Download - pintar cerdas
PENGENALAN
Mengenal pasti dan pendidikan untuk golongan pintar cerdas telah berlaku dalam
hampir semua catatan sejarah. (Colangelo & Davis, 2003) Semua tamadun awal di dunia telah
pun memulakan pendidikan untuk golongan ini. Ini jelas menunjukkan bahawa konsep pintar
cerdas telah wujud berkurun-kurun lagi.
Pada hari ini, masyarakat menunjukkan minat yang tinggi dalam pendidikan pintar
cerdas. Ini adalah hasil daripada sumbangan tokoh-tokoh seperti Francis Galton dan Lewis
Terman. Kesan ini diikuti dengan impak kejayaan Sputnik Russia, perkembangan dalam bidang
ini secara global dan persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan. (Davis & Rimm, 2004)
Semua faktor ini telah membawa kepada perkembangan yang pesat dalam pendidikan pintar
cerdas sedunia.
‘There is no universally agreed definition of students who would be assessed as Gifted
and Talented.’ (National Council for Curriculum and Assessment, United Kingdom) Dalam
maksud lain, kita tidak boleh menetapkan satu definisi yang boleh digunakan secara universal.
Setiap masyarakat memberikan interpretasi yang berbeza terhadap konsep pintar cerdas.
Definisi konsep ini amat bergantung pada konteks masyarakat, keperluan semasa dan
keperluan pendidikan. Jadi, pelbagai definisi telah diberikan ke atas pintar cerdas. Definisi ini
memainkan peranan yang penting dalam proses mengenal pasti individu pintar cerdas. (Davis &
Rimm, 2004)
Tokoh-tokoh memberikan definisi dan interpretasi yang berbeza ke atas pintar cerdas.
Menurut Terman (1925), 2% daripada pengambil ujian kecerdasan (Stanford - Binet) yang
mendapat mata tertinggi boleh dikatakan sebagai mereka yang pintar cerdas. (Clark, 1992)
Pada tahun 1978, Stankowaski telah menggariskan 5 kategori definisi pintar cerdas.
Antaranya termasuk after-the-fact, IQ definitions, percentage definitions, talent definitions dan
creativity definitions. (Davis & Rimm, 2004) Kelima-lima kategori ini melihatkan aspek yang
berbeza dalam kecerdasan. Ini menunjukkan bahawa terdapat pelbagai jenis kategori pintar
cerdas yang telah ditemui.
Pintar cerdas selalu dikaitkan dengan genius, more able, exceptionally able, very able,
bright, virtuoso, dan high flyer. Jadi, kita perlu melihat kepada pelbagai interpretasi tentang
pintar cerdas dan mencari satu definisi yang bersesuaian dengan masyarakat tempatan.
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat memberikan definisi pintar cerdas seperti ini: “Children
1
and youth with outstanding talent who perform or show the potential for performing at
remarkably high levels of accomplishment when compared with others of their age, experience,
or environment."
Clark, 1992 mendefinisikan pintar cerdas sebagai satu konsep berasaskan biologi.
Beliau mengatakan bahawa pintar cerdas merupakan satu label untuk tahap kecerdasan yang
tinggi serta menandakan satu perkembangan fungsi-fungsi otak merangkumi fizikal, emosi,
kognisi, dan intuisi secara pesat dan lebih baik berbanding dengan yang lain. Pendek kata,
pintar cerdas tidak hanya menumpu kepada kecerdasan dari segi intelek.
Menurut Gardner, kecerdasan boleh dibahagikan kepada 8 jenis. Beliau telah
membangunkan satu teori yang bernama ‘Multiple Intelligences’. Antaranya ialah linguistik,
logika matematik, spatial, muzikal, kinestetik badan, interpersonal, intrapersonal dan semula
jadi. Teori ini sering dijadikan panduan kepada guru. Ini disebabkan teori ini yang mempunyai
ciri-ciri seperti intuitif, tidak rumit, serta menjelaskan bagaimana pelajar dinilai dan diajar. (Davis
& Rimm, 2004)
Rumusannya, pelajar pintar cerdas boleh dikatakan sebagai pelajar yang mempunyai
bakat atau kebolehan yang berlainan atau lebih baik berbanding dengan rakan mereka dalam
salah satu atau banyak bidang kehidupan sama ada telah dicungkil atau belum dicungkil yang
memerlukan perangsang untuk perkembangan yang maksimum.
Setiap teori pintar cerdas yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh telah merangka
rancangan untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas. Contohnya, Renzulli yang telah
memperkenalkan Three-Ring Model telah menggariskan satu garis panduan (Talent Pool
Identification Pelan) yang merangkumi langkah-langkah untuk mengenal pasti pelajar pintar
cerdas. (Davis & Rimm, 2004)
Tidak semua pelajar pintar cerdas telah mengalami perkembangan yang positif. Kita
boleh menggunakan Albert Einstein sebagai satu contoh. Adalah tidak boleh dipertikaikan
bahawa beliau tidak boleh bercakap sehingga umur 4 tahun. Namun, beliau telah berjaya
menjadi seorang ahli sains yang amat terkenal. Apa yang ingin ditekankan dalam kes ini?
Sistem mengenal pasti pelajar pintar cerdas perlu mencungkil bakat pelajar dari pelbagai segi
merangkumi akademik, emosi, fizikal dan lain-lain lagi. Tambahan lagi, mereka yang di bawah
pencapaian serta sesiapa yang mengalami ketidakupayaan juga patut melalui proses mengenal
pasti. (National Council for Curriculum and Assessment, United Kingdom)
2
Proses mengenal pasti pelajar melibatkan pelbagai pihak yang akan bergabung dan
membentuk multiple-disciplinary team. Guru memainkan peranan yang amat penting. Pemilihan
kaedah mengenal pasti merupakan faktor kunci kesahan dan kebolehpercayaan sepanjang
proses. Guru perlu memastikan kaedah yang dipilih dijalankan dengan sempurna.
