan.
Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa danpenggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan
kata atau frasa.
KEPUJIAN
66-79
(73-79)
(66-72)
Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.
Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi
terdapat kesalahan yang minimum.
Ejaan dan tanda baca betul.
Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan denganjelas, disertakan dengan contoh yang sesuai.
Pengolahan menarik dan berkesan.
Wacana yang lengkap dan terdapat kesinambungan idea
yang jelas antara perenggan.
Penggunaan unsur bahasa mesih bervariasi.
Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasadan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun,
cogan kata atau frasa.
BAIK
51-65
(58-65)
(51-57)
Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.
Penggunaan ayat majmuk gabungan gramatis tetapiterdapat keslahan yang minimum.
Ejaan dan tanda baca masih betul. Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
Penggunaan kosa kata umum.
Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masihjelas dan contoh-contoh yang dikemukakan masih
sesuai.
Isi bercampur aduk, huraian kurang jelas, tidakseimbang dan contoh-contoh yang dikemukakan masihsesuai.
Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masihsesuai.
Wacana masih lengkap ATAU wacana kurang lengkap. Format menepati kehendak tugasan.
Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
Gaya bahasa yang kurang menarik dari segi keindahanbahasa dan penggunaan ungkapan pula kurang berkesan.
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
7/30
7
MEMUASKAN
36-50
(43-50)
(36-42)
Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad.
Ayat kurang gramatis.
Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat keslahan yangminimum.
Penggunaan kosa kata umum tetapi terhad.
Laras bahasa yang digunakan kurang sesuai dengan
tugasan. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang
jelas dan contoh-contoh kurang sesuai.
Pengolahan kurang menarik.
Wacana masih lengkap ATAU wacana kurang lengkap.
Format menepati kehendak tugasan ATAU formatbercampur aduk.
Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.
Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasadan penggunaan ungkapan kurang berkesan.
KURANG
MEMUASKAN
21-35
(28-35)
(21-27)
Penggunaan kata terbitan kurang tepat.
Ayat tidak gramatis.
Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraiantidak jelas / tidak berkemabnag dan contoh-contoh tidak
sesuai.
Pengolahan tidak menarik.
Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidakseimbbang.
Tidak menguasai unsur bahasa yang bervariasi.
Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaanungkapan yang lemah.
PENCAPAIANMINIMUM 01- 20
(11-20)
(01-10)
Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayatyang tidak gramatis.
Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak
berkemabng dan contoh tidak sesuai.
Pengolahan tidak menarik.
Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidakseimbang dan tidak sesuai.
Gaya bbahasa dari segi keindahan bahasa danpenggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik.
PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
8/30
8
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
9/30
1
1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2September
20132 jam
SMK KAMPUNG GELAM , Melaka
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM
TAHUN 2013
BAHASA MELAYU
Kertas 2Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman.
1103/2 [ Lihat halaman sebelah ]
1103/2http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
10/30
2
Soalan 1: Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang langkah-langkah
melestarikan teknologi hijau dan kekangan untuk melaksanakannya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Perubahan iklim dunia ketika ini mengakibatkan beberapa fenomena yang boleh
mengancam kehidupan manusia jika tidak ditangani dengan segera. Kenaikan aras laut, lapisanozon yang semakin menipis, pencairan bongkah ais, kejadian ribut dan gempa bumi adalah
antara fenomena yang menakutkan umat sejagat. Lantaran itu, pemimpin tertinggi negara ini
bersepakat memberikan komitmen dan tindakan jitu untuk bersama-sama mengurangkan
pengeluaran gas rumah hijau.
Di negara kita, teknologi hijau sedang berkembang penggunaannya dalam pelbagai
bidang. Kerajaan sendiri memperuntukkan dana sebanyak RM1.5 bilion dalam belanjawan 2010
bagi mempromosikan penggunaan teknologi hijau. Faedah teknologi hijau ini begitu banyakseperti meningkatkan produktiviti sumber semula jadi dan populasi serta mengurangkan
perbelanjaan kerajaan untuk merawat setiap pencemaran yang berlaku. Penggunaan teknologihijau mampu merangsang inovasi dan perubahan cara hidup seharian manusia. Kerajaan turut
menstruktur semula dan menambah fungsi beberapa kementerian seperti mewujudkan
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Untuk memastikan adanya penyelarasan di
peringkat tertinggi, kerajaan telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau.
