kesultanan melayu melaka 2

40
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA “Kesultanan Melayu” HALIQ MAULANA BIN MOHAMMAD 840918-13-5737 NURDIN BIN IBARAHIM 88888-88-8888 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KENINGAU

Upload: cursive

Post on 23-Jun-2015

3.643 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

PENDIDIKAN NEGARA BANGSA

“Kesultanan Melayu”

HALIQ MAULANA BIN MOHAMMAD840918-13-5737

NURDIN BIN IBARAHIM88888-88-8888

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KENINGAU

Page 2: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2
Page 3: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

PENGENALANLATAR BELAKANG KESULTANAN MELAYU MELAKAKELEBIHAN MELAKA SEBAGAI KOTA METROPOLITANPERDAGANGANMELAKA SEBAGAI PUSAT KEBUDAYAAN SERANTAUKESIMPULAN

Page 4: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Kota Melaka pada abad ke-15 adalah sebuah pelabuhan entrepot juga merupakan sebuah Empayar Kesultanan Melayu yang terunggul di eranya.

Di asaskan sekitar akhir abad ke-14 dan awal abad ke-15 oleh Parameswara dengan bantuan 32 Orang Laut.

Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kepada pensejarahan Malaysia moden.

Page 5: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah berdarah raja Palembang(Srivijaya) dan kronologi pensejarahan sehinggalah tertubuhnya Kota Melaka iaitu sekitar akhir abad ke-14M iaitu pada tahun 1394M .

Terdapat pelbagai nama raja pertama Kota Melaka adalah Raja Iskandar Syah , Raja Parameswara , Permaisura dan sumber-sumber Cina danPortugis menamakannya Palisula, Pailimisula, Parameswara dan Permicura .

Page 6: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2
Page 7: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Kota Melaka dibina berdasarkan kronologi kisah pelarian Parameswara yang tewas mempertahankan Kerajaan Srivijaya di Palembang kepada Kerajaan Jawa Majapahit membawa diri ke Singapura (Temasik).

Di Singapura, sungguhpun menerima layanan yang baik daripada Tamagi (anak menantu raja Siam) pemerintah Singapura ketika itu, setelah lapan hari, baginda membunuhnya dan menjadi pemerintah Singapura selama 5 tahun.

Page 8: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Selepas itu, Singapura diserang oleh Kerajaan Siam dan baginda buat kali kedua gagal mempertahankan pemerintahan dan melarikan diri bersama pembesar dan 32 orang Orang Laut Selitar dan kemudian ke Muar .

Seterusnya baginda berpindah lagi sehingga terserempak dengan kejadian seekor pelanduk putih menendang anjing perburuannya.

Page 9: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Lantas baginda berpendapat kawasan tersebut adalah kawasan yang baik untuk mendirikan negeri dan mengambil nama pohon Melaka yang menjadi tempat teduh baginda sebagai nama negeri tersebut iaitu Melaka.

Page 10: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

• Mengikut sejarah Malaysia , terdapat beberapa ciri negeri-negeri perdagangan yang menjadi pilihan para pedagang iaitu • sikap berbaik-baik terhadap orang asing, • kecekapan dalam aktiviti pemungahan barangan,• terdapat hasil-hasil yang diminati untuk dibeli • pentadbiran yang berwibawa serta sedia bekerjasama.

Page 11: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Raja memainkan peranan yang penting dalam memastikan keberterusan kerajaan pemerintahannya.

Di samping raja, rakyat berperanan penting dalam membantu raja bersama-sama mempertahankan dan memajukan negara sepertimana yang terkandung dalam waat tersebut di mana rakyat tidak boleh sesekali menderhakai raja walaupun raja tersebut zalim dan melampui batas .