Menurut Feldhusen, Hoover, & Sayler (1990), sistem pengenalpastian pelajar pintar
cerdas yang ideal belum dijumpai lagi. (Davis & Rimm, 2004) Keadaan ini adalah disebabkan
oleh perbezaan antara individu. Perbezaan dari segi personaliti, kebolehan, budaya, bahasa,
keperluan akademik dan lain-lain lagi. Jadi, guru dan ibu bapa perlu memahami keperluan
pelajar berkenaan sepenuhnya untuk memastikan sistem yang dirancang boleh mendapatkan
keputusan yang tulus.
Pengenalpastian awal pelajar pintar cerdas amat penting dalam memastikan
perkembangan pelajar yang optimum dan pencapaian mereka. Proses ini semestinya
dimulakan dengan penetapan satu definisi pintar cerdas yang bersesuaian dengan konteks
masyarakat dan keperluan pelajar.
Proses pengenalpastian pelajar pintar cerdas merupakan satu proses yang kompleks.
Proses ini perlu dirancang rapi dan perjalanan proses ini memerlukan pengawasan yang teliti.
Ini disebabkan proses ini akan menentukan masa depan pelajar tersebut.
3
CIRI-CIRI PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT
Silverman (1993) telah menyediakan satu generalisasi berguna yang berkaitan dengan
sifat-sifat personaliti pelajar pintar cerdas dan berbakat. Menurut beliau bukan semua ciri-ciri
istimewa yang ada pada pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat tetapi mereka memiliki satu
tahap yang lebih tinggi daripada pelajar biasa. Antara ciri-ciri yang telah dikenal pasti ialah
seperti berikut :
Ciri-ciri intelek Ciri-ciri personaliti
Keupayaan penaakulan yang luar biasa Berwawasan
Sifat ingin tahu yang tinggi Perlu untuk difahami
Kadar pembelajaran yang cepat Perlukan perangsangan mental
Kemudahan untuk mengabstrakkan Mementingkan kesempurnaan
Proses pemikiran yang kompleks Perlukan ketepatan / logik
Imaginasi yang tinggi Suka berjenaka
Keprihatinan moral yang awal Sensitiviti / empati
Sangat meminati pembelajaran Keamatan yang tinggi
Tahap tumpuan yang lama Tabah
Pemikiran analitis Kesedaran diri yang tinggi
Pemikiran divergent / kreatif Tidak bersependapat
Mementingkan keadilan Berautoriti
Keupayaan untuk memberi refleksi Kecenderungan untuk introvert
(Silverman, 1993, p. 53)
4
Davis dan Rimm (1998), pula telah menyenaraikan ciri-ciri negative di mana ciri-ciri ini
sering dipamerkan oleh pelajar pintar cerdas dan berbakat yang kurang dari segi pencapaian
dan mempunyai masalah dalam pembelajaran. Antara ciri-ciri negatif tersebut ialah seperti
berikut :
Degil
Tidak menyertai aktiviti-aktiviti kelas
Tidak memberi bekerjasama
Kesinisan
Selekeh dan tidak teratur
Cenderung untuk mempersoalkan kuasa
Kekecewaan emosional
Sifat pelupa
Oleh itu, bukan semua ciri-ciri pelajar pintar cerdas dan berbakat dilihat positif tetapi ada
juga ciri-ciri negatif yang mereka miliki.
Menurut Silverman, 1993 terdapat pola yang berbeza-beza telah ditemui dalam ciri-ciri
pelajar pintar cerdas dan berbakat. Hal ini demikian kerana mereka berbeza dari segi tahap
intelektual, keupayaan khusus, dan tahap kegiatan mental. Tidak semua pelar pintar cerdas dan
berbakat ini akan mempamerkan kesemua ciri-ciri ini sepanjang masa. Terdapat banyak kriteria
diperlukan untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas dan berbakat kerana mereka adalah
individu yang berbeza.
Betts & Neihart, 1988 telah mengenal pasti enam jenis pelajar pintar cerdas dan
berbakat. Antaranya ialah pelajar cemerlang, pelajar pencabar, pelajar bawah tanah atau
tersembunyi, pelajar yang keciciran, pelajar berganda, dan pelajar berautonomi.
Jenis Pelajar Pintar Cerdas Dan Berbakat (Betts & Neihart, 1988)
5
1) Pelajar CemerlangPelajar cemerlang adalah pelajar yang selalu akan mudah dikenal pasti sebagai pelajar
pintar cerdas dan berbakat. Pelajar dalam kategori ini disukai oleh ramai guru dan rakan
sebaya. Jenis pelajar cemerlang lebih suka bergantung pada oran lain berbanding
berdikari. Mereka juga tidak suka mengambil risiko. Selain itu, mereka tidak
mengembangkan autonomi tetapi mereka sebenarnya boleh mencapai sesuatu dengan
lebih tinggi jika mereka lebih menentukan diri mereka sendiri.
2) Pelajar PencabarJenis pelajar mencabar biasanya mereka adalah lebih kreatif. Namun, kekurangan
sokongan untuk seseorang pelajar yang kreatif boleh mengakibatkan tingkah laku yang
degil wujud dan seterusnya memberi cabaran kepada guru dan ibu bapa.