Untuk membantu kerajaan melaksanakan dasar teknologi hijau, remaja ada peranan
mereka sendiri. Golongan remaja sebagai pewaris negara ini hendaklah mengimplementasikandasar teknologi hijau dalam kegiatan seharian. Remaja hari ini mempunyai tanggungjawab besar
bagi menjaga bumi tercinta. Remaja mesti menghayati pendidikan mengenai teknologi hijau,
khususnya tonggak dan objektif yang menjadi dasar teknologi hijau. Sebenarnya, sebahagianbesar rakyat Malaysia masih belum mempunyai kesedaran yang tinggi dan mendalam tentang
kepentingan menjaga alam sekitar dan penggunaan teknologi hijau. Misalnya, plastik, kaca,
kertas dan sisa makanan tidak dibuangkan di dalam tong yang berasingan. Oleh hal demikian,
kanak-kanak seawal usia rebung mesti dididik untuk menghargai alam semula sekitar.
Tidak ada gunanya kerajaan memperuntukkan bajet bagi mempromosikan teknologi hijau
jika kita semua tidak menukar minda. Semua pihak hendaklah mempraktikkan teknologi hijaudari rumah, bermula dalam lingkungan keluarga dan rakan. Tentu ada antara kita yang pernah
melihat atau didedahkan kepada kempen pembuangan sampah. Amalan kitar semula melalui
penyediaan empat tong sampah berasingan di setiap kawasan kejiranan dimanfaatkansepenuhnya oleh masyarakat.
1103/2 [ Lihat halaman sebelah ]
1103/2http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
11/30
3
Tegasnya, penjagaan alam sekitar bukan tanggungjawab kerajaan. Sebaliknya,
tanggungjawab dan amanah menjaga alam sekitar untuk kehidupan kini dan masa depan mesti
dipikul bersama-sama. Hakikatnya, kita meminjam dunia hari ini daripada generasi masahadapan.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencanaTeknologi Hijau, Peranan Remaja Dituntutoleh
Muhamad Haffy Zikry, Dewan Siswa , Februari 2010)
Soalan 2: Pemahaman
[ 35 markah ]
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mengimplementasikan dasar? [ 2 markah ]
(ii) Apakah faedah-faedah teknologi hijau? [ 3 markah ]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah program kitar semula kurang mendapat sambutan dalam
kalangan masyarakat? [ 4 markah ]
1103/2 [Lihat halaman sebelah]
1103/2http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
12/30
4
Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Mengapakah Mak Timah mengambil anak Siew Lan? [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuaidiambil untuk membendung gejala pembuangan bayi ? [3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan
satu persoalan yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]
1103/2 [Lihat halaman sebelah]
1103/2
Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu, Kalau tak ada orang mahu
dia mahu buang itu budak, Bibik menerangkannya lagi. Mak Timah terperanjatmendengar penerangan bibik. Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalumenyuruh Mak Timah mengambil budak itu. Timbul rasa kasihan mendengar nasibbayi yang tidak berdosa itu. Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anakSiew Lan. Sementara itu, hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budakitu akan dibuang. Dia belas pada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mak Timahterfikir, dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. Pada Mak Timah, jikapandai dibela akan besar juga nanti budak itu.
Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duitangkat sumpah, kita kasi. Kita kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit. Bibikmembuat tawaran seolah-olah menjual beli barang-barang lagaknya. Mak Timahterfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Duit seratus lima puluh
ringgit pada masa itu, lumayan betul.Ambillah mak, ambillah. Jah nak adik, Jah nak adik! Katijah merengek,meminta dia mengambil anak Siew Lan.
(Dipetik daripadaCerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong
Oleh Mohamed Latiff Mohameddalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
13/30
5
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud aku bercintakan anakku.[2 markah]
(ii) Apakah yang berlaku terhadap Tuan Puteri Cenderawatisepanjang ketiadaan Indera Nata?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab seorang anak
kepada seorang ibu?