Page 12: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

• Sungguhpun demikian mengikut Muhammad Yusoff Hashim , terdapat beberapa faktor yang menentukan kejayaan pentadbiran raja Melaka Parameswara iaitu : karisma baginda yang mewarisi daulat raja-raja Melayu-

Palembang atau Srivijaya, faktor pembesar Melayu yang telah bersama-sama beliau sejak dari Palembang

faktor sokongan Orang Laut (Orang Selat )semenjak dari Palembang dan Singapura sehinggalah ke tahap sepanjang pendudukan awal Parameswara di Melaka.

Page 13: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

• Kesemua faktor ini menjadi faktor induk yang membantu untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran dan politik tersusun kelak.

• Karisma Parameswara sebagai raja dan pemerintah telah sedia ada melalui pengalaman menyusun sistem pentadbiran untuk menubuhkan penubuhan sebuah kerajaan dalam suatu institusi politik telah pun dimiliki oleh Parameswara sejak berada di Palembang lagi.

Page 14: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

• Wujud sistem pentadbiran yang kompleks pada zaman Palembang .

• Pembesar turut memainkan peranan yang penting dalam membantu Raja Melaka mentadbir wilayah pemerintahannya.

Page 15: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

• Ini dapat dilihat kepada kewujudan hierarki sistem pembesar empat lipatan yang diamalkan di Melaka yang kemudiannya menjadi panduan dan warisan oleh kebanyakkan pemerintahan kesultanan di negeri-negeri Melayu.

• Hierarki dilihat dalam Sejarah Melayu dan sumber-sumber lain seperti ‘Suma Oriental’.

Page 16: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Sultan

Bendahara

Temenggung

Laksamana

Pembesar Empat Lipatan

Page 17: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Bendahara adalah menteri yang paling penting sekali kedudukannya dan menjalankan urusan dengan para saudagar asing serta menjadi penimbang tara dalam pertikaian.

Di bawah Bendahara pula adalah Penghulu Bendahari iaitu ketua para Syahbandar dan berkuasa memungut segala hasil negeri. Beliau juga bertanggungjawab ke atas semua hamba raja dan kakitangan istana.

Page 18: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Pembesar yang ketiga pula adalah Temenggung yang kemudiannya telah melangkaui kedudukan Penghulu Bendahari dan dianggap sebagai bakal pengganti Bendahara.

Temenggung berperanan menjaga keselamatan negeri Melaka dan dalam hubungan itu beliaulah orang yang berkuasa ke atas polis serta bertindak sebagai Ketua Majistret.

Selepas Temenggung, pembesar keempat adalah Laksamana yang bertangggungjawab terhadap urusan ketenteraan dan perhubungan luar negeri setaraf Bendahara dan menjadi Panglima Pengawal Raja.

Page 19: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Sistem pembesar empat lipatan ini menunjukkan bahawa Kesultanan Melayu Melaka telah pun mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan yang tersusun dan sistematik.

Selain sistem pentadbiran yang tersusun, kedudukan politik raja-raja Melaka turut diperkukuhkan dengan konsep daulat dan kekudusan yang menjadikan raja Melaka seolah-olah mempunyai kesaktian.

Page 20: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Ini menjadikan rakyat takut untuk menyalahi kehendak RajaIni disebabkan wujud konsep tulah sekiranya melanggari

kehendak raja seperti kisah Sang Rajuna Tapa pembesar Raja Iskandar Syah yang menjadi batu akibat terkena tulah kerana membenarkan orang Majapahit masuk ke Singapura

Page 21: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Selain itu, penderhaka juga akan mengalami penderaan fizikal daripada pihak kerajaan sendiri iaitu individu dan keluarganya akan ‘dibelasah’ sehingga tidak meninggalkan zuriat.

Page 22: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan melayu maritim yang berjaya menguasai perairan Selat Melaka melalui penguasaannya ke atas kedua-dua kawasan pantai Selat Melaka iaitu sepanjang pantai bahagian barat Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera.