3) Pelajar Bawah Tanah atau TersembunyiPelajar jenis ini lebih suka menyembunyikan kepintaran mereka. Pada kebiasaannya
pelajar jenis ini adalah pelajar perempuan. Mereka sering berasa cemas dan tidak
selamat. Hal ini demikian kerana konflik yang dialami antara sosial dan akademik.
4) Pelajar KeciciranJenis pelajar ini mempunyai pencapaian yang rendah sepanjang masa dan memerlukan
program sokongan yang cukup banyak untuk meningkatkan pencapaian pendidikan.
Pencapaian yang rendah selalunya disebabkan oleh tidak mempunyai dorongan
motivasi dan program-program yang tidak sesuai untuk mereka.
5) Pelajar bergandaPelajar berganda merujuk kepada pelajar yang mempunyai kesulitan dalam
pembelajaran, fizikal, atau emosi. Oleh itu, mereka ini kurang diberi perhatian dan
potensi jadi bakat mereka dibiarkan. Sebagai contoh, pelajar pintar cerdas dan berbakat
yang kurang upaya dari segi fizikal kemungkinan besar kepintarannya tidak dipedulikan
oleh urang lain kerana telah dilabelkan sebagai orang kurang upaya.
6) Pelajar Berautonomi
6
Pelajar jenis ini ialah pelajar yang mempunyai cara tersendiri dan tidak bergantung pada
orang lain. Mereka ini akan terus berkembang jika terdapat program-program pendidikan
yang bersesuaian disediakan untuk mereka.
Contoh ciri-ciri pelajar pintar cerdas dan berbakat dalam aspek pemikiran kreatif
METODOLOGI
7
1. Pencalonan
Pencalonan ataupun nomination ini merujuk kepada pengenalpastian melalui ciri-
ciri yang ada pada seseorang pelajar dalam mengelaskan sama ada mereka
pintar cerdas dan berbakat atau tidak. Pengenalpastian pelajar pintar cerdas dan
berbakat oleh ibu bapa atau penjaga, guru, rakan-rakan, kaunselor sekolah,
masyarakat, dan pelajar itu sendiri.
Melibatkan pengumpulan maklumat subjektif, biasanya melalui senarai semak.
2. Saringan
Merangkumi penggunaan kombinasi penilaian potensi dan prestasi.
Saringan dilakukan pada peringkat awal bagi mengenal pasti tahap kepintaran
dan kecerdasan murid dengan menggunakan ujian tertentu seperti “ujian
standard”.
Saringan adalah lebih objektif daripada pencalonan. Ujian keupayaan berguna
untuk menilai potensi, manakala ujian pencapaian menilai prestasi pelajar dalam
8
Metodologi
Pemantauan
Pencalonan
Saringan
hasil sukatan pelajaran, dan seterusnya dapat mengelaskan pelajar ke dalam
band atau kelas tertentu.
3. Pemantauan Guru harus bertanya soalan dalam menjalankan pemantauan seperti “Apa yang
sedang diperhatikan?” dan “Bagaimana sekiranya pemerhatian diambil?”
Maklumat ini boleh memberi gambaran terhadap pencapaian pelajar, minat,
kekuatan, kelemahan dan kemahiran. Data tertentu boleh dipungut untuk
mendedahkan keberkesanan strategi pengenalpastian.
Oleh itu, metodologi penting dalam proses mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas
dan berbakat. Terdapat sesetengah pelajar mudah untuk dikenal pasti kerana berdasarkan
kepada pencapaian akademik, semangat, dan motivasi mereka untuk berjaya.
9
PRINSIP
(Richert, 1991)
Isu pengenalpastian adalah kompleks kerana peruntukan mesti dibuat untuk semua
jenis pelajar, termasuklah mereka yang lemah dan orang yang mungkin kurang bernasib baik.
Lima prinsip utama pengenalan adalah:
1. Defensibility (boleh dipertahankan) Prosedur perlu dibuat untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas dan berbakat dalam
semua domain seperti emosi, fizikal, intelektual, dan sebagainya.
2. Advocacy (sokongan) Guru perlu menggunakan penilaian untuk menggalakkan minat pelajar dan tidak harus
mengharapkan atau meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada seseorang pelajar
untuk melaksanakan sesuatu.
3. Equity (keadilan) Perlu ada prosedur pengenalpastian yang adil untuk mengenal pasti kumpulan pelajar
pintar cerdas dan berbakat. Hal ini demikian kerana mungkin terdapat pelajar yang
kurang bernasib baik oleh prosedur mengenal pasti secara umum yang dijalankan.
4. Comprehensiveness (kefahaman) Perlu ada kesesuaian dalam menggunakan pelbagai sumber data
5. Pragmatism Proses pengenalpastian haruslah konsisten dengan tahap sumber yang ada. Prinsip ini
mengambil kira realiti yang sebenar
10
PRINSIP
Defensibility
Advocacy Comprehensiveness
Pragmatism
Equity
KAEDAH-KAEDAH PENGENALPASTIAN
Pelbagai jenis kaedah mengenal pasti pelajar pintar cerdas telah diperkenalkan untuk
mengenal pasti pelbagai jenis pintar cerdas. Pintar cerdas telah wujud dengan bentuk yang
berbeza dalam semua budaya dan kelas masyarakat. (Bristow, Craig, Hallock & Laycock, 1951)
Jadi, guru perlu memastikan kaedah yang dipilih betul-betul sesuai.