[3 markah]
1103/2 [ Lihat halaman sebelah ]
1103/2
Maka kata inang pengasuh itu, Sungguhlah tuan puteri itu beranakseorang laki-laki bernama Indera Nata tetapi sekarang ini Indera Nata itu telahlamalah sudah hilang disuruh oleh Raja Rom pergi mencari gajahbergandingkan emas serta tuan puteri tujuh orang.
Maka kata Indera Nata, Hai mak inang, akulah ini Indera Nata sertatuan puteri tujuh orang itu dan adalah aku bawa ini!
Mak mak inang pun segeralah membukakan pintu itu lalu ia pergimemberitahu akan Tuan Puteri Cenderawati. Setelah bondanya menengarIndera Nata datang itu maka segeralah ia mendapatkan anakanda itu.
Arakian maka tuan puteri pun terlihatlah kepada tuan puteri tujuh orangitu dibawa oleh anakanda itu. Maka hati bondanya pun terlalu sukacita melihatanakanda itu. Maka lalu ia memeluk mencium anaknya itu seraya katanya,
Wah anakku tuan, hiduplah rasa hatiku tuan dan nyawa bonda tuan adapunselama anakku pergi itu tiadalah aku mau makan dan minum dan tidurdaripada sangat aku bercintakan anakku ini!
Hatta maka Indera Nata pun lalu menyembah serta sujud kepadabondanya itu serta kata bondanya sambil bercucuran air matanya, Hai anakkuIndera Nata, betapakah anakku beroleh gajah bergadingkan emas ini dan tuanputeri sekalian?
(Dipetik daripada Hikayat Indera Natadalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
14/30
6
Soalan 2 (d) - Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
ADAT SEZAMAN
Peradaban zaman semakin berlalu
meninggalkan kesan mendalam
terlalu indah apabila dipandangterlalu mulia apabila diselidik
santun si dara jadi idaman
warak si teruna jadi ikatansi tua tersenyum mesra
memandang teruna dara
sama cantik sama padanberganding bersama
di singgahsana ...
Masa itu telah jauhzaman sudah berlalu
santun sang dara
dan warak sang teruna telah lenyap
si tua berduka laramemandang teruna daraberganding tanpa silu
tanpa hormat
tanpa batasanadat sezaman di tinggal jauh
adat agama dipandang remeh
adat kuning jadi ikutan.
Wan Nazihah Wan Abdullah
Antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.
(i) Mengapakah kehidupan anak muda sekarang berubah? [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat
dilakukan untuk membendung budaya kuning daripada mempengaruhigenerasi muda sekarang? [3 markah]
(iii) Berikan tiga pengajaran yang diperoleh daripada sajak di atas. [4 markah]
1103/2 [ Lihat halaman sebelah ]
1103/2http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
15/30
7
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan
maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan sertamenggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) bunga
(ii) haus
(iii) gugur
[6 markah]
(b) Tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asal ayat
tersebut.
(i) Pak Samad telah menjemput Fuad ke rumahnya untuk kenduri tahlil.
(ii) Penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong membina surau bersama-sama
dengan angkatan tentera.
(iii) Tsunami telah melanda Acheh dan Jepun selepas berlakunya gempa bumi berskala
besar.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal
pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa menulis ayat itu semula. Anda tidakboleh mengubah struktur dan maksud asal ayat tersebut.
(i) Guru-guru hendaklah memperkukuhkan ilmu saikologi bagi menghadapi murid padazaman teknologi maklumat.
(ii) Hajjah Rogayah telah menghadiahkan anak tunggalnya sebuah rumah sempena ulangtahun kelahiran anaknya itu.
(iii) Gejala hedonisme telah mempengaruhi remaja kita dengan pelbagai pembuatan yang
bersifat anti-sosial.[6 markah]
1103/2 [ Lihat halaman sebelah ]
1103/2http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
16/30
8
(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa menulisayat itu semula. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa itu.
(i) Semua rakyat mesti saling bantu-membantu sewaktu menghadapi kemiskinan ekonomi
yang tidak menentu.
(ii) Murid diminta berdiri untuk menyanyikan lagu patriotik bagi penghormatan kepada
negara.
(iii) Pengetua Sekolah-Pengetua Sekolah akan diberikan kenaikan darjat sempena sambutan
Hari Guru Malaysia pada tahun ini.
[ 6 markah ]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuaidengan ayat-ayat tersebut.