Page 23: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Hal ini menjadikan Kesultanan Melayu Melaka satu kawasan yang strategik dalam aktiviti perdagangan antarabangsa kerana menguasai jalan laut yang menghubungkan negara di sebelah Barat seperti India dan Arab dengan negara di sebelah timur khususnya negara China.

Bahkan disebabkan kedudukan inilah Melaka menjadi tarikan China yang memerlukan pelabuhan bertaraf antarabangsa untuk menjalankan aktiviti perdagangan .

Page 24: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Penyediaan kemudahan-kemudahan kepada para pedagang seperti kemudahan pergudangan bawah tanah.

Sistem penyimpanan ini penting bagi mengelak barangan terbakar mahupun dicuri atau rosak sementara menanti ketibaan kargo untuk mengangkut barangan ke negara asal pedagang.

Page 25: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Kesultanan Melayu Melaka juga sangat memementingkan keselamatan para pedagang yang melalui perairan Selat Melaka

Justeru tidak hairanlah kenapa raja-raja Melaka menjalinkan perhubungan yang erat dengan Orang Laut sebagai satu perwarisan daripada amalan kerajaan Srivijaya.

Kepentingan Orang Laut memang tidak dapat dinafikan kerana mereka berpengetahuan luas dalam selok-belok kawasan perairan Selat Melaka dan sekelilingnya.

Page 26: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Satu pentadbiran baru turut diperkenalkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak sebuah masyarakat yang sedang bertumbuh di Melaka.

Seramai empat orang Syahbandar telah dilantik iaitu setiap orang mewakili setiap bangsa yang terdapat di pelabuhan Melaka ketika itu .

Salah seorang mewakili bangsa Gujerat seramai 1000 orang pada tahun 1501, seorang mewakili kaum India dari bahagian selatan India, Benggala, Pegu (Burma) dan Pasai.

Page 27: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Setiap Syahbandar ini ditugaskan mengawasi setiap yang diwakilinya, menguruskan pasar dan gudang, membuat pemerikasaan ke atas alat-alat timbang sukat dan mata wang, dan juga menghakimi sebarang pertikaian yang timbul antara nakhoda kapal dengan pedangang yang berkenaan.

Raja Melaka sendiri pula bertindak sebagai penimbang tara.Sistem percukaian adalah elemen yang terpenting dalam setiap aktiviti

perdagangan di setiap pelabuhan khususnya pelabuhan Melaka.

Page 28: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Terdapat prosedur percukaian yang lebih mudah di mana cukai dikenakan secara pukul rata iaitu sebanyak 6% daripada nilai dagangan dan selalunya dikenakan ke atas kapal-kapal dagang yang besar terutama dari Gujerat dan mereka tidak perlu lagi membuat persembahan kepada pihak tersebut.

Page 29: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Sistem perdagangan yang tersusun dan sistematik yang diamalkan pastinya telah menarik ramai pedagang berdagang di pelabuhan Melaka akibat penyediaan kemudahan yang memenuhi keperluan para pedagang dan kapal dagang di samping jaminan keselamatan daripada aktiviti pelanunan.

Sistem pengurusan dan percukaian yang mudah turut menjadi aset kepada kekuatan Melaka sehingga mampu menjadi pusat perdagangan yangterpenting di rantau ini sekitar kurun ke-15 dan ke-16 Masihi.

Page 30: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Melaka dalam perspektif pusat kebudayaan serantau iaitu mengintegrasikan masyarakat di zaman awal penubuhan Kota Melaka

Menjadi kekuatan untuk meningkatakan kegiatan dan cabaran ekonomi, politik, ketenteraan dan sosial pada tahap-tahap yang berikutnya untuk mewujudkan satu kebudayaan serantau yang menjadi warisan sehingga sekarang.

Page 31: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Setelah pengislaman raja Melaka dengan memakai gelaran dan nama Sultan Muhammad Syah kerajaannya mula berubah corak.

Taraf Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot dan antarabangsa telah menyebabkan kehadiran pelbagai bangsa dan suku kaum sehingga terdapat 84 jenis bahasa dipertuturkan oleh masyarakatnya .