Sebelum proses pengenalpastian, guru perlu memastikan bahawa semua pelajar
diberikan peluang yang sama dalam pembelajaran. Ini dapat memastikan keadilan. Adalah
sukar untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas daripada populasi pelajar yang ramai. Hal ini
kerana bukan semua pelajar pintar cerdas memaparkan ciri-ciri dan pencapaian yang sama
dengan pelajar pintar cerdas yang lain. (Clark, 1992)
Secara umumnya, pengenalpastian pelajar pintar cerdas akan mengambil kira aspek-
aspek yang tertentu. Antara aspek yang dilihat ialah kebolehan intelektual, pencapaian
akademik, pencapaian akademik spesifik, kreativiti, kepimpinan dan seni visual. (Clark, 1992)
Kesemua apek ini memerlukan kaedah pengenalpastian yang berbeza.
Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, terdapat banyak instrumen atau alat pengukur
yang telah diperkenalkan untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas dan berbakat. Kaedah-
kaedah yang ingin dibincangkan selepas ini ialah:
Penilaian tindak balas pelajar ke atas aktiviti bilik darjah
Nominations/Pencalonan
Assessment of responses to challenging competitions
Tests
Davis & Rimm (2004) telah menggariskan beberapa cadangan untuk menjalankan
proses mengenal pasti. Antaranya termasuk
1. Because giftedness had many dimensions – abilities, personality factors, and
environment – measures that go beyond academic achievement must be used to
find students whose abilities are not indicated by tests and school performance.
Both informal and formal data must be used validly.
11
2. Subjective procedures such as rating scales, checklists, and nominations are a
legitimate part of the identification process, especially in the early nomination
stage. Rating scale and checklist items should include “negative” and
unexpected characteristics indicated by research.
3. Data from multiple measures, such as formal tests and informal checklists,
should not be combined because their purposes and results are different.
Penilaian Tindak Balas Pelajar Ke Atas Aktiviti Bilik Darjah
Penilaian ini melibatkan komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar dalam bilik
darjah. Pelbagai aktiviti boleh dirancang untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas. Antaranya
termasuk kuiz, sesi soal jawab, latihan dan pertandingan. Guru perlu memberikan perhatian
yang sepenuhnya dalam kaedah ini. Contohnya, guru boleh menjalankan kuiz ke atas subjek
atau aspek yang ingin diuji.
Pencalonan Guru
Pencalonan merupakan kaedah yang boleh dilakukan secara formal atau tidak formal
bergantung pada instrumen yang digunakan. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling kerap
digunakan. Kaedah ini perlu dikendalikan secara berhati-hati untuk mengelakkan bias atau guru
memilih kasih ke atas pelajar yang berpakaian kemas, bekerjasama, tidak mengalami
ketidakupayaan dan menyiapkan tugasan dengan baik. (Davis & Rimm, 2004) Kaedah ini
dengan sepenuhnya sekali lagi menguji kepakaran guru dan ketulusan guru.
Kebiasaannya, guru akan memilih instrumen yang ingin digunakan. Contohnya, jenis
borang senarai semak tingkah laku (dilampirkan di bahagian lampiran) atau skala. Guru
sepatutnya sedar tentang kebolehan pelajar melalui ujian-ujian atau pencapaian mereka dalam
bilik darjah. (National Council for Curriculum and Assessment, United Kingdom) Untuk
memenuhi keperluan pelajar dan konteks masyarakat, instrumen yang digunakan
sememangnya perlu direka oleh gurunya sendiri atau pihak sekolah tempatan. Hal ini kerana
guru atau pihak sekolah lebih dekat dengan keadaan sebenar dan mereka lebih memahami
situasi.
Kaedah ini juga menguji keprihatinan guru ke atas pelajar dalam bilik darjah. Jadi, kita
boleh mengatakan bahawa kaedah ini amat subjektif. Kepakaran guru yang tidak mencukupi
akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan proses pengenalpastian. Guru sepatutnya
12
diberikan latihan sebelum mereka menggunakan kaedah ini dalam mengenal pasti pelar pintar
cerdas.
Borang pencalonan guru telah dilampirkan sebagai rujukan.
Pencalonan Ibu Bapa/ Penjaga
Ibu bapa atau penjaga merupakan sumber maklumat paling utama dalam proses
mengenal pasti pelajar pintar cerdas. Ini disebabkan mereka dikatakan sebagai golongan yang
amat memahami kanak-kanak berkenaan. Namun, mereka kadang kala tidak ingin mengaku
anak mereka sebagai pelajar pintar cerdas hanya disebabkan oleh kekhuatiran tentang salah
sangka mereka sebagai ibu bapa atau penjaga yang berlagak. (National Council for Curriculum
and Assessment, United Kingdom)
Ibu bapa atau penjaga merupakan golongan yang memahami perkembangan pelajar
berkenaan secara teliti. (Davis & Rimm, 2004) Mereka mengetahui perkembangan pelajar
berkenaan sejak dilahirkan. Kaedah ini merupakan kaedah tidak formal. Ini kerana bukan
semua ibu bapa atau penjaga merupakan mereka yang terdidik atau mahir dalam bidang ini.
Mereka hanya sebagai pemerhati dan pembekal maklumat kepada guru. Mereka selalunya
akan dibekalkan satu borang pencalonan oleh guru. Contoh borang pencalonan ibu bapa/
penjaga telah dilampirkan di bahagian lampiran.
Pencalonan Rakan Sebaya
Rakan sebaya dalam bilik darjah merupakan golongan yang paling sesuai dan berkesan
dalam pencalonan, terutamanya apabila kaedah ini diaplikasikan dalam bilik darjah yang
mempunyai pelajar dari kumpulan minoriti, pedalaman, perbezaan budaya. (Davis & Rimm,
2004)
Pencalonan rakan sebaya menggariskan soalan-soalan yang meminta jawapan nama
pelajar yang lain. Contohnya, “Siapakah pelajar yang paling pandai dalam kelas ini?” soalan
yang dikemukakan adalah terus menuju kepada jawapan dan tidak memerlukan pertimbangan
yang banyak.