(i) Kedudukan pekerja Syarikat ABC seperti kerana kedudukan
kewangan syarikat amat kritikal.
(ii) Semua ahli masyarakat hendaklah bergotong-royong bak kata orang tua-tua
..
(iii) Ibu bapa mesti mendidik anak-anak tentang amalan berbudi bahasa sejak kecil bak kata
pepatah .
1103/2 [ Lihat halaman sebelah ]
1103/2http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
17/30
9
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Papa (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karta Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain(vi) Kabus di Perkukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(vii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan tema yang terdapat dalam
novel tersebut.
[7 markah]
(b) Jelaskan satu nilai ketabahan yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
[8 markah]
Kertas Soalan Tamat
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
18/30
10
SKEMA JAWAPAN
Markah penuh : 110 markah
Soalan 1Markah penuh 30 dibahagi kepada :
(a) Isi - 20 markah(b) Bahasa - 10 markah
(a) Isi [20 markah]Nota :
(i) Panduan mengira perkataan.
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan :
Nama khas
Perkataan berulang
Penggunaan kata sendi di dan ke
Tarikh
Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
Gelaran
(ii) Kira dan tanda jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum
diperiksa.
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidakperlu diperiksa.
(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
Bahagian Markah Markah
(i) Pendahuluan 2
(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16
(ii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4
(iv) Penutup/
Kesimpulan2
Jumlah Markah 20
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
19/30
11
Soalan 1: Rumusan
Pendahuluan:Petikan membincangkan cara-cara / usaha-usaha / tindakan-tindakan /
modus operandi melestarikan teknologi hijau di negara kita / di negara ini /di negara Malaysia.2 m
Isi Tersurat ( Langkah-langkah melestarikan teknologi hijau )
1. pemimpin tertinggi negara ini bersepakat memberikan komitmen dan
tindakan jitu untuk bersama-sama mengurangkan pengeluaran gas
rumah hijau. 2 m2. kerajaan sendiri memperuntukan dana sebanyak RM1.5 bilion dalam
belanjawan 2010 bagi mempromosikan penggunaan teknologi hijau. 2 m
3. kerajaan turut menstruktur semula dan menambah fungsi beberapa
Kementerian 2 m4. kerajaan telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau.
5. golongan remaja sebagai pewaris negara ini hendaklah
mengimplementasikan dasarteknologi hijau. 2 m
6. remaja mesti menghayati pendidikan mengenai teknologi hijau 2 m
7. anak-anak mesti dididik seawal usia rebung untuk menghargai
alam sekitar. 2 m8. semua pihak hendaklah mempraktikkan teknologi hijau dari rumah,
bermula dalam lingkungan keluarga dan rakan. 2 m
9. Amalan kitar semula melalui penyediaan empat tong sampahberasingan di setiap kawasan kejiranan dimanfaatkan
sepenuhnya oleh masyarakat. 2 m
Isi tersirat: ( kekangan melanksanakannya )
a. ibu bapa tidak mendidik anak-anak mengamalkan teknologi hijau 2 m
b. kurang kesedaran masyarakat tentang kepentingan teknologi hijau 2 m
c. kerajaan kurang bajet melaksanakan projek teknologi hijau 2 m
d. teknologi hijau kurang diterap dalam sekolah 2 m
e. pihak peniaga mementingkan keuntungan berbanding memelihara
alam sekitar 2 m
[ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ]
Penutup:
Kesimpulannya, (isu) langkah-langkah melestarikan teknologi hijau
hendaklah / haruslah / (cadangan) diperkasa / diberikan perhatian /dipraktikkan bersungguh-sungguh supaya / agar / untuk / demi /
(harapan ) negara kita selamat daripada musibah / hidup kita harmoni. 2 m
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
20/30
12
(b) Bahasa [10 markah]
Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan
dalam jadual berikut :Peringkat Markah
Isi
Markah
Bahasa
Huraian
Baik 18 20
15 17
9 10
7 - 9
- Kesinambungan isi baik
- Struktur ayat / tatabahasa baik- Kosa kata luas
- Tanda bacaan/ejaan betul
Sederhana 12 14
8 11
6 7
4 - 6
- Kesinambungan isi masih baik
- Struktur ayat/tatabahasa masih memuaskan- Kosa kata masih memuaskan
- Tanda bacaan/ejaan juga memuaskan
Lemah 1 7 1 - 4 - Pada keseluruhannya dalam serba
kekurangan/ tidak memuaskan
Nota
(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun
jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.[Markah bahasa maksimum : 10 markah]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
21/30
13
Soalan 2Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada :
Soalan 2(a) : 9 markah
Soalan 2(b) : 9 markah
Soalan 2(c) : 8 markahSoalan 2(d) : 9 markah
Perhatian bagi soalan 2 (a) hingga soalan 2(d)
1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul,
berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.
Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman
1. Soalan 2 markah
DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2
- jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1
- jawapan tidak tepat/salah 0
2. Soalan 3 markah
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap /relevan dengan tugas dan ayat
Gramatis
3
- isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis
- isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis
2
- isi tidak cukup/ kurang dan ayat kurang gramatis 1
- isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0
3. Soalan 4 markah
DESKRIPSI MARKAH
- isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayatGramatis
4
- isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
22/30
14
Soalan 2 (a): Petikan Rumusan
(iv) Berikan maksud rangkai kata mengimplementasikan dasar?maksudnya: proses melaksanakan / mengusahakan /melakukan
keputusan / ketetapan / prinsip yang ditetapkan[ 2 markah ]
(v) Apakah faedah-faedah teknologi hijau?- meningkatkan produktiviti sumber semula jadi dan populasi 1 m
- mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk merawat setiap 1 m
pencemaran yang berlaku.
- merangsang inovasi dan perubahan cara hidup seharian manusia. 1 m
[ 3 markah ]
(vi) Pada pendapat anda, mengapakah program kitar semula kurang mendapat sambutan dalamkalangan masyarakat?
- kurangnya kempen dalam kalangan masyarakat 1 m
- ibu bapa tidak menunjukkan teladan kepada anak-anak berkaitanamalan kitar semula 1 m
- penguatkuasaan kurang berkesan. 1 m
- tidak mendapat sokongan daripada pihak lain seperti media massa,
pihak swasta dan lain-lain. 1 m[ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ]
[ 4 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
23/30
15
Soalan 2 (b): Petikan Cerpen
(i) Mengapakah Mak Timah mengambil anak Siew Lan?
- Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruhMak Timah mengambil budak itu. 1 m
- Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. 1 m
- hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. 1 m
- dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. 1 m- Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. 1 m
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuai diambil untuk membendunggejala pembuangan bayi ?
- menanamkan nilai dan hukum agama pada masyarakat. 1 m- masyarakat mesti prihatin dengan tindakan remaja di sekeliling. 1 m
- kerajaan menguatkuasakan undang-undang terhadap mereka. 1 m
yang membuang bayi dengan tegas. 1 m
- Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajarandi sekolah. 1 m
[ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ]
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang lain
daripada keseluruhan cerpen.Dalam petikan:
- persoalan tentang belas kasihan sesama manusia tanpa
mengira agama dan bangsa. Mak timah sanggup membela
Pungut walaupun seorang anak cacat dan berbeza agama. 1+1 m
Dalam cerpen:
- persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anakyang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak
tersebut cacat dan dikatakan membawa sial. 1+1 m
- persoalan tentang ketabahan dalam menjalankan tanggungjawabyang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat
walaupun ketika Mak Timah sedang sakit. 1+1 m
[ 4 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
24/30
16
Soalan 2 (c): Petikan Prosa Tradisional
(i) Berikan maksud aku bercintakan anakku.
- maksudnya : Tuan Puteri Cenderawati rindu akan Indera Nata.dia merindui puteranya / anaknya
[ pilih satu jawapan sahaja ]
[2 markah]
(ii) Bagaimanakah keadaan Tuan Puteri Cenderawati
sepanjang ketiadaan Indera Nata?
- tidak mahu makan- tidak mahu minum
- tidak mahu / boleh tidur- sangat merindui Indera Nata
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab seorang anak
kepada seorang ibu?
- menziarahi ibu selalu
- mendoakan kesejahteraan untuk ibu
- beri duit belanja
- bawa ibu melancong / mengerja umrah / haji
[ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ]
[3 markah]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
25/30
17
Soalan - 2 (d): Sajak
(i) - peradaban zaman semakin berlalu.