Page 32: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Kehadiran pelbagai bangsa di pelabuhan Melaka telah menyebabkan bahasa Melayu digunakan secara meluas dan berkembang sebagai satu bahasa ‘lingua franca’ untuk berhubung antara satu sama lain.

Bahkan tidak sekadar itu, bahasa Melayu juga menjadi bahasa kebudayaan, kesusateraan dan digunakan di dalam dan di luar istana, bahasa rasmi untuk surat menyurat dalam hubungan diplomatik Melaka dengan negeri-negeri asing.

Page 33: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Perkembangan berterusan dalam kebudayaan serantau yang berpusatkan Melaka akhirnya menyebabkan kemunculan istitusi-institusi kebudayaan dalam sistem pentadbirannya iaitu terdapat bukti yang menujukkan bahawa telah wujud golongan masyarakat yang mempunyai peranan tertentu dalam sistem kemasyarakatan dan akhirnya membawa kepada kewujudan kelas-kelas dalam masyarakat .

Page 34: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Setelah kedatangan Islam, raja atau sultan yang memerintah dianggap sebagai Khalifatullah fi al-ard (khalifah Allah di dunia).

Page 35: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Di kalangan rakyat merdeka dan pembesar pula wujud satu kelasa sosial yang terdiri daripada para intelektual dan alim ulama yang pakar dalam hal-ehwal Islam. Sungguhpun bilangan mereka kecil, tetapi amat berfungsi

Demikian juga dalam kelas rakyat biasa yang terdiri daripada pedagang dan saudagar.

Page 36: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Raja dan kerabatnya akan bertutur menggunakan bahasa dalam yang tidak boleh dituturkan oleh rakyat kebanyakan.

Antara perkataan tersbut ialah bersiram, beradu, mangkat, santap, beta, patik, dan juga gering.

Manakala terdapat peraturan pemakaian iaitu raja dan kaum kerabatnya sahaja boleh emakai barangan daripada emas manakala rakyat biasa kecuali dianugerahkan raja tidak boleh memakainya.

Page 37: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Begitu juga dengan penggunaan warna kuning dan putih yang hanya dikhaskan untuk pakaian dan peralatan peraduan diraja, payung, dan sebagainya oleh golongan diraja sahaja.

Manakala peralatan nobat pula hanya boleh dimainkan diistana sahaja.

Rakyat dalam hieraraki sosial Melaka mengamalkan gaya hidup bekerjasama antaranya konsep berderau dan bergotong –royong, beraya atau bersambatan. Selain itu dalam aktiviti ekonomi, kelas rakyat terlibat dalam pertanian dan ekonomi sara diri.

Page 38: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Bahkan terdapat undang-undang yang digubal bagi menyelesaikan permasalahan yang mungkin wujud dalam sektor ekonomi ini seperti hakmilik tanah, tatacara dan undang-undang berdusun serta undang-undang jual beli tanah dan hasil tanaman serta soal buruh dalam kegiatan pertanian.dalam Hukum Kanun Melaka.

Page 39: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Paling utama adalah Kesultanan Melayu Melaka menubuhkan sebuah kerajaan Melayu maritim di Selat Melaka yang berkembang menjadi sebuah empayar ulung dan merosot apabila mendapat tentangan hebat daripada kuasa luar iaitu serangan Portugis pada 10 ogos 1511

Sultan Mahmud berundur dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan Melayu baru yang berdaya saing iaitu Empayar Melayu Johor-Riau.

Page 40: KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

Justeru dalam menyimpulkan kekuatan dan kelebihan Melaka sehingga muncul sebagai pusat kegiatan politik, perdagangan, dan budaya yang penting di rantau Melayu pada kurun ke-15 dan kurun ke-16 dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku sejak zaman Srivijaya, jelas sekali antara Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaaan Srivijaya adalah berkesinambungan sehinggalah ke hari ini.