Contoh borang pencalonan rakan sebaya dilampirkan di bahagian lampiran.
13
Pencalonan Sendiri
Kaedah ini boleh digunakan bersama-sama dengan pencalonan rakan sebaya. Guru
hanya perlu menambah ayat seperti “anda dibenarkan untuk menulis nama sendiri jika anda
memikirkan anda calon yang paling sesuai”.
Kadang kala, kaedah ini tidak menggunakan soalan yang terlalu terus meminta pelajar
menyatakan kebolehan mereka. Soalan yang dikemukakan selalunya “indirect”. Contohnya,
“Subjek manakah yang anda rasa yakin?”
Kaedah ini hanya sesuai kepada pelajar yang lebih matang. Ini disebabkan mereka
mulai memahami kebolehan sendiri dan mampu menilai minat mereka.
Assessment Of Responses To Challenging Competitions
Kaedah ini memerlukan guru untuk melakukan pemerhatian awal sebelum
mencadangkan penyertaan pelajar ke pertandingan berkenaan. Pertandingan-pertandingan
merupakan pentas untuk memaparkan bakat. Pelajar perlu mempunyai persediaan dari segi
mental, fizikal dan emosi semasa menyertai pertandingan.
Kaedah ini dikatakan kaedah yang amat baik disebabkan oleh kriteria-kriteria yang
diambil kira. Kaedah ini secara tidak langsungnya telah menguji kebolehan pelajar secara
holistik. Contoh pertandingan yang sering dikaitkan termasuk pertandingan mereka cipta,
mengarang, bersajak, matematik dan lain-lain lagi,
Kewajipan guru yang utama dalam kaedah ini ialah memastikan keaslian hasil kerja
pelajar. Selain itu, guru juga perlu menilai aspek afektif pelajar dalam menghadapi
pertandingan.
Ujian
Ujian merupakan satu kaedah yang sering digunakan dalam mengenal pasti pelajar
pintar cerdas. Antaranya termasuk ujian kecerdasan, ujian kreativiti dan ujian pencapaian.
Ketiga-tiga ujian ini melihatkan satu sistem pengenalpastian yang sistematik.
Secara umumnya, ujian kecerdasan yang paling kerap digunakan ialah Stanford-Binet
Scale oleh Terman dan Wechsler Intelligence Scale for Children. Ujian-ujian ini telah
menetapkan satu standard yang perlu dilepasi untuk bergelar pelajar pintar cerdas.
14
Ujian kecerdasan biasanya dikendalikan oleh pakar-pakar. Keputusan yang tulus amat
memerlukan keprihatinan pengendali. Pelajar biasanya perlu bayar untuk menduduki ujian ini.
Ujian kreativiti adalah ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas
dalam aspek kreativiti. Adalah penting untuk menekankan bahawa ujian kreativiti adalah tidak
sempurna. (Davis & Rimm, 2004) Ujian ini amat berkesan untuk mengenal pasti pelajar pintar
cerdas yang tidak menonjol dalam bilik darjah.
Torrance Tests of Creative Thinking merupakan satu ujian kreativiti yang paling meluas
digunakan sedunia. Ujian ini merangkumi sub-ujian lisan dan bukan lisan yang melibatkan
kelancaran, kelenturan, keaslian dan keterangan. Ujian kreativiti lebih menumpukan kepada
aktiviti-aktiviti membekalkan idea-idea.
Ujian pencapaian merupakan ujian yang paling umum. Di Malaysia, ujian pencapaian
termasuk semua jenis ujian formal. Contohnya, Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Penilaian
Menengah Rendah. Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas dalam aspek
akademik. Selain itu, ujian ini juga dapat mengenal pasti pelajar pintar cerdas mengikut mata
pelajaran.
Di Malaysia, kaedah “off-level testing” juga digunakan dalam mengenal pasti pelajar
pintar cerdas. Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS) merupakan salah satunya. Pelajar akan diuji
dengan ujian yang bertahap lebih tinggi dengan tahap umur mereka. Jika mereka berjaya
mencapai pencapaian wang cemerlang, mereka akan diisytiharkan sebagai pelajar pintar
cerdas.
Gifted Evaluation Scale Third Edition (GES-3)
GES-3 merupakan satu skala yang digunakan oleh guru dalam menilai kebolehan
pelajar dalam 5 kategori definisi pintar cerdas. Antaranya ialah intelektual, kreativiti, kebolehan
akademik spesifik, kepimpinan dan seni visual. Skala ini merangkumi 48 item yang meliputi
kelima-lima kategori ini.
Skala ini mengambil masa 20minit untuk dilengkapkan oleh sesiapa yang rapat dengan
pelajar berkenaan. Contohnya, guru. Satu set lengkap borang GES-3 yang telah diisi dan
didemonstrasikan cara pengiraan mata telah dilampirkan bersama kerja kursus ini.