- adat sezaman di tinggal jauh / zaman sudah berlalu.
- adat agama dipandang remeh.- adat kuning jadi ikutan.
[ Maksimum: 2 markah ]
(ii) - berpegang teguh pada ajaran agama dan nilai-nilai timur.
- ibu bapa mendidik dan membimbing anak-anak.
- ibu bapa memantau aktiviti anak-anak.
- masyarakat prihatin terhadap aktiviti remaja.- pihak berkuasa mengadakan program ceramah dan motivasi/ kempen budi bahasa dan
nilai-nilai murni.
- media menyiarkan program yang berfaedah.- kerajaan mengawal program-program yang disiarkan oleh pihak media.
- penguatkuasaan undang-undang bagi menyekat media negatif.
[ Maksimum: 3 markah ]
(iii) - Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh pada ajaran agama kerana adat dan
agama mampu menjadi panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukanperkara yang melanggar norma-norma hidup.
- Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh, iaitu remaja mempunyai nilai jatidiri yang tinggi, mereka pasti akan menjunjung adat ketimuran.
- Kita hendaklah bijak memilih pasangan kerana seseorang yang rasional akan memilih
pasangan yang berpegang teguh pada ajaran agama / adat dan budaya bangsa supaya
terhindar daripada pergaulan bebas.
- Kita janganlah terpengaruh dengan budaya kuning kerana budaya kuning merosakkannilai-nilai moral yang baik.
- Anak muda hendaklah menjauhi pergaulan bebas supaya tidak mencemarkan maruah
diri.[ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ]
[ Maksimum: 4 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
26/30
18
Soalan 3
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada :Soalan 3(a) : 6 markah
Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markahSoalan 3(e) : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3(a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2. Tolak markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripadakeseluruhan soalan.
3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah.6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak markah
bagi setiap ayat.
7.Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangansebagai satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas, tolak markah bagi ayat tersebut sahaja.
Jawapan 3(a)
(i) bunga- kuntum yang keluar daripada batang atau tangkai pokok
- laba / keuntungan daripada pelaburan
- langkah silat
(ii) haus
- dahaga / berasa kering tekak dan ingin minum- kurang tebalnya atau besarnya / menipis seperti tapak kasut, tayar kerana digosok
(iii) gugur- jatuh / luruh seperti buah-buahan
- mati / meninggal dunia / terkorban dalam peperangan
Jawapan 3(b) Menukar ayat kepada ayat Songsang
(i) Untuk kenduri tahlil, Pak Samad telah menjemput Fuad ke rumahnya.http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
27/30
19
(ii) a. Bersama-sama dengan angkatan tentera, penduduk kampung telah mengadakan
gotong-royong membina surau.
b. Dengan angkatan tentera, penduduk kampung telah mengadakan gotong-royongmembina surau bersama-sama.
(iii) Selepas berlakunya gempa bumi berskala besar, Tsunami telah melanda Acheh danJepun.
[ 6 markah ]
Jawapan 3(c)
(i) saikologi - psikologimemperkukuhkan - memperkukuh
(ii) Hajjah - Hajahmenghadiahkan - menghadiahi
(iii) anti-sosial - antisosial
pembuatan - perbuatan
[ Maksimum: 6 markah ]
Jawapan 3(d)
(i) kemiskinan - kegawatan
saling bantu-membantu - saling membantu
(ii) patriotik - rasmi
bagi - sebagai
(iii) darjat - pangkat
Pengetua Sekolah-Pengetua Sekolah - Pengetua-Pengetua Sekolah
[ Maksimum: 6 markah ]
Jawapan 3(e) Peribahasa
(i) abu di atas tunggul
(ii) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
(iii) melentur buluh biarlah dari rebungnya.