15
PROSES MENGENAL PASTI PELAJAR PINTAR CERDAS
Pelajar pintar cerdas dan berbakat dapat dikenal pasti berdasarkan proses-proses
tertentu. Proses ini adalah berterusan dan boleh dijalankan sama ada kerjasama antara ibu
bapa dengan guru atau dijalankan secara berasingan. Bagi mendapatkan keputusan yang
memberangsangkan, kerjasama antara ibu bapa atau penjaga dan guru adalah amat
digalakkan. Proses penilaian adalah seperti dalam gambar rajah berikut :
16
(Sumber : State of NSW, Department of Education and Training, Curriculum K–12 Directorate,
(2004), Policy and Implementation Strategies for the Education of Gifted and Talented Student
( Support Package- Identification))
Penilaian keperluan
Penilaian keperluan adalah peringkat yang paling awal dalam menjalankan proses
mengenal pasti. Penilaian keperluan adalah proses menilai keperluan yang diperlukan oleh
pelajar pintar cerdas ini sebelum menjalani proses seterusnya. Penilaian keperluan ini adalah
seperti penilaian keperluan pembelajaran pelajar tersebut atau mengkaji sama ada persekitaran
pembelajaran yang dimiliki sekarang adalah bersesuaian atau tidak. Selain itu, kurikulum
pelajar ini harus dikaji semula sama ada bersesuaian dengan keperluan pelajar. Hal ini
demikian kerana, guru juga dapat mengenal pasti kecenderungan pelajar ke dalam sesuatu
bidang. Selain itu juga, guru dapat mengetahui sejauh mana kemahiran atau bakat yang dimiliki
serta aras kemahiran semasa pelajar. Penilaian hendaklah merangkumi kekuatan dan
kelemahan pelajar. Hal ini adalah sebagai panduan untuk guru menyediakan pengalaman
pendidikan dan juga perkembangan sosial pelajar berkenaan. Ia adalah bertujuan untuk
memudahkan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
Menyediakan kurikulum yang mencabar dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu
Penyediaan kurikulum yang mencabar adalah amat penting bagi menentukan pelajar
tersebut adalah pintar cerdas dan berbakat atau tidak. Hal ini demikian kerana, sekiranya guru
menyediakan kurikulum yang mencabar adalah bertujuan untuk mencabar kebolehan yang
dimiliki oleh pelajar itu sendiri. Kurikulum ini akan melibatkan pelbagai domain yang utama
seperti personaliti, intelek, emosi, kreativiti, moral dan fizikal. ( Mohd Zuri Ghani, 2011), Pelajar
Pintar Cerdas dan Berbakat. Kebanyakan pelajar pintar cerdas hanya mempunyai kebolehan
dalam satu-satu bidang sahaja, namun terdapat juga pelajar yang mempunyai kelebihan lebih
daripada satu bidang sahaja. Oleh itu, penyediaan kurikulum yang mencabar akan dapat
mencungkil kebolehan yang dimiliki oleh pelajar tersebut sama ada memiliki satu kebolehan
sahaja atau lebih.
17
Selain itu, penyediaan persekitaran pembelajaran yang membantu juga dapat
membantu perkembangan pelajar pintar cerdas. Persekitaran yang membantu akan
membolehkan perkembangan pelajar pintar cerdas ini menunjukkan prestasi yang diingini
kerana terdapat input-input atau persekitaran yang membantu proses perkembangan minda
pelajar ini. Kerjasama antara ibu bapa dan guru adalah amat penting dalam proses ini. Hal ini
demikian kerana, sekiranya jika hanya pihak guru sahaja yang menyediakan persekitaran
pembelajaran yang membantu di sekolah tetapi ibu bapa tidak melakukan tindakan yang sama
di rumah, proses mengenal pasti serta mencungkil bakat atau kemahiran pelajar yang
berpotensi ini tidak akan berjaya. Sebagai contoh, guru boleh menyediakan projek atau aktiviti
yang lebih mencabar berbanding rakan sebayanya berdasarkan tahap kemahiran pelajar
berkenaan dalam sesuatu perkara atau bidang dan bersesuaian dengan kecenderungan pelajar
berkenaan.
Memerhatikan respons pelajar terhadap kurikulum yang disediakan
Setelah kurikulum yang mencabar dan persekitaran yang membantu telah disediakan.
Guru perlu memerhatikan dan menilai sama ada program yang disediakan itu bersesuaian
dengan pelajar. Guru akan dapat mengetahui kurikulum yang dijalankan berkesan atau tidak
dapat dilihat berdasarkan kebolehan pelajar untuk mengikuti program dan kurikulum yang
dilaksanakan oleh guru. Kesan positif yang ditunjukkan oleh pelajar menunjukkan bahawa
kurikulum yang dilaksanakan adalah berjaya. Sekiranya kesan yang sebaliknya ditunjukkan
oleh pelajar, hal ini menunjukkan bahawa program tidak berjaya. Oleh itu, pengubahsuaian
kurikulum perlu dilaksanakan sekali lagi.
Perbincangan dengan rakan sebaya, ibu bapa atau penjaga, guru dan komuniti
Perbincangan dengan pelbagai pihak perlu dijalankan untuk menjadikan program yang
dilaksanakan terhadap pelajar ini menunjukkan hasil yang positif. Penglibatan rakan sebaya, ibu
bapa, guru dan masyarakat adalah amat penting. Hal ini demikian kerana, golongan-golongan
ini adalah orang yang paling rapat dengan pelajar tersebut. Mereka akan dapat membantu
pelajar ini dalam mewujudkan suasana yang akan membantu perkembangan pelajar ini untuk
menyerlahkan bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh pelajar yang dilihat berpotensi.
Persekitaran ini dilihat akan menjadi perangsang kepada pelajar untuk menyerlahkan bakat
yang dimiliki kerana terdapat sokongan daripada pelbagai pihak. Perbincangan ini melibatkan
perkara-perkara seperti penyediaan program lanjutan yang bakal dilaksanakan kepada pelajar
ini.
18
Selain itu, program yang akan membantu pelajar dalam menyerlahkan bakat yang
dimiliki di rumah turut perlu dibincangkan dalam pertemuan antara ibu bapa dan guru ini. Hal ini
adalah untuk memastikan kejayaan program kurikulum yang telah dirancang. Kebanyakan
peranan ibu bapa yang dibincangkan adalah program penggayaan di rumah seperti penyediaan
persekitaran yang membantu pelajar-pelajar ini.
Pencalonan dan pemilihan
Proses ini melibatkan tindakan proses di mana pencalonan dan pemilihan dilakukan
oleh guru setelah pengubahsuaian dan pemerhatian terhadap kesesuaian kurikulum yang
dilaksanakan oleh guru. Guru akan menjalankan proses saringan untuk mengenal pasti sama
ada pelajar yang terlibat menepati ciri-ciri yang dikehendaki sebagai pelajar pintar cerdas dan
berbakat. Dalam proses ini, pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas dan
berbakat akan menjalani peringkat seterusnya.
Analisis maklumat
Maklumat berkenaan pelajar ini akan dianalisis berdasarkan peringkat-peringkat yang
terdahulu. Maklumat ini diperoleh daripada pemerhatian yang dijalankan oleh guru, ibu bapa
atau rakan-rakan. Maklumat yang diperoleh akan dikumpul dan dianalisis. Maklumat perubatan
juga biasanya akan dimasukkan untuk memastikan tahap kesihatan pelajar-pelajar ini adalah
dalam keadaan baik dan sempurna.
Pengawasan
Proses pengawasan akan berlaku terhadap pelajar sekiranya pelajar yang berpotensi
dikenal pasti untuk menjadi pelajar pintar cerdas akan berada di bawah pengawasan. Hal ini
bertujuan untuk membantu proses perkembangan bakat pelajar pintar cerdas. Pengawasan ini
boleh dilakukan oleh guru atau ibu bapa bagi memastikan perjalanan program yang dirancang
berjalan lancar. Sekiranya terdapat kegagalan dalam proses ini, peringkat pengesanan akan
dimulakan dari peringkat awal sehingga program yang dirancang berjalan lancar dan berjaya.
19
Talent Pool Identification Plan ( Kumpulan Berbakat)- Renzulli ( Identifying Gifted and Talente Students)
Test Score Nominations
Pencalonan ini melibatkan proses di mana pelajar akan dipilih dengan menggunakan
ujian-ujian standard yang biasa digunakan bagi mengukur tahap kecerdasan pelajar. Pada
peringkat ini, pelajar yang dikenal pasti mempunyai kebolehan atau berpotensi memiliki bakat
dan kepintaran akan diuji untuk menjalani ujian ini. Bagi pelajar yang mempunyai keputusan 92
peratus ke atas akan dilanjutkan ke peringkat seterusnya. Menurut Gary A. Davis dan Sylvia B.
Rimm di dalam Education of the Gifted and Talented menyatakan bahawa melalui kaedah ini,
guru bukan sahaja akan dapat mengenal pasti pelajar yang mempunyai potensi pintar cerdas
dan berbakat sahaja, malah guru turut dapat mengesan pelajar yang tidak mencapai tahap
pencapaian seperti pelajar-pelajar normal yang lain.
20
Teacher Nomination
Guru memainkan peranan yang amat penting dalam proses mengenal pasti pelajar
pintar cerdas dan berbakat. Hal ini demikian kerana, guru amat mengetahui tentang kemahiran
dan kelemahan yang dimiliki oleh seseorang pelajar. Mereka dapat mengenal pasti kebolehan
pelajar-pelajar mereka dalam sesuatu bidang. Guru juga akan turut mencalonkan pelajar yang
mempunyai ciri-ciri tambahan seperti ciri-ciri personaliti yang terdapat dalam diri pelajar.
Alternate Pathways
Ia adalah merangkumi pelbagai bahagian untuk mengenal pasti diri pelajar ter.
Antaranya ialah pencalonan diri, pencalonan ibu bapa, pencalonan rakan sebaya dan lain-lain.
Pada peringkat ini, pelajar dan ibu bapa tidak terikat dalam melakukan satu-datu ujian sahaja.
Mereka diberi pilihan untuk menjalankan ujian atau pencalonan mengikut kesesuaian. Mereka
juga boleh menggabungkan beberapa kaedah untuk proses ini.
Special Nominations
Peringkat ini akan melibatkan penglibatan guru-guru lain dalam menjalankan ujian
terhadap pelajar. Guru-guru yang terlibat adalah mereka yang pernah mengajar pelajar
tersebut. Hal ini demikian kerana untuk mengelakkan bias atau berat sebelah terhadap guru
yang menjalankan ujian ini. Selain itu, penglibatan daripada guru-guru yang pernah mengajar
pelajar ini adalah membolehkan guru membuat cadangan berdasarkan pengalaman daripada
kelas yang biasa dijalankan.
Action Information
Peringkat ini juga dikenali sebagai “Action Information Enrichment”. Keadaan ini adalah
satu situasi di mana ia digunakan untuk menjelaskan kelebihan atau bakat yang dimiliki oleh
seseorang pelajar terhadap sesuatu bidang. Kebiasaannya pelajar akan menunjukkan minat
yang amat mendalam terhadap sesuatu bidang. Pelajar akan dapat menjelaskan sesuatu
perkara dengan penuh pengetahuan dan minat. Kelebihan kaedah yang dicadangkan oleh
Renzulli ialah semua pelajar berpeluang untuk diberi peluang menunjukkan bakat masing serta
kaedah ini adalah amat fleksibel dan multidimensional.
21
ISU-ISU (rujukan: Education of the Gifted and Talented, Davis & Rimm)
Setiap perkara di dunia semestinya ada kebaikan dan kelemahannya. Kelemahan-
kelemahan yang ditunjukkan merupakan punca utama isu-isu ditimbulkan. Isu yang ditimbulkan
telah dibahaskan untuk penambahbaikan.
Isu Pelbagai Kriteria
Langkah pengenalpastian yang meliputi pelbagai kriteria membekalkan satu cara yang
defensif dan logika untuk menginklusifkan dapatan dalam pelbagai jenis potensi pintar cerdas.
Satu sistem pengenalpastian yang baik semestinya mengambil kira pelbagai kriteria.
Satu sebab utama isu ini ditekankan adalah untuk mengelakkan pelajar kumpulan
minoriti, miskin dan bawah pencapaian tidak disisihkan. Dengan kata lain, mengambil kira
pelbagai kriteria dalam mengenal pasti pelajar pintar cerdas dapat mengelakkan ketidakadilan
sepanjang proses itu.
Namun, tidak semua pendidik memandang penting kepada isu ini. Sistem
pengenalpastian pelajar pintar cerdas yang tidak mengambil kira pelbagai kriteria hanya akan
menghasilkan keputusan yang tidak tulus.
Isu Formal VS Tidak Formal
Penilaian formal dan penilaian tidak formal sering dibandingkan. Penilaian formal dilihat
sebagai penilaian yang lebih tulus dan berkesan disebabkan oleh penyusunan dan
perancangan yang teratur.
Penilaian formal adalah termasuk ujian-ujian, skala yang digunakan. Terdapat
kenyataan yang mengatakan bahawa penilaian formal ini telah menyekat demonstrasi bakat
dan potensi pelajar pintar cerdas dan berbakat.
Sebenarnya, kedua-dua jenis penilaian ini mempunyai kebaikan dan kelemahan yang
tersendiri. Pada pandangan yang logik, kedua-dua penilaian ini perlu dilakukan bersama untuk
memastikan keputusan dari pelbagai sudut pandangan.
22
Disadvantaged, Minority, Disabled, Female, And Underachieving Students
Jika kita melihat kepada tajuk isu di atas ini, kita akan mendapat pandangan pertama
bahawa ini adalah kumpulan masyarakat yang sering disisihkan. Ini merupakan masalah yang
amat sensitif. Mereka selalunya susah untuk mendapat pencapaian yang cemerlang.
Perbezaan budaya telah mempengaruhi perkembangan pelajar. Mereka semestinya
tidak mempamerkan kebolehan mereka dengan sepenuhnya jika mereka berada dalam satu
situasi di mana mereka merupakan kumpulan minoriti. Mereka memerlukan masa untuk
mengadaptasi diri.
Golongan ketidakupayaan sering dipandang sebagai golongan yang tidak boleh
mencapai kecemerlangan. Mereka disisihkan dan dianggap mempunyai keupayaan intelek,
fizikal dan kreativiti yang rendah. Masalah stereotaip ini telah menyebabkan mereka sering
diabaikan dalam sistem pengenalpastian pelajar pintar cerdas. Sebenarnya, mereka
berkemungkinan besar mempunyai kebolehan atau bakat yang kita tidak dapat mengesan
dalam situasi harian yang biasa.
Golongan perempuan juga sering dipandang tidak sehebat berbanding lelaki. Lelaki
sering dikatakan lebih pintar berbanding perempuan. Namun, kita tidak boleh mengabaikan
bahawa setiap individu adalah unik. Perempuan juga berkemungkinan besar pintar cerdas.
Fitrah manusia perlu diambil kira. Contohnya, perempuan yang selalunya kurang agresif tidak
menonjol seperti lelaki. Jadi, mereka perlu dinilai melalui cara yang berbeza.
Satu sistem pengenalpastian yang tulus sepatutnya memenuhi keperluan individu yang
bakal dinilai dan dikenal pasti. Jadi, guru perlu memastikan sistem dan langkah yang telah
dirancang dapat memenuhi keperluan pelajar dan dapat merangsang perkembangan positif
pelajar.
Bias
Kita tidak boleh menafikan bahawa guru selalunya akan menyukai pelajar yang
berpakaian kemas, senyuman selalu terukir di bibir, memberi kerjasama dan tidak membalas.
Mereka ini digelar sebagai ‘teacher pleasers’. Namun, ini akan menimbulkan bias dalam
mengenal pasti pelajar pintar cerdas.
23
Kebiasaannya, ‘teacher pleasers’ ini sering diberikan kemudahan oleh guru. Adalah
berkemungkinan besar bahawa mereka akan dikenal pasti sebagai pintar cerdas disebabkan
oleh bias guru. Sebaliknya, pelajar yang selalu tidak mengikut arahan guru, selalu bertanya
mungkin akan diabaikan disebabkan mereka dianggap memberikan masalah kepada guru.
Kesahan Dan Kebolehpercayaan
Kesahan merupakan penilaian yang sememangnya menilai apa yang perlu dinilai.
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketepatan atau konsistensi ujian dan skala.
Kebolehpercayaan dan kesahan amat bergantung pada kepakaran guru dan kesesuaian
instrumen yang dipilih.
Demi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan, guru perlu mengambil kira pelbagai
kriteria untuk memastikan semua aspek dijaga. Kesahan dan kebolehpercayaan ujian selalu
disyaki. Ini disebabkan oleh perancangan yang tidak rapi.
24
KESIMPULAN
Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan golongan yang dikategorikan mempunyai
keperluan pembelajaran yang khusus dan mempunyai kelebihan intelek yang luar biasa
berbanding rakan sebaya mereka. Oleh yang demikian, kelebihan yang dikurniakan kepada
golongan ini perlu dimanfaatkan agar mereka dapat memberi sumbangan yang besar kepada
masyarakat dan negara.
Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan salah satu asset negara yang berharga
dan perlu diberi perhatian sewajarnya kerana mereka adalah individu yang akan menerajui ilmu
sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.
25
LAMPIRAN
26