[ Maksimum: 6 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
28/30
20
Soalan 4
Markah penuh 15 markah
Panduan pemarkahan bagi soalan 4
(a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari
ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap
iii) Beri 2 markah bagi setiap isi yang lengkap/ jelas (pernyataan dan huraian/contoh)iv) Beri 1 markah bagi isi yang kurang lengkap/ kurang jelas
v) Markah isi maksimum 4 markah
vi) Markah bahasa maksimum 3 markah
vii) Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 3 markah
Sederhana: 2 markah
Lemah : 1 markah
viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa
(ix) Calon tidak menjawab 0 markah
[Maksimum : 7 markah]
(b) (i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari
(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap
(iii) Beri 1 markah untuk pernyataan
(iv) Berikan 2 markah untuk pernyataan dan huraian/contoh
(v) Markah isi maksimum 6 ( 3 isi x 2 markah)
(vi) Markah bahasa maksimum 2 markah
(vii) Markah bahasa diberi secara impression
(vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa
(viii) Calon tidak menjawab 0 markah
[Maksimum : 8 markah]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
29/30
21
Jawapan Soalan 4
(a) Tema
1. Tema novelRenyah Konflik Kekeluargan -
i. Dato Dolhi tertekan dengan sikap anak-anaknya yang tidak mahu meneruskan
perniagaannya.
ii. Dato Dolhi tertekan dengan tingkah laku anak-anaknya seperti Hasnol yang terlibatdengan rasuah, Dani terlibat dengan dadah, Ilham terlibat dengan demontrasi haram
dan Mukhlis terlibat dengan ajaran songsang.
iii Datin Tominah tidak menerima hakikat bahawa suaminya mempunyai isteri lain.
iv. Datuk Dolhi rasa bersalah kerana tidak membesarkan anaknya Wahi.
v. Anak-anak Datuk Dolhi bertengkar sesama sendiri tentang sikap dan pendirian
masing-masing.
2. Tema novelSutera Dalam L uki sanialah konflik jiwa: -
i. Bujei mengalami konflik jiwa sehingga menjadi abnormal kerana dia dituduh telah
menyebabkan ibunya meninggal dunia.ii. Adila membawa diri ke kampung kerana mengalami kekecewaan apabila
kekasihnya berkahwin.
iii. Alias mengalami konflik jiwa sehingga menjadi tidak siuman apabila pinangannya
ditolak oleh Adilah.
iv. Harun mengalami konfliks jiwa apabila kehendaknya untuk mendapatkan tanah
pusaka Bujei tidak mendapat sokongan Sidang Saman
(b) 1. Ni lai ketabahan dalam novel Renyah :
i. Datuk Dolhi tabah menghadapi kerenah anak-anaknya yang tidak mahu mendengar
nasihatnya.
Contoh: Hasnol tidak mahu berhenti kerja bagi menyambung usaha Datuk Dolhi dalam
perniagaan.
ii. Datuk Dolhi tabah menghadapi dugaan apabila nama baiknya tercemar. Misalnya:
Hasnol diburu oleh pihak berkuasa kerana terlibat dengan rasuah dan Dani ditangkap
kerana terlibat dengan najis dadah.http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatl
-
7/27/2019 [edu.joshuatly.cjjjjom] Melaka Trial SPM 2013 Bahasa Melayu [7233087C].pdf
30/30
22
iii.Datuk Dolhi tabah menghadapi perlakuan isterinya Datin Tominah.
Misalnya: Datin Tominah marah apabila mengetahui Datuk Dolhi mempunyai anak dan
isteri lain.
iv. Datuk Dolhi tabah menyelamatkan anak-anaknya.
Contohnya: Datuk Dolhi mencari Mukhlis dan dihantar ke hospital dan menghantar
Dani ke Pusat Pemulihan Dadah.
2. Nilai ketabahan dalam novel Sutera Dalam Lukisan :
i. Adilah tabah menghadapi putus tuning.
Misalnya: Adilah telah membawa diri ke kampung bagi mencari ketenangan apabila
tunangnya berkahwin dengan orang lain.
ii. Adilah tabah menghadapi tomahan dan fitnah
Misalnya: Adilah tabah menghadapi tomahan dan fitnah berikutan usahanyamemulihkan Bujei.
iii.Bujei tabah menghadapi kepayahan hidup.
Contohnya: Bujei tabah menghadapi hidup sebagai anak yatim-piatu dan berada dalam
kemiskinan.
iv. Adilah tabah memulihkan Bujei.
Adilah sabar dan tabah berusaha memulihkan Bujei dan akhirnya, usaha beliau berjaya.
PